Monday, May 30, 2022

GRADIANT, PENERAJU TEKNOLOGI DI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH AIR KRITIKAL, MENERIMA ANUGERAH AIR GLOBAL YANG MENJADI REBUTAN

Gradiant dinamakan sebagai sebuah “Syarikat Teknologi Air Terbaik Tahun Ini” dan Synauta, syarikat Pembelajaran Mesin yang diperolehinya baru-baru ini, dianugerahkan dengan “Syarikat Teknologi Cemerlang Terbaik Tahun Ini”

BOSTON, 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, sebuah penyedia penyelesaian global dan pembangun bagi air berteknologi bersih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf dengan kecemerlangan sebagai sebuah “Syarikat Teknologi Air Terbaik Tahun Ini” dan dan perniagaan AI mereka yang diperolehi baru-baru ini Synauta, telah dianugerahkan sebagai “Syarikat Teknologi Cemerlang Terbaik Tahun Ini” pada Anugerah Air Global pada Kecerdasan Air Global (GWI)  di Madrid, Sepanyol.

Setiap tahun, anugerah berprestij ini mengiktiraf pencapaian paling penting di dalam industri air global. Pemenang dipilih oleh pemimpin perniagaan, pelabur dan pakar teknologi di dalam industri air global daripada sektor swasta dan awam. Gradiant telah diiktiraf di atas sumbangan besar mereka kepada bidang air dan teknologi digital, khususnya untuk:

· Teknologi Aliran Lawan Osmosis Berbalik (CFRO) yang menjadikan membran kepekatan air garam menjadi satu realiti bagi pengguna industri dan perbandaran di seluruh dunia. Untuk kemudahan SWRO baharu, membran kepekatan air garam telah menjadikan kadar pemulihan >99% berdaya maju, secara radikal mengubah paradigma reka bentuk yang wujud sejak dahulu lagi
· Penggunaan global bagi platform digital SmartOps yang menawarkan pengoptimuman berterusan bagi sistem dengan air suapan yang berubah-ubah –satu daripada cabaran terbesar untuk teknologi pelepasan cecair sifar dan minimum. Pelanggan industri dan perbandaran semakin menggunakan platform AI untuk operasi air dan air buangan mereka untuk menangani cabaran daripada tekanan kemapanan dan kos, kesinambungan perniagaan, pematuhan peraturan dan peristiwa iklim.
· Salur paip bagi inovasi yang disruptif yang menghasilkan di dalam lebih daripada 250 paten dan aplikasi yang membolehkan syarikat itu menangani satu rangkaian luas bagi aplikasi penggunaan akhir yang baru muncul. GWI berkata pada masa penganugerahan, “Tidak ada syarikat lain yang telah membawa lebih banyak penyelesaian kepada cabaran rawatan air yang sukar di dalam sektor perindustrian dalam tempoh 10 tahun yang lalu.”
 
“Ia adalah satu penghormatan untuk diiktiraf oleh rakan industri kami kerana pertumbuhan perniagaan, inovasi dan penggunaan teknologi kami,” kata Anurag Bajpayee, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Gradiant. “Kepakaran kami dalam mendigital dan mengoptimumkan air telah mencipta nilai jangka panjang yang baharu bagi pelanggan kami dan pembezaan kompetitif. Kami berterima kasih kepada pelanggan kami kerana mempercayai Gradiant untuk menyelesaikan cabaran air mereka yang unik.”

Synauta, yang baru-baru ini diperoleh oleh Gradiant, telah dianugerahkan di atas kejayaan penemuan komersial mereka di dalam teknologi air global. Synauta mengoptimumkan prestasi bagi loji penyahgaraman melalui algoritma pembelajaran mesin. Penawaran “titik tetap-sebagai-satu-perkhidmatan” Synauta telah merevolusikan amalan penyahgaraman dan pengendali loji guna semula. Peluasan ke dalam geografi baharu dan mendapatkan perkongsian industri baharu mengesahkan peranan itu yang akan digunakan oleh data dan pembelajaran mesin untuk mengurangkan tenaga, bahan kimia dan jejak karbon pada masa hadapan air.

GRADIANT, PENERAJU TEKNOLOGI DI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH AIR KRITIKAL, MENERIMA ANUGERAH AIR GLOBAL YANG MENJADI REBUTAN

Friday, May 27, 2022

TRILLIANT AKAN MENGATURKAN KEDUDUKAN AMI DI DALAM PERKONGSIAN DENGAN SAMART TELCOMS BAGI PIHAK BERKUASA ELEKTRIK WILAYAH (PEA), THAILAND

AMI akan membolehkan PEA untuk meningkatkan kecekapan pengumpulan data masa nyata bagi pelanggan komersial dan industri (C&I)

THAILAND & SINGAPURA, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Trilliant, sebuah penyedia global terkemuka bagi penyelesaian utiliti untuk pemeteran termaju dan sistem grid pintar, dengan sukacitanya ingin mengumumkan satu perkongsian baharu dengan SAMART untuk mengaturkan kedudukan Infrastruktur Pemeteran Termaju (AMI) bagi Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah Thailand (PEA). Penggunaan itu menunjukkan komitmen berterusan Trilliant terhadap utiliti di rantau Asia Pasifik pada tahap prestasi peneraju pasaran.

“Trilliant berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian yang berinovatif bagi pelanggan kami di seluruh dunia,” kata Andy White, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Trilliant. “Platform kami membolehkan bagi penggunaan teknologi wayarles hibrid yang boleh digunakan dengan berkesan bersama pelbagai aplikasi, yang membolehkan utiliti untuk menyediakan perkhidmatan peringkat atasan kepada pelanggan mereka. Jalinan kerjasama dengan SAMART membolehkan kami untuk menyampaikan platform perisian kami bagi menyokong penggunaan jenama berbilang meter.”

PEA Thailand telah memberikan kontrak itu kepada Konsortium STS yang terdiri daripada SAMART Telcoms PCL dan SAMART Communication Services.

“Pemilihan terbaik bagi produk berkualiti daripada Trilliant, sebuah penyedia teknologi bertaraf dunia, telah mengukuhkan penawaran penyelesaian kami kepada PEA. Kami menantikan perkongsian jangka panjang dan kerjasama masa depan kami di Thailand,” kata Encik Suchart Duangtawee, Naib Presiden Eksekutif bagi SAMART Telcoms PCL.

Trilliant telah pun menghubungkan lebih 3 juta meter pintar bagi pelanggan di India dan Malaysia, dengan rancangan untuk mengaturkan kedudukan bagi 7 juta meter tambahan dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui perkongsian yang sedia ada. Dengan penambahan PEA, teknologi Trilliant akan tidak lama lagi digunakan di berjuta-juta rumah baharu, sekali gus membantu pihak berkuasa utiliti menyediakan akses elektrik yang boleh dipercayai kepada pelanggan mereka.

Penggunaan berterusan di dalam APAC adalah satu bukti kepada teknologi Trilliant yang dibina khas untuk utiliti dan komuniti. Baru-baru ini diiktiraf oleh Frost & Sullivan sebagai Syarikat Platform Komunikasi Utiliti Pintar Asia Pasifik Terbaik untuk 2021, Trilliant kekal berdedikasi kepada laluan inovasi teknologi mereka.

Trilliant terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan tenaga untuk melengkapkan pemasangan meter pintar, sistem hujung kepala dan hab komunikasi dalam satu cara yang selamat dan tepat pada masanya. Penggunaan ini menyokong utiliti di dalam mengejar matlamat alam sekitar dan kelestarian mereka melalui penyelarasan berterusan bagi proses dan pengurusan perkhidmatan tenaga yang dipertingkatkan.

Maklumat mengenai Trilliant

Trilliant® memperkasakan industri tenaga dengan satu-satunya platform komunikasi yang dibina khas yang membolehkan pihak utiliti dan bandar raya untuk menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan boleh dipercayai -- pada satu rangkaian yang berkuasa. Dengan penyelesaian yang paling terbukti di lapangan dan patuh di peringkat global di dalam pasaran, Trilliant memperkasakan anda dengan menghubungkan dunia benda®. www.trilliant.com

Maklumat mengenai SAMART Telcoms PCL

KUMPULAN SAMART TELCOMS menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan di dalam ICT dan inovasi digital, termasuk Penyelesaian Rangkaian, Teknologi Dipertingkatkan, dan Aplikasi Perniagaan yang mencakupi daripada perundingan, reka bentuk sistem, pemasangan dan pelaksanaan, operasi, dan penyelenggaraan sebagai penyedia penyelesaian dan perkhidmatan yang terkemuka dan lengkap untuk pelanggan di sektor kerajaan dan swasta. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15915

KUMPULAN CR ASIA MENGUMUMKAN PENJENAMAAN SEMULA DAN PENUKARAN NAMA KEPADA CR3

SINGAPURA, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan CR Asia mengumumkan satu penjenamaan semula bagi nama mereka kepada CR3 bersama-sama dengan satu logo korporat baharu yang mencerminkan penekanan strategik kami terhadap kelestarian dan tenaga bersih. CR3 akan terus membina pada reputasi kumpulan itu untuk kecemerlangan dalam penyelesaian kejuruteraan tenaga sambil mengejar peluang-peluang masa depan di dalam peralihan tenaga kepada sebuah ekonomi karbon yang lebih rendah.

Jenama dan logo CR3 itu akan menggantikan nama CR Asia yang digunakan pada masa lalu pada organisasi, operasi dan logo kami. Dengan mempunyai sejarah selama 30 tahun, CR3 ialah sebuah perniagaan penyelesaian kejuruteraan tenaga terkemuka yang beroperasi di seluruh Asia yang melayani pelanggan di 18 buah negara Asia dari pangkalan tetapnya di Singapura, Thailand, India dan Malaysia. Jenama CR3 baharu kami komited untuk berkembang lebih jauh melangkaui pasaran tradisional kami di Asia untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Identiti jenama CR3 baharu itu datang pada masa yang penting kerana pelanggan kami yang beroperasi dalam pelbagai industri mengejar peningkatan berterusan dalam kecekapan tenaga dan penyahkarbonan. Logo baharu itu menghubungkan pengalaman lampau CR3 dengan peluang-peluang masa hadapan. Nombor "3" CR3 menandakan lelaran ke-3 bagi nama Kumpulan itu selepas nama lama Contract Resources dan CR Asia serta menyerlahkan 3 dekad operasi kami merentasi 3 kemahiran teras kami dalam kecekapan TENAGA, kecemerlangan KEJURUTERAAN, serta PENYELESAIAN yang mapan. Logo hijau CR3 yang penuh bertenaga menyerlahkan kepentingan kelestarian kepada pasaran kami. Gabungan tipografi mekanikal dan yang dipacu oleh data dengan sempurna merangkumkan komitmen kami untuk terus membangun dan berkembang dalam sektor tenaga di luar Asia, serta tumpuan yang lebih besar untuk menambahkan penyelesaian kejuruteraan yang berinovatif dan mapan.

“Perubahan nama korporat itu adalah satu peristiwa penting bagi kami kerana ia menawarkan satu mesej yang lebih tertumpu untuk menyediakan penyelesaian yang cekap tenaga untuk menghadapi cabaran karbon hari ini. Jenama baharu kami mempertajamkan imej pasaran kami tentang siapa kami dan perkara yang menjadikan CR3 unik. Kami percaya bahawa identiti tersendiri ini akan membimbing dan mempercepatkan pertumbuhan dan evolusi perniagaan kami,” kata Mark Stansfield, Ketua Pegawai Eksekutif bagi CR3. "Identiti visual baharu ini direka untuk menandakan satu lembaran baharu bagi kumpulan syarikat CR3 dan membezakan dengan jelas CR3 dalam pasaran untuk pelanggan kami."

Identiti visual CR3 itu akan dilihat merentasi semua aset perniagaan, nama syarikat dan komunikasi serta akan dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang. Penjenamaan dan pemesejan CR3 akan menyerlahkan kedudukan mereka sebagai penyedia terkemuka bagi penyelesaian kejuruteraan tenaga sambil memudahkan peralihan karbon rendah untuk pelanggan baharu dan sedia ada.

David Young, Pengurus Pembangunan Perniagaan CR3 dan pemacu utama di dalam strategi penjenamaan semula CR3, berkata, "Identiti visual CR3 akan menonjol dalam landskap tenaga untuk rakan kongsi dan pelanggan kami. Laman web baharu kami, logo baharu, penjenamaan, peralatan dan sumber adalah tepat yang diperlukan oleh CR3 untuk mengikuti rancangan masa depan kami, dan kami akan terus menawarkan penyelesaian komprehensif dengan satu pendekatan yang lebih mengutamakan pelanggan. Ketepatan masanya adalah sesuai kerana ia datang sejurus selepas pemerolehan oleh ShawKwei & Partners dan akan membantu CR3 menonjol daripada persaingan.”

Logo baharu CR3 berkuat kuasa serta-merta dan akan dilaksanakan merentasi syarikat, penyelesaian, aset, perkhidmatan, produk dan peralatan Kumpulan itu.

AKHIR

Maklumat mengenai Kumpulan CR3

Ditubuhkan pada tahun 1991, Kumpulan CR3 (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan CR Asia) menyediakan penyelesaian kejuruteraan tenaga kepada pelanggan melalui kemudahan tetap mereka di Thailand, Singapura, Malaysia dan India. Kumpulan CR3 berdedikasi untuk menjadi pembekal terkemuka bagi penyelesaian kejuruteraan tenaga di seluruh Asia, melayani pelanggan bertaraf dunia dalam industri berintensifkan aset seperti pengeluaran tenaga, pemprosesan kimia dan kuasa.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220503005118/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut:
Kumpulan CR3
Zee Noor
Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan
E-mel: cocom@cr3.group
Telefon: +65 6268 0255

Sumber : Kumpulan CR3

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15917

Thursday, May 26, 2022

CROCUS TECHNOLOGY MENINGKATKAN KETEPATAN PENYELESAIAN PEMETERAN TENAGA

Reka Bentuk Rujukan Penderia TMR dengan Output Digital Memudahkan Pelaksanaan 

MILPITAS, Calif., 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology Inc., pembangun penderia XtremeSense® TMR, hari ini mengumumkan keluaran penyelesaian pemeteran tenaga ketepatan tinggi dengan penderiaan arus terpencil dan output digital. Penyelesaian ini mampu mengukur kuasa, voltan dan arus sambil menyediakan pengasingan 1,820 VPK  dalam aplikasi AC atau DC. Hasilnya adalah reka bentuk yang lebih kecil dan cekap tanpa menggunakan pengubah arus yang besar. Penyelesaian ini sesuai untuk rangkaian peranti pintar seperti monitor bekalan kuasa, pengecas kenderaan elektrik, perkakas rumah, kawalan motor dan lampu pintar.

Penyelesaiannya terdiri daripada penderia arus terpencil CT430 TMR Crocus, mikropengawal ATtiny426 Microchip, Papan Litar Bercetak (PCB), fail reka bentuk, perisian tegar mikropengawal, senarai Bill of Materials (BoM), panduan pengguna dan sokongan yang relevan untuk mereka bentuk pemantauan kuasa yang berfungsi sepenuhnya. penyelesaian. Penyelesaian reka bentuk telah disahkan untuk membaca dan mengukur nilai voltan dan arus dengan tepat sebelum mengira komponen kuasa serta-merta dan Root Mean Square (RMS), kuasa aktif dan reaktif, serta faktor kuasa. Nilai kuasa ini disimpan dalam daftar yang boleh diakses oleh mikropengawal luaran melalui antara muka SPI. Dengan melepaskan usaha reka bentuk mengukur dan mengira kuasa, penyelesaian pemeteran Crocus memudahkan penambahan keupayaan pemeteran pada mana-mana peranti pintar.

Kunci kepada pengukuran kuasa yang tepat ialah penderia arus CT430 yang memberikan ketepatan pengukuran semasa yang lebih baik daripada 1% dalam julat operasi -40°C hingga +125°C. Penderia ini tersedia dalam pakej SOIC-Wide kecil 16-plumbum, menyingkirkan keperluan untuk pengubah arus yang besar dan membolehkan reka bentuk yang lebih padat. Penyelesaian CT430 juga boleh disesuaikan dengan antara muka bas yang berbeza seperti I2C, SENT dan CAN. Dengan memanfaatkan penyelesaian itu, pengeluar dan pereka boleh dengan cepat membangunkan keupayaan pemantauan kuasa yang tepat dan padat untuk produk mereka. Lihat rajah di bawah untuk gambar rajah sistem kit reka bentuk rujukan Crocus untuk pengukuran kuasa.

"Dapat mengukur kuasa dengan tepat dan menyampaikan data ini dalam sistem terus menjadi cabaran bagi pereka bentuk." kata Tim Kaske Crocus Naib Presiden, Jualan & Pemasaran. “Penyelesaian Crocus dengan sensor arus CT430 memberikan ketepatan yang lebih baik berbanding reka bentuk berasaskan sensor magnet sedia ada.  Dengan penyelesaian reka bentuk yang disahkan dan tempoh pendahuluan 12 minggu, pelanggan reka bentuk OEM dapat dengan cepat menyepadukan penyelesaian pemeteran tenaga ke dalam produk akhir mereka.”
 
Fail reka bentuk yang diperlukan untuk pembuatan atau menyesuaikan PCB meter kuasa ini boleh didapati untuk dimuat turun. https://crocus-technology.com/powermeter/.

Turut tersedia untuk muat turun ialah panduan pengguna AN136 CT430 Power Measurement Module, https://www.crocus-technology.com/wp-content/uploads/2022/05/AN136-CT430-Power-Measurement-Module-Rev0.0.pdf.

Wednesday, May 25, 2022

CROCUS MENYAMPAIKAN MASA DEPAN DERIA ARUS TERPENCIL TANPA SENTUH ARUS TINGGI, KEPERSISAN TINGGI

CT45x menjadi wadah untuk mempamerkan kelebihan penderia TMR untuk memikirkan semula dan memudahkan penyelesaian dalam bidang aplikasi kepersisan tinggi, arus tinggi 

MILPITAS, Calif., 24 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology Inc., pembekal terkemuka penderia XtremeSense® TMR (Tunnel Magneto-Resistance) ganggu, mengumumkan pada hari ini penderia arus terpencil tanpa sentuh kumpulan CT45x untuk membolehkan pengukuran kepersisan tinggi dan arus tinggi dengan penyelesaian yang lebih dipermudah. Tidak seperti penyelesaian sedia ada, CT45x membolehkan pengilang mengetepikan perisai, penumpu atau teras yang mahal. CT452 dan CT453 menawarkan kejituan 0.7% tanpa sentuh, lebar jalur 1 MHz, dan kelalian yang lebih baik daripada -50 dB terhadap medan magnet luaran tanpa komponen mekanikal tambahan. Gabungan prestasi dan kejituan ini membolehkan pelanggan mengurangkan saiz dan berat produk keseluruhan, yang membolehkan mereka menggantikan modul deria arus yang besar dan mahal dengan penyelesaian yang kecil dan mudah.

Ketika keperluan arus semakin meningkat, begitu juga cabaran mengukur arus tinggi dengan jitu, biasanya >200 A dan sering kali sehingga 2,000 A. Perintang pirau dengan amplifier terpencil digunakan secara umum tetapi membangkitkan isu berkenaan dengan kehilangan I2R dan lazimnya besar dan mahal. Penyelesaian berasaskan magnet yang sedia ada seperti Kesan Hall dan AMR adalah kurang jitu dan mempunyai hanyutan suhu yang tinggi. Produk CT45x adalah berasaskan teknologi TMR XtremeSense yang menyampaikan masa depan dengan pendekatan tanpa sentuh nisbah isyarat-hingar (signal-to-noise ratio atau SNR) tinggi yang boleh berpadan dengan keperluan sistem, lebar jalur tinggi dan masa gerak balas yang pantas, penolakan medan model sepunya, digabungkan dengan pengukuran kejituan tinggi berkenaan dengan suhu. 

Tuesday, May 24, 2022

BITBANK, INC., SEBUAH PENGENDALI PERTUKARAN ASET KRIPTO, TELAH MENANDATANGANI SEBUAH MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN SUMITOMO MITSUI TRUST HOLDINGS, INC. UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH SYARIKAT AMANAH YANG KHUSUS DI DALAM ASET DIGITAL







TOKYO, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
bitbank, inc. (Ibu Pejabat: Tokyo Jepun Ketua Pegawai Eksekutif: Noriyuki Hirosue) dan Sumitomo Mitsui Trust Holdings, Inc. (Ibu Pejabat: Tokyo Jepun, Pengarah, Presiden: Toru Takakura) telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman dengan tujuan untuk mewujudkan “Japan Digital Asset Trust Preparatory Company, inc.*1 “JADAT”” yang akan menjadi sebuah syarikat persediaan untuk tujuan menubuhkan sebuah syarikat amanah yang khusus di dalam aset digital*2. Dalam MOU tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengkaji kemungkinan bagi SuMi TRUST Holdings untuk melabur di dalam JADAT.


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220523005408/en/

JADAT akan mendapat pengetahuan tentang sistem pengurusan penyimpanan aset digital dengan tahap keselamatan paling maju dan paling tinggi di Jepun bagi bitbank dan pengetahuan mengenai perniagaan amanah bagi SuMi TRUST Holdings – sebuah kumpulan bank amanah yang khusus.

*Selepas pendaftaran oleh pihak berkuasa yang berkaitan berdasarkan kepada Akta Perniagaan Amanah, ia dijangka menukar nama perniagaannya kepada Japan Digital Asset Trust, inc..
*2 Aset kripto, token keselamatan pada blok rantai awam, stablecoin dan NFT.

Maklumat mengenai syarikat baharu itu
Nama: Japan Digital Asset Trust Preparatory Company, inc.
Ketua Pegawai Eksekutif: Noriyuki Hirosue
Kandungan perniagaan: Perniagaan penjagaan aset digital
Laman web: http://jadat.com/en

Maklumat mengenai bitbank, inc.
[Pengenalan]
bitbank mengendalikan pertukaran aset kripto Jepun “bitbank” - yang mempunyai volum perdagangan domestik bulanan sebanyak 731.7 bilion JPY, bahagian volum perdagangan domestik sebanyak 33.7% (setakat April 2021) dan deposit pelanggan sebanyak lebih daripada 300 bilion JPY - sedang mengembangkan skala perniagaan mereka dengan pesat. Untuk mengembangkan pasaran aset kripto domestik, lebih ramai pelabur institusi perlu memasuki pasaran itu. Dengan kekuatan kami - teknologi penyimpanan aset kripto, kecairan dagangan spot, keselamatan yang kukuh - kami akan menyumbang kepada pengembangan seterusnya bagi pasaran aset kripto, melalui perniagaan amanah aset digital dengan JADAT.

[Nama syarikat]
bitbank, inc.
[URL]
https://bitbank.cc/about/corporate
[Ketua Pegawai Eksekutif]
Noriyuki Hirosue
[Alamat]
141-0031 7F, Bangunan KDX Nishigotanda, 7-20-9 Nishigotanda, Shinagawa, Tokyo, Jepun
[Tarikh Penubuhan]
7 Mei, 2014
[Modal permulaan]
8,647.21 juta JPY (Termasuk modal simpanan)
[Gambaran perniagaan]
Perkhidmatan yang berkaitan dengan aset kripto (mata wang kripto)
Pengendali pertukaran aset kripto, Nombor pendaftaran 00004, dikeluarkan oleh Pengarah bagi Biro Kewangan Tempatan Kanto
[Keahlian]
Japan Virtual and Crypto assets Exchange Association (JVCEA)
Persatuan Perniagaan Aset Kripto Jepun (JCBA)
Blockchain Collaborative Consortium (BCCC)

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220523005408/en/

Hubungi

bitbank, inc.
Midori Abe
+81-50-1751-8600
midori.abe@bitcoinbank.co.jp

Sumber : bitbank, inc.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15909

Saturday, May 21, 2022

ADVANCE LOCAL MERUPAKAN PELANGGAN BAHARU SOPHI.IO

TORONTO, 20 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Advance Local, salah satu kumpulan media terbesar di Amerika Syarikat yang mengendalikan 10 organisasi berita dan maklumat terkemuka serta mencapai 55 juta orang setiap bulan telah meningkatkan matlamat langganan mereka sebanyak empat kali ganda menggunakan Enjin Dinding Bayar Kandungan Sophi. Berhadapan dengan tekanan pengiklanan yang diburukkan oleh Koronavirus, Advance Local telah meningkatkan penukaran langganan 45% menggunakan Sophi.io, sebuah platform automasi, pengoptimuman dan ramalan dikuasakan AI yang dibangunkan oleh The Globe and Mail. Kejayaan mereka dengan Sophi telah menempatkan mereka sebagai calon akhir dalam Anugerah Media Digiday yang diumumkan pada minggu ini.

Neil Katz, Ketua Pegawai Pelanggan di Advance Local berkata, “Kami mahu melihat sejauh mana Sophi mampu memberi manfaat kepada kami, oleh itu kami menguji Dinding Bayar Kandungan Sophi pada salah satu tapak terbesar kami. Hasilnya adalah transformatif. Kami mengharapkan 10% kenaikan dalam kadar penukaran dan Sophi memberikan empat kali ganda hasil tersebut. Kami terus melancarkan penyelesaian Sophi di lebih banyak tapak kami pada masa ini.”

Advance mula menggunakan Enjin Dinding Bayar Kandungan Sophi pada salah satu tapak terbesarnya, cleveland.com, untuk mendapatkan cerapan yang lebih baik tentang nilai kandungan dan memacu perniagaan langganan baharu mereka. Teknologi tersebut menggunakan pemprosesan bahasa tabii (NLP) lanjutan untuk menganalisis setiap kandungan dan memilih artikel untuk digunakan dalam dinding bayaran. Ia hanya memilih artikel dengan peluang hasil langganan yang melebihi hasil pengiklanan dikecualikan. 

Friday, May 20, 2022

WHR GROUP, INC. DINOBATKAN SEBAGAI TEMPAT KERJA TERBAIK UNTUK TAHUN KESEMBILAN BERTURUT-TURUT

MILWAUKEE, Wis., 18 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- untuk tahun kesembilan berturut-turut, WHR Group, Inc. (WHR) dinobatkan sebagai Tempat Kerja Terbaik oleh Milwaukee Journal Sentinel. Tempat Kerja Terbaik meninjau penglibatan dan kepuasan pekerja di syarikat di seluruh AS. Anugerah diberikan kepada syarikat di wilayah yang berbeza termasuk Timur Laut, Tenggara, Barat Tengah, Barat Daya, Pergunungan Rocky dan Pasifik. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, WHR telah dianugerahkan sebagai Tempat Kerja Terbaik di wilayah Milwaukee dan Wisconsin Tenggara.

Anugerah Tempat Kerja Terbaik adalah semata-mata berdasarkan kepada hasil maklum balas tinjauan pekerja yang ditadbir oleh Energage, LLC, sebuah firma penyelidikan terkemuka yang mengkhusus dalam kesihatan organisasi dan penambahbaikan tempat kerja.. Perkara yang menjadikan anugerah ini begitu istimewa dan sederhana ialah pekerja WHR memberikan maklum balas bagi tinjauan itu. 

Thursday, May 19, 2022

SMART MODULAR MENGUMUMKAN KAD TAMBAHAN MEMORI SMART KESTRAL PCIE OPTANE UNTUK MEMBOLEHKAN PELUASAN DAN PECUTAN MEMORI





Disasarkan untuk skala hiper dan pusat-pusat data yang menjalankan pangkalan data yang besar pada sistem berasaskan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) AMD, ARM dan Intel

BANDAR RAYA TAIPEI BAHARU, Taiwan, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), satu bahagian daripada SGH (Nasdaq: SGH) dan sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, pemacu keadaan pepejal dan produk storan hibrid mengumumkan Kad Tambahan Memori SMART Kestral PCIe Optane (AIC) mereka yang baharu yang mampu untuk menambahkan sehingga 2TB bagi pengembangan Memori Optane pada sebuah antara muka PCIe-Gen4-x16 atau PCIe-Gen3-x16 yang bebas bagi CPU papan induk. SMART Kestral AIC mempercepatkan algoritma yang terpilih dengan melepaskan beban fungsi storan yang ditentukan oleh perisian daripada CPU hos kepada Intel FPGA pada AIC.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220518006168/en/

AIC memori SMART Kestral sesuai untuk skala hiper, pusat data dan persekitaran serupa yang lain yang menjalankan aplikasi memori yang besar dan akan memperoleh manfaat daripada pecutan memori atau pecutan sistem melalui storan pengiraan.

“Dengan kemajuan bagi standard antara sambung baharu seperti CXL dan OpenCAPI, keluarga baharu SMART bagi SMART Kestral AIC menangani keperluan industri untuk pelbagai faktor bentuk dan antara muka modul memori baharu bagi pengembangan dan pecutan memori,” kata Mike Rubino, naib presiden bagi kejuruteraan di SMART Modular. “SMART dapat memanfaatkan pengalaman bertahun-tahun kami dalam membangun dan menghasilkan penyelesaian memori berasaskan pengawal bagi memenuhi keperluan tambahan memori yang semakin meningkat dan terus berkembang pada hari ini untuk pelanggan pelayan dan sistem storan.”


Faedah utama:

  • Lebih banyak memori bagi setiap pelayan pada kos yang lebih rendah bagi setiap gigabait
  • Peningkatan medan untuk algoritma dan protokol baharu
  • Peningkatan lancar untuk pelayan sedia ada dengan penyelesaian mem tersuai
  • Sokongan bagi pelbagai teknologi dan protokol memori, termasuk Intel Optane DIMM, DDR4 RDIMM dan LRDIMM
Spesifikasi teknikal:
  • Ketinggian Penuh, Separuh (FHHL), faktor bentuk dua slot
  • Kuasa Reka Bentuk Terma (TDP) kurang daripada 150W menggunakan sebuah heatsink atau bahan untuk menyerap haba berlebihan yang pasif
  • Intel Stratix® 10 DX FPGA yang dibolehkan dengan sokongan IP berbilang untuk menentukan penyelesaian tersuai
  • Kuad Teras ARM A53 dengan memori 2GB DDR4 on-board yang khusus dan pecutan storan 8GB
  • Empat slot DIMM dengan dua saluran bebas, yang boleh diisi dengan empat DIMM Optane sehingga 512GB setiap satu atau dua DDR4 RDIMM sehingga 256GB setiap satu
AIC untuk masa depan daripada SMART akan berupaya untuk menyokong 4TB bagi Memori Optane di dalam Mod Langsung Aplikasi yang berterusan melalui semantik beban/simpanan yang normal untuk semua seni bina CPU -- membebaskan slot DDR DIMM tersambung langsung yang berharga. Kad memori SMART Kestral adalah sesuai untuk pelayan latihan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML), yang membenarkan algoritma besar untuk dibangunkan dengan pantas dan tanpa risiko mengalami kegagalan semasa peristiwa kehilangan kuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai SMART Kestral Memori AIC, sila layari halaman produk dan taklimat teknikal di smartm.com atau hubungi pasukan jualan di info@smartm.com.

*“S” dan “SMART” serta “SMART Modular Technologies” yang diolah dalam gaya adalah merupakan tanda perdagangan atau tanda perdagangan berdaftar bagi SMART Modular Technologies, Inc. Semua tanda perdagangan dan tanda perdagangan berdaftar yang lain adalah hak milik bagi pemilik mereka masing-masing.

Maklumat mengenai SMART Modular Technologies

Selama lebih daripada 30 tahun, SMART Modular Technologies telah membantu pelanggan di seluruh dunia membolehkan pengkomputeran berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan dan pembungkusan lanjutan bagi penyelesaian memori khusus. Portfolio teguh kami terdiri daripada teknologi termaju hari ini sehingga kepada produk storan DRAM dan Flash yang standard dan legasi. Kami menyediakan penyelesaian memori dan storan yang standard, lasak dan tersuai yang memenuhi keperluan bagi aplikasi yang pelbagai di dalam pasaran pertumbuhan tinggi.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220518006168/en/

Hubungi

Hubungi Pemasaran Produk
Arthur Sainio
SMART Modular Technologies
39870 Eureka Dr., Newark, CA 94583
+1 (510) 364-3647
info@smartm.com

Hubungan Media
John Crook
SMART Modular Technologies
Komunikasi Pemasaran
John.Crook@smartm.com

Sumber : SMART Modular Technologies, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15895

DEWG G20 KEDUA MEMBERI TUMPUAN KEPADA PENYAMBUNGAN DIGITAL UNTUK PEMULIHAN

JAKARTA, Indonesia, 19 Mei, 2022, Agensi Berita Antara

Kerajaan Indonesia telah menggesa Kumpulan Kerja Ekonomi Digital (DEWG) G20 untuk meneruskan perbincangan berhubung ketersambungan digital.

“Saya percaya kita semua telah menyaksikan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam membantu orang ramai menghadapi kesan pandemik COVID-19,” kata Menteri Komunikasi dan Informatika, Johnny G. Plate.

DEWG adalah sebahagian daripada Trek Sherpa G20 Indonesia. Kumpulan kerja itu bermula dengan pembentukan Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) G20 pada tahun 2017 semasa Jerman menjawat jawatan presiden G20.

Kumpulan kerja itu telah diberikan mandat untuk membincangkan pelaksanaan bagi sebuah teknologi digital yang saling berkaitan, dilindungi dan selamat untuk membangunkan sebuah ekonomi digital yang inklusif, berdaya tahan dan mapan.

Mesyuarat DEWG kedua, di bawah kendalian Indonesia sebagai pemegang jawatan presiden G20, yang diadakan di Yogyakarta pada 17-19 Mei, 2022, telah membincangkan isu mengenai ketersambungan digital.

Sebagai pengerusi bagi jawatan Presiden G20 2022, Indonesia telah menggalakkan peserta DEWG G20 2022 untuk membincangkan tiga isu keutamaan: ketersambungan digital dan pemulihan pasca COVID-19; kemahiran digital dan literasi digital; serta aliran data rentas sempadan dan aliran data percuma yang dipercayai. 

AQARA MENGUMUMKAN KUNCI PINTU PINTAR D100 ZIGBEE YANG AUTOMATIK SEPENUHNYA

 NEW YORK, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aqara, sebuah pembekal terkemuka bagi produk rumah pintar, mengembangkan portfolio kunci pintu pintar mereka dengan mengeluarkan sebuah kunci gaya tanggam yang baharu, D100 Zigbee, yang merupakan kunci pintar ketiga jenama itu untuk pasaran global. Tidak seperti N100 Zigbee dan A100 Zigbee sebelum ini yang merupakan kunci pemegang yang lebih tradisional, D100 Zigbee yang baharu itu ialah sebuah kunci tanggam yang automatik sepenuhnya yang membolehkan pengguna untuk membuka pintu tanpa perlu menolak pemegang atau memutarkan tombol. Model baharu itu direka untuk berfungsi dengan HomeKit termasuk ciri kunci rumah terkini, dan ia juga menyokong membuka kunci melalui Google Assistant. D100 Zigbee itu telah berada di pasaran Singapura, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan ketersediaan produk itu dijangka berkembang pada bulan-bulan berikutnya ke negara/rantau lain termasuk Malaysia, Thailand, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Kazakhstan, Nigeria, dsb.


Berbanding dengan model sebelum ini, kunci D100 Zigbee serasi dengan rangkaian pintu yang lebih luas, sesuai dengan ketebalan di antara 40 hingga 120 milimeter dan juga pintu pemegang tarik yang bergaya. Ia juga menampilkan sebuah pek bateri litium-ion (Li-ion) yang lebih mapan. Pek bateri 2480mAh boleh tanggal itu boleh dicas semula melalui port USB-C, dan menyediakan hayat bateri selama 12 bulan bagi setiap pengecasan. Sebuah penggera bateri rendah disokong, dan walaupun bateri itu telah lemah, kunci itu boleh juga dicas dari luar dengan melalui bank kuasa USB-C. Dan sama dengan kunci Aqara yang lain, kunci mekanikal disediakan, yang membolehkan pengguna untuk membuka kunci walaupun jika elektronik itu gagal.

D100 Zigbee itu menampilkan sebuah pengimbas cap jari 3D dengan pengesanan masa nyata, dan pengimbas itu mempunyai sebuah salutan nilam untuk memastikan ketahanan yang lebih baik. Kunci itu dilengkapi dengan sebuah pad kunci yang tidak kelihatan, dan membolehkan kata laluan kekal, sekali serta berkala (6-10 digit) yang membantu pengguna untuk memberi dan menguruskan akses rumah untuk ahli keluarga dan pelawat dengan mudah. Kata laluan sekali dan berkala boleh dibuat dan diurus dari jarak jauh*, yang menjadikan kunci ini satu pilihan yang ideal untuk rumah sewa. Kad NFC itu juga disediakan dengan kunci itu, yang mudah bagi ahli keluarga yang lebih muda dan lebih tua untuk membuka kunci.

Selain itu, D100 Zigbee itu direka untuk berfungsi dengan HomeKit dan menyokong ciri kunci rumah di dalam Apple Wallet, yang membolehkan pengguna untuk hanya tag iPhone atau Apple Watch mereka untuk membuka kunci. Ia juga menyokong pembantu suara termasuk Siri dan Google Assistant, supaya pengguna boleh menyemak dengan pembantu kegemaran mereka sama ada pintu itu dikunci atau meminta pembantu itu untuk membukakan pintu berkenaan.
 
Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan telah dimasukkan ke dalam kunci D100 Zigbee itu untuk memastikan keselamatan bagi rumah dan hartanah, termasuk:
  • Badan kunci tiga bolt dan silinder yang sangat terjamin menjadikan kunci itu sangat tahan terhadap percubaan untuk pecah masuk;
  • Cip kawalan dan keselamatan diletakkan di dalam panel dalaman kunci itu, supaya ia tidak akan diusik walaupun apabila panel luar terjejas;
  • Sebuah tombol mekanikal dilengkapkan, yang membolehkan kunci untuk dikunci dan dibuka dari dalam bagi keselamatan yang lebih baik dan bagi pintu keluar kecemasan;
  • Amaran gangguan itu adalah secara tempatan dan jarak jauh, yang bermaksud bahawa pembesar suara terbina dalam akan membunyikan penggera manakala satu pemberitahuan mudah alih akan dihantar kepada pengguna untuk mengesan percubaan gangguan;
  • Terkunci secara automatik selepas pintu itu ditutup, dan amaran pintu ditinggalkan terbuka akan berbunyi jika pintu itu terbuka selama lebih 10 saat;
  • Sebuah suis kunci kanak-kanak diletakkan di atas butang untuk membuka kunci, dan setelah suis itu diaktifkan ia menghalang kanak-kanak daripada membuka pintu itu secara tidak sengaja;
  • Pengesahan akan dibekukan selama 3 minit selepas 5 kegagalan pengesahan dan satu amaran percubaan yang tidak normal akan dihantar kepada pengguna, agar satu serangan daya kasar adalah hampir mustahil;
  • Digit rawak boleh ditambah sebelum dan selepas kata laluan itu untuk melindunginya daripada serangan mengintip dan palitan;
  • Semua kunci yang dibuka melalui jarak jauh termasuk kata laluan yang dijana dari jarak jauh adalah dijamin dengan penyulitan hujung ke hujung, dan kunci penyulitan itu disimpan di dalam kunci dan telefon bimbit pengguna dipasangkan secara setempat, yang membolehkan hanya kunci khusus ini untuk dinyahsulit.
Kedua-dua Bluetooth 5.0 dan Zigbee 3.0 disepadukan dengan kunci D100 Zigbee. Walaupun sokongan Bluetooth membolehkan sambungan terus dengan peranti mudah alih dan hab kediaman Apple, penyepaduan Zigbee itulah yang membezakan D100 Zigbee di pasaran. Apabila disambungkan kepada sebuah hab Zigbee 3.0 Aqara, kunci itu bukan sahaja menyokong untuk membuka kunci secara jarak jauh melalui aplikasi Aqara Home, tetapi juga berhubung dengan aksesori Aqara yang lain untuk membolehkan automasi rumah. Sebagai contoh, dengan menekan butang Away kunci itu pada pad kekunci, pengguna boleh melengkapkan Sistem Makluman Aqara Home di mana kamera keselamatan dan penderia diaktifkan serta mematikan lampu, penyaman udara dan peralatan rumah yang lain. Dengan portfolio luas bagi peranti Aqara itu, pengguna boleh mencipta automasi tersuai yang sesuai dengan keperluan dan persekitaran rumah mereka.

Untuk butiran lanjut mengenai Kunci Pintar D100 Zigbee, sila layari laman web kami.

* Sebuah hab Zigbee 3.0 Aqara diperlukan.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220518005555/en/

Hubungi

Untuk Pertanyaan Media:
Michell Li
Telefon Bimbit: +86 18501199430
E-mel:  media@aqara.com

Sumber : Aqara

TOSHIBA MENGEMBANGKAN KERJASAMA DENGAN MIKROELEKTRONIKA MEMPERKENALKAN CLICKER 4 UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN TMPM4K BAGI KAWALAN MOTOR

Toshiba: Sebuah "Clicker 4 untuk TMPM4K" yang disusun pada sebuah "Clicker 4 Inverter Shield," kedua-duanya daripada MIKROE. (Foto: Business Wire)

Penilaian menyeluruh bagi parameter fungsian utama dibolehkan, tetapi dengan pelaburan minimum yang diperlukan

KAWASAKI, Jepun, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") sedang mengukuhkan sokongan yang boleh ditawarkan mereka kepada projek reka bentuk kawalan motor melalui ekosistem rakan teknologi mereka. Hasil daripada pengembangan kerjasama itu dengan MikroElektronika (MIKROE), pelanggan kini boleh menggunakan sebuah platform penilaian baharu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220518005506/en/

Papan pembangunan MIKROE Clicker 4 untuk M4K MCU Toshiba digabungkan dengan Clicker 4 Inverter Shield adalah satu penyelesaian yang mudah untuk digunakan dan kos efektif bagi menjalankan eksperimen dengan senario kawalan motor BLDC. Clicker 4 untuk TMPM4K itu mempunyai sebuah penyahpepijat di atas papan – sekali gus mengelakkan keperluan untuk sebuah penyahpepijat luaran. Ia termasuk empat soket mikroBUS™ untuk sambungan bagi pelbagai jenis papan MIKROE Click™ yang berbeza, yang membolehkan kefungsian selanjutnya untuk ditambah. Terdapat juga penyambung sambungan, port nyahpepijat JTAG/SWD, penunjuk LED dan butang tekan. Papan ini disertakan dengan Clicker 4 Inverter Shield, yang menampilkan enam MOSFET bagi pemanduan motor, sebuah bekalan kuasa pensuisan yang digunakan untuk mengawal voltan bekalan motor sehingga 48V, dengan satu sumber kuasa terkawal 5V, yang boleh digunakan untuk memberikan kuasa kepada papan pengawal luaran. Antaramukanya yang fleksibel membolehkan maklumat balas kedudukan diperolehi daripada penderia Hall dan pengekod tambahan. Perlindungan lebihan arus telah digabungkan untuk kebolehpercayaan yang terjamin.

M4K MCU itu telah digunakan secara meluas di seluruh industri berkenaan, yang membuktikan ia popular di dalam pelaksanaan kawalan motor generasi akan datang. Peranti ini setiap satu bergantung kepada sebuah teras pemproses Arm® Cortex®-M4 dengan unit titik terapung (FPU) dan juga mempunyai unit perlindungan ingatan (MPU). Mereka boleh menyampaikan operasi 160MHz dan mempunyai kefungsian pemacu motor boleh atur cara lanjutan (A-PMD), bersama-sama dengan keupayaan enjin vektor tambahan lanjutan (A-VE+) untuk tujuan kawalan vektor. Sumber ingatan mereka terdiri daripada 256k Bait bagi kod kilat, serta 32k Bait data kilat.

Clicker 4 untuk TMPM4K itu dan Clicker 4 Inverter Shield itu disokong oleh perisian MCU Motor Studio yang tersedia melalui laman web Toshiba. Ia adalah sebuah perisian yang ringkas, berstruktur baik dan serba boleh yang menampilkan dua komponen utama: sebuah Alat PC Kawalan Motor yang membolehkan konfigurasi parameter, kawalan pemacu dan penglogan dan diagnostik masa nyata melalui UART berkelajuan tinggi serta boleh diskalakan, Perisian Tegar Kawalan Motor yang boleh dikonfigurasikan sepenuhnya untuk M4K MCU.

Wednesday, May 18, 2022

STARR INSURANCE COMPANIES BERKEMBANG DI THAILAND

NEW YORK, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Insurance Companies (Starr) mengumumkan satu perjanjian dengan FPG Insurance Holdings Limited (HK) (FPG) dan pemegang saham tempatan Thailand untuk membeli FPG Insurance Public Company Limited (FPG Thailand), sebuah syarikat insurans bukan hayat Thailand, bersama-sama dengan pihak tempatan Thailand.

Pelaburan Starr akan dipegang oleh syarikat insurans Bermuda mereka, Starr Insurance & Reinsurance Limited. Urus niaga itu dijangka ditutup pada suku kedua tahun 2022, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa tertentu, termasuk sebarang kelulusan kawal selia yang diperlukan.

“Thailand ialah sebuah pasaran insurans yang penting dan pesat berkembang — satu daripada asas bagi ekonomi Asia Tenggara,” kata Maurice R. Greenberg, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Starr. “Asia adalah penting dari segi komersial dan juga budaya kepada Starr, kerana kami menjejaki akar umbi kami kepada sebuah syarikat milik Amerika yang diasaskan di Shanghai lebih 100 tahun lalu. Kami berharap dapat memenuhi keperluan syarikat dan pengguna tempatan di Thailand melalui keupayaan insurans baharu ini.”

David Zuellig, pengerusi serantau FPG, berkata, “Urus niaga ini mencerminkan kedudukan bagi francais kami dan merupakan hasil kerja keras, kegigihan dan keazaman pasukan FPG Thailand walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar. Pasukan itu teruja dan bersedia untuk bekerjasama dengan Starr dalam membawa syarikat itu ke peringkat seterusnya.”

Starr menjangka untuk mengukuhkan penawaran produk tempatan dengan insurans komersial yang disesuaikan dan produk Kemalangan & Kesihatan (A&H) dan merancang untuk memaksimumkan lagi pertumbuhan mereka dengan merekrut dan membangunkan bakat insurans tempatan Thailand. Sebelum ini, Starr menyokong pasaran insurans Thailand terutamanya melalui penyediaan produk insurans semula mereka, termasuk Risiko Teknikal, Kecederaan, Marin dan produk A&H.

Gerard Pennefather dari Huntington, penasihat strategik kepada FPG, berkata, “Ini adalah satu hasil yang hebat bagi Starr dan juga FPG. Kami percaya Starr ialah tempat yang paling sesuai untuk FPG Thailand untuk membina skala, dan mengembangkan keupayaan dan pengedaran, dan pada masa yang sama membawa inovasi ke pasaran.”

Menurut satu laporan terbaru oleh agensi penarafan AM Best, pada tahun 2021 pasaran insurans bukan hayat Thailand telah dianggarkan sebanyak THB 253 bilion (USD $8.3 bilion) dari segi premium langsung yang bertulis.

Ibu pejabat operasi itu dijangka kekal di Bangkok.

Maklumat mengenai Starr Insurance Companies

Starr Insurance Companies (atau Starr) adalah sebuah nama pemasaran bagi syarikat insurans yang beroperasi dan syarikat bantuan perjalanan dan anak syarikat bagi Starr International Company, Inc. dan untuk perniagaan pelaburan bagi C.V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikat mereka. Starr adalah sebuah organisasi insurans dan pelaburan yang terkemuka yang mempunyai kehadiran di enam buah benua; melalui syarikat-syarikat insurans mereka yang beroperasi, Starr menyediakan produk insurans hartanah, kecederaan, dan kemalangan dan kesihatan serta pelbagai perlindungan khas termasuk insurans penerbangan, marin, tenaga dan kecederaan berlebihan. Anak syarikat bagi syarikat insurans Starr berdomisil di Amerika Syarikat, Bermuda, China, Hong Kong, Singapura United Kingdom dan Malta masing-masing mempunyai penarafan A.M. Terbaik “A” (Cemerlang). Sindiket Starr Lloyd’s mempunyai penarafan Standard & Poor’s “A+” (Kukuh).

Maklumat mengenai Kumpulan FPG Insurance

Diwujudkan selama lebih setengah abad, Kumpulan FPG Insurance ialah sebuah kumpulan insurans bukan hayat yang berpangkalan di ASEAN.

Maklumat mengenai Huntington

Huntington dan syarikat-syarikat bersekutu mereka ialah sebuah kumpulan penasihat strategik/modal permulaan dan ekuiti persendirian yang tertumpu kepada insurans (semula), yang berpangkalan di Singapura dan Turki.

Layari kami di www.starrcompanies.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15892

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...