Friday, July 28, 2023

WIPRO DIIKTIRAF SEBAGAI 'PENERAJU' DALAM LAPORAN RANGKAIAN ISG PROVIDER LENS™ - PENYELESAIAN DAN PERKHIDMATAN PERISIAN TERTAKRIF UNTUK SINGAPURA DAN MALAYSIA

Wipro menerajui dengan pelbagai tawaran rangkaian yang luas berkaitan Perangkaian Perisian Tertakrif di Singapura & Malaysia

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & BENGALURU, India, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO), syarikat perkhidmatan dan perundingan teknologi terkemuka, mengumumkan bahawa perniagaan tersebut telah dinamakan sebagai ‘Peneraju’ dalam laporan Rangkaian ISG Provider Lens™ - Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif untuk Singapura dan Malaysia.

ISG menilai 34 penyedia perkhidmatan di seluruh lima sukuan - Perkhidmatan SD-WAN Terurus, Perkhidmatan Transformasi SDN (Perundingan dan Pelaksanaan), Pembekal Teknologi dan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Perusahaan, Akses Selamat Perkhidmatan Pinggir (SASE), serta Teknologi dan Perkhidmatan Pinggir. Laporan itu menamakan Wipro sebagai Peneraju dalam lima sukuan, dengan menyatakan Wipro mempunyai kehadiran Perangkaian Perisian Tertakrif (SDN) yang kukuh di Singapura & Malaysia.

Tumpuan Wipro kepada inisiatif transformasi SDN, penyampaian nilai yang konsisten untuk pelanggan, disokong oleh portfolio penawaran rangkaian yang menyeluruh, kerjasama industri yang kuat dan kepakaran teknikal yang mendalam merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pengiktirafan ini. Wipro ialah satu-satunya penyedia perkhidmatan yang akan dipaparkan sebagai ‘Peneraju’ oleh ISG untuk Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif di Singapura dan Malaysia.

Badri Srinivasan, Ketua Perniagaan – India & Asia Tenggara, Wipro Limited berkata, “Pengiktirafan yang diberikan adalah sesuatu yang istimewa kepada kami di Wipro apabila dipaparkan secara eksklusif dalam laporan ini. Pengiktirafan ini juga menunjukkan bukti penerajuan kami dalam penawaran Rangkaian dan penyampaian nilai yang konsisten kepada pelanggan kami. Perusahaan yang hiperhubung dan dipacu data akan dapat memenuhi matlamat perniagaan dan pengguna dengan lebih cekap dan selamat. Ini merupakan suatu penghormatan apabila diiktiraf untuk keupayaan SDN, strategi dan teknologi berkaitan kami yang kukuh dalam Rangkaian. Kami amat teruja untuk berkhidmat kepada industri dan mengubah operasi rangkaian perusahaan dengan memanfaatkan teknologi yang terkemuka.”

Deepraj Emmanuel, Pengarah dan Ketua Asia di ISG berkata, "Wipro telah mengambil pendekatan berbeza dalam membuka potensi sebenar nilai yang sepatutnya disampaikan oleh penyelesaian SD-WAN. Sains dan seni di sebalik penyelesaian SD-WAN yang berjaya perlu memberikan tumpuan kepada pemudahan operasi rangkaian dan keselamatan yang disokong oleh AI dan automasi, mengatasi had yang dicipta oleh ekosistem rangkaian legasi. #WANFreedom Wipro, sejajar dengan standard global, berupaya menyampaikan ini bersama tawaran nilai tambah seperti MDO, CoDNI, SDX, Insightix dan ServiceNXT dengan berkesan, sambil menjadikan pelanggan berjaya menggunakan rangka kerja pengoptimuman kitaran hayat SD-WAN menyeluruh yang tertumpu kepada Rujuk, Reka Bentuk, Rintis, Migrasi dan Operasi.”

Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa terdapat trend yang semakin meningkat terhadap penawaran pinggir seperti IoT dan SASE di Asia. Ini memacu keperluan untuk pengkomputeran pinggir bertujuan menganalisis data dalam rangkaian sebelum memindahkan data tersebut ke pusat data atau awan utama. Wipro telah berada di Asia Tenggara selama lebih dua dekad, serta telah bekerjasama dengan perusahaan sektor awam dan swasta yang terkemuka merentasi pelbagai industri menegak dalam transformasi perniagaan dan perjalanan digital masing-masing. Wipro juga menunjukkan kehadiran perniagaan tersebut di rantau ini melalui entiti yang diambil alih – Capco, Designit, Topcoder dan Rizing. 

I SQUARED CAPITAL MERANCANG UNTUK MEMBINA LOJI SOLAR SEHINGGA 1 GIGAWATT DI MALAYSIA

 SINGAPURA, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- I Squared Capital ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan infrastruktur global yang terkemuka telah mengumumkan pada hari ini bahawa syarikat portfolionya, HEXA Renewables, telah menandatangani memorandum persefahaman untuk membangunkan projek fotovoltaik solar hibrid sehingga 1 gigawatt di wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini merupakan projek pertama yang diumumkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) Nasional Malaysia, yang bertujuan untuk menjana 70 peratus bekalan tenaga negara daripada tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2050. Memorandum tersebut ditandatangani bersama UEM Group Berhad (UEM), sebuah anak syarikat milik penuh dan platform pelaburan hijau Khazanah Nasional Berhad iaitu dana kekayaan kerajaan Malaysia; dan ITRAMAS Corporation (ITRAMAS), pemaju loji tenaga solar bersepadu menegak terbesar, EPCC, dan penyedia perkhidmatan di Malaysia.


“I Squared Capital dan platform tenaga boleh diperbaharui milik penuh kami, HEXA Renewables Malaysia, berbangga untuk mengambil bahagian dalam projek penting ini,” kata Gautam Bhandari, Ketua Pegawai Pelaburan dan Rakan Kongsi Urusan I Squared Capital. “Sebagai perintis dalam pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan Peralihan Tenaga dengan hampir 5.8 gigawatt aset boleh diperbaharui di seluruh dunia, kami teruja untuk menggunakan kepakaran kami dalam penjanaan kuasa hijau untuk membantu memangkin peralihan tenaga di Malaysia, ahli pengasas IPEF.”

Perjanjian antara I Squared Capital dengan Perbadanan Kewangan Pembangunan Antarabangsa A.S. (DFC) untuk bekerjasama dalam membiayai projek infrastruktur mampan dalam pasaran baru muncul, termasuk pihak yang terlibat dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), seperti Malaysia, telah mendorong komitmen HEXA Renewables terhadap projek ini. Projek ini akan memajukan I Squared Capital dan cita-cita bersama DFC untuk menyokong pembangunan ekonomi inklusif melalui mitigasi perubahan iklim.

"I Squared Capital mengalu-alukan perjanjian ini antara HEXA dan UEM-ITRAMAS untuk membangunkan projek solar berskala besar dan tercanggih untuk menyokong permintaan tempatan terhadap kuasa bersih," kata Harsh Agrawal, Rakan Kongsi Kanan I Squared Capital. "Kami akan terus mencari projek infrastruktur tertumpu iklim yang serupa untuk menyokong peralihan tenaga global, termasuk dalam pasaran baru muncul dan negara yang terlibat dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, menurut perkongsian kami dengan DFC."

HEXA dan UEM-ITRAMAS akan bekerjasama dalam perancangan, penstrukturan, pengaturan hantaran, pembinaan dan pengendalian projek, dengan HEXA turut memanfaatkan rekod prestasinya yang mantap dalam bidang peralihan tenaga untuk menyokong pembangunan sektor berkaitan peralihan tenaga Malaysia termasuk RE, kestabilan grid, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), bahan api bersih dan kecekapan tenaga.

Mengenai HEXA Renewable

HEXA Renewables ialah sebuah syarikat portfolio I Squared Capital dan pemaju terkemuka pan-Asia bagi projek solar dan angin dengan pejabat dan pasukan di Singapura, Malaysia, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Filipina dan India. Sejak 2020, syarikat itu telah membangunkan beberapa gigawatt projek tenaga boleh diperbaharui merentasi sistem storan fotovoltaik solar, angin dan tenaga, di rantau Asia-Pasifik.

Mengenai I Squared Capital

I Squared Capital merupakan sebuah syarikat pengurusan infrastruktur global bebas dengan pengurusan lebih $37 bilion aset yang memfokuskan pada pelaburan di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Ibu pejabat I Squared Capital terletak di Miami. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 215 profesional di seluruh pejabatnya di Hong Kong, London, New Delhi, Singapura, Taipei dan Sydney. I Squared Capital telah melabur dalam 72 syarikat di 59 negara dengan lebih 27,000 pekerja merentas sektor utiliti, tenaga, infrastruktur digital, pengangkutan, infrastruktur alam sekitar dan infrastruktur sosial yang menyediakan perkhidmatan penting kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Sebarang perbincangan mengenai syarikat tertentu tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli atau menjual pelaburan tertentu. Syarikat-syarikat yang disebutkan tidak mewakili semua pelaburan masa lalu. Jangan menganggap bahawa sebarang pelaburan yang dibincangkan akan memberikan pulangan atau bahawa keputusan pelaburan pada masa hadapan akan memberikan pulangan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan
Hubungan Media
Brunswick Group
Alex Yankus / Clare Pickett
+1 (347) 477 7475
isquared@brunswickgroup.com
 
Sumber: I Squared Capital

--BERNAMA

JITTERBIT LANCARKAN HARMONY EDI, PENYELESAIAN EDI BERASASKAN AWAN TERBENAM SEPENUHNYA UNTUK BERIKAN PENGALAMAN YANG LEBIH MANTAP DAN MESRA PENGGUNA

 Fleksibiliti, keterlihatan dipertingkatkan, kemudahan penggunaan, pengurusan rakan dagangan terpusat dan harga yang kompetitif Harmony EDI menjadikannya pilihan yang unggul di pasaran


ALAMEDA, Calif., 28 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Jitterbit, peneraju global yang memperkasakan transformasi melalui automasi, hari ini mengumumkan penyelesaian pertukaran data elektronik (EDI) urus sendiri berasaskan awan yang disepadukan sepenuhnya dalam platform Jitterbit Harmony. Dengan Harmony EDI, pengguna boleh layan diri sepenuhnya dan mengurus sendiri proses EDI. Data dipindahkan secara automatik antara rakan kongsi dagangan (cth. Amazon, Home Depot, Lowes, Walmart, dan banyak lagi) dan pedagang ke dalam sistem ERP, CRM dan perkapalan pedagang. Ini membantu menyelaraskan proses dan mengautomasikan aliran kerja, menghapuskan pemprosesan manual dan kelulusan transaksi EDI, dan memastikan ketepatan maklumat yang dihantar antara sistem.

Tawaran EDI tradisional bergantung pada platform vendor pihak ketiga untuk mengendalikan EDI untuk pelanggan mereka, yang menimbulkan cabaran yang ketara terhadap perniagaan. Jurang aplikasi dan keperluan untuk penyambung tambahan menyukarkan peningkatan apabila rakan kongsi dagangan dan aplikasi EDI baharu ditambah. Selain itu, banyak vendor EDI tidak mempunyai kepakaran teknikal untuk mengurus penyepaduan di luar EDI yang mengehadkan perniagaan yang ingin dipertingkatkan.

Harmony EDI bersepadu sepenuhnya dan diurus sendiri oleh Jitterbit menghapuskan halangan di atas, membawa tahap baharu kemudahan penggunaan dan kefungsian ke pasaran. Banyak penyelesaian EDI menawarkan penyepaduan EDI rumit yang terhad kepada penterjemah dokumen atau pergerakan dan pertukaran data antara rakan kongsi perdagangan dan perniagaan. Dengan Harmony EDI, perniagaan mempunyai akses kepada penyelesaian iPaaS berasaskan awan dengan set aplikasi yang menyokong penyepaduan tersuai dan keupayaan untuk menambah dan mengurus sistem serta aplikasi yang disepadukan dengan EDI dengan mudah. Harmony EDI menyokong semua jenis perniagaan—daripada mereka yang mempunyai pasukan EDI yang berpengalaman atau berdedikasi yang ingin menguruskan EDI sendiri, kepada perniagaan yang mempunyai sangat sedikit atau tiada pengalaman EDI yang mahukan vendor yang boleh dipercayai untuk menyediakan proses EDI dan rakan dagangan mereka. 

Harmony EDI memberikan pengguna keterlihatan dan kawalan penuh, yang membolehkan mereka:

· Mengurus dan mengkonfigurasikan rakan kongsi dagangan: Platform terpusat Harmony EDI menyampaikan ciri termaju untuk perniagaan mengurus semua aspek hubungan rakan dagangan mereka, dengan akses kepada lebih 1,000 rakan dagangan dan 4,000 peta. 
· Dapatkan keterlihatan penuh ke dalam transaksi dan dokumen EDI: Dengan keupayaan penjejakan dan pelaporan yang dipertingkatkan, Harmony EDI memberikan keterlihatan yang perniagaan perlukan untuk mengenal pasti dan menangani isu dengan cepat, seperti ralat transaksi, memastikan pertukaran dokumen tepat pada masanya dan tepat. Ini termasuk keupayaan untuk mengurus sendiri rakan dagangan dan aliran kerja EDI dengan ERP dan sistem belakang, dan keupayaan untuk menambah rakan dagangan baharu dengan mudah mengikut perkembangan perniagaan.
· Bersepadu dengan sistem ERP: Disepadukan sepenuhnya dalam platform Harmony, Harmony EDI menguasakan penyepaduan dengan sistem ERP yang terkemuka dalam industri seperti SAP, Oracle Netsuite, Sage, Microsoft Dynamics 365, dan banyak lagi, seterusnya membolehkan perniagaan mengautomasikan proses EDI mereka dan menyelaraskan aliran kerja mereka antara sistem dan aplikasi.
· Bekerja dengan lancar dengan penyelesaian iPaaS penuh Jitterbit: Dengan Harmony EDI, perniagaan boleh menambahkan aplikasi dan sistem dengan mudah pada timbunan teknologi mereka, cipta aliran kerja automatik antara aplikasi dan mempunyai keterlihatan data aplikasi yang lebih baik merentas platform.

"Hari ini, Jitterbit melangkah ke hadapan dalam dunia penyelesaian EDI dengan pelancaran Harmony EDI. Dibenamkan dengan lancar dalam awan, tawaran yang mengubah corak perniagaan ini membawa fleksibiliti, keterlihatan yang dipertingkatkan dan kemesraan pengguna yang tiada tandingannya,” kata Vito Salvaggio, Naib Presiden Kanan pengurusan produk di Jitterbit. “Dengan pengurusan rakan dagangan berpusat dan harga yang kompetitif, Harmony EDI berdiri megah sebagai pilihan unggul dalam pasaran. Vendor B2B boleh mengucapkan selamat tinggal kepada batasan dan menerima era baharu proses yang diperkemas, aliran kerja automatik dan kuasa untuk mentakrifkan semula kejayaan."

Harmony EDI Jitterbit akan tersedia serta-merta. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.jitterbit.com/product/edi/

Perihal Jitterbit, Inc.
Jitterbit memperkasakan transformasi perniagaan dengan penyelesaian perusahaan kod rendah untuk penyepaduan dan pembangunan aplikasi. Jitterbit menggabungkan dan memudahkan kuasa iPaaS, APIM, EDI, dan LCAP untuk menguatkan nilai sistem di premis, berasaskan awan dan SaaS serta mempercepatkan perjalanan digital. Organisasi di seluruh dunia bergantung pada pengalaman dan kepakaran Jitterbit untuk membantu mereka mengautomasikan proses perniagaan kritikal dan membina aplikasi untuk menjamin perniagaan mereka pada masa hadapan. Ketahui cara Jitterbit membantu orang bekerja dengan lebih gembira di www.jitterbit.com atau ikuti kami di LinkedIn

Maklumat Hubungan Media:

jitterbit@bocacommunications.com

Sumber : Jitterbit

--BERNAMA

Wednesday, July 26, 2023

TEATER TRADISIONAL BORIA "KEMBARA BORIA - SATU PERJALANAN"

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), terus komited dalam menyemarak dan memartabatkan seni budaya negara dengan pelaksanaan Panggung Seni Tradisional 2023 atau singkatannya (PST2023). PST2023 memasuki siri ke empat (4) dengan persembahan “Kembara Boria – Satu Perjalanan” karya Persatuan Seni dan Budaya Era Baru atau (MANES). Menerusi persembahan yang dilaksanakan bermula 22 hingga 23 Julai 2023 ini, penonton telah dibawa mengimbau sejarah perjalanan seni Boria di negeri Pulau Pinang.

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di Pulau Pinang. Persembahan Boria yang lengkap mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian Boria diketuai oleh seorang tukang karang yang kebiasaannya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi. Rangkap karangan Boria mempunyai hujung suku kata sama dengan setiap rangkap kisah yang berkaitan dengan sketsa dipersembahkan. Enam orang dipanggil ‘Selor’ yang berada di belakang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang. Alat-alat muzik Boria pula berubah mengikut peredaran masa, namun penggunaan viola, marwas, gendang panjang, akordion dan harmonika sangat digalakkan dalam persembahan ini.
 
Menariknya penceritaan menyelusuri “Kembara Boria-Satu Perjalanan” ini, penonton dibawa mengenali persembahan tersebut dengan mengungkap permulaan asal usul Boria yang dibawa masuk ke Pulau Mutiara ini ketika era pemerintahan kolonial British dahulu. Kemudian beralih kepada Boria Kampung yang mendapat penyertaan daripada kalangan penduduk tempatan dan bagaimana boria mula dipersembahkan di atas pentas sempena pesta keramaian. Malah, penonton juga telah disajikan dengan tarian-tarian yang telah dikreasikan dan pemuzik menggunakan pancaragam atau ‘band’. Lagu-lagu yang dihasilkan pula disadurkan dengan genre yang popular pada ketika itu.
 
Penonton dapat melihat transisi boria dalam segmen keempat apabila ia melalui fasa komersil dengan melangkah ke saluran media seperti radio dan televisyen. Di sinilah sketsa Boria yang mempunyai ciri serta konsep tersendiri bermula diperkenalkan. Boria Moden melabuhkan tirai “Kembara Boria-Satu Perjalanan” pada segmen kelima dengan persembahan finale yang memaparkan kemunculan pelbagai jenis kumpulan daripada kampung atau persatuan-persatuan seni yang ada di sekitar Pulau Pinang.       

 

POWERSCHOOL DAN SAMART TELCOMS BEKERJASAMA UNTUK MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI PEMBELAJARAN YANG DIPERIBADIKAN DI THAILAND

Perkongsian PowerSchool dengan Samart Telcoms PCL akan mengembangkan akses pendidik dan pelajar kepada penyelesaian berinovatif dan misi kritikal PowerSchool di Thailand

FOLSOM, Calif., 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PowerSchool (NYSE: PWSC), penyedia perisian berasaskan awan yang terkemuka untuk pendidikan K-12 di Amerika Utara, pada hari ini mengumumkan perkongsian dengan Samart Telcoms Public Company Limited (PCL) sebagai sebahagian daripada pengembangan berterusan Program PowerPartner PowerSchool. Perkongsian dengan Samart Telcoms PCL akan menyokong pengembangan global program rakan kongsi saluran PowerSchool dan menyampaikan Pembelajaran Schoology PowerSchool, SIS PowerSchool dan Pendaftaran PowerSchool ke institusi pendidikan di Thailand.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Samart Telcoms PCL bertujuan meluaskan penyelesaian teknologi pendidikan misi kritikal PowerSchool ke seluruh Thailand,” kata Tony Kender, Ketua Pegawai Hasil di PowerSchool. “Kami berkongsi misi yang sejajar dalam menyediakan pendidik dan pelajar dengan teknologi yang memperkasa mereka untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya dan kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Samart Telcoms untuk terus mengaktifkan transformasi digital dalam pendidikan.”

Perkongsian Samart Telcoms PCL akan memberikan tumpuan kepada menyokong pendidik dan lebih 10 juta pelajar yang mendaftar di seluruh Thailand dengan rancangan untuk menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 100,000 pelajar di seluruh Thailand pada tahun hadapan. Melalui perkongsian itu, para pendidik di seluruh negara boleh mengakses alatan misi kritikal yang menjadi sebahagian daripada rangka kerja penyetempatan antarabangsa PowerSchool termasuk sistem pengurusan pembelajaran (LMS) PowerSchool yang terkemuka, Pembelajaran Schoology, SIS PowerSchool dan Pendaftaran PowerSchool untuk menyokong lebih ramai pendidik, pelajar dan keluarga, serta membantu mereka merealisasikan janji pendidikan yang diperibadikan.

“Di Samart Telcoms, kami berusaha untuk menyampaikan teknologi yang berbeza dan terkemuka yang memajukan industri,” kata Miss Chotika Kamloonwesaruch, Naib Presiden Eksekutif Samart Telcoms PCL. “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan PowerSchool untuk terus mengembangkan penyelesaian teknologi pendidikan berinovatif di Thailand.”

Program PowerPartner, inisiatif rakan kongsi saluran global, memanfaatkan rakan kongsi saluran serantau PowerSchool untuk menyokong usaha pemasaran, jualan dan penggunaan pelanggan setempat. Pada masa ini, rakan kongsi saluran PowerSchool menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di Kerajaan Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Afrika Sub-Sahara, Thailand, India, Filipina dan Uruguay, dengan rancangan untuk mengembangkan program dengan pantas pada tahun ini. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17316

Tuesday, July 25, 2023

PUSAT DATA BAHARU MENYALURKAN PERMINTAAN AWAN YANG SEMAKIN MENINGKAT DI ASIA

 Perusahaan di Singapura dan Malaysia memanfaatkan pilihan perkhidmatan baharu yang menggunakan awan untuk pengurangan kos, kelestarian dan matlamat lain, mengikut laporan ISG Provider Lens™


SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pasaran untuk perkhidmatan awan persendirian dan hibrid di Singapura dan Malaysia terus berkembang memandangkan penyedia perkhidmatan meningkatkan pelaburan dalam pusat data di seluruh rantau ini, menurut laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan pada hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka.

Laporan Awan Persendirian/Hibrid — Perkhidmatan Pusat Data ISG Provider Lens™ 2023 untuk Singapura dan Malaysia mendapati bahawa peningkatan permintaan perusahaan untuk sumber pengkomputeran yang luar biasa, terutamanya pusat data hijau dan keupayaan penyedia perkhidmatan awan yang besar, memacu pengembangan dan pemodenan pusat data. Syarikat mempunyai semakin banyak perkhidmatan terurus, pengehosan terurus dan pilihan kolokasi untuk dipilih.

“Pelaburan yang kukuh menjadikan Singapura dan Malaysia kepada pasaran perkhidmatan pusat data bertaraf dunia,” kata Ben Rossiter, perunding utama, Pemodenan Teknologi, di ISG. “Kami menjangkakan penyedia perkhidmatan akan terus mengembangkan kapasiti pengehosan terurus.”

Perusahaan di rantau ini berusaha mencari perkhidmatan pusat data bagi memenuhi keperluan untuk keselamatan, kelestarian, pengkomputeran tepi, penyesuaian dan pematuhan yang semakin meningkat, menurut laporan tersebut. Ramai beralih kepada perkhidmatan yang menggunakan AI, ML dan automasi untuk menangani cabaran berkaitan dengan peningkatan kos dan kekurangan buruh mahir, yang dijangkakan akan berterusan melangkaui akhir dekad ini.

Singapura dan Malaysia merupakan pasaran berasingan, disebabkan oleh faktor kawal selia, geopolitik dan budaya, namun teknologi yang sama berjaya memenuhi keperluan pelanggan biasa di kedua-dua negara, kata ISG. Penyedia perkhidmatan global menawarkan keupayaan di tempat kerja di kedua-dua pasaran, lebih-lebih lagi di Singapura berbanding Malaysia. Walau bagaimanapun, Malaysia sudah hampir menyamai keupayaan tersebut hasil pelaburan pusat data yang stabil di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, yang bersempadan secara strategik dengan Singapura.

Penggunaan aplikasi pengkomputeran tepi semakin berkembang di rantau ini terutamanya dalam industri yang kaya dengan aset seperti runcit dan utiliti, walaupun lebih perlahan daripada yang dijangkakan, menurut laporan itu. Penggunaan aplikasi dan peranti IoT yang bertujuan mengurangkan kependaman dan mencapai pemprosesan data masa nyata ini, berjaya mewujudkan permintaan tambahan untuk sumber awan persendirian dan hibrid.

Perusahaan juga mempercepat usaha kelestarian sebagai respons kepada inisiatif kerajaan dan sektor swasta, terutamanya di Singapura, kata ISG. Sering kali strategi pusat data menjadi teras kepada usaha ini, dengan syarikat beralih ke lokasi yang lebih hijau, malah sumber tenaga dan sistem pengurusan lebih pantas daripada yang dijangkakan pada tahun 2022.

Walaupun awan awam berkembang lebih pantas, awan persendirian masih mempunyai utiliti untuk sesetengah perusahaan disebabkan faktor seperti kedaulatan data, secara khususnya di Malaysia, kata ISG.

“Pilihan antara awan awam dan persendirian bergantung pada sikap dan budaya serta teknologi,” kata Jan Erik Aase, rakan kongsi dan pemimpin global, Penyelidikan ISG Provider Lens. “Bagi kebanyakan organisasi, pendekatan hibrid menawarkan gabungan yang sesuai.”

Laporan itu juga meneroka trend awan lain di Singapura dan Malaysia, termasuk keperluan untuk pembangunan kemahiran di seluruh rantau dan peningkatan populariti tawaran pusat data dalam kotak.

Laporan Awan Persendirian/Hibrid — Perkhidmatan Pusat Data ISG Provider Lens™ 2023 untuk Singapura dan Malaysia menilai keupayaan 35 penyedia perkhidmatan di seluruh tiga sukuan: Perkhidmatan Terurus, Pengehosan Terurus dan Perkhidmatan Kolokasi.

Laporan tersebut menamakan Singtel dan Telekom Malaysia sebagai Peneraju dalam semua tiga sukuan. Laporan itu menamakan Fujitsu dan Kyndryl masing-masing sebagai Peneraju dalam dua sukuan. Accenture, DXC Technology, HCLTech, Infosys, NTT DATA, NTT GDC, Starhub, TCS, Telstra dan Wipro masing-masing dinamakan sebagai Peneraju dalam satu sukuan.

Selain itu, Equinix dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) — syarikat dengan “portfolio yang memberangsangkan” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG — dalam satu sukuan.

Laporan Awan Persendirian/Hibrid — Perkhidmatan Pusat Data ISG Provider Lens™ 2023 untuk Singapura dan Malaysia tersedia kepada pelanggan atau untuk pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat Tentang Penyelidikan ISG Provider Lens™

Siri penyelidikan Sukuan ISG Provider Lens™ ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan seumpamanya yang menggabungkan penyelidikan empirikal, serta dipacu data dan analisis pasaran dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan rakan kongsi penyumberan yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat saranan kepada pelanggan perusahaan ISG. Pada masa ini, penyelidikan meliputi penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan masing-masing secara global, di seluruh Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, negara Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan dimasukkan pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila kunjungi laman web ini.

Laporan Arketip siri penyelidikan seiring, ISG Provider Lens, menawarkan penilaian pertama seumpamanya bagi pembekal dari perspektif jenis pembeli tertentu.

Maklumat Tentang ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) ialah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Rakan kongsi perniagaan yang dipercayai kepada lebih daripada 900 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terbaik di dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan lebih pantas. Firma tersebut pakar dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; penasihat penyumberan; perkhidmatan tadbir urus dan risiko terurus; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Diasaskan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih daripada 1,600 profesional sedia digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran berinovatif, mempengaruhi pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam, serta keupayaan penyelidikan dan beranalisis bertaraf dunia berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.isg-one.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Julianna Sheridan, Matter Communications untuk ISG
+1 978-518-4520
isg@matternow.com
 
Sumber: Information Services Group, Inc.

LYNK MENUNJUKKAN PANGGILAN SUARA TELEFON STANDARD DUA HALA YANG PERTAMA OLEH SATELIT

Menerbitkan bukti video mengenai teknologi untuk panggilan suara melalui perkhidmatan sat2phone Lynk



FALLS CHURCH, Va., 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lynk Global, Inc., penyedia perkhidmatan telekomunikasi sat2phone terkemuka di dunia, pada hari ini menerbitkan video pertama siri panggilan suara dua hala antara telefon mudah alih standard yang disambungkan melalui satelit. Video tersebut menunjukkan berbilang panggilan suara dengan menggunakan telefon mudah alih standard yang disambungkan melalui menara sel satelit sedia ada Lynk di orbit.

Charles Miller, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Lynk, menyatakan, “Carl Sagan pernah menyatakan 'Dakwaan luar biasa memerlukan bukti luar biasa.’ Video yang kami terbitkan pada hari ini menekankan komitmen Lynk kepada standard yang lebih tinggi.” Sambung Miller lagi, “Apabila Lynk melengkapkan sambungan pertama dari satelit ke telefon standard di Bumi pada bulan Mac 2020, kami berkongsi video yang menunjukkan hasil kami kepada dunia. Pada hari ini kami melakukan perkara yang sama untuk panggilan suara dua hala.”

“Berita hari ini menjadi teras misi kami untuk menghubungkan semua individu, di mana-mana sahaja,” kata Tyghe Speidel, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dan pengasas bersama di Lynk. “Bersama perkhidmatan awal yang kini dijalankan di Palau untuk pemesejan SMS dan negara lain yang akan menyusul pada tahun ini, pasukan Lynk amat teruja untuk menunjukkan keupayaan panggilan suara. Walaupun kami terus mengutamakan perkhidmatan teks SMS untuk rakan niaga MNO kami dalam jangka masa terdekat, hasil panggilan suara awal ini menyerlahkan kemajuan dalam teknologi kami dan menggerakkan kami selangkah lebih dekat untuk melaksanakan misi kami,” sambungnya.

Sekiranya anda ingin menonton video panggilan suara dua hala Lynk yang berjaya dilakukan itu, sila klik di sini.

Maklumat Tentang Lynk

Lynk ialah satu-satunya sistem satelit-terus-ke-standard-telefon mudah alih yang dipatenkan dan terbukti, serta berlesen secara komersial di dunia. Perkhidmatan kami telah ditunjukkan dan pada masa ini sedang digunakan, di lebih daripada 20 negara dengan >30 kontrak perkhidmatan komersial MNO meliputi >50 negara. Rangkaian Lynk yang menyediakan makluman siaran sel (kecemasan) dan pemesejan SMS dua hala pada masa ini adalah serasi dengan setiap telefon mudah alih sedia ada di planet ini. Pada masa akan datang, Lynk akan melancarkan perkhidmatan panggilan suara dan jalur lebar mudah alih. Bekerjasama dengan Lynk melalui perjanjian perayauan mudah, pengendali rangkaian mudah alih membuka pintu kepada hasil pendapatan baharu dalam pasaran yang belum diterokai, memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan dengan ketersambungan di merata-rata tempat dan menyediakan laluan kepada kemakmuran ekonomi untuk berbilion warga dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.lynk.world atau ikuti @lynktheworld.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53473269/en
 
Individu untuk Dihubungi

Tony DeTora
tdetora@lynk.world
 
Sumber: Lynk Global, Inc.

Sunday, July 23, 2023

GARIS PANDUAN UMUM E-INVOIS TAHUN 2023 KINI BOLEH DIAKSES MULAI 21 JULAI 2023

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menerusi beberapa siri jelajah yang telah dilaksanakan merangkumi beberapa zon terpilih iaitu Lembah Klang, Zon Utara, Zon Sarawak dan Zon Sabah terus komited dalam mengatur strategi seterusnya bagi memastikan kejayaan inisiatif e-invois mengikut garis masa yang telah dirancang.
 
Sehubungan itu, HASiL ingin memaklumkan bahawa Garis Panduan Umum E-Invois Tahun 2023 telah dimuat naik ke Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai meliputi skop pelaksanaan seperti yang berikut:
 
• Konsep pelaksanaan e-invois;
• Garis masa pelaksanaan e-invois;
• Proses pengeluaran dan penyerahan e-invois kepada HASiL;
• Panduan penilaian kesediaan pembayar cukai; dan
• Spesifikasi medan data yang diperlukan.
  
Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun garis panduan ini beserta soalan lazim (FAQ) menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/.
 
HASiL mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas berhubung pelaksanaan e-invois yang boleh disalurkan menerusi e-mel rasmi myinvois@hasil.gov.my.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
 
a)         Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b)         HASiL Live Chat; dan
c)         Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh: 21 Julai 2023

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17309 

Friday, July 21, 2023

SALMON MENERIMA PEMBIAYAAN SEBANYAK USD 20MM, MENCAPAI REKOD UNTUK SYARIKAT TEKNOLOGI SIRI A DI FILIPINA

MANILA, Filipina, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat teknologi kewangan pengguna, Salmon, hari ini mengumumkan ia telah memperoleh kemudahan hutang sebanyak USD 20MM daripada firma pelaburan pakar pasaran baru muncul A.S., Argentem Creek Partners, yang membolehkan Salmon meningkatkan lagi operasi pemberian pinjamannya di seluruh Filipina. Membangun atas minat pelabur yang ketara dalam penempatan hutang, Salmon akan mengembangkan pinjamannya, memanfaatkan tempat jualan dan pinjaman tunai sedia ada, serta akan melancarkan produk saingan sengit baharu pada separuh kedua tahun 2023.

Urus niaga hutang itu, yang telah selesai walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, menetapkan penanda aras baharu sebagai pembiayaan hutang terbesar yang pernah ada untuk syarikat teknologi Siri A di Filipina. Perjanjian itu meletakkan Salmon, yang diasaskan kurang setahun iaitu pada Julai 2022, sebagai salah sebuah syarikat teknologi kewangan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara. Salmon telah ditubuhkan oleh sekumpulan veteran industri teknologi kewangan dan perkhidmatan kewangan yang diketuai oleh Pavel Fedorov, George Chesakov dan Raffy Montemayor, yang mengumpulkan sebuah pasukan dengan rekod prestasi menghasilkan pertumbuhan yang pantas dan menguntungkan. Pada tahun pertama, syarikat teknologi kewangan itu telah berkembang pesat, melancarkan produk kredit pertamanya hanya empat bulan selepas penubuhan dan melancarkan produk baharu setiap tiga bulan sejak itu.

Pengasas bersama Salmon, Raffy Montemayor mengulas: “Kami amat berbesar hati dengan minat yang tinggi daripada pelabur, serta sokongan Argentem Creek terhadap visi Salmon untuk mencipta syarikat teknologi kewangan yang diterajui kredit terbaik di Asia Tenggara dan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses oleh semua. Kami secara khusus ingin menyerlahkan fokus Argentem Creek untuk membina perkongsian menang-menang bersama Salmon dan percaya bahawa akan ada banyak pilihan untuk melanjutkan usaha kami bersama-sama, kerana Salmon mengekalkan kepesatan pembangunannya di Asia Tenggara. Kami melihat peristiwa penting ini sebagai bukti potensi Salmon, serta kepercayaan pasaran terhadap visi dan model perniagaan kami. Urus niaga ini juga menyampaikan mesej harapan kepada ramai warga Filipina yang muda dan bercita-cita tinggi, menekankan kepada mereka peluang luar biasa yang dilihat oleh komuniti pelaburan global di Filipina hari ini. Rangkuman kewangan akan menjadi pemacu penting pertumbuhan ekonomi yang mampan di Filipina, dan Salmon komited untuk terus memainkan peranan penting dalam transformasi ini.”

Presiden dan Ketua Pegawai Maklumat Bersama Argentem Creek Partners, Maarten Terlouw mengulas: “Argentem Creek Partners gembira untuk menyampaikan komponen penting struktur modal Salmon. Kami adalah pelabur berorientasikan nilai jangka panjang dan teruja untuk menyokong Salmon dalam usaha bercita-cita tingginya untuk mengembangkan rangkuman kewangan di seluruh rantau ini, serta menyediakan perkhidmatan pelanggan terbaik dalam kelasnya dan menjadikan pinjaman lebih mudah diakses oleh pengguna di rantau ini.”

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelabur bertaraf dunia Salmon termasuk ADQ dana kekayaan negara Abu Dhabi, salah satu usaha sama pelabur terkemuka Eropah dan sekumpulan pelabur tempatan terkemuka, serta pasukan pengurusan terkemuka Salmon, untuk menyampaikan nilai jangka panjang di Filipina.”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Argentem Creek Partners, Daniel Chapman mengulas: “Peminjaman pengguna ialah salah satu segmen yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara. Kami yakin bahawa generasi baharu teknologi kewangan yang tertumpu kepada kredit seperti Salmon mempunyai peluang yang besar dan Argentem Creek boleh memainkan peranan penting dalam memacu kemasukan kewangan ke hadapan dalam pasaran yang menarik ini”.

SALMON MENERIMA PEMBIAYAAN SEBANYAK USD 20MM, MENCAPAI REKOD UNTUK SYARIKAT TEKNOLOGI SIRI A DI FILIPINA

Thursday, July 20, 2023

QUANTEXA DIIKTIRAF SEBAGAI PENYERLAH TEKNOLOGI DALAM LAPORAN PEMANTAUAN TRANSAKSI AML 2023 XCELENT CELENT



Penyelesaian Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa dan Jenayah Kewangan yang dikreditkan untuk memacu kecekapan melalui automasi dan memperkaya analitik graf dan analisis rangkaian


LONDON dan NEW YORK, 20 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini Quantexa, peneraju global dalam penyelesaian Kecerdasan Keputusan (DI) untuk sektor awam dan swasta, mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf oleh Celent, firma penyelidikan dan penasihat global yang menyediakan kepakaran teknologi kepada pembuat keputusan utama di institusi kewangan, untuk teknologinya yang menonjol dalam Laporan Pemantauan Transaksi (TM) 2023 xCelent Anti-Money Laundering (AML), sumber bebas yang membantu institusi kewangan memilih vendor AML yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan mereka. Laporan Celent memprofilkan 17 sistem AML TM yang tersedia di seluruh dunia, termasuk gambaran keseluruhan kefungsian, asas pelanggan, teknologi, pelaksanaan, penentuan harga dan sokongan mereka, untuk membantu institusi kewangan utama mengemudi pasaran.

Celent mengkreditkan Quantexa kerana "mempelopori penggunaan resolusi entiti [...] untuk memperkasakan analisis rangkaian yang terperinci dan mendalam untuk menyokong siasatan forensik jenayah kewangan.” Faedah utama yang diserlahkan termasuk keupayaan platform untuk "menyelesaikan transaksi dalaman dan data pelanggan serta data luaran [...] yang berkaitan dengan entiti, transaksi dan aktiviti lain dan rakan niaga untuk menjana analisis rangkaian yang sangat diperkayakan bagi akaun berkaitan yang boleh mempamerkan cerapan risiko," dan "untuk mengautomasikan sebahagian besar proses penyiasatan, dengan itu meningkatkan kecekapan penganalisis."

Pelanggan menilai Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa dan penyelesaian AML dengan kukuh secara keseluruhan, dengan kepantasan pelaksanaan dan fleksibiliti model data masing-masing yang menerima markah tertinggi untuk pengalaman pelaksanaan dan teknologi. Mereka juga menghargai keupayaan analisis graf dan rangkaian/pautan platform. Responden memaklumi pengetahuan pasukan Quantexa tentang penyelesaian dan teknologi yang berkaitan mereka. Seorang pelanggan menyebut “tahap perkhidmatan dan tindak balas yang kukuh berbanding pengalaman vendor lain.”

Ketua Pegawai Produk Quantexa, Dan Higgins, berkata: “Diiktiraf sebagai penyedia terbaik dalam kelasnya untuk penyelesaian AML oleh Celent adalah bukti sebenar inovasi dan nilai yang kami berikan kepada pelanggan kami. Kami sentiasa berusaha untuk membawa penyelesaian terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan kami, membantu mereka mengubah maklumat menjadi cerapan dan cerapan terhadap kebolehan untuk melindungi, mengoptimumkan dan mengembangkan organisasi mereka. Pengiktirafan Celent terhadap penyelesaian kami untuk kedalaman impak yang disampaikan, serta keluasan pengetahuan pasukan kami, yang membantu dalam penyiasatan forensik jenayah kewangan, telah membangkitkan semangat dan bermanfaat.” 

Platform Quantexa memberikan bank terkemuka, fintech dan pengawal selia keupayaan untuk memahami data mereka dengan menyambungkan sistem silo untuk melindungi, mengoptimumkan dan berkembang. Dengan melindungi dan memerangi jenayah kewangan, pelanggan Quantexa boleh menjadi lebih berdaya tahan, menggambarkan risiko yang tersembunyi dengan pantas dan membuat keputusan dengan lebih termaklum dan dipercayai tentang risiko AML.

Untuk memuat turun laporan Celent yang memprofilkan penyelesaian Kecerdasan Keputusan Quantexa untuk Pemantauan Transaksi AML, lawati tapak web Quantexa di sini.

Perihal Quantexa
Quantexa ialah syarikat perisian data dan analitik global yang merintis Kecerdasan Keputusan yang memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan operasi yang dipercayai dengan menjadikan data bermakna. Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa mendedahkan risiko tersembunyi dan peluang baharu dengan menyediakan paparan kontekstual, melihat sambungan data dalaman dan luaran di satu tempat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam data besar dan AI. Platform ini menyelesaikan cabaran besar merentas pengurusan data, KYC, kepintaran pelanggan, jenayah kewangan, risiko, penipuan dan keselamatan di seluruh kitar hayat pelanggan.

Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa meningkatkan prestasi operasi dengan peningkatan ketepatan sehingga lebih daripada 90% dan resolusi model analisis sebanyak 60 kali lebih pantas berbanding dengan kaedah tradisional. Ditubuhkan pada tahun 2016, Quantexa kini mempunyai lebih daripada 650 pekerja dan beribu-ribu pengguna, memproses berbilion-bilion transaksi dan titik data di seluruh dunia. Syarikat tersebut mempunyai pejabat di London, Dublin, New York, Boston, Washington DC, Toronto, UAE, Malaga, Amsterdam, Luxembourg, Brussels, Melbourne, Sydney dan Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.quantexa.com atau ikuti kami di LinkedIn.

Pertanyaan Media
C: Stephanie Crisp, Pengarah Bersekutu dan Pakar Strategi Media, Lawan atau Bangun
E: Quantexa@fightflight.com

C: Adam Jaffe, SVP Pemasaran Korporat
T: +1 609 502 6889
E: adamjaffe@quantexa.com
- atau -
RapidResponse@quantexa.com

SUMBER: Quantexa Limited


GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...