Wednesday, April 15, 2020
SWIDCH: MENGAPA KAD TANPA NOMBOR TIDAK CUKUP UNTUK MENANGANI PENIPUAN PEMBAYARAN
LONDON, 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah syarikat permulaan keselamatan siber di United Kingdom, swIDch, telah mengumumkan satu teknologi alternatif untuk mengatasi batasan bagi kad-kad tanpa nombor dengan menggunakan PAN (nombor akaun utama) dinamik, dengan itu mewujudkan sebuah persekitaran keselamatan baharu di dalam proses pembayaran.
Menghapuskan nombor pada kad-kad pembayaran meningkatkan keselamatan jika pelanggan hilang kad mereka. Walau bagaimanapun, penggodam boleh mengeksploitasi kelemahan melalui pembayaran dalam talian.
Kad tanpa nombor nampaknya merupakan satu trend baharu di dalam kewangan yang digabungkan dengan pertumbuhan perkhidmatan e-dompet yang cukup besar. Kad kredit Apple, GrabPay di Asia dan beberapa Fintech Eropah merancang untuk melancarkan produk itu dengan faedah yang sama. Tujuan bagi kad tanpa nombor itu adalah untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Ia mengurangkan risiko bagi kehilangan maklumat peribadi apabila kad itu jatuh ke tangan orang lain. Walau bagaimanapun, apabila ia menggunakan pembayaran dalam talian, bukti kelayakan pelanggan masih berisiko untuk menjadi sasaran bagi penipuan CNP (Kad Tidak Hadir). Ini adalah kerana maklumat kad bagi pelanggan itu adalah statik.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13295
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LEPAS Memperluas Kehadiran Global dengan Kemajuan di Pelbagai Pasaran
WUHU, China, 21 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tahun 2026 menandakan “Tahun Penyampaian” bagi LEPAS. Selepas penampilan sulungnya di Eropa...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
NetBox Copilot mempercepatkan operasi dan automasi, disamping menyediakan keupayaan layan diri kepada pasukan bukan IT NEW YORK, 12 Feb (B...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...

No comments:
Post a Comment