“Mod Bukan Berekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Republik Demokratik Rakyat Lao” dan “Mod Bukan Berekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Myanmar” boleh dimuat turun dari Laman Web AJC. (Grafik: Business Wire)
TOKYO, 10 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penggunaan bagi mod bukan berekuiti (NEM) bagi pengeluaran telah meningkat di kedua-dua Lao PDR dan Myanmar. Ini ditunjukkan di dalam eksport dari negara-negara ini sebagai bentuk baharu bagi perdagangan. Sebagai contoh, satu anggaran berjumlah $274 juta dalam jentera elektrik dan $132 juta dalam pakaian dari Lao PDR, dan satu anggaran $1 bilion dalam pakaian, lebih daripada 70% daripada jumlah eksport pakaian dari Myanmar adalah melalui NEM, demikian menurut penemuan baharu oleh Pusat ASEAN-Jepun mengenai NEM dalam laporan mereka (Mod Bukan Berekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Republik Demokratik Rakyat Lao dan Mod Bukan Berekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Myanmar [https://www.asean.or.jp/en/trade-info/nem_papers/]), yang dikeluarkan hari ini pada masa yang sama.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200409005886/en/
Firma di kedua-dua negara itu berada di peringkat awal penyertaan di dalam NEM, dengan menggunakan subkontrak, kontrak pengurusan dan pemfrancaisan dll.
Industri pakaian adalah di antara penjana paling tinggi bagi eksport dan guna tenaga di dalam perniagaan NEM yang terlibat dalam subkontrak. Hotel-hotel antarabangsa lazimnya dikendalikan di negara-negara ini melalui sama ada kontrak pengurusan atau perjanjian francais.
Industri penyumberan luar proses perniagaan teknologi maklumat (IT-BPO) adalah baharu dan menawarkan potensi pertumbuhan yang amat besar. Oleh kerana persaingan di dalam industri itu adalah sangat hebat, kerajaan-kerajaan itu perlu untuk membangunkan infrastruktur di dalam rangkaian komunikasi bagi merangsangkan pertumbuhannya.
Negara-negara termundur (LDC) ini harus memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan oleh perbadanan transnasional asing (TNC) apabila mereka melakukan penyumberan luar bagi pengeluaran barangan atau perkhidmatan, atau sebagai sebahagian daripada rantaian pengeluaran mereka ke negara itu.
Firma-firma NEM menghadapi satu cabaran yang besar. TNC boleh dengan mudah menamatkan kontrak mereka, terutamanya jika kualiti bagi perkhidmatan atau barangan yang dibekalkan tidak memenuhi piawaian kompetitif mereka atau apabila pembekal yang lebih kompetitif muncul di negara lain.
Kerajaan-kerajaan itu harus membantu di dalam pembangunan bagi keupayaan NEM supaya firma-firma tempatan dapat memanfaatkan sinergi ekonomi yang didorong oleh TNC sebagai tenaga persaingan TNC untuk membuat penambahbaikan yang berterusan di dalam kualiti dan penetapan harga bagi pembekal.
Di samping menaik taraf tenaga buruh dan memperbaiki keadaan pelaburan, kerajaan-kerajaan itu perlu mengukuhkan infrastruktur asas dan infrastruktur sains, teknologi dan inovasi. Perkembangan ini diperlukan bagi firma-firma NEM untuk dapat berhubungan dan menyelaraskan secara kompetitif dengan rantaian nilai global, dan untuk meningkatkan taraf mereka.
Kedua-dua kerajaan perlu mempertimbangkan untuk melaksana dan mengukuhkan kerangka pengawalseliaan bagi firma-firma NEM bagi membolehkan firma-firma NEM untuk mengeksport, mengembangkan guna tenaga mereka dan meningkatkan taraf dari segi teknologi.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200409005886/en/
Hubungi
Pusat ASEAN-Jepun
Tomoko Miyauchi
URL: www.asean.or.jp/en/
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Sumber : Pusat ASEAN-Jepun
No comments:
Post a Comment