Saturday, April 11, 2020

FUSIONEX MEMPEROLEHI KONTRAK DENGAN SATU DARIPADA KUASA LOGISTIK TERBESAR DI DUNIA

SINGAPURA, 10 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pakar teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah memperolehi satu kontrak berbilang tahun dengan sebuah konglomerat logistik antarabangsa yang utama, di mana ia akan menggunakan penyelesaian digital mereka yang serba canggih untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan dan mencapai pemahaman perniagaan yang lebih baik.

Klien itu adalah sebuah kumpulan logistik yang berusia puluhan tahun yang mempunyai lebih daripada 350,000 orang pekerja di lebih 200 buah negara yang menyediakan perkhidmatan bersepadu dan penyelesaian yang disesuai dan ditumpukan kepada pelanggan untuk mengurus dan menghantar surat, bungkusan, barangan dan maklumat. Dalam komitmen mereka untuk menangani cabaran digital yang rumit, klien itu telah memilih untuk bergabung dengan Fusionex bagi memodenkan pengalaman pelanggan mereka.

Fusionex akan menyediakan penyelesaian yang canggih yang memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin dan Automasi untuk memajukan platform, sistem logistik dan operasi harian pelanggan yang sedia ada, sekadar menyebutkan beberapa kelebihan itu. Sebuah pembantu jualan maya yang dikuasakan oleh AI akan disediakan untuk menangani permintaan pelanggan, menyelesaikan masalah dan menguruskan pesanan penghantaran bagi mewujudkan pengalaman futuristik – yang hampir sepenuhnya automatik.

Klien itu akan juga menggabungkan Automasi Proses Robotik (RPA) GIANT Fusionex, dengan mengalihkan operasi mereka daripada reaktif ke proaktif, serta mentransformasikan proses mereka daripada manual kepada berautonomi. Ini akan membolehkan pesanan penghantaran pelanggan disepadukan dengan lancar ke dalam sistem pejabat bagi klien itu. Memandangkan platform pembantu maya (VA) dan AI tersedia 24/7, ia akan membantu klien itu untuk kekal responsif kepada pertanyaan yang masuk serta menguruskan volum yang lebih besar bagi interaksi pelanggan. Dengan berbuat demikian, ini akan memperluaskan corong itu dan meningkatkan kebarangkalian untuk mengubah pelawat kepada pelanggan.

Selain itu, skala platform bagi VA dan AI, yang dibantu oleh Pembelajaran Mesin, akan membolehkan ia untuk mengendalikan beratus ribu pesanan penghantaran pada mana-mana titik masa, yang menghasilkan di dalam kemapanan jangka panjang untuk menangani peningkatan trafik. Namun, di sebalik teknologi canggih ini terdapat sebuah VA yang mudah dan semula jadi untuk berinteraksi, sama seperti seorang petugas hidup. Dengan integrasi yang lancar ini, pelanggan yang membeli dan menggunakan produk atau perkhidmatan bagi klien itu tidak perlu untuk memasang aplikasi lain pada telefon mudah alih mereka.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan klien itu bagi membantu memudahkan, mengubah dan mengintegrasikan teknologi digital termaju ke dalam ekosistem dan proses operasi utama mereka. Dalam dunia yang sangat berhubungan ini di mana pengguna mengharapkan hasil pada kadar serta-merta, adalah sangat penting agar klien kami dapat memberikan keutamaan kepada pelanggan mereka di tengah-tengah rantaian bekalan digital mereka. Kami di Fusionex percaya bahawa penyelesaian berinovatif kami yang dikuasakan oleh AI akan dapat membantu klien kami untuk mengatasi cerutan (kesesakan dan kepancangan dalam permintaan pelanggan), yang membolehkan penemuan bagi peluang-peluang baharu, meningkatkan pengalaman pelanggan dan dengan itu membentuk semula apa yang boleh dilakukan di dalam industri logistik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima anugerah MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13282

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...