Thursday, September 26, 2019

TOSHIBA LANCAR IC PEMACU SOLENOID DWI SALURAN BERVOLTAN TINGGI






Toshiba: sebuah IC pemacu solenoid dwi saluran “TB67S112PG” yang mencapai pemacu rintangan ON rendah dan bervoltan tinggi. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan “TB67S112PG,” sebuah IC pemacu solenoid dwi saluran yang mencapai pemacu rintangan ON rendah dan bervoltan tinggi. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190926005310/en/

TB67S112PG menggabungkan dua saluran, setiap satu terdiri daripada sebuah MOSFET bahagian rendah dan sebuah diod biasa jana semula yang secara bebas boleh memacukan sebuah solenoid atau sebuah geganti, peranti yang digunakan secara meluas di dalam aplikasi seperti peralatan hiburan (mesin slot), peralatan rumah (penyaman udara dan peti sejuk), dan peralatan perindustrian (terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat, dan peralatan automasi kilang).

Toshiba sudah memasarkan “TB67S111PG,” sebuah IC pemacu solenoid empat saluran, dan lapan saluran “TB67S158NG/FTG.” Penambahan “TB67S112PG” itu menawarkan kepada pengguna dengan lebih banyak kemungkinan bagi sumber produk, berdasarkan kepada jumlah solenoid yang dikendalikan.

Ciri-ciri Penting
  • Dua saluran, setiap satu dengan sebuah MOSFET bahagian rendah dan sebuah diod biasa jana semula.
    Kawalan bebas bagi setiap output adalah sesuai untuk pemacu solenoid dan geganti
     
  • Voltan tinggi (50V) dan pemacu rintangan ON rendah (0.3Ω)
    MOSFET (50V) voltan tinggi di dalam unit output menyokong pemacu solenoid dan geganti.
    Rintangan ON rendah (0.3Ω) mengurangkan penjanaan haba semasa kendalian motor.
     
  • Pengesanan ralat terbina dalam dengan fungsi set semula automatik
    Pengesanan penutupan terma dan perlindungan lebihan arus. Apabila penutupan terma diaktifkan, isyarat pengesanan ralat (ERR) adalah output, yang memastikan keselamatan peralatan dan reka bentuk yang sangat dipercayai.
Penggunaan

Peralatan hiburan (mesin slot), peralatan rumah (penyaman udara dan peti sejuk), dan peralatan perindustrian (terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat, dan peralatan automasi kilang).

Spesifikasi Utama
Nombor bahagianTB67S112PG
FungsiPemacu solenoid dwi saluran
PakejDIP16-P-300-2.54A
InputKawalan I/FInput selari (Paras TTL)
Voltan bekalan kuasa VM4.5V hingga 47V
OutputPenarafan output (voltan)50V (maksimum)
Pengkadaran output  (arus)1.5A bagi setiap saluran (maksimum)
Rintangan ON output0.3Ω (jenis)
Diod biasaTerbina dalam
Fungsi keselamatanPenutupan terma dan pengesanan lebihan arus dengan fungsi set semula automatik
Bawah voltan sekat
Isyarat penutupan terma output
Semakan Stok & PembelianBeli Dalam Talian

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan yang lebih luas, sila layari:
TB67S112PG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S112PG&lang=en
TB67S111PG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S111PG&lang=en
TB67S158FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S158FTG&lang=en
TB67S158NG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S158NG&lang=en

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu dan barisan lebih luas di pengedar dalam talian, sila layari:
TB67S112PG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67S112PG.html
TB67S111PG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67S111PG.html
TB67S158FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67S158FTG.html
TB67S158NG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67S158NG.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190926005310/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...