Tuesday, December 31, 2019

MARY KAY INC. MENDAPAT LEBIH DARIPADA 20 ANUGERAH BERPRESTIJ DALAM KATEGORI PERNIAGAAN, KEWARGANEGARAAN KORPORAT DAN KEPIMPINAN SEPANJANG TAHUN 2019 YANG LUAR BIASA

DALLAS, 31 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada tahun 2019, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka selama puluhan tahun untuk memperkayakan kehidupan kaum wanita di seluruh dunia, menghasilkan produk yang sangat menarik dan membina komuniti yang lebih sihat, lebih mapan. Sebagai mengiktiraf  pencapaian Mary Kay pada sepanjang tahun itu, jenama itu telah membawa pulang lebih daripada 20 anugerah yang menjadi rebutan di dalam kategori perniagaan, kewarganegaraan korporat dan kepimpinan dari pelbagai sumber yang bereputasi baik.

Anugerah-anugerah itu, yang terdiri daripada “Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik untuk Tahun 2019” Forbes kepada “Terbaik dalam Pertunjukan” di Boston College Center untuk Festival Filem Kewarganegaraan Korporat, menyoroti nilai-nilai perniagaan Mary Kay yang teguh dan dedikasi mereka kepada prinsip-prinsip yang ditakrifkan oleh pengasas legenda jenama itu, Mary Kay Ash.

Anugerah-anugerah dalam Tahun 2019 termasuk:

Kecemerlangan dalam Perniagaan
  • Majikan Terbaik untuk Kepelbagaian, 2019 - Forbes
  • Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik, 2019 - Forbes
  • Kedudukan Emas dalam Kategori Pendidikan - Anugerah OMNI  Musim Bunga 2019
  • 50 Teratas Syarikat-syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat dalam Industri Produk Keperluan Rumah dan Peribadi - Majalah HAPPI
  • Anugerah Pemerkasaan DSA, 2019 - Persatuan Jualan Langsung
  • Majikan Global Paling Bereputasi Baik pada 2019 Kajian 100 Tempat Kerja Global - Institut Reputasi
  • Anugerah Pematuhan 2019 - EXPANSION
  • Jenama Utama, 2019 - Majalah VIP
  • Anugerah Keusahawanan Wanita – Forum Woman Who Matters
  • Majalah Terbaik untuk Pelanggan, Mary Kay Russia Applause® - Media Leader
  • Media Pelanggan Terbaik: Media Web, Mary Kay Rusia App MirrorMe™ - Anugerah Media Korporat
Kecemerlangan dalam Kewarganegaraan Korporat
  • Pilihan Peminat, video: Komitmen Mary Kay untuk Menghapuskan Keganasan Rumah Tangga - Boston College Center untuk Festival Filem Kewarganegaraan Korporat Kewarganegaraan Korporat Antarabangsa
  • Terbaik dalam Pertunjukan - Kategori Syarikat Kecil, video: Komitmen Mary Kay untuk Menghapuskan Keganasan Rumah Tangga - Boston College Center untuk Festival Filem Kewarganegaraan Korporat Kewarganegaraan Korporat Antarabangsa
  • Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED) 2019 Pensijilan Perak – Pusat Pembuatan dan R&D Mary Kay Richard R. Rogers
  • Jenama CSR Terbaik dan Anugerah Strategi CSR Terbaik, Mary Kay China - Anugerah Pendidikan CSR China
Kecemerlangan dalam Kepimpinan
  • 10 Ketua Pegawai Eksekutif yang Paling Bereputasi Baik di Dunia, David Hall, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay, Kajian RepTrak 2019 - Institut Reputasi
  • Wanita Paling Berkuasa 2019 dalam Korporat Amerika, Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran – Majalah BLACK ENTERPRISE
  • Wanita Paling Berkuasa 2019 dalam Korporat Amerika, Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Setiausaha Korporat – Majalah BLACK ENTERPRISE
  • 500 Wanita Paling Berpengaruh di Sepanyol, Gema Aznar, Pengurus Besar Mary Kay Sepanyol - Majalah Yo Dona
  • Pemimpin Perniagaan Wanita Yang Paling Berkuasa, Claudia Maria Cardona, Pengurus Pemasaran, Mary Kay Colombia - Majalah ALO
  • Pengurus Terbaik 2019, Alla Sokolova, Pengurus Besar Mary Kay Russia - Panduan Perniagaan Rusia
  • 250 Utama Pengurus Utama Terbaik, Alla Sokolova, Pengurus Besar Mary Kay Rusia - The Association Managers of Russia and Kommersant Publishing House
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191230005280/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Friday, December 27, 2019

LEDDARTECH AKAN MENDEMONSTRASIKAN TEKNOLOGI PENGESANAN DAN PENGELASAN LIDAR AUTOMOTIF DI CES 2020 DI LAS VEGAS


QUEBEC CITY, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala, hari ini mengumumkan mereka akan menyertai, Canadian Automotive Parts and Manufacturers Association(APMA) dan Karma Automotive di CES 2020 sebagai pempamer di reruai 1025 Tech East Westgate dari 7-10 Januari 2020.

APMA ialah persatuan kebangsaan Kanada yang mewakili pengeluar OEM bagi alat ganti, peralatan, alat, bekalan, teknologi lanjutan, dan perkhidmatan untuk industri automotif di seluruh dunia.LeddarTech merupakan ahli persatuan ini sejak 2015.Objektif dasar Pertubuhan ini adalah untuk menggalakkan industri pengeluaran bekalan automotif peralatan asli di kedua-dua peringkat domestik dan antarabangsa.APMA dengan kerjasama Karma Automotive dan LeddarTech Automotive Center of Excellence akan mewakili teknologi yang memajukan laluan kepada pemanduan automotif.

“Usaha APMA dalam mengurus Zon Demo Kenderaan Autonomi Kanada sebagai sebahagian daripada Rangkaian Inovasi Kenderaan Autonomi (AVIN) bernilai $80 juta Kerajaan Ontario akan menerima manfaat yang besar daripada penambahan Revero GT Karma kepada armada kenderaan demo kami” kata En. Warren Ali, Naib Presiden Inovasi APMA.  “Bersama-sama, kami teruja untuk meneroka teknologi baharu yang boleh disepadukan ke dalam platform dan penyelesaian kenderaan masa hadapan.Untuk merealisasikan wawasan Pemanduan Autonomi, kami teruja bahawa LeddarTech, peneraju dalam teknologi LiDAR, bekerjasama dengan kami dalam perjalanan untuk membangunkan kenderaan autonomi mewah Karma” rumus En. Ali.

“LeddarTech berasa gembira untuk menyertai APMA di CES.Kami yakin perkongsian strategik dan kerja sama industri menyampaikan nilai ketara dan manfaat kepada pelanggan dan pengguna akhir kami,” En. Michael Poulin, Naib Presiden Barisan Produk LeddarTech.Beliau meneruskan, “Kami menanti-nantikan untuk mendemonstrasikan teknologi LiDAR kokun Leddar™ Pixell yang memenangi anugerah CES 2020 dengan Karma Automotive dalam Revero GT 2020 mewah mereka.  Kami juga teruja untuk memperkenalkan teknologi Pengelasan Pejalan Kaki LeddarTech, demonstrasi langsung ini dikuasakan oleh LeddarEngine™ mendemonstrasikan dengan lebih lanjut motivasi syarikat kami untuk memimpin dan memajukan sistem bantuan pemandu lanjutan dan pemanduan autonomi” rumus En. Michael Poulin.

Manfaat Leddar™ Pixell:

· Pengesanan objek boleh diharapkan dan Pengguna Jalan Rentan (VRU)
· Medan pandangan 180° mendatar yang luas
· Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan.
· Ketahanan yang luar biasa
· Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
· Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif

Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia.Di samping CES, LeddarTech akan mendemonstrasikan Leddar Pixell di Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun, dengan Nagase dari 15hb-17hb Januari, AV20 San Jose pada bulan Februari dan TECH.AD Berlin di Mac serta lokasi lain sepanjang 2020. 

Perihal Karma Automotive

Karma Automotive merupakan inkubator berteknologi tinggi yang menawarkan penginovasi platform yang sempurna untuk membuktikan teknologi memuncul mereka.Diasaskan pada tahun 2014, Karma mencipta semula model perniagaan automotif berdasarkan runcit tradisional untuk mencipta nilai bukan tradisional dengan membuka sumber kejuruteraan, reka bentuk, penyesuaian dan pengeluaran kepada syarikat lain kepada syarikat lain yang inginkan pembangunan produk yang pantas, mengakses teknologi baharu, atau menjadikan produk mereka lebih mewah.

Maklumat tambahan tentang Karma Automotive dan Revero di www.karmaautomotive.com atau lawati Karma Newsroom yang tidak memerlukan kata laluan di www.karmanewsroom.com 

Perihal APMA

Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1952, dan ahlinya terdiri daripada 90% pengeluaran alat ganti bebas di Kanada.Pada tahun 2018, penghantaran alat ganti automotif adalah melebihi $35 bilion, dan tahap penggajian industri adalah melebihi 100,000 orang.Objektif dasar Persatuan ini adalah untuk menggalakkan industri pengeluaran bekalan automotif peralatan asli (O.E.) di kedua-dua peringkat domestik dan antarabangsa.Persatuan ini menyediakan perwakilan industri yang penting kepada kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Wilayah, menyokong inisiatif kerajaan rantau, dan mewujudkan serta melaksanakan inisiatif pemasaran global untuk membangunkan peluang dagangan dan perniagaan untuk keahlian kami. Selain memberikan sokongan, APMA juga menyediakan ahli-ahlinya penyelesaian dan peluang pembangunan perniagaan serta panduan dan bantuan untuk memodenkan operasi mereka bagi memenuhi keperluan Industri 4.0.

Maklumat tambahan di www.apma.cadan LinkedInTwitter 

Maklumat Hubungan:Warren Ali, Naib Presiden Inovasi, APMA
Tel:1-416-620-4220 samb. 235 Wali@apma.ca

Perihal LeddarTech®

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automotif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSPTM .Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot.Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh ditemui di www.LeddarTech.com, dan LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube. 

Maklumat Hubungan:Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global, LeddarTech
Tel.:+1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di  https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a66d2523-094e-4de0-8255-68f356db9cfa

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

Monday, December 23, 2019

IGBT DISKRET BAHARU TOSHIBA UNTUK LITAR RESONANS VOLTAN MENYUMBANG KEPADA PENGGUNAAN KUASA YANG LEBIH RENDAH DAN REKA BENTUK YANG LEBIH MUDAH BAGI PERALATAN


Table

Toshiba: sebuah IGBT diskret 1350V "GT20N135SRA" untuk digunakan dalam litar resonans voltan dalam dapur meja IH dan peralatan rumah yang lain. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “GT20N135SRA,” sebuah IGBT diskret 1350V untuk digunakan di dalam litar resonans voltan dalam dapur meja IH, periuk nasi IH, ketuhar gelombang mikro dan peralatan rumah yang lain. Pengiriman bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191222005005/en/

GT20N135SRA mempunyai ciri-ciri sebuah voltan[1] tepuan pengumpul-pemancar bagi 1.75V dan sebuah voltan[2]  diod ke hadapan bagi 1.8V, masing-masing kira-kira 10% dan 21% lebih rendah, berbanding untuk produk semasa[3]. Kedua-dua IGBT dan diod itu telah meningkatkan ciri-ciri kehilangan pengaliran pada suhu tinggi (TC=100℃), dan IGBT baharu itu dapat membantu mengurangkan penggunaan kuasa peralatan. Ia juga mempunyai ciri-ciri sebuah rintangan terma simpang-ke-kes bagi 0.48℃/W (maksimum), kira-kira 26% lebih rendah daripada produk semasa[3], yang membolehkan reka bentuk terma yang lebih mudah.

IGBT baharu itu menahan arus litar pintas yang mengalir melalui kapasitor resonans apabila peralatan dihidupkan. Nilai puncak bagi arus litar[4] itu ialah 129A, kira-kira 31% pengurangan daripada produk semasa[3]. Oleh kerana kawasan operasinya yang selamat diperluaskan, ia menjadikan reka bentuk peralatan lebih mudah berbanding dengan produk semasa[3].

Penggunaan

Peralatan rumah (seperti dapur meja IH, periuk nasi IH dan ketuhar gelombang mikro) yang menggunakan litar resonans voltan

Ciri-ciri
  • Kehilangan pengaliran yang rendah:
    VCE(sat)=1.6V(jenis) (@IC=20A, VGE=15V, Ta=25℃)
    VF=1.75V (jenis) (@IF=20A, VGE=0V, Ta=25℃)
  • Rintangan terma simpang-ke-kes yang rendah: Rth(j-C)=0.48℃/W (maksimum)
  • Menahan arus litar pintas yang mengalir melalui kapasitor resonans apabila peralatan dihidupkan.
  • Kawasan operasi selamat yang luas
[1] Setakat Jun 2019, nilai diukur oleh Toshiba. (Keadaan ujian: IC=20A, VGE=15V, TC=100℃)
[2] Setakat Jun 2019, nilai diukur oleh Toshiba. (Keadaan ujian: IF=20A, VGE=0V, TC=100℃)
[3] Produk semasa Toshiba “GT40RR21”
[4] Setakat Jun 2019, nilai diukur oleh Toshiba. (Keadaan ujian: VCC=300V, VGG=15V, C=0.33μF, t=5μs, Ta=25℃)

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
GT20N135SRA
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=GT20N135SRA

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan IGBT Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/igbt-iegt/igbt.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191222005005/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
e-mel: semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

DATO' SERI IVAN TEH TERIMA PENGIKTIRAFAN PAUL HARRIS FELLOW DARIPADA KELAB ROTARY

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh telah menerima pengiktirafan Anugerah Paul Harris Fellow yang unggul, penghormatan paling tinggi oleh Kelab Rotary itu, pada Jamuan Malam Gala Ulang Tahun Pelantikan ke-92 Kelab Rotary Kuala Lumpur DiRaja baru-baru ini. Diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Teh telah menerima anugerah itu daripada Presiden yang akan bersara Datuk Nelson Kwok Teng Toong. 

Diasaskan pada tahun 1957, anugerah itu memperakui individu yang telah membuat sumbangan yang signifikan dan menyokong usaha-usaha dermawan seperti mengimunkan kanak-kanak daripada penyakit polio dan menyediakan air bersih ke kawasan miskin di seluruh dunia. 

Turut hadir pada malam itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, yang juga menerima pengiktirafan anugerah paling tinggi Paul Harris Fellow. 

Ramai tokoh yang terkenal sepanjang sejarah adalah merupakan penerima lampau Paul Harris Fellowship, termasuk Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter, Presiden Russia Boris Yeltsin, angkasawan Amerika Syarikt James Lovell, Setiausaha Agung PBB Javier Perez de Cuellar, dan Jonas Salk, pencipta vaksin polio. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh berkata, “Saya berasa rendah diri dan berbesar hati untuk menerima pengiktirafan yang luar biasa ini bersama-sama dengan dermawan-dermawan berhati mulia yang lain yang telah banyak menyumbang kepada sebab-sebab yang teladan ini. Saya mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi terhadap Yayasan Rotary kerana mereka telah berusaha keras untuk membasmi penyakit, membekalkan air bersih, dan menyokong program-program pendidikan di seluruh dunia, di antara banyak inisiatif lain. Saya gembira kerana dapat memainkan peranan yang kecil tetapi diharap mempunyai penuh bermakna dalam melaksanakan peranan kami sebagai warga dunia, dan akan terus melakukannya dalam apa jua cara yang saya boleh.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12891

BELIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-20 KEPULANGAN MACAU KE CHINA DENGAN PAEANS TERHADAP IKATAN MACAU-ZHUHAI

ZHUHAI, China, 23 Dis., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

20 Disember menandakan ulang tahun ke-20 kepulangan Macau kepada China, dan satu acara persembahan kilat atau flash mob yang bertemakan “Zhuhai dan Macau yang sedang Meningkat, Mengejar Impian di Wilayah Greater Bay” telah diadakan di tempat-tempat seperti Pelabuhan Hengqin di Zhuhai, sebuah bandar raya di Wilayah Guangdong yang berjiran di tanah besar. Menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhuhai, lebih daripada 700 orang muda dari Macau dan Zhuhai telah mengambil bahagian dan meraikan kepulangan Macau dan pembangunan bersepadu mereka dengan nyanyian dan tarian jalanan.

Zhuhai, yang terletak bersempadanan dengan Macau, kini telah menjadi pintu masuk dan pendahulu untuk kerjasama di antara tanah besar itu dan Macau. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Macau telah secara aktif diintegrasikan ke dalam pembangunan keseluruhan China dan menggalakkan pembangunan ekonomi sederhana yang dipelbagaikan, yang mana, Kawasan Baharu Hengqin bagi Zhuhai, dipisahkan oleh sebatang sungai dari Macau dengan jarak paling dekat 187 meter, yang kini dianggap sebagai sebuah platform dan penyokong yang penting.

Pada Februari tahun ini, kerajaan China telah mengeluarkan Pelan Rangka Pembangunan untuk Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, yang bertujuan untuk memperdalamkan secara berterusan kerjasama yang saling menguntungkan dan menggalakkan pembangunan ekonomi serantau yang diselaraskan. Lei Wun Kong, seorang peguam dari Macau telah menyaksikan kerjasama yang mendalam itu di antara ketiga-tiga tempat ini. Pada Julai 2016, firma guaman Lei, telah mewujudkan sebuah firma guaman bersama di Kawasan Baharu Hengqin dengan kerjasama firma-firma guaman dari tanah besar dan Hong Kong. Sejak itu, beliau telah mula berulang-alik antara Zhuhai dan Macau.

Apa yang memungkinkan Lei bekerja merentasi dua bandar raya itu adalah penyambungan infrastruktur dan pelepasan kastam yang mudah dan efisien. “Ia hanya mengambil masa setengah jam dari firma saya di Macau untuk ke pejabat saya di Hengqin.” Yang lebih penting, Guangdong, Hong Kong dan Macau terus memperkukuhkan kerjasama mereka dalam bidang pelaburan, perdagangan, perkhidmatan kewangan, pendidikan sains dan teknologi, dan perkhidmatan sosial, dengan menyediakan firma guaman bersama dengan lebih banyak kerjasama di dalam perkhidmatan undang-undang.

Hari ini, perjalanan di antara dua bandar raya itu untuk bekerja dan menetap telah menjadi satu pilihan bagi ramai orang di Macau. Sebagai satu pembawa penting bagi kerjasama itu dengan Macau, Innovalley HQ telah mengeramkan 375 projek besar atau kecil sejak tahun 2015, dengan 199 dari Macau, dan 23 memperolehi pembiayaan modal teroka, yang berjumlah 433 juta yuan.

Pada tahun 2018, Neildo Choi, seorang usahawan muda dari Macau, bersama-sama dengan pasukan beliau, telah memulakan perniagaan di Innovalley dan melancarkan Discover Macau, sebuah platform pelancongan dalam talian, kini menawarkan 1700 produk berkaitan pelancongan, yang mengambil 90% daripada semua produk pelancongan di Macau. 62% daripada pengguna mereka yang berdaftar berasal dari kluster bandar raya di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau. “Hengqin menyediakan pelbagai struktur HR, ruang fizikal dan sokongan perindustrian kepada perniagaan Macau,” kata Choi.

Semakin ramai penduduk Macau memilih untuk tinggal atau bekerja di Hengqin, Zhuhai telah merangka beberapa dasar yang memudahkan. Bermula dari 1 Julai tahun ini, sebagai contoh, penduduk Macau yang tinggal di Zhuhai secara kekal layak untuk mendapatkan insurans perubatan asas tempatan, yang memudahkan pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan kehidupan mereka. “Sekarang adalah lebih mudah bagi saya untuk berjumpa doktor, dengan lebih banyak hospital untuk dipilih dari dua bandar raya apabila jatuh sakit,” kata Wu Liqing, seorang penduduk Macau yang memperoleh Kad Insurans Kesihatan Zhuhai pada awal Julai.

Sebelum ulang tahun ke-20 pulangan Macau ke China, Kawasan Baharu Hengqin juga telah meraikan ulang tahun mereka yang ke-10. Sejak penubuhannya, Hengqin telah membangunkan enam industri tonggak dengan kerjasama Macau, termasuk inovasi teknologi, kewangan, perubatan dan kesihatan, pelancongan kebudayaan dan pameran, perdagangan dan logistik, dan perkhidmatan profesional untuk membantu mengembangkan pembangunan perindustrian Macau.

Kerjasama Macau-Zhuhai yang semakin mendalam juga akan membantu syarikat-syarikat antarabangsa untuk memasuki pasaran China yang sangat besar, yang sebenarnya paling menarik minat mereka, kata Yang Chuan, pengarah bagi Jawatankuasa Pentadbiran bagi Kawasan Baharu Hengqin. Hengqin menawarkan satu lokasi yang unik di Kawasan Greater Bay, yang menghubungkan kedua-dua Hong Kong dan Macau, dengan itu menyediakan akses yang mudah kepada pertukaran antarabangsa untuk perusahaan asing.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12941

Sunday, December 22, 2019

IELTS DILANTIK SEMULA SEBAGAI UJIAN BAHASA YANG DIPERCAYAI OLEH KERAJAAN UK UNTUK VISA

CAMBRIDGE, UK, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Minggu ini, UK Visas and Immigration (UKVI) mengumumkan IELTS, ujian bahasa yang paling dipercayai dunia, akan terus diterima untuk visa UK yang memerlukan pemohon mendemonstrasikan bahasa Inggeris mereka.

Susulan proses tender, IELTS telah dilantik semula sebagai pembekal ujian rasmi untuk visa yang diperlukan sebagai sebahagian daripada permohonan imigrasi UK.

Christine Nuttall, Pengarah Urusan IELTS di Cambridge Assessment English mengalu-alukan pengumuman ini.

“Kami memiliki rekod prestasi yang terbukti bagi menyampaikan IELTS untuk UKVI dengan proses keselamatan utama dunia,” kata Ms Nuttall.

“Pengumuman ini merupakan bukti nilai berterusan dan dipercayai yang diletakkan pada IELTS oleh kerajaan United Kingdom dan pengambil ujian di seluruh dunia.”

“Kami teruja IELTS dapat terus menyediakan get laluan untuk orang yang ingin memenuhi aspirasi mereka di UK,” kata beliau.

Pelantikan semula ini menyerlahkan peranan yang dimainkan IELTS dalam ujian bahasa untuk imigrasi.

IELTS merupakan satu-satunya ujian dipercayai untuk tujuan penghijrahan oleh kesemua empat kerajaan UK, Australia, Kanada dan New Zealand.

IELTS untuk UKVI dan IELTS Life Skills boleh diambil di lebih 110 pusat merentasi rangkaian global IELTS.

Senarai semak visa Kerajaan UK menyediakan lebih banyak maklumat tentang ujian yang diluluskan dan keperluan.

IELTS telah menjadi ujian bahasa Inggeris utama dunia untuk lebih daripada 30 tahun dan dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge Assessment English.

Perihal IELTS

International English Language Testing System (IELTS) merupakan ujian kemahiran bahasa Inggeris yang paling popular di dunia. Lebih 10,000 organisasi mempercayai IELTS sebagai penunjuk yang selamat dan boleh diharap bagi kemahiran bahasa Inggeris untuk pendidikan, imigrasi dan akreditasi profesional. IELTS dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge Assessment English.

British Council merupakan organisasi antarabangsa UK untuk pendidikan dan perhubungan budaya, diwakili di lebih 100 negara dan komited untuk membina kepercayaan melalui pertukaran pengetahuan.

IDP: IELTS Australia ialah subsidiari IDP Education, menawarkan penempatan pelajar di Australia, Ireland, US, Kanada, New Zealand dan UK. IDP: IELTS Australia mengurus pusat ujian IELTS di lebih 60 negara.

Cambridge Assessment English merupakan penyedia ujian utama dunia untuk pelajar bahasa Inggeris, yang diambil oleh lebih 5 juta orang di 140 negara setiap tahun.

IELTS.org

Orang hubungan media

Stacie Bowers, British Council - stacie.bowers@britishcouncil.org

Gracie Daniel, IDP – gracie.daniel@idp.com

Steve McKenna, Cambridge Assessment English – mckenna.s@cambridgeenglish.org

SUMBER: IELTS

--BERNAMA

HAWK SECURITY LIMITED MULA MENJUAL PEMACU SSD LUARAN DILINDUNGI PERKAKASAN DENGAN PENYULITAN GRED TENTERA AES 256 XTS

HONG KONG, 10 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hawk Security Limited mula menjual pemacu SSD luaran dilindungi perkakasan dengan penyulitan gred tentera AES 256 XTS.

Pemacu ini dikenali sebagai Hawk S-Drive. Peranti padat ini dilengkapi USB 3.1 Gen 1 moden, bekas aluminium (84 * 40 * 10 mm) dengan berat sebanyak 42 gram sahaja, dan memori dalaman (daripada 128 GB sehinggalah 2 TB).

Untuk lebih daripada dua tahun, “Hawk Security” telah membangunkan perisian dan perkakasan untuk melindungi privasi pelanggannya dengan berkesan, yang kemudiannya disepadukan ke dalam Hawk S-Drive. Hasilnya, terdapat sistem Hawk Encrypt yang telah dibangunkan – sebuah sistem penyulitan perkakasan pada dasar pengawal cip yang disepadukan dalam papan peranti. Cip ini membolehkan anda menyulitkan data yang mematuhi standard gred tentera AES 256bit XTS, manakala kelajuan tulis/baca sehingga 450 Mb/s.

Peranti juga dilengkapi papan kekunci khas yang diperbuat daripada plastik keras, agar anda boleh mengawal akses kepada data pada peranti dengan mudah. Panjang kod PIN adalah daripada 4 hingga 16 digit. Ini merupakan semua sistem perlindungan asas yang diperlukan: penyekatan automatik (jika tidak aktif untuk lebih daripada 3 jam), auto padam maklumat selepas 10 percubaan pengesahan yang gagal.

Hawk S-Drive kini tersedia untuk jualan runcit bermula dari $179 untuk 128 GB , syarikat menyediakan penghantaran percuma antarabangsa ke seluruh dunia, dan waranti peranti ialah 1 tahun.

Hawk Security menawarkan terma yang saling bermanfaat bagi kerjasama untuk pengedar di seluruh dunia, untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi wakil syarikat.

Orang hubungan:
Sergey Semeykin
PR dan Pasukan Jualan
semeykin@hawksecurity.net 
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0159c95c-3be5-47f0-9dc0-3859f53b124c 

Foto juga tersedia di Newscom, www.newscom.com, dan melalui AP PhotoExpress. 
 
Video yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ad1f8003-fac5-4aee-9611-0fd70eb08b0c 



SUMBER: Hawk Security Limited


--BERNAMA

Friday, December 20, 2019

SURUHANJAYA EROPAH MELULUSKAN XOSPATA® ASTELLAS UNTUK PESAKIT DENGAN LEUKEMIA MIELOID AKUT REPLAPS ATAU REFRAKTORI DENGAN MUTASI FLT3 YANG DIKESAN OLEH UJIAN DISAHKAN, TERMASUKLAH LEUKOSTRAT CDX FLT3 MUTATION ASSAY INVIVOSCRIBE

SAN DIEGO, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Selama dua puluh lima tahun, Invivoscribe telah meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan reagen, ujian, dan alat bioinformatik untuk memajukan medan perubatan kepersisan. Kini, LeukoStrat® CDx FLT3 Mutation Assay boleh digunakan sebagai bantuan dalam penilaian pesakit AML untuk rawatan dengan XOSPATA® (gilteritinib) di Eropah. Mutasi FLT3  mesti disahkan dengan ujian yang disahkan, seperti LeukoStrat CDx FLT3 Mutation Assay, yang bertindak sebagai diagnosis peneman dalam percubaan ADMIRAL Fasa 3 yang menyebabkan kelulusan XOSPATA®.  

Diagnosis peneman memainkan peranan utama dalam pembangunan dan kelulusan terapi ubat bersasar. Keupayaan untuk menyaring biopenanda dalam populasi pesakit mewujudkan subset pesakit yang membolehkan pembangun ubat dalam reka bentuk terapeutik baru dan pengurusan percubaan klinikal dengan lebih lanjut. Oleh itu, kejayaan kelulusan terapi bersasar amat bergantung pada prestasi diagnosis peneman.

Kelulusan gilteritinib oleh EC adalah berdasarkan hasil percubaan ADMIRAL Fasa 3, yang mengkaji gilteritinib berbanding kemoterapi penyelamatan dalam kalangan pesakit dengan AML FLT3mut+ relaps atau refraktori. Kajian ADMIRAL menunjukkan gilteritinib menghasilkan peningkatan ketara secara statistik dalam peluang hidup keseluruhan median (9.3 bulan) dibandingkan dengan kemoterapi penyelamatan (5.6 bulan) apabila pesakit dipilih dengan LeukoStrat CDx FLT3 Mutation Assay (Nisbah FLT3 Risiko = 0.637 (95%CI 0.488, 0.830, P=0.0004). Kelulusan ini menyerlahkan lagi satu penyelesaian dalam penjagaan pesakit.

Perihal LeukoStrat CDx FLT3 Mutation Assay
Ujian diagnosis in vitro berdasarkan PCR ini mengesan mutasi penduaan tandem dalaman (ITD) dan mutasi domain triosina kinase (TKD) D835 dan I836 dalam gen FLT3 dalam DNA genom yang diesktrak daripada sel mononuklear yang diperoleh daripada darah periferi atau sumsum tulang yang diaspirat daripada pesakit yang didiagnosis dengan AML. Ujian ini, yang tersedia di seluruh dunia, termasuklah perisian yang mentafsir data, menjana nisbah isyarat mutasi/jenis liar terpiawai untuk mutasi ITD dan TKD, dan meramal respons terhadap berbilang perencat triosina kinase.

Perkhidmatan Global dan Kit Boleh Edar
Ujian LeukoStrat CDx kini tersedia sebagai perkhidmatan menu ujian melalui subsidiari yang dimiliki sepenuhnya Invivoscribe, LabPMM LLC (AS), LabPMM GmbH (Jerman) dan LabPMM GK (Jepun). Kit LeukoStrat CDx FLT3 Mutation Assay kini diedarkan di Jepun, Eropah, dan Australia, dalam penilaian untuk pengedaran di AS, dan dalam perancangan untuk pengedaran di China.

Perihal Invivoscribe
Invivoscribe ialah syarikat bioteknologi berdedikasi untuk Improving Lives with Precision Diagnostics®. Invivoscribe mempunyai rekod prestasi yang cemerlang bagi kerjasama dengan syarikat farmaseutikal global yang berminat dalam membangunkan dan mengkomersialkan diagnosis peneman, dan menyediakan kepakaran dalam kedua-dua perkhidmatan kawal selia dan makmal. Menyediakan kit boleh edar, serta perkhidmatan percubaan klinikal melalui subsidiari makmal klinikal (LabPMM) yang terletak di seluruh dunia, Invivoscribe merupakan rakan yang ideal untuk pembangunan diagnosis, melalui percubaan klinikal, penyerahan kawal selia, dan pengkomersialan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Invivoscribe di: support@invivoscribe.com atau lawati: www.invivoscribe.com.


SUMBER: Invivoscribe, Inc.

--BERNAMA

Thursday, December 19, 2019

TOGA LIMITED (OTCQX:TOGL) DI SINGAPORE FINTECH FESTIVAL 2019

SINGAPURA, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- November merupakan bulan yang mengujakan untuk Toga Limited kerana syarikat menyertai perjumpaan terbesar syarikat FinTech di dunia — Singapore FinTech Festival (SFF). Singapore FinTech Festival (SFF) dan Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) menamatkan acara gabungan selama seminggu pada 15 November 2019, yang telah menarik lebih daripada 60,000 peserta dari 140 negara. Acara ini juga mencatatkan rekod dengan 569 pengucap, hampir 1,000 pempamer dan 41 puvilion antarabangsa.

Penyertaan acara ini merupakan cara yang hebat untuk menunjukkan perkembangan terkini daripada Toga Limited.

Aplikasi Yippi Toga (tersedia dalam Google Play dan Apple store) kini telah mencapai 400,000 pengguna aktif di rantau Asia Tenggara sahaja.

Yippi ialah aplikasi pemesejan sosial super yang percuma dengan teknologi TRT proprietari. Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang berkembang paling pantas di Asia Tenggara. Yippi ialah aplikasi amat unik yang memperkasakan penggunanya dengan berbilang kefungsian dalam satu aplikasi lengkap tunggal yang merangkumi: Dompet, Media sosial, Permainan, Pelekat, Ekosistem, Bahasa, Kecerdasan Buatan, Sembang Rahsia, Kamera Menarik, Papan putih, Sembang Percuma dengan panggilan Suara & Video, Bilik Mesyuarat, Mesej Suara Pemajuan, Baca & Hapus dan Orang berdekatan.

Selain ciri tersebut, teknologi proprietari TRT Yippi dilihat sebagai pengubah permainan dalam industri ini. Dengan pengenalan semasa bagi teknologi digital yang menyediakan kesihatan, muat turun dan pengguna aktif Yippi dijangka meningkat pada kadar yang lebih pantas. 

Wednesday, December 18, 2019

RADIO POC PNC380 BAHARU HYTERA - KOMUNIKASI SEGERA DAN KEMUNGKINAN TANPA HAD

SHENZHEN, China, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan pengalaman selama 26 tahun di dalam industri PMR, Hytera memperkenalkan keistimewaan dan kepakaran mereka kepada komunikasi melalui rangkaian awam, dan membina sebuah radio PoC mengikut piawaiannya yang ketat yang digunakan kepada radio PMR. Hytera berhasrat untuk menyediakan peranti dan penyelesaian PoC yang profesional dan praktikal untuk pelanggan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191216005365/en/


Radio PoC PNC380 Hytera itu menggunakan rangkaian 2G/3G/4G atau WLAN yang mantap di kawasan itu, dengan menyediakan komunikasi segera untuk pengguna yang bekerja merentasi pelbagai tapak, seperti mereka yang berada di dalam bidang pengangkutan, logistik, pengurusan hartanah, taman perindustrian dan banyak lagi. Di samping itu, radio PoC yang baharu ini mempunyai sebuah pad kekunci angka penuh untuk kemudahan operasi dan sebuah kamera belakang 5MP bagi merakamkan imej dan video di lapangan.

Reka bentuk Kompak dan Ergonomik

Terima kasih kepada reka bentuknya yang kompak dan butang yang berorientasikan tugas, PNC380 itu sesuai untuk operasi sebelah tangan. Butang PTT bersaiz besar itu mudah untuk dikesan supaya pengguna tidak akan terlepas walaupun dalam keadaan gelap. Ia juga boleh menawarkan panggilan individu dan panggilan secara berkumpulan. PNC380 itu menyediakan sebuah pad kekunci angka penuh yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan ke radio lain, atau mendail untuk membuat panggilan telefon. Butang kecemasan bebas di atas membantu pengguna untuk membuat panggilan bagi bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan agar dapat meningkatkan keselamatan mereka.

Prestasi Audio yang Hebat

Teknologi pengurangan hingar dwi-mikrofon memastikan kejelasan audio yang luar biasa walaupun dalam persekitaran yang bising seperti pusat beli-belah, jalan dan lapangan terbang. Ia mengambil suara pengguna dan pada masa yang sama menurunkan bunyi di kawasan sekeliling. Pembesar suara kuasa tinggi terbina dalam menyampaikan kelantangan terbaik dalam kelasnya tanpa hilang apa-apa butiran perbualan.

Kedudukan dan Penjejakan

Mengetahui kedudukan anggota petugas adalah penting untuk memastikan mereka selamat dan meningkatkan kecekapan pasukan. PNC380 itu memastikan kedudukan yang tepat di dalam dan di luar bangunan menerusi kerjasama GPS, BeiDou, GLONASS, dan AGPS. Penyelia dapat melihat lokasi petugas secara intuitif di peta dan menghantarnya ke tempat mereka diperlukan pada waktu yang sesuai.

Berceranggah dan Tahan Lama

PNC380 itu adalah diperakui IP67 dan memenuhi piawaian MIL-STD-810G. Ia cukup kuat untuk menangani persekitaran hujan, habuk, suhu yang ekstrem, kejutan, dan getaran kerana reka bentuk strukturnya yang sensitif.

Bateri Sepanjang Hari

Bateri Li-ion 4000mAh yang standard membolehkan radio itu untuk menyokong pengguna selama lebih dari 24 jam. Port USB mikro terbina dalam membuat pengecasan bateri lebih mudah daripada sebelumnya. Hanya perlu pasang kabel USB ke sebuah komputer riba atau elektronik lain.

Komunikasi Video Tepat Masa 

Kesedaran situasi adalah kunci dalam membuat keputusan yang tepat dalam keadaan kecemasan. Radio itu mempunyai sebuah kamera belakang 5MP yang membolehkan penghantaran video 4G dalam tepat masa.

Dengan memberi tumpuan kepada industri PMR, Hytera telah berjaya mencipta banyak peralatan komunikasi klasik di dalam industri itu. Selain PNC380, Hytera telah mengeluarkan model PoC lain termasuk PDC550, PNC550, dan PNC370 untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam pelbagai industri.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12921

Tuesday, December 17, 2019

LEDDARTECH MEMPAMERKAN TEKNOLOGI LIDAR DI CES 2020 DARI 7-10 JANUARI DI LAS VEGAS DALAM KERJASAMA DENGAN KERAJAAN QUEBEC

LeddarTech menyertai kumpulan syarikat yang dihormati di Reruai Kerajaan Kanada dalam kerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan Inovasi Kerajaan Quebec


QUEBEC CITY, 17 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, merupakan peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang mereka bentuk Auto and Mobility LiDAR PlatformTM yang paling serba boleh, dan boleh skala dalam pasaran, hari ini mengumumkan bahawa syarikat akan menyertai delegasi Quebec di CES 2020, mewakili beberapa syarikat paling berinovatif Quebec. Peluang ini ialah hasil inisiatif yang dianjurkan dan dijayakan Kementerian Ekonomi dan Inovasi Quebec di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri En. Pierre Fitzgibbon, dengan kerjasama Kerajaan Kanada.

“LeddarTech teruja dan berbangga dapat menyertai Kerajaan Quebec di Pertunjukan Elektronik Pengguna tahun ini” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Global untuk LeddarTech.  “Sepanjang 18 bulan yang lepas, LeddarTech telah berkembang ke Eropah, Amerika dan Asia; pengembangan ke pasaran baharu yang berjaya ini merupakan bukti Kanada secara umumnya, dan Quebec khususnya, berada di barisan hadapan bagi inovasi dan sokongan sektor teknologi” rumus En. Aitken.

Lawati LeddarTech di Reruai Kementerian Ekonomi dan Inovasi Quebec yang terletak di 35824 Las Vegas Convention Center, South Hall 4

Jadualkan perjumpaan dengan LeddarTech semasa CES

LeddarTech yang telah memberikan komitmen kepada acara tahunan ini buat beberapa tahun sekarang kembali lagi untuk menyertai CES 2020. Tahun ini, LeddarTech akan mengambil bahagian di beberapa lokasi sepanjang persidangan sementara persidangan ini terus mendapat pengiktirafan dan perhatian untuk penyelesaian LiDAR yang menerajui industri. Tahun ini amat ketara kerana LeddarTech telah dianugerahkan sebagai CES 2020 Innovation Award Honoree dalam Kecerdasan Kenderaan dan Pengangkutan untuk Leddar™ Pixell, LiDAR Kokun dikeluarkan baru-baru ini untuk pasaran kenderaan autonomi.  Dilancarkan pada September tahun ini, Leddar Pixell telah memenangi kedua-dua pujian dan anugerah daripada persatuan industri dan pelanggan seumpamanya.

Manfaat Leddar™ Pixell:
  • Pengesanan objek boleh diharapkan dan Pengguna Jalan Rentan (VRU)
  • Medan pandangan 180° mendatar yang luas
  • Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan
  • Ketahanan yang luar biasa
  • Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
  • Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif
Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automotif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER: LeddarTech inc.

Monday, December 16, 2019

IC PRA-PEMACU KAWALAN MOTOR TANPA BERUS TIGA FASA BAHARU TOSHIBA MENCIRIKAN KAWALAN TANPA SENSOR DAN KAWALAN KELAJUAN GELUNG TERTUTUP

TOKYO, 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengumumkan “TC78B009FTG,”" sebuah IC pra-pemacu kawalan motor tanpa berus tiga fasa yang tidak memerlukan sensor Hall, untuk aplikasi yang termasuk kipas berkelajuan tinggi yang digunakan di dalam pelayan, penghembus, pembersih vakum tanpa wayar, dan pembersih vakum robot. Penghantaran besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191202005339/en/

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kemajuan di dalam kapasiti dan prestasi pelayan memerlukan kipas halaju yang lebih besar dan lebih tinggi untuk menyejukkan haba yang berlebihan yang dijanakan oleh peralatan itu. Begitu juga, penghembus, pembersih vakum dan pam juga beroperasi dengan pendesak berkelajuan tinggi yang memerlukan sebuah keupayaan kuasa. Akibatnya, IC pemacu kipas perlu dapat untuk memacukan sebuah FET luaran bagi menyampaikan lebih kuasa.

TC78B009FTG yang baharu itu dengan kawalan tanpa sensor memacukan sebuah FET luaran. Ia mengawal get yang memacukan arus bagi sebuah FET, dan boleh digunakan dengan pelbagai FET. Di samping itu, sebuah kawalan kelajuan gelung tertutup mengawal dan mengekalkan kelajuan putaran motor di bawah turun naik kuasa dinamik dan variasi beban. Tetapan tepat bagi sebuah profil kelajuan dilakukan oleh memori tak meruap terbina dalam (NVM) dan TC78B009FTG oleh itu menghilangkan keperluan bagi sebuah MCU luaran untuk kawalan kelajuan gelung tertutup.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12869

Saturday, December 14, 2019

​TOSHIBA MENGELUARKAN PENGAWASAN HDD 6TB UNTUK PLATFORM DVR DAN NVR


Siri Pengawasan HDD DT02-V, kepadatan kawasan tinggi Pengawasan HDD 6TB, menawarkan kebolehpercayaan yang lebih baik

TOKYO, 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) mengumumkan Siri Pengawasan HDD DT02-V, siri baharu mereka yang dicipta bagi platform perakam video digital (DVR) dan perakam video rangkaian (NVR).

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191202005302/en/

Siri baharu itu menggunakan teknologi rakaman magnetik terkini untuk mencapai kepadatan kawasan tinggi, sekali gus membantu meningkatkan kebolehpercayaan berbanding dengan Siri MD04ABA-V yang terdahulu. Dengan kapasiti1 sehingga 6TB, Siri DT02-V baharu itu menyokong maksimum 32 saluran2 kamera beresolusi tinggi dan sesuai untuk digunakan di dalam platform pengawasan DVR dan NVR yang terkemuka dengan sebanyak lapan petak pemacu.

“Produk keluarga pengawasan HDD terbaharu kami, Siri DT02-V itu, menyampaikan sehingga 6TB kapasiti penyimpanan, dan direka untuk digunakan dengan platform pengawasan DVR dan NVR yang terkemuka,” kata Shuji Takaoka, Pengurus Besar bagi Bahagian Jualan & Pemasaran Produk Penyimpanan di Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation. “Ia juga menyediakan pelbagai pilihan kapasiti sambil meningkatkan kebolehpercayaan untuk aliran video pengawasan beresolusi tinggi.”

Siri DT02-V itu direka untuk operasi 24/7 yang stabil pada suhu HDD setinggi 40ᵒC untuk kitaran 600,000 beban/punggah, pada beban kerja3 terkadar 180TB setahun. Ciri-ciri lain termasuk sebuah antara muka4 SATA 6Gbit sesaat dengan sebuah cache 128MiB untuk membantu mengurangkan penurunan frame, dan sebuah platform mekanikal yang teguh yang direka untuk mencapai MTTF5 1 juta jam.
Sampel bagi Siri DT02-V 4TB boleh didapati mulai hari ini, sampel 6TB akan dirancang dari Januari 2020, dan sampel 2TB dijangka akan tersedia pada Mac 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/client-hdd.html

1 Definisi bagi kapasiti: Toshiba mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1 000 000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1 000 000 000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1 000 000 000 000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 2 = 1 073 741 824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang berkurangan. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian pra-pemasangan, atau kandungan media. Kapasiti sebenarnya yang diformat mungkin berbeza.
2 Bilangan keupayaan sokongan kamera pengawasan ditakrifkan oleh simulasi prestasi dengan kamera Definisi Tinggi pada kadar 4Mbit sesaat. Keputusan sebenar mungkin berbeza berdasarkan kepada pelbagai faktor, termasuk jenis kamera yang dipasang, keupayaan perkakasan dan perisian bagi sistem itu, dan teknologi pemampatan video yang digunakan, serta pembolehubah sistem seperti resolusi, frame sesaat, dan tetapan lain.
3 Beban kerja adalah satu ukuran bagi data pada sepanjang tahun, dan ia ditakrifkan sebagai jumlah data yang ditulis, dibaca atau disahkan oleh perintah dari sistem hos.
Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
5 MTTF (Masa Min kepada Kegagalan) bukan satu jaminan atau anggaran bagi hayat produk; ia adalah satu nilai statistik yang berkaitan dengan kadar kegagalan min bagi sebilangan besar produk yang mungkin tidak mencerminkan operasi sebenar secara tepat. Hayat operasi sebenar bagi produk mungkin berbeza daripada MTTF.

* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191202005302/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Friday, December 13, 2019

WAWASAN BAHARU UNTUK PENYELIDIK YANG INGIN MENYEGERAKKAN DATA PENJEJAKAN MATA



Penyepaduan Inovatif bagi Penjejakan Mata dan Data Fisiologi Kini Tersedia daripada BIOPAC

GOLETA, Calif., 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BIOPAC Systems, Inc. kini menawarkan penyelesaian penjejakan mata baharu dengan penyampaian rangsangan yang menyepadukan data fisiologi dengan data penjejakan mata. Perkakasan dan perisian Bar Penjejakan Mata Berdasarkan Skrin, Jauh membenarkan penyelidik menyampaikan rangsangan dan mengumpulkan data penjejakan mata yang digabungkan dengan data fisiologi dalam antara muka tunggal.

Penyelidik kini boleh mengaitkan metrik penjejakan mata standard seperti kedudukan renungan, masa inap, kadar kelip, dan saiz anak mata dengan data fisiologi seperti Kadar Degupan Jantung, EMG, EDA/GSR, dan SCR/SCL. Dengan melihat data disegerakkan dalam satu antara muka, penyelidik boleh membangunkan wawasan yang lebih bermakna dalam eksperimen saintifik mereka dengan lebih mudah.

Bar Penjejakan Mata bukan sentuhan baharu ini tersedia dalam dua saiz dan berbilang pilihan frekuensi untuk resolusi ditingkatkan—40 Hz, 60 Hz, 120 Hz dan 200 Hz. Teknologi anak mata gelap mendayakan penjejakan mata masa nyata pada sebarang skrin komputer. Sistem fleksibel menggunakan kamera inframerah dan menyediakan sumber cahaya sendiri, membolehkannya berfungsi dalam keadaan pencahayaan yang berbeza—cerah di luar, di dalam kenderaan, di dalam bilik yang gelap, walaupun dalam keadaan gelap-gelita. Kotak pergerakan kepala yang besar membenarkan subjek menggerakkan kepala mereka lebih bebas berbanding jika ditambatkan kepada peranti.

Metrik penjejakan mata termasuk metrik Laluan Renungan, Plot Renungan, Peta Haba, Peta Perhatian, Bahagian Penting Ditakrifkan Pengguna (AOI), Plot Skarf, Plot Rentetan, Carta Pai, dan Penunjuk Prestasi Utama (KPI). Data fisiologi boleh merangkumi semua isyarat yang dicatatkan dengan perisian AcqKnowledge BIOPAC, merangkumi ECG, EDA, EMG, SCR, SCL, BP, PULSE, RESP—sehingga 16 saluran input bagi setiap Unit Pemerolehan Data MP160.

“Penjejakan mata adalah metrik yang penting untuk sesetengah jenis penyelidikan—termasuklah psikofisiologi, ergonomik, pengalaman pengguna, reka bentuk, pembangunan produk dan penyelidikan pasaran,” kata CEO BIOPAC Frazer Findlay. “Keupayaan untuk melihat penjejakan mata dan data fisiologi dalam satu antara muka akan meningkatkan kecekapan penyelidikan dan membenarkan penyelidik untuk mengembangkan kajian saintifik mereka.”

Maklumat lanjut tentangSistem Penjejakan Mata BIOPACboleh ditemui pada laman web BIOPAC.

Perihal BIOPAC Systems

BIOPAC diasaskan pada tahun 1985 dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai pilihan utama untuk perkakasan dan perisian sains hayat. Lebih 99% daripada 100 universiti dan syarikat Global Fortune 500 di seluruh dunia bergantung pada BIOPAC untuk kajian sains hayat dan keperluan sistem pengajaran mereka. BIOPAC membuat alat saintifik berkualiti tinggi untuk ukuran dan tafsiran fisiologi. Penyelesaian BIOPAC terdiri daripada penyelesaian pendidikan sehinggalah peranti canggih untuk penggunaan dalam makmal, dunia nyata, dan persekitaran penyelidikan realiti maya. Untuk maklumat lanjut tentang produk BIOPAC lawati www.biopac.com.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8f4910df-8827-4c8e-808d-1c97165d515c

Maklumat Hubungan:
Brenda Dentinger
Pengurus Pemasaran
BIOPAC Systems, Inc.
brendad@biopac.com

SUMBER: BIOPAC Systems, Inc.

--BERNAMA

Tuesday, December 10, 2019

OKEX AKAN LANCAR DAGANGAN OPSYEN


Table

(Grafik: Business Wire)


Bursa kripto yang pertama untuk menawarkan C2C, spot, niaga hadapan, pertukaran kekal, dan dagangan opsyen di bawah bumbung yang sama


VALLETTA, Malta, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OKEx, bursa aset digital spot dan niaga hadapan yang terbesar di dunia mengikut volum dagangan, hari ini mengumumkan pelancaran dagangan opsyen. Dibangunkan dari bawah ke atas, Opsyen OKEx merupakan satu peningkatan yang lengkap kepada platform kerangka dagangan, yang disokong oleh sebuah infrastruktur yang lebih pantas, lebih stabil dan mantap. Dagangan opsyen akan tersedia pada OKEx bermula dari 27 Disember, 2019, dan simulasi akan bermula pada 12 Disember, 2019.

Dengan penambahan ini, OKEx adalah merupakan bursa kripto yang pertama untuk menawarkan C2C, spot, niaga hadapan, pertukaran kekal, dan dagangan opsyen di bawah bumbung yang sama. Pengguna boleh memilih daripada pelbagai jenis produk untuk menyesuaikan strategi dagangan dan lindung nilai mereka.

Dagangan opsyen adalah satu jenis dagangan derivatif yang memberikan pembeli dengan keupayaan untuk membeli atau menjual aset pendasar setelah membayar satu premium. Opsyen OKEx akan menawarkan kedua-dua opsyen membeli dan menulis, yang meningkatkan fleksibiliti dagangan dan ketelusan pasaran dengan harga dagangan yang mencerminkan dengan rapat trend pasaran. Versi OKEx adalah satu peningkatan besar ke atas platform lain yang hanya menyokong pilihan membeli.

Opsyen OKEx juga termasuk satu sistem anti-manipulasi yang ketat. Direka untuk mengelakkan manipulasi harga tutup, OKEx menghasilkan data spot yang seimbang  daripada pelbagai platform untuk mendapatkan satu harga penyelesaian yang saksama. Harga tanda pilihan ditentukan oleh OKEx dalam tepat masa dengan menggunakan model penetapan harga Black-scholes. Oleh kerana satu urus niaga atau sebut harga tunggal tidak dapat menjejaskan pasaran opsyen - yang hanya memberi respons kepada kemeruapan opsyen anggaran.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran itu, memandangkan peningkatan permintaan bagi produk derivatif kripto yang merentasi semua segmen pelanggan kami, terutama pelanggan institusi yang menunjukkan permintaan yang paling pesat berkembang dalam dagangan derivatif. Kami berhasrat untuk menyediakan rangkaian peranti dagangan dan pengurusan risiko yang paling luas kepada semua pelanggan kami dari institusi sehingga kepada peserta pasaran runcit,” kata Jay Hao, Ketua Pegawai Eksekutif bagi OKEx. “Opsyen adalah satu instrumen yang unik yang membolehkan pedagang untuk mengurus, menilai dan melindung kemeruapan bagi aset kripto dengan satu gabungan kontrak pilihan. Ia juga memberikan pedagang dengan keupayaan untuk memanfaatkan lebih daripada sekadar arah pasaran. Apabila pasaran kripto berkembang, kami berhasrat untuk membina satu suite produk derivatif yang lengkap, dengan menyampaikan penyelesaian untuk mengoptimumkan strategi dagangan pengguna. Opsyen OKEx adalah satu langkah utama ke arah matlamat ini.”

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005034/en/%C2%A0OKEx-Launch-Options-Trading

Hubungi

Media
Vivien Choi, media@okex.com

Sumber : OKEx

TOSHIBA LANCAR IC KUASA SISTEM SERBAGUNA DENGAN PELBAGAI OUTPUT UNTUK KESELAMATAN FUNGSIAN AUTOMOTIF


Table

Toshiba: "TB9045FNG," sebuah IC kuasa sistem serbaguna dengan pelbagai output mencapai keselamatan fungsian untuk aplikasi automotif. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) hari ini mengumumkan pelancaran “TB9045FNG,” sebuah IC kuasa sistem serbaguna dengan pelbagai output untuk mencapai keselamatan fungsian[1] bagi aplikasi automotif. IC baharu itu boleh didapati dalam empat versi, dengan voltan output antara 1.1V hingga 1.5V. Pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula bulan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191209005277/en/

Semakin banyak sistem automotif kritikal keselamatan, seperti stereng kuasa elektrik (EPS) dan brek, diperlukan untuk memenuhi keperluan ASIL-D[2], tahap integriti keselamatan automotif paling tinggi yang ditetapkan di dalam piawaian keselamatan fungsian ISO 26262.

IC baharu itu mengintegrasikan pelbagai fungsi pengesanan kegagalan, seperti pengesanan voltan tinggi dan voltan rendah, pengesanan terlampau panas, dan pemantauan frekuensi bagi litar bekalan kuasa, untuk memantau terhadap kegagalan IC itu sendiri, dan sebagai sebuah pengawas masa untuk memantau pengesanan kegagalan bagi mikropengawal luaran. Sebuah litar diagnosis awal untuk mengesan kerosakan terpendam di dalam litar pengesanan kegagalan juga digabungkan untuk menjamin keselamatan fungsian yang lebih tinggi.

Toshiba juga telah menjalankan pelbagai analisis keselamatan fungsian untuk meniru kegagalan sistem dan akan menyediakan kepada pelanggan dengan dokumentasi, seperti keselamatan fungsian FMEDA[3], untuk menyokong analisis dan reka bentuk keselamatan keseluruhan.

Ciri-ciri Utama
 
1. Penukar DC-DC buck-boost terbina dalam
IC itu menghasilkan output 6V daripada sebuah penukar DC-DC buck-boost yang berkecekapan tinggi.
Sebagai pertimbangan bagi kejatuhan voltan selepas pengurangan melahu, julat voltan kendalian bahagian rendah ditingkatkan ke 2.7V (minimum) dengan operasi bateri.

2. Penukar DC-DC buck terbina dalam (Voltan boleh dipilih)
Kuasa input 6V yang dihasilkan oleh penukar buck-boost DC-DC ditukar kepada voltan output 1.1V (TB9045FNG-110), 1.2V (TB9045FNG-120), 1.25V (TB9045FNG-125), dan 1.5V (TB9045FNG- 150). Versi yang sesuai bagi IC baharu itu boleh digunakan sebagai bekalan kuasa luaran untuk sebuah teras, berdasarkan kepada spesifikasi MCU.

3. Litar bekalan kuasa[4] 4 siri terbina dalam (4 output)
IC itu menggabungkan empat siri litar bekalan kuasa yang menerima input 6V yang dijanakan oleh penukar DC-DC. Ia juga menggabungkan sebuah litar dengan sebuah voltan malar 5V (kapasiti arus adalah 400mA) untuk mikropengawal, dan tiga litar dengan output voltan malar 5V (kapasiti arus adalah 100mA) untuk sensor dan antara muka yang lain. Setiap daripada mereka boleh mengeluarkan sebuah voltan secara persendirian.

4. Pelbagai litar pemantauan terbina dalam untuk keselamatan fungsian
Litar pengesanan voltan rendah untuk bekalan kuasa bateri
Litar pengesanan voltan tinggi untuk Penukar DC-DC (6V)
Litar pengesanan voltan tinggi / voltan rendah untuk penukar DC-DC (1.1V/1.2V/1.25V/1.5V) dan bekalan kuasa bersiri (5V)
Litar pengesanan terlampau panas
Litar pemantauan frekuensi pengayun
Litar pengawas masa yang memantau MCU luaran

5. Litar diagnostik untuk litar pengesanan kegagalan bagi keselamatan fungsian
Sebuah litar diagnostik terbina dalam di dalam litar pengesanan kegagalan mengesan sebarang kegagalan terpendam.

6. Operasi yang dipilih untuk pengesanan kegagalan
Pelanggan boleh menetapkan sistem untuk bertindak balas terhadap kegagalan yang dikesan dalam satu daripada dua cara, menggunakan tetapan input komunikasi SPI [5] . Satu tetapan menghasilkan sebuah isyarat mengeset semula kepada sistem itu; yang lain menyediakan pemberitahuan tentang operasi yang tidak normal kepada sistem itu. Pemilihan boleh dibuat mengikut aplikasi atau sistem pelanggan.

 
[1] Piawaian berasaskan keselamatan fungsian untuk meminimumkan risiko akibat daripada kegagalan sistem. Pensijilan ISO 26262 mengiktiraf bahawa proses atau produk bagi sesebuah syarikat untuk sistem elektrik dan elektronik (E/E) bagi aplikasi kereta memenuhi kriteria ketat yang dinyatakan di dalam piawaian itu dan menyediakan kepada pihak ketiga dengan satu cara bebas untuk menilai keupayaan bagi sebuah pembekal yang berpotensi.
[2] ASIL: Tahap Integriti Keselamatan Automotif, tahap integriti keselamatan automotif paling tinggi yang dikawal dalam piawaian keselamatan fungsian ISO 26262.
[3] FMEDA: Kesan Mod Kegagalan dan Analisis Diagnostik
[4] Bekalan kuasa bersiri: Litar bekalan kuasa DC di mana satu elemen kawalan voltan disambungkan kepada sebuah beban dalam bersiri.
[5] SPI: Antara muka Persisian Bersiri

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
TB9045FNG-110
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-110&lang=en

TB9045FNG-120
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-120&lang=en

TB9045FNG-125
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-125&lang=en

TB9045FNG-150
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-150&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai IC Bekalan Kuasa Sistem Automotif Toshiba, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/powersupply.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005277/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...