Sunday, May 31, 2026

Mevion Medical Systems dan Hospital Umum Tam Anh Bekerjasama Membawa Terapi Proton Termaju ke Vietnam

Merapatkan Jurang Rawatan Kanser dengan Teknologi Praktikal, Mudah Diakses dan Berketepatan Tinggi

LITTLETON, Mass., 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mevion Medical Systems telah menandatangani perjanjian pembelian muktamad untuk membawa Sistem Terapi Proton MEVION S250-FIT Proton Therapy System™ ke Hospital Umum Tam Anh di Vietnam. Ini bakal menjadi sistem terapi proton pertama di Vietnam. Pemeteraian perjanjian ini mencerminkan perubahan lebih luas dalam rawatan kanser: terapi proton kini semakin praktikal untuk dilaksanakan, sekali gus membolehkan lebih banyak hospital menyediakan rawatan canggih lebih dekat kepada pesakit yang memerlukannya. Kedua-dua sistem MEVION S250-FIT™ dan MEVION S250i Proton Therapy System® baru-baru ini turut menerima kelulusan kawal selia di Vietnam, menandakan langkah penting ke arah pelaksanaan klinikal.

Pengenalan terapi proton di Hospital Umum Tam Anh menandakan titik perubahan bagi rawatan kanser di Asia Tenggara dan difasilitasi oleh TD Tech Company, pengedar Mevion di Vietnam. Dengan mewujudkan keupayaan domestik ini, Vietnam menyertai kumpulan negara yang semakin berkembang dalam memperluas akses kepada terapi proton termaju, sekali gus memastikan pesakit Vietnam mendapat akses kepada rawatan bertaraf dunia dalam negara sendiri. Sistem MEVION S250-FIT di Hospital Umum Tam Anh dijangka mula beroperasi seawal penghujung 2027, serentak dengan pembukaan fasiliti baharu Tam Anh di Phu My Hung, salah satu kawasan bandar paling moden di Vietnam.

Terapi proton secara meluas dianggap sebagai antara bentuk rawatan radiasi paling maju yang tersedia pada masa kini. Berbeza dengan terapi radiasi foton konvensional (sinar-X), pancaran proton mampu menyalurkan sebahagian besar tenaganya secara tepat terus ke dalam tumor sambil meminimumkan dos radiasi yang melepasi sasaran. Tahap ketepatan ini mengurangkan pendedahan radiasi kepada tisu sihat dan membantu mengurangkan kesan sampingan berkaitan rawatan dalam situasi klinikal tertentu, khususnya bagi tumor kompleks dan kanser pediatrik.

MEVION S250-FIT™: Menjadikan Terapi Proton Satu Realiti

Teras utama kerjasama ini ialah MEVION S250-FIT , teknologi inovatif yang direka untuk menjadikan terapi proton satu realiti praktikal bagi hospital di seluruh dunia. Secara tradisional, terapi proton memerlukan fasiliti berskala besar bertingkat-tingkat serta tempoh perancangan yang boleh mengambil masa sehingga sedekad. Platform FIT™ mengubah paradigma tersebut dengan membolehkan rawatan canggih dilaksanakan dengan lebih mudah berbanding sebelum ini:

· Reka Bentuk Sedia Bunker: Satu-satunya sistem proton yang diluluskan FDA dan direka untuk pemasangan dalam bilik kebal terapi radiasi standard sedia ada.
· Pelaksanaan Pantas: Dengan menghapuskan keperluan pembinaan fasiliti baharu berskala besar, sistem FIT membolehkan hospital memulakan rawatan pesakit jauh lebih cepat berbanding sistem tradisional.
· Kesederhanaan Operasi: Sistem FIT boleh disepadukan secara langsung ke dalam aliran kerja onkologi konvensional dengan menggunakan perancangan rawatan dipacu AI serta pengimejan CT diagnostik bersepadu.
· Kedudukan Pesakit Tegak: Pemasangan ini akan menampilkan sistem kedudukan pesakit tegak daripada Leo Cancer Care, yang menyediakan fleksibiliti lebih baik dalam penempatan pesakit serta pengalaman lebih selesa bagi pesakit yang menerima rawatan dalam posisi duduk.
· Perancangan Rawatan Bertaraf Terkini: Dikuasakan oleh RaySearch Laboratories, sistem perancangan rawatan RayStation®* menampilkan pengoptimuman pelbagai kriteria, perancangan HYPERSCAN® dan DirectARC™, serta enjin dos berketepatan tinggi yang direka khusus untuk terapi proton termaju.

Visi Kepimpinan

“Kerjasama kami dengan Hospital Umum Tam Anh menandakan langkah penting dalam misi Mevion untuk menjadikan rawatan kanser paling maju dapat diakses oleh pesakit di seluruh dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mevion Medical Systems, Dr. Tina Yu. . “Dengan mengintegrasikan MEVION S250-FIT ke dalam program onkologi mereka, Tam Anh menunjukkan bagaimana generasi baharu terapi proton kompak boleh diterapkan secara lancar oleh sistem kesihatan terkemuka untuk menyediakan rawatan tepat dan menyelamatkan nyawa lebih dekat dengan komuniti setempat.”

“Sebagai antara sistem hospital am terkemuka di Vietnam dari segi kecemerlangan klinikal, teknologi canggih dan khusus, serta perkhidmatan menyeluruh, Tam Anh sentiasa menjadi peneraju dalam memperoleh teknologi dan peralatan perubatan bertaraf dunia yang terkini,” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Hospital Umum Tam Anh, Ngo Chi Dung. “Pembelian Sistem Terapi Proton generasi baharu MEVION S250-FIT™ menandakan satu pencapaian penting bukan sahaja bagi Kumpulan Hospital Umum Tam Anh, malah juga langkah besar ke hadapan dalam usaha Vietnam untuk mengakses dan melaksanakan secara berkesan teknologi perubatan paling maju di dunia dalam rawatan kanser. Peristiwa ini menegaskan semula visi strategik Tam Anh untuk melaksanakan pelaburan berskala besar dan menyeluruh dalam sektor penjagaan kesihatan secara umum, dan onkologi khususnya, demi memberi perkhidmatan kepada jutaan rakyat Vietnam serta pesakit antarabangsa, selaras dengan standard antarabangsa dari segi kualiti, keberkesanan klinikal dan keselamatan pesakit.”

Maklumat tentang Mevion Medical Systems

Mevion Medical Systems ialah penyedia terkemuka sistem terapi proton kompak untuk rawatan kanser. Berdedikasi dalam memajukan reka bentuk dan aksesibiliti terapi proton di seluruh dunia, Mevion mempelopori platform bilik tunggal dan terus memperluaskan sains serta aplikasi terapi proton. Sejak 2013, sistem terapi proton kompak bilik tunggal Mevion telah digunakan oleh pusat rawatan kanser terkemuka untuk merawat pesakit. Rangkaian produk Mevion, termasuk model utama MEVION S250i® dan MEVION S250-FIT™ dengan teknologi pengimbasan pancaran pensel HYPERSCAN® mewakili sistem terapi proton paling kompak di dunia yang menghapuskan halangan dari segi saiz, kerumitan dan kos. Mevion beribu pejabat di Littleton, Massachusetts serta mempunyai kehadiran di Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mevion.com.

Maklumat tentang Kumpulan Hospital Umum Tam Anh

Kumpulan Hospital Umum Tam Anh ialah sistem hospital berteknologi tinggi yang menyediakan diagnostik dan rawatan termaju, penjagaan khusus, serta latihan dan penyelidikan mengikut piawaian antarabangsa. Selepas sedekad pembangunan, Kumpulan Hospital Umum Tam Anh telah menjadi antara sistem penjagaan kesihatan swasta moden terkemuka di Vietnam. Sistem itu kini mengendalikan lima fasiliti di Hanoi dan Ho Chi Minh City, melayani lebih dua juta kunjungan pesakit setiap tahun, termasuk puluhan ribu pesakit antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tamanhhospital.vn.

Maklumat tentang TD Tech Company

Toan Dien Medical Technology Company Limited (TD Tech Company) ialah pengedar peranti perubatan di Vietnam dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang onkologi radiasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://xatri.vn.

*Produk RaySearch tertakluk kepada kelulusan kawal selia di sesetengah pasaran.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Hubungan Media:
Jacqueline Abner-Pongratz
Jacqueline.Pongratz@Mevion.com
 
Sumber: Mevion Medical Systems

--BERNAMA

Monday, May 25, 2026

Bitget Memulakan Tahun Kedua Sokongan terhadap UNICEF Game Changers Coalition, Menyokong Pengembangan Literasi Kewangan dan AI

 Sokongan ini dibina atas pencapaian UNICEF Game Changers Coalition yang telah menjangkau lebih 642,000 belia, ibu bapa dan guru di lapan ekonomi pesat membangun


VICTORIA, Seychelles, 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, hari ini mengumumkan permulaan tahun kedua perkongsian bagi menyokong UNICEF Game Changers Coalition (GCC). Gabungan ini, yang sejak pelancarannya telah menjangkau lebih 642,000 belia, ibu bapa dan guru di lapan negara, kini memasuki fasa pertumbuhan baharu — memperkenalkan modul literasi kewangan dan kecerdasan buatan (AI) ke dalam kurikulumnya, dengan kandungan blockchain yang dirancang untuk tahun 2026.

GCC ialah sebuah inisiatif global yang diterajui oleh Pejabat Inovasi UNICEF, menghimpunkan rakan kongsi sektor awam dan swasta bagi memperluas akses kepada pendidikan teknologi untuk belia di ekonomi sedang pesat membangun, dengan tumpuan khusus kepada golongan perempuan, yang setakat ini merangkumi 52% daripada peserta. Gabungan ini beroperasi di Armenia, Brazil, Kemboja, India, Kazakhstan, Malaysia, Maghribi dan Afrika Selatan, menyokong belia dalam membangunkan kemahiran digital yang praktikal melalui kurikulum inovatif, program pembelajaran berasaskan komuniti, serta hackathon permainan secara fizikal dan dalam talian.

Bitget menyertai gabungan ini pada Jun 2025 menerusi kerjasamanya dengan UNICEF Luxembourg, menyumbang kepada misi yang lebih luas bagi meningkatkan literasi digital dan akses teknologi untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan. Pada tahun kedua, Bitget akan menyumbang kepada pengembangan kurikulum GCC serta peluasan rangkaian geografi.

Pada tahun pertama perkongsian tersebut, Bitget menyokong UNICEF melalui beberapa initiatif yang bertujuan untuk memperluas kesedaran dan penyertaan dalam pendidikan teknologi. Antara pencapaian utama termasuk lawatan ke Kemboja, yang mana Ketua Pegawai Pemasaran Bitget, Ignacio Aguirre telah bertemu dengan pelajar, pendidik dan rakan tempatan yang terlibat dalam program latihan kemahiran digital. Lawatan tersebut menunjukkan cara akses kepada pendidikan digital asas dapat membuka peluang baharu untuk pekerjaan, keusahawanan, dan penyertaan dalam ekonomi digital, khususnya bagi golongan wanita muda dan pelajar di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.

Perkongsian ini turut menyokong inisiatif penglibatan belia yang lebih luas melalui acara dan pengalaman pembelajaran interaktif. Pada akhir tahun 2025, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, Gracy Chen, menyokong UNICEF Game Jam global sulung GCC, sebuah inisiatif selama 40 hari di mana pencipta muda di ekonomi sedang pesat membangun menghasilkan permainan video asli melalui sesi bimbingan dan kursus dalam talian kendiri.

“Perkembangan teknologi berlaku begitu pantas sehingga menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, jauh lebih cepat daripada kemampuan sistem pendidikan untuk menyesuaikan diri,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Apa yang menonjol sepanjang kerjasama kami dengan UNICEF tahun ini ialah betapa cepatnya belia terlibat apabila mereka diberi akses dan peluang. Matlamat kami bukan sekadar memperkenalkan blockchain atau alat digital, tetapi membantu membina keyakinan serta literasi digital dan kewangan jangka panjang yang mampu membuka peluang jauh melangkaui kripto.”

Kemas kini ini berlaku ketika permintaan terhadap kemahiran digital terus meningkat di seluruh dunia, khususnya di pasaran dengan populasi muda yang semakin mengutamakan peranti mudah alih tetapi masih kurang mendapat akses kepada laluan pendidikan teknologi tradisional. Bitget terus memperluas inisiatif berfokus pendidikan seiring dengan pertumbuhan institusi dan ekosistem, meletakkan literasi digital sebagai tonggak utama dalam pembangunan industri jangka panjang.

“Terlalu ramai belia masih tidak mendapat akses kepada kemahiran yang memacu transformasi digital yang membentuk ekonomi masa kini,” kata Thomas Davin, Pengarah Global di Pejabat Inovasi UNICEF. “GCC ialah jawapan jelas terhadap keperluan ini. Inisiatif ini menghimpunkan industri, kerajaan, dan komuniti agar generasi akan datang memiliki kemahiran, keyakinan serta peluang untuk memimpin dalam ekonomi yang dipacu oleh teknologi. Bersama Bitget, kami memperluas capaian untuk menjangkau lebih ramai belia dengan kemahiran yang mereka perlukan.”

Pada tahun kedua, perkongsian ini akan menyokong peluasan GCC ke tiga negara tambahan serta pelaksanaan modul baharu berkaitan literasi kewangan dan AI dalam kurikulum gabungan. Bitget akan terus terlibat melalui lawatan tapak, penyertaan eksekutif dan sokongan terhadap pengalaman pembelajaran yang diketuai oleh gabungan. 

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 120 juta pengguna dengan akses kepada kripto, aset yang ditokenisasi serta alat dagangan yang dikuasakan oleh AI merentasi blockchain utama. Ekosistem Bitget merangkumi Bitget Wallet, sebuah aplikasi kewangan harian yang digunakan oleh lebih 80 juta pengguna. Bitget memperkukuh penerimaan kripto global melalui perkongsian dengan LALIGA, MotoGP™ dan UNICEF.

Perihal UNICEF

UNICEF beroperasi di lebih 190 negara dan wilayah bagi menjangkau kanak-kanak yang paling memerlukan bantuan serta membina dunia yang lebih baik untuk setiap kanak-kanak.

UNICEF Luxembourg menyokong misi global ini dengan menggembleng perkongsian sektor swasta dan sumbangan sukarela. Di peringkat nasional, ia turut memperjuangkan hak kanak-kanak dengan memberi fokus kepada usaha mengurangkan ketidaksamaan, memperkukuh kesaksamaan gender, menangani kemiskinan kanak-kanak, menyokong kesejahteraan mental, serta meningkatkan akses kepada keadilan untuk setiap kanak-kanak.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8f1e55c4-fec7-4aa5-84ef-b5fb5a7a4c2c

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini. 

--BERNAMA

Stoneshield Capital akan memperoleh kepentingan ekuiti sebanyak 15% dalam Exolum daripada OMERS

LUXEMBOURG, 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stoneshield Capital hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh kepentingan ekuiti sebanyak 15% dalam Exolum daripada OMERS, sekali gus mengukuhkan pelaburan sedia ada syarikat itu sejak Januari 2026. Baki 10% daripada kira-kira 25% pegangan OMERS sedang diperoleh secara berasingan oleh sebuah firma pelaburan global terkemuka dengan aset di bawah pengurusan melebihi USD 100 bilion. OMERS, bersama rakan pelaburannya, telah melabur dalam Exolum sejak 2016. Terma-terma transaksi tersebut tidak didedahkan.

Exolum ialah sebuah syarikat logistik tenaga global yang beribu pejabat di Sepanyol, yang mengkhusus dalam pengangkutan, penyimpanan dan pengedaran produk bertapis, cecair pukal serta bahan api penerbangan. Syarikat ini juga memainkan peranan yang semakin penting dalam menyokong transisi tenaga. Exolum memiliki rangkaian saluran paip penghantaran sepanjang 4,000km di Sepanyol, di samping mengoperasikan rangkaian paip sepanjang 2,000km di United Kingdom (UK). Syarikat ini juga memiliki 68 terminal simpanan dengan kapasiti melebihi 11 juta meter padu dan berkhidmat di lebih 48 lapangan terbang antarabangsa – termasuk Heathrow, Gatwick, Stansted, Madrid, Barcelona, Lisbon, Lima dan Charles de Gaulle – menjadikannya salah satu platform infrastruktur bahan api penerbangan terbesar di dunia. Exolum mempunyai lebih daripada 2,300 pekerja di seluruh dunia dan hasil tahunan melebihi EUR1.3 bilion.

Felipe Morenés Botín dan Juan Pepa, pengasas bersama Stoneshield Capital, berkata: “Exolum ialah platform infrastruktur HALO yang unik dengan aset strategik yang tidak boleh diganti, aliran tunai jangka panjang yang berdaya tahan serta pilihan pertumbuhan yang signifikan berkait rapat dengan evolusi sistem tenaga global. Sebagai pemegang saham sedia ada, kami telah mengikuti rapat kemajuan syarikat ini, termasuk pengembangan antarabangsa, kecemerlangan operasi dan peranan yang semakin meningkat dalam menyokong peralihan tenaga. Peningkatan pelaburan kami dan pengambilan wakil aktif dalam Lembaga Pengarah mencerminkan keyakinan kami terhadap gabungan unik kualiti aset nyata, jangkauan geografi dan kepentingan strategik Exolum, serta komitmen kami untuk menyokong pengurusan dalam memperkukuh kedudukan syarikat sebagai salah satu platform logistik tenaga terkemuka di Eropah.”

Luca Lupo, Pengarah Urusan Kanan & Ketua Eropah, OMERS Infrastructure, berkata: “Sepanjang dekad lalu, Exolum telah berkembang menjadi sebuah perniagaan yang lebih kukuh, lebih pelbagai dan semakin bersifat antarabangsa, dengan peranan yang semakin meningkat dalam menyokong peralihan tenaga. Kami telah terlibat secara aktif sepanjang tempoh pemilikan dan berbangga kerana dapat menyokong pertumbuhan, kepelbagaian serta kemajuan syarikat dalam bidang berkaitan bahan api rendah karbon dan infrastruktur tenaga masa depan bersama pengurusan serta rakan pelaburan kami. Transaksi ini mencerminkan kualiti perniagaan serta pendekatan yang berdisiplin kami terhadap pengurusan portfolio aktif dan putaran modal.”

Transaksi ini dijangka selesai pada S3 2026, tertakluk kepada syarat penutupan lazim dan kelulusan pengawalseliaan.

Nota kepada Editor
  • Stoneshield memperoleh pegangan 4.93% pada Januari 2026. Setelah transaksi ini selesai, jumlah pegangan Stoneshield dalam Exolum akan meningkat kepada kira-kira 20%.
  • Selepas transaksi ini selesai, Stoneshield Capital akan mengambil alih tiga kerusi Lembaga Pengarah yang kini dipegang oleh OMERS. Pelabur kedua akan mengambil baki dua kerusi.
  • Pada Disember 2025, OMERS telah menyiapkan pembiayaan semula bernilai EUR 770 juta bagi pegangan dalam Exolum: https://www.omersinfrastructure.com/news/omers-completes-refinancing-for-its-stake-in-exolum.
     
Orang hubungan media

Stoneshield Capital
Claudia Suárez
E: cs@stoneshieldcapital.com
T: +353 (0) 87 465 4410

OMERS
James Thompson
E: jathompson@omers.com
T: +44 (0) 7443 264 154

Perihal Stoneshield Capital

Stoneshield Capital, yang ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Felipe Morenés Botín dan Juan Pepa, ialah firma pelaburan aset nyata berpangkalan di Eropah dengan pendekatan global. Syarikat ini memberi tumpuan kepada pembangunan dan penskalaan platform operasi terkemuka merentas sektor yang dipacu oleh trend pertumbuhan struktur jangka panjang. Stoneshield kini mengurus aset melebihi EUR 8 bilion melalui platform pelaburan yang berkembang pesat. Syarikat ini menggabungkan kepakaran pelaburan, pengurusan aset aktif dan keupayaan pasaran modal bagi memastikan pulangan terlaras risiko yang konsisten merentasi kitaran pasaran.

Portfolio firma ini merangkumi Neinor Homes, salah satu pemaju kediaman tersenarai terkemuka di Sepanyol; MiCampus, platform perumahan pelajar terbesar di Eropah Selatan; Solaria, salah satu platform tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur digital terkemuka di Eropah; serta Meliá, salah satu platform hospitaliti terkemuka di Eropah.

Perihal OMERS Infrastructure

OMERS Infrastructure mengurus pelaburan infrastruktur di seluruh dunia bagi pihak OMERS – pelan pencen manfaat yang telah ditetapkan untuk pekerja majlis perbandaran di Wilayah Ontario, Kanada – serta bagi pelabur pihak ketiga melalui Program Perkongsian Strategik. OMERS Infrastructure mengurus kira-kira CAD 40.9 bilion, termasuk modal yang dilaburkan bagi pihak OMERS dan pelabur pihak ketiga, dalam sekitar 30 pelaburan yang terletak di Amerika Utara, Eropah Barat, India dan Australia, merentasi sektor tenaga, digital dan pengangkutan. OMERS Infrastructure mempunyai kakitangan di Toronto, New York, London, Amsterdam dan Sydney.

SUMBER: Stoneshield Investments SL

--BERNAMA

EMGA Mengatur Kemudahan Pembiayaan USD 15 Juta untuk Asia Alliance Bank daripada OeEB

LONDON, 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP dengan sukacitanya mengumumkan penutupan satu lagi transaksi di Uzbekistan setelah berjaya memperoleh pembiayaan daripada OeEB, Bank Pembangunan Austria, bagi menyokong Asia Alliance Bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Alliance Bank, Encik Umidjon Abduazimov, berkata: “Kemudahan baharu bernilai USD 15 juta ini merupakan satu langkah penting dalam pembangunan berterusan Bank dan akan menyokong peluasan pembiayaan untuk PKS, keusahawanan wanita, serta projek hijau di Uzbekistan, yang semakin penting kepada ekonomi negara. Transaksi ini juga mencerminkan pertumbuhan berterusan Bank, kepelbagaian sumber pembiayaan antarabangsa dan komitmen untuk menyokong pembangunan sektor swasta yang mampan di Uzbekistan. Pada masa yang sama, kerjasama ini menunjukkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan institusi kewangan pembangunan antarabangsa terhadap Asia Alliance Bank serta sektor perbankan dan potensi ekonomi Uzbekistan secara keseluruhan.”

Mengulas mengenai transaksi tersebut, Sabine Gaber, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Eksekutif OeEB, berkata, “Kerjasama kami dengan Asia Alliance Bank merupakan kerjasama strategik yang kukuh bagi kami. Ia menggabungkan tiga keutamaan utama dalam strategi kami: memperluas akses kepada pembiayaan untuk PMKS yang kurang mendapat layanan, memajukan kesaksamaan gender melalui sokongan kepada perniagaan milik wanita, serta mempromosikan pelaburan kewangan hijau yang menyumbang kepada ekonomi yang lebih mampan. Melalui pelaburan ini, kami berhasrat menyokong keterangkuman ekonomi jangka panjang, daya tahan dan penciptaan pekerjaan di seluruh Uzbekistan.”

Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), Sajeev Chakkalakal, berkata: “Adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dalam transaksi awal dengan AAB dan membolehkan pembiayaan inovatif bagi sektor PMKS dan hijau dalam ekonomi Uzbekistan. Selain itu, kami amat menghargai peluang untuk sekali lagi menjalin kerjasama dengan OeEB. Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (DFI) terkemuka, OeEB telah lama menjadi pelabur tetap dalam transaksi kami di peringkat global.”

Pengarah Urusan dan Ketua Operasi Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), Jeremy Dobson, mengulas, “AAB ialah sebuah institusi perbankan yang sedang meningkat pesat dalam sektor perbankan Uzbekistan yang amat kompetitif, dan kami berbangga kerana telah membolehkan satu lagi langkah penting dalam lengkung pertumbuhan Bank tersebut.”

Asia Alliance Bank (AAB) ialah bank perdagangan swasta terkemuka di Uzbekistan, menawarkan pelbagai perkhidmatan korporat, PKS, pembiayaan perdagangan, perbendaharaan dan perbankan runcit. Ditubuhkan pada 2009, bank ini telah membina reputasi yang kukuh dalam menyokong keusahawanan, perdagangan antarabangsa dan pembangunan sektor swasta di seluruh negara. Asia Alliance Bank telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa bagi pembiayaan PKS dan inovasi serta terus mengembangkan keupayaan perbankan digital dan kerjasama antarabangsa.

OeEB ditubuhkan pada Mac 2008 sebagai bank pembangunan Republik Austria. Dengan mandat awam, OeEB berusaha untuk meningkatkan taraf hidup di negara membangun. OeEB beroperasi di pasaran yang mana syarikat sering tidak mempunyai atau hanya mempunyai akses terhad kepada modal yang amat diperlukan, sama ada dalam bentuk kredit mahupun ekuiti. Pelaburan dalam projek ini mewujudkan pekerjaan, meningkatkan hasil cukai dan membawa masuk mata wang asing ke negara tersebut. OeEB ialah anak syarikat milik penuh Oesterreichische Kontrollbank (OeKB).

Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) ialah butik perbankan pelaburan pasaran sedang pesat membangun dengan pejabat di New York dan London. Ia membantu institusi kewangan dan korporat serta penaja pembiayaan projek yang mencari modal hutang atau ekuiti baharu. EMGA menyediakan perkhidmatannya kepada pelanggan di banyak ekonomi yang sedang berkembang pesat di dunia, termasuk Uzbekistan yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan nasihat strategik merentasi pelbagai kitaran ekonomi, EMGA terus mengembangkan capaian geografi dan penawaran perkhidmatannya. Pada masa yang sama, EMGA mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu bank pelaburan terkemuka yang berfokus kepada pasaran sedang pesat membangun.

Hubungi info@emergingmarketsglobaladvisory.com

SUMBER: Emerging Markets Global Advisory

--BERNAMA

Saturday, May 23, 2026

Curia Menyelesaikan Penaiktarafan Suite Aseptik API di Valladolid, Sepanyol

ALBANY, N.Y., 20 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Curia Global, Inc. (Curia), sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan bertaraf global, hari ini mengumumkan penyempurnaan penaiktarafan bagi dua suite aseptik API miliknya di Valladolid, Sepanyol. Pelaburan bernilai USD 4 juta ini dilaksanakan selaras dengan piawaian EU GMP Annex 1. 

Komponen utama penaiktarafan ini ialah peralihan kepada sistem tertutup sepenuhnya, yang direka untuk memperkukuh integriti proses dan produk sambil meminimumkan risiko mikrobiologi di semua peringkat pengeluaran. Penambahbaikan turut menumpukan kepada pemodenan peralatan dan sistem teras, termasuk pemasangan isolator canggih, serta penaiktarafan HVAC, utiliti farmaseutikal, automasi dan proses pensterilan di tempat. 

“Pelaburan di Valladolid mencerminkan komitmen Curia untuk menyediakan keupayaan pembuatan steril berkualiti tinggi yang sejajar dengan rancangan pertumbuhan pelanggan kami,” kata Philip Macnabb, Ketua Pegawai Eksekutif Curia. “Penambahbaikan fasiliti ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai rakan kongsi dalam penghasilan produk steril yang semakin kompleks, sambil mengekalkan piawaian jaminan kualiti tinggi yang dijangkakan oleh pengawal selia dan pelanggan.” 

Dengan pemerkasaan keupayaan aseptik ini, Curia akan dapat menawarkan fleksibiliti, kebolehpercayaan dan kecekapan operasi yang lebih tinggi. Dengan pemprosesan tertutup sepenuhnya yang canggih serta kawalan pencemaran yang dipertingkatkan sebagai teras utama, fasiliti Valladolid berada dalam kedudukan terbaik untuk menyediakan bekalan berskala besar yang konsisten dan berkualiti tinggi — sekali gus mengukuhkan peranan Curia sebagai rakan pilihan bagi program steril kritikal.

Perihal Curia
Curia ialah sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) dengan pengalaman yang melebihi 30 tahun, rangkaian bersepadu bagi lebih 20 tapak global dan kira-kira 3,100 pekerja yang bekerjasama dengan pelanggan biofarmaseutikal untuk membawa terapi yang mengubah kehidupan ke pasaran. Tawaran kami tersedia dalam bentuk molekul kecil, API generik dan biologi merangkumi penemuan melalui pengkomersialan, dengan keupayaan pengawalseliaan, analitikal dan isian akhir bersteril yang bersepadu. Pakar saintifik dan proses kami serta fasiliti kami yang mematuhi keperluan kawal selia, menyediakan pengalaman terbaik dalam kelasnya merangkumi pengilangan bahan aktif farmaseutikal serta produk ubat-ubatan. Daripada penerokaan kepada perubatan, kami menyampaikan setiap langkah untuk mempercepatkan penyelidikan anda dan memperbaiki kehidupan pesakit. Layari kami di curiaglobal.com
 
Maklumat Hubungan Korporat:
Viana Bhagan
Curia
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com 

SUMBER: Curia Global, Inc.

--BERNAMA

Friday, May 22, 2026

Telefónica Germany Migrasikan Perkhidmatan Suara 4G/5G bagi 100 Ribu Pelanggan Pertama ke Teknologi IMS Asli Awan Mavenir

Tonggak Peralihan ke IMS di AWS Dicapai ketika Operator Memindahkan 

Pangkalan Pelanggan Tetap dan Mudah Alih ke Penyelesaian IMS Berskala Web Mavenir

RICHARDSON, Texas, 19 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mavenir, syarikat perisian yang membangunkan rangkaian mudah alih asli awan dengan reka bentuk berasaskan AI, hari ini mengumumkan bahawa Telefónica Germany telah berjaya memigrasikan 100 ribu pelanggan mudah alih pertama ke perkhidmatan suara 4G/5G melalui penyelesaian IMS asli awan Mavenir yang dibina di atas Amazon Web Services (AWS) Cloud. Telefónica Germany kini merupakan pengendali mudah alih pertama di Eropah yang melaksanakan keupayaan sedemikian dengan pelanggan pengeluaran dalam awan awam. Pencapaian penting migrasi ini telah direalisasikan pada S1 2026 sebagai sebahagian daripada projek transformasi berbilang tahun yang meliputi rangkaian IMS tetap dan mudah alih.

Di bawah lanjutan kontrak berbilang tahun yang diumumkan bersama Telefónica Germany pada bulan Februari 2025, Mavenir telah memulakan pengesahan makmal secara menyeluruh sebelum memindahkan perkhidmatan suara 4G/5G pengendali di Jerman daripada IMS dipervirtualkan (vIMS) Mavenir kepada platform IMS asli awan Mavenir. Kedua-dua syarikat sedang membangunkan rangka kerja automasi menyeluruh yang dijangka dapat memperkemas operasi serta mempercepatkan penyampaian ciri dan kemas kini baharu. Sepanjang tahun 2026, Mavenir menjangkakan untuk memigrasikan beberapa juta pelanggan mudah alih pertama ke penyelesaian baharu yang beroperasi di AWS Cloud. Migrasi penuh dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan dan semua tapak akan dilaksanakan sepenuhnya melalui automasi.

Matthias Sauder, yang mengetuai Teknologi & Ketersambungan Bersepadu di Telefónica Germany, berkata: “Tonggak ini menandakan tahap penting dalam transformasi digital rangkaian teras dan beban kerja telekomunikasi kami ke infrastruktur awan awam. Strategi awan Telefónica Germany dibina atas keyakinan kukuh kami terhadap ketangkasan, ketelusan dan automasi canggih. Sementara itu, migrasi perkhidmatan suara mudah alih kami ke penyelesaian IMS asli awan Mavenir mencerminkan visi progresif kami untuk berkembang melangkaui model rangkaian tradisional. Mavenir telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai dan terbukti dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti terbaik yang bersedia untuk masa depan. Kami menantikan untuk memacu fasa seterusnya evolusi rangkaian kami bersama-sama – membuka tahap baharu kecekapan dan inovasi, sekali gus mewujudkan nilai baharu untuk pelanggan dan seluruh operasi kami.”

Brandon Larson, Naib Presiden Kanan & Pengurus Besar, Awan, AI & Strategi Perniagaan IMS di Mavenir, menambah: “Kami berkongsi pencapaian ini dengan Telefónica Germany apabila ia membawa 100,000 pelanggan pertama ke perkhidmatan suara 4G/5G pada penyelesaian IMS kami yang berjalan lancar di AWS. Operator yang berpandangan jauh sedang menerima teknologi awan untuk bersedia menghadapi masa depan asli AI yang serba automatik, dan peralihan ini menunjukkan kepimpinan jelas Telefónica Germany dalam perjalanan itu. IMS asli awan Mavenir menyediakan asas untuk memodenkan serta menjamin masa depan perkhidmatan suara mudah alih, membolehkan tahap ketangkasan baharu sambil membuka inovasi dipacu AI dan peluang pengewangan segar untuk tahun-tahun mendatang. Pencapaian penting hari ini merupakan langkah utama dalam merealisasikan peralihan strategik Telefónica Germany ke teknologi asli awan. Ia juga merupakan pengesahan kepercayaan berterusan terhadap Mavenir sebagai rakan kongsi untuk era baharu pengkomputeran awan dan automasi rangkaian.”

Penyelesaian IMS asli awan berskala web Mavenir menyediakan teknologi asas untuk rangkaian mudah alih generasi seterusnya, menyokong Voice over LTE (VoLTE), Voice over New Radio (VoNR), Voice over Wi-Fi (VoWi-Fi) dan Voice over NTN pada teras IMS bersepadu, serta memastikan kesinambungan suara tanpa gangguan merentasi 4G, 5G dan seterusnya. Direka untuk beroperasi pada mana-mana awan awam, persendirian atau hibrid, perkhidmatan IMS Mavenir dilaksanakan sebagai mikroperkhidmatan tanpa keadaan yang dibina khusus untuk persekitaran awan automatik sepenuhnya – memperkasakan pengendali untuk mempercepat inovasi dan memperkenalkan perkhidmatan baharu pada skala dan kadar yang pantas.

Perihal Mavenir
Mavenir membolehkan rangkaian pintar, automatik dan boleh diatur cara melalui pembangunan penyelesaian perisian berasaskan telekomunikasi, awan dan reka bentuk berasaskan AI untuk pengendali mudah alih. Kepakaran mendalam syarikat dalam bidang telekomunikasi telah terbukti melalui pelaksanaan bersama lebih 300 pengendali di lebih 120 negara, yang secara kolektif menyediakan perkhidmatan kepada lebih 50% daripada pelanggan mudah alih di seluruh dunia. Mavenir menggabungkan kepakaran luas dalam bidang telekomunikasi dengan kemahiran teknologi awan, IT dan sains data yang penting untuk menyelesaikan cabaran sebenar pelanggan. Penyelesaian perisian terbukti mereka direka berasaskan AI, merealisasikan masa depan asli AI serta evolusi pengendali ke arah TechCo. ​Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mavenir.com 

Hubungan Media 

Hubungan Perhubungan Awam Mavenir:
Emmanuela Spiteri
PR@mavenir.com 

SUMBER: Mavenir Systems, Inc.

--BERNAMA

Audiencerate: Riccardo Fabbri Menyertai sebagai Ketua Pegawai Teknologi — Fasa Platform Dipacu AI untuk SME dan Agensi Media Bermula

Riccardo Fabbri, Ketua Pegawai Teknologi Audiencerate Ltd. Pengasas bersama dan bekas rakan kongsi pengurusan Nohup, diiktiraf oleh Financial Times sebagai antara firma terkemuka di Eropah dalam sektor (2021 dan 2022) dan diambil alih oleh Kumpulan Havas pada bulan Ogos 2021. Memimpin fasa infrastruktur Padanan Pelanggan bebas Audiencerate dipacu AI.

 Pengasas bersama dan bekas rakan kongsi pengurusan Nohup (diambil alih oleh Kumpulan Havas pada tahun 2021) akan memimpin pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan yang menyepadukan data pihak pertama dan pihak ketiga, menggerakkan platform yang disampaikan dengan Postel dan Microsoft untuk SME Itali dan platform dengan tawaran DV360 untuk agensi media global.

 
LONDON & MILAN, 22 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Audiencerate Ltd, salah satu daripada beberapa Rakan Kongsi Muat Naik Padanan Pelanggan Google yang diperakui secara global dan rakan kongsi yang diperakui Microsoft IP Co-sell dengan kelayakan MACC, hari ini telah mengumumkan pelantikan Riccardo Fabbri sebagai Ketua Pegawai Teknologi. Pelantikan ini menandakan fasa pengembangan bersama: Platform Audiencerate–Postel–Microsoft untuk SME Itali dan platform Data yang disepadukan dengan Google DV360 untuk Agensi dan Penyedia Data — kedua-dua berkembang ke arah model yang memanfaatkan secara natif data pihak pertama dan pihak ketiga melalui AI dan pembelajaran mesin.

Profil yang dibina berdasarkan dua puluh tahun transformasi digital

Fabbri membawa lebih dua dekad pengalaman dalam pembangunan perisian dan seni bina ke Audiencerate. Pengasas bersama pada tahun 2004, Nohup, perundingan digital dalam pembangunan natif awan, dia memimpin syarikat sehingga mendapat pengiktirafan Financial Times sebagai antara firma terkemuka di Eropah dalam sektor untuk dua tahun berturut-turut (2021 dan 2022). Pada bulan Ogos 2021, Nohup telah diambil alih oleh Kumpulan Havas, membawa 30 orang profesionalnya ke seluruh Milan, Turin dan Udine ke dalam Havas CX. Ciri tersendiri perjalanan Fabbri ialah kerapian kejuruteraan, perhatian kepada privasi dan pengetahuan mendalam tentang aliran kerja operasi media — aset penting dalam rangka kerja Akta AI Eropah, GDPR dan Kod Pengguna Itali.

Lonjakan dipacu AI untuk SME dan Agensi

Di bawah kepimpinan Fabbri, Audiencerate akan bergerak pantas di atas dua laluan yang selari. Dari segi SME, AI dan pembelajaran mesin membolehkan pembelajaran model berterusan, pemodelan ramalan (penskoran kecenderungan, kemiripan, CLV) dan pengoptimuman kendiri pengurusan bajet dan bidaan. Dari segi agensi, data pihak pertama pengiklan bertindak sebagai asas untuk model kemiripan dan kecenderungan yang diperkukuh dengan isyarat pihak ketiga: audiens yang menggabungkan keterkaitan 1P dengan skala 3D, yang mematuhi privasi dan evolusi ekosistem kuki.

Pernyataan

"Kemasukan Riccardo melengkapkan kekosongan yang wujud," kata Gianluca Leotta, Presiden Audiencerate. "Juruteknologi-usahawan yang membawa Nohup ke European Exit, berpengalaman dalam dunia agensi media antarabangsa dan memahami dengan tepat tatabahasa teknikal trajektori kami. Ia pilihan jangka panjang, konsisten dengan visi patrimonial dan industri yang sentiasa kami pegang untuk projek ini."

"Audiencerate telah membina aset teknologi yang unik selama bertahun-tahun: kedudukan Penyedia Data yang natif kepada kedua-dua ekosistem Google dan Microsoft, dengan persijilan dan perkongsian yang hanya dimiliki oleh segelintir syarikat," kata Riccardo Fabbri. "Projek ini mencabar dan juga menarik. Di satu sisi, membawa infrastruktur ini kepada jutaan SME Itali melalui Postel dan Microsoft. Di sisi yang lain, mengembangkan tawaran DV360 dengan mengambil kira pengalaman dua puluh tahun bersama agensi media: meja perdagangan memerlukan model yang menggabungkan data pihak pertama dan pihak ketiga secara pintar, sambil mengejar automasi dan skala yang diperlukan untuk memulihkan margin yang kini tidak lagi diiktiraf oleh pasaran seperti dahulu. Inilah cabaran kejuruteraan yang selari dengan perjalanan saya sebagai pengasas dan usahawan."

Mengenai Audiencerate

Audiencerate Ltd, beribu pejabat di London yang mempunyai pejabat di Itali dan Amerika Syarikat, pakar dalam pengaktifan data, kecerdasan audiens dan pemasaran dipacu AI. Rakan Kongsi Muat Naik Padanan Pelanggan Google (Disember 2025), Penyedia Data Google sejak 2012, Layak Microsoft IP Co-sell / Layak MACC. NEXI ialah klien perusahaan utama syarikat di Itali.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20260519344995/en

Hubungi

Hubungan media:
 press@audiencerate.com · www.audiencerate.com
 
Sumber: Audiencerate Ltd

--BERNAMA

Marquee Brands Memeterai Perkongsian Strategik dengan DAMAC Group bagi Pegangan Majoriti dalam Roberto Cavalli

 

Roberto Cavalli Musim Bunga/Musim Panas 2026


Perkongsian Ini Membawa Roberto Cavalli ke Fasa Baharu Pengembangan Global dan Pertumbuhan Omnisaluran

 
NEW YORK, 22 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Marquee Brands, syarikat pengurusan jenama global unggul dan pemacu pertumbuhan jenama terkemuka, hari ini mengumumkan perjanjian muktamad bagi pegangan majoriti dalam Roberto Cavalli menerusi perkongsian strategik dengan DAMAC Group, konglomerat global berpangkalan di Dubai dan pemaju hartanah mewah terkemuka. Transaksi tersebut dijangka dimuktamadkan pada suku kedua 2026, selepas itu DAMAC Group akan kekal sebagai pemegang saham penting. Diasaskan di Florence pada 1970, Roberto Cavalli, jenama fesyen mewah ikonik yang terkenal dengan reka bentuk avant-garde serta ketukangan Itali yang tersendiri, menyertai portfolio jenama global malar segar milik Marquee Brands, termasuk Martha Stewart, Laura Ashley, Sur La Table, BCBGMAXAZRIA dan Stance. Penambahan Roberto Cavalli terus mengukuhkan kedudukan Marquee Brands sebagai peneraju dalam sektor mewah dan gaya hidup, dengan jumlah jualan runcit keseluruhan portfolio mencecah kira-kira AS$5 bilion.

“Roberto Cavalli merupakan antara jenama fesyen Itali yang mencorakkan gaya hidup mewah, dengan identiti kreatif yang berani serta nilai jenama yang kekal utuh,” kata Heath Golden, Ketua Pegawai Eksekutif Marquee Brands. “Kami melihat potensi luar biasa untuk terus membina asas itu menerusi pengurusan jenama yang teliti dan pengembangan strategik. Melalui perkongsian dengan DAMAC Group, peneraju dalam hartanah mewah, kami akan terus meningkatkan pengalaman Roberto Cavalli di seluruh dunia.”

Hussain Sajwani, Pengasas DAMAC Group, berkata: “Roberto Cavalli merupakan antara jenama mewah paling ikonik di dunia. Selepas beberapa tahun memperkukuhkan asas jenama ini, kami mula mencari rakan strategik yang memiliki kepakaran untuk membawa jenama ini ke tahap seterusnya. Kami yakin Marquee Brands ialah rakan yang tepat untuk merealisasikannya. Dengan kecintaan kami terhadap jenama ini serta pegangan saham berterusan yang bermakna, kami berharap dapat menyokong usaha Marquee Brands, termasuk terus mengembangkan gaya hidup Roberto Cavalli menerusi kediaman berjenama dan projek hospitaliti di destinasi global utama, segmen yang kekal dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh DAMAC. Kerjasama ini menandakan era baharu yang menarik bagi jenama ini. Kami yakin jenama ini akan berkembang dengan pesat pada masa hadapan.”

Marquee Brands, yang dimiliki oleh dana di bawah pengurusan Neuberger Berman, firma pengurusan pelaburan global, terus memperluaskan platform globalnya menerusi pemerolehan jenama warisan yang mempunyai pengaruh mendalam dalam kalangan pengguna. Roberto Cavalli merupakan jenama ke-22 dalam portfolio Marquee Brands.

“Marquee Brands telah membangunkan model perniagaan yang terbukti berkesan dan cekap daripada segi modal untuk memacu pertumbuhan menerusi pengurusan jenama yang berdisiplin, perkongsian strategik serta hala tuju pelaburan jangka panjang,” kata Zachary Sigel, Pengarah Urusan di Neuberger Berman dan Pengasas Bersama Marquee Brands. “Pemerolehan Roberto Cavalli mengukuhkan keyakinan Neuberger terhadap platform ini serta keupayaannya untuk terus mencipta nilai kepada para pelabur.”

Perkongsian antara Marquee Brands dan DAMAC Group memperluaskan jangkauan global jenama Roberto Cavalli dengan menggabungkan kekuatan saling melengkapi serta komitmen bersama untuk terus mengangkat maison legenda Itali itu. Marquee Brands akan mempercepatkan pertumbuhan Roberto Cavalli menerusi pengenalan kategori, perkhidmatan dan pengalaman jenama baharu di seluruh Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Asia Pasifik dan Amerika Latin.

DAMAC Group akan terus memperluaskan kehadiran jenama Roberto Cavalli menerusi kediaman berjenama Roberto Cavalli dan projek hospitaliti di pasaran global utama, seterusnya mengukuhkan kedudukan serta daya tarikan mewah jenama itu. Perkongsian tersebut mewujudkan platform kukuh yang menggabungkan kepakaran Marquee Brands dalam pembangunan jenama global dengan kepimpinan DAMAC dalam sektor hartanah mewah dan hospitaliti, dengan ini membuka peluang baharu yang besar bagi masa depan Roberto Cavalli.

Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, Marquee Brands mengumumkan rakan kongsi yang berpangkalan di Milan, The Level Group (TLG), sebagai rakan operasi utamanya. TLG akan menerajui pembangunan, pembuatan dan pengedaran koleksi wanita serta lelaki jenama Roberto Cavalli, seterusnya memastikan visi produk yang bersepadu dan dipertingkatkan merentasi pasaran utama. Selain itu, TLG akan mengambil alih tanggungjawab bagi operasi runcit dan e-dagang serta pengedaran borong di Eropah dan Amerika Syarikat, seterusnya memperkukuhkan kehadiran terus kepada pengguna serta strategi runcit global Roberto Cavalli.

RBC Capital Markets bertindak sebagai penasihat kewangan manakala Greenberg Traurig berfungsi sebagai penasihat perundangan kepada Marquee Brands. BDA Partners pula berperanan sebagai penasihat kewangan kepada DAMAC Group.

MAKLUMAT TENTANG ROBERTO CAVALLI

Diasaskan pada 1970, Roberto Cavalli ialah jenama Itali terkemuka dalam fesyen, aksesori dan gaya hidup mewah. Ditonjolkan menerusi estetika kontemporari yang elegan, jenama ini merupakan lambang kecemerlangan Itali, ketukangan serta asal-usul Mediterranean. Portfolio Roberto Cavalli berada dalam segmen mewah dan merangkumi koleksi Home, Junior, Eyewear, Perfumes, Watches serta Just Cavalli. www.robertocavalli.com

MAKLUMAT TENTANG MARQUEE BRANDS

Marquee Brands ialah pemacu utama dalam mempercepatkan pertumbuhan jenama-jenama yang kekal relevan, memaksimumkan nilai serta membina pengaruh global. Dengan tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekuiti jenama yang lestari, syarikat ini bekerjasama dengan pengeluar, pengendali, peruncit dan pengedar terbaik dalam kelasnya untuk mengembangkan jenama merentasi pasaran dan saluran. Portfolio global Marquee Brands merangkumi tiga platform utama: Home & Culinary, Fashion & Lifestyle, Luxury serta Active & Outdoor. Portfolio jenamanya termasuk Martha Stewart, Laura Ashley, Sur La Table, Emeril Lagasse, America's Test Kitchen, BCBGMAXAZRIA, BCBG, Ben Sherman, Bruno Magli, Anti Social Social Club, Totes, Isotoner, Destination Maternity, Motherhood, A Pea in the Pod, Stance, Dakine dan Body Glove. Untuk maklumat lanjut, sila layari, www.marqueebrands.com.

MAKLUMAT TENTANG NEUBERGER PRIVATE MARKETS

Neuberger Private Markets ialah jabatan di bawah Neuberger dan telah menjadi pelabur pasaran swasta yang aktif serta berjaya sejak 1987. Neuberger Private Markets melabur merentasi pelbagai strategi, kelas aset dan geografi untuk sejumlah besar institusi serta individu berprofil tinggi dan berpengalaman di seluruh dunia. Setakat 31 Disember 2025, Neuberger Private Markets mengurus lebih daripada AS$155 bilion komitmen pelabur merangkumi pelaburan utama, pelaburan bersama, pasaran sekunder, kredit swasta dan strategi khusus. Neuberger Private Markets mempunyai pasukan yang berpengalaman dan pelbagai, terdiri daripada lebih 500 profesional dengan kehadiran global di 17 pejabat di seluruh dunia.

MAKLUMAT TENTANG DAMAC GROUP

DAMAC Group ialah sebuah konglomerat perniagaan swasta global yang diasaskan oleh Hussain Sajwani pada tahun 1982. Bermula dalam bidang katering dan logistik, kumpulan ini telah berkembang ke pelbagai industri termasuk hartanah, hospitaliti, pusat data, fesyen dan pasaran modal. DAMAC Properties ialah pemaju hartanah swasta terbesar di UAE dan Timur Tengah, serta telah menjadi peneraju dalam pasaran hartanah mewah rantau itu sejak 2002. Syarikat ini telah membangunkan hartanah kediaman, komersial dan rekreasi yang memenangi anugerah di seluruh rantau serta peringkat antarabangsa, termasuk di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan, Iraq, Maldives, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sejak itu, DAMAC telah menyiapkan lebih 50,000 unit rumah dengan lebih 55,000 lagi dalam pelbagai peringkat perancangan dan pembangunan. Ia juga bekerjasama dengan jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka dunia untuk mencipta pengalaman kediaman mewah, termasuk Roberto Cavalli dan de GRISOGONO. Dengan visi dan momentum yang berterusan, DAMAC sedang membangunkan generasi baharu kehidupan mewah di seluruh dunia. Kumpulan ini juga memiliki aset hotel di bawah jenama seperti Radisson, Paramount dan Rotana, dengan portfolio hospitaliti yang semakin berkembang. Selain hartanah, DAMAC merupakan peneraju dalam industri pusat data melalui DAMAC Digital serta telah mengambil alih jenama mewah seperti Roberto Cavalli dan de GRISOGONO. Melalui DAMAC Capital, ia melabur dalam industri berorientasikan masa depan seperti teknologi, kewangan dan sains hayat. Komited terhadap impak sosial, Yayasan Hussain Sajwani – DAMAC menyokong pendidikan, inovasi dan inisiatif berasaskan komuniti. Untuk maklumat lanjut, sila layari, www.damacgroup.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260520070705/en

Hubungi

Untuk pertanyaan media, hubungi Pejabat Berita Marquee Brands:
E-mel: corporate@marqueebrands.com
 
Sumber: Marquee Brands

--BERNAMA

Bitget Melancarkan Program Pegawai Produk Komuniti Dengan Ganjaran Sehingga 3,000 USDT

  VICTORIA, Seychelles, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, telah melancarkan Program Pe...