Saturday, July 8, 2023

KEJOHANAN WANITA UNIPIN 2023, LALUAN UNTUK MENJADI PASUKAN WANITA TERBAIK DI ASIA TENGGARA

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- UniPin, pemboleh hiburan digital terkemuka di Asia Tenggara merupakan perintis dalam memartabatkan persada e-sukan untuk wanita kepada tahap lebih tinggi. UniPin telah melicinkan proses bagi pemain digital di rantau Asia Tenggara mendapatkan akses tambah nilai yang lebih mudah dan berjaya menganjurkan beberapa kejohanan untuk wanita sahaja di pelbagai negara Asia Tenggara. Pada kali ini, UniPin dengan sokongan daripada Domino’s Pizza Malaysia menganjurkan satu lagi kejohanan wanita untuk kali ketiga di Malaysia dan Singapura, selepas kejohanan pertama pada tahun 2021.

Sebagai demografi paling cepat meningkat dalam pasaran permainan digital Asia yang sedang berkembang ini, pemain digital wanita mengubah landskap permainan digital Asia dengan pengaruh yang lebih besar terhadap trend dan impak permainan tersebut kepada hasil. Laporan yang diterbitkan baru-baru ini daripada Niko Partners menunjukkan bahawa 95% pemain digital wanita Asia memberikan tumpuan terutamanya kepada permainan digital mudah alih. Sebagai respons kepada trend yang semakin meningkat dan data yang dicadangkan, UniPin telah menumpukan kepada pelaksanaan kejohanan permainan digital mudah alih di rantau Asia Tenggara (SEA), termasuk kejohanan untuk wanita sahaja.

Kejohanan Wanita UniPin untuk peringkat kelayakan Malaysia dan Singapura berlangsung dari 4 hingga 8 Julai. Dua pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan ini akan menjadi wakil negara untuk peringkat main habis (playoff) Kejohanan Wanita UniPin Asia Tenggara (SEA) pada akhir bulan Oktober ini.

Debora Imanuella, Timbalan Presiden Kanan (SVP) Komuniti UniPin, menjelaskan bahawa Siri Wanita UniPin akan membuka laluan kepada banyak pasukan e-sukan wanita untuk beraksi dan bersaing dalam persada e-sukan Malaysia dan Singapura.

Sebagai sebahagian daripada siri kejohanan, Domino's Pizza tidak sabar untuk memainkan peranan aktif dalam menangani keperluan pemain digital kerana Piza ialah kawan baik mereka. Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino's Pizza Malaysia, Singapura & Kemboja menawarkan sokongan penuh daripada Domino’s Pizza dengan berganding bahu bersama UniPin untuk memartabatkan persada e-sukan wanita kepada tahap lebih tinggi. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...