KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pakar teknologi data terkemuka yang memenangi pelbagai anugerah Fusionex sedang menjalankan usaha untuk membantu dan menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyesuaikan perniagaan mereka dalam menghadapi realiti baharu yang muncul akibat pandemik Covid-19 melalui penyelesaian berinovatif, canggih yang dibina di atas teknologi Platform Awan Google.
Walaupun setiap perniagaan terpaksa berhadapan dengan satu bentuk gangguan atau yang lain, kemunculan Covid-19 adalah satu cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini pada skala yang tidak dapat dibayangkan. Negara-negara di seluruh dunia telah menganjurkan penjarakan sosial atau melaksanakan beberapa langkah sekatan pergerakan, yang secara signifikan telah mengubah cara pengguna berkelakuan dan berinteraksi dengan perniagaan, produk dan perkhidmatan. Memandangkan keadaan ini, Fusionex percaya bahawa transformasi digital adalah jawapan untuk mengatasi halangan ini.
Inisiatif yang didorong oleh Fusionex dan Google ini akan membolehkan PKS untuk mengambil kesempatan daripada Analisis Data Besar dan Kecerdasan Buatan (AI) Fusionex untuk mengurus perubahan pasaran, menyelesaikan cabaran operasi dan mengekalkan proses perniagaan teras dalam masa ketidakpastian ini. Akibatnya, PKS akan dapat mengekal dan menyelamatkan operasi mereka melalui automasi pintar, mendapatkan pemahaman yang lebih baik untuk membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih holistik dan memanfaatkan ciri-ciri positif melalui bekerja dari jarak jauh. Dengan berbuat demikian, pemilik-pemilik PKS akan mempunyai peranti yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa sebagai keadaan normal yang baharu dan mengekalkan perniagaan mereka sehingga keadaan menjadi lebih baik.
Sebagai sebuah Rakan Perkhidmatan Awan Google, Fusionex menawarkan program latihan dan perkhidmatan perundingan untuk PKS, dan ini membolehkan mereka untuk membina kecekapan mereka di sekitar Platform Awan Google untuk memaju dan meningkatkan perniagaan mereka. Program ini akan juga membantu menghapuskan sebarang cubaan tekaan apabila sesuatu PKS mengambil keputusan untuk beralih kepada digital memandangkan Fusionex melengkapkan mereka dengan peranti, kemahiran, pengetahuan dan perspektif yang diperlukan untuk bukan sahaja mewujudkan satu kehadiran digital tetapi memenuhi – dan bahkan melampaui - keperluan perniagaan mereka yang berlainan.
“Kami komited sepenuhnya untuk menyokong dan melabur di dalam PKS dalam masa yang sukar ini dengan menyediakan penyelesaian teknologi terkini untuk membantu mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka. Ketika semakin ramai orang terpaksa tinggal di rumah disebabkan oleh wabak koronavirus, terdapat satu peningkatan mendadak di dalam penggunaan Internet, yang merupakan satu peluang bagi perniagaan untuk memanfaatkannya. Dalam berkongsi teknologi digital kami yang berkuasa, Fusionex berharap dapat melakukan bahagian kami dalam membantu PKS mengekalkan perniagaan mereka dan dapat bertahan daripada pandemik ini,” kata Pengarah Urusan Fusionex Jacob Isaac.
Maklumat mengenai Fusionex
Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima anugerah MGS.
Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200413005347/en/
Hubungi
Hubungan Media:
Nancy Baker
nancy@international-marketinsights.com
Sumber : Fusionex
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment