Wednesday, January 31, 2024

PENGASAS XSOLLA SHURICK AGAPITOV MELANCARKAN BUKU BAHARU: ONCE UPON TOMORROW, SESEORANG YANG BERWAWASAN MENYAHUT CABARAN METASEMESTA DAN IMPAKNYA TERHADAP KREATIVITI GLOBAL




LOS ANGELES, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Shurick Agapitov, pengarang berwawasan dan Pengasas Xsolla melancarkan buku baharu rintisan beliau yang bertajuk, "Once Upon Tomorrow," pada hari ini. Usaha rintisan ini menawarkan visi transformatif dan beraspirasi Metasemesta, berbeza sekali dengan naratif arus perdana. Buku Agapitov ialah perjalanan yang merangsang fikiran ke dalam kemungkinan dan potensi Metasemesta, memberikan perspektif unik yang menyimpang daripada pandangan yang sering dibentangkan semasa persidangan industri dan oleh Ketua Pegawai Eksekutif teknologi.

"Dalam 'Once Upon Tomorrow,' saya menunjukkan visi Metasemesta sebagai ruang yang luas, terangkum dan transformatif. Ini bukan sahaja perbatasan digital tetapi alam, tempat kreativiti, inovasi dan pemerkasaan bertemu. Buku ini ialah jemputan saya kepada pencipta, pemikir dan individu yang bermimpi di seluruh dunia untuk menyertai dalam membentuk masa depan apabila teknologi menguatkan potensi manusia dan memupuk dunia dengan kemungkinan tanpa batas. Metasemesta, seperti yang saya lihat, bukan tentang kawalan atau pengurungan tetapi tentang membebaskan kreativiti kolektif dan semangat keusahawanan yang wujud dalam diri kita semua," kata Shurick Agapitov, Pengasas Xsolla dan pengarang terkenal "Once Upon Tomorrow.

"Once Upon Tomorrow" menyelidik potensi Metasemesta yang belum diterokai, mengetengahkan keupayaan menyatukan jenama baharu muncul dan legasi, mencipta pengalaman pengguna yang tidak dapat dilupakan dan memperkaya budaya pada peringkat global. Agapitov menekankan peranan Metasemesta dalam mendemokrasikan peluang dan akses sama rata kepada teknologi canggih. Visi beliau melangkaui inovasi teknologi semata-mata, menegaskan potensi Metasemesta untuk memperkasa dan memberi ganjaran kepada pencipta kandungan di seluruh dunia. Buku ini juga mengetengahkan impak ketara Metasemesta terhadap pendidikan, menawarkan harapan dan peluang untuk kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia. Agapitov menyokong Metasemesta terpencar yang menjauhkan diri daripada dominasi, penempatan kawalan, potensi keuntungan Silicon Valley dan kebebasan pada tangan komuniti kreatif.

"Once Upon Tomorrow" lebih daripada sekadar buku tentang Metasemesta; ini ialah hala tuju ke arah masa depan apabila teknologi berkhidmat kepada manusia dalam semua kepelbagaian, memupuk keterangkuman kewangan, sosial dan kreatif. Agapitov membayangkan masa depan di tempat setiap industri yang menghadap pengguna, daripada fesyen kepada penjagaan kesihatan dan hiburan, diubah. Buku ini juga meneroka potensi impak Metasemesta kepada sektor niaga-ke-niaga, pendidikan, perancangan bandar, hubungan antara kerajaan dan usaha pertubuhan bukan untung.

Cerapan Agapitov tentang evolusi teknologi, dari zaman awal Instagram dan Snapchat ke masa depan aplikasi imersif, ialah sorotan utama buku tersebut. Beliau membincangkan tentang peranan pelbagai pihak berkepentingan teknologi, termasuk penyedia pengehosan internet, pembangun laman web, pakar pengkomputeran awan, jurutera infrastruktur dan keperluan untuk rangkaian dan perkakasan canggih secara berterusan. "Once Upon Tomorrow" ialah karya berwawasan yang menjemput pembaca memikirkan semula Metasemesta dan potensinya yang tidak terbatas.

Untuk maklumat tambahan dan membeli, sila kunjungi: onceupontomorrow.com

Maklumat Tentang Shurick Agapitov

Sebagai pengasas Xsolla, Inc., Shurick Agapitov ialah inovator dan penasihat yang amat dihormati dalam bidang permainan, Web3, Metasemesta dan teknologi kewangan. Syarikat permainan video rintisan beliau mengintegrasikan teknologi blok rantai, menyediakan alatan dan perkhidmatan canggih kepada pembangun untuk operasi dan jualan permainan yang lebih berkesan. Dengan kehadiran global, termasuk pejabat di Los Angeles, Berlin dan Seoul, Xsolla, di bawah kepimpinan Shurick, sedang membentuk masa depan permainan dan Metasemesta, memupuk industri yang lebih terpencar dan terangkum.

Untuk maklumat tambahan tentang Shurick Agapitov, sila kunjungi: themarque.com atau LinkedIn.com

Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri permainan video. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox,, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53889100/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17861

CHECKMYBUS DAN REDBUS BERGANDING BAHU DALAM PASARAN ANTARABANGSA BERTUJUAN MEMUDAHKAN PENGALAMAN PERJALANAN BAS

NUREMBERG, Jerman, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CheckMyBus, enjin carian meta terkemuka di dunia untuk bas antara bandar dan redBus, platform tiket bas dalam talian terbesar di dunia, telah mengumumkan perkongsian kedua-dua syarikat untuk pasaran Asia Tenggara dan LATAM.

redBus menawarkan perkhidmatan tempahan bas dalam talian di Singapura, Malaysia dan Indonesia, serta pasaran LATAM seperti di Peru dan Colombia. Dengan perkongsian ini, redBus akan menyediakan inventori dan kemudahan pilihan tempahan bas dalam talian yang menyeluruh untuk pengguna perkhidmatan bas domestik dan antarabangsa melalui platform CheckMyBus. Pengguna perkhidmatan bas boleh mendapat maklumat perjalanan bas terbaik di CheckMyBus, platform kandungan bas jarak jauh paling menyeluruh di dunia dengan jutaan sambungan merentasi lebih daripada 90 negara.

Selepas pemulihan industri pelancongan, terdapat lonjakan dalam perjalanan domestik dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, akibat daripada perubahan ini, penerbangan dan mod pengangkutan persendirian yang lain menjadi lebih mahal, menyebabkan pengguna perkhidmatan bas yang mengambil kira bajet mencari alternatif yang menjimatkan kos. Bas secara konsisten kekal sebagai pilihan yang berpatutan dan mesra bajet. Melalui kerjasama ini, CheckMyBus dan redBus komited untuk menyediakan pengalaman tempahan bas terbaik dan berpatutan bagi pengguna perkhidmatan bas kedua-dua syarikat itu. Selain pengguna domestik, kini lebih mudah bagi pengguna antarabangsa mencari bas yang sesuai ke destinasi menarik di Amerika Selatan dan Asia Tenggara yang mempunyai akses kepada inventori bas terbesar di rantau ini.

Marc Hofmann, Ketua Pegawai Eksekutif CheckMyBus, berkata: “Misi kami ialah untuk memudahkan perjalanan dengan bas. Dengan menyediakan akses kepada inventori redBus yang luas kepada khalayak global kami, ini merupakan langkah penting yang diambil oleh pihak kami ke arah mempromosikan perjalanan bas di Asia Tenggara dan LATAM, menjadikan perkhidmatan tersebut lebih mudah diakses. Kami teruja dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan dengan membantu pengguna perkhidmatan bas domestik dan antarabangsa di rantau ini dengan kerjasama rakan kongsi yang kukuh seperti redBus.”

Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan - Perniagaan Antarabangsa, redBus, berkata: “Melalui perkongsian ini, kami boleh menawarkan pilihan tiket bas yang luas kepada pengguna perkhidmatan bas antarabangsa. Pengguna perkhidmatan bas global boleh menempah tiket & mendapatkan maklumat pelbagai perkhidmatan di pasaran Asia Tenggara dan Amerika Latin semudah penduduk tempatan. Kami menjangkakan perkara ini akan menambah baik keupayaan boleh mengesan kami di pasaran baharu dan menyediakan ketersampaian lebih baik kepada pangkalan pelanggan yang lebih besar. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan CheckMyBus bagi menambah baik kemudahan & keselesaan tempahan bas.”

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja,dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17858

KFSH&RC-MADINAH TERIMA ANUGERAH PENJAGA KECEMERLANGAN PENGALAMAN MANUSIA PRESS GANEY 2023

RIYADH, Arab Saudi, 31 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) di Madinah telah memenangi Anugerah Penjaga Kecemerlangan Pengalaman Manusia 2023 oleh Press Ganey kerana prestasinya yang luar biasa dalam perkhidmatan pesakit luar sepanjang tahun lepas. Pengiktirafan berprestij ini memberi penghormatan kepada kumpulan institusi penjagaan kesihatan yang terkenal daripada kira-kira 1,500 kemudahan di seluruh dunia kerana menjadi antara 5% syarikat terbaik bagi pengalaman pesakit dalam setahun.
 
Melalui anugerah ini, Press Ganey, sebuah organisasi global terkemuka dalam mengukur dan meningkatkan pengalaman pesakit, mencerminkan komitmen KFSH&RC untuk menyampaikan penyelesaian penjagaan kesihatan peringkat tinggi dan pengalaman pesakit yang cemerlang merentasi pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam persekitaran pendidikan dan penyelidikan bersepadu.

Sebagai sebuah institusi terkemuka yang berdedikasi untuk meletakkan pengalaman manusia sebagai teras penjagaan kesihatan, KFSH&RC-Madinah telah meraih kedudukan yang penting dalam kalangan lima peratus yang terbaik penyedia penjagaan kesihatan bertauliah, diiktiraf untuk kecemerlangan dalam pengalaman pesakit, kepuasan pekerja, keselamatan dan prestasi kualiti penjagaan klinikal.

Dr. Nizar Khalifa, Pengurus Besar KFSH&RC-Madinah, menyatakan: Pencapaian ini adalah hasil daripada usaha berterusan kami untuk mengutamakan pesakit, memupuk pengalaman pekerja yang positif dan mencapai hasil klinikal yang berkesan, menekankan komitmen kami untuk menyampaikan kecemerlangan penjagaan kesihatan kepada standard tertinggi, mengutamakan kedua-dua pekerja dan komuniti kami.

Majlis Anugerah Press Ganey 2023 ditetapkan untuk diumumkan pada bulan Februari nanti. Ketika KFSH&RC meraikan kejayaan ini dengan kakitangan, rakan kongsi dan komuniti khususnya, ia mengesahkan komitmen berterusannya untuk menerapkan pendekatan yang fokus terhadap kemanusiaan dan minda yang mengutamakan pesakit, selaras dengan program transformasi penjagaan kesihatan yang digariskan dalam Wawasan Saudi 2030, menyumbang secara aktif untuk merealisasikan masyarakat yang lebih sihat serta bersemangat dan bertenaga.

Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal berdiri dalam kalangan peneraju global dalam menyediakan penjagaan kesihatan khusus, memacu inovasi dan berkhidmat sebagai hab penyelidikan dan pendidikan bagi perubatan termaju. Melalui perkongsian strategik dengan institusi tempatan, serantau dan antarabangsa yang terkemuka, hospital ini berdedikasi untuk memajukan teknologi perubatan dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Perihal Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC):

Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) berdiri sebagai sebuah institusi penjagaan kesihatan terkemuka di Timur Tengah, dijangka bakal menjadi pilihan optimum bagi setiap pesakit yang mencari penjagaan kesihatan khusus. Hospital ini kaya dengan sejarah merawat kanser, penyakit kardiovaskular, pemindahan organ, neurosains dan genetik.

Pada tahun 2023, “Brand Finance” menyenaraikan Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal sebagai pusat perubatan akademik terbaik di Timur Tengah dan Afrika serta antara 20 terbaik di dunia. Selain itu, pada tahun 2022, ia diiktiraf sebagai salah sebuah penyedia penjagaan kesihatan global terkemuka oleh majalah Newsweek.

Sebagai sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030, titah diraja telah dikeluarkan pada 21 Disember 2021 untuk mengubah hospital menjadi entiti bebas, bukan untung dan milik kerajaan, menempa jalan menuju program transformasi komprehensif untuk menjadi peneraju global dalam penjagaan kesihatan melalui kecemerlangan dan inovasi.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/22c5c112-3a86-42fe-9f41-6b58b16e0d06  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17856

Monday, January 29, 2024

SIDRA CAPITAL MELANCARKAN VCC BERPANGKALAN DI SINGAPURA UNTUK PELABURAN RANTAIAN BEKALAN KOMODITI MERENTAS SEMPADAN

SINGAPURA, 29 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sidra Capital, sebuah firma pengurusan aset patuh syariah terkemuka yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi, amat berbesar hati untuk mengumumkan pertubuhan syarikat modal boleh ubah pertamanya yang berpangkalan di Singapura Sidra Asian Opportunities Investment I VCC (VCC).

Pada November 2023, VCC dilancarkan dengan menumpukan strategi pelaburan untuk menggalakkan rantaian bekalan komoditi rentas sempadan melalui Surat Kredit tidak boleh ditarik balik yang dibiayai sepenuhnya. VCC menyasarkan secara khusus permintaan tinggi untuk bahan api pepejal yang dihasilkan oleh pengeluar Indonesia tertentu, menekan kepada kualiti intrinsik barangan dan kebolehpercayaan pengeluar dalam menyampaikan kuantiti dan kualiti yang diharapkan kepada pembeli.

Untuk meningkatkan keselamatan, dagangan dijamin hujung ke hujung dengan surat kredit berdenominasi USD yang dikeluarkan atau disahkan oleh bank dengan penarafan kredit yang baik, untuk menghapuskan risiko pertukaran mata wang asing dan pembayaran. Tambahan pula, memandangkan dagangan yang berstrukturkan pembelian dan penjualan komoditi belakang ke belakang dan bukannya dagangan spekulatif, pelabur tidak terdedah kepada risiko inventori dan harga.

Sambil meluahkan rasa gembiranya atas pelancaran VCC, En. Hani Baothman, Pengerusi Sidra Capital, mengulas, “Sidra Capital ialah barisan hadapan dalam menginovasi penyelesaian pelaburan kewangan swasta dan VCC berkembang secara semula jadi dalam proses itu, mengambil kesempatan daripada rangka kerja perundangan teguh dan sebagai pangkalan kepada institusi kewangan global utama Singapura, serta perjanjian cukai berganda meluas dalam pelbagai bidang kuasa dan akhirnya memberi manfaat kepada pelabur dana.” 

Sunday, January 28, 2024

FLOSHIP DIANUGERAHKAN DENGAN ANUGERAH DELOITTE RISING STAR

HONG KONG, 29 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Floship, penyedia penyelesaian rantaian bekalan berkitar global terkemuka untuk jenama e-dagang, teruja umumkan ia diiktiraf sebagai penerima anugerah Syarikat Deloitte Rising Star pada program berprestij Hong Kong's Technology & Rising Star (HKTF). Anugerah itu disampaikan kepada Floship pada majlis eksklusif malam tadi, menandakan satu kejayaan penting syarikat itu.

Program Deloitte HKTF, sub-program Deloitte China Technology Fast, berfungsi sebagai platform untuk perusahaan tempatan yang berkembang pesat dan inovatif mempamerkan keunggulan pasaran mereka, berangkaian dengan rakan peniaga yang berjaya dan memperoleh pengiktirafan yang lebih luas sambil meningkatkan jenama bakat mereka di seluruh Asia rantau Pasifik. Anugerah ini menggariskan komitmen Floship terhadap inovasi dan pertumbuhan pesat dalam sektor teknologi dan perniagaan.

Menyatakan kegembiraannya, Ketua Pegawai Eksekutif Floship Joshua Tsui menyatakan, "Menerima Anugerah Deloitte Rising Star adalah penghormatan yang luar biasa untuk Floship. Ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras pasukan kami, serta kepercayaan dan sokongan pelanggan dan rakan kongsi yang dihargai. Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri dan mendorong kami untuk terus menolak sempadan dan mencapai kejayaan yang lebih besar.”

Sebagai penerima anugerah Rising Star, Floship kini menyertai barisan pemenang HKTF terdahulu yang dihormati seperti WeLab, Klook, Tencent dan Bytedance. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan Floship dalam kalangan syarikat paling inovatif dan berpotensi di rantau ini dan mencerminkan komitmen syarikat terhadap penyelesaian logistik e-dagang yang cemerlang dan berpandangan jauh.

Penghargaan ini datang pada masa pengembangan dan kemajuan yang ketara untuk Floship, ketika syarikat terus mentakrifkan semula landskap logistik dan rantaian bekalan melalui teknologi canggih dan tawaran perkhidmatan yang tiada tara. Anugerah ini berfungsi sebagai pengesahan komitmen Floship untuk menyampaikan nilai luar biasa kepada pelanggannya dan mewujudkan kehadiran global yang semakin berkembang.

Floship berharap dapat memanfaatkan pengiktirafan ini untuk meningkatkan lagi kedudukan pasarannya dan memacu kejayaan berterusan dalam industri apabila ia beralih ke fasa pengembangan yang seterusnya merentasi Greater Bay Area, Asia Pasifik dan rantau EMEA.

Perihal Floship

Penyelesaian ekosistem rantaian bekalan berkitar global Floship merangkumi seluruh aspek rantaian bekalan global, memastikan usaha operasi minimum untuk perniagaan e-dagang dan membolehkan pemilik perniagaan menumpukan perhatian terhadap memacu pertumbuhan dengan fleksibiliti pelaburan sambil memperoleh ketenangan fikiran dalam pelaksanaannya. Ketahui lebih lanjut di www.floship.com atau ikuti kami di LinkedIn.

Hubungan Media

James Linacre,
Ketua PR & Komunikasi
pr@floship.com

SUMBER: Floship Limited

--BERNAMA

MLB BERSETUJU UNTUK PERKONGSIAN ANTARABANGSA DENGAN JTB CORP., AGENSI PELANCONGAN TERBESAR JEPUN




Table

Eijiro Yamakita, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif JTB (kiri) di ibu pejabat MLB di New York City bersama Noah Garden, Timbalan Suruhanjaya, Perniagaan & Media, Liga Utama Besbol (Major League Baseball) (kanan). (Foto: Business Wire)


JTB Bersedia Menaja JELAJAH DUNIA MLB, Menawarkan Pakej Hospitaliti Eksklusif untuk Siri Seoul


TOKYO, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, JTB mengumumkan perkongsian antarabangsa berbilang tahun baharu dengan Liga Utama Besbol (Major League Baseball - MLB). Sebagai sebahagian daripada aturan perniagaan multinasional baharu, JTB ialah penaja rasmi JELAJAH DUNIA MLB dan akan menawarkan pakej hospitaliti antarabangsa yang eksklusif untuk pembukaan musim Siri Seoul di antara pasukan Los Angeles Dodgers dan San Diego Padres. Siri dua perlawanan di Gocheok SkyDome Seoul pada 20-21 Mac itu menandakan penampilan sulung Shohei Ohtani dan Yoshinobu Yamamoto dari pasukan Dodgers pada musim biasa.

Sebagai Rakan Kongsi Rasmi JELAJAH DUNIA Liga Utama Besbol (Major League Baseball), JTB juga akan menawarkan akses kepada peminat di seluruh dunia – di luar Amerika Syarikat – untuk memilih tiket VIP dan pakej hospitaliti ke acara JELAJAH DUNIA termasuk Siri Seoul dan Siri London. Tambahan pula, JTB mempunyai keupayaan menyediakan tiket permainan musim biasa MLB kepada peminat yang berpangkalan di Asia sebagai sebahagian daripada pakej hospitaliti yang juga termasuk perjalanan ke destinasi dan penginapan di Amerika Syarikat.

“Pada tahun lepas kami mengalami peningkatan yang mendadak dalam permintaan untuk perjalanan dan acara di seluruh dunia kerana kami akhirnya berjaya bergerak mengatasi sebahagian besar daripada cabaran berpunca daripada wabak dan kini, kami dengan jelas melihat bahawa keperluan pasaran untuk pengalaman sebenar dan menarik adalah sangat kuat,” kata Eijiro Yamakita , Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif JTB. “Dalam situasi ini, kami amat kagum dengan komitmen MLB untuk membawa pengalaman permainan besbol yang luar biasa kepada orang ramai di seluruh dunia, kerana permainan ini berupaya menarik perhatian dengan slogan jenama kami: ‘Sentiasa, dalam detik istimewa (Perfect moments, always).’ Kami bersedia mencipta peluang untuk orang ramai menikmati besbol dengan rangkaian global, pengetahuan dan hospitaliti kami yang kukuh.”

“Dengan peningkatan populariti antarabangsa MLB sepanjang tempoh sedekad yang lalu, kami terus menumpukan kepada membangun dan mengembangkan permainan tersebur di luar negara,” kata Noah Garden, Timbalan Pesuruhjaya, Perniagaan & Media, Liga Utama Besbol (Major League Baseball). “Ketika kami memulakan jadual acara global yang bercita-cita besar, kami memerlukan rakan kongsi perniagaan utama yang boleh menyamai cita-cita kami dan bekerjasama rapat dengan kami untuk terus mengembangkan kumpulan peminat tegar Besbol di seluruh dunia. Kami percaya JTB boleh memberikan sokongan penting itu dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dalam JELAJAH DUNIA.”

JTB, operasi perniagaan antarabangsa yang berpangkalan di Tokyo, membuka pejabat di New York 60 tahun lalu dan telah mengendalikan sejumlah besar perjalanan ke luar negara bersama-sama dengan liberalisasi perjalanan ke luar negara di Jepun, setelah mengekalkan kedudukan syarikat itu sebagai agensi pelancongan terkemuka di Asia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, JTB telah membantu ribuan peminat besbol Jepun mengunjungi Amerika Syarikat dan Kanada untuk menonton aksi pemain Jepun yang membintangi MLB, sambil menjalinkan hubungan kukuh dengan banyak Kelab di seluruh Liga Utama Besbol (Major League Baseball).

Maklumat Tentang JTB

JTB mempunyai 159 pejabat di 35 negara/rantau dan mengendalikan perjalanan antarabangsa bukan sahaja dari Jepun tetapi juga dari pelbagai negara dan rantau di seluruh dunia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, JTB telah memberikan tumpuan dalam membangunkan perniagaan hospitaliti sukan syarikat, menyediakan perkhidmatan penuh perhatian kepada pelbagai pelanggan, terutamanya pelanggan korporat, dengan memanfaatkan kekuatan syarikat dalam hospitaliti Jepun dan kerjasama kukuh dalam rangkaian pejabat luar negara. Melalui perkongsian dengan MLB ini, JTB akan berusaha habis-habisan merentasi kumpulan bagi menjadikan pakej perjalanan ke permainan Besbol Liga Utama (Major League Baseball) sebagai pengalaman yang tidak ternilai untuk pelanggan.
https://www.jtbcorp.jp/en/

Maklumat Tentang Major League Baseball

Liga Utama Besbol (Major League Baseball - MLB) ialah liga sukan profesional paling bersejarah di Amerika Syarikat dan terdiri daripada 30 kelab ahli di Amerika Syarikat dan Kanada, mewakili peringkat tertinggi besbol profesional. Diketuai oleh Pesuruhjaya Robert D. Manfred, Jr., MLB kekal komited untuk memberikan impak dalam komuniti Amerika Syarikat, Kanada dan di seluruh dunia, mengekalkan peranan sukan yang lebih besar dalam masyarakat dan meresapi setiap aspek perniagaan, pemasaran, perhubungan komuniti dan usaha tanggungjawab sosial besbol. Pada masa ini, MLB menampilkan tahap rekod keseimbangan persaingan, terus mengembangkan jangkauan global melalui pemprograman dan kandungan kepada peminat di seluruh dunia, serta rekod yang didaftarkan dalam permainan dan minit yang ditonton pada musim ini di MLB.TV. Dengan kejayaan berterusan MLB Network dan platform digital MLB, liga itu terus mencari cara berinovatif untuk peminat menikmati Hiburan Kebangsaan Amerika (America's National Pastime) dan permainan yang benar-benar global. Untuk maklumat lanjut mengenai Liga Utama Besbol (Major League Baseball), sila kunjungi www.MLB.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53888222/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi

Hubungan untuk pertanyaan pihak media:
JTB Corp.: Hiroko Nakamura, Pasukan Penjenamaan dan Komunikasi, h_nakamura190@jtb.com
MLB: David Hochman, Komunikasi MLB, David.Hochman@mlb.com, mlbpressbox.com, @MLB_PR
 
Sumber: JTB Corp

KFSH&RC RAIKAN 25 SAINTIS YANG DINOBATKAN DALAM 2% TERATAS PENYELIDIK PALING BANYAK DIPETIK STANFORD DI SELURUH DUNIA

RIYADH, Arab Saudi, 26 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan King Faisal memberikan penghormatan kepada 25 saintis yang menyertai senarai berprestij Universiti Stanford, menandakan mereka dalam kalangan senarai '2% teratas saintis paling banyak dipetik' yang dikemas kini pada Oktober 2023.

Pernyataan baru-baru ini mengiktiraf 25 saintis KFSH&RC yang terkenal, antara 2% teratas penyelidik yang paling banyak dipetik di seluruh dunia pada tahun 2021-2022 dan mengiktiraf pencapaian keseluruhan kerjaya mereka. Pengiktirafan berprestij ini meraikan sumbangan dan impak cemerlang penyelidik KFSH&RC di peringkat saintifik global, menyerlahkan komitmen berterusan KFSH&RC untuk memajukan penjagaan kesihatan melalui penyelidikan novel. Hal ini meningkatkan reputasi antarabangsanya sebagai hab perintis untuk penyelidikan inovatif.

Tuan Yang Terutama Dr. Majid Al Fayyadh, Ketua Pegawai Eksekutif, KFSH&RC, menyatakan: "Kami amat berbangga dengan pengiktirafan ini, bukti komitmen teguh kami untuk memajukan penjagaan kesihatan melalui penyelidikan dan inovasi termaju di rumah dan seterusnya. Pencapaian baharu ini mencerminkan dedikasi dan kepakaran pasukan saintis dan profesional perubatan kami yang luar biasa yang melangkau sempadan pengetahuan. Di KFSH&RC, kami tetap berdedikasi kepada misi kami untuk membentuk masa depan penjagaan kesihatan dan menyumbang kepada kemajuan global dalam bidang itu." 

Saturday, January 27, 2024

AKADEMI XSOLLA CURINE AKAN MENGANJURKAN GLOBAL GAME JAM 2024 YANG BERPRESTIJ DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Akademi Xsolla Curine berasa sangat gembira untuk mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan Global Game Jam 2024, satu inisiatif MDEC yang mengujakan di Kuala Lumpur. Pejabat Xsolla di Bangsar South akan berubah menjadi hab kreativiti dan inovasi bertenaga dalam acara yang dijadualkan dari 26 hingga 28 Januari. Acara ini akan mengumpulkan para pembangun permainan daripada pelbagai latar belakang untuk maraton penciptaan permainan selama 48 jam yang sengit dan penuh keseronokan.

Sebagai usaha sama pendidikan, Xsolla dan Curine telah menubuhkan Akademi Xsolla Curine dengan dedikasi untuk menghubungkan pembelajaran akademik dan keperluan dinamik sektor pembangunan permainan. Melalui program latihan praktikal, akademi tersebut berpendirian teguh dalam misi mereka untuk memupuk para profesional yang bersedia untuk masa depan, memperkasakan pembangun permainan bebas serta memperjuangkan pertumbuhan harta intelek tempatan dalam industri permainan Malaysia. 

Tuesday, January 23, 2024

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN JESS AU SEBAGAI KETUA HARTA AM DI ASIA



BOSTON & SINGAPURA, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) pada hari ini mengumumkan bahawa Jess Au telah menyertai syarikat itu sebagai Ketua Harta Am di Asia. Berpangkalan di Singapura, beliau menggantikan Ophelia Szeto yang akan bersara daripada jawatan tersebut selepas hampir sedekad bersama syarikat itu.

“Jess mengambil alih portfolio harta am kami dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun di Asia. Saya berharap dapat bekerjasama dengan beliau sambil kami terus membina dan mengembangkan hubungan jangka panjang BHSI di rantau ini,” kata Marc Breuil, Presiden Serantau, Asia Timur Tengah, BHSI. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ophelia untuk hasil usaha dan dedikasi beliau dalam mewujudkan kehadiran hartanah komersial kami di Asia dan kami mendoakan kejayaan dalam usaha beliau yang seterusnya.”

Jess membawa bersama beliau pelbagai pengalaman teknikal dan pengetahuan pasaran di seluruh Asia. Sebelum BHSI, Jess telah memegang beberapa peranan pengurusan & pengunderaitan serantau di pasaran Singapura, paling terkini beliau merupakan Ketua Fakultatif Harta Serantau. Jess berkelulusan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU Singapura) dengan jurusan Insurans.

Di Asia, BHSI menyediakan perlindungan harta am untuk pelbagai kelas, termasuk pembuatan, infrastruktur dan hartanah, serta perlindungan bencana alam yang tersendiri.

Jess berpangkalan di Singapura dan boleh dihubungi di Jess.au@bhspecialty.com.

Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (diperbadankan di Nebraska, Amerika Syarikat) menyediakan insurans hartanah komersial, kecederaan, liabiliti profesional penjagaan kesihatan, liabiliti eksekutif dan profesional, liabiliti transaksi, jaminan, marin, perjalanan, program, kemalangan dan kesihatan, kerugian tersukat perubatan, pemilik kediaman dan multinasional. Terma perlindungan sebenar dan muktamad untuk semua rangkaian produk mungkin berbeza. Di Asia Timur Tengah, rantau ini menaja jamin dokumen Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance, yang memegang penarafan kekuatan kewangan A++ daripada AM Best dan AA+ daripada Standard & Poor's. Berpangkalan di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Boston, Chicago, Columbia, Dallas, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, Plymouth Meeting, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Adelaide, Auckland , Barcelona, Brisbane, Brussels, Cologne, Dubai, Dublin, Frankfurt, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Lyon, Macau, Madrid, Manchester, Melbourne, Munich, Paris, Perth, Singapura, Sydney, Toronto dan Zurich.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

MEDIA
JoAnn Lee / +1 617.936.2937

Sumber: Berkshire Hathaway Specialty Insurance

Monday, January 22, 2024

CONCEAL MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN KE ASIA TENGGARA DENGAN PERKONGSIAN NORDIC SOLUTIONS

Conceal bekerjasama dengan Nordic Solutions bertujuan mengintegrasikan teknologi ConcealBrowse yang canggih, meningkatkan tawaran proaktif dan responsif Nordic Solution untuk pangkalan pelanggan Asia Pasifik syarikat itu

AUGUSTA, Ga., 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Conceal, terkenal dengan pendekatan berinovatif terhadap keselamatan pelayar, berbangga untuk mengumumkan perkongsian pengedaran strategik bersama Nordic Solutions Asia Pte Ltd, yang beribu pejabat di Singapura, serta mempunyai pejabat di seluruh rantau di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam, pengedar nilai tambah produk keselamatan siber rangkaian khusus yang terkemuka bertujuan membentuk masa depan penyelesaian teknologi di rantau Asia-Pasifik. Bersama gabungan ini, pelanggan khusus Nordic Solutions kini akan diperkasakan dengan perlindungan pelayar ConcealBrowse yang dipertingkat.

“Rantau Asia-Pasifik mewakili beberapa pelanggan siber terbesar dan paling canggih di dunia, dan kami amat teruja untuk membawa keupayaan ConcealBrowse yang tiada tandingannya kepada portfolio eksklusif Nordic Solutions. Kepakaran, pengalaman dan penghormatan Nordic Solutions di rantau ini menjadikan syarikat tersebut sebagai rakan kongsi yang ideal untuk Conceal,” kata Gordon Lawson, Ketua Pegawai Eksekutif Conceal. “Dengan menggabungkan ConcealBrowse ke dalam rangkaian tawaran Nordic Solutions, kami percaya perkongsian kami akan merevolusikan cara organisasi di Asia Tenggara mengesan, bertindak balas dan mempertahankan diri terhadap berbagai ancaman hari ini dan esok.”

"Kami tidak berbelah bahagi untuk berusaha mengejar kecemerlangan dalam perkhidmatan IT kami yang menyeluruh. Kerjasama dengan Conceal mewakili pencapaian penting dalam komitmen kami yang berterusan untuk menyediakan penyelesaian keselamatan siber yang canggih. Perkongsian ini menghimpunkan kepakaran dan pengaruh serantau Nordic Solutions yang luas dengan pendekatan berpandangan jauh Conceal kepada keselamatan pelayar. Dengan mengintegrasikan teknologi berinovatif Conceal ke dalam portfolio eksklusif kami dengan lancar, kami berada pada kedudukan untuk merevolusikan landskap keselamatan siber di rantau Asia-Pasifik. Bersama-sama, kami menyasarkan untuk memperkasa organisasi supaya menangani ancaman siber secara proaktif, memperkukuh dedikasi bersama kami bagi memupuk masa depan digital yang selamat untuk perniagaan di seluruh rantau ini," kata John Seet, Ketua Pegawai Eksekutif Nordic Solutions.

Dengan perkongsian ini, pangkalan pelanggan Nordic Solutions boleh menjangka pertahanan yang lebih teguh dan berintegrasi. Gabungan rangkaian perkhidmatan menyeluruh IT Nordic Solutions yang tiada tandingannya ini, digabungkan dengan pendekatan pelayar dinamik yang dikuasakan AI daripada ConcealBrowse, memastikan pelanggan Nordic Solutions dapat mengenal pasti dan meneutralkan ancaman yang muncul dengan kecekapan dan kelajuan lebih tinggi.

Maklumat Tentang Conceal

Misi Conceal ialah untuk mempertahankan organisasi terhadap ancaman berasaskan web. ConcealBrowse ialah sambungan pelayar berkuasa AI peribadi, ringan dan mudah digunakan yang mengesan, menghalang dan melindungi pengguna daripada pancingan data, kecurian kelayakan dan serangan kejuruteraan sosial canggih lain yang sentiasa berkembang. Dengan melindungi bahagian paling rentan dalam mana-mana organisasi, manusia yang menggunakan pelayar web, ConcealBrowse mengurangkan risiko serangan siber yang merosakkan dan mahal secara dramatik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://conceal.io/conceal-browse/.

Maklumat Tentang Nordic Solutions

Nordic Solutions (Asia) Pte Ltd, ditubuhkan pada tahun 2014, merupakan pengedar keselamatan siber terkemuka yang khusus untuk membentuk masa depan penyelesaian teknologi di rantau Asia-Pasifik. Bersama asas yang kukuh dalam pengedaran dan Perkhidmatan Terurus, kami sentiasa berkembang untuk menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh. Bahagian kami termasuk Keselamatan Siber, Penyelesaian dan Perkhidmatan Dron, serta Transformasi Digital. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://nordic-solutions.asia/.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17831

PERKONGSIAN BAHARU ANTARA DATAMATION DAN XSUITE

Datamation, syarikat Perundingan dan Penyedia Penyelesaian IT terkemuka akan secara eksklusif menawarkan penyelesaian xSuite untuk proses APIA dan P2P kepada pelanggan SAP di Malaysia


SINGAPURA, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- xSuite Asia Pacific, sebahagian daripada xSuite Group, yang merupakan pemain global untuk proses automasi invois akaun belum bayar (APIA) dan proses P2P dengan SAP, telah mengumumkan perkongsian syarikat tersebut dengan Datamation. Kontrak rakan kongsi ditandatangani semasa Simposium DigitalCFO di Kuala Lumpur/Malaysia. Datamation akan secara eksklusif menawarkan penyelesaian SAP xSuite serta mengarkib dan menangkap dari awan xSuite kepada pelanggan syarikat.

Datamation Group ialah syarikat perundingan dan penyedia penyelesaian IT terkemuka yang komited untuk membantu perusahaan merentasi pelbagai industri mencapai potensi tertinggi dengan membangunkan penyelesaian perniagaan paling sesuai untuk perniagaan masing-masing. Selain penangkapan data, pada masa ini syarikat menawarkan pelbagai jenis penyelesaian seperti pengurusan kandungan perusahaan (ECM), platform pembangunan aplikasi pantas, sistem pengurusan dokumen & rekod (DMS) dan banyak lagi. Selama bertahun-tahun, Datamation telah berkembang daripada entiti yang berpangkalan di Malaysia kepada organisasi serantau dengan pejabat berpangkalan di Singapura, Hong Kong, Australia dan pejabat perwakilan di pelbagai negara.

Alex Wee, Ketua Pegawai Eksekutif Datamation: “Matlamat kami ialah untuk mewujudkan gabungan strategik dengan peneraju pasaran teknologi bagi menyampaikan penyelesaian IT canggih yang membantu syarikat setiap langkah di sepanjang jalan. Sebagai rakan kongsi eksklusif xSuite untuk pelanggan kami, ini memberi maksud bahawa pelanggan berkenaan akan mendapat manfaat daripada perisian terkemuka dan kental untuk senario APIA dan P2P dalam pelbagai model penggunaan SAP. Oleh itu, kami membantu pelanggan kami memperoleh pulangan maksimum ke atas pelaburan masing-masing, memastikan operasi berjalan lancar dan, sekurang-kurangnya, menyahut cabaran dalam persekitaran yang amat berdaya saing ini.”

xSuite ialah penyedia penyelesaian APIA yang kukuh untuk pasaran SAP dengan kepakaran yang kuat dalam bidang e-invois, AI dalam pemprosesan invois dan proses P2P holistik. Terima kasih kepada pensijilan SAP yang konsisten merentasi keseluruhan portfolio, xSuite menyerahkan kepada pelanggan untuk memilih model penggunaan pilihan masing-masing dengan menyokong pelbagai model SAP (SAP ERP, SAP S/4HANA, Awan SAP S/4HANA, edisi peribadi dan Rise dengan SAP. ).

Andreas Nowottka, Pengarah Urusan, menyatakan: “Kami amat teruja untuk memulakan perkongsian baharu ini dengan Datamation. Lebih daripada kerjasama, ini menandakan gabungan strategik yang mewakili sinergi kepakaran, inovasi dan komitmen bersama untuk kecemerlangan. Dengan lebih daripada 40 tahun kejayaan yang tiada tandingannya dalam menyampaikan penyelesaian teknologi ke Asia, Datamation berada pada kedudukan yang sempurna untuk memulakan era baharu dengan menawarkan penyelesaian xSuite untuk automasi akaun boleh bayar dan proses P2P dengan SAP.

www.datamationgroup.com

Maklumat Tentang xSuite
Mempunyai pejabat di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, bersama pengalaman merentasi industri dan berbilang penyelesaian SAP untuk dimulakan, xSuite merupakan inovator terbaik dalam mengoptimumkan aliran kerja P2P berasaskan SAP, menyediakan perisian dan melaksanakan penyelesaian untuk lebih daripada 1,300 pelanggan. Syarikat tersebut telah menjadi rakan niaga yang dipercayai dalam memodenkan sistem AP dan mengautomasikan proses manual berasaskan cetakan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Andreas Nowottka
Pengarah Urusan
Telefon +49 163 8450420
andreas.nowottka@xsuite.com
www.xsuite.com
 
Sumber: xSuite

--BERNAMA

Saturday, January 20, 2024

NIELSENIQ DAN TRANSUNION BEKERJASAMA UNTUK MENDAYAKAN PENGIKLANAN YANG DISASARKAN DENGAN DATA PEMBELIAN RUNCIT PIHAK PERTAMA

CHICAGO, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ, peneraju pengukuran dan analisis data global, mengumumkan perjanjian dengan TransUnion (NYSE: TRU) perniagaan penyelesaian pemasaran, TruAudience®, bagi menghubungkan data pengguna NielsenIQ dengan ruang identiti rakan kongsi untuk pemodelan khalayak. Usaha kerjasama ini memanfaatkan data pihak pertama NielsenIQ yang berkaitan dengan pembelian barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas dan Resolusi Identiti TransUnion untuk ketersambungan data bagi membantu syarikat Media dan AdTech dalam mewujudkan kempen yang memberi kesan dengan segmen khalayak yang diperoleh daripada pembelian pengguna.

Perikatan tersebut mengatasi halangan sejarah untuk memanfaatkan data perilaku pembelian pengguna luar talian bagi FMCG. Klien boleh menggunakan data NielsenIQ sebagai "Khalayak Benih" untuk mencipta segmen serupa yang tepat berdasarkan demografi dan perilaku pembelian FMCG. Sorotan utama kerjasama ini merangkumi:

· Penyasaran Tepat setanding dengan Rangkaian Media Runcit: Memanfaatkan data pembelian membolehkan syarikat Media dan AdTech merangka penyelesaian untuk laman web terbuka
·  Tahan lama melalui Pemansuhan Data: Data urus niaga kekal tidak terjejas oleh proses pemansuhan data dan apabila digandingkan dengan identiti luar talian yang teguh yang dihantar oleh graf identiti TransUnion menawarkan cara untuk penyasaran apabila kuki dan ID iklan mudah alih lenyap
·  Skala Global dan Kebolehcapaian: NielsenIQ ialah satu-satunya entiti global yang menyediakan data pada skala ini. Melalui Full View™, syarikat Media dan AdTech memperoleh akses yang lancar kepada data pihak pertama yang tidak ternilai, mengubah keupayaan penyasaran khalayak mereka. 

"NielsenIQ mempunyai keupayaan untuk memperkasakan syarikat media dan adtech untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada jenama FMCG dengan menyediakan cerapan data yang paling komprehensif dan boleh dilaksanakan," ujar Brett Jones, SVP, Ketua Perkongsian Global dan New Verticals, NielsenIQ. "Melalui kerjasama dengan TransUnion untuk menghubungkan data kami dengan platform media, kami mendahului dalam mentakrifkan semula masa depan penyasaran khalayak, menyampaikan penyelesaian yang memfokuskan privasi dan membuka jalan untuk kempen yang lebih berkesan dan berjaya." 

Friday, January 19, 2024

BANLE ENERGY INTERNATIONAL LIMITED MENYOKONG PELAYARAN SULUNG BYD UNTUK PEMBAWA KERETA, BYD EXPLORER 1

HONG KONG, 18 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 9 Januari 2024, Banle Energy International Limited, anak syarikat CBL International Limited (NASDAQ: BANL), berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah mengatur perkhidmatan bunkering untuk menyokong perjalanan sulung pengangkut kereta pertama BYD, BYD Explorer 1, di sebuah pelabuhan di China. BYD ialah pengeluar kenderaan elektrik (EV) China. Menurut 'The Wall Street Journal', BYD mengatasi jualan EV Tesla pada suku terakhir tahun 2023 dan menjadi pengeluar EV terbesar di dunia.

Seperti yang dilaporkan oleh berita Seatrade Maritime, selepas menerima perkhidmatan pengisian bunker di pelabuhan Yan Tai, BYD Explorer 1, akan singgah di Shenzhen untuk memuatkan kereta sebelum mengeksport ke Eropah.

"Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa penting ini dan mengucapkan terima kasih kepada BYD kerana meletakkan kepercayaan mereka dalam perkhidmatan pengisian bunker kami," kata Encik William Chia, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CBL International Limited. “CBL telah mewujudkan rangkaian yang teguh dan mempunyai keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan pengisian bunker di 17 daripada 20 pelabuhan kontena terbaik di seluruh dunia. Selaras dengan rancangan pengembangan kami, baru-baru ini kami telah membuka pejabat di Ireland pada suku keempat tahun 2023 untuk meningkatkan lagi rangkaian kami di Eropah. Inisiatif ini sejajar dengan objektif strategik kami untuk mengembangkan kehadiran kami di Eropah."

CBL International Limited telah meluaskan kehadirannya lebih 55 pelabuhan di seluruh Asia Pasifik dan negara lain, seperti Belgium dan Turki. Selain itu, kami telah mengambil pendekatan proaktif dalam meneroka bahan api alternatif dan telah diluluskan untuk aktiviti perdagangan biobahan api. Ini menjadikan kami salah satu kumpulan pertama pembekal biobahan api B24 di Hong Kong. Pencapaian ini menunjukkan keghairahan kami untuk merebut peluang untuk menyediakan perkhidmatan pengisian bunker yang berdaya saing, mesra alam dan bersepadu kepada pelanggan kami yang dihargai."

Perihal CBL International Limited

Ditubuhkan pada tahun 2015, CBL International Limited (Nasdaq: BANL) ialah kenderaan penyenaraian Kumpulan Banle, sebuah syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia Pasifik. Kami komited untuk menyediakan penyelesaian sehenti kepada pelanggan untuk mengisi minyak kapal. Aktiviti perniagaan Kumpulan Banle tertumpu terutamanya kepada lebih 55 pelabuhan utama meliputi Jepun, Korea, China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Malaysia, Singapura, Thailand, Turki dan Belgium. Kumpulan tersebut secara aktif mempromosikan penggunaan bahan api alternatif dan dianugerahkan dengan pensijilan ISCC EU dan ISCC Plus. 

Wednesday, January 17, 2024

'HILTON UNTUK PERNIAGAAN' MENGUBAH PENGALAMAN PENGURUSAN PERJALANAN UNTUK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA





Program Global Menawarkan Platform Tempahan, Diskaun, Ganjaran Kesetiaan yang Menyeluruh dan Alatan Pengurusan Program yang Lancar
 
MCLEAN, Va., 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, Hilton memperkenalkan Hilton untuk Perniagaan, program perjalanan digital baharu yang memperkasakan ahli profesional perusahaan kecil dan sederhana bagi memudahkan pengurusan perjalanan sambil meningkatkan ganjaran dan diskaun untuk kesetiaan mereka.
 
Program global itu menawarkan set alatan yang menyeluruh bagi meningkatkan tempahan perjalanan perniagaan dan pengalaman pengurusan, serta memberikan manfaat Hilton Honors kepada pelanggan perniagaan dan pekerja pelanggan tersebut di seluruh dunia.
 
Hilton untuk Perniagaan memenuhi keperluan yang semakin meningkat: Data Hilton mendedahkan 75 peratus pelanggan perusahaan kecil dan sederhana menempah perjalanan perniagaan dan menguruskan perjalanan  masing-masing secara dalaman, tanpa menggunakan khidmat luaran. Manakala Laporan Trend 2024 Hilton mengetengahkan bahawa 80% pengembara global bersetuju dengan kepentingan menempah keseluruhan perjalanan mereka diatas talian.
 
“Di Hilton, kami mendengar keperluan pelanggan kami dan kemudian melakukan inovasi untuk memberikan pengalaman hotel yang unggul bagi setiap pengaturan penginapan. Ini termasuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana kami yang telah mencari platform perjalanan dan manfaat kesetiaan bagi memenuhi keperluan unik masing-masing dan mengurangkan titik geseran, daripada penempahan kepada pengebilan,” kata Chris Silcock, presiden Jenama Global dan Perkhidmatan Komersial, Hilton. “Kami amat teruja melancarkan Hilton untuk Perniagaan secara rasmi pada hari ini sebagai penyelesaian strategik kami yang bertujuan memperkaya pengalaman perjalanan perniagaan untuk pelanggan dan pekerja masing-masing.”
 
Kini, perusaha kecil dan sederhana dapat merasai pengalaman perjalanan perniagaan yang lebih lancar dan dipacu nilai dengan melibatkan diri bersama Hilton untuk Perniagaan melalui cara berikut:
 
Diskaun Seluruh Portfolio

Perusahaan kecil dan sederhana yang menyertai Hilton untuk Perniagaan memperoleh akses kepada kadar yang diberikan diskaun merentasi portfolio global Hilton sebanyak 7,400 hartanah di laman web dan dalam aplikasi Hilton Honors.
 
Ganjaran Perjalanan untuk Perusahaan Kecil dan Pekerja

Melalui program ini, syarikat akan memperoleh bonus dengan program kesetiaan Hilton yang telah meraih anugerah, iaitu Hilton Honors. Ini termasuk:
  • Syarikat yang mendaftar dalam Hilton untuk Perniagaan akan menerima 7,500 Mata Ganjaran Bonus Hilton Honors selepas mana-mana ahli program melengkapkan penginapan hotel pertama mereka.
  • Selepas setiap 10 malam tempoh menginap oleh ahli program, syarikat itu menerima 5,000 Mata Ganjaran Bonus Hilton Honors. Mata Ganjaran Bonus tersebut disimpan dalam akaun syarikat perniagaan dan boleh digunakan untuk diagihkan sesama sendiri dan/atau mana-mana ahli program Hilton untuk Perniagaan masing-masing.
  • Pengembara individu, termasuk pemilik dan pekerja, akan terus memperoleh Mata Ganjaran Hilton Honors dan manfaat peribadi mereka setiap kali mereka menginap.
 
Suai Tugas Pantas

Apabila mengunjungi Hilton.com/HiltonforBusiness, pemilik atau pentadbir perjalanan perusahaan kecil dan sederhana boleh mendaftarkan diri mereka dan syarikat mereka, melalui akaun Hilton Honors mereka sendiri, bagi memperoleh akses kepada sistem tempahan dan pengurusan perjalanan layan diri yang menyeluruh dan mudah digunakan. Memahami kekecewaan yang dialami ramai pelanggan berkenaan proses pendaftaran yang panjang dan rumit, pendaftaran Hilton untuk Perniagaan dibina bagi membolehkan proses pendaftaran dan pengesahan dilakukan secara pantas. Sebaik sahaja didaftarkan, pelanggan dan pekerja perniagaan akan memperoleh akses kepada laman web tempahan dan manfaat menarik yang lain. Pada peringkat itu, pengembara individu juga akan dapat mencipta profil perjalanan peribadi dan perniagaan secara berasingan dalam akaun Hilton Honors mereka sendiri, membolehkan pembezaan dan pengurusan yang lancar antara kedua-dua profil.
 
Pengurusan Program yang Lancar

Selain membolehkan mana-mana pengembara di sesebuah syarikat menempah kadar yang diberikan diskaun dengan mudah, pemilik perniagaan mengawal pengurusan program sepenuhnya dan boleh mewakilkan pengurusan tersebut kepada seberapa ramai pentadbir. Dan penambahan bilangan pekerja menjadi pantas – lebih ramai pekerja dimasukkan ke dalam program, maka lebih banyak manfaat yang diperoleh syarikat. Perniagaan boleh menjejaki perbelanjaan masing-masing yang akan datang, menyemak sejarah perbelanjaan dan memahami manfaat yang terkumpul apabila melakukan perjalanan.

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, kunjungi Hilton.com/HiltonforBusiness.
 
Maklumat Tentang Hilton

Hilton (NYSE: HLT) ialah syarikat hospitaliti global terkemuka dengan portfolio 22 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada hampir 7,400 hartanah dan lebih daripada 1.1 juta bilik, di 124 negara dan wilayah. Berdedikasi untuk memenuhi visi penubuhan syarikat bagi menceriakan bumi ini dengan cahaya dan kemesraan layanan yang baik, Hilton telah mengalu-alukan kedatangan lebih daripada 3 bilion tetamu dalam sejarah perkhidmatan lebih 100 tahun, memperoleh tempat teratas dalam senarai 100 Syarikat Terbaik untuk Bekerja Fortune dan telah diiktiraf sebagai peneraju global dalam Indeks Kelestarian Dow Jones selama enam tahun berturut-turut. Hilton telah memperkenalkan beberapa peningkatan teknologi terunggul dalam industri bagi menambah baik pengalaman tetamu, termasuk Perkongsian Kunci Digital, naik taraf bilik percuma secara automatik dan keupayaan menempah bilik bersambung yang disahkan. Melalui program kesetiaan Hilton Honors yang telah meraih anugerah ini, lebih 173 juta ahli yang menempah secara langsung dengan Hilton boleh memperoleh Mata untuk penginapan hotel dan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Dengan menggunakan aplikasi Hilton Honors yang percuma, tetamu boleh menempah penginapan mereka, memilih bilik mereka, mendaftar masuk, membuka kunci pintu bilik mereka dengan Kunci Digital dan mendaftar keluar, semuanya dari telefon pintar mereka. Kunjungi stories.hilton.com untuk maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton di FacebookTwitterLinkedInInstagram dan YouTube

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17822

Friday, January 12, 2024

MB STELLAR - GELANG PEMBAYARAN YANG PERTAMA MEMBAWAKAN PEMBAYARAN 5.0 KEPADA GEN Z VIETNAM

BANDAR HO CHI MINH, Vietnam, 11 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stellar, gelang pembayaran yang pertama mengagumkan orang muda di Vietnam disebabkan oleh pengalaman penggunaannya yang fleksibel, yang telah dibuktikan di DigiLounge#4 "Memperkenalkan Stellar - perintis dalam gaya pembayaran baharu GenZ" yang dianjurkan oleh OMverse.

Dilancarkan pada pertengahan November 2023, gelang pembayaran Stellar terhasil daripada kombinasi strategik antara Military Commercial Joint Stock Bank (MBBank) dengan Omega Media (ahli OMverse). MBBank dinobatkan sebagai antara 5 bank komersial Vietnam terhebat yang berprestij pada tahun 2023, manakala Omega Media merupakan perintis dalam pemasaran prestasi.

Mengintegrasikan dua cip debit dan kredit dalam satu peranti, gelang ini memberi pelanggan kemudahan untuk membuat pembayaran satu sentuhan tanpa memerlukan sambungan rangkaian atau pengecasan bateri. Dengan 18 pilihan reka bentuk, warna dan hiasan personaliti yang direka bentuk khas, gelang pembayaran bergaya ini juga kalis air dan tahan debu, sesuai untuk segala jenis cuaca dan aktiviti luar Gen Z. Harga mampu milik pada hanya kira-kira 16 USD ini menarik ramai orang muda antara umur 25 hingga 40, iaitu golongan yang menggemari teknologi, fesyen dan sentiasa bersedia untuk mencuba barang baharu.

Pelancaran gelang pembayaran Stellar ini menandakan satu kejayaan dalam pemasaran produk dan prestasi jenama dalam industri perbankan dan kewangan dan mengagumkan pakar pemasaran terkemuka di Vietnam. Ini juga merupakan topik DigiLounge#4 "Memperkenalkan Stellar - perintis dalam gaya pembayaran baharu GenZ" yang dianjurkan oleh OMverse. Ramai pakar menghadiri acara ini, seperti En. Mai Huy Phuong - Timbalan Pengarah Bahagian Perbankan Digital, MBBank; Cik Van Trinh - Ketua Pegawai Eksekutif Fantastic Eggs; En. An Dang - Ketua Pegawai Eksekutif Omega Media - Cawangan Bandar Ho Chi Minh dan En. Dzung Le - Ketua Pegawai Eksekutif Omeez.

Melalui dua sesi perkongsian tentang "Penggunaan Prestasi Jenama dalam Industri Perbankan melalui Inovasi Produk" dan "Daripada Pemasaran Produk kepada Prestasi Jenama", pakar-pakar ini membincangkan kempen memberangsangkan yang tertumpu pada Gen Z - gelang pembayaran di Vietnam. Pada masa yang sama, para pakar telah mengkaji dengan mendalam trend, peluang dan cabaran pengguna dalam pasaran Vietnam pada tahun 2024. 

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...