Thursday, April 30, 2020

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI JULAI 2020 INSTITUT KRAF NEGARA

RAWANG30 April (Bernama) -- Institut Kraf Negara (IKN), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia membuka permohonan pengambilan pelajar-palajar baharu sesi Julai 2020/2021.
 
IKN  merupakan  sebuah institusi latihan kemahiran awam dalam bidang kraf menawarkan pengajian dalam dua program iaitu Program Sijil dan Diploma.  Program Sijil dijalankan selama dua tahun dan Program Diploma dijalankan selama tiga tahun.  Jurusan kursus yang ditawarkan ialah:

Kursus yang ditawarkan:

Seni Kraf Batik
Seni Kraf Tenunan
Seni Kraf Kayu
Seni Kraf Logam
Seni Kraf Seramik
Seni Kraf Rotan
 
Kursus seni kraf yang ditawarkan di IKN diikitiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).  Sejak penubuhannya pada tahun 2001 hingga 2019, IKN telah melahirkan seramai 2,574 graduan terlatih dan berkemahiran tinggi, seiring dengan matlamat untuk menyediakan tenaga kerja mahir yang kompetitif bagi memenuhi keperluan industri kraf.  Daripada jumlah tersebut, seramai 1,409 orang atau 54.7 peratus merupakan graduan peringkat diploma manakala 1,165 orang atau 45.3 peratus graduan peringkat sijil.
 
Tahun 2019 IKN turut memperkenalkan  Program Pengajian Latihan Kemahiran (SKM) menggunapakai modul National Occupational Skills Standard (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.  Sebanyak enam jurusan tahap tiga ditawarkan iaitu dalam bidang seni kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan.
 
IKN juga turut mengamalkan pengajian normal baharu berikutan pandemik COVID 19 melalui pengajian dan pembelajaran jarak jauh, e-nota dan syarahan dalam talian.  Pengajaran kaedah ini memberi pengalaman baharu kepada bakal-bakal pelajar yang bakal mengikuti sesi pengaijian di IKN. 
 
Belia dan beliawanis lepasan SPM ditawar mengikuti pengajian ini dengan memohon melalui talian www.ikn.gov.my
 
Syarat program Diploma Seni Kraf lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum dua kredit ATAU Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 atau setara DAN lulus temuduga dan ujian lukisan.
 
Syarat program Sijil Seni Kraf lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum satu kredit ATAU Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dalam bidang berkaitan DAN lulus temuduga dan ujian lukisan.

Sila klik di sini untuk:
i) 
Borang Permohonan Kemasukan ke Institut Kraf Negara
ii) Poster

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia)

Wednesday, April 29, 2020

WELL LIVING LAB, DELOS, CUSHMAN & WAKEFIELD DAN HINES SELARI UNTUK MEMAJUKAN GARIS PANDUAN KEMBALI KE TEMPAT KERJA SEBAGAI RESPONS KEPADA PANDEMIK COVID-19

Well Living Lab akan menilai kaedah dan menetapkan garis panduan untuk mengurangkan penjalaran virus melalui udara dan permukaan, memperkuatkan langkah-langkah penjarakan fizikal dan meningkatkan prestasi pekerja ketika organisasi mempertimbangkan mereka untuk kembali ke pejabat

ROCHESTER, Minn., 28 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Well Living Lab, sebuah kerjasama di antara Delos dan Mayo Clinic yang dikhususkan untuk menyelidiki impak persekitaran kepada kesihatan manusia, hari ini mengumumkan satu rancangan komprehensif untuk mengkaji reka bentuk dan operasi bagi ruang kerja untuk membantu mencegah penyebaran virus pernafasan. Ini akan merangkumi penyelidikan yang dilakukan di makmal itu, bersama dengan aplikasi dan campur tangan ke dalam pejabat-pejabat korporat di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa.

Well Living Lab, yang terletak bersebelahan dengan kampus Mayo Clinic di Rochester, Minnesota, akan menggunakan ruang pejabat “makmal hidup” yang boleh dikonfigurasi untuk menghasilkan pandangan dan menilai teknologi bagi mengurangkan risiko penularan virus pernafasan di persekitaran kerja. Kaya di dalam teknologi sensor dan sangat boleh dikonfigurasi, makmal itu direka untuk mensimulasikan sejumlah tetapan persekitaran dalaman. Cushman & Wakefield akan menyumbangkan kepakaran mereka di dalam strategi tempat kerja dan amalan reka bentuk, termasuk protokol untuk mengekalkan dasar-dasar penjarakan fizikal dan konsep lain untuk kembali ke pejabat. Delos akan menyumbangkan kepakaran di dalam strategi penapisan udara bagi mengurangkan kepekatan bahan zarah, protokol kebersihan permukaan, algoritma yang direka untuk memperbaiki kebimbangan persekitaran dalaman, dan perisian untuk menggalakkan penerapan perubahan tingkah laku penghuni yang diperlukan untuk menyokong persekitaran yang sihat. Hines akan menyumbang pelajaran yang diperolehi daripada sejarah mereka selama enam dekad dalam mewujudkan hartanah yang berinovatif dan lestari dengan kepimpinan pemikiran dan kepakaran pengurusan dari banyak pemimpin utama firma itu di dalam pembangunan, kejuruteraan, inovasi dan pengurusan hartanah merentasi sektor-sektor produk.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13351

Tuesday, April 28, 2020

ALGERNON MENERIMA KELULUSAN KAWAL SELIA DAN ETIKA BAGI KAJIAN MANUSIA COVID-19 IFENPRODIL FASA 2 DI KOREA SELATAN

VANCOUVER, British Columbia, 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Algernon Pharmaceuticals Inc. (CSE: AGN) (FRANKFURT: AGW) (OTCQB: AGNPF) (“syarikat” atau “Algernon”) sebuah syarikat pembangunan farmaseutikal peringkat klinikal, dengan sukacita mengumumkan bahawa mereka telah menerima kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat di Korea Selatan, serta kelulusan etika untuk kajian klinikal COVID-19 Fasa 2 yang diketuai oleh penyelidik, untuk ubat NP-120 (Ifenprodil) yang diubah tujuan, yang merupakan antagonis reseptor NMDA.

Ketua Penyelidik Utama ialah Dr. Dong Sik Jung, Profesor, dalam Bahagian Penyakit Berjangkit di Hospital Universiti Dong-A, Busan.

Percubaan selama 4 minggu untuk 40 pesakit ini direka bentuk untuk menguji kesan Ifenprodil dalam pesakit yang dijangkiti COVID-19 dengan pneumonia yang teruk. Pesakit dirawakkan secara 1:1 untuk menerima sama ada standard penjagaan (SOC) atau SOC dengan Ifenprodil. Hasil utama akan merupakan kadar fungsi paru-paru mereka meningkat dengan mengukur paras oksigen di dalam darah (Pa02/Fi02). Hasil sekunder akan merangkumi kematian, kadar ventilasi mekanikal dan pesakit yang melaporkan kesan terhadap batuk dan sesak nafas (dispnea).

Pendaftaran dalam percubaan klinikal fasa 2 dijangka akan bermula pada 8 Mei 2020.

“Percubaan manusia pertama bagi Ifenprodil dalam kalangan pesakit COVID-19 merupakan satu langkah ke hadapan dengan program penyelidikan klinikal kecederaan paru-paru akut baharu kami,” kata Christopher J. Moreau, CEO Algernon. “Data positif Fasa 2 akan menjadi perkembangan penting sementara kami terus menyiasat potensi terapeutik Ifenprodil sebagai rawatan COVID-19, di samping memajukan program fibrosis pulmonari idiopati dan batuk kronik.”

Syarikat tersebut mengingatkan bahawa walaupun mereka sedang bersiap sedia untuk memulakan percubaan klinikal Fasa 2 tidak lama lagi di Korea Selatan, mereka tidak membuat sebarang tuntutan tersurat atau tersirat bahawa NP-120 (Ifenprodil) ialah rawatan yang berkesan untuk kecederaan paru-paru akut (ALI), virus COVID-19, atau sebarang keadaan perubatan lain buat masa ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13345

MHPS Pemimpin Bahagian Pasaran Global Pada Tahun 2019 Untuk Sistem Penyahsulfuran Gas Serombong

YOKOHAMA, Jepun, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), mencapai bahagian pasaran teratas bagi sistem penyahsulfuran gas serombong (FGD) pada tahun 2019, dengan memperolehi 37.2% daripada pasaran global.* Menurut satu laporan penyelidikan pasaran terkemuka, untuk tempoh enam tahun yang terakhir, MHPS telah memperolehi bahagian pasaran terkemuka dunia dengan 37%, dengan menyampaikan sistem itu dengan gabungan output 51.010 MW. Ini adalah kali kelima MHPS telah memperoleh bahagian pasaran teratas di dalam tempoh ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200427005233/en/

MHPS telah menyatukan teknologi persekitaran bagi loji kuasa terma yang telah dibangun dan dikumpulkan oleh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) dan Hitachi, Ltd., dengan menyediakan syarikat itu dengan keupayaan untuk menawarkan sebuah Sistem Kawalan Kualiti Udara (AQCS) bersepadu yang terdiri daripada FGD, Pengurangan Pemangkinan Terpilih (SCR) untuk denitrifikasi, dan Pemendak Elektrostatik (ESP) bagi sistem pengumpulan habuk. Pemusatan ini telah membentuk satu asas bagi MHPS sebagai satu-satunya pengeluar di dunia yang dapat menawarkan cadangan secara bersendirian dan menyediakan sistem ini. Teknologi mereka yang terkemuka di dunia yang dapat dengan banyaknya mengurangkan bahan pencemar udara seperti sulfur oksida (SOx), nitrogen oksida (NOx), dan bahan zarahan, sekali gus membantu meningkatkan persekitaran global dengan ketara.

MHPS telah menghantar lebih daripada 300 sistem FGD kepada pasaran global. Kami telah mengembangkan perniagaan itu dengan menyediakan teknologi dan panduan di negara dan wilayah di mana permintaan untuk AQCS termaju telah meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi, dan menerapkan teknologi ini di dalam projek-projek pembangunan bersama dengan Mitsubishi Shipbuilding Co., Ltd. untuk peralatan penyahsulfuran bagi kapal-kapal. MHPS juga mempunyai bahagian pasaran global terkemuka bagi sistem SCR, dan adalah merupakan sebuah peneraju industri.

Bergerak ke hadapan, dengan didorong oleh sokongan kuat yang ia diterima daripada pelanggan yang telah menghasilkan di dalam bahagian pasaran yang begitu besar, MHPS akan memberikan tumpuan yang lebih kepada usaha mereka  pada penerapan AQCS secara meluas dan pada masa yang sama menilai dengan tepat keperluan pelanggan, serta menyediakan jaminan tenaga yang penting kepada pembangunan ekonomi, menggalakkan penyahkarbonan tenaga, dan menyumbang kepada pemeliharaan persekitaran global.

Nota
*Sistem FGD dipasang di kemudahan penjanaan kuasa terma dengan output 5MW dan ke atas, berdasarkan kepada angka untuk pemilik teknologi (termasuk operator yang dilengkapi dengan teknologi) di dalam Laporan McCoy Power, sebuah firma penyelidikan pasaran Amerika Syarikat  yang menyediakan analisis terperinci mengenai perniagaan penjanaan kuasa global .

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13349

Monday, April 27, 2020

Aviation Week Network Mengehoskan Webinar Percuma Interaktif Yang Menawarkan Pandangan Daripada Peneraju Industri Tentang COVID-19

NEW YORK, 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Aviation Week Network mengadakan siri webinar percuma yang berkongsi pandangan berharga daripada peneraju industri dan editor Aviation Week tentang cara menghadapi krisis COVID-19 dan langkah seterusnya dalam MRO penerbangan. Webinar tersebut adalah interaktif, menawarkan peluang belajar dan berkongsi pengetahuan kepada peserta, dan atas permintaan, memberikan akses selepas tarikh siaran kepada penonton.
Minggu April 27 ini menampilkan lima webinar baharu seperti dinyatakan di bawah:
Menilai Cabaran Pulangan Pajakan (Assessing the Challenges of Lease Returns), Selasa, 28 April, 9 pagi, waktu EDT
Klik sini untuk mendaftar.
Penerusan Penggabungan? (A Continuation of Consolidation?) Rabu, 29 April, 9 pagi, waktu EDT Klik sini untuk mendaftar.
Kelestarian Pantas dalam Era COVID-19 – Mengekalkan Kerjasama (Rapid Sustainment in the COVID-19 Era – Maintaining Collaboration), Rabu, 29 April, 2 petang, waktu EDT, Klik sini untuk mendaftar.
Kecairan MRO (Liquidity of MROs), Khamis, 30 April, 9 pagi, waktu EDT
Klik sini untuk mendaftar.
Panel Syarikat Penerbangan – Strategi Risiko dan Kembali Berkhidmat (Airline Panel – Risk Strategies and Returning To Service), Khamis, 30 April, 10:30 pagi, waktu EDT
Klik sini untuk mendaftar.
Webinar terkini termasuk Pematuhan MRO Semasa COVID-19 (MRO Compliance During COVID-19); COVID-19, Airbus & Boeing: Seteruk Manakah Situasi akan Berlaku? (COVID-19, Airbus & Boeing: How Bad will it Get?) dan MRO & COVID-19: Menangani Pesawat dan Enjin yang Diparkir atau Melahu. (MRO & COVID-19: Dealing with Parked or Idle Aircrafts and Engines.) Semua ini dan banyak lagi boleh diakses atas permintaan di sini. Senarai penuh webinar dan pengucap boleh ditemukan sini.
“Acara Aviation Week Network sentiasa menawarkan peluang terbaik untuk perangkaian industri, mempelajari tentang teknologi dan perkembangan terkini, berkongsi pengetahuan dan membuat kenalan,” kata Lydia Janow, Pengarah Pengurusan, Acara, Aviation Week Network. “Buat masa ini, kami ingin memastikan bahawa kami terus menawarkan peluang interaktif ini dan berkongsi maklumat yang relevan dengan perkara yang dihadapi oleh industri kita sekarang.”

MHPS MENGUMUMKAN NAMA SYARIKAT BAHARU

Logo Jenama Korporat bagi Mitsubishi Power
-- Penyahkarbonan Kuasa Elektrik bagi sebuah Masa Depan yang Lestari --

YOKOHAMA, Jepun, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), sebahagian daripada Kumpulan Mitsubishi Heavy Industries  (MHI), hari ini mengumumkan nama syarikat baharu mereka, Mitsubishi Power, dan akan juga menggunakan sebuah logo jenama korporat yang baharu. Dengan nama baharu mereka, Mitsubishi Power akan berusaha untuk meningkatkan reputasi mereka di seluruh dunia sebagai satu daripada syarikat yang membolehkan penyahkarbonan bagi kuasa elektrik.

MHPS MENGUMUMKAN NAMA SYARIKAT BAHARU

Saturday, April 25, 2020

SLICE LABS & AXA XL MENAWARKAN PENGGUNA PERNIAGAAN KECIL LENOVO DENGAN INSURANS SIBER ATAS PERMINTAAN

Insurans siber atas permintaan akan ditawarkan sebagai satu pilihan melalui Lenovo Vantage

NEW YORK, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Slice Labs Inc., platform insurans atas permintaan yang pertama, hari ini mengumumkan bahawa insurans siber mereka yang berasaskan awan bagi perniagaan bersaiz kecil sehingga sederhana (PKS), yang disediakan oleh satu daripada syarikat insurans gabungan AXA XL, akan kini ditawarkan melalui suite Security Advisor di platform Lenovo Vantage.

Pelanggan PKS Lenovo akan dapat mengakses maklumat mengenai insurans siber yang merangkumi pelbagai serangan termasuk perisian tebusan atau ransomware dan menyumbangkan sumber-sumber lain bagi perniagaan untuk pulih daripada satu serangan siber. Tambahan pula, produk insurans siber Slice dan AXA XL memanfaatkan AI dan analisis untuk memaklumkan kepada pelanggan mengenai kemungkinan serangan melalui pendidikan pengurusan risiko siber.

“Menjalin satu perhubungan dengan sebuah pemimpin teknologi global menunjukkan bahawa PKS boleh mengakses insurans siber atas permintaan dalam satu cara yang lebih praktikal,” kata John Coletti, Ketua Pegawai Pengunderaitan, pasukan insurans siber AXA XL. “Perniagaan kecil mempunyai tanggungjawab ke atas diri mereka, pelanggan, dan rakan-rakan untuk meluangkan sedikit masa bagi menerapkan polisi insurans siber atas permintaan. Akibat daripada tidak melakukannya adalah jauh lebih memudaratkan dengan kehilangan satu tempoh waktu yang singkat untuk membeli produk ini berbanding dengan potensi untuk menutup sesuatu perniagaan setelah satu serangan.”

Melalui penyelesaian turut serta, atas permintaan ini yang disediakan oleh Slice dan AXA XL, Lenovo berupaya untuk menawarkan pelanggan PKS mereka dengan pilihan insurans yang lebih mudah diakses untuk membantu melindungi daripada landskap ancaman yang begitu pantas berubah.

“Dengan jenayah siber yang semakin meningkat di dalam persekitaran sekarang, besarnya usaha untuk melindungi perniagaan memerlukan satu pendekatan berbilang penjuru kepada pengurusan risiko siber yang merangkumi pendidikan, teknologi, dan insurans,” kata Tim Attia, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama, Slice Labs. “Ekosistem PKS Lenovo yang mantap akan kini mendapat manfaat daripada penambahan yang lancar untuk memperkukuhkan kesihatan siber. Kami memuji usaha mereka yang berterusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai insurans siber kepada PKS yang secara tradisi tidak menyedari tentang potensi penyelamat itu.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13337

Friday, April 24, 2020

Topcon Singapore Medical Mengumumkan Pengarah Urusan Mereka Yang Baharu

SINGAPURA, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Topcon Singapore Medical Pte. Ltd. (“TSM”) telah mengumumkan bahawa Leo Hiroshi Nagatake, yang pada masa ini menerajui Topcon Healthcare Solutions Asia Pasifik (“THSAP”), telah dilantik sebagai pengarah urusan TSM yang baharu. Leo menggantikan Calvin Lee, bekas pengarah urusan bagi TSM, yang bersara pada akhir Mac 2020.

“Saya sangat berbesar hati dan amat teruja dengan peranan baharu ini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan di Asia bukan sahaja dengan menyediakan peralatan oftalmik, tetapi juga dengan penyelesaian yang membantu pelanggan untuk menangani masalah mereka. Untuk lebih memahami titik-titik kesakitan pelanggan, kami semua komited untuk bermula dengan meningkatkan titik hubungan pelanggan dan mendengar lebih banyak lagi daripada mereka.” kata Leo. Sebagai seorang pemimpin THSAP, Leo selanjutnya berkata, “Dengan memanfaatkan aktiviti masa lampau THSAP di Asia, kami sekarang sudah bersedia untuk mula menyediakan penyelesaian digital di kebanyakan negara di Asia. Kami percaya ini akan membuktikan kedudukan Topcon sebagai penyedia penyelesaian terkemuka serta mengubah proposisi nilai kami di dalam industri penjagaan mata seiring dengan rancangan jangka pertengahan global Topcon.”

“Dengan Identiti Korporat yang baharu bagi perniagaan Penjagaan Mata kami, ‘Topcon Healthcare – Melihat Kesihatan Mata Dengan Cara Yang Berbeza,’ kami pada masa ini berhadapan dengan jangkaan yang semakin meningkat ke arah penawaran digital dan penyelesaian,” kata Fumio Ohue, Pegawai Eksekutif Urusan dan Pengurus Besar bagi Bahagian Perniagaan Penjagaan Mata di Topcon Corporation. “Saya mengharapkan satu perubahan perniagaan yang hebat akan berada di bawah kepimpinan baharu beliau.”

Leo seterusnya berkata, “Ketika mengambil kira amalan global masa kini bagi ‘Penjarakan Sosial’ yang disebabkan oleh COVID-19, dunia sangat memerlukan satu penyelesaian jarak jauh, berautomatik dan kendiri dan peralatan yang berkaitan di dalam bidang oftalmologi, optometri dan optisianri. Kami sekarang lebih menekankan pentingnya untuk menggunakan penyelesaian sedemikian dengan kadar segera.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13332

PULSE SECURE ACCESS SUITE DAN PULSE SDP DITAMPILKAN DALAM LAPORAN WAWASAN PASARAN KESELAMATAN RANGKAIAN SIFAR KEPERCAYAAN BAHARU

Pulse Access Suite menyediakan penyelesaian dari jauh, mudah alih, awan dan rangkaian yang bersepadu secara unik untuk mendayakan akses selamat hibrid dan Sifar Kepercayaan

SINGAPURA, 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, peneraju pembekal penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan penyelesaian Access Suite dan SDP mereka diiktiraf dalam laporan penganalisis yang diterbitkan baru-baru ini - Market Insights: Software Defined Perimeter (SDP) for Zero Trust Network Security, 2020.

Laporan wawasan pasaran Perimeter Ditakrifkan Perisian oleh Quadrant Knowledge Solutions, memberikan definisi pasaran, pemacu, kes penggunaan utama, arah aliran, ciri penyelesaian dan seni bina serta pengesyoran pasaran dan profil vendor. Perusahaan dan penyedia perkhidmatan boleh memuat turun laporan di  http://www.pulsesecure.net/SDPquadrant/.

Menurut laporan, “Teknologi Perimeter Ditakrifkan Perisian sedang memuncul sebagai penyelesaian keselamatan rangkaian maju untuk dunia yang rumit dan saling terhubung. SDP mengikuti pendekatan Sifar Kepercayaan, yang kedudukan keselamatan rangkaian lalainya adalah untuk menafikan. Akses diberikan apabila kedua-dua pengguna dan peranti telah disahkan dan dibenarkan. Dengan memberikan kebenaran awal kepada pengguna dan peranti sebelum membuat akses lapisan aplikasi (aplikasi dan sumber), SDP melindungi perusahaan daripada pelbagai jenis serangan. Perdebatan tentang SDP sebagai penggantian lengkap terhadap VPN (SSL-VPN), bahawa SSL-VPN tidak selamat atau SSL-VPN kurang keupayaan Sifar Kepercayaan adalah boleh dipertikaikan. SSL-VPN ialah alat yang telah terbukti dan digunakan secara meluas untuk akses jauh yang selamat. SSL-VPN lanjutan beroperasi pada lapisan aplikasi dan menawarkan kefungsian Sifar Kepercayaan.”

“Pulse Access Suite dengan SDP mempunyai keupayaan kefungsian yang meluas dan infrastruktur dan keselamatan yang lebih besar, keupayaan saling kendali aplikasi yang menyokong, secara komparatif, pelbagai jenis keadaan penggunaan yang lebih luas dan lebih pelbagai,” kata Piyush Dewangan, pengurus penyelidikan industri di Quadrant Knowledge Solutions. “Syarikat ini terkenal dalam kalangan vendor penyelesaian sifar kepercayaan, akses selamat, terutamanya untuk perusahaan dan pembekal perkhidmatan yang mengendalikan persekitaran hibrid IT dan persekitaran berbilang awan.”

Tawaran nilai Sifar Kepercayaan Pulse Secure direalisasikan melalui Access Suite yang menyampaikan pengesahan pengguna dan peranti yang berterusan, ketersambungan dilindungi, kebolehlihatan yang meluas dan respons ancaman merentasi persekitaran mudah alih, rangkaian dan awan. Suite bersepadu ini menawarkan akses mudah kepada perusahaan untuk pengguna akhir dan pengurusan satu paparan tunggal (single-pane-of-glass) untuk pentadbir.

Organisasi boleh mengaturkan dasar Sifar Kepercayaan secara berpusat untuk memastikan akses yang patuh kepada aplikasi, sumber dan perkhidmatan tidak kira lokasi mereka; pada premis, dalam persekitaran awan persendirian dan awan awam. Pulse SDP, Perimeter Ditakrifkan Perisian, ialah tambahan kepada Suite yang melanjutkan keupayaan akses selamat dengan membenarkan akses langsung yang dipercayai antara peranti pengguna dengan aplikasi yang terletak di awan atau pusat data.

“Keperluan keselamatan rangkaian Sifar Kepercayaan tidak pernah sebesar ini terutamanya disebabkan serangan bersasar yang meningkat, mandat bekerja dari rumah yang pantas, dan keperluan pematuhan privasi yang semakin meningkat. Kami telah melihat permintaan yang menakjubkan untuk Pulse Access Suite kami sementara organisasi menggabungkan tindanan teknologi untuk mendapatkan ketangkasan, penskalaan dan menangani risiko siber,” kata Joe Signorelli, Naib Presiden untuk Asia Pasifik Jepun (APJ) di Pulse Secure. “Kami berbesar hati untuk menerima pembezaan pasaran keselamatan Sifar Kepercayaan dan mengalu-alukan organisasi untuk menerokai Access Suite kami untuk mengetahui cara ia boleh meningkatkan produk produktiviti pengguna dan kedudukan keselamatan perusahaan secara mesra kos.”

Pendekatan Sifar Kepercayaan penyelesaian Pulse Secure merupakan perkara yang diserlahkan dalam laporan wawasan pasaran SDP merangkumi:

· Mekanisme Sifar Kepercayaan - pengesahan berterusan, penyemakan kedudukan titik akhir, akses dan penguatkuasaan bersyarat berbutir, dan penerowongan setiap aplikasi secara serentak
· Pengesahan dan kebenaran berterusan pengguna dan peranti dengan memanfaatkan pengesahan berbilang faktor yang meluas (MFA), daftar masuk tunggal (SSO), kawalan capaian berdasarkan peranan berbutir, analisis kelakuan dan pilihan sambungan selamat yang lain
· Klien Pluse yang Disatukan untuk memastikan pengalaman pengguna asal dan pematuhan titik akhir bagi OS popular seperti Windows, macOS, Linux, Android dan iOS
· Seni bina mod duaan dalam platform yang membolehkan kefungsian SDP dan VPN berfungsi secara selari untuk menyediakan akses selamat sifar kepercayaan, kefleksibelan pengerahan dan TCO yang lebih rendah
· Teknologi Optimal Gateway Selector™ proprietari untuk menyambungkan pengguna yang disahkan dan dibenarkan kepada get laluan yang tersedia dan paling dekat demi memastikan keresponsifan akses

Untuk maklumat lanjut tentang Pulse Secure Access Suite dan keupayaan Kepercayaan Sifar yang dapat dibandingkan, lawati 
https://www.pulsesecure.net/top-reasons/.

Untuk memuat turun laporan wawasan pasaran SDP 2020, lawati 
http://www.pulsesecure.net/SDPquadrant/.

CIAPKAN INI: Pulse Secure Access Suite dan Pulse SDP ditampilkan dalam laporan wawasan pasaran Keselamatan Rangkaian Sifar Kepercayaan baharu #PulseSecure #SecureAccess #ZeroTrust #SDP #security

Perihal Pulse Secure

Pulse Secure menyediakan penyelesaian Secure Access dipacu perisian yang mudah dan menyeluruh untuk orang, peranti, benda dan perkhidmatan yang meningkatkan kebolehlihatan, perlindungan dan produktiviti bagi pelanggan kami. Suite kami menyepadukan awan, mudah alih, aplikasi dan akses rangkaian secara unik untuk mendayakan IT hibrid dalam dunia Sifar Kepercayaan. Lebih daripada 23,000 perusahaan dan pembekal perkhidmatan merentasi setiap vertikal mengamanahkan Pulse Secure untuk memperkasakan tenaga kerja mudah alih mereka untuk mengakses aplikasi dan maklumat dengan selamat dalam pusat data dan awan sambil memastikan pematuhan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di www.pulsesecure.net

Ikuti @PulseSecure di Twitter atau lawati kami di LinkedIn dan Facebook.

Orang Hubungan Media:

Tony Tan
Autonomi untuk Pulse Secure
tony@autonomy.marketing
+65 9048 6981

SUMBER: Pulse Secure, LLC

--BERNAMA

Wednesday, April 22, 2020

LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN NINGBO SUNNY AUTOMOTIVE OPTECH CO. LTD UNTUK MEMPERCEPAT PENGERAHAN LIDAR BAGI SISTEM BANTUAN PEMANDU LANJUTAN DAN APLIKASI PEMANDUAN BERAUTONOMI

QUEBEC CITY, 22 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala, berbesar hati untuk mengumumkan penambahan Ningbo Sunny Automotive Optech Co. Ltd, sebagai ahli Leddar™ Ecosystem, menyertai peneraju industri teknologi lain dalam pasukan. Kerjasama strategik ini mengiktiraf Sunny Automotive Optech sebagai peneraju pasaran dalam teknologi yang menyediakan penyelesaian optik yang menyumbang ke arah penyelesaian LiDAR untuk aplikasi berautonomi dan pintar.

Sunny Automotive Optech, sebagai rakan kongsi strategik, akan bekerjasama dengan LeddarTech dalam mencipta penyelesaian LiDAR untuk aplikasi automotif dan mobiliti. Sunny Automotive Optech akan menyediakan reka bentuk optik gred automotif dan kepakaran pengindustrian untuk subsistem optik serta perkhidmatan pengeluaran untuk elemen optik dan subhimpunan. Subsistem optik akan merangkumi optik pemancar dan penerima yang terdiri daripada elemen optik gred automotif terpilih dengan laluan kepada kelayakan automotif, ujian dan pengoptimuman kos.

Perkongsian ini akan mempercepat kitaran reka bentuk pelanggan kami dan menyediakan laluan yang selamat dan berdaya maju untuk pengerahan besar-besaran bagi aplikasi ADAS & AD. LeddarTech dan Sunny Automotive Optech akan memulakan kerjasama ini pada reka bentuk optik LiDAR hadapan dan kokun, berdasarkan LeddarEngine™. LeddarEngine terdiri daripada sistem pada cip LCA3 LeddarCore™ dan pustaka pemprosesan isyarat LeddarSP™. LeddarEngine menetapkan standard baharu untuk reka bentuk penyelesaian LiDAR berkeadaan pepejal bersepadu dan boleh suai yang dioptimumkan untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, teksi robot, kenderaan penghantaran dan kenderaan penumpang.  Sunny akan menyumbang ke arah penawaran platform automotif yang merangkumi LeddarEngine dengan memperkenalkan reka bentuk optik gred automotif dan perkhidmatan pengeluaran kepada pelanggan Peringkat-1 yang membangunkan penyelesaian LiDAR.

“Rekod prestasi Sunny Automotive Optech dalam mencapai pengoptimuman kos melalui inovasi, keseimbangan dalam produk dan reka bentuk proses serta pengurusan rantaian bekalan menghasilkan penyelesaian optimum antara prestasi dengan kos. Kecekapan tambahan ini akan meningkatkan daya saing industri teknologi LeddarEngine yang dipatenkan,” kata Michael Poulin, Naib Presiden Kerjasama Strategik dan Pembangunan Korporat LeddarTech. “Sunny Automotive Optech merupakan peneraju dalam penyelesaian optik untuk pemanduan berautonomi dan pintar dan bersama-sama rakan kongsi tambahan LeddarTech, kami akan bersedia untuk menawarkan penyelesaian yang lengkap dan fleksibel untuk pelbagai aplikasi AD & ADAS berbanding produk dan perkhidmatan tunggal. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Sunny Automotive Optech.” rumus En. Poulin.

“Sunny Automotive Optech dan ahli terpilih yang lain, bekerja secara sinergis sebagai sebahagian daripada Leddar TM Ecosystem, akan memberikan nilai yang dipertingkat kepada pelanggan kita,” kata Winwe Qiu, Pengurus Besar Sunny Automotive Optech “Kami meramalkan LeddarTech bakal menjadi peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala. Menggabungkan teknologi LeddarTech dengan kecekapan optik Sunny Automotive Optech daripada reka bentuk kepada produk akhir yang menghasilkan penyelesaian optimum antara prestasi dengan kos, akan membolehkan kita memberikan penyelesaian LiDAR yang komprehensif dan disesuaikan kepada pelanggan global kami. Kami menanti-nantikan untuk mewujudkan nilai yang sepadan bagi kedua-dua rakan kongsi melalui kerjasama ini dengan LeddarTech,” rumus En. Qiu.

Perihal Sunny Optical Technology® (Group) Company Limited

Sunny Optical merupakan pengilang komponen dan produk optik bersepadu utama dunia dengan sejarah selama tiga puluh lima tahun dan No. 1 dalam Bahagian Pasaran untuk kanta automotif sejak tahun 2012. Syarikat ini secara utamanya terlibat dalam reka bentuk, R&D, pengeluaran dan jualan produk optik dan berkaitan optik. Produk sedemikian termasuklah komponen optik (seperti kanta sfera dan kanta asfera, produk satah, set kanta telefon bimbit, set kanta kenderaan, set kanta pengawasan keselamatan dan pelbagai set kanta lain), produk optoelektronik (seperti modul kamera telefon bimbit, produk optoelektronik 3D, modul kenderaan dan modul optoelektronik lain) dan instrumen optik (seperti mikroskop dan peralatan pintar untuk ujian). Syarikat menumpukan pada bidang penggunaan bagi produk berkaitan optoelektronik, seperti telefon bimbit, kamera digital, pengimejan kenderaan dan sistem penderiaan, sistem pengawasan keselamatan, realiti maya /realiti terimbuh dan kilang automatik, yang digabungkan dengan teknologi optik, elektronik, perisian dan mekanikal.

Maklumat tambahan tentang Sunny Optical boleh diakses di www.sunnyoptical.com  Maklumat hubungan: 0086-574-62525665; czxcpgy@sunnyoptical.com

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi. LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di https://leddartech.com/, dan pada LinkedIn,TwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER : LeddarTech inc.

'Tarbiah Ramadan' Diteruskan Di Radio IKIM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Radio IKIM), akan terus menyiarkan rancangan Khas Ramadan, dengan tema ‘Tarbiah Ramadan’ melalui pengisian rancangan-rancangan yang menarik, walaupun tahun ini umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dengan suasana yang berbeza, dalam menghadapi ujian Wabak COVID-19.

Pengurus Besar Radio IKIM, Mahathir Shaharuddin berkata perubahan ketara dalam Rancangan Khas Ramadan tahun ini adalah apabila tiadanya Siaran Langsung Solat Sunat Terawih seperti kebiasaannya. Walaubagaimanapun, pendengar akan disajikan dengan Tadarus al-Quran yang disiarkan pada jam 9.00 hingga 10.30 malam. Justeru, pendengar akan dapat mendengar dan menghayati alunan ayat-ayat suci al-Quran saban malam, yang akan disampaikan oleh Qari yang terpilih.

Drama Khas yang seringkali dinantikan pada setiap Ramadan juga, akan kembali menemui pendengar secara mingguan melalui slot Drama Nurhikmah yang disiarkan pada setiap Jumaat, jam 2.30 petang. Antara rancangan lain yang diterbitkan sepanjang Ramadan ini adalah Kapsul Fadhilat Ramadan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang akan disiarkan pada jam 7.45 pagi dan 4.45 petang (Isnin – Jumaat) dan Tazkirah Ramadan pada jam 1.30 tengahari (Isnin – Jumaat).

Selain itu, untuk mengajak pendengar menghayati makna dan falsafah Ramadan dengan penuh rasa keinsafan dan  mentarbiah hati, Radio IKIM juga akan meneruskan penerbitan rancangan bual bicara harian bertemakan Ramadan seperti rancangan Motivasi Pagi ( Isnin – Jumaat, 7.30 pagi), Pesona D’Zahra (Isnin, 10.15 pagi), Sains dan Islam (Jumaat, 12.10 tengah hari), Ibrah (Isnin, 5.10 petang), Fas’aluna (Rabu, 5.10 petang ) dan lain-lain lagi.

Frekuensi Radio IKIM boleh diikuti melalui 91.5 FM (Lembah Klang), 102.7 FM (Ipoh), 89.6 FM (Kuantan), 102.7 FM (Negeri Sembilan), 102.7 FM (Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Langkawi), 89.8 FM (Johor Bahru), 89.5 FM (Melaka), 89.8 FM (Kota Bharu), 100.2 FM (Kuala Terengganu), 93.9 FM (Kota Kinabalu), 107.3 FM (Lahad Datu), 104.0 FM (Miri) dan 93.7 FM (Kuching) atau di dalam talian melalui www.ikim.my.

Unit Perhubungan Korporat
21 April 2020

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13324

JUNIPER NETWORKS MENYEDIAKAN DEUTSCHE TELEKOM DENGAN PLATFORM SD-WAN TERURUS UNTUK MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN TINDANAN HUJUNG KE HUJUNG KEPADA PELANGGAN PERUSAHAANNYA

JUNIPER NETWORKS MENYEDIAKAN DEUTSCHE TELEKOM DENGAN PLATFORM SD-WAN TERURUS UNTUK MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN TINDANAN HUJUNG KE HUJUNG KEPADA PELANGGAN PERUSAHAANNYA

Tuesday, April 21, 2020

BIOTALYS MEWUJUDKAN LEMBAGA PENASIHAT SAINTIFIK

SAB akan menyediakan nasihat saintifik dan teknikal untuk mempercepat pembangunan penyelesaian biokawalan unik Biotalys


GHENT, Belgium, 21 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Biotalys NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan generasi baharu, hari ini mengumumkan pembentukan Lembaga Penasihat Saintifik (SAB) yang terdiri daripada pakar industri yang diiktiraf dan pemimpin pemikiran yang akan memberikan nasihat saintifik dan teknikal untuk mempercepat pembangunan penyelesaian biokawalan unik Biotalys.

SAB akan menyertai pasukan kepimpinan Biotalys untuk membuat keputusan penting sementara Syarikat terus memajukan pembangunan biofungisid baharu pertamanya, yang dijangka untuk memasuki pasaran A.S. pada tahun 2022. SAB juga akan menyediakan perspektif saintifik luaran untuk membangunkan dan mengesahkan platform penemuan unik Biotalys dan penunjuk berbilang yang bakal dilaksanakan bagi penyelesaian biokawalan baharu berasaskan protein untuk aplikasi dalam industri pertanian dan makanan.

Hilde Revets, CSO Biotalys, memberikan komen: “Pembentukan SAB ialah satu langkah penting untuk pertumbuhan masa depan syarikat kita dan merupakan pengesahan bagi penemuan sains dan platform teknologi canggih kita. Pakar SAB kami akan menyokong dan menilai pilihan strategik kami untuk membentuk masa depan bekalan makanan yang mampan dan selamat.” Luc Maertens, COO Biotalys, menambahkan lagi: “Kami amat teruja dan bertuah untuk menerima manfaat daripada sekumpulan pakar industri yang saling melengkapi dalam menyediakan dengan lebih lanjut pemerdagangan biofungisid utama kami dan mempercepat rangkaian biokawalan unik kami dengan mod tindakan baharu. Pemahaman dan pengalaman mereka yang mendalam dalam sektor ini, daripada teknologi sehinggalah pembangunan produk, serta hal ehwal kawal selia dan masukan pasaran adalah tidak ternilai untuk kejayaan masa hadapan Syarikat kita.”

Pelantikan dengan SAB Biotalys merangkumi:
  • Adrian Percy, PhD – Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik
    Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam industri pertanian, Adrian ialah penyokong keperluan pertanian dan manfaat pertanian moden. Beliau juga seorang penyokong kuat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi pertanian dan makanan baharu yang menyokong keselamatan makanan global sambil memelihara alam sekitar. Adrian kini berkhidmat sebagai CTO untuk UPL Ltd dan sebelum ini menjadi ketua penyelidikan dan pembangunan untuk bahagian Sains Tanaman di Bayer sebagai sebahagian daripada jawatankuasa eksekutif mereka. Adrian menyertai Biotalys sebagai Ahli Lembaga bebas pada 2018. Adrian merupakan pakar toksikologi menerusi latihan dan menerima PhD dalam biokimia daripada University of Birmingham.
     
  • Jacqui Campbell, PhD, MBA
    Jacqui ialah eksekutif kanan yang mempunyai minat terhadap inovasi teknologi baharu dan mempunyai pengalaman lebih daripada 28 tahun dalam industri pertanian global. Semasa tempoh perkhidmatan beliau di Syngenta, beliau telah memegang beberapa jawatan kepimpinan merentasi R&D, pengeluaran dan rantaian bekalan dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam teknologi penskalaan daripada idea dalam makmal kepada pengeluaran komersial dan produk di lapangan.  Kini, tanggungjawab beliau di Syngenta adalah untuk menilai teknologi baharu dan peluang perniagaan merentasi landskap teknologi Agtech dan merupakan ahli eksekutif Jawatankuasa Dana Usaha Sama Korporat Syngenta.
     
  • Daniel Joo, PhD
    Daniel kini ialah Naib Presiden Biologi di Oerth Bio. Beliau membawa kepakaran 20+ tahun dalam kedua-dua sains makmal basah dan makmal kering yang penting untuk inovasi dalam teknologi yang memuncul. Menggunakan kedua-dua pendekatan sebagai Pengarah Informatik, beliau telah memimpin usaha genom dan bioinformatik di AgraQuest, sebuah syarikat biopestisid, yang diambil alih oleh Bayer pada tahun 2012. Di Bayer, beliau pernah memegang pelbagai jawatan strategik dalam bahagian Sifat dan Biologi, menumpukan kepada pengenalpastian dan penambahbaikan sifat atau mikrob baharu untuk mengawal lalang, perosak dan penyakit. Sebelum menyertai Oerth, Daniel merupakan Ketua Penemuan Mikrobiom di BASF. Beliau juga mempunyai pengalaman 10 tahun bekerja untuk syarikat bioteknologi permulaan dalam ilmu terapi manusia. Daniel menerima kedua-dua ijazah B.A dalam Biologi dan B.A.S. dalam Sains Komputer di University of Pennsylvania. Beliau menerima Ph.D. dalam Biologi Molekul dan Sel daripada Universiti California di Berkeley dan menyambung fellowship pascakedoktoran di UCSF.
     
  • Franz-Josef Placke, Doktor rerum naturalium, Ahli farmasi
    Sejak Januari 2019, Franz Josef bekerja sendiri sebagai Penasihat Teknologi untuk Sains Hayat dan beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat untuk Rottendorf Pharma. Franz-Josef bersara daripada Bayer AG ketika memegang beberapa jawatan pengurusan dengan tanggungjawab global dalam R&D di samping pengeluaran selama lebih 15 tahun. Beliau bertanggungjawab dalam pembangunan produk, keselamatan produk dan hal ehwal kawal selia di Bayer CropScience dan untuk bekalan produk dan kualiti produk di bahagian Kesihatan Haiwan dan Pharma di Bayer. Beliau mempunyai minat yang mendalam tentang pertanian mampan dan percaya dalam teknologi baharu untuk meningkatkan dan menjamin produktiviti pertanian dan pendapatan petani sambil mengurangkan kesan alam sekitar. Sama penting bagi beliau ialah penerimaan sosial terhadap teknologi dan kepercayaan dalam sains. Franz-Josef menerima PhD dalam sains semula jadi daripada University of Würzburg (Institut Farmasi). Beliau merupakan ahli farmasi menerusi latihan dan belajar di University of Marburg.

Perihal Biotalys

Biotalys merupakan syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Syarikat telah membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat dengan mod tindakan unik, menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan.

Biokawalan berdasarkan protein unik Biotalys menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi dan kekonsistenan bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan sebelum dan selepas penuaian. Syarikat berada pada landasan untuk melancarkan biofungisid pertamanya di AS pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran global.

Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €61 juta setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Marieke Vermeersch, Perunding Komunikasi Korporat
T: +32 (0)9 261 06 84
E: marieke.vermeersch@biotalys.com

SUMBER : Biotalys

MARKETSANDMARKETS MENGIKTIRAF FUSIONEX SEBAGAI PEMIMPIN GLOBAL DATA BESAR UTAMA DALAM LAPORAN PENYELIDIKAN 2020 EKSKLUSIF



KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah penyedia teknologi data terkemuka, telah diiktiraf sebagai satu daripada pemimpin global utama yang menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan Data Besar di dalam laporan 2020 MarketsandMarkets yang terbaharu. Fusionex adalah satu-satunya syarikat ASEAN yang disebut di dalam laporan itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200418005012/en/

Laporan komprehensif firma penyelidikan pasaran itu menganalisis Pasaran Data Besar mengikut Komponen, Mod Pergerakan, Saiz Organisasi, Fungsi Perniagaan (Operasi, Kewangan, dan Pemasaran dan Jualan), Industri Menegak (BFSI, Pembuatan, dan Penjagaan Kesihatan dan Sains Hayat), dan Wilayah - Ramalan Global sehingga tahun 2025 menyatakan bahawa pasaran Data Besar diramal akan tumbuh dalam saiz dari USD138.9 bilion pada tahun 2020 kepada USD229.4 bilion menjelang tahun 2025.

“Kami merasa gembira kerana Fusionex telah diiktiraf di dalam laporan Pasaran Data Besar Global MarketsandMarkets kerana kami telah komited untuk memacukan transformasi digital bagi perniagaan melalui kuasa bagi platform dan penyelesaian Data Besar kami. Keupayaan mantap Fusionex di dalam teknologi data telah membantu menangani keperluan digital pelanggan kami yang sentiasa berkembang, dan menyelesaikan cabaran mereka yang berkaitan data,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

Turut diiktiraf di dalam laporan itu sebagai penyedia penyelesaian dan perkhidmatan Data Besar antarabangsa utama adalah Microsoft (AS), Teradata (AS), IBM (AS), Oracle (AS), SAS Institute (AS), Google (AS), Adobe (AS), Talend (AS), Qlik (AS), TIBCO Software (AS), Informatica (AS), Cloudera (AS), Palantir Technologies (AS), Hitachi Vantara (AS), Information Builders (AS), Fusionex (Malaysia), Splunk (AS), AWS (AS), Alteryx (AS), 1010data (AS), Sisense (AS), SAP (Jerman), Salesforce (AS), Micro Focus (UK), HPE (AS), MicroStrategy (AS), ThoughtSpot (AS), dan Yellowfin (Australia).

Apabila menyenaraikan Fusionex di dalam laporan itu, MarketsandMarkets mengambil kira pemain teknologi utama yang memanfaatkan pada faktor pertumbuhan Data Besar utama termasuk kesedaran memuncak bagi peranti Internet Benda di kalangan organisasi, kenaikan mendadak dalam ketersediaan data merentasi organisasi untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam bagi terus berdaya saing, dan meningkatkan pelaburan kerajaan dalam pelbagai wilayah untuk meningkatkan teknologi digital.

“Pengiktirafan ini mengesahkan langkah-langkah yang telah kami lakukan dalam menyediakan penyelesaian yang dipacu oleh inovatif yang terus memberi impak dalam membantu organisasi dan perusahaan mengatasi walaupun cabaran digital yang paling rumit, dengan mengubah mereka untuk menjadi peluang,” kata Teh.

Laporan MarketsandMarkets menyatakan pelbagai syarikat sedang melaksanakan penyelesaian dan perkhidmatan data besar untuk menilai proses dalaman mereka dan meningkatkan operasi. Pelaksanaan data besar membantu syarikat-syarikat untuk mencapai keseimbangan yang tepat di antara kos operasi, kelajuan, kelenturan, dan kualiti. Segmen analisis data besar juga dijangka menguasai saiz pasaran terbesar semasa tempoh ramalan itu.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13319

EPIQ MELANCARKAN PERKHIDMATAN GENERASI SETERUSNYA UNTUK MEMBANTU PELANGGAN DENGAN ANALISIS KONTRAK

Perkhidmatan ini menangani peningkatan isu kontrak yang berkaitan COVID-19

NEW YORK, 20 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan, hari ini mengumumkan peluasan penyelesaian perundangan yang didayakan kecerdasan buatannya (AI) untuk merangkumi Analisis Kontrak.  Tawaran Analisis Kontrak global baharu ini menggabungkan kepakaran dengan pembelajaran mesin dan pemprosesan bahasa semula jadi untuk membolehkan analisis kontrak yang lebih cepat dan pintar oleh pasukan perundangan, dengan keupayaan untuk menambahkan dan menskalakan analisis ini dengan ahli pasukan Epiq yang berpengalaman.

Epiq mempunyai kepakaran mendalam dalam menggunakan analisis canggih yang didayakan teknologi terhadap proses perundangan, termasuk menggunakan AI dalam lebih 1,000 hal ePenemuan untuk firma undang-undang dan pasukan undang-undang korporat sepanjang tahun lepas. Epiq kini sedang menggunakan pengalaman untuk membantu organisasi memahami, menyusun dan mengoptimumkan kontrak mereka dengan lebih baik. Platform ini tidak menyingkirkan komponen manusia daripada analisis kontrak tetapi dapat menjadikan manusia lebih pantas dan lebih berkesan, mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 50%.

“Kuasa pasaran dan persekitaran, termasuk undang-undang dan peraturan baharu, penggabungan dan pemerolehan, transformasi digital, keselamatan maklumat dan yang terbaru pandemik global COVID-19, telah meningkatkan keperluan organisasi untuk memahami kandungan dalam semua kontrak mereka dan mengutamakan semakan.  Klien kami boleh menggunakan platform Epiq tanpa menggunakan masa tambahan dan perlu melabur dalam kakitangan, proses dan alat mereka sendiri,” kata Roger Pilc, presiden dan pengurus besar, penyelesaian perundangan Epiq. “Ini adalah penting dalam persekitaran hari ini dengan permintaan tambahan yang baharu terhadap pasukan undang-undang dan IT yang sudah pun sedia sibuk.”

Epiq memanfaatkan Diligen untuk bahagian pembelajaran mesin platform untuk menyediakan analisis kontrak berkualiti tinggi dan cekap melalui keupayaannya untuk memahami, menyemak dan mengenal pasti data secara tepat dalam ratusan kontrak dalam masa beberapa minit. Pasukan Epiq yang amat berpengalaman mengurus semakan ini, menyediakan skala apabila diperlukan, mentakrifkan kawalan kualiti, mengekstrak fasal yang memerlukan perhatian manual dan menyediakan pelaporan dan metrik terperinci tentang kontrak klien.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Epiq dengan matlamat untuk menyediakan firma undang-undang dan jabatan perundangan dengan cara yang lebih cekap, pantas, tepat dan berpatutan untuk mendapatkan wawasan berkenaan kontrak mereka,” kata Laura van Wyngaarden, pengasas bersama dan COO Diligen. “Kepakaran pengurusan projek dan keupayaan semakan Epiq, digabungkan dengan keupayaan analisis kontrak pembelajaran mesin Diligen, membolehkan pelanggan mengalami kuasa alat AI dan menyiapkan lebih banyak perkara dalam masa yang singkat.”

Perkara yang terutamanya relevan pada hari ini disebabkan oleh COVID-19, algoritma force majeure yang diprabina pada platform boleh digunakan oleh perusahaan yang ingin menentukan risiko/liabiliti jika kontrak tidak dapat dipenuhi, termasuk peruntukan untuk masa pemberian notis; perusahaan yang ingin menentukan respons untuk pembekal yang tidak dapat memenuhi kontrak, dengan pertimbangan khas untuk menentukan bidang kuasa; dan firma undang-undang yang ingin menyediakan semakan kontrak untuk perusahaan yang terjejas.

Aplikasi tambahan untuk platform baharu ini termasuklah membantu pasukan undang-undang menganalisis kontrak untuk mematuhi undang-undang dan peraturan baharu seperti GDPR, sokongan usaha wajar bagi penggabungan atau pemerolehan, membuat katalog pajakan, mengeksport ciri kontrak penting untuk dimuatkan ke dalam sistem Pengurusan Kitar Hayat Kontrak (CLM) dan bersiap sedia untuk penyingkiran fasal LIBOR.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian analisis kontrak kami, hubungi kami di sini.

Perihal Diligen
Diligen merupakan platform analisis kontrak terkemuka yang menggunakan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti peruntukan utama, mencipta ringkasan dan membantu pasukan mengurus proses semakan kontrak. Diligen bekerjasama dengan firma undang-undang dan pasukan perundangan tentang hal semakan kontrak seperti usaha wajar M&A, semakan pajakan, semakan Libor, semakan kontrak legasi, pengekstrakan metadata CLM dan semakan force majeure. Diligen dipercayai oleh klien di seluruh dunia untuk memberikan pemahaman yang pantas kepada bilangan kontrak yang besar dan melancarkan proses semakan kontrak secara mendadak. Ketahui lebih lanjut di www.diligen.com.

Perihal Epiq
Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan melakukan tugasan berskala besar dan semakin rumit bagi peguam korporat, firma guaman dan profesional perniagaan dengan kecekapan, kejelasan dan keyakinan. Pelanggan mengharapkan Epiq untuk melancarkan pentadbiran operasi perniagaan, saman secara berkumpulan dan tort berkumpulan, laporan mahkamah, ePenemuan, kawal selia, pematuhan, penstrukturan semula dan hal-hal kebangkrapan. Pakar bidang dan teknologi Epiq menghasilkan kecekapan melalui kepakaran dan memberikan keyakinan kepada pelanggan berprestasi tinggi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di https://www.epiqglobal.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13317

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...