Wednesday, June 1, 2022

FPT SOFTWARE MEMBENTUK PAKATAN PERNIAGAAN BAHARU DENGAN LANDING AI, MEMPROMOSIKAN TEKNOLOGI PEMERIKSAAN VISUAL


FPT Software mengumumkan perkongsian dengan Landing AI (Grafik: Business Wire)


 HANOI, Vietnam, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Firma IT terkemuka Vietnam, FPT Software, baru-baru ini menjalin satu perkongsian strategik dengan AI Lembah Silikon dan peneraju visi mesin Landing AI. Kedua-dua buah syarikat akan memanfaatkan kepakaran Kecerdasan Buatan (AI) mereka, menggunakan penyelesaian pemeriksaan visual hujung ke hujung, dan menggalakkan penggunaan visi komputer merentasi industri.


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220529005093/en/

FPT Software akan mempromosikan produk utama Landing AI, LandingLens™, sebuah platform Pengurusan Pengoperasian Model Pembelajaran Mesin (MLOps) perusahaan yang membina, mengulangi dan mengoperasikan penyelesaian pemeriksaan visual yang dikuasakan oleh AI. Dengan memanfaatkan teknologi pembelajaran mendalam, platform ini membolehkan perusahaan untuk menganalisis prosedur pemeriksaan, menilai keadaan produk, mengalih keluar produk yang rosak dan banyak lagi. Pengguna kemudian memperoleh ketepatan yang dipertingkatkan dan proses yang dipermudahkan untuk menskalakan dengan pantas sambil mengoptimumkan kos operasi.

Menurut Encik Pham Minh Tuan, Ketua Pegawai Eksekutif FPT Software, pakatan strategik ini memperluaskan keupayaan AI syarikat itu dan memanfaatkan asas pelanggan mereka yang besar di peringkat global. “Kami teruja untuk berganding bahu dengan Landing AI bagi menyampaikan penyelesaian pemeriksaan visual yang bertaraf dunia kepada pelanggan kami di seluruh dunia,” kata Tuan. “Sama ada pembuatan, automotif, farmaseutikal atau makanan dan minuman, semua sektor memerlukan ketekalan di dalam kualiti produk mereka. Saya yakin bahawa perkongsian kami dapat membantu syarikat-syarikat di dalam industri tersebut meningkatkan kawalan kualiti mereka dengan data yang lebih baik.”

“AI semakin tersebar luas di seluruh industri, dengan menawarkan banyak faedah yang tidak dapat dipertikaikan kepada perusahaan,” kata Encik Nguyen Xuan Phong, Ketua Pegawai Kecerdasan Buatan FPT Software. “Pusat AI kami menyelesaikan masalah dunia sebenar dengan mengubah penyelidikan AI yang canggih kepada produk dan perkhidmatan yang memberi impak. Perkongsian ini dengan Landing AI adalah satu daripada langkah pertama di antara banyak inisiatif untuk membantu kami mencapai matlamat itu,” kata Phong.

Mengulas mengenai acara itu pada majlis menandatangani secara maya, Pengarah Kanan bagi Perkongsian dan Kejayaan Pelanggan Landing AI, Encik Carl Lewis, berkata, “Ketika kami melancarkan LandingLens™ secara global, kami menjangkakan rakan kongsi kami menjadi peneraju pasaran dengan kepakaran sokongan teknikal di tahap tinggi. Pasukan FPT memenuhi kriteria ini dengan sangat baik kerana mereka memahami nilai yang boleh dibawa oleh LandingLens™ kepada pengilang dalam pemeriksaan kualiti.”

Menetapkan matlamat mereka untuk menjadi di antara 50 penyedia perkhidmatan transformasi digital yang utama menjelang tahun 2030, FPT Software telah aktif dalam meningkatkan teknologi teras mereka seperti AI, Awan, Hiper automasi, Blok rantai dan sebagainya. Khususnya di dalam AI, syarikat itu mempunyai beberapa siri usaha, termasuk perkongsian mereka yang dibentuk dengan institut pembelajaran mendalam yang terbesar di dunia, Mila, untuk meningkatkan kepakaran AI mereka, dan menubuhkan sebuah Pusat AI di Binh Dinh, Vietnam. FPT Software menyasarkan untuk membangunkan kawasan strategik ini menjadi lembah AI yang pertama di negara itu pada tahun-tahun akan datang.

FPT SOFTWARE MEMBENTUK PAKATAN PERNIAGAAN BAHARU DENGAN LANDING AI, MEMPROMOSIKAN TEKNOLOGI PEMERIKSAAN VISUAL

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...