Saturday, June 4, 2022

KONSORTIUM YANG DIKETUAI OLEH TODD BOEHLY DAN CLEARLAKE CAPITAL MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN KELAB BOLA SEPAK CHELSEA

Pemilik baharu kawalan bersama itu komited kepada pertumbuhan dan membina di atas tradisi kecemerlangan bola sepak yang tiada tandingannya 

LONDON, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Konsortium itu yang diketuai oleh Todd Boehly, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Eldridge, dan Clearlake Capital Group, L.P. (bersama dengan sekutu mereka, “Clearlake”), hari ini mengumumkan penyempurnaan pemindahan pemilikan bagi Kelab Bola Sepak Chelsea (“Chelsea FC” atau “Kelab itu”). Konsortium itu juga termasuk Hansjörg Wyss, pengasas bagi Yayasan Wyss, dan Mark Walter, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Guggenheim Capital. Walter dan Boehly adalah pemilik Los Angeles Dodgers, Los Angeles Lakers, dan Los Angeles Sparks. Urus niaga itu telah mendapat kesemua kelulusan yang diperlukan daripada Kerajaan United Kingdom, Liga Perdana dan pihak berkuasa yang lain.

Di bawah terma perjanjian itu, Boehly dan Clearlake akan berkongsi kawalan bersama dan tadbir urus yang sama rata bagi Kelab itu. Boehly akan berkhidmat sebagai Pengerusi bagi syarikat induk itu.

Boehly dan Clearlake adalah komited untuk melabur di dalam bidang-bidang utama yang akan meluaskan dan meningkatkan daya saingan Chelsea, termasuk pembangunan semula Stamford Bridge, pelaburan selanjutnya di dalam Akademi itu, Pasukan Wanita dan stadium Kingsmeadow. Pemilik itu juga akan meneruskan usaha penting Yayasan Chelsea.

“Kami amat berbesar hati untuk menjadi penjaga baharu bagi Kelab Bola Sepak Chelsea,” kata Boehly. “Kami semua terlibat – 100% – setiap minit bagi setiap perlawanan. Visi kami sebagai pemilik adalah jelas: kami mahu menjadikan peminat bangga. Seiring dengan komitmen kami untuk membangunkan skuad remaja dan memperoleh bakat terbaik, rancangan tindakan kami adalah untuk melabur di dalam Kelab itu untuk tempoh jangka panjang dan membina di atas sejarah kejayaan luar biasa Chelsea. Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri dan pegawai di dalam kerajaan Britain, dan Liga Perdana, di atas semua usaha mereka dalam menjayakan perkara ini.”

Behdad Eghbali dan José E. Feliciano, pengasas bersama dan rakan pengurusan Clearlake, berkata, “Kami teruja untuk memberikan komitmen sumber untuk meneruskan peranan utama Chelsea dalam bola sepak Inggeris dan global, dan sebagai sebuah enjin untuk pembangunan bakat bola sepak. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa di atas semua usaha mereka sepanjang proses itu. Sebagai perintis di dalam pelaburan sukan dan media, kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Todd dan seluruh konsortium itu untuk mengembangkan Kelab berkenaan secara bermakna sebagai sebuah platform global. Bersama-sama, kami akan mengembangkan pelaburan Kelab itu merentasi infrastruktur, teknologi dan sains sukan bagi menyokong pasukan bola sepak dan pasukan komersil Chelsea yang luar biasa – kesemuanya dengan matlamat untuk memanfaatkan pertumbuhan ini bagi menjanakan lebih banyak kejayaan di atas padang.” 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...