Program Global Menawarkan Platform Tempahan, Diskaun, Ganjaran Kesetiaan yang Menyeluruh dan Alatan Pengurusan Program yang Lancar
MCLEAN, Va., 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, Hilton memperkenalkan Hilton untuk Perniagaan, program perjalanan digital baharu yang memperkasakan ahli profesional perusahaan kecil dan sederhana bagi memudahkan pengurusan perjalanan sambil meningkatkan ganjaran dan diskaun untuk kesetiaan mereka.
Program global itu menawarkan set alatan yang menyeluruh bagi meningkatkan tempahan perjalanan perniagaan dan pengalaman pengurusan, serta memberikan manfaat Hilton Honors kepada pelanggan perniagaan dan pekerja pelanggan tersebut di seluruh dunia.
Hilton untuk Perniagaan memenuhi keperluan yang semakin meningkat: Data Hilton mendedahkan 75 peratus pelanggan perusahaan kecil dan sederhana menempah perjalanan perniagaan dan menguruskan perjalanan masing-masing secara dalaman, tanpa menggunakan khidmat luaran. Manakala Laporan Trend 2024 Hilton mengetengahkan bahawa 80% pengembara global bersetuju dengan kepentingan menempah keseluruhan perjalanan mereka diatas talian.
“Di Hilton, kami mendengar keperluan pelanggan kami dan kemudian melakukan inovasi untuk memberikan pengalaman hotel yang unggul bagi setiap pengaturan penginapan. Ini termasuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana kami yang telah mencari platform perjalanan dan manfaat kesetiaan bagi memenuhi keperluan unik masing-masing dan mengurangkan titik geseran, daripada penempahan kepada pengebilan,” kata Chris Silcock, presiden Jenama Global dan Perkhidmatan Komersial, Hilton. “Kami amat teruja melancarkan Hilton untuk Perniagaan secara rasmi pada hari ini sebagai penyelesaian strategik kami yang bertujuan memperkaya pengalaman perjalanan perniagaan untuk pelanggan dan pekerja masing-masing.”
Kini, perusaha kecil dan sederhana dapat merasai pengalaman perjalanan perniagaan yang lebih lancar dan dipacu nilai dengan melibatkan diri bersama Hilton untuk Perniagaan melalui cara berikut:
Diskaun Seluruh Portfolio
Perusahaan kecil dan sederhana yang menyertai Hilton untuk Perniagaan memperoleh akses kepada kadar yang diberikan diskaun merentasi portfolio global Hilton sebanyak 7,400 hartanah di laman web dan dalam aplikasi Hilton Honors.
Ganjaran Perjalanan untuk Perusahaan Kecil dan Pekerja
Melalui program ini, syarikat akan memperoleh bonus dengan program kesetiaan Hilton yang telah meraih anugerah, iaitu Hilton Honors. Ini termasuk:

- Syarikat yang mendaftar dalam Hilton untuk Perniagaan akan menerima 7,500 Mata Ganjaran Bonus Hilton Honors selepas mana-mana ahli program melengkapkan penginapan hotel pertama mereka.
- Selepas setiap 10 malam tempoh menginap oleh ahli program, syarikat itu menerima 5,000 Mata Ganjaran Bonus Hilton Honors. Mata Ganjaran Bonus tersebut disimpan dalam akaun syarikat perniagaan dan boleh digunakan untuk diagihkan sesama sendiri dan/atau mana-mana ahli program Hilton untuk Perniagaan masing-masing.
- Pengembara individu, termasuk pemilik dan pekerja, akan terus memperoleh Mata Ganjaran Hilton Honors dan manfaat peribadi mereka setiap kali mereka menginap.
Suai Tugas Pantas
Apabila mengunjungi Hilton.com/HiltonforBusiness, pemilik atau pentadbir perjalanan perusahaan kecil dan sederhana boleh mendaftarkan diri mereka dan syarikat mereka, melalui akaun Hilton Honors mereka sendiri, bagi memperoleh akses kepada sistem tempahan dan pengurusan perjalanan layan diri yang menyeluruh dan mudah digunakan. Memahami kekecewaan yang dialami ramai pelanggan berkenaan proses pendaftaran yang panjang dan rumit, pendaftaran Hilton untuk Perniagaan dibina bagi membolehkan proses pendaftaran dan pengesahan dilakukan secara pantas. Sebaik sahaja didaftarkan, pelanggan dan pekerja perniagaan akan memperoleh akses kepada laman web tempahan dan manfaat menarik yang lain. Pada peringkat itu, pengembara individu juga akan dapat mencipta profil perjalanan peribadi dan perniagaan secara berasingan dalam akaun Hilton Honors mereka sendiri, membolehkan pembezaan dan pengurusan yang lancar antara kedua-dua profil.
Pengurusan Program yang Lancar
Selain membolehkan mana-mana pengembara di sesebuah syarikat menempah kadar yang diberikan diskaun dengan mudah, pemilik perniagaan mengawal pengurusan program sepenuhnya dan boleh mewakilkan pengurusan tersebut kepada seberapa ramai pentadbir. Dan penambahan bilangan pekerja menjadi pantas – lebih ramai pekerja dimasukkan ke dalam program, maka lebih banyak manfaat yang diperoleh syarikat. Perniagaan boleh menjejaki perbelanjaan masing-masing yang akan datang, menyemak sejarah perbelanjaan dan memahami manfaat yang terkumpul apabila melakukan perjalanan.
Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, kunjungi Hilton.com/HiltonforBusiness.
Maklumat Tentang Hilton
Hilton (NYSE: HLT) ialah syarikat hospitaliti global terkemuka dengan portfolio 22 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada hampir 7,400 hartanah dan lebih daripada 1.1 juta bilik, di 124 negara dan wilayah. Berdedikasi untuk memenuhi visi penubuhan syarikat bagi menceriakan bumi ini dengan cahaya dan kemesraan layanan yang baik, Hilton telah mengalu-alukan kedatangan lebih daripada 3 bilion tetamu dalam sejarah perkhidmatan lebih 100 tahun, memperoleh tempat teratas dalam senarai 100 Syarikat Terbaik untuk Bekerja Fortune dan telah diiktiraf sebagai peneraju global dalam Indeks Kelestarian Dow Jones selama enam tahun berturut-turut. Hilton telah memperkenalkan beberapa peningkatan teknologi terunggul dalam industri bagi menambah baik pengalaman tetamu, termasuk Perkongsian Kunci Digital, naik taraf bilik percuma secara automatik dan keupayaan menempah bilik bersambung yang disahkan. Melalui program kesetiaan Hilton Honors yang telah meraih anugerah ini, lebih 173 juta ahli yang menempah secara langsung dengan Hilton boleh memperoleh Mata untuk penginapan hotel dan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Dengan menggunakan aplikasi Hilton Honors yang percuma, tetamu boleh menempah penginapan mereka, memilih bilik mereka, mendaftar masuk, membuka kunci pintu bilik mereka dengan Kunci Digital dan mendaftar keluar, semuanya dari telefon pintar mereka. Kunjungi stories.hilton.com untuk maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton di Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17822
No comments:
Post a Comment