Thursday, June 30, 2022

BROKED DAN SULAMAN CINA MEKAR MEMUKAUKAN DI PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN

 


HAIKOU, China, 30 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada petang 28 Jun telah menyaksikan pelancaran Minggu Budaya Dunia Broked dan Sulaman Hainan (ke-2) 2022 selama empat hari di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan di China selatan. Acara ini bertujuan memacukan minggu budaya itu kepada sebuah platform yang berpengaruh di peringkat antarabangsa bagi pertukaran dan pameran budaya broked dan sulaman dunia melalui satu siri aktiviti yang menarik, menurut Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan.

Pada sebelah malam, pertunjukan fesyen “Pakaian di bawah Mentari” mempersembahkan projek warisan kebudayaan tak ketara kebangsaan bagi Yunjin (broked Yun), Songjin (Broked Song) dan Lijin (broked Li) melalui kostum yang indah dengan trend fesyen dan daya tarikan kebudayaan tradisional. Pertunjukan itu, yang digabungkan dengan gaya fesyen antarabangsa, warna utama, memaparkan semangat dan penuh bertenaga bagi Hainan Lijin, dan menjadikan orang ramai berasa glamor yang menawan bagi warisan kebudayaan tak ketara bagi Hainan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16044

QUORUM SOFTWARE MENGUMUMKAN PERANCANGAN GENERASI HADAPAN DAN PERKONGSIAN EKONOMI DENGAN SCHLUMBERGER

Ruang Perancangan Quorum Disepadukan dengan Penyelesaian FDPlan Schlumberger

HOUSTON, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quorum Software  (Quorum), sebuah peneraju perisian global yang berdedikasi kepada industri tenaga, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian dengan Schlumberger untuk mengintegrasikan bersama Ruang Perancangan Quorum yang merupakan industri terkemuka, satu perancangan perniagaan dan penawaran ekonomi petroleum, dengan penyelesaian perancangan pembangunan medan FDPlan, yang didayakan oleh persekitaran E&P kognitif DELFI. Penyelesaian bersepadu itu akan ditawarkan secara terus oleh Schlumberger dengan Ruang Perancangan sebagai enjin ekonomi petroleum mereka.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Quorum akan juga memperoleh perisian perancangan, risiko dan rizab Merak daripada Schlumberger.

“Quorum dan Schlumberger telah menjalin perhubungan yang lama dengan pelanggan dan rakan kongsi kami selama beberapa dekad ketika memberikan perkhidmatan di dalam industri tenaga,” kata Gene Austin, Ketua Pegawai Eksekutif di Quorum. “Menyatukan penyelesaian perancangan dan ekonomi pasaran terkemuka kami memberikan pelanggan di seluruh dunia dengan akses kepada teknologi yang paling lengkap di dalam industri itu, dengan disokong oleh pasukan pakar-pakar tenaga kami.”

“Perkongsian di antara Quorum dan Schlumberger akan membolehkan pelanggan kami untuk menyepadukan data merentas domain dan aliran kerja dengan lancar, untuk mempercepatkan langkah membuat keputusan merentasi perancangan, operasi dan bilik lembaga,” kata Trygve Randen, Pengarah Penyelesaian Bawah Permukaan Digital di Schlumberger. “Dengan menyepadukan persekitaran DELFI dan aliran kerja domain dengan penyelesaian perancangan perniagaan Quorum, kami mendayakan sebuah industri terlebih dahulu—satu pengalaman yang benar-benar bersepadu yang menghubungkan kesemua fungsi di dalam organisasi itu.”

Dengan perjanjian itu berkuat kuasa serta-merta, Quorum dan Schlumberger telah pun terlibat secara aktif dengan beberapa syarikat tenaga utama untuk meningkatkan prestasi dan keuntungan mereka melalui perancangan perniagaan yang dipertingkatkan merentasi organisasi mereka.

Maklumat mengenai Quorum Software
Quorum Software adalah sebuah penyedia perisian industri tenaga terkemuka di seluruh dunia, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 1,800 pelanggan merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga di 55 buah negara. Penyelesaian Quorum menjanakan pertumbuhan dan keuntungan bagi perniagaan tenaga dengan menghubungkan orang, aliran kerja dan sistem dengan data tersedia untuk membuat keputusan. Dua puluh tahun yang lalu, kami menyampaikan perisian pertama industri itu bagi akauntan loji gas, dan pada hari ini penyelesaian kami menyelaraskan operasi perniagaan dengan standard dan penyepaduan data hadapan industri. Industri tenaga global menaruh kepercayaan terhadap pakar dan aplikasi Quorum untuk mengemudikan dengan jayanya peralihan tenaga dan pada masa yang sama menyampaikan nilai hari ini dan pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari quorumsoftware.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16047

EIG MELANCARKAN PLATFORM BOLEH DIPERBAHARUI CHILE, GRUPO CERRO

Entiti yang baharu dibentuk termasuk pemerolehan yang dimuktamadkan baru-baru ini bagi portfolio ANPAC untuk 11 loji hidroelektrik aliran sungai serta loji Cerro Dominador yang sedia ada

Platform berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong peralihan tenaga di Chile dengan projek-projek berinovatif yang menyediakan tenaga boleh diperbaharui 24/7

WASHINGTON & SANTIAGO, Chile, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi kepada sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka dunia, hari ini melancarkan Grupo Cerro, sebuah platform tenaga boleh diperbaharui yang baharu di Chile. Entiti yang baharu dibentuk itu termasuk loji Cerro Dominador milik EIG dan ANPAC yang baharu diperolehi, pemilik bagi sebuah portfolio yang mengandungi 11 loji kuasa hidroelektrik aliran sungai kecil dan sederhana di wilayah O'Higgins, El Maule, Bio Bio dan La Araucania. Portfolio ANPAC 110 MW itu termasuk loji yang beroperasi dan projek di pelbagai peringkat pembinaan dan pembangunan di kedua-dua pasaran spot dan tarif yang distabilkan.

Berikutan pemerolehan itu, Grupo Cerro kini menguruskan lebih 280 MW bagi kapasiti yang dipasang di Chile, termasuk loji Fotovoltan Cerro Dominador (PV) dan Kuasa Suria Tertumpu (CSP). Portfolio kumpulan itu juga termasuk beberapa projek di dalam fasa lanjutan bagi pembinaan dan pembangunan, termasuk kompleks Likana Solar, satu daripada projek CSP terbesar di dunia dengan kapasiti 690 MW, Pampa Union, sebuah loji kuasa PV 600 MW, serta lebih daripada 40 MW bagi loji kuasa hidroelektrik aliran sungai.

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata, “Urus niaga itu dijangka menyediakan sinergi portfolio, mewujudkan kecekapan operasi dan meningkatkan kepelbagaian teknologi dan geografi bagi Grupo Cerro. Selepas penyiapan dan penyelarasan bagi loji janakuasa solar Cerro Dominador yang berinovatif itu pada tahun 2021, projek CSP yang pertama di Amerika Latin, urus niaga ini menandakan satu lagi peristiwa penting di dalam strategi kami untuk melabur di dalam aset yang berkualiti tinggi, pasukan yang terbaik di dalam kelasnya dan infrastruktur tenaga yang menyokong peralihan tenaga di Chile.”

Fernando Gonzalez, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Grupo Cerro, berkata, “Urus niaga ini memajukan komitmen kami terhadap pertumbuhan Chile. Loji-loji ini, dengan digabungkan bersama projek Likana Solar dan Pampa Union kami yang kini dalam pembangunan, akan membantu mempelbagaikan portfolio tenaga boleh diperbaharui kami mengikut geografi untuk dapat menjamin pengeluaran tenaga boleh diperbaharui yang berkos rendah bagi pasaran Chile dan meneruskan pembekalan tenaga bersih ke seluruh negara 24 jam satu hari.”

EIG MELANCARKAN PLATFORM BOLEH DIPERBAHARUI CHILE, GRUPO CERRO

Wednesday, June 29, 2022

BELIA MEMPUNYAI IMPIAN BESAR DI DALAM MENGINTEGRASIKAN QIANHAI KE DALAM KAWASAN GREATER BAY

SHENZHEN, China, 29 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 27 Jun, “Pertandingan Inovasi Belia dan Keusahawanan Qianhai Guangdong-Hong Kong-Macau-Taiwan 2022” telah dimulakan secara rasmi, menandakan bermulanya siri aktiviti “Kerjasama Shenzhen-Hong Kong untuk Mencipta Masa Depan” bagi meraikan ulang tahun ke-25 kembalinya Hong Kong kepada tanah besar China, menurut Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong.

Bagi ramai anak muda yang bercita-cita tinggi, ini menjanjikan lebih banyak peluang dan satu permulaan yang lebih baik. Sunny Zhou, seorang wanita muda dari Guangdong, adalah pengarah bagi sebuah syarikat yang dibiayai oleh Macau. Projek beliau telah memenangi pingat perak di dalam pertandingan akhir tahun lepas. “Peraduan itu telah memberikan kami satu peluang untuk bertemu ramai pakar industri dan rakan keusahawanan dari tempat yang berbeza, dan telah membawa kepada kami idea-idea baharu berkaitan keusahawanan,” kata Sunny Zhou.

Untuk memberikan sokongan yang lebih besar kepada peserta, pertandingan tahun ini dinaik taraf sepenuhnya. Projek yang menang boleh terus mara ke Peringkat Akhir Industri bagi Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan China (Shenzhen). Mentor profesional diperkenalkan untuk memberikan kaunseling satu dengan satu. Selain itu, pemenang boleh diberikan keutamaan untuk menetap di Hab Inovasi dan Usahawan Belia Qianhai Shenzhen-Hong Kong (QSHKYIEH) dan menikmati dasar-dasar keutamaan yang berkaitan. Acara itu akan juga menjalankan aktiviti seperti Kem Pencipta, Sesi Kaunseling Keusahawanan dan Sesi Mencari Padanan Pelaburan untuk membina sebuah platform yang baik untuk belia berkomunikasi, bekerjasama dan meningkat maju. Pertandingan itu telah menetapkan empat sub-wilayah, dengan jumlah hadiah melebihi CNY7 juta.

Acara itu telah diadakan selama enam tahun berturut-turut sejak tahun 2016, dengan menerima kira-kira 6,000 penyertaan, termasuk hampir 3,000 dari Hong Kong, Macau dan tempat lain. Dengan menggalakkan transformasi bagi pencapaian saintifik dan teknologi yang berkaitan, Qianhai telah menjadi sebuah “tempat yang sangat diimpikan” bagi ramai belia.

Lee Jee Bong dari Hong Kong, yang pernah mengambil bahagian di dalam pertandingan itu, adalah seorang daripada usahawan di Qianhai. Tahun lalu, projek syarikat beliau telah dianugerahkan hadiah perak di dalam Kategori Pertumbuhan Perusahaan pada peringkat akhir pertandingan. “Keperluan teknikal bagi produk kami adalah tinggi, dan kami memerlukan ramai bakat profesional. Qianhai mempunyai dasar dan perkhidmatan yang menarik minat bakat, oleh itu otak dan pemikiran yang cemerlang berkumpul. Ia adalah mudah untuk mendapatkan akses kepada Kawasan Greater Bay dan pasaran domestik yang lebih luas. Itulah sebabnya kami berpangkalan di sini,” kata Lee Jee Bong. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16037

EIG MELANTIK DE LA REY VENTER SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI MIDOCEAN ENERGY

 Veteran Industri untuk Menerajui Syarikat LNG yang Dikuasai oleh EIG



WASHINGTON, 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa De la Rey Venter telah menyertai firma itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi MidOcean Energy (“MidOcean”) dan sebagai seorang Pengarah Urusan bagi EIG. MidOcean adalah syarikat LNG yang dikuasai oleh EIG yang ingin mewujudkan sebuah portfolio LNG bersepadu “pure play” yang pelbagai bagi operasi projek LNG yang berkualiti tinggi dengan aliran tunai sedia ada yang kukuh. Encik Venter ialah seorang veteran industri selama 25 tahun dengan pengalaman operasi global, perjanjian dan kepimpinan perniagaan di dalam sektor perlombongan, huluan dan LNG. Di antara peranan lain, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi Integrated Gas Ventures, bertanggungjawab ke atas sebahagian besar aset LNG dan gas asli Shell, dan sebelum ini juga sebagai Ketua Global Shell bagi LNG. Beliau akan berpangkalan di pejabat EIG di London.

“LNG adalah sebuah pendaya utama bagi peralihan tenaga dan semakin menjadi sebuah sumber tenaga strategik secara geopolitik,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. “EIG telah lama menjadi sebuah penyedia modal utama kepada sektor itu dan telah pun melabur di dalam sembilan projek LNG, di peringkat global, melibatkan kedua-dua pencecairan dan pengegasan semula. Menambahkan seseorang yang berkaliber seperti De la Rey untuk menerajui MidOcean menunjukkan komitmen kami terhadap LNG dan peralihan tenaga. Kami mengalu-alukan kedatangan De la Rey dan teruja dengan masa depan yang akan beliau bantu bangunkan untuk MidOcean.”

Encik Venter berkata, “Visi EIG untuk MidOcean membentangkan satu cadangan yang menarik bagi sebuah dunia yang memerlukan LNG untuk satu jangka masa yang lama. Kami berkongsi satu kepercayaan yang kukuh di dalam peranan penting LNG, sebagai sebahagian daripada keluarga gas karbon yang rendah dan tiada gas karbon, untuk membantu dunia beralih kepada sebuah masa depan Sifar Bersih. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan itu untuk membina sebuah perniagaan bahan, yang didasarkan kepada rekod prestasi EIG yang luas di dalam LNG global, dan bagi perniagaan ini untuk memberikan impak sebenar di dalam sektor industri tenaga global yang sangat relevan ini."

Encik Venter mula-mula menyertai Shell pada tahun 2002. Selain daripada peranan beliau sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi Integrated Gas Ventures dan Ketua Global bagi LNG, beliau telah memegang pelbagai jawatan di seluruh dunia, termasuk Naib Presiden Eksekutif bagi Usaha Sama Huluan, Naib Presiden Eksekutif bagi Gas & Kuasa Afrika, dan Naib Presiden Komersil di Qatar. Encik Venter juga bertanggungjawab bagi tema pembuatan CCUS dan Blue Hydrogen Shell. Encik Venter memiliki Ijazah MBA dengan Kepujian daripada IMD di Switzerland, Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Cum Laude) dari Northwest University dan Ijazah Kepujian dalam Kewangan dan Pengurusan Pelaburan (Cum Laude) dari Universiti Johannesburg, kedua-duanya di Afrika Selatan.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $25.0 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2022. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 40 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $40.1 bilion kepada sektor tenaga melalui 380 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220628005081/en/

Hubungi

Media
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Sumber : EIG

Tuesday, June 28, 2022

HYTERA DIANUGERAHKAN DENGAN ANUGERAH KOMUNIKASI KRITIKAL ANTARABANGSA DI CCW 2022




VIENNA, 27 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Hytera dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa Hytera HyTalk MC Solution untuk Kereta Api Sri Lanka (SLR) telah memenangi Penggunaan Terbaik bagi Komunikasi Kritikal di dalam Pengangkutan pada Anugerah Komunikasi Kritikal Antarabangsa (ICCA) 2022 yang diadakan pada 21 Jun di Vienna, Austria, anugerah paling berprestij di dalam komunikasi kritikal.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220624005284/en/

HyTalk MC Solution bersepadu Hytera membolehkan pemandu kereta api, pengawal penghantaran dan ketua stesen di SLR berkomunikasi dengan mudah di antara satu sama lain, sekali gus memastikan kelancaran perjalanan operasi harian di kereta api, di stesen, kawasan depoh dan pusat kawalan. SLR boleh antara sambung tapak mereka dan menyediakan kakitangan kereta api dengan akses masa nyata kepada data kritikal, yang membolehkan mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penumpang dan memastikan operasi yang lancar dan selamat bagi pemandu kereta api, untuk terus menjamin ketepatan masa bagi kereta api dan mengurangkan kemalangan kereta api.

“Hytera menganggap sumbangan yang telah dibuat mereka sebagai satu inspirasi dan satu galakan untuk industri PMR,” kata Jim Luo, Ketua Pegawai Pemasaran Hytera. “Kami juga telah memenangi Penggunaan Terbaik bagi Komunikasi Kritikal di dalam Utiliti di ICCA 2021. Semua anugerah yang kami capai melambangkan pengiktirafan bagi penyelesaian komunikasi penumpuan Hytera untuk pelbagai industri. Hytera mematuhi dengan inovasi teknologi dan kekal komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengguna kritikal perniagaan dan misi kritikal di seluruh dunia.”

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian pengangkutan Hytera, sila layari: https://www.hytera.com/en/industries/transportation.html 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16027

NIELSENIQ MEMPERCEPATKAN PERLUASAN BAGI STRATEGI RUNCIT GLOBAL DENGAN PENAMBAHAN KETUA MAKMAL PERUNCITAN, DAWN E. NORVELL

CHICAGO, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ telah mengukuhkan amalan runcit global mereka yang terkemuka dengan penambahan Dawn E. Norvell sebagai Ketua Global bagi Makmal Keruncitan NielsenIQ yang baru dibentuk. Dalam peranan baharu beliau, Norvell akan mengetuai sebuah pasukan yang progresif yang diwujudkan untuk mengenal pasti keperluan pelanggan runcit dengan lebih baik, mereka bentuk penyelesaian dan membolehkan peruncit untuk menggunakan rangkaian lengkap produk NielsenIQ untuk membantu memacukan perniagaan mereka. Norvell akan membina satu strategi pengurusan jualan dan komersil yang direka untuk mengembangkan tumpuan analisis runcit NielsenIQ dan membolehkan pertumbuhan di dalam unit perniagaan.


“Makmal Peruncitan NielsenIQ itu adalah satu bahagian yang penting bagi strategi runcit global & kejayaan syarikat kami, dan pengetahuan dan latar belakang Dawn yang terkemuka di dalam industri dalam tempat pasaran global memberikan satu pandangan yang luar biasa tentang iklim runcit semasa,” kata David Johnson, Presiden Global bagi Runcit di NielsenIQ. “Pengalaman langsung beliau yang meluas akan meningkatkan rangkaian meluas kami bagi penawaran pelanggan pergi ke pasaran dan menambahkan kedalaman yang ketara kepada pasukan peruncitan kami. Kami sangat teruja kerana NielsenIQ terus menarik bakat paling tinggi di kalangan pemikir berinovatif dan pemimpin berwawasan.”

Norvell adalah seorang peneraju perniagaan yang berwawasan dengan satu rekod kejayaan yang terbukti dan pengalaman runcit yang meluas. Kepakaran beliau di dalam analisis data pengguna dan pengilang, merapatkan penyelesaian yang kompleks untuk menyelesaikan masalah perniagaan dan dalam pengurusan untung rugi serta strategi perniagaan yang diterajui pengguna akan membolehkan kami untuk menyampaikan hasil perniagaan jangka panjang yang kukuh.

“Perpindahan ke NielsenIQ adalah satu langkah yang menarik bagi saya disebabkan oleh reputasi syarikat itu untuk perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan dedikasi mereka untuk menyampaikan analisis pakar tentang trend pengguna dan pasaran tidak dapat ditandingi,” kata Dawn E. Norvell. “Saya juga tertarik dengan Makmal Peruncitan baharu syarikat itu, satu konsep makmal berinovatif sebenar yang membolehkan penemuan bagi isu-isu pokok peruncit, keupayaan untuk menangani isu-isu ini dan peluang untuk mengewangkan kekuatan peruncit. Saya tidak sabar untuk memacukan hasil perniagaan yang kukuh dengan memimpin dan membangunkan sebuah pasukan pemikir berinovatif dan profesional berbakat yang pelbagai di dalam Makmal Peruncitan NielsenIQ.”

Sebelum menyertai NielsenIQ, Norvell menghabiskan lebih daripada 10 tahun di Walmart, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pedagang kanan dan seorang pemasar kategori merentasi makanan, bahan guna habis dan kecantikan. Beliau telah diiktiraf oleh pelbagai anugerah industri, termasuk Anugerah Impak Kecemerlangan Dagangan Walmart dan Anugerah Pemikiran Risiko Walmart. Selain itu, Norvell telah diketengahkan sebagai seorang penceramah utama dalam pelbagai acara industri dan diketengahkan sebagai seorang eksekutif industri kecantikan “Cukup Berkuasa” dalam Majalah Essence “Wanita Berkulit Hitam dalam Kecantikan: 15 Eksekutif Kecantikan Yang Mengubah Industri itu.”

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, menyampaikan standard emas di dalam pengukuran pengguna dan peruncitan, melalui pemahaman yang paling berkaitan, lengkap dan boleh diambil tindakan mengenai pengguna global, saluran semua arah yang berkembang. NielsenIQ ialah sumber keyakinan bagi industri yang kami layani dan sebagai perintis yang menentukan abad seterusnya bagi pengukuran pengguna dan runcit. Data kami, pandangan yang berkaitan dan analitik ramalan mengoptimumkan prestasi CPG dan syarikat-syarikat runcit, dengan membawa mereka lebih dekat lagi kepada komuniti yang mereka berkhidmat dan membantu memperkasakan pertumbuhan mereka.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di lebih 90 buah ​​pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220627005238/en/

Hubungi

Gillian Mosher
Naib Presiden, Komunikasi
Gillian.mosher@nielseniq.com

NANSHA MENAWARKAN SEPINTAS LALU BERHUBUNG KOMITMEN GBA TERHADAP PEMBANGUNAN BERKUALITI

GUANGZHOU, China, 28 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Di tengah-tengah Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau (GBA) di China selatan adalah Nansha, yang juga terletak di sebelah dua wilayah pentadbiran khas (SAR). Sebuah taklimat mengenai Pelan Induk bagi Guangzhou Nansha mengenai Mendalami Kerjasama Komprehensif di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau dengan Perspektif Global yang dikeluarkan baru-baru ini telah diberikan pada satu sidang akhbar yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri China pada 24 Jun.

Nansha mempunyai keadaan geografi yang menggalakkan, dengan ruang pembangunan yang luas dan asas perindustrian yang kukuh. Di bawah keinginan kuat untuk kerjasama dan pembangunan, Nansha menikmati kelebihan yang unik dalam menggalakkan kerjasama menyeluruh di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau, kata Guo Lanfeng, seorang anggota bagi Kumpulan Ahli Parti Peneraju bagi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China.

Di antara wilayah yang paling terbuka di China, GBA yang dinamik dari segi ekonomi merupakan contoh bagaimana negara itu menjajarkan sistem ekonomi terbuka mereka dengan dunia pada laluannya ke satu tahap yang lebih tinggi dalam kerjasama kewangan global, memacukan penyelarasan yang lebih besar yang diterajui oleh GBA di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau ialah Nansha, Qianhai di Shenzhen, dan Hengqin di Zhuhai. Pelan yang bercita-cita tinggi itu untuk Nansha menandakan satu lagi kejayaan penting di dalam membina GBA dengan kualiti yang tinggi. Daerah itu kembali menjadi tumpuan selepas pembangunan selama beberapa dekad, menurut Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar Raya Guangzhou.

NANSHA MENAWARKAN SEPINTAS LALU BERHUBUNG KOMITMEN GBA TERHADAP PEMBANGUNAN BERKUALITI

Sunday, June 26, 2022

HYTERA DI CCW 2022 MEMPAMERKAN PENYELESAIAN PENUMPUAN-NATIF UNTUK SEKTOR KOMUNIKASI KRITIKAL


Table


Hytera di CCW 2022, Mempamerkan Penyelesaian Penumpuan-Natif untuk Sektor Komunikasi Kritikal (Foto: Business Wire)


VIENNA, 27 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Minggu Komunikasi Kritikal (CCW) telah berlangsung di Vienna, Austria pada 21 Jun, 2022. Acara itu berlangsung selama lebih dua puluh tahun di seluruh dunia, dengan membawa perkhidmatan teknologi terkini kepada pengguna daripada kedua-dua sektor swasta dan awam, untuk menyediakan akses yang tiada tandingan kepada kandungan autoritatif dan peluang rangkaian yang tiada tandingan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220624005269/en/

Sebagai penaja emas bagi acara itu, Hytera mempersembahkan penyelesaian dan produk komunikasi Penumpuan-Natif yang terkemuka di dalam industri untuk pengguna misi kritikal, serta pandangan mereka tentang era baharu bagi ketersambungan yang lancar.

Komunikasi Penumpuan-Natif: Era Baharu bagi Ketersambungan Yang Lancar

Rangkaian Penumpuan-Natif Hytera, yang terdiri daripada modul-modul yang berbeza, berintegrasi dengan infrastruktur rangkaian yang sedia ada, menyatukan teras rangkaian dan platform komunikasi, dan menyediakan API kental untuk penggunaan perkhidmatan baharu.

Ia dipelbagaikan dari segi akses perkhidmatan dan infrastruktur rangkaian. Legasi rangkaian PMR, rangkaian 4G/5G melalui perkongsian rangkaian awam atau pembinaan rangkaian persendirian, rangkaian ad-hoc untuk akses rangkaian tindak balas kecemasan -- kesemua alternatif ini menyediakan liputan heterogen untuk operasi lapangan yang berbeza.

Sebagai pembekal terkemuka dunia bagi teknologi komunikasi profesional, Hytera membawa penumpuan ke peringkat yang seterusnya. Kerangka kerja penumpuan-natif itu akan membawa kepada evolusi komunikasi misi kritikal ke sebuah masa depan yang lebih luas.

Inovasi Produk Melayan Pelbagai Industri

PNC560 menawarkan misi kritikal tekan untuk bercakap (MCPTT) melalui rangkaian 5G/LTE dengan kelajuan super tinggi dan kependaman rendah, menyokong komunikasi dan kerjasama pasukan dengan hanya menekan kekunci mudah. Ia juga menggunakan sebuah mekanisme keselamatan berbilang lapisan yang disepadukan di dalam kedua-dua reka bentuk perkakasan dan perisian untuk menyediakan perlindungan data yang komprehensif dan mencukupi pada peranti itu.

Kamera Pakai Ditubuh M690 Pro merakamkan rakaman audio dan video yang misi kritikal sebagai bukti empirikal untuk melindungi kedua-dua pegawai polis dan rakyat di lapangan. Ia menampilkan penstabilan gimbal mikro (MGS) untuk merakamkan imej yang stabil dan tajam semasa pergerakan dan penglihatan malam cahaya bintang bagi menghasilkan video berwarna-warni walaupun dalam keadaan cahaya yang sangat malap.

Radio DMR Siri H baharu itu dibina dari bawah ke atas pada sebuah platform teknologi baharu sepenuhnya. Fungsinya yang dikemas kini, pengalaman pengguna dan kekasapannya memberikan kejelasan dan kenyaringan audio yang dipertingkatkan untuk komunikasi yang cekap dan boleh dipercayai.

Penyelesaian Perindustrian Meningkatkan Perniagaan untuk Pengguna Komunikasi Kritikal

Hytera juga mempamerkan penyelesaian komunikasi terkemuka mereka termasuk arahan dan kawalan, dan penggunaan pantas.

Dengan pengalaman yang kaya di dalam industri keselamatan awam dan utiliti am, Hytera menyediakan satu penawaran spektrum yang sepenuhnya yang merangkumi produk dan penyelesaian di dalam bidang arahan dan kawalan, membantu pengguna daripada industri keselamatan awam, penyelamat kecemasan, tenaga dan trafik untuk meningkatkan kesedaran situasi mereka dan melaksanakan tindak balas yang lebih cepat dan lebih tepat.

Penyelesaian penggunaan pantas Hytera menyediakan satu pautan atas permintaan tanpa wayar PMR dan LTE yang selamat dan tidak dapat dilihat untuk membolehkan responden pertama berkomunikasi dengan pusat arahan di tapak dalam persekitaran yang rumit. Penggunaan rangkaian fleksibel itu direka untuk industri yang menggunakan perkhidmatan kecemasan termasuk pengangkutan, keselamatan, tenaga, utiliti, pembinaan, organisasi kerajaan tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hytera di CCW 2022, sila layari: https://www.hytera.com/en/media-center/event/ccw-2022-exhibition.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220624005269/en/

Hubungi

Lingran Tao
Lingran.Tao@hytera.com

Sumber : Hytera

Friday, June 24, 2022

DEXLEVO PRA-IPO BERNILAI 26 BILION WON MEMACUKAN PEMASARAN GLOBAL BAGI 'GOURI'

 

GOURI, satu suntikan cecair PCL yang dibangunkan oleh DEXLEVO (Foto: Business Wire)

SEOUL, Korea Selatan, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika penyebaran COVID-19 semakin perlahan di seluruh dunia, permintaan untuk penjagaan kulit dijangka meningkat, dan jangkaan untuk pertumbuhan pesat bagi pasaran penjagaan kulit juga semakin berkembang. Negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Jerman telah pun menarik balik langkah untuk memakai pelitup muka di luar rumah, dan terdapat satu trend untuk memansuhkan langkah memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam. Ini boleh dianggap sebagai berita baik bagi syarikat-syarikat di dalam industri kecantikan yang mempunyai nisbah eksport yang tinggi.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220518005556/en/

DEXLEVO, sebuah syarikat yang khusus di dalam peranti perubatan kosmetik, telah melengkapkan pembiayaan pra-IPO sebanyak 26 bilion won untuk pelabur sedia ada, Magna Investment, Smilegate Investment, Hyundai Technology Investment dan Shinhan Capital. Ia sedang bersedia untuk penyenaraian pada tahun 2023, dan DEXLEVO telah menetapkan pasca nilai sebanyak 276 bilion won selepas pelaburan. 

CATHEON GAMING MELANTIK BEKAS KETUA ACTIVISION BLIZZARD BAGI APAC SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 


  • William Wu dan Mark Aubrey akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama bagi Catheon Gaming.
  • Mark Aubrey mempunyai lebih 19 tahun pengalaman di dalam industri permainan dengan sebuah rekod prestasi dalam membangun dan melaksanakan strategi global untuk membina syarikat-syarikat yang sangat berjaya.
  • Mark Aubrey dan William Wu akan menggabungkan kepakaran mereka untuk meningkatkan Catheon Gaming sebagai platform teknologi permainan blok rantai yang terulung untuk pembangun permainan.
HONG KONG & SYDNEY, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Catheon Gaming (“Syarikat itu”), syarikat permainan dan hiburan blok rantai bersepadu yang paling pesat berkembang, hari ini mengumumkan bahawa Mark Aubrey akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama baharu bagi syarikat itu, berkuat kuasa 11 Julai, 2022. Aubrey akan bekerja bersama William Wu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, untuk meningkatkan syarikat itu di dalam industri permainan blok rantai yang berkembang pesat. Catheon Gaming bekerjasama dengan pembangun permainan terkemuka dan pemegang IP untuk membangun dan melancarkan permainan blok rantai yang “terbaik di dalam kelasnya” dan membawa mereka kepada audiens yang seluas-luasnya.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220622005994/en/

Aubrey menyertai Catheon Gaming sebagai Ketua Pegawai Eksekutif daripada peranan beliau sebelum ini sebagai Pengarah Urusan dan Ketua bagi Asia Pasifik (“APAC”) di Activision Blizzard, pembangun permainan terkemuka dan penerbit bagi perisian hiburan yang terkenal kerana mencipta beberapa daripada permainan yang paling terkenal di dalam industri itu, termasuk Call of Duty dan World of Warcraft. Mark Aubrey mempunyai lebih 19 tahun pengalaman di dalam industri hiburan dan permainan di rantau APAC.

Di Activision Blizzard, Aubrey bertanggungjawab dalam menguruskan semua yang menegak bagi kedua-dua operasi dan pasukan komersial dan pergi ke pasaran bagi Activision Publishing dan Blizzard Entertainment merentasi Australia/New Zealand, Jepun, Korea, India dan Greater Asia. Beliau menguruskan pasukan-pasukan pekerja yang besar merentasi empat pejabat serantau dan memegang tanggungjawab P&L sepenuhnya untuk APAC, rantau Web3 yang paling penting di seluruh dunia dengan majoriti hasil permainan dan bilangan pengguna Web3 yang paling ramai.

Sebelum ke Activision Blizzard, Aubrey bekerja agak lama di Warner Bros. Entertainment sebagai Pengarah Pemasaran Kumpulan, dengan memacukan sinergi dan peluang komersial merentasi kumpulan (Hiburan Rumah, Teater, Televisyen, HBO, Permainan, Produk Pengguna dan Pengedaran Digital). Aubrey memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pemasaran dari Universiti Newcastle.

“Saya gembira dengan pelantikan Mark Aubrey sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Catheon Gaming dan berharap dapat bekerja bersama Mark untuk memimpin Catheon Gaming ke fasa pertumbuhan menarik yang seterusnya,” kata William Wu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Catheon Gaming. “Mark membawa kepakaran permainan bertaraf dunia yang mendalam pada tahap yang paling tinggi, setelah menerajui bahagian APAC yang sangat relevan bagi pembangun dan penerbit permainan yang paling berjaya di dunia.”

William Wu mula-mula mengasaskan SolChicks pada September 2021 dan seterusnya Catheon Gaming, dengan melancarkan 20 tajuk dalam tempoh sembilan bulan. Dengan pelantikan Aubrey, Wu akan memberi tumpuan kepada visi dan strategi jangka panjang syarikat itu, sambil kekal terlibat sepenuhnya di dalam operasi bagi Catheon dan SolChicks.

Maklumat mengenai Catheon Gaming
Catheon Gaming ialah syarikat permainan dan hiburan blok rantai bersepadu yang paling pesat berkembang di seluruh dunia, dengan sebuah portfolio yang mengandungi lebih 20 permainan setakat 10 Jun 2022. Francais utama syarikat itu, SolChicks, memasuki pasaran berikutan kejayaan mengumpulkan dana daripada pelbagai pelabur modal teroka, institusi dan rakan pelancaran. Syarikat itu membawa kepakaran teknikal, permainan dan pemasaran bersama-sama dengan berakar umbi yang mendalam di dalam industri blok rantai. Strategi syarikat itu adalah untuk bekerjasama dengan pembangun permainan terkemuka dan pemegang IP untuk membangun dan melancarkan permainan blok rantai yang “terbaik di dalam kelasnya” dan membawa mereka kepada audiens yang seluas-luasnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://catheongaming.com/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16018

FEDEX DAN FOURKITES MENGUMUMKAN PERIKATAN UNTUK MENJADIKAN RANTAIAN BEKALAN BERFUNGSI LEBIH PINTAR

FedEx membuat pelaburan strategik dalam FourKites yang akan dimanfaatkan oleh FourKites untuk membangunkan FourKites X untuk membantu mengubah rantaian bekalan global dengan jumlah cerapan data daripada rangkaian kedua-dua syarikat

CHICAGO dan MEMPHIS, Tenn., 23 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- FedEx Corp. (NYSE: FDX) dan syarikat kebolehlihatan rantaian bekalan FourKites hari ini mengumumkan pakatan strategik yang akan menyediakan perniagaan dengan keupayaan kebolehlihatan masa nyata baharu yang lebih teguh untuk membantu menyelesaikan cabaran rantaian bekalan mereka yang paling meluas, menjadi lebih cekap dan membuka peluang pertumbuhan baharu. Peristiwa seperti pandemik COVID-19, isu geopolitik yang berterusan, kesesakan pelabuhan dan gangguan global yang lain telah mendedahkan kerumitan dalam memastikan rantaian bekalan yang saling berkaitan di seluruh dunia berfungsi dan berjalan dengan baik. FedEx dan FourKites bekerjasama untuk menjadikan rantaian bekalan lebih bijak dengan membawa kebolehlihatan yang komprehensif dan sangat terperinci ke dalam operasi berbilang modal dan berbilang pembawa dengan rangkaian yang mendalam dan cerapan yang kaya untuk rangkaian gabungan mereka.

Platform kebolehlihatan masa nyata FourKites telah menyepadukan risikan pada setiap titik rantaian bekalan. Pada masa ini ia menyokong 2.5 juta penghantaran sehari, menghubungkan 50% rantaian bekalan bagi syarikat Fortune 500. Melalui kerjasama ini, FourKites akan menggunakan pembelajaran mesin dan keupayaan kecerdasan buatannya dengan cerapan data daripada rangkaian FedEx – yang menjangkau lebih 220 negara dan wilayah, menghubungkan lebih 99 peratus daripada KDNK dunia, melalui lebih 16.5 juta penghantaran setiap hari – untuk mencipta platform risikan rantaian bekalan hujung ke hujung baharu yang dipanggil FourKites X. FourKites X akan menyediakan alatan dan cerapan untuk membantu pengirim dan pembekal logistik besar mengurangkan kesan cabaran yang berterusan melalui rangkaian tawaran yang terdiri daripada perancangan dinamik dan pra-penghantaran, kepada kebolehlihatan yang dipertingkatkan dan makluman proaktif, untuk membekalkan cerapan pengoptimuman rantaian.

Untuk menyokong perikatan ini dan pelancaran FourKites X, FedEx telah membuat pelaburan strategik dalam FourKites.

"Ini ialah kerjasama yang menarik antara dua peneraju industri dan inovator yang bersatu untuk membuka peluang baharu untuk pelanggan kami," ujar Sriram Krishnasamy, Ketua Pegawai Eksekutif, FedEx Dataworks. "Jika dua tahun lepas telah mengajar kami apa-apa, syarikat perlu bekerjasama untuk bekerja dengan lebih bijak dan pantas. Kerjasama kami dengan FourKites mewujudkan ekosistem data yang akan memberikan tahap kebolehramalan dan kebolehlihatan baharu untuk membantu perniagaan membina rantaian bekalan yang lebih bijak dalam persekitaran perniagaan yang sukar diramal dan rumit hari ini."

"Kami teruja untuk mengumumkan platform inovatif ini dan kerjasama strategik dengan FedEx," ujar Mathew Elenjickal, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif FourKites. "Organisasi kami berkongsi komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada kejayaan pelanggan melalui inovasi strategik. Bersama, kami sedang berusaha untuk membuka masa depan rantaian bekalan global, dibina berdasarkan asas data dan pembelajaran mesin untuk menyampaikan nilai baharu kepada rantaian bekalan global tersebut."

FourKites X – Gambaran Lengkap Bagi Operasi Rantaian Bekalan Global

FedEx Dataworks, unit perniagaan dalam FedEx yang memfokuskan untuk menjadikan rantaian bekalan lebih pintar melalui pendekatan sains data yang berkuasa dan keupayaan pembelajaran mesin, akan menyokong pembangunan FourKites bagi platform baharu, FourKites X, yang akan membantu memberikan pelanggan cerapan yang boleh diambil tindakan yang lebih mendalam, ETA yang lebih tepat dan rantaian bekalan yang lebih pintar untuk mengurangkan turun naik rantaian bekalan dan meningkatkan pertumbuhan barisan teratas.

Platform ini direka bentuk untuk membantu pengirim besar dan penyedia logistik mengenal pasti bidang peluang, seperti:
  • Cara ketua pegawai rantaian bekalan boleh menambah baik perancangan untuk menangani rak kosong dan kelembapan pembuatan
  • Cara syarikat boleh menggunakan data untuk menukar krisis rantaian bekalan kepada peluang untuk meningkatkan pengalaman pelanggan
  • Cara ketua pegawai kewangan boleh mengoptimumkan rantaian bekalan untuk pertumbuhan dan kecekapan
     
"Apabila bercakap tentang data rantaian bekalan, lebih banyak adalah lebih baik," kata Steve Banker, Naib Presiden, Perkhidmatan Rantaian Bekalan di ARC Advisory Group. "Kerjasama antara FourKites dan FedEx adalah luar biasa dalam kedua-dua jumlah data yang akan diagregatkan dan dalam tahap yang boleh meningkatkan masa ketibaan yang diramalkan, perancangan dan banyak lagi. FourKites X boleh menjadi langkah besar ke hadapan untuk pasaran ini."

Pelanggan FourKites X akan dapat menyepadukan platform dengan sistem sedia ada, mereka juga akan dapat menerima keupayaan baharu secara modular dengan sokongan daripada jurutera data, saintis data dan pakar pengalaman pengguna. Penyelesaian FourKites X akan merangkumi aplikasi pra-bina dan papan pemuka intuitif yang akan membolehkan pelanggan membuka kunci perkara seperti makluman cuaca pra-penghantaran dan cerapan rantaian bekalan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FourKites X, klik di sini.

Perihal FedEx Corp.
FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan portfolio pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang luas. Dengan hasil tahunan sebanyak $92 bilion, syarikat itu menawarkan penyelesaian perniagaan bersepadu melalui syarikat operasi yang bersaing secara kolektif, beroperasi secara bekerjasama dan berinovasi secara digital di bawah jenama FedEx yang dihormati. Disenaraikan secara konsisten antara majikan yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia, FedEx memberi inspirasi kepada hampir 550,000 pekerjanya untuk kekal fokus pada keselamatan, standard etika dan profesional yang tertinggi, serta keperluan pelanggan dan komuniti mereka. FedEx komited untuk menghubungkan orang dan kemungkinan di seluruh dunia secara bertanggungjawab dan sumber daya, dengan matlamat untuk mencapai operasi neutral karbon menjelang tahun 2040. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati fedex.com/about.

Perihal FourKites®
Platform kebolehlihatan rantaian bekalan global yang terkemuka FourKites® melanjutkan kebolehlihatan melangkaui pengangkutan ke halaman, gudang, kedai dan seterusnya. Menjejaki lebih daripada 2.5 juta kiriman setiap hari merentasi jalan raya, rel, lautan, udara, bungkusan dan kurier, dan menjangkau lebih daripada 200 buah negara, FourKites menggabungkan data masa nyata dan pembelajaran mesin yang berkuasa tinggi untuk membantu syarikat mendigitalkan rantaian bekalan hujung ke hujungnya. Lebih daripada 1,000 jenama paling terkenal di dunia — termasuk 9 daripada 10 CPG (barangan pengguna yang dibungkus) teratas dan 18 daripada 20 syarikat makanan dan minuman teratas — mengamanahkan FourKites untuk mentransformasikan perniagaannya dan mewujudkan rantaian bekalan yang lebih tangkas, cekap dan mampan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.fourkites.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16017

Wednesday, June 22, 2022

SOFTBANK MELANTIK ALEX CLAVEL SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI SOFTBANK GROUP INTERNATIONAL

 Michel Combes Berundur Selepas Lima Tahun di SoftBank


Clavel Membawa Pengalaman Bertahun-tahun di SoftBank Global kepada Peranan itu

TOKYO, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SoftBank Group Corp. (“SoftBank”) hari ini mengumumkan bahawa Alex Clavel, pada masa ini sebagai Rakan Pengurusan di SoftBank Group International (“SBGI”), telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi SBGI, berkuat kuasa 30 Jun, 2022. Encik Clavel akan menggantikan Michel Combes, yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan SoftBank bagi meneroka peluang-peluang baharu.

Encik Clavel akan membawa bersama tujuh tahun pengalaman kepimpinan di SoftBank merentasi Tokyo, Lembah Silikon dan New York kepada peranan itu, di mana beliau akan menyelia operasi dan portfolio pelaburan SBGI, termasuk kepentingan mereka di dalam Boston Dynamics, SoFi, Fortress, T-Mobile, Arm, di antara syarikat portfolio lain. Bersama-sama dengan SoftBank Vision Funds, SBGI adalah bertanggungjawab untuk semua aktiviti SoftBank Group Corp. di luar Jepun, termasuk merentasi Eropah, Amerika Syarikat, Asia dan Amerika Latin.

Masayoshi Son, Pengarah Perwakilan, Pegawai Korporat, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif bagi SoftBank Group Corp., berkata, “Membina di atas lebih daripada dua dekad pengalaman di dalam pembangunan korporat dan pelaburan, Alex telah lama menjadi pemimpin yang dipercayai di SoftBank dalam pelbagai lokasi di seluruh dunia. Saya yakin bahawa pengalaman beliau – digabungkan dengan pasukan SoftBank yang mantap di sekeliling beliau – akan memberi manfaat kepada kami ketika kami meneruskan perjalanan kami sebagai Kapitalis Berwawasan.”

Encik Son berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Michel di atas sumbangan penting beliau kepada SoftBank sepanjang lima tahun yang lalu. Beliau telah memainkan satu peranan penting di dalam beberapa pelaburan dan aset kami yang paling penting, dan saya mengharapkan yang terbaik untuk beliau dengan rancangan masa depan beliau. Saya gembira beliau akan kekal sebagai sebahagian daripada keluarga SoftBank dengan terus mewakili kami di pelbagai portfolio dalam beberapa lembaga syarikat.”

Encik Clavel mengulas, “Saya berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh Masa kepada saya untuk mengetuai SBGI dan saya bertuah kerana dapat bekerja bersama-sama dengan Michel. Saya teruja untuk membina di atas kejayaan kami dan bagi segala apa yang akan datang.”

Encik Combes berkata, “Adalah begitu menyeronokkan untuk bekerja dengan Masa dan pasukan berbakat itu di seluruh SoftBank. Saya akan meninggalkan SoftBank dengan perasaan bangga kerana telah mencapai apa yang saya ingin lakukan di sini, termasuk mengubah Sprint dan melaksanakan penggabungannya dengan T-Mobile, mengubah semula kedudukan WeWork dan berjaya membawanya menjadi sebuah syarikat awam, dan, yang terbaharu, penyepaduan SoftBank Latin America Funds ke dalam Vision Fund, serta menyelia pelaburan strategik SoftBank di dalam syarikat portfolio Perancis dan Eropah. Saya berbesar hati untuk menyerahkan baton itu kepada Alex. Beliau telah menjadi rakan saya sepanjang dua tahun yang lalu dan saya yakin beliau berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin pasukan itu dan meneruskan kejayaan kami pada masa hadapan.”

Maklumat Biografi Alex Clavel

Yang paling terbaharu, Encik Clavel telah bertanggungjawab untuk menguruskan beberapa platform pelaburan antarabangsa SoftBank di luar Vision Funds, termasuk T-Mobile, Deutsche Telecom, WeWork dan OneWeb. Beliau berkhidmat sebagai seorang pengarah dalam lembaga pengarah bagi beberapa buah syarikat dan instrumen pelaburan, termasuk Arm China, Boston Dynamics, InMobi, SB Energy, Goggo, dan Levere Holdings Corp. Encik Clavel menyertai SoftBank di Tokyo pada tahun 2015 dan bekerja di pejabat SoftBank di Lembah Silikon sebelum berpindah ke New York dengan SoftBank pada tahun 2018.

Sebelum menyertai SoftBank, Encik Clavel telah berkhidmat selama 19 tahun di Morgan Stanley di dalam perbankan pelaburan, di mana beliau memberi tumpuan kepada penggabungan dan pemerolehan teknologi, media dan telekom. Beliau memperoleh ijazah dari Universiti Princeton dan boleh bertutur bahasa Perancis, Jepun dan Cina Mandarin.

Maklumat mengenai Kumpulan SoftBank

Kumpulan SoftBank melabur di dalam teknologi terobosan untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi orang ramai di seluruh dunia. Kumpulan SoftBank terdiri daripada SoftBank Group Corp. (TOKYO: 9984), sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang termasuk kepentingan di dalam telekomunikasi, perkhidmatan internet, AI, robotik pintar, loT dan penyedia teknologi tenaga bersih; SoftBank Vision Funds, yang melabur lebih dari AS$140 bilion untuk membantu usahawan luar biasa mengubah industri dan membentuk industri baharu; SoftBank Latin America Funds bernilai AS$8 bilion, dan pelaburan di dalam pengasas yang kurang diwakili, termasuk SB Opportunity Fund, sebuah dana bernilai lebih AS$100 juta yang melabur di dalam perusahaan yang diasaskan oleh usahawan berkulit hitam, latin dan orang asli di Amerika Syarikat, dan program Emerge global SoftBank Investment Advisers. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://group.softbank/en.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220621006036/en/

Hubungi

Jepun:
sbpr@softbank.co.jp
+81 3 6889 2300

Amerika Syarikat:
FGS Global
Benjamin Spicehandler / Hannah Dunning
SoftBank-SVC@sardverb.com

Sumber : SoftBank Group Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16014

Monday, June 20, 2022

PERSEKITARAN PERNIAGAAN QIANHAI YANG DIOPTIMUMKAN MENYOKONG USAHAWAN WANITA HONG KONG DENGAN LEBIH BAIK

SHENZHEN, China, 20 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 15 Jun, satu acara yang bertemakan “Orang Cina dengan Akar Umbi Yang Sama; Karnival Shenzhen-Hong Kong yang Berkait Rapat” telah diadakan di Qianhai, wilayah Guangdong di China Selatan, dan disiarkan secara langsung di Hong Kong dan Macau secara serentak. Dengan dihadiri oleh usahawan wanita Hong Kong dari Hab Usahawan dan Inovasi Muda Qianhai Shenzhen-Hong Kong (QSHKYIEH), acara itu adalah untuk meraikan ulang tahun ke-25 kepulangan Hong Kong kepada negara China, menurut Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong.

“Strategi Pembangunan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau-Pangkalan Usahawan dan Inovasi Wanita Nasional” telah ditubuhkan oleh QSHKYIEH pada tahun 2019 dan sehingga kini, pangkalan itu telah menginkubasi sejumlah 41 pasukan keusahawanan wanita.

Sehingga kini, usahawan wanita dari Hong Kong memainkan satu peranan penting di kalangan usahawan muda Qianhai. Satu contoh ialah Sisley Cheng, naib presiden bagi Dewan Perniagaan Hong Kong Qianhai dan seorang pemimpin bagi QSHKYIEH-Pangkalan Usahawan dan Inovasi Wanita Nasional. Beliau mula menetap di Qianhai pada tahun 2018. “Apa yang menarik perhatian saya di sini ialah persekitaran yang indah, kehijauan yang menyenangkan dan pemandangan bandar yang serba moden. Ia juga mudah untuk ke sana dan ke mari. Syarikat saya di Hong Kong sangat hampir dengan Qianhai, lazimnya setengah jam pemanduan.”

Pada tahun 2020, Sisley Cheng memindahkan kerjaya beliau ke Qianhai juga. Di Hab itu, beliau telah melancarkan “Program Pemecut Kerja Teluk”, yang membantu syarikat-syarikat Hong Kong untuk dengan cepat beroperasi di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau dengan mengurangkan kos operasi. “Apabila memulakan sesuatu perniagaan, anda seringkali mengalami kekeliruan ini atau itu. Di Pangkalan Usahawan dan Inovasi Wanita Nasional, aktiviti latihan dan pertukaran boleh memberikan usahawan wanita Hong Kong di Qianhai dengan idea untuk mengatasi kekeliruan mereka,” kata Sisley Cheng.

Usahawan wanita Hong Kong di Qianhai adalah lebih sibuk daripada yang boleh dibayangkan. Ruby Fang adalah di antara mereka yang sibuk ini.

Daripada belajar undang-undang di luar negara sehingga kepada melakukan perubahan kerjaya yang sepenuhnya kepada menjadi seorang pereka fesyen profesional, Fang tidak pernah mengalami ketiadaan halo: Sepuluh Orang Muda Cemerlang Hong Kong, pengasas bagi jenama pakaian busana anggun Ruby Fang, dll. Namun, beliau masih tidak berani untuk bersikap alpa dalam kerjaya keusahawanan di Qianhai. Seperti yang digambarkan beliau, “Sebaik sahaja saya membuka mata, persaingan bermula.”

Inilah keadaan sebenar bagi usahawan wanita di QSHKYIEH. Seperti Ruby Fang, banyak pasukan keusahawanan wanita Hong Kong yang lain sedang mencari lebih banyak kemungkinan di sini.

Qianhai menarik lebih ramai wanita untuk memulakan usaha bagi persekitaran perniagaan yang sentiasa dioptimumkan. “Apa yang saya kagum mengenai Qianhai adalah ‘keremajaan’ dan ‘perkhidmatannya’,” kata Sisley Cheng. “Rakan-rakan keusahawanan wanita di sekeliling saya semuanya menyukai suasana di Qianhai.”

Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada keusahawanan wanita Hong Kong, Qianhai dikatakan sentiasa meningkatkan persekitaran perniagaan mereka. Sejak kebelakangan ini, ia telah menjalankan “Program Perkhidmatan Bakat dan Sokongan," dengan menyepadukan 451 perkhidmatan untuk bakat-bakat antarabangsa di dalam kerajaan, perniagaan dan kehidupan, dengan membentuk satu liputan penuh perkhidmatan bakat awam di Qianhai. “Apa jua kesukaran yang mungkin dihadapi oleh usahawan wanita, dalam pekerjaan atau kehidupan, kami boleh mendapat maklumat balas yang pantas selepas berkomunikasi dengan Pentadbiran Qianhai atau QSHKYIEH,” kata Sisley Cheng.

Persekitaran perniagaan Qianhai yang baik dan suasana mesra memberikan ahli perniagaan wanita Hong Kong yang datang untuk menjadikan impian mereka lebih besar lebih yakin dan memikirkan mengenai masa depan. Sama seperti kata Ruby Fang, sebagai seorang usahawan wanita, cara untuk hidup dan bekerja dengan penuh bermakna dalam era baharu itu adalah satu subjek yang wajar untuk dipelajari. Prospek “Kuasa Wanita” mempunyai harapan di Qianhai.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong 

--BERNAMA

Sunday, June 19, 2022

NANSHA DI CHINA MENYUNTIK DORONGAN BAHARU KE DALAM PEMBUKAAN DAN KERJASAMA DI DALAM GBA

GUANGZHOU, China, 20 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Majlis Negara China telah mengeluarkan satu pelan keseluruhan untuk menggalakkan kerjasama yang menyeluruh di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau dengan memperdalamkan lagi keterbukaan di daerah Nansha di wilayah Guangdong, China Selatan, demikian menurut satu pekeliling yang dikeluarkan pada 14 Jun.

Nansha akan meningkatkan kerjasama sedemikian untuk membinanya menjadi sebuah pusat bagi kepentingan strategik yang bekerjasama dengan Hong Kong dan Macau dan memberi manfaat kepada Kawasan Greater Bay (GBA) dan seterusnya, kata pekeliling itu. Daerah itu bersedia untuk memacukan lagi kerjasama dan keterbukaan di dalam GBA ketika ia menerima satu peluang untuk berkembang daripada pusat geografi rantau itu kepada satu peranan fungsian utama.

Daerah itu bersambung dengan ketara kepada kluster bandar di GBA kerana ia berfungsi sebagai satu-satunya gerbang masuk Guangzhou ke laluan laut. “Kira-kira 38 batu nautika dari Hong Kong dan 41 batu nautika dari Macau, Nansha boleh dihubungkan ke 11 bandar raya GBA dan lapangan terbang antarabangsa Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong dalam satu radius 100 kilometer,” kata Dong Ke, datuk bandar bagi Nansha. Daerah itu telah menempatkan bangunan bagi satu “bulatan pengangkutan setengah jam” pada satu laluan pantas sejak bermulanya pembinaan GBA itu. Ia menyediakan asas yang lebih kukuh untuk kerjasama dengan Hong Kong dan Macau bagi membangunkan Nansha menjadi pintu bagi keterbukaan peringkat tinggi, menurut Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar raya Guangzhou.

NANSHA DI CHINA MENYUNTIK DORONGAN BAHARU KE DALAM PEMBUKAAN DAN KERJASAMA DI DALAM GBA

Saturday, June 18, 2022

MYTHICAL GAMES MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN PENERBIT PERMAINAN TERKEMUKA KOREA SELATAN KAKAO GAMES SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PENGEMBANGAN APAC

Mythical akan menyertai majlis tadbir urus bagi platform blok rantai Kakao Games dan ekosistem Lapisan 2 BORA untuk menyokong pertumbuhan bagi permainan main untuk peroleh di Asia

LOS ANGELES, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Studio permainan blok rantai generasi akan datang Mythical Games telah mengumumkan satu perkongsian dengan Kakao Games, penerbit terkemuka Korea Selatan bagi permainan dalam talian dan mudah alih. Melangkah ke hadapan, Mythical akan menyepadukan dan menyokong BORANETWORK – sebuah sekutu bagi Kakao Games dan blok rantai proprietari mereka serta ekosistem lapisan 2 – ketika kedua-dua entiti meneruskan pengembangan mereka di Asia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220616005337/en/

Ekosistem Web3 Mythical Games membolehkan pemain, pencipta dan artis untuk menikmati satu pengalaman permainan tanpa geseran melalui pemilikan satu koleksi permainan digital. Pada awal bulan ini, Mythical mengumumkan satu perkongsian yang pertama seumpamanya dengan NFL untuk mengeluarkan permainan liga yang pertama yang berasaskan blok rantai. Permainan utama mereka, Blankos Block Party, baru-baru ini bekerjasama dengan jenama fesyen Burberry dan artis muzik elektronik Deadmau5.

Sebagai tambahan kepada penyepaduan itu, Mythical akan menyertai jawatankuasa validator dan tadbir urus nod BORA, satu peristiwa penting bagi kedua-dua pihak ketika mereka terus berkembang ke pasaran global.

Rudy Koch, Pengasas Bersama di Mythical Games, berkata, “Kami sangat teruja untuk menyertai jawatankuasa validator dan tadbir urus nod BORA itu. Kami melihat BORA bukan sahaja sebagai satu blok rantai generasi akan datang, tetapi juga sebagai sebuah peneraju di dalam membawa hiburan ke Web3 di Korea – memberikan mereka satu kelebihan unik yang tiada protokol lain mempunyainya. Dengan pengembangan Mythical ke Seoul pada awal tahun ini, kami berminat untuk menyelaraskan secara strategik dengan pemimpin di rantau itu.”

BORANETWORK CBO Young-joon Lim berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Mythical Games dan mengalu-alukan penyertaan mereka di BORA. Mythical Games adalah sebuah perintis dan berpandangan jauh dalam Web3 membina ekonomi permainan ‘bermain dan peroleh’,” dan menambah, “Kami akan meneroka peluang promosi bersilang dan kerjasama yang berpotensi untuk mewujudkan sinergi di antara setiap platform.”

Maklumat mengenai Mythical Games

Diiktiraf oleh Syarikat-syarikat Teknologi Disruptif Forbes Untuk Diperhatikan pada tahun 2019 dan Idea Perubahan Dunia Syarikat Pantas 2021, Mythical ialah sebuah syarikat teknologi permainan generasi akan datang yang mencipta sebuah ekosistem permainan Web3 dengan memanfaatkan teknologi blok rantai dan NFT yang boleh dimainkan untuk peranti yang membolehkan pemain, pencipta, artis, jenama, dan pembangun permainan untuk menjadi pemegang kepentingan dan pemilik dalam ekonomi permainan “bermain dan peroleh” baharu.

Diketuai oleh veteran industri permainan, pasukan itu pakar di dalam membina permainan di sekitar ekonomi milik pemain dan telah membantu membangunkan francais utama termasuk Call of Duty, World of Warcraft, Guitar Hero, DJ Hero, Marvel Strike Force dan Skylanders.

Mythical Platform melindungi pemain yang mungkin baharu kepada blok rantai melalui sebuah dompet penjagaan untuk item digital mereka, sambil membenarkan pemain yang lebih maju dengan kebebasan untuk menghubungkan dompet mereka sendiri melalui jambatan di antara Mythical Chain dan mainnet awam. Dengan tumpuan mereka “mengutamakan pemain”, Platform Mythical memastikan pemain tidak perlu menyelami ke dalam selok-belok blok rantai untuk menikmati pemilikan bagi koleksi digital mereka dan mempunyai satu pengalaman permainan yang hebat.

Maklumat mengenai Kakao Games

Kakao Games ialah sebuah penerbit terkemuka bagi permainan dalam talian dan mudah alih. Diasaskan pada tahun 2016, ia bertanggungjawab untuk menerbitkan pelbagai permainan, termasuk  PlayerUnknown's Battlegrounds dari Krafton (tersedia di Korea), Guardian Tales dari Kong Studios (tersedia di Korea, Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Oceania), Moonlight Sculptor dari XL Games (tersedia di Korea, Amerika Utara, Eropah dan Taiwan), dan tambahan terbaharu mereka, 'Odin: Valhalla Rising' dari Lion Heart Studio (tersedia di Korea dan Taiwan). Kakao Games mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran blok rantai dan ekosistem permainan Web3.

Maklumat mengenai METABORA

METABORA adalah sebuah ahli gabungan Kakao Games dan syarikat induk bagi BORANETWORK yang memberi tumpuan kepada pembangunan permainan dan ekosistem permainan berasaskan blok rantai. Portfolio mereka termasuk permainan mudah alih seperti ‘Friends Popcorn’, ‘Friends Town’ dan ‘Friends Shot’ berdasarkan pada harta intelek (IP) Kakao Friends. METABORA sedang mengembangkan platform mereka melangkaui permainan tradisional untuk menumpukan kepada pembangunan teknologi blok rantai dan Metaverse. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16000

Friday, June 17, 2022

SUMO LOGIC DINAMAKAN SEBAGAI PENCABAR DALAM GARTNER® MAGIC QUADRANT™ FOR APPLICATION PERFORMANCE MONITORING AND OBSERVABILITY

REDWOOD CITY, Calif., 17 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sumo Logic (NASDAQ: SUMO), platform analitik SaaS untuk mendayakan aplikasi yang boleh dipercayai dan selamat asli-awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dimasukkan bagi kali pertama dan diletakkan oleh Gartner dalam Challengers Quadrant bagi 2022 Magic Quadrant for Application Performance Monitoring and Observability.1

“Kami percaya bahawa posisi kami sebagai Pencabar ialah bukti kepada kemampuan Sumo Logic untuk membekalkan peralatan asli-awan kepada perusahaan untuk memberikan pengalaman digital yang boleh dipercayai mengikut skala,” kata Erez Barak, NP Pembangunan Produk bagi Pemerhatian di Sumo Logic. “Pemerhatian tindanan penuh bermula dengan meringkaskan cara log, metrik dan surih dikumpulkan untuk memberikan setiap kelebihan yang tersedia untuk menguruskan aplikasi moden kepada organisasi.”

Sebagai platform analitik SaaS asli-awan, Sumo Logic mengubah data yang dijana mesin, termasuk log, metrik, dan surih, menjadi wawasan waktu nyata. Platform ini menangani kerumitan transformasi digital, aplikasi moden dan pemindahan awan dengan membantu pelanggan menjamin kebolehpercayaan aplikasi dan menguruskan serta mengoptimisasikan infrastruktur multi-awan.

Sambung Barak, “Strategi kami untuk menerima sumber terbuka dan mengasaskan OpenTelemetry sebagai standard pengumpulan kami, serta memberi pelanggan kuasa untuk mengawal kos data – dikukuhkan oleh warisan asli-awan kami – hanyalah beberapa contoh perkara yang membezakan kami dalam industri ini serta mengukuhkan kedudukan kami dalam pengurusan aplikasi moden dan kebolehperhatian tindanan penuh.”

Kuadran Pencabar APM dan Kebolehperhatian terdiri dari vendor dengan capaian pasaran yang luas dan penggunaan besar-besaran. Vendor dalam kuadran ini biasanya mempunyai kebolehan pelaksanaan yang kuat dan jualan yang banyak serta kehadiran jenama yang dihimpunkan dari syarikat secara keseluruhannya, jika bukan secara langsung dari aktivitinya yang berkaitan-APM. Sesetengah vendor sebelum ini mungkin telah menjadi antara pencapai prestasi tertinggi dalam pasaran dan, kerana itu, menawarkan portfolio produk yang luas. Vendor dalam kuadran ini boleh mengubah tawaran produk dan fokus pasaran mereka. Dalam kes-kes tertentu, tawaran APM mereka sering diposisikan sebagai elemen penyelesaian lebih besar yang mungkin menjangkaui luar batasan ITOM.

Laporan “2022 Magic Quadrant for Application Performance Monitoring and Observability,” tersedia untuk muat turun:
https://www.sumologic.com/brief/gartner-apm-and-observability-magic-quadrant/

Perihal Kebolehperhatian Sumo Logic
[1] Gartner, “Application Performance Monitoring and Observability Magic Quadrant,” Padraig Byrne, Gregg Siegfried, Mrudula Bangera, Jun 7, 2022.

Penafian Gartner:
Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya dalam A.S. dan antarabangsa serta digunakan dalam ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor yang mempunyai penarafan tertinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Perihal Sumo Logic
Sumo Logic, Inc. (NASDAQ: SUMO) memberi kuasa kepada mereka yang memperkasakan perniagaan digital moden. Melalui platform analisis SaaS, Sumo Logic membolehkan pelanggan menyampaikan aplikasi natif awan yang boleh dipercayai dan selamat, Continuous Intelligence Platform™ Sumo Logic membantu pengamal dan pembangun memastikan kebolehpercayaan aplikasi, menjamin dan melindungi daripada ancaman keselamatan moden, dan memperoleh pemahaman mengenai infrastruktur awan mereka. Pelanggan di seluruh dunia bergantung pada Sumo Logic untuk mendapatkan analisis masa nyata yang berkeupayaan tinggi dan pemahaman dari segi kebolehcerapan dan penyelesaian keselamatan untuk aplikasi natif awan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.sumologic.com.

Sumo Logic ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Sumo Logic di Amerika Syarikat dan di negara-negara asing. Semua nama syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemiliknya masing-masing.

Sebarang maklumat mengenai tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian lain, termasuk tarikh keluaran, tertakluk pada perubahan tanpa notis. Pembangunan, keluaran dan masa bagi mana-mana tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian yang diterangkan di sini kekal mengikut budi bicara mutlak Sumo Logic dan tidak boleh bergantung padanya untuk membuat keputusan mengenai pembelian, mahu pun sebagai representasi, jaminan atau komitmen untuk menyampaikan tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian khusus pada masa hadapan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16001

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...