Friday, November 29, 2019

HANGZHOU DI CHINA DINILAI "BANDAR RAYA PALING BAHAGIA" UNTUK 13 TAHUN BERTURUT-TURUT

HANGZHOU, China, 28 Nov., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Bandar raya Hangzhou di timur China telah dinilai sebagai satu daripada bandar raya negara itu yang menawarkan penduduk mereka kebahagiaan sepenuhnya pada Forum Bandar Raya Gembira China 2019 pada 25 November. Ini adalah kali ke-13 bagi Hangzhou untuk memenangi gelaran itu, satu-satunya bandar raya dengan satu pencapaian sedemikian merentasi negara itu, dan ia juga telah dinamakan sebagai model demonstrasi sebuah bandar raya bahagia, satu penghormatan khas dari jawatankuasa penganjuran acara itu.

Kebahagiaan adalah satu perasaan subjektif bagi kepuasan orang ramai dengan kehidupan. “Bandar raya paling bahagia” adalah pujian paling tinggi yang boleh diperolehi oleh sebuah bandar raya dari penduduk mereka. Justeru, dari manakah kebahagiaan bagi penduduk Hangzhou datang?

Kebahagiaan ini berakar umbi di hati penduduk tempatan. Berbanding dengan bandar raya lain di China, Hangzhou memberi lebih perhatian kepada perasaan penduduk tentang bandar raya itu. Daripada perkhidmatan awam berkualiti tinggi yang mudah kepada tadbir urus sosial pelbagai bidang yang mantap, Hangzhou memberi kuasa kepada setiap penduduk dengan keyakinan, harapan dan dorongan.

Kebahagiaan ini juga datang daripada pembangunan mantap bandar raya itu. Hangzhou sedang mempercepatkan pembangunan bagi bandar raya ekonomi digital yang pertama dan tempat perhimpunan bagi usahawan global di antara lain, supaya setiap usahawan dan inovator yang datang ke Hangzhou dapat peluang untuk merealisasikan impian mereka dan menjalani suatu kehidupan yang kaya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12853

Wednesday, November 27, 2019

THAILAND AKAN MENILAI RCV THEMIS KELUARAN MILREM ROBOTICS

THAILAND AKAN MENILAI RCV THEMIS KELUARAN MILREM ROBOTICS

GARTH BROOKS KEMBALI KEPADA WORDS WITH FRIENDS DENGAN GAYA JUBIN VINIL, KHAS UNTUK PEMINAT

Permainan Mudah Alih yang Popular Bergabung dengan Penghibur, Inovator dan Ikon Garth Brooks bagi Musim Khas untuk Bergembira dan Hadiah Percuma

SAN FRANCISCO, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan satu aktiviti bertemakan percutian yang baharu dalam kerjasama berterusan mereka dengan Garth Brooks dan permainan mudah alih utama, Words With Friends. Bermula hari ini dan berlarutan sehingga 8 Disember, pemain-pemain bagi permainan itu akan dilayan dengan hadiah percuma dalam permainan khas dan dunia sebenar sebagai sebahagian daripada acara dua minggu ini dari artis muzik rakyat, penghibur dan pemain lama dengan Words With Friends, Garth Brooks.

Dalam meraikan musim percutian dan musim pemberian hadiah, Garth dan Words With Friends akan mengeluarkan sebuah rekod vinil yang direka bentuk secara kolaboratif dengan gaya jubin yang pertama. Melambangkan kerjaya beliau yang mencatatkan rekod dan pengeluaran set kotak komprehensif yang merangkumi kerjaya beliau, rekod vinil gaya jubin Garth itu memaparkan logo ikonik ‘g’ yang bertindih pada LP vinil klasik. Boleh didapati kepada peminat berumur 18 tahun atau lebih di Amerika Syarikat, pemain-pemain juga boleh turut serta untuk memenangi salinan mereka sendiri dari set kotak vinil 7-cakera yang disanjung umum yang baru sahaja dikeluarkan itu, The Legacy Collection, dengan melayari zynga.com/WordsWithGarth pada atau sebelum 8 Disember 2019.*

“Berhubungan dengan peminat saya ketika menjelajah adalah satu pengalaman yang benar-benar boleh merendahkan diri saya,” kata Brooks. “Anda banyak belajar tentang satu hari dalam kehidupan rakyat jelata ini dan anda melihat bahawa kita sebenarnya tidak jauh berbeza. Muzik, seni, permainan -- mereka membawa orang bersama untuk berkongsi satu pengalaman yang hebat. Berupaya untuk menghadiahkan pemain-pemain Words With Friends  seperti saya dengan satu gaya jubin yang cantik adalah satu perkara yang hebat -- ia adalah satu sumber kegembiraan sebenar bagi saya.”

“Bertemu dengan Garth Brooks adalah impian terbesar buat setiap peminat; untuk benar-benar bekerja dengan beliau di Words With Friends, satu permainan yang telah menyatukan berjuta-juta orang di seluruh dunia, adalah sesuatu yang luar biasa,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Pemain-pemain Words With Friends suka Garth, dan platform kami telah memberi mereka peluang untuk berhubungan dengan satu daripada idola terbesar bagi muzik rakyat. Meraikan musim itu dengan lelaki itu sendiri adalah satu bukti mengenai keupayaan permainan itu untuk membina komuniti.”

Garth Brooks baru sahaja memenangi Penghibur Terbaik Tahun itu pada Anugerah CMA untuk kali ketujuh, yang pertama seumpamanya bagi mana-mana artis. Beliau juga merupakan artis pertama dalam sejarah untuk menerima tujuh anugerah Berlian bagi tujuh album yang kini telah disahkan oleh RIAA bagi lebih daripada 10 juta jualan album bagi setiap satu dan kekal sebagai artis solo #1 paling laris dalam sejarah Amerika Syarikat yang diperakui oleh RIAA dengan lebih 148 juta album terjual. Beliau telah menerima setiap penganugerahan yang boleh diberikan oleh industri rakaman ke atas seorang artis. Garth telah dimasukkan ke dalam Hall of Fame Pencipta Lagu Antarabangsa di New York, Hall of Fame Pencipta Lagu Nashville, Hall of Fame Muzik Rakyat dan yang paling terbaru, Hall of Fame Ahli Muzik. Garth baru sahaja selesai melakukan Jelajah Dunia Garth Brooks selama tiga setengah tahun bersama Trisha Yearwood. Bermula dengan 11 persembahan yang tiketnya habis dijual di Allstate Arena di Chicago, jelajah itu telah memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh artis seperti The Beatles, The Rolling Stones, dan bahkan Garth Brooks. Jelajah itu telah menjual lebih daripada 6.3 juta tiket, menjadikannya jelajah terbesar dalam sejarah di Amerika Utara dan jelajah terbesar Amerika di dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan untuk turut serta bagi memenangi satu salinan The Legacy Collection, sila layari zynga.com/WordsWithGarth. Untuk mengikuti perkembangan terkini pada kempen ini, ikuti Words With Friends  di Facebook, Twitter dan Instagram, #WordsWithGarth

Words With Friends boleh dimuat turun di App Store untuk iPhone dan iPad, dan di Google Play bagi peranti Android.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12841

Tuesday, November 26, 2019

SYARIKAT PENERBANGAN TERBAIK DI DUNIA UNTUK TAHUN 2020

PERTH, 25 Nov (Bernama) -- AirlineRatings.com, satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia telah mengumumkan Air New Zealand sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik mereka untuk Tahun 2020.

Air New Zealand telah dipilih untuk kali keenam kerana prestasi mereka yang telah memecahkan rekod, pelbagai inovasi dalam penerbangan yang telah memenangi anugerah, keselamatan operasi, kepimpinan alam sekitar dan motivasi bagi kakitangan mereka. Faktor-faktor ini telah membuktikan penerbangan itu sebagai sebuah pemimpin industri yang jelas.

Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan oleh AirlineRatings.com, telah diadili oleh tujuh editor yang mempunyai lebih 200 tahun pengalaman industri, dengan menggabungkan audit keselamatan utama dan kerajaan, dengan 12 kriteria utama yang termasuk: umur armada, ulasan penumpang, keuntungan, penarafan pelaburan, penawaran produk dan hubungan kakitangan.

Ketua Pengarang www.AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata: “Dalam analisis kami Air New Zealand telah menduduki nombor satu di dalam kebanyakan kriteria audit kami, yang merupakan satu prestasi yang luar biasa apabila ia dibandingkan dengan syarikat-syarikat penerbangan yang mempunyai lebih banyak sumber dan skala.

“Komitmen Air New Zealand terhadap kecemerlangan dalam semua aspek perniagaan mereka bermula di peringkat paling atas dengan tadbir urus yang cemerlang dan satu daripada pasukan eksekutif yang terbaik di dalam penerbangan sehingga kepada sebuah tenaga kerja yang menyampaikan secara konsisten kepada strategi dan janji pelanggan bagi syarikat penerbangan itu,” kata Thomas.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Jeff McDowell berkata memenangi anugerah itu untuk rekod kali keenam adalah satu bukti mengenai usaha 12,500 kakitangan syarikat penerbangan itu yang memberi tumpuan kepada menyampaikan satu pengalaman Kiwi yang unik yang bertaraf dunia kepada pelanggan mereka pada setiap hari.

Air New Zealand juga memenangi Ekonomi Premium Terbaik, manakala Singapore Airlines memenangi Kelas Pertama Terbaik dan Qatar Airways meraih Katering Terbaik dan Kelas Perniagaan Terbaik.

Qantas, telah memenangi Perkhidmatan Syarikat Penerbangan Domestik Terbaik dan Ruang Istirahat Terbaik.

Virgin Australia telah memenangi Krew Kabin Terbaik dan Kelas Ekonomi Terbaik, Emirates; Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik, Cebu Pacific; Syarikat penerbangan yang Paling Meningkat dan VietJet Air; Syarikat Penerbangan Tambang Ultra Rendah Terbaik.

Kecemerlangan dalam Perjalanan yang Jauh: Delta Air Lines (America), Lufthansa (Eropah), Emirates (Tengah Timur /Afrika) Cathay Pacific Airways (Asia)
 
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik; JetBlue (America), Wizz (Eropah) Air Arabia, (Timur Tengah /Afrika) dan AirAsia / AirAsia X (Asia /Pasifik).

AirlineRatings.com juga menamakan Dua Puluh Syarikat Penerbangan Utama mereka:

Air New Zealand, Singapore Airlines, All Nippon Airways, Qantas, Cathay Pacific, Emirates, Virgin Atlantic, EVA Air, Qatar Airways, Virgin Australia, Lufthansa, Finnair, Japan Airlines, KLM, Korean Airlines, Hawaiian Airlines, British Airways, Alaska Airlines, Delta Air Lines dan Etihad Airways.

Maklumat mengenai AirlineRatings.com: http://www.airlineratings.com/about-us.php

SUMBER: Airline Ratings Pty Ltd

--BERNAMA

Monday, November 25, 2019

BFM BEKERJASAMA DENGAN TRITON DIGITAL UNTUK PENYAMPAIAN, PENGEWANGAN DAN PENGUKURAN PENSTRIMAN KANDUNGAN AUDIO DAN PODCAST.

BFM BEKERJASAMA DENGAN TRITON DIGITAL UNTUK PENYAMPAIAN, PENGEWANGAN DAN PENGUKURAN PENSTRIMAN KANDUNGAN AUDIO DAN PODCAST.

RICK AND MORTY BERSUKA RIA DI DALAM PERMAINAN POPULAR ZYNGA, MERGE DRAGONS!


Table

Rick and Morty Bersuka ria dalam Permainan Popular Zynga, Merge Dragons! (Grafik: Businses Wire)
 

Watak-watak Dari Rancangan Yang Memenangi Anugerah Mengambil Alih Permainan Dalam Siri Acara Terhad

SAN FRANCISCO, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan satu perjanjian lesen dalam permainan dengan Adult Swim untuk membawa watak-watak dari siri TV yang memenangi Anugerah Emmy, Rick and Morty, ke Merge Dragons! keluaran Gram Games. Rick and Morty muncul dalam permainan pengembaraan teka-teki dalam satu acara langsung khas yang berlangsung pada 22 November, 2019. Bersiap sedialah untuk menyerang beberapa naga, broh!

Kerjasama itu membawa Rick and Morty ke acara-acara khas Merge Dragons! yang memberi ganjaran kepada pemain kerana menyembuhkan tanah dan mengumpulkan mata. Di dalam permainan itu, Rick and Morty sedang bermain Merge Dragons! dan mencantas jalan mereka ke dalam permainan itu untuk mendapatkan Stone of Reckoning, satu barangan yang berkuasa yang membuka portal ke dunia yang terlarang. Ini menyebabkan pasangan itu membuat pendaratan kecemasan di Dragonia, dunia bagi Merge Dragons!, di mana peminat boleh mengharapkan banyak kacau-bilau super saintifik akan menyusul.

“Kami suka-a-wubba-dub-dub mengenai idea Rick and Morty menyertai kami di Dragonia memandangkan jadual antara galaksi mereka yang padat,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Sebagai peminat hebat bagi rancangan itu, kami amat berbesar hati kerana mempunyai mereka untuk berinteraksi dengan pemain-pemain kami dalam satu cara di mana kedua-dua peminat bagi rancangan itu, dan Merge Dragons!, akan menikmatinya. Siapa yang tidak mahu melihat Dragon Rick berevolusi?!”

Merge Dragons! tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store untuk iPhone dan iPad, serta Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai Merge Dragons!, sila lawati saluran-saluran komuniti permainan itu di TwitterFacebookInstagram, dan YouTube.

Nota Editor:
Untuk melihat aset sokongan bagi Merge Dragons!, sila klik di sini.

Maklumat mengenai Zynga Inc.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook.

Maklumat mengenai Gram Games

Gram Games adalah sebuah studio pembangunan permainan mudah alih, yang komited untuk menyampaikan permainan sosial yang berkualiti tinggi yang mewujudkan bon sebenar melalui permainan. Diasaskan pada tahun 2012, dan baru-baru ini diperolehi oleh Zynga pada tahun 2018, Gram Games telah membina sebuah pasukan profesional industri yang memberi tumpuan kepada mewujudkan permainan yang menarik bagi platform mudah alih di studio mereka di London dan Istanbul - termasuk Merge Dragons! dan 1010! Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.gram.gs.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52133809/en

Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Jonathan Lopera // Iga Kowacka
jlopera@zynga.com // ikowacka@zynga.com

Atau

Kjell Vistad // Jeffrey Fong
ONE PR Studio (bagi pihak Zynga di Amerika Syarikat) // zynga@oneprstudio.com // (510) 893-3271

Sumber : Zynga

Saturday, November 23, 2019

VISTA EQUITY PARTNERS MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN DI ASIA

Pejabat Singapura bagi Vista Consulting Group akan Menyokong Seterusnya Portfolio Operasi Syarikat di Rantau itu

SINGAPURA & AUSTIN, Texas 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Vista Equity Partners hari ini mengumumkan pembukaan pejabat Singapura bagi Vista Consulting Group (“VCG”, dan bersama-sama dengan Vista Equity Partners, “Vista”). VCG adalah cabang perunding ahli gabungan bagi Vista, firma pelaburan terkemuka yang memberi tumpuan kepada perniagaan perisian perusahaan, data dan yang membolehkan teknologi. Pejabat baharu itu akan bertindak  sebagai ibu pejabat Asia bagi VCG, sekali gus memperluaskan kehadiran Vista dan menyediakan sokongan operasi tambahan untuk syarikat-syarikat Vista di rantau itu dan hampir 14,000 orang pekerja mereka.

Pejabat Singapura itu, yang terletak di Menara Centennial, menunjukkan komitmen mantap yang berterusan oleh firma itu kepada Asia. Pada masa ini, lebih daripada 20 syarikat portfolio Vista mempunyai pejabat di rantau itu, dengan 13 berada di Singapura. Sebagai sebahagian daripada pengumuman itu, syarikat portfolio Vista Apptio, sebuah pembekal bagi perisian yang menjanakan transformasi digital, menamakan Singapura sebagai ibu pejabat mereka di Asia ketika ia memberi tumpuan kepada memacukan jualan dan peluang-peluang lain di seluruh rantau itu. Satu lagi syarikat portfolio Vista, RDC, mengumumkan pada awal tahun ini bahawa ia juga menamakan Singapura sebagai ibu pejabatnya di Asia.

“Kami sedang melihat pertumbuhan yang sangat besar bagi pasaran perniagaan-ke-perniagaan di Asia, yang didorong oleh satu pemecutan dalam pelaburan di dalam infrastruktur teknologi dan perisian perusahaan,” kata Robert F. Smith, Pengasas, Pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Vista. “Transformasi ini terus mewujudkan satu peluang komersil yang signifikan merentasi portfolio kami. Satu kehadiran di Singapura dibina di atas usaha kami yang meluas di India dan bahagian lain di rantau itu dan akan meningkatkan keupayaan kami untuk menyokong pertumbuhan bagi syarikat-syarikat kami dengan terus membantu rangkaian kami melibatkan diri dengan pelanggan, rakan, usahawan dan bakat teknologi untuk menempatkan mereka dan Vista pada kedudukan terbaik bagi mencapaian kejayaan yang berterusan.”

Vista adalah satu daripada firma pelaburan yang pertama untuk membangunkan organisasi perunding mereka yang khusus. Vista memaksimumkan hampir dua dekad kemahiran dan amalan terbaik dengan melabur dalam dan mengendalikan syarikat-syarikat perisian perusahaan dan komited untuk bekerjasama dengan usahawan, pengasas dan eksekutif bagi mengembangkan syarikat-syarikat mereka melalui modal serta sokongan operasi.

Upacara pembukaan pejabat Vista di Singapura telah diadakan pada Jumaat dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Monetari Singapura dan rakan-rakan strategik yang lain, eksekutif dari syarikat-syarikat portfolio Vista, dan pemimpin-pemimpin kerajaan dan perniagaan dari seluruh rantau itu.

Maklumat mengenai Vista Equity Partners dan Vista Consulting Group

Vista Equity Partners adalah sebuah firma pelaburan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dengan mempunyai pejabat di Austin, Chicago, Bandar raya New York, Oakland, dan San Francisco dan lebih daripada $52 bilion dalam komitmen modal kumulatif. Vista secara eksklusif melabur di dalam organisasi perusahaan perisian, data, dan yang membolehkan teknologi merentasi ekuiti persendirian, kredit, ekuiti awam, dan strategi modal tetap. Sebagai sebuah pelabur nilai tambah dengan satu perspektif jangka panjang, Vista menyumbangkan kepakaran profesional dan sokongan pelbagai peringkat kepada syarikat-syarikat untuk merealisasikan potensi mereka yang sepenuhnya. Cabang perundingan Vista yang khusus, Vista Consulting Group, menyokong syarikat-syarikat Vista di peringkat global. Pendekatan pelaburan Vista diterajui oleh satu pangkalan modal jangka panjang yang cukup besar, pengalaman dalam penstrukturan urus niaga yang berorientasikan teknologi, dan teknik pengurusan yang terbukti yang menghasilkan kefleksibelan dan peluang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.vistaequitypartners.com.

Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/52129095/en

Hubungi

Hubungan Media
Alan H. Fleischmann
vista@laurelstrategies.com
+1-202-776-7776

Sumber : Vista Equity Partners

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Friday, November 22, 2019

LEDDARTECH DIIKTIRAF SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH INOVASI CES 2020 UNTUK THE LEDDAR PIXELL, SEBUAH LIDAR KOKUN YANG DIKELUARKAN BARU-BARU INI UNTUK PASARAN KENDERAAN BERAUTONOMI


CES mengumumkan pemenang Anugerah Inovasi pada 7hb November, 2019 di New York. LeddarTech akan mempamerkan Leddar Pixell di beberapa lokasi pada CES 2020

QUEBEC CITY, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala, terus mengagumkan dengan pengumuman baru-baru ini tentang anugerah di Anugerah Inovasi CES 2020 dalam Kategori Kecerdasan Kenderaan & Pengangkutan yang berprestij.

The LeddarTM Pixell ialah produk yang menjadi contoh komitmen yang dimiliki pasukan di LeddarTech ke arah menangani permintaan daripada pasaran untuk LiDAR berkeadaan pepejal yang boleh diharap untuk memenuhi keperluan aplikasi mobiliti mereka. Kami yakin keselamatan adalah penting dalam pembangunan pemanduan berautonomi dan ketersediaan penyelesaian LiDAR yang kukuh seperti Leddar Pixell yang meningkatkan suit penderia kenderaan, membawa kita semakin dekat kepada zaman kenderaan berautonomi, besar mahu pun kecil, merata di atas jalan raya,” kata Michael Poulin, Naib Presiden Pengurusan Barisan Produk LeddarTech 

Manfaat Leddar™ Pixell Utama

·   Pengesanan objek dan VRU boleh diharap
·   Medan pandangan 180° mendatar yang luas
·   Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan.
·   Ketahanan yang luar biasa
·   Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
·   Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif

Tonton video Leddar Pixel

Leddar Pixell menyepadukan teknologi berpaten LeddarTech yang terbenam dalam LCA2 LeddarEngineTM yang canggih, yang terdiri daripada perisian pemprosesan isyarat digital LeddarCore™ SoC dan LeddarSP yang amat bersepadu. LeddarTech juga menawarkan LeddarEngine kepada pembangun automotif LiDAR dan pembuat LiDAR yang lain, mempercepat ketersediaan penyelesaian LiDAR berkualiti tinggi, diperibadikan kepada pelbagai aplikasi dan pasaran LiDAR yang luas dan semakin berkembang.

Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia. Dalam beberapa bulan akan datang, LeddarTech akan mendemonstrasikan Leddar Pixell di Tech-AD Detroit, 21hb-22hb November, CES di Las Vegas, 7hb-10hb Januari dan di Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun dari 15hb-17hb Januari serta lokasi lain sepanjang 2020.

Leddar Pixell menyediakan pengesanan yang boleh diharapkan bagi pejalan kaki, penunggang basikal dan halangan lain dalam sekeliling kenderaan dan sesuai untuk platform persepsi yang dimaksudkan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pengguna jalan rentan (VRU). Leddar Pixell telah pun digunakan oleh penyedia kenderaan berautonomi terkemuka di Amerika Utara, Eropah dan Asia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12802

FUSIONEX MEMPEROLEHI KONTRAK UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN ALIRAN KERJA BAGI INSTITUSI KEWANGAN UTAMA

SINGAPURA, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pakar teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah memperolehi sebuah kontrak berbilang tahun di mana mereka akan menggunakan teknologi pengurusan data, kerjasama dan integrasi terkini mereka untuk meningkatkan perkongsian maklumat dan menjanakan wawasan perniagaan yang lebih baik bagi sebuah penyedia perkhidmatan  kewangan yang utama.

Pelanggan itu adalah sebuah institusi kewangan yang sudah wujud beberapa dekad lamanya dengan lebih daripada 50 cawangan dan mempunyai lebih 1,500 orang pekerja. Sebuah penyedia bagi perkhidmatan perbankan penting kepada pelanggan individu dan korporat, pelanggan itu bersungguh-sungguh meneruskan penyatuan teknologi di dalam operasi mereka dan telah meminta Fusionex untuk memacukan perjalanan transformasi digital mereka.

Fusionex akan menyediakan sebuah platform kerjasama yang didorong oleh data untuk membantu meningkatkan aliran kerja, pengurusan dokumen, dan aktiviti usaha sama bagi kakitangan pelanggan. Platform itu akan dapat dengan pantas dan selamat menyebarkan pandangan perniagaan dan operasi, data berasaskan prestasi, jumlah jualan dan kemas kini korporat kepada kakitangan di semua cawangan. Ia akan juga dapat mengelakkan penyebaran maklumat yang ketinggalan zaman atau mengelirukan di seluruh organisasi itu. Ini akan membolehkan pekerja untuk bekerja dengan mempunyai wawasan yang paling relevan dan terkini, meningkatkan kecekapan, membantu dalam membuat keputusan dan meminimumkan gangguan operasi.

Ketelusan, keselamatan dan kebolehlihatan maklumat juga diutamakan memandangkan platform itu dapat mengesan siapa yang mengakses maklumat apa pada masa tertentu. Dengan menggunakan Kecerdasan Buatan dan Mesin Pembelajaran, penyelesaian itu juga dapat memahami penerimaan kakitangan terhadap maklumat tertentu dan menentukan sama ada sentimen mereka dilihat secara positif.

Begitu juga, penerbitan dan penyebaran maklumat adalah lebih mudah kerana sesiapa sahaja dari pasukan-pasukan perniagaan akan dapat melakukannya hasil daripada antara muka dan automasi penyelesaian itu yang mesra pengguna. Penerbitan dan perkongsian pandangan dan kandungan, yang lazimnya mengambil masa beberapa hari memandangkan kelulusan berasaskan kertas diperlukan, kini boleh dicapai dalam masa kurang dari satu jam atau hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan pelanggan untuk membantu meningkatkan aliran kerja, automasi dan platform data mereka melalui penggunaan teknologi digital secara efektif. Dalam dunia yang hiper bersambung ini yang tidak pernah tidur, adalah penting untuk melaksanakan sesuatu pada tahap kecekapan yang paling tinggi. Kami di Fusionex percaya bahawa dengan sistem ini, pelanggan akan dapat menemui dan memanfaatkan peluang-peluang baharu, mengenal pasti aliran pendapatan baharu dan berikutan itu meningkatkan keupayaan mereka untuk menawarkan perkhidmatan dan penawaran yang lebih besar kepada pelanggan mereka.”

Maklumat mengenai Fusionex            

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling ssyarikat-syarikat Fortune 500, syarikat-syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
 
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191121005437/en/
 
Hubungi

Hubungan Media:
Angie Lim
angie@adv-fusionex.com
 
Sumber: Fusionex

EPIQ MENGEMBANGKAN INISIATIF SELURUH SYARIKAT UNTUK MEMPERCEPAT PELAKSANAAN KECERDASAN BUATAN UNTUK KLIEN SECARA GLOBAL

Pelaburan terselaras dalam teknologi, kerjasama, dan bakat memastikan klien yang bekerja di seluruh dunia boleh menggunakan kecerdasan buatan untuk mencapai hasil terbaik untuk perniagaan mereka

NEW YORK, 21 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan, hari ini mengumumkan pengembangan perkhidmatan ePenemuan dan semakan dokumen yang didayakan kecerdasan buatannya (AI) melalui gabungan kerjasama, teknologi proprietari, dan ketersediaan perkhidmatan ditingkatkan secara global.

“AI memberi klien kita kunci untuk mendedahkan nilai yang berkemungkinan, dan mengurangkan risiko dan kos, yang ketara dalam volum yang besar dan berkembang bagi data perniagaan.” kata Roger Pilc, presiden dan pengurus besar, penyelesaian perundangan Epiq.  “Sudah pun merupakan pengamal industri peneraju bagi perkhidmatan semakan dibantu teknologi didayakan AI, Epiq telah mengembangkan capaian global bagi perkhidmatan AI dan kakitangan terlatih.”

Sebagai sebahagian daripada inisiatif AI, hari ini Epiq mengumumkan bahawa Epiq akan melancarkan versi terkini bagi NexLP, Brainspace, dan Relativity Analytics secara global, merentasi pusat data global peneraju industrinya. Selain bekerja dengan peneraju teknologi AI industri terpilih secara rapat, Epiq juga memanfaatkan saintis data dan algoritma proprietari untuk membangunkan produk baharu dengan keupayaan transformatif untuk kliennya.

Untuk mendayakan penggunaannya AI dalam perkhidmatan Epiq sepenuhnya, Epiq sedang mensijilkan lebih daripada 300 semakan dokumen, perkhidmatan klien, arkitek penyelesaian dan ahli pasukan operasi melalui program latihan terperinci dan proprietari.

Dengan pengembangan keupayaan ini, Epiq boleh memberikan perkhidmatan kepada pangkalan klien globalnya dengan berkesan, termasuklah pengurusan bagi projek berbilang bidang kuasa. Kini Epiq boleh menjamin keupayaan konsisten untuk mengurus aliran kerja disokong AI merentasi bahasa seperti Mandarin, Kantonis, Korea dan Jepun.

“Epiq membawakan pengetahuan manusia terdalam kepada seni dan sains semakan data, bekerja dengan pengamal analitis peneraju industri secara rapat,” kata Eric Crawley, naib presiden semakan dan analitis.  “Melombong data sensitif secara berkesan, termasuklah maklumat khas, memerlukan gabungan kecerdasan manusia dan mesin yang teguh. Kami teruja bahawa kecekapan AI kami juga menyediakan kelebihan dalam bahagian pentadbiran maklumat dan pelanggaran data, membenarkan Epiq untuk menyediakan nilai yang lebih luas kepada klien kami.”

Epiq mempunyai pengalaman mendalam dalam menggunakan analitis lanjutan pada hal ePenemuan untuk manfaat kepada kliennya, menggunakan AI dalam lebih 1,000 hal sepanjang tahun lepas, merangkumi pelbagai hal berlitigasi, semakan pengawalseliaan, dan penyiasatan dalaman. Penglibatan klien baru-baru ini merangkumi memanfaatkan AI untuk bank antarabangsa terkemuka, pembekal penjagaan kesihatan kebangsaan, dan salah satu bandar terbesar di Amerika. Jenis hal dan saiz projek berbeza-beza dengan ketara dalam setiap kes, tetapi klien tersebut inginkan manfaat kos, masa dan kualiti yang hanya boleh ditawarkan oleh Epiq.

Tentang Epiq
Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan melakukan tugasan berskala besar dan semakin rumit bagi peguam korporat, firma guaman dan profesional perniagaan dengan kecekapan, kejelasan dan keyakinan. Pelanggan mengharapkan Epiq untuk melancarkan pentadbiran operasi perniagaan, saman secara berkumpulan dan tort berkumpulan, laporan mahkamah, ePenemuan, kawal selia, pematuhan, penstrukturan semula dan hal-hal kebangkrapan. Pakar bidang dan teknologi Epiq menghasilkan kecekapan melalui kepakaran dan memberikan keyakinan kepada pelanggan berprestasi tinggi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di https://www.epiqglobal.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12827

Thursday, November 21, 2019

TOSHIBA LANCAR EFIUS MEREKA YANG PERTAMA, SEBUAH FIUS ELEKTRONIK YANG BOLEH DIGUNAKAN BERULANG KALI


Table

IC eFius “siri TCKE8xx” yang pertama oleh Toshiba (Foto: Business Wire)


TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan “siri TCKE8xx,” IC eFius mereka yang pertama, satu barisan terdiri daripada enam produk yang menyokong pelbagai fungsi yang diperlukan untuk perlindungan litar dalam talian bekalan kuasa. Pengiriman bagi dua produk dalam barisan itu bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191119005455/en/

Ciri-ciri yang paling luar biasa bagi IC eFius itu adalah bahawa mereka boleh digunakan berulang kali. Fius fizikal yang konvensional—fius tiub kaca dan fius cip—melindungi litar talian elektrik dengan secara fizikal menutupnya ketika mereka berada dalam keadaan lebihan arus,  dan adalah diperlukan untuk digantikan apabila ia rosak. Produk IC eFius menggunakan litar mereka sendiri untuk mematikan talian kuasa apabila terdapat sesuatu keabnormalan berlaku, dan boleh diset semula dan digunakan semula.

Satu lagi kelebihan adalah bahawa IC eFius menghilangkan reka bentuk litar yang kompleks dan beberapa komponen, sekali gus merealisasikan reka bentuk litar yang lebih mudah dengan komponen yang lebih sedikit dan sebuah ruang yang lebih kecil daripada sebuah fungsi perlindungan yang dijamin dengan bahagian diskret.

Siri TCKE8xx yang baharu itu merealisasikan perlindungan litar yang sangat kuat dengan menaikkan ketepatan pengesanan lebihan arus pada satu tahap di luar fius fizikal. Oleh kerana IC eFius juga mempunyai pengapit arus dan pengapit voltan untuk melindungi terhadap lebihan arus dan lebihan voltan, mereka boleh melindungi litar dan mengekalkan bekalan kuasa dengan mengapit voltan dan arus pada nilai tertentu, walaupun apabila lebihan arus berlebihan atau lebihan voltan digunakan. Fungsi perlindungan lebihan suhu dan litar pintas melindungi litar dengan serta-merta mematikannya sekiranya berlaku kejadian panas melampau, atau litar pintas yang tidak dijangka.

Gabungan bagi ciri-ciri ini membolehkan produk-produk itu untuk membantu melindungi peralatan elektronik seperti server dan komputer riba, yang diperlukan untuk mengendalikan voltan dan arus yang dapat bertahan yang semakin tinggi pada tahun-tahun kebelakangan ini. Oleh kerana Toshiba berhasrat untuk memperolehi pensijilan IEC 62368-1, standard keselamatan antarabangsa untuk keselamatan peringkat tinggi, mereka akan juga memudahkan ujian pensijilan yang perlu dijalani oleh peranti pelanggan.

Barisan produk itu menawarkan dua jenis produk: satu jenis cuba semula automatik yang membolehkan eFius untuk secara automatik memulihkan litar itu sendiri, dan sejenis selak yang dipulihkan oleh satu isyarat luaran. Pelanggan boleh memilih produk IC eFius yang sesuai untuk keperluan mereka dan saiz bagi peralatan mereka.

Penggunaan
  • Perlindungan litar bagi talian bekalan kuasa
(Server, SSD, komputer riba, konsul permainan dan peralatan realiti terimbuh dan realiti maya, dll.)

Ciri-ciri
  • Ketepatan had lebihan arus: ±11% @Ta=-40 hingga +85℃, ILIM=4.38A
  • Perlindungan litar pintas berkelajuan tinggi: tFastOffDly=150ns (jenis) @Ta=-40 hingga +85℃
  • Arus output tinggi: IOUT=0 hingga 5.0A
  • Pakej nipis dan padat: 3.00 × 3.00mm (jenis), t=0.75mm (maksimum)
 
Spesifikasi Utama
 
Table


Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan IC eFius Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply/efuse-ics.html

Untuk menyemak reka bentuk rujukan bagi IC eFius, sila layari:
Litar aplikasi bagi IC eFius Siri TCKE805
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/design-support/referencedesign/efuse-ic_PowerManagement_RD164.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
TCKE805NA
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TCKE805NA.html
TCKE805NL
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TCKE805NL.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191119005455/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

AZBIL MEMULAKAN PENJUALAN BAGI SENSOR SUHU SILING UNTUK BANGUNAN PEJABAT KE LUAR NEGARA

AZBIL MEMULAKAN PENJUALAN BAGI SENSOR SUHU SILING UNTUK BANGUNAN PEJABAT KE LUAR NEGARA

KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- “Kesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama’ diangkat sebagai tema Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2019. Ia selari dengan tema Hari Kanak-Kanak  Antarabangsa iaitu ‘For Every Child A Childhood’,  yang akan disambut pada 20 November ini, dengan menekankan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak di seluruh dunia.

Sehubungan itu, masyarakat perlu memberi perlindungan, kebajikan dan kesejahteraan demi masa depan kanak-kanak kerana ia adalah tanggungjawab bersama. Ini termasuk memastikan kanak-kanak sihat dan cerdas selain mematuhi empat perkara dalam Convention on the Right of Children iaitu Hak kepada Kehidupan, Perlindungan, Perkembangan dan Penyertaan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM memandang serius isu penderaan, pengabaian, pembuangan bayi serta eksploitasi kanak-kanak yang menyaksikan kanak-kanak sering menjadi mangsa keadaan.

Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan kanak-kanak perlu diberikan pemeliharaan dan perlindungan sekiranya terdedah kepada bahaya atau ancaman. JKM telah laksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak termasuk:

i. Bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan dengan kadar RM100 seorang atau maksimum RM400 sekeluarga;

ii. Bantuan Anak Pelihara bagi membantu kanak-kanak yatim piatu, tiada saudara mara untuk terus berada dalam masyarakat bersama-sama keluarga pelihara;

iii. Perkhidmatan kaunseling bagi memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada mereka yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka;

iv. Kanak-kanak yang tidak dapat dijaga oleh ibu bapa atau penjaga atas sebab-sebab tertentu diberi perlindungan di Rumah Kanak-Kanak di seluruh negara;

vi. Menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak yang berperanan menasihati dan membuat syor kepada kerajaan berhubung isu perlindungan, penjagaan, pemulihan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan, serantau dan antara bangsa;

vii. Mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) bagi  menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak. Sehingga kini terdapat 126 PPKK di seluruh Malaysia;

viii. Mewujudkan 149 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di seluruh negara, yang menjalankan seminar, kelas tuisyen, bengkel, motivasi, bimbingan serta kaunseling;

ix. Menubuhkan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) yang bertanggungjawab menyalurkan pandangan kepada kerajaan berhubung aspirasi dan kehendak kanak-kanak di Malaysia seiring dengan Hak Penyertaan Kanak-Kanak di bawah CRC;

x. Menggalakkan penubuhan TASKA Komuniti sebagai program pencegahan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak. Sehingga kini 39 Taska Komuniti ditubuhkan;

xi. Perkhidmatan 24 jam sehari Talian Kasih15999 yang menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk membuat laporan pada bila-bila masa; dan

xii. Membangunkan Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak dalam daftar kanak-kanak bagi tujuan membuat semakan kes-kes pelaku seksual kanak-kanak.

JKM turut bekerjasama dengan badan kerajaan dan bukan kerajaan serta pertubuhan NGO bagi menjalankan program Sahabat B.I.J.A.K berbentuk advokasi bertujuan: 

i. Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah;

ii. Memberi kesedaran kepada ibubapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang  pentingnya menjaga dan mengutamakan keselamatan kanak-kanak; dan

iii. Memberi pendedahan literasi undang-undang kepada semua pihak berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak serta kanak-kanak yang terlibat dengan salah laku.

SUMBER : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12822

Wednesday, November 20, 2019

SOJITZ, NTT COM, NEC, NEC NETWORKS & SYSTEM INTEGRATION AKAN MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI DI MYANMAR

SOJITZ, NTT COM, NEC, NEC NETWORKS

LAPORAN GPCI 2019 YAYASAN MORI MEMORIAL: LONDON HILANG MOMENTUM, TOKYO AGAK PERLAHAN DAN PARIS MENIKMATI TREND KE ATAS



48 daripada bandar raya utama dunia sebagaimana disenaraikan oleh Laporan GPCI 2019 Yayasan Mori Memorial 

TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia, dalam susunan itu, di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2019 yang diterbitkan oleh Institut Yayasan Mori Memorial bagi Strategi Bandar, sebuah badan penyelidikan yang diwujudkan oleh Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo. Sejak tahun 2008, laporan tahunan GPCI itu telah menilai 40 atau lebih bandar raya  utama dari segi “daya tarikan,” atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia. Bandar raya dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori (fungsi): Ekonomi, R&D, Interaksi Kebudayaan, Sesuai untuk Didiami, Persekitaran dan Mudah untuk Diakses. Dalam usaha untuk menangani dengan perubahan di dalam keadaan yang mengelilingi bandar raya-bandar raya global, GPCI itu terus menerus memperbaiki petunjuk dan kaedah pengumpulan data mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191118005309/en/

Di tengah-tengah kelegapan yang meningkat di dalam ekonomi dunia dan peningkatan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar, London menyaksikan markah komprehensif mereka jatuh selepas lapan tahun menduduki tempat teratas pada GPCI. Walaupun markah bagi New York, Tokyo dan Paris kesemuanya merosot di atas sebab-sebab mereka yang tersendiri, tahap kejatuhan bagi Tokyo melebarkan jurangnya dengan New York, walaupun jurang di antara Tokyo dan Paris menyempit. Paris terus bergerak ke hadapan berikutan kejayaan bida mereka pada tahun 2017 untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024, mengatasi satu trend menurun sebelumnya berikutan serangan pengganas di bandar raya itu pada tahun 2015.

Sejumlah besar peristiwa yang mencabar berlaku atau terus berlaku pada tahun 2019, seperti pergeseran perdagangan Amerika Syarikat-China, cadangan penarikan diri United Kingdom dari Kesatuan Eropah dan bantahan di Hong Kong. Kesan yang ketara pada markah GPCI 2019 termasuk kelembapan “Kadar Pertumbuhan KDNK” Beijing dan Shanghai dan penurunan jumlah bagi “Syarikat-syarikat 500 Utama Dunia” di London. Hong Kong akan berkemungkinan merasakan kesan daripada pergolakan politik mereka dalam GPCI 2020.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12819

SEGALA-GALANYA DARI LADANG KEPADA JOGING: 5G SEDANG MENGUBAH WAJAH DAN MASA HADAPAN BAGI CHONGMING



SHANGHAI, 19 Nov., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Jentera penuai 5G tanpa kawalan pemandu sedang dikerahkan pada laluan penuaian khusus di ladang organik Wanhe di bahagian timur Daerah Chongming.

Pemuat naik bahan yang pandu sendiri, robot-robot ladang organik dan pesawat menyembur racun serangga tanpa kawalan pemandu juga sedang bekerja di ladang-ladang lain. Di Pusat Kawalan Kualiti Ladang Chongming, petani sedang menyemak video pemantauan HD bagi kerja yang sedang berjalan secara serta-merta melalui 5G.

Lebih banyak tanah ladang, pengairan, teknologi dan dasar-dasar kerajaan yang berkualiti tinggi adalah di antara faktor di sebalik hasil tuaian yang luar biasa banyaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Pulau Chongming.

“Terima kasih kepada rangkaian 5G, kita boleh menyingkirkan kebergantungan yang berlebihan kepada petani dan merealisasikan kawalan dan pengurusan mesin, meningkatkan kecekapan,” kata Huang Zhen, pegawai dengan ladang organik Wanhe. “Kita boleh menggenggam dengan erat ‘jelapang padi’ itu dalam tangan kita sendiri."

Dengan lebar jalur yang besar, kelewatan yang rendah dan ciri-ciri penyambungan yang besar, “jentera penuai pintar 5G+” merealisasikan sokongan sepanjang masa untuk penanaman dan pengurusan bagi pengeluaran pertanian termasuk mekanisasi yang komprehensif, mengelakkan halangan, kawalan jauh dan pemanduan sendiri.

Dan jentera penuai tenaga baharu ini boleh mengumpul dan menganalisis data pengeluaran dalam tepat masa dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, meningkatkan perlindungan alam sekitar dan ekologi.

Kerajaan daerah itu telah mengumumkan bahawa dengan liputan penuh bagi rangkaian 5G di pulau itu, Chongming akan menggunakan teknologi itu untuk pemanduan dan operasi pintar pertanian, pemantauan dan analisis penerbangan ketepatan tinggi, penyeliaan tepat masa bagi produk pertanian, robot pertanian, latihan dan bimbingan teknologi pertanian jarak jauh, analisis pembiakan industri, dan pengumpulan tepat masa bagi data pertanian dan pengkomputeran awan.

5G+  Kebijaksanaan bagi ubat-ubatan

Cawangan Chongming bagi Hospital Xinhua Shanghai telah diliputi sepenuhnya oleh rangkaian 5G. Ia sedang menerokai aplikasi bagi 5G itu untuk perundingan jarak jauh, bantuan awal sebelum ke hospital, bimbingan pembedahan jarak jauh, penyambungan ultrabunyi jarak jauh dan bimbingan realiti tambahan. Ia telah menyiapkan latihan pertolongan cemas sebelum ke hospital yang pertama bagi daerah itu dalam sebuah ambulans dengan bantuan 5G untuk menawarkan rawatan yang kena pada masanya bagi pesakit.

Liu Lan, pengarah bagi jabatan ultrabunyi di hospital itu, menggunakan telefon pintar 5G beliau dan sebuah peranti ultrasonik mudah alih untuk membimbing satu pemeriksaan ultrabunyi tiroid oleh Lu Liju dari Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti Bandar Chenqiao.

“Pesakit-pesakit tempatan lebih suka pergi ke pusat khidmat kesihatan komuniti terdekat untuk lawatan pertama mereka,” kata Liu. “Dengan liputan penuh dari teknologi 5G, hospital kami membawa sistem perundingan jarak jauh untuk membantu pusat-pusat khidmat untuk diagnosis bagi kes-kes kecemasan dan kes rumit.”

Seorang pesakit yang mempunyai nama keluarga Wang berkata: “Sistem itu menjimatkan masa untuk proses diagnosis. Kami juga boleh menerima penjagaan kesihatan di rumah.”

Dengan 5G, pakar-pakar di hospital-hospital terkemuka di pulau itu boleh memberi arahan kepada doktor-doktor akar umbi dan bimbingan mengenai diagnosis dan rawatan.

“Kami kini sedang berusaha untuk menggalakkan sistem diagnosis jarak jauh 5G untuk merealisasikan rawatan pesakit dalam jarak jauh, mempromosikan kualiti bagi rawatan perubatan di pulau itu,” kata Fei Zewei, presiden bagi cawangan Chongming bagi Hospital Xinhua Shanghai.

5G+ Pandu sendiri

Di Taman Perindustrian Zhihuidao, sebuah bas ulang-alik pandu sendiri yang dibantu oleh 5G sedang menjalani ujian jalanan. Dan sebuah kereta pembersihan sedang bertugas di Pusat Persidangan Xincheng Chongming. Bas ulang-alik itu, yang dilengkapi dengan radar laser, dapat menyiapkan semua operasi berautonomi dengan bantuan 5G.

5G+ Sukan pintar

Chongming, sebuah pulau eko bagi sukan, telah menggunakan teknologi 5G, 4K dan VR untuk siaran langsung bagi acara-acara. Di Bandar Maraton Luhua, larian 5G semakin menarik lebih banyak pencinta sukan. Pemain-pemain boleh daftar masuk dan daftar keluar dengan menggunakan rangkaian 5G.
Khalayak boleh melihat pemandangan 360 darjah, manakala data prestasi bagi pemain-pemain dikumpulkan dalam tepat masa.

5G+ Runcit pintar

Sebuah sistem bengkel pintar sedang digunakan ke atas 26 barisan pengeluaran di Kilang Yunliang yang menampilkan teknologi 5G dan AI. Ia boleh menguruskan kuasa, kemudahan, peralatan dan lembaran kerja dengan lebih cekap.

Menjelang akhir Oktober, Chongming mempunyai 539 stesen 5G termasuk 23 dalam bangunan. Kerajaan berkata ia akan merealisasikan liputan penuh bagi pulau itu pada masa akan datang.

Sumber: Ladang Organik Wanhe

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12817

PERJALANAN KESAKSAMAAN USIA

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa diisytiharkan pada setiap 1 Oktober oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tahun ini, sambutannya bertema The Journey to Age Equality (Perjalanan Kesaksamaan Usia) yang selaras Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal-SDGs) ke-10. Ia adalah antara 17 matlamat diperakukan oleh Sidang Kemuncak PBB mengenai Pembangunan Lestari (UN Sustainable Development Summit) dan perlu dicapai oleh semua negara menjelang 2030.  Pembangunan mampan merangkumi agenda alam sekitar, agenda kesejahteraan komuniti dan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.

Menyedari isu dan cabaran berkaitan penuaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menambah baik Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) pada 2011.

KPWKM menerusi JKM turut menawarkan perkhidmatan sokongan, sosial dan kebajikan untuk memperkasakan warga emas bagi menjamin kehidupan yang lebih sejahtera buat mereka dengan menyediakan:

a. Bantuan kewangan;
b. Penjagaan Institusi;
c. Program Sokongan Sosial K4K (Komuniti untuk Komuniti)

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah program yang mudah diakses warga emas dalam komuniti. Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) pula memberi perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan untuk warga emas  mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital/klinik manakala Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) merupakan program bercorak mendekati (reaching out) warga emas.

KPWKM juga menjalankan Kajian Diagnostik Bagi Membentuk Model Penjagaan Warga Emas Jangka Masa Panjang Bersepadu dan Mampan di Malaysia, yang dijangka selesai pada penghujung 2020. Skop kesejahteraan dan kebajikan warga emas serta penjaga dititikberatkan dalam kajian ini, yang akan menghasilkan pembentukan model pembiayaan serta model penjagaan bersepadu serta pelan tindakan pelaksanaan penjagaan jangka masa panjang. Kajian ini mengambil kira keperluan jagaan kesihatan dan sosial dalam institusi dan komuniti.

Selain itu, Kajian Kandungan, Pendekatan dan Skop dilaksanakan bagi menggubal akta khusus untuk warga emas di Malaysia. Cadangan akta ini adalah selaras dengan hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan serta Kajian Prevent Elder Abuse and Neglect Initiative (PEACE)  oleh Universiti Malaya, yang menunjukkan hasil kajian yang hampir sama iaitu prevalens atau kekerapan penderaan warga emas di Malaysia adalah kira-kira 10 peratus. Menerusi penggubalan akta ini, promosi dan perlindungan hak asasi warga emas dapat diperkasakan selain meningkatkan kesejahteraan warga emas termasuk ahli keluarga dan komuniti.

KPKWM akan berkolaborasi dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan United Nations Development Programme (UNDP) untuk melaksanakan projek age-friendly city secara rintis di Taiping, Perak. Projek rintis selama dua (2) tahun ini akan dijalankan berdasarkan panduan age-friendly city daripada World Health Organisation (WHO). Satu kerangka kerja bagi pewujudan daerah mesra warga emas akan dihasilkan untuk digunapakai oleh pihak berkuasa tempatan lain kelak. Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) atau Myageing dilantik menjadi perunding utama bagi kajian ini.

SUMBER: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12815

PENCIPTA BERSAMA BLOK RANTAI ABEY DR. CIPRIAN PUNGILA MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA PADA HARI PEMBUKAAN SIDANG KEMUNCAK BLOK RANTAI MALTA 2019



VADUZ, Lichtenstein, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan aBey hari ini mengeluarkan teks lengkap dan video berhubung ucap utama Dr. Ciprian Pungila semasa sesi pembukaan Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta 2019. Dr. Pungila adalah pencipta bersama bagi teknologi blok rantai aBey dan bertindak sebagai ketua saintis bagi Yayasan aBey, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan. Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta berlangsung pada 7 dan 8 November.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005464/en/

Ucapan Dr. Pungila menyentuh mengenai kekuasaan teknologi melalui blok rantai yang berprestasi tinggi. Memperkenalkan cara-cara yang berinovatif untuk memberi kuasa kepada blok rantai melalui seni bina heterogen dan pengiraan yang berprestasi tinggi, satu topik penting di dalam perbincangan yang diliputi oleh Dr. Pungila dalam apa yang beliau nyatakan sebagai “urus niaga runcit berasaskan prestasi.”

Dr. Pungila mengkaji semula fakta-fakta utama mengenai blok rantai aBey, dengan mengatakan “aBey mula diketahui umum pada Julai 2018, dan menjelang ulang tahun pertama blok rantai itu telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 pengguna aktif.” Kadar pertumbuhan aBey melebihi pertumbuhan awal Bitcoin dengan faktor lebih daripada lapan kali ganda.

Dr. Pungila meneruskan, “Ciri-ciri blok rantai aBey termasuk sokongan untuk mempercepatkan volum urus niaga yang sangat tinggi, urus niaga yang boleh dikembalikan (yang pertama di dunia), pinjaman intrinsik, termasuk pinjaman serta-merta dengan pemeriksaan pematuhan segera dengan menggunakan Gerbang Pinjaman Kekubah (yang pertama di dunia), sokongan untuk rujukan pemasaran ahli gabungan dan pembayaran komisen dengan menggunakan Gerbang Pembayaran Dipercayai (yang pertama di dunia), pemprosesan pembayaran di rantaian dan satu pendekatan berbilang lapisan untuk e-dagang, sekali gus menjadikan aBey sebuah blok rantai hibrid yang kompleks dari segi saling boleh kendali. Nama akaun pilihan yang boleh menggantikan nombor kriptik yang panjang adalah intrinsik kepada aBey dan bukannya satu perkhidmatan berbayar seperti dengan blok rantai yang lain, dan ini meningkatkan penemuan pengguna dengan ketara bagi pengguna tanpa izin yang lain di dalam rangkaian mereka.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12784

Tuesday, November 19, 2019

PENYEDIA MERCARI APLIKASI PASARAN C2C MEMULAKAN JUALAN MERENTAS SEMPADAN KE LEBIH 100 NEGARA

TOKYO, 19 Nov, 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Pembeli Luar Negara Kini Boleh Melakukan Pembelian Item Menggunakan Perkhidmatan Proksi -

Pada 15 November, 2019 Mercari, Inc. mula menawarkan jualan merentas sempadan* melalui aplikasi pasaran pelanggan kepada pelanggan (C2C) Mercari dengan kerjasama bersama Buyee, satu perkhidmatan proksi untuk e-dagang merentas sempadan yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak syarikat BEENOS Inc.

*sesetengah kategori item tidak ada dalam senarai

Gambar:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105775/201911073215/_prw_PI1lg_xavEk7L3.png

Mercari, Inc. membangunkan dan mengendalikan Mercari, satu aplikasi pasaran, dengan misi untuk mencipta nilai dalam pasaran global untuk sesiapa sahaja membeli dan menjual.  Aplikasi ini membolehkan individu membeli dan menjual barangan mereka dengan mudah dan selamat. Mercari merupakan pasaran pelanggan kepada pelanggan (C2C) Jepun terbesar yang mempunyai lebih kurang 14 juta pengguna bulanan, nilai barang niaga kasar (GMV) kira-kira 530.7 bilion JPY*, dan lebih 1.1 bilion item yang tersenarai setakat ini.

*Daripada penyata kewangan tahun penuh untuk FY2019 sehingga Jun

Mercari menarik minat ramai daripada luar negara, yang menyaksikan peningkatan bilangan kunjungan ke versi web Mercari sebanyak enam kali ganda dari luar negara Jepun sejak 2017, menunjukkan potensi permintaan pembelian yang kuat daripada pengguna luar negara.  Berdasarkan kepada misinya untuk mencipta nilai dalam pasaran global yang mana sesiapa sahaja boleh membeli dan menjual, dan skala pasaran potensi dalam pasaran e-dagang merentas sempadan, Mercari mengambil keputusan untuk mula menawarkan jualan merentas sempadan melalui perkhidmatan proksi Buyee.

Buyee merupakan satu perkhidmatan proksi yang mempunyai lebih daripada sejuta pengguna berdaftar di lebih 100 negara dan rantau di seluruh dunia.  Melalui kerjasama dengan Buyee ini, pengguna luar negara boleh melayari dan mencari barangan yang tersenarai dalam Mercari dalam Bahasa Jepun, Inggeris dan Cina (tradisional dan versi mudah) dan melakukan pembelian menggunakan kaedah pembayaran luar negara yang popular seperti PayPal, Alipay dan UnionPay. Melalui penawaran jualan merentas sempadan ini, pengguna dari luar negara juga boleh membeli barangan di Mercari, bukan hanya untuk pengguna di Jepun sahaja, dan Mercari menjangkakan penawaran ini akan mempertingkatkan peluang dalam jualan. Barang-barang boleh dibeli di Buyee selepas satu tempoh ia disenaraikan di Mercari.

-Bagaimana ia berfungsi
1. Apabila pengguna luar negara membuat tempahan melalui Buyee ( https://buyee.jp/mercari/ ), satu akaun rasmi Buyee membeli item tersebut di Mercari bagi pihak pengguna.
2. Penjual item tersebut di Mercari menghantar item kepada gudang Buyee di Jepun.
3. Apabila item tersebut sampai, kakitangan Buyee memeriksa item tersebut dan memberikan rating kepada penjual, dan penjual menerima bayaran.
4. Buyee menghantar item tersebut kepada pembeli luar negara itu dan menguruskan hal-hal berkaitan selepas itu.

Gambar:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105775/201911073215/_prw_PI2lg_pT33Vyk3.png


-Bukti Konsep untuk Jualan Merentas Sempadan
Bermula bulan Ogos 2019, Mercari menjalankan kajian bukti konsep ke atas jualan merentas sempadan untuk barangan yang telah beberapa lama tersenarai di Mercari.  Melalui kajian ini, Mercari telah mengenalpasti kategori item yang popular dalam kalangan pengguna luar negara.

Gambar:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105775/201911073215/_prw_PI3lg_4761IX8h.png


Kategori paling popular dalam kalangan pengguna luar negara adalah barang niaga yang menampilkan watak-watak popular.  Kebanyakan pengguna ini berminat terhadap benda yang hanya boleh dibeli di Jepun, seperti barang niaga animasi dan permainan.

Mercari akan terus mencari jalan untuk menyediakan satu pasaran yang selamat dan terjamin secara global dan memenuhi misinya bagi mencipta nilai dalam pasaran global yang mana sesiapa sahaja boleh membeli dan menjual.

- Tentang Mercari
Nama syarikat: Mercari, Inc.
Ibu pejabat: Roppongi Hills Mori Tower, 6-10-1 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-6118
Perniagaan: Perancangan, pembangunan dan pengendalian aplikasi pasaran Mercari
Wakil: Shintaro Yamada

- Tentang BEENOS
Nama syarikat: BEENOS Inc.
Ibu pejabat: 7F Gotenyama Trust Tower, 4-7-35 Kita-Shinagawa, Shinagawa-ku, Tokyo 140-0001
Perniagaan: E-dagang domestik dan antarabangsa
Wakil: Shota Naoi
*Buyee dikendalikan oleh anak syarikat penuh tenso, inc.

*Untuk maklumat mengenai penggunaan logo dan ikon Mercari, sila klik laman sesawang berikut.

https://www.mercari.com/jp/logo-guidelines/


Sumber: Mercari, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12816

Monday, November 18, 2019

UPDATE - EFINIX® MELANCARKAN FPGA T120 TRION®

FPGA T120 Trion memulakan era baharu bagi perkomputeran pinggir dan pemecutan

SANTA CLARA, Calif., 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, penginovasi dalam platform dan teknologi produk boleh diprogramkan, hari ini mengumumkan pelancaran FPGA T120 Trion®, yang menampilkan fabrik kecil dan berketumpatan tinggi, pengawal memori DDR yang dikeraskan dan CSI-2 MIPI yang dikeraskan dan antara muka PHY.

“FPGA T120 mempamerkan cara seni bina Quantum diskalakan untuk ketumpatan tinggi,” kata Pengasas bersama, CTO dan SVP Kejuruteraan Efinix Tony Ngai. “Ketumpatan yang lebih tinggi bermakna lebih banyak kuasa pengiraan, yang memacu masa hadapan perkomputeran AI pinggir. Seni bina Quantum yang menggegarkan kami sedang membawa FPGA kepada tahap seterusnya dalam persekitaran inovasi yang menarik hari ini.”

Fabrik rendah kuasa FPGA T120 Trion menyampaikan kebolehprograman sebenar pada pinggir, sementara seni bina yang padat memberikan lebih banyak kuasa pengiraan dalam jejak yang lebih kecil. FPGA T120 merangkumi pengawal DDR yang dikeraskan dan CSI-2 MIPI serta blok D-PHY, menyokong pemecutan aplikasi dalam peranti faktor bentuk kecil.

“Kita berada pada detik penting untuk memacu pinggir, pengiraan dan pemecutan. FPGA T120 hanya berada pada permulaan perjalanan bagi seni bina Quantum boleh mengambil perkomputeran AI pinggir,” kata Sammy Cheung, pengasas bersama, CEO dan presiden Efinix. “Kami akan terus memajukan platform pengiraan boleh diprogramkan, sementara pembangunan sampel T200 sedang dijalankan.”

Tentang Efinix
Efinix, merupakan penginovasi dalam produk boleh diprogramkan, memacu masa depan pengkomputeran AI pinggir dengan platform FPGA Trion®. Pada teras FPGA Trion ialah teknologi FPGA Quantum™ disruptif Efinix yang menyampaikan kelebihan Bahagian-Prestasi-Kuasa 4X melalui teknologi FPGA. FPGA Trion, menawarkan unsur logik 4K sehingga 200K, mempunyai faktor bentuk kecil, kuasa rendah, dan dihargakan untuk pengeluaran volum tinggi. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Efinity® kami menyediakan suit reka bentuk FPGA lengkap daripada RTL sehinggalah aliran bit. Dengan kelebihan Bahagian-Prestasi-Kuasa, FPGA Trion menangani aplikasi seperti logik tersuai, pengiraan pecutan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Melalui Efinity, pelanggan kami boleh menghijrahkan FPGA secara lancar atau sistem penuh kepada Quantum ASIC untuk pengeluaran volum ultratinggi.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.efinixinc.com.

Maklumat Hubungan:
Steve Stratz
Relevanz Public Relations untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com

SUMBER: Efinix, Inc.

--BERNAMA

Sunday, November 17, 2019

RIA MONEY TRANSFER MENJADI PENAJA RASMI KELAB BOLA SEPAK ATLÉTICO DE MADRID

Ria Money Transfer menjadi penaja belakang baju dan rakan kongsi pemindahan wang rasmi bagi juara La Liga 10 kali

MADRID, Sepanyol, 11 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ria Money Transfer, subsidiari Euronet Worldwide, Inc. (NASDAQ: EEFT) dan peneraju global dalam industri pemindahan wang, hari ini mengumumkan kerjasama empat tahun dengan Atlético de Madrid, menjadi penaja baharu belakang baju kelab dan rakan kongsi pemindahan wang rasmi. Mulai musim ini, jersi yang dijenamakan dengan Ria akan digunakan oleh pasukan pertama kelab untuk semua pertandingan domestik sehingga 2023.

Untuk merasmikan perjanjian, wakil dari Ria melawat Stadium Wanda Metropolitano di Madrid, di situ Enrique Cerezo Presiden Atlético de Madrid memperkenalkan jersi rasmi baharu.

Melalui kerjasama ini, Ria akan dapat memupuk hubungan yang lebih rapat dengan pangkalan peminat Atlético de Madrid yang pelbagai dan meluas, yang selaras dengan jejak global syarikat merentasi 161 negara. Pada masa yang sama, Ria akan bekerja di sisi juara La Liga 10 kali untuk mencipta acara dan kandungan digital yang menarik minat untuk peminat dan pelanggan yang menyerlahkan nilai bersama seperti kerja keras, semangat, dan rendah diri.

CEO Atlético de Madrid CEO Miguel Ángel Gil bercakap tentang perjanjian ini, “Dengan Ria Money Transfer, kami berkongsi nilai seperti kerjasama pasukan dan mengejar kecemerlangan. Kerjasama dengan jenama terkemuka dunia dalam industri pemindahan wang ini merupakan berita yang baik untuk Atlético de Madrid. Kami berharap untuk terus berkembang bersama dan empat tahun ini merupakan yang pertama untuk kerjasama yang lebih banyak pada masa akan datang.”

“Untuk kami di Ria, pemilihan Atlético merupakan keputusan yang mudah. Kami melihat pekerja dan pelanggan kami yang pelbagai dan rajin dicerminkan dalam barisan pemain dan pangkalan peminat Atlético de Madrid. Kami teruja untuk turut serta sebagai penaja rasmi untuk kelab yang dikenali kerana semangat dan daya tahan, yang telah mendapat rasa hormat dan pesaing seumpamanya,” kongsi Juan Bianchi, CEO Segmen Pemindahan Wang Euronet. “Penajaan ini merupakan langkah pertama dalam banyak langkah ke arah mencipta hubungan yang mendalam dan berkekalan dengan pelanggan di seluruh dunia yang menggunakan perkhidmatan pemindahan wang kami untuk berasa dekat dengan orang tersayang mereka.”

Sepanjang sejarah 33 tahunnya, Ria telah memperjuangkan acara sukan tempatan di seluruh dunia. Kerjasama dengan Atlético de Madrid merupakan bukti komitmen kepada semangat kesukanan, kerjasama pasukan, pelanggannya, dan kesejahteraan pada peringkat global.

Tentang Ria

Ria, sebuah subsidiari Euronet Worldwide, Inc. (NASDAQ: EEFT), merupakan peneraju global dalam industri kiriman wang. Syarikat ini teguh dalam komitmennya terhadap klien dan komuniti mereka, menawarkan pemindahan wang yang pantas, selamat dan berpatutan menerusi rangkaian di lebih 389,000 lokasi merentasi 161 negara dan dalam talian di www.riamoneytransfer.com.

Untuk maklumat lanjut, lawati https://corporate.riafinancial.com/.

Maklumat Hubungan:
Aura Martinez Schifflers
+34912613760
amschifflers@riafinancial.com

SUMBER: Euronet Worldwide, Inc.

--BERNAMA

Friday, November 15, 2019

IMPERIAL CAPITAL MELANTIK MARK GREEN SEBAGAI KETUA SITUASI KHAS

IMPERIAL CAPITAL MELANTIK MARK GREEN SEBAGAI KETUA SITUASI KHAS

Jenama Malaysia menonjol pada Anugerah Penjenamaan Dunia London

KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Jenama Malaysia adalah antara pemenang acara berprestij Anugerah Penjenamaan Dunia 2019 di Istana Kensington, London baru-baru ini.
Pemenang dari Malaysia yang kesemuanya merangkul Anugerah Peringkat Kebangsaan terdiri daripada Al-Ikhsan Sports (Peruncit Sukan); Getha (Perabot - Katil & Tilam); LORD’s Tailor (Jenama Fesyen - Jahitan), MML (Kediaman & Kebun – Jubin) dan MR D.I.Y. (Peruncit – Penambahbaikan Kediaman).
Turut menerima anugerah pada edisi ke-10 pengiktirafan jenama global itu ialah Munchy’s (Biskut); Spritzer (Minuman – Air); dan, Tenaga Nasional (Tenaga – elektrik).
Beijing Tong Ren Tang, CHAI LI WON, CoCo, Heinz, IKEA, LEGO®, Netflix, Neutrogena®, Spotify dan Yakult diraikan sebagai pemenang Anugerah Peringkat Global.
Anugerah Penjenamaan Dunia menyaksikan 318 jenama dari 41 negara diiktiraf sebagai ‘Brand of the Year’, yang dicalonkan oleh lebih 230,000 pengguna di seluruh dunia.
“Untuk menang pada acara ini, sesuatu jenama telah membuktikan yang mereka telah membangunkan jenama itu ke satu tahap yang menempatkan mereka dalam kalangan jenama terbaik di dunia,” kata Pengarah Urusan Forum Penjenamaan Dunia, Julian Andersen.
Pemenang diadili secara unik berdasarkan tiga kriteria iaitu penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan undian awam secara dalam talian.
Tujuh puluh peratus daripada proses pemarkahan adalah daripada undian para pengguna. Hanya ada satu pemenang dalam setiap kategori bagi setiap negara.
-- BERNAMA

SATU DALAM TIGA MIGRASI AWAN DI MALAYSIA DAN SINGAPURA GAGAL UNTUK MEMENUHI JANGKAAN KERANA ORGANISASI TIDAK MEMBUAT AWAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA STRATEGI TERAS MEREKA - BAROMETER KEJAYAAN AWAN UNISYS(TM) YANG PERTAMA

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Nov. 2019 /Medianet International-AsiaNet/ --

- Organisasi-organisasi di Asia Tenggara yang mengintegrasikan awan ke dalam strategi transformasi perniagaan yang lebih luas adalah lebih dua kali ganda berkemungkinan untuk berjaya dengan migrasi awan berbanding mereka yang tidak berbuat demikian

Hampir satu pertiga daripada organisasi di Malaysia (27%) dan Singapura (32%) menyatakan bahawa mereka telah gagal untuk merealisasikan manfaat yang ketara daripada pengkomputeran awan, sebahagian besarnya kerana mereka tidak mengintegrasikan pelan migrasi mereka ke dalam strategi transformasi perniagaan mereka yang lebih luas, demikian menurut satu kajian baharu oleh Unisys Corporation (UIS).

Kajian Barometer Kejayaan Awan Unisys(TM) yang pertama ( https://www.unisys.com/cloudbarometer) mengkaji kesan dan kepentingan awan dengan meninjau ke atas 1,000 pemimpin kanan IT dan perniagaan di 13 buah negara di seluruh dunia, termasuk 90 di Malaysia dan Singapura. Penemuan utama yang lain termasuk:

- 70% daripada organisasi di Singapura dan Malaysia mengatakan keberkesanan organisasi mereka telah banyak atau secara sederhana meningkat dengan lebih baik disebabkan oleh pengkomputeran awan;
- Organisasi-organisasi di Asia Pasifik di mana awan merupakan satu bahagian teras bagi strategi perniagaan mereka adalah 2.5 kali ganda lebih berkemungkinan (80%) untuk menyatakan keberkesanan organisasi telah berubah menjadi lebih baik, berbanding dengan hanya 29% daripada mereka yang berkata awan merupakan satu bahagian kecil daripada transformasi mereka;
- Daripada 13 buah negara yang ditinjau, organisasi di Malaysia melaporkan penggunaan kedua terendah bagi sistem legasi (11%) dan awan awam (17%) tetapi penggunaan kedua tertinggi pada premis pusat-pusat data (41%);
- Berbanding dengan Malaysia, organisasi Singapura hampir dua kali ganda berkemungkinan menggunakan awan awam (31%) dan hampir separuh besar kemungkinan untuk menggunakan pada premis pusat-pusat data (23%).
- Dua pertiga daripada organisasi Malaysia (68%) dan Singapura (64%) bersetuju bahawa data lebih selamat di awan berbanding secara dalaman; dan keselamatan dinyatakan sebagai manfaat utama dan cabaran terbesar untuk memindahkan data, aplikasi atau proses kepada awan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12800

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...