Monday, June 13, 2022

RECOVER™ MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN DENGAN PELABURAN EKUITI MINORITI $100 JUTA DIKETUAI OLEH GOLDMAN SACHS ASSET MANAGEMENT, BEKERJASAMA DENGAN PELABUR SEDIA ADA STORY3 CAPITAL PARTNERS





Pelaburan Ekuiti Baharu Datang ketika Kelestarian Menjadi satu Keutamaan Yang Lebih Besar bagi Peruncit dan Jenama Global Terkemuka


MADRID, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recover™, sebuah syarikat sains bahan terkemuka dan pengeluar bagi adunan gentian kapas kitar semula dan gentian kapas premium yang mapan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu pelaburan modal ekuiti minoriti baharu bernilai $100 juta yang diketuai oleh perniagaan Pelaburan Lestari di dalam Goldman Sachs Asset Management (Goldman Sachs). Goldman Sachs membuat pelaburan bersama dengan pemegang saham majoriti STORY3 Capital Partners.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220607005869/en/

Recover akan menggunakan pelaburan itu untuk mempercepatkan pengembangan global dan kapasiti pengeluaran mereka, membolehkan penerimaan lebih pantas bagi inisiatif kelestarian oleh jenama dan peruncit terkemuka. Recover memberi perkhidmatan kepada beberapa peruncit, jenama dan vendor terbesar dan paling dikenali di dunia, termasuk, antara lain, Primark, Inditex, C&A, Revolve dan Lands’ End.

Gentian kapas kitar semula proprietari Recover mengurangkan keamatan karbon dan air bagi rantaian bekalan pakaian, menangani sumbangan sektor pakaian kepada satu daripada sumber terbesar bagi degradasi alam sekitar di dunia. Recover menganggarkan bahawa pelaburan baharu itu meletakkan Recover pada satu laluan untuk meningkatkan pengeluaran mereka kepada lebih 350,000 tan metrik bagi gentian kapas kitar semula setahun menjelang tahun 2026, menjimatkan sehingga 5 trilion liter air setiap tahun—bersamaan dengan air minuman yang digunakan oleh lebih 4.5 bilion orang setiap tahun—dan membolehkan pengurangan ketara bagi pelepasan karbon, tenaga dan penggunaan tanah berbanding dengan gentian kapas konvensional, berdasarkan kepada penyelidikan industri.*

“Goldman Sachs komited untuk bekerjasama dengan perniagaan berinovatif yang membantu memacukan kelestarian,” kata Letitia Webster, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Kelestarian di Bahagian Goldman Sachs Asset Management. “Recover ialah sebuah disruptor terkemuka atau yang membuat perubahan radikal dalam industri di dalam bidang pakaian dan tekstil dengan penyelesaian lestari yang amat diperlukan berasaskan sains bahan. Kami teruja untuk melabur di dalam pertumbuhan Recover bagi mempercepatkan pengeluaran berskala dan pembangunan berterusan bagi teknologi mereka.” Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Webster akan menyertai Lembaga Pengarah Recover.

“Recover membantu mewujudkan sebuah masa depan yang mapan dengan menyelesaikan isu alam sekitar yang besar dan kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Goldman Sachs untuk mempercepatkan pertumbuhan kami,” kata Alfredo Ferre, pengelola keluarga generasi keempat dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Recover. Ben Malka, Rakan Operasi di STORY3 Capital Partners dan Pengerusi Eksekutif bagi Recover, menyatakan, “Recover telah menyempurnakan seni dan sains bagi pengeluaran berskala untuk gentian kapas kitar semula yang mapan selama lebih 70 tahun merentasi pelbagai generasi keluarga Ferre di Sepanyol. Hari ini, Recover menawarkan satu penyelesaian yang berasaskan IP proprietari yang menyediakan gentian kapas kitar semula berdaya saing bagi kos dan berprestasi maksimum untuk kedua-dua aplikasi rotor dan penspinan gelang.”

Jenama Recover itu adalah satu bahagian penting di dalam komitmen dan kelayakan kelestarian peruncit dan jenama terkemuka, dan semakin ramai pelanggan Recover adalah produk penjenamaan bersama dengan Recover untuk mempamerkan bahawa mereka telah dihasilkan dengan gentian kapas kitar semula syarikat itu. Beroperasi dalam pasaran kapas bernilai $50 bilion, Recover ialah sebuah inovator terkemuka dan perniagaan yang mendefinisikan kategori yang telah mengalami pertumbuhan pesat. Syarikat itu telah membuka hab pengeluaran baharu di Pakistan dan Bangladesh, dengan hab tambahan di Bangladesh dan Vietnam bakal dibuka dalam tempoh terdekat.

“Bagi perubahan untuk berlaku pada skala yang merentasi industri fesyen, kami memerlukan perkongsian dan kerjasama dengan inovator seperti Recover,” kata Lynne Walker, Pengarah bagi Primark Cares, Primark. “Apabila kami meningkatkan penggunaan gentian kapas kitar semula Recover dalam produk Primark, pelaburan ini akan membolehkan kami untuk memenuhi ikrar kami bagi menjadikan fesyen yang lebih mapan mampu untuk dimiliki oleh berjuta-juta pelanggan.”

Peter Comisar, Rakan Pengurusan di STORY3 Capital Partners dan bekas Rakan Kongsi di Goldman Sachs, berkata, “Kami amat berbangga kerana kerjasama kami dengan Recover telah membolehkan perniagaan itu untuk meningkat secara mendadak sejak pengambilalihan kami pada tahun 2020. Pada tahun-tahun akan datang, kami akan menyaksikan transformasi secara radikal bagi industri besar dengan penyelesaian yang mapan. Recover berada pada kedudukan yang unik untuk menjadi peneraju global di dalam gentian kapas yang mapan dan kami teruja untuk bekerjasama dengan Goldman Sachs pada fasa seterusnya di dalam evolusi Recover.”

*Sumber: Kajian LCA disahkan oleh AITEX, Universitat de València dan UNESCO.

Maklumat mengenai Recover™


Recover™ ialah sebuah syarikat sains bahan terkemuka dan pengeluar global bagi adunan gentian kapas kitar semula dan gentian kapas berkualiti tinggi yang berimpak rendah. Produknya yang premium, mesra alam, berkos kompetitif dicipta dengan kerjasama rantaian bekalan bagi pembekal dan jenama global, dengan menawarkan satu penyelesaian yang mapan untuk mengatasi masalah dalam fesyen. Sebagai syarikat generasi keempat milik keluarga, dengan mempunyai sejarah selama 70 tahun di dalam industri tekstil, Recover sedang dalam satu misi untuk meningkatkan teknologi proprietari mereka untuk memberi kesan positif yang berkekalan terhadap alam sekitar dan bekerjasama dengan jenama/peruncit dan pembuat perubahan lain untuk memenuhi sasaran kelestarian industri itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.recoverfiber.com dan ikuti @recoverfiber di media sosial.

Maklumat mengenai STORY3 Capital Partners

STORY3 ialah sebuah pengurus pelaburan alternatif terkemuka yang tertumpu secara eksklusif kepada rantaian nilai pengguna, termasuk perniagaan di persilangan pengguna dan kelestarian. Sejak penubuhan firma itu pada Oktober 2018, pasukan STORY3 telah memperoleh, mengatur dan melaksanakan lebih $1 bilion urus niaga modal dalam perniagaan yang berhadapan dengan pengguna. STORY3 menggunakan satu strategi pelaburan yang fleksibel dan menggandingkan kepakaran industri yang mendalam, sokongan operasi dan pengalaman transaksional yang unik untuk menyokong penciptaan nilai bagi rakan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.story3capital.com.

Maklumat mengenai Goldman Sachs Asset Management

Dengan menggabungkan pelaburan tradisional dan alternatif, Goldman Sachs Asset Management menyediakan kepada pelanggan di seluruh dunia dengan satu perkongsian khusus dan memberi tumpuan kepada prestasi jangka panjang. Sebagai bidang pelaburan utama di dalam Goldman Sachs (NYSE: GS), kami menyampaikan perkhidmatan pelaburan dan nasihat untuk institusi terkemuka dunia, penasihat kewangan dan individu, dengan menggunakan rangkaian global kami yang bersambung secara mendalam dan pandangan pakar yang disesuaikan, merentasi setiap rantau dan pasaran—mengawasi lebih $2 trilion dalam aset di bawah seliaan di seluruh dunia setakat 31 Mac, 2022. Dengan didorong oleh semangat untuk prestasi pelanggan kami, kami berusaha untuk membina perhubungan jangka panjang berdasarkan kepada keyakinan, hasil yang mapan dan kejayaan yang dikongsi dari semasa ke semasa. Ikuti kami di LinkedIn.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220607005869/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Bagi pihak Recover dan STORY3
Stacy Berns / Michael McMullan
Kumpulan Berns Communications
sberns@bcg-pr.com / mmcmullan@bcg-pr.com

Bagi pihak Goldman Sachs
Avery Reed
Goldman Sachs & Co. LLC
Avery.Reed@GS.com
+1 212 902 5400

Sumber : Recover

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15969

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...