Sunday, August 30, 2020

DCG MEMASUKI KE DALAM PERLOMBONGAN BITCOIN DENGAN ANAK SYARIKAT TERKINI: FOUNDRY


Syarikat baharu itu akan menyediakan modal dan khidmat nasihat untuk memperkasakan ekosistem perlombongan aset digital


DCG komited kepada pelaburan $100 juta di dalam Foundry hingga tahun 2021

NEW YORK, 28 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Digital Currency  (DCG), sebuah perusahaan global yang membina, membeli, dan melabur di dalam syarikat-syarikat blok rantai, hari ini mengumumkan sebuah anak syarikat baharu milik sepenuhnya: Foundry. Diwujudkan secara senyap pada tahun 2019, Foundry menawarkan kepakaran institusi, modal, dan kecerdasan pasaran kepada pelombong dan pengeluar aset digital, dengan menyediakan kepada mereka dengan sumber untuk membina, menyenggara, dan mengekalkan keselamatan rangkaian yang ternyahpusat. Mike Colyer, bekas eksekutif di Core Scientific, telah dipilih untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Foundry.

Foundry telah diwujudkan untuk memenuhi permintaan institusi bagi meningkatkan akses modal, kecekapan pasaran, dan ketelusan di dalam industri perlombongan bitcoin. Syarikat itu pada masa ini menawarkan tiga perkhidmatan bagi ekosistem perlombongan: pembiayaan dan pemerolehan peralatan; perlombongan dan pemancangan; dan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat.

Sejak penubuhannya, Foundry telah muncul sebagai satu daripada pelombong bitcoin terbesar di Amerika Utara. Ia juga telah melanjutkan puluhan juta dolar di dalam pembiayaan peralatan kepada organisasi perlombongan lain dan membantu untuk memperoleh kira-kira separuh daripada peralatan perlombongan bitcoin yang dihantar di Amerika Utara pada tahun ini.

“Kami mahu memperkasakan infrastruktur ternyahpusat di dalam ekonomi digital baharu, dan usaha kami akan menyokong pengembangan dan pertumbuhan bagi operasi perlombongan —  terutama di Amerika Utara,” kata Mike Colyer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Foundry. “Kami adalah sebuah perniagaan yang dibina oleh pelombong untuk pelombong, dan kami bekerjasama dengan pengusaha yang berkongsi misi kami bagi memajukan industri itu dan mewujudkan sebuah ekosistem perlombongan yang ternyahpusat.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13706

Friday, August 28, 2020

PULSE SECURE NAC EXTENDS ZERO TRUST NETWORK ASSURANCE AS USERS, ENDPOINTS AND IOT DEVICES RETURN TO A HYBRID WORKPLACE

Pulse Policy Secure baharu menyampaikan pematuhan berterusan dengan kebolehlihatan, kawalan, pemulihan dan respons ancaman bagi titik akhir dan IoT yang dipertingkat


SAN JOSE, Calif., 28 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure hari ini mengumumkan ciri baharu pada penyelesaian Network Access Control (NAC), Pulse Policy Secure (PPS), yang mempertingkatkan kebolehlihatan, pematuhan, pemulihan dan respons ancaman bagi peranti titik akhir dan IoT dengan semakin banyak organisasi melaksanakan fleksibiliti kerja jarak jauh secara meluas dengan pekerja dan peranti yang sedang kembali ke tempat kerja hibrid mereka. 

Tersedia secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada Pulse Access Suite Plus, Pulse Policy Secure (PPS) ialah penyelesaian NAC taraf perusahaan yang mudah dilaksanakan, diurus dan diskalakan. Keluaran kemas kini tersebut merangkumi lebih daripada 30 ciri dan peningkatan baharu seperti sokongan untuk pengesanan dan respons titik akhir (EDR) tambahan dan vendor IoT / OT termasuk McAfee dan Nozomi.

Dengan banyak perniagaan yang membuka lebih banyak tetapan kerja yang diubah suai dan berjarak sosial secara perlahan-lahan dan mempercepat penggunaan sumber berbilang awan dan IT hibrid, organisasi sedang mengalami vektor serangan dan eksploitasi meningkat yang berasal daripada pendedahan peranti titik akhir dan IoT. Perkara yang diperlukan untuk memastikan produktiviti pengguna dan keselamatan maklumat dalam persekitaran kerja hibrid hari ini merupakan pengawasan peranti diurus dan tidak diurus yang lebih besar, pematuhan titik akhir yang dikembangkan dan keupayaan pemulihan dan cara menyatukan kawalan akses jarak jauh dan pada premis.

Saturday, August 22, 2020

PENYUMBERAN ASIA PASIFIK MEROSOT PADA S2 DISEBABKAN KEBIMBANGAN PANDEMIK

Pasaran serantau merosot sebanyak dua angka, lebih sukar berbanding rekod S2 pada tahun lepas


SYDNEY, Australia, 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Asia Pasifik, rantau penyumberan luar yang terkecil di dunia dari segi nilai hubungan mengalami penurunan terbesar dalam industri pada suku kedua tahun ini, apabila perkhidmatan terurus merosot akibat pandemik COVID-19, menurut laporan keadaan industri terkini daripada Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global.

ISG Index™ yang mengukur kontrak penyumberan luar komersial dengan nilai kontrak tahunan (ACV) sebanyak US $5 juta atau lebih, mendapati pasaran gabungan rantau ini – pasaran perkhidmatan terurus dan pasaran berasaskan awan sebagai perkhidmatan – menurun sebanyak 24 peratus berbanding tahun lepas, kepada US $1.9 bilion disebabkan kebimbangan pandemik dan juga perbandingan yang sukar dengan rekod tinggi pada suku kedua tahun lepas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13685

CLEVERTAP MENAMAKAN ABHISHEK GUPTA SEBAGAI KETUA PEGAWAI PELANGGAN




Veteran Perkhidmatan Profesional SaaS akan Mempelopori proses Onboarding atau membiasakan pelanggan dengan produk atau perkhidmatan baharu dan Mewujudkan Keseronokan Pelanggan

MOUNTAIN VIEW, Calif., 21 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CleverTap, platform kitaran hayat pelanggan dan pengekalan pengguna terkemuka yang dikuasakan oleh AI, hari ini mengumumkan pelantikan Abhishek Gupta sebagai Ketua Pegawai Kejayaan Pelanggan. Encik Gupta membawa bersama lebih 18 tahun pengalaman dalam kejayaan pelanggan dan SaaS yang beliau akan terapkan ke arah mempercepatkan momentum CleverTap sebagai sebuah penyedia utama bagi penyelesaian penglibatan dan pengekalan pelanggan di dalam landskap teknologi pemasaran mudah alih yang kompetitif.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200820005124/en/

“Sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan pelanggan, melabur di dalam pertumbuhan bagi pasukan kejayaan pelanggan kami adalah amat penting,” kata Sunil Thomas, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di CleverTap. “Abhishek memiliki pengalaman yang luas di dalam kejayaan pelanggan dan rekod prestasi yang terbukti dalam membina pasukan dan proses yang membolehkan syarikat untuk mendapatkan nilai terbaik daripada pelaburan SaaS mereka. Kami teruja kerana mempunyai beliau di CleverTap, dan saya secara peribadi tidak sabar bagi beliau untuk menambahkan kejayaan bagi pasukan Kejayaan Pelanggan kami yang berprestasi tinggi.”

Encik Gupta adalah seorang pemimpin perniagaan yang berpengalaman dan telah memimpin sejumlah perniagaan SaaS dan Internet dengan satu tumpuan besar pada kejayaan pelanggan dan dengan itu membina perniagaan dengan pertumbuhan tinggi. Sebelum ke CleverTap, Gupta telah mengetuai kejayaan pelanggan dan pasukan perkhidmatan profesional di Asia bagi Sprinklr, sebuah syarikat Pengurusan Pengalaman Pelanggan yang terkemuka, di mana beliau memungkinkan transformasi digital merentasi ke seluruh pemasaran, pengiklanan, penyelidikan, penjagaan, dan penglibatan bagi sebilangan jenama global dan serantau yang berprestij. Sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk syarikat-syarikat portfolio di Trilogy, Gupta telah mengetuai operasi bagi sekumpulan perniagaan organik dan perolehan di dalam bidang platform pembangunan aplikasi, penyelesaian automasi proses fungsian, dan peranti produktiviti. Encik Gupta memiliki MBA dari IIM Bangalore dan ijazah dalam B.Tech dalam Computer Sc dan Engg dari IIT (BHU).


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13687

Friday, August 21, 2020

MASTERCONTROL MELANCARKAN MANUFACTURING EXCELLENCE™ SECARA GLOBAL UNTUK MEMAJUKAN OPERASI PENGELUARAN DENGAN MEMACU KECEKAPAN DAN KUALITI

Penyelesaian Menyampaikan Persekitaran Pengeluaran Tanpa Kertas yang Merapatkan Jurang antara Kecemerlangan Operasi dengan Pengeluaran Pintar

MELBOURNE, Australia, 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
MasterControl, pembekal penyelesaian perisian yang mendayakan sains hayat dan syarikat dikawal selia yang lain untuk menyampaikan produk yang mengubah kehidupan kepada lebih ramai orang dengan lebih cepat, telah mengumumkan pengeluaran penyelesaiannya yang terkini hari ini, iaitu Manufacturing Excellence™ MasterControl. Selain itu, Platform MasterControl kini tersedia dalam 10 bahasa berbeza.

Dengan Manufacturing Excellence, pengeluar boleh mencipta hubungan dinamik antara sistem perusahaan, sumber data, proses dengan orang ramai untuk pandangan menyeluruh tentang data pengeluaran dan kualiti. Penyepaduan ini meluaskan kelebihan digital pengeluar ke lantai kedai dan menghapuskan masalah berkaitan dengan masukan data, integriti data dan kebolehlihatan data. Dengan menghapuskan kertas dan sistem bersilo, syarikat juga boleh menggunakan data, pendigitalan dan automasi untuk menskala dengan pantas, meningkatkan kualiti produk dan memacu prestasi operasi.

“Sepanjang sedekad sebelum ini, industri pengeluaran telah menggunakan sistem perisian untuk mengurus peralatan, proses, data dan perancangan rumit dengan lebih baik. Malangnya, sistem ini selalunya tidak terhubung dan masih bergantung pada kertas dalam bentuk tertentu,” ujar EVP Pemasaran dan Perkongsian Global MasterControl, Sara Bresee. “Untuk kekal berdaya saing pada zaman kecerdasan yang dipacu data dan pengeluaran pintar, pengeluar mesti berjaya mentransformasi secara digital, menyepadukan sistem bersilo dan menghapuskan proses berasaskan kertas dan proses hibrid yang tidak cekap dan tidak selamat. Kami percaya Manufacturing Excellence ialah alat yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.”

Sejak Manufacturing Excellence dilancarkan di A.S. setahun yang lalu, 50 buah syarikat telah menggunakan perisian tersebut dan mengalami integriti data yang dipertingkat, kurang penyimpangan dan masa semakan yang lebih pantas.

“Seperti kebanyakan pengeluar, kami mengalami kesukaran mengatasi ralat dokumentasi pengeluaran yang sering berlaku dan kos pengeluaran yang meningkat,” ujar Robin Joyner, pentadbir sistem di Wellington Foods. “Walau bagaimanapun, selepas melaksanakan penyelesaian Manufacturing Excellence MasterControl, kami mengalami 90% penurunan dari segi ralat masukan data, yang membolehkan kami mempercepat pelaksanaan rekod pengeluaran dan keluaran produk untuk mengembangkan perniagaan kami dengan lebih cekap.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13684

Thursday, August 20, 2020

Hillstone Networks Mengumumkan Satu Penyelesaian Penyampaian Aplikasi Bagi Jaminan Kesinambungan Perniagaan Dan Pengalaman Pelanggan

 SANTA CLARA, Calif., 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, mengumumkan pengeluaran global bagi Alat Kawalan Penyampaian Aplikasi Hillstone (ADC), satu penyelesaian berprestasi tinggi yang direka untuk memberikan pengalaman aplikasi yang paling optimum kepada pengguna.


ADC Hillstone menyampaikan aplikasi ketersediaan tinggi dan meningkatkan akses pengguna, produktiviti dan pengalaman secara keseluruhan. Ia menyampaikan migrasi IPv6 dan transformasi HTTPS yang bukan disruptif, dengan prestasi pemprosesan SSL yang ekstrem melalui sebuah teknologi pecutan perkakasan yang khusus. Ia menampilkan penghantaran aplikasi yang selamat akhir ke akhir melalui teknologi keselamatan on-board dan bersama dengan produk keselamatan Hillstone yang lain.

Ciri-ciri dan Faedah Penting

• Opsyen Pengimbang Muatan Fleksibel: Lapisan 4 hingga 7 server pengimbang muatan (SLB), rangkaian pengimbang muatan (LLB) dan server global pengimbang muatan (GSLB) untuk memastikan ketersediaan dan kesinambungan perniagaan.
• Pencepatan Laman Web dan Aplikasi: Mengurangkan pemindahan data, masa muatan, server sambungan dan server membaca/menulis untuk meningkatkan kelajuan tindak balas keseluruhan dan dengan itu, pengalaman pengguna.
• Pemprosesan SSL berasaskan perkakasan: Lepas beban SSL berasaskan perkakasan mengurangkan beban kerja server pengkomputeran untuk prestasi yang lebih baik, membolehkan pemeriksaan penuh bagi trafik untuk meningkatkan keselamatan dan menyediakan transformasi HTTPS dengan hanya sedikit perubahan yang diperlukan.
• Migrasi IPv6 Berimpak Rendah, Lengkap: Menyokong IPv6 dengan hampir tidak memerlukan perubahan rangkaian atau server, meminimumkan kerumitan bagi peralihan kepada IPv6.
• Penyampaian Aplikasi yang Sangat Selamat: Bekerja dengan NGFW Hillstone dan teknologi keselamatan yang lain bagi sebuah keselamatan akhir ke akhir daripada akses kepada pusat-pusat data.
 
“Hillstone memperkenalkan satu peralihan paradigma di dalam pasaran penyampaian aplikasi dengan pelancaran produk ADX siri AX,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama Hillstone Networks. “Beban kerja dan pengguna pada hari ini memerlukan satu penyelesaian yang melengkapkan persekitaran sedia ada dan menangani ketersediaan, kebolehcapaian dan keperluan keselamatan yang tinggi bagi penyampaian aplikasi moden.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13677

PTTEP ANUGERAHI HALLIBURTON DENGAN PROJEK TRANSFORMASI DIGITAL

Penyelesai perisian mensasarkan kecemerlangan dalam pengeluaran

Projek ini termasuklah set teknologi DecisionSpace® Halliburton dan perisian pengurusan prestasi perusahaan Honeywell Forge

HOUSTON, 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PTTEP, syarikat eskplorasi dan pengeluaran petroleum kebangsaan di Thailand, menganugerahi Halliburton (NYSE: HAL) dengan satu kontrak untuk membentuk dan melaksanakan siri projek transformasi digital sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecemerlangan Pengeluaran Lanjutan (APEX) syarikat itu. APEX akan mempertingkat kecekapan operasi dan pengeluaran di empat kawasan luar pesisir: Arthit, Kawasan Besar Bongkot Selatan, Kawasan Besar Bongkot Utara dan Lapangan Myanmar Zawtika.

Landmark, sayap perniagaan Halliburton, akan mengatur Set Pengeluaran DecisionSpace® di awan bagi mempertingkat operasi pengeluaran bermula dari bawah lapisan permukaan sehinggalah kepada fasiliti pemprosesan. Platform Perusahaan DecisionSpace® akan diintegrasikan dengan Honeywell Forge, satu penyelesaian perisian analitik yang kukuh bagi menyediakan data masa sebenar dan risikan visual, supaya PTTEP dapat melaksanakan proses kerja yang lebih produktif dan cekap.

Menggunakan model-model berasaskan fizik dan sains data yang maju, penyelesaian ini merangkumi permodelan komponen permukaan dan lapisan bawah permukaan bagi mengurus dan mengoptimakan operasi bermula dari telaga sehinggalah kepada titik penghantaran. Ini termasuklah perancangan dan pengoptimaan pengeluaran jangka pendek, pemantauan dan kawalan jaminan aliran, pemantauan dan kawalan pengeluaran pasir, pengoptimaan penstabilan kondensasi, pengoptimaan membran CO2, pengoptimaan gas bahan api dan pemantauan dan analisis prestasi fasiliti pemprosesan.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Honeywell untuk menyokong PTTEP dalam perjalanan transformasi digitalnya,” kata Nagaraj Srinivasan, timbalan presiden kanan Landmark dan Halliburton Digital Solutions. “Penggunaan maksimum dan pelaksanaan teknologi digital mempertingkatkan kecekapan bagi meningkatkan pengeluaran, mengurangkan perbelanjaan operasi dan memaksimakan nilai portfolio operator.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13678

Tuesday, August 18, 2020

CGC MELANCARKAN TABUNG PROJEK USAHAWAN BUMIPUTERA (TPUB-I) 2.0 UNTUK MEMBANTU KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BUMIPUTERA

Dari kiri ke kanan: Pn Zainora – Pengarah, CIDB Wilayah, Datuk Azman Yusoff – Presiden, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Dato’ Ong Eng Bin – Pengarah, CGC, En. Mohd Farid Dato’ Abd Rahman – Yg.Dipertua, Pertubuhan Keusahawanan Telekomunikasi Bumiputera Malaysia, Datuk Mohd Zamree – PCEO, CGC, Datuk David Chua Kok Tee – Pengarah, CGC, Dato’ Hj. Syed Moheeb Syed Kamarulzaman – Pengarah, CGC, En Tukiman Radion – Presiden, Persatuan Kontraktor Kelas F, En Faisal Ismail – Pengarah, CGC, Pn Azrilah Abd Aziz – Pengarah, Bahagian Pembangunan Francais & Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), En Saiful Hisham – Pengurus Kewangan, Persatuan Industri Keselamatan Malaysia.

KELANA JAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melancarkan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) 2.0 pada hari ini. Sejak 2009, CGC telah diberikan mandat oleh Bank Negara Malaysia untuk mengurus-selia skim TPUB-i bagi membantu kontraktor-kontraktor Bumiputera.
TPUB-i adalah skim pembiayaan khas untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera yang telah mendapat kontrak atau projek dari Kerajaan, Agensi Milik Kerajaan, Syarikat Multi-Nasional atau Syarikat Swasta terpilih. Skim pembiayaan ini disediakan khas untuk syarikat-syarikat didaftarkan di Malaysia dan yang dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya, yang memerlukan bantuan pembiayaan bagi melaksanakan projek yang telah diluluskan. TPUB-i menyediakan Pembiayaan Berjangka-i yang berjumlah sehingga RM5 juta untuk tempoh masa sehingga 5 tahun dengan kadar keuntungan pembiayaan serendah 5% setahun 
(Tertakluk pada terma dan syarat kelulusan skim TPUB-i 2.0).

Sehingga kini, TPUB-i telah membantu hampir 2,000 kontraktor-kontraktor Bumiputera dengan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan sebanyak RM1.6 bilion. Kontraktor-kontraktor Bumiputera ini terlibat di dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan.

Bagi mengikuti perubahan dalam sektor ekonomi dan pembiayaan, CGC telah mengorak langkah kehadapan dengan memperkenalkan penambahbaikan kepada skim TPUB-i yang dinamakan TPUB-i 2.0.

Secara umumnya, terdapat 30 ciri-ciri yang telah dipertingkatkan untuk skim TPUB-i yang mana tujuh (7) daripadanya adalah ciri-ciri utama baru skim tersebut.
 
Ciri-ciri baru TPUB-i 2.0 ini akan mempertingkatkan dan memperkukuhkan mutu dan kualiti skim ini untuk menjadi lebih mesra pasaran dan dapat memberi lebih banyak pilihan pembiayaan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera. Jika dahulu, kontraktor-kontraktor hanya boleh memohon pembiayaan berjangka, kini dengan penambahbaikan skim, mereka dapat memilih pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan projek, sektor ekonomi dan kondisi perniagaan masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, “Pelancaran TPUB-i 2.0 ini selaras dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada  29 Mei 2020 dan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang bermula pada 10 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada Hari Kebangsaan Negara kita yang akan datang pada 31 Ogos 2020.

PKPP berteraskan tujuh (7) Strategi dan TPUB-i 2.0 memainkan peranan penting di dalam Strategi PKPP yang ke-4 iaitu Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi.”

Untuk bantuan dan maklumat lanjut mengenai TPUB-i 2.0, PKS boleh melayari www.imsme.com.my, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC di 03-7880 0088 atau kunjungi mana-mana 16 cawangan CGC di seluruh negara.

SUMBER : Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohana Arumugam
Naib Presiden
Komunikasi Korporat
Tel: +6017-237-6366
E-mel: mohana.arumugam@cgc.com.my      

Nama: Patricia Liew

Pengurus
Perhubungan Awam & Media
Komunikasi Korporat
Tel: +6012-286-9085
E-mel: patricia.liew@cgc.com.my

--BERNAMA

THE HEALTH BANK AKAN BEKERJASAMA DENGAN NANOTRONICS HEALTH, LLC, UNTUK MENGEDARKAN VENTILATOR BUKAN INVASIF BUATAN AMERIKA SYARIKAT YANG BERKOS RENDAH UNTUK SOKONGAN PERNAFASAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu, 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Salman Arif, Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Health Bank (THB) Global, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu akan bekerjasama dengan Nanotronics Health, LLC, untuk mengedarkan nHale, sebuah ventilator bukan invasif. Ia akan diedarkan di wilayah Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan (MENASA). Untuk menyokong terapi pernafasan bukan invasif di rantau itu, The Health Bank akan juga melatih profesional perubatan untuk mengendalikan peralatan itu.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200817005113/en/

“Dalam usaha mencari satu penyelesaian untuk menguruskan simptom COVID-19 melalui kaedah bukan invasif, kami telah menjalin kerjasama dengan Nanotronics Health, LLC, bagi penjualan dan pengedaran nHale. Perkongsian ini membolehkan nHale™ diakses di wilayah Timur Tengah, Afrika Utara, dan Asia Selatan (MENASA), yang memberi manfaat kepada pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan dengan satu penyelesaian berkualiti tinggi yang berpatutan,” kata Zarmina Jafar, Ketua Strategi di THB Global.

Nanotronics Health, LLC, memperoleh Keizinan Penggunaan Kecemasan (EUA) daripada Pentadbiran Makanan & Ubat (FDA) Amerika Syarikat bagi nHale™ untuk digunakan di dalam kemudahan penjagaan kesihatan tradisional, ruang yang diubah untuk penjagaan sebilangan besar pesakit COVID-19, dan pada tetapan di rumah dengan preskripsi seorang doktor. Keizinan ini termasuk penggunaan pilihan bagi oksigen tambahan bersama dengan nHale™ apabila seorang profesional perubatan yang berkelayakan menetapkannya.

Pengudaraan bukan invasif adalah penting untuk penjagaan pesakit COVID-19 di hospital dan seterusnya. Untuk memenuhi keperluan ini, Nanotronics Health, LLC, memanfaatkan kepakaran dalaman Nanotronics yang mendalam, dengan menggabungkan AI termaju, Kawalan Kilang Pintar (IFC) dan kejuruteraan canggih untuk membayangkan, mereka bentuk dan menghasilkan nHale™ dalam tempoh masa kurang dari 90 hari.

“Kami membangunkan nHale untuk memenuhi keperluan segera bagi pilihan pernafasan bukan invasif untuk pesakit yang menghidapi COVID-19,” kata Julie Orlando, Presiden bagi Nanotronics Health, LLC. “Kami mereka bentuk untuk kualiti, keselesaan dan kemudahan penggunaan, untuk menjadikan nHale™ tersedia pada kos yang jauh lebih murah berbanding dengan ventilator bukan invasif yang lain.”

Nanotronics Health, LLC, membangun dan mereka bentuk nHale™ untuk membantu pernafasan secara spontan orang dewasa yang menghidapi penyakit COVID-19. Ini ditujukan untuk digunakan di dalam situasi yang tidak mengancam nyawa, seperti bagi seorang pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan tetapi tidak memerlukan sokongan ventilasi invasif berdasarkan kepada protokol perubatan standard.

Monday, August 17, 2020

KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MENCATAT KEMAJUAN DI DALAM PEMBUKAAN, PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR

CHONGQING, China, 17 Ogos, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang semakin mempercepatkan langkah di dalam usaha mereka ke arah sebuah wilayah yang terbuka dan pintar, dengan satu pertunjukan langsung promosi dalam talian yang berinovatif dilancarkan pada 13 Ogos.

Pertunjukan langsung itu telah diadakan di lebih 10 platform media dan memaparkan pelbagai produk pelancongan dan produk kebudayaan kreatif dari Liangjiang, yang telah menarik lebih  20 juta tontonan, demikian menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang.

Pertunjukan langsung itu adalah merupakan satu aktiviti promosi pelancongan kebudayaan berskala besar yang diterajui oleh kerajaan yang telah menarik penyertaan masyarakat yang meluas. Terletak di persimpangan Sungai Yangtze dan Sungai Jialing, Chongqing adalah sebuah destinasi pelancongan yang popular kepada pelancong dari dalam dan luar negara hasil daripada landskap bandar tiga dimensi dan ciri-ciri kebudayaan mereka yang unik.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13673

Pra-Pendaftaran Dibuka Untuk Harry Potter: Puzzles & Spells

 Peminat akan menerima satu berkas bonus yang eksklusif pada pelancaran rasmi permainan itu

SAN FRANCISCO, 14 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih 3-perlawanan magik mereka, Harry Potter: Puzzles & Spells telah membuka pra-pendaftaran di Google Play. Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Interactive Entertainment dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, peminat boleh melayari www.harrypotterpuzzlesandspells.com dan Google Play untuk membuat pra-pendaftaran bagi permainan itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200813005148/en/

“Dengan Harry Potter: Puzzles & Spells, kami akan menggembirakan peminat dengan watak, bunyi dan kisah yang tidak dapat dilupakan daripada buku-buku dan filem-filem asal itu,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan, Zynga. “Tetapi kami juga membawa lebih banyak dimensi kepada genre 3-perlawanan itu. Pemain akan memperoleh XP dan menjadi lebih hebat, memperoleh dan meningkatkan jampi serapah, terlibat di dalam acara-acara khas dan berhubung dan bersaing di antara satu sama lain melalui ciri-ciri Kelab.”

Pemain yang membuat pra-pendaftaran akan menjadi di antara yang pertama dimaklumkan apabila permainan itu dilancarkan secara rasmi. Sepanjang minggu pertama selepas pelancaran, pemain yang memuat turun permainan itu bagi peranti Android atau iOS mereka akan dengan serta-merta menerima Berkas Selamat Datang, mengalu-alukan mereka dengan hadiah istimewa dan peningkatan kuasa yang akan membantu permainan mereka. Berkas itu akan juga merangkumi satu item khusus untuk avatar dalam permainan mereka, yang mengenal pasti mereka sebagai peminat sejati bagi Dunia Sihir.

Harry Potter: Puzzles & Spells meraikan daya tarikan untuk cabaran dan misteri di dalam Dunia Sihir dengan permainan teka-teki 3-perlawanan pertama mereka untuk peranti mudah alih. Dengan menggabungkan permainan teka-teki 3-perlawanan yang berinovatif dengan magik, pemain akan menemui detik-detik paling ikonik dan wajah-wajah yang tidak dapat dilupakan dari filem-filem asal Harry Potter. Permainan itu akan juga menampilkan rakaman muzik filem asal dan rakaman suara asal dari filem-filem untuk watak-watak termasuk Hagrid, Dumbledore, Profesor McGonagall dan Sorting Hat. Melangkah ke tahap teka-teki yang menarik, pemain akan menggunakan ramuan, jampi serapah dan keupayaan magik dan objek-objek yang lain dalam perjalanan mereka melalui Dunia Sihir. Pemain boleh menyertai sebuah kelab dengan rakan-rakan penggemar dan bekerjasama pada strategi teka-teki, berkongsi kehidupan dan bersaing untuk hadiah-hadiah dalam Acara-acara Kelab eksklusif.

Harry Potter: Puzzles & Spells akan dapat dimainkan bagi peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut dan bagi membuat pra-pendaftaran untuk Harry Potter: Puzzles & Spells, sila layari www.harrypotterpuzzlesandspells.com. Untuk maklumat lanjut dan bagi berhubung dengan peminat lain, ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13670

Friday, August 14, 2020

CROCUS TECHNOLOGY MEMPERKENALKAN PENDERIA ARUS TMR TANPA SENTUHAN, TANPA TERAS, SIFAR KEHILANGAN, BERSAIZ KECIL YANG PERTAMA DALAM INDUSTRI

 Penderia arus tanpa sentuhan CT220 berasaskan TMR XtremeSense™ membolehkan ukuran pengasingan tinggi, resolusi tinggi dan ketepatan tinggi untuk aplikasi pemantauan kuasa tanpa memerlukan penumpu atau pelindung magnetik


SANTA CLARA, Calif., 14 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology Inc., pembekal utama penderia Magneto-Rintangan Terowong (TMR) XtremeSense™ yang disruptif, hari ini mengumumkan CT220, iaitu penderia arus tanpa sentuhan dengan kelinearan tinggi, resolusi tinggi, julat dinamik yang luas dalam faktor bentuk kecil yang disasarkan untuk pelbagai aplikasi penderiaan arus. CT220 ialah ahli paling baharu dalam rangkaian produk penderiaan arus Crocus di samping CT110 dan CT100.

CT220 dikuasakan dengan teknologi 1D TMR XtremeSense berpaten milik Crocus yang membolehkannya untuk mengesan walau perubahan paling kecil dalam arus AC atau DC sementara masih mengekalkan ralat output tipikal sebanyak 0.5% yang terbaik dalam kelasnya. CT220 mampu mengesan arus serendah 5 mA sehingga yang melebihi seribu Ampere dalam lingkungan julat medan bermagnet 1.5 mT hingga 15 mT yang sedang beroperasi. CT220 menggunakan lebih kurang 1.2 mA dan memiliki frekuensi pensampelan sebanyak 200 kHz. CT220 juga memiliki output analog nisbah metrik yang mampu menyokong julat voltan bekalan sebanyak 2.7 V hingga 5.5 V.

“CT220 memanfaatkan teknologi TMR XtremeSense yang canggih milik Crocus untuk menyampaikan penyelesaian penderiaan arus tanpa sentuhan yang inovatif dengan kesensitifan yang amat tinggi. Hal ini membolehkan pelanggan mengesan julat arus yang luas dengan selamat dan tanpa mengorbankan resolusi pada arus rendah. CT220 ialah peranti sifar kehilangan yang membolehkan pemantauan arus pada kuasa sangat rendah untuk aplikasi yang dikuasakan bateri seperti dron dan peranti IoT. CT220 memberikan kefleksibelan mutlak kepada pereka bentuk sistem untuk meletakkan penderia saiz kecil ini di setiap tempat yang memerlukan pemantauan kuasa,” kata Zack Deiri, Presiden dan CEO Crocus Technology.   “CT220 tanpa sentuhan dan tanpa teras ini membolehkan berbilang aplikasi termasuk penyongsang solar dan kuasa, bekalan kuasa, sistem pengurusan bateri, barangan putih, alat industri dan unit pengagihan kuasa (PDU). Penderia ini penggantian ideal untuk transformer yang sangat besar, penderia arus berasaskan Hall dengan kesensitifan rendah dan resolusi rendah serta aplikasi berasaskan pirau yang memerlukan kestabilan pengasingan dan suhu.”

CT220 tersedia dalam pakej SOT23 dengan 5 delawai. Sampel dan papan penilaian kini tersedia dan akan memasuki pengeluaran pada bulan September 2020.

MOODY'S MEMPEROLEH KEPENTINGAN DI DALAM MARC, MENGUKUHKAN KEHADIRAN DI PASARAN ASEAN YANG UTAMA

NEW YORK, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody's Corporation (NYSE: MCO) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi saham minoriti di dalam Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), sebuah agensi penarafan kredit yang memberi perkhidmatan kepada pasaran bon dan sukuk domestik Malaysia. Pelaburan itu memperkukuhkan kehadiran Moody’s di Asia Tenggara dan merentasi pasaran bon domestik di seluruh dunia, dan memajukan kedudukan mereka sebagai sebuah pemimpin di dalam kewangan Islam.

Berpangkalan di Kuala Lumpur, MARC merangkumi institusi korporat dan kewangan, dengan kekuatan penting di dalam infrastruktur dan pembiayaan projek. Sebagai tambahan kepada perkhidmatan penarafan mereka, MARC menyediakan penyelidikan ekonomi dan pendapatan tetap, penyelesaian risiko kredit, penawaran yang berkaitan dengan kemapanan dan program latihan dalam talian yang berkaitan dengan kewangan.

“Pasaran bon domestik Malaysia yang mantap memberikan satu peluang yang menarik untuk Moody's, dan kami sangat teruja untuk membina di atas perkongsian kami dengan MARC dan portfolio mereka yang sedang meningkat bagi penarafan dan perkhidmatan,” kata Wendy Cheong, Pengarah Urusan dan Ketua bagi Perkhidmatan Pelabur Moody’s di Asia Pasifik.

Pelaburan itu mengukuhkan kehadiran Moody’s di Malaysia, satu pasaran penting di dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia mempunyai pasaran bon korporat domestik yang terbesar di rantau itu dan telah mewujudkan dirinya sebagai sebuah hab global bagi kewangan Islam, dengan pasaran sukuk yang terbesar di dunia.

“MARC adalah sebuah pemimpin di dalam ruang penarafan sukuk, setelah menilai penerbitan sukuk korporat tunggal yang terbesar dan sukuk penting yang lain,” kata Datuk Jamaludin Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC. “Kerjasama strategik ini dengan Moody’s memperdalamkan komitmen MARC terhadap pembangunan pasaran modal Malaysia yang lestari.”

MARC dinobatkan sebagai Agensi Penarafan Islam Terbaik dalam Anugerah Kewangan Islam Global dalam enam dari tujuh tahun yang lalu – pada tahun 2014, dan setiap tahun dari tahun 2016 sehingga 2020.

Pelaburan itu melengkapkan liputan penarafan dan penyelidikan rentas sempadan Moody’s yang sedia ada di Malaysia serta aktiviti jangkauan pasaran mereka, termasuk persidangan tahunan Inside ASEAN dan Taklimat Kewangan Islam mereka yang diadakan di Kuala Lumpur.

MARC akan terus beroperasi sebagai sebuah entiti bebas dan akan kekal diasingkan daripada Perkhidmatan Pelabur Moody’s dan proses dan aktiviti penarafan kredit mereka.

Pelaburan itu dibiayai dengan tunai dan dijangka tidak memberi kesan yang ketara terhadap hasil kewangan Moody’s untuk tahun 2020.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13663

Thursday, August 13, 2020

RACKSPACE TECHNOLOGY MEREALISASIKAN PEMBELAJARAN JARAK JAUH UNTUK HUMBER COLLEGE

 SAN ANTONIO, 13 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Rackspace TechnologyTM (NASDAQ: RXT) hari ini mengumumkan sokongannya kepada Humber College Institute of Technology & Advanced Learning dalam peralihan strategiknya kepada infrastruktur digital semasa pandemik COVID-19 sementara institusi tersebut yang bermatlamat untuk membolehkan masa hadapan terbaik untuk pelajarnya.


Pandemik COVID-19 telah memberikan impak besar terhadap pendidikan menengah dan arahan duduk di rumah telah memaksa institusi untuk mempertimbangkan semula persekitaran pembelajaran sekarang dan pada masa hadapan. Untuk menyokong pelajar dan kakitangannya dalam proses peralihan kepada pendidikan jarak jauh, Humber mendapatkan khidmat Onica, sebuah syarikat Rackspace Technology, untuk mempercepat pengerahan diringkaskan bagi aplikasi akademik yang membolehkan pelajar untuk mengakses aplikasi tersebut di mana-mana sahaja dan daripada sebarang peranti.

“Kami sangat gembira kerana telah merangkumkan Onica sebagai rakan kongsi kami,” kata Ryan Burton, Pengarah, Penyelesaian Digital, Humber College Institute of Technology & Advanced Learning. “Pasukan tersebut bukan sahaja mampu menghasilkan penyelesaian yang sepadan dengan kebolehaksesan, kebolehskalaan, dan keperluan prestasi Humber, tetapi mereka juga mampu melengkapkan tugas pada kelajuan yang luar jangkaan menggunakan AppStream. Usaha dan sokongan Onica telah membantu kami menyediakan kestabilan akademik kepada pelajar semasa waktu yang mencabar ini, dengan gangguan minimum.”

Hasil daripada kerjasama ini, lebih daripada 30,000 pelajar Humber sepenuh masa dapat mengakses kerja kursus, pelajaran dan secara jauh untuk meneruskan pengajian mereka. Usaha tersebut juga telah membolehkan Humber untuk mendayakan model “Bawa Peranti Sendiri” bagi kebolehaksesan yang selamat untuk pelajar. Dengan penyelesaian ini, Humber tidak lagi terbatas kepada memperuntukkan dan mengekalkan sejumlah sistem desktop secara manual, yang boleh menyingkirkan keperluan yang kompleks dan intensif dari segi masa untuk melindungi desktop, sebaliknya memulihkan dana kampus untuk tujuan lain pada masa hadapan.

“Pelajar Humber College akan mendapat manfaat besar daripada pendidikan didayakan awan dan peluang yang ditawarkan oleh pembelajaran jarak jauh,” kata Tolga Tarhan, CTO, Rackspace Technology. “Masa hadapan dunia kita bergantung pada pendidikan generasi seterusnya tetapi pendidikan yang mencukupi adalah mustahil tanpa akses. Kami berbangga untuk bekerja dengan institusi akademik yang membantu untuk menyambut masa hadapan pembelajaran melalui persekitaran jarak jauh yang fleksibel.”

Onica mereka bentuk, menguji dan melaksanakan persekitaran gred pengeluaran Amazon AppStream 2.0 untuk Humber, bersepadu dengan pusat data pada premisnya untuk meringkaskan pengerahan aplikasi akademik. Penyelesaian tersebut menggunakan Amazon FSx for Windows File Server untuk perkongsian fail Windows dan Amazon Simple Storage Service untuk storan lain. AWS Identity and Access Management (IAM) menyediakan pengesahan, perakuan dan pengurusan untuk pengguna dan peranan. Rangkaian Persendirian Maya pada premis Humber College tamat dalam Get Laluan Transit AWS. Satu fungsi AWS Lambda menukar armada AppStream 2.0 antara mod Siang dengan Malam, lalu mengurangkan kos semasa waktu penggunaan rendah.

Rackspace dan Humber meminimumkan masa henti semasa projek dengan pencepatan proses dalaman untuk menyingkirkan sela masa yang berminggu-minggu, mewujudkan persekitaran awal dalam hanya 10 hari perniagaan. Projek tersebut dijangka siap pada Musim Panas 2020, dengan sekurang-kurangnya 80% daripada aplikasi Humber tersedia secara jauh melalui Amazon AppStream 2.0.

Perihal Rackspace Technology
Rackspace Technology ialah syarikat peneraju dalam perkhidmatan teknologi berbilang awan akhir ke akhir. Kami boleh mereka bentuk, membina dan mengendalikan persekitaran awan pelanggan kami merentasi semua platform teknologi, tanpa mengambil kira tindanan teknologi atau model pengerahan. Kami bekerjasama dengan pelanggan kami di setiap peringkat dalam perjalanan awan mereka, membolehkan mereka memodenkan aplikasi, membina produk baharu dan mengamalkan teknologi inovatif.

Orang Hubungan Media
Natalie Silva
Komunikasi Korporat Rackspace
publicrelations@rackspace.com 


SUMBER : Rackspace Technology, Inc.

Wednesday, August 12, 2020

P97 NETWORKS UNTUK MEMACUKAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH BAGI AHLI GABUNGAN EXXONMOBIL MERENTASI RANGKAIAN RUNCIT MEREKA DI NEW ZEALAND

 P97 Networks untuk membolehkan pembayaran mudah alih tanpa sentuhan bagi satu daripada syarikat minyak terkemuka di Asia-Pasifik


SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- P97 Networks, Inc., telah dipilih oleh Mobil Oil New Zealand Limited, sebuah ahli gabungan bagi ExxonMobil Asia Pacific Pte Ltd, untuk membolehkan pembayaran mudah alih merentasi rangkaian runcit berjenama Mobil di New Zealand. ExxonMobil Asia Pasifik adalah hab perniagaan hiliran dan kimia untuk rantau itu dengan lebih $15 bilion aset di bawah pengurusan ahli gabungan. P97 Networks  yang berpangkalan di Houston adalah sebuah pemimpin di dalam perdagangan mudah alih berasaskan awan, pembayaran dalam kenderaan, dan penyelesaian pemasaran digital tanpa geseran. Penyelesaian perdagangan mudah alih bersepadu P97 telah dibolehkan di lebih 170 Stesen Servis Mobil di New Zealand, pasaran pertama mereka untuk sebuah sekutu ExxonMobil di Asia Pasifik, dengan platform itu yang merangkumi pembayaran awan yang selamat, program Ganjaran Pemandu Mobil Smiles dan pemasaran digital.

“Pembeli di seluruh dunia dengan pantas beralih kepada kesenangan, kemudahan dan keselamatan pembayaran mudah alih tanpa sentuhan bagi semua kategori perbelanjaan harian mereka,” kata Paul Clausen, Pengurus Pembayaran Kesetiaan Kad di Mobil Oil New Zealand. “Sebagai sebuah pemimpin global di dalam tenaga, kami mencari kepimpinan yang serupa di dalam perdagangan mudah alih sehingga pelanggan kami dapat memperoleh manfaat yang sama ketika membeli bahan bakar dan produk di kedai. Kami memilih P97 oleh kerana mereka telah membuktikan kemampuan mereka untuk memberikan tahap perkhidmatan yang tinggi pada skala melalui platform perdagangan mudah alih dan pemasaran digital mereka.”

P97 NETWORKS UNTUK MEMACUKAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH BAGI AHLI GABUNGAN EXXONMOBIL MERENTASI RANGKAIAN RUNCIT MEREKA DI NEW ZEALAND

cocoa motors. Memulakan Penjualan Kereta Di Seluruh Dunia Dalam Beg “WALKCAR” Dari 11 Ogos

 TOKYO, 12 Ogos, 2020 /Kyodo JBN, AsiaNet/ —

cocoa motors. Inc. dari Tokyo, Jepun telah memulakan penjualan di seluruh dunia bagi sebuah kenderaan di mana pengguna boleh membawanya bersama mereka di dalam sebuah beg, yang diberi nama “WALKCAR,” pada 11 Ogos di laman web rasmi syarikat itu.


(Logo 1: https://kyodonewsprwire.jp/img/202008042803-O1-M5sklPxu)

(Logo 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/202008042803-O2-v33nEojo)

(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202008042803?p=images)


Laman web WALKCAR: https://en.cocoamotors.com

*Kit media boleh dimuat turun daripada laman web jenama itu.

Video promosi: https://youtu.be/Og8VBTYz0nY

WALKCAR mempunyai ukuran saiz yang sama dengan sebuah komputer riba 13 inci.
Ia adalah sebuah “kereta dalam sebuah beg” yang kecil dan ringan dengan berat hanya 2.9 kg. Ia mencapai kelajuan yang penuh kuasa sehingga 16 km/jam bersama dengan ciri-ciri keselamatan seperti fungsi berhenti automatik. Sejak produk itu diumumkan pada tahun 2016, terdapat respons daripada komuniti media di seluruh dunia dan WALKCAR telah menerima sejumlah kira-kira 7,800 pra-tempahan dari 13 buah negara di seluruh dunia. Selama kira-kira empat tahun sejak pengumuman produk itu, terdapat banyak penyelidikan dan pembangunan, serta pembaikan produk dilakukan, dan kini, akhirnya, ia dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia. WALKCAR adalah sebuah “kereta mudah alih” yang dicipta di Jepun. Ia adalah sebuah kereta yang boleh dibawa oleh pengguna seperti sebuah komputer riba, dan ia menawarkan satu gaya hidup baharu yang tidak bergantung kepada mana-mana rangkaian pengangkutan. Masa untuk memilih “berjalan” atau “WALKCAR” pada bila-bila masa telah tiba.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202008042803-O1-0IptV043.pdf


– Maklumat syarikat
Nama syarikat: cocoa motors. Inc.
Lokasi: Shibuya-ku, Tokyo, Jepun
Ditubuhkan: 1 Ogos, 2013
URL: https://en.cocoamotors.com

Sumber: cocoa motors. Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13664

SYNCHRONOSS MENGUMUMKAN PEMBAHARUAN KONTRAK DENGAN VERIZON

 Lanjutan kontrak lima tahun memberikan Synchronoss keupayaan untuk terus menyediakan Verizon dengan Platform Awan Peribadi



BRIDGEWATER, N.J., 12 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi platform awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan mereka telah berjaya memperbaharu perjanjiannya untuk menyediakan Verizon dengan Platform Awan Peribadi Label-Putih. Perjanjian ini membolehkan Verizon untuk menyediakan storan awan yang selamat dan mudah digunakan untuk pelanggan dan melindungi kandungan digital peribadi, termasuk foto, video dan mesej, mereka yang bernilai dengan selamat.

“Kami amat teruja untuk melanjutkan lagi hubungan kami dengan Verizon yang sekian lama untuk menyampaikan perkhidmatan awan peribadi yang amat diingini kepada pelanggannya untuk lebih banyak tahun yang akan datang,” kata Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss. “Peranti hari ini ialah repositori penting untuk kebanyakan kandungan digital kita, daripada foto dan video keluarga sehinggalah kenalan, dokumen, mesej teks dan banyak lagi.”

Ronan Dunne, Naib Presiden Eksekutif dan CEO Verizon Consumer Group, menambah, “Pelanggan kami mempunyai tahap kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dalam keupayaan kami untuk melindungi privasi mereka, melindungi maklumat mereka sementara menyediakan kepada mereka akses kepada data peribadi mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka inginkan. Kerjasama kita dengan Synchronoss membantu kami untuk terus memenuhi keperluan tersebut melalui Verizon Cloud kaya ciri yang menyandarkan dan menyelaraskan kandungan pada berbilang peranti.”

Platform Awan Peribadi Synchronoss Label-Putih merangkumi keupayaan untuk menetapkan sandaran kandungan secara automatik berdasarkan keutamaan peribadi pelanggan, serta menanda dan mencari kandungan untuk akses yang pantas dan mudah, melihat foto dalam format imbas kembali atau cerita, dan berkongsi serta mencetak album yang boleh disesuaikan untuk dinikmati dengan rakan dan keluarga. Perjanjian baharu juga memberikan Verizon keupayaan untuk melanjutkan tawaran awan peribadi kepada aspek lain dalam kehidupan harian pelanggan, termasuklah sandaran dan perlindungan jenis data lain dan peranti lain.

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Maklumat Hubungan Media:
CC Group PR
Synchronoss@CCGroupPR.com

Pelabur:
Leslie Gahagan
Penganalisis Hubungan Pelabur
1-800-575-7606
investor@synchronoss.com
 

SUMBER : Synchronoss Technologies, Inc.

Tuesday, August 11, 2020

PRUMO, BP DAN SIEMENS MENJALIN PERKONGSIAN DENGAN SPIC BERHUBUNG PROJEK-PROJEK TENAGA DI BRAZIL

 

  • SPIC akan memperoleh 33% dalam projek LNG-kepada-kuasa 3 GW GNA I dan GNA II
  • Mengikat perjanjian untuk mengambil bahagian di dalam projek-projek pengembangan masa hadapan GNA III dan GNA IV sebagai sebahagian daripada strategi hab kuasa dan gas domestik 6.4 GW di Pelabuhan Açu

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Prumo, sebuah syarikat sendirian berhad Brazil yang dikendalikan oleh EIG Global Energy Partners, bp dan Siemens telah menandatangani satu perjanjian dengan SPIC Brasil. Di bawah perjanjian itu, SPIC akan di peringkat awal memperoleh 33% daripada projek LNG-kepada-kuasa GNA I dan GNA II, yang terletak di Pelabuhan Açu, Rio de Janeiro. SPIC telah juga mengikat satu perjanjian untuk mengambil bahagian di dalam projek pengembangan masa hadapan GNA III dan GNA IV, yang dijangka akan dipacu oleh satu gabungan LNG dan gas domestik daripada simpanan pra-garam Brazil yang luas.

Penutupan perjanjian itu, yang dijadualkan pada suku keempat tahun 2020, adalah tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat tertentu yang lazim untuk urus niaga jenis ini, antara lain.

GNA I dan GNA II adalah projek gas-kepada-kuasa yang terbesar di Amerika Latin, dengan 3 GW bagi kapasiti yang dipasang — cukup untuk membekalkan tenaga bagi sehingga 14 juta isi rumah. Kompleks itu juga termasuk sebuah terminal LNG dengan jumlah kapasiti 21 juta m3/ hari. GNA I, yang mempunyai kapasiti yang dipasang sebanyak 1.3 GW, dijangka akan memulakan operasi pada separuh pertama tahun 2021. Perjanjian itu meningkatkan potensi bagi perluasan projek GNA III dan GNA IV, strategi hab gas domestik dan projek yang boleh diperbaharui. Jumlah anggaran pelaburan yang dirancang di dalam kompleks gas dan kuasa GNA itu adalah kira-kira AS$ 5 bilion.

Sumbangan SPIC Brasil kepada perkongsian ini ditumpukan kepada kepakaran mereka di dalam strategi operasi dan pengurusan projek di Brazil. Siemens – melalui cabang pembiayaan mereka, Siemens Financial Services, dan dalam kerjasama erat dengan Siemens Energy – akan menyumbangkan modal, teknologi inovatif dan kepakaran mereka di dalam menguruskan projek-projek yang serupa. Sebagai tambahan, bp akan menyumbangkan portfolio global LNG mereka yang bertindak sebagai sebuah pembekal gas bersepadu dan berinovatif yang penting dan Prumo menyumbangkan keseluruhan infrastruktur pelabuhan, operasi, pembangunan dan integrasi projek. Perkongsian itu memudahkan pengembangan bagi pelbagai projek dan menunjukkan satu komitmen untuk menyiapkan pelaburan yang sedang dibangunkan itu.

BofA Securities dan Lakeshore Partners bertindak sebagai penasihat kewangan bagi GNA dan penaja mereka. Itaú BBA bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif bagi SPIC. Mattos Filho bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi GNA dan penaja mereka. Trench Rossi Watanabe bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi SPIC.

Siemens AG (Berlin dan Munich) adalah sebuah syarikat teknologi berkuasa besar global yang melambangkan kecemerlangan kejuruteraan, inovasi, kualiti, kebolehpercayaan dan keantarabangsaan selama lebih 170 tahun. Syarikat itu aktif di seluruh pelusuk dunia, dengan memberi tumpuan kepada bidang penjanaan dan pengedaran kuasa, infrastruktur pintar bagi bangunan dan sistem tenaga yang diedarkan, dan automasi dan digitalisasi di dalam industri proses dan pembuatan. Melalui syarikat terurus secara berasingan Siemens Mobility, sebuah pembekal utama bagi penyelesaian mobiliti pintar untuk pengangkutan rel dan jalan raya, Siemens sedang membentuk pasaran dunia untuk perkhidmatan penumpang dan pengangkutan. Disebabkan oleh saham majoriti mereka di dalam syarikat-syarikat tersenarai awam Siemens Healthineers AG dan Siemens Gamesa Renewable Energy, Siemens juga merupakan sebuah pembekal terkemuka di dunia bagi teknologi perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan digital serta penyelesaian yang mesra alam sekitar bagi penjanaan kuasa angin darat dan luar pesisir. Pada tahun fiskal 2019, yang berakhir pada 30 September, 2019, Siemens telah menjanakan pendapatan €86.8 bilion dan pendapatan bersih €5.6 bilion. Pada akhir September, 2019, syarikat itu mempunyai kira-kira 385,000 orang pekerja di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh diperolehi di Internet di www.siemens.com.

Siemens Financial Services (SFS) – cabang pembiayaan bagi Siemens – menyediakan penyelesaian kewangan perniagaan-ke-perniagaan. Satu gabungan unik bagi kepakaran kewangan, pengurusan risiko dan pengetahuan industri membolehkan SFS untuk mewujudkan penyelesaian kewangan berinovatif yang disesuaikan. Dengan ini, SFS memudahkan pertumbuhan, mewujudkan nilai, meningkatkan daya saingan dan membantu pelanggan mengakses teknologi baharu. SFS menyokong pelaburan dengan pembiayaan dan pemajakan peralatan, pinjaman korporat, pelaburan ekuiti dan projek dan pembiayaan berstruktur. Penyelesaian perdagangan dan pembiayaan belum terima melengkapkan portfolio SFS. Dengan satu rangkaian antarabangsa, SFS disesuaikan dengan baik dengan keperluan undang-undang khusus negara dan dapat menyediakan penyelesaian kewangan secara global. Di Siemens, SFS adalah sebuah penasihat pakar untuk risiko kewangan. Siemens Financial Services mempunyai ibu pejabat global mereka di Munich, Jerman, dan mempunyai hampir 3,000 orang pekerja di seluruh dunia. www.siemens.com/finance.

SPIC Brasil, anak syarikat milik State Power Investment Corporation (SPIC), sebuah syarikat penjana tenaga global dan projek berkaitan. Di Brazil, ini diterjemahkan ke dalam penyatuan di antara kepakaran dan kekuatan kewangan bagi sebuah kumpulan Cina yang besar dan perintis Australia selama lebih 20 tahun pengalaman di dalam tenaga yang boleh diperbaharui. Pada masa ini, SPIC Brasil mengendalikan Loji Kuasa Hidroelektrik São Simão, di sempadan di antara negeri Minas Gerais dan Goiás, Ladang Angin Millennium dan Ladang Angin Vale dos Ventos di Negeri Paraíba. Di Brazil, syarikat itu mempunyai kira-kira 160 orang pekerja, yang terletak di São Paulo (SP), Natal (RN), São Simão (GO) dan Mataraca (PB). SPIC Global mempunyai jumlah kapasiti terpasang sebanyak 151 GW. Ia mempunyai lebih daripada 130,000 orang pekerja di 64 buah negara di mana ia beroperasi.

Prumo adalah kumpulan ekonomi pelbagai perniagaan yang bertanggungjawab untuk pembangunan strategik bagi Pelabuhan Açu. Kami dikendalikan oleh EIG Global Energy Partners, sebuah dana yang berpusat di Amerika Syarikat yang memberi tumpuan kepada tenaga dan infrastruktur, dan oleh Mubadala Investment Company, sebuah pelabur aktif dan berinovatif yang memperuntukkan modal di dalam pelbagai segmen.

Melalui 6 buah syarikat Kumpulan itu (Porto do Açu Operações, Ferroport, Açu Petróleo, GNA, Dome dan BP Prumo) dan pelanggan dan rakan kami, Pelabuhan Açu menyokong segmen minyak & gas, logistik pelabuhan dan perlombongan. Infrastruktur mereka mempunyai potensi yang unik untuk menyokong perniagaan baharu dan beberapa bidang industri yang lain.

Berpandukan oleh perspektif strategik Prumo, Açu kini merupakan satu daripada perusahaan terbesar dan paling berpotensi di Brazil. Dengan keselamatan dan kecekapan operasi yang digabungkan dengan kekuatan visi jangka panjang Kumpulan itu dan kedudukannya yang dekat dengan lembangan penerokaan minyak utama, Açu sedang bergabung untuk menjadi penyelesaian terbaik bagi tuntutan yang paling mencabar.

bp adalah sebuah perniagaan tenaga bersepadu yang mempunyai operasi di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Australasia, Asia dan Afrika. Kami beroperasi di 79 buah negara. Dengan pengalaman lebih dari 100 tahun di dalam dunia tenaga, kami memahami pasaran tenaga dengan mendalam, dan telah membangunkan kemampuan unik di dalam perdagangan, pemasaran, teknologi dan inovasi. Tujuan baharu bp adalah membayangkan  semula tenaga untuk manusia dan planet kita – agar bp dapat menjadi sebuah syarikat sifar bersih menjelang tahun 2050 atau lebih awal, dan untuk membantu dunia mencapai sifar bersih.

EIG Global Energy Partners (“EIG”), adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan setakat 30 Jun, 2020. EIG mengkhususkan diri di dalam pelaburan persendirian  di dalam infrastruktur tenaga dan berkaitan tenaga pada asas global. Sepanjang sejarah mereka selama 38 tahun, EIG telah memberikan komitmen lebih $34.2 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih daripada 360 projek atau syarikat di 36 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web EIG di www.eigpartners.com.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200810005361/en/

Hubungi

Media
Siemens
Priscilla Garcez: +55 11 98996-2610 - priscilla.garcez@siemens.com
Jillian Lukach: +1 (732) 512-7550 - jillian.lukach@siemens.com

Prumo
Thaina Halac: +55 (21) 3114-0779 - thaina@danthicomunicacoes.com.br

SPIC
PUBLICIS CONSULTANTS
Cibele Gandolpho: +55 11 96477-2701 - cibele.gandolpho@mslgroup.com
Thaís Thomaz: +55 11 3169-9373 – thais.thomaz@mslgroup.com

EIG
Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly/Brandon Messina: +1 212 687 8080

Sumber : Prumo

Monday, August 10, 2020

XI'AN MEWUJUDKAN "ANUGERAH KHAS DATUK BANDAR" UNTUK MENGGALAKKAN INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAGI PEMBUATAN TERMAJU

 

Pada 5 Ogos, upacara penganugerahan bagi “Anugerah Khas Datuk Bandar” yang direka untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa kepada pembangunan Xi'an telah diadakan di bandar itu.


XI'AN, China, 10 Ogos, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pada 5 Ogos, upacara penganugerahan bagi “Anugerah Khas Datuk Bandar” yang direka untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa kepada pembangunan Xi'an telah diadakan di bandar itu, menurut Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi’an. Acara tersebut telah menamakan 20 pemenang “Anugerah Khas Datuk Bandar” dan 30 pemenang “Anugerah Khas Datuk Bandar Anugerah Calon”. Xi'an menggunakan satu upacara besar-besaran untuk memberikan penghormatan kepada usahawan cemerlang yang telah memberikan sumbangan yang luar biasa kepada pembangunan dan pembinaan ekonomi dan sosial.

Di antara 50 usahawan dan pasukan yang dinamakan sebagai pemenang adalah sama ada syarikat-syarikat pembuatan yang maju seperti BYD Company Ltd., Samsung (China) Semiconductor Co., Ltd., Shaanxi Fast Auto Drive Co., Ltd, atau perusahaan kebudayaan dan pelancongan seperti Datang Everbright City Management and Operation Team,  Shaanxi Changhenge Performing Arts and Culture Co., Ltd. dan lain-lain. Perlu diberikan perhatian bahawa, sebagai presiden bagi Xi'an Janssen, sebuah syarikat farmaseutikal multinasional yang telah bertapak di Xi'an selama 35 tahun, Asgar Rangoonwala, telah menerima penghormatan ini. Beliau berkata dalam satu temu bual kemudian: “Pembangunan bagi Xi'an Janssen meraih faedah daripada pengoptimuman berterusan bagi perkhidmatan pelaburan dan persekitaran perniagaan Xi'an, yang semakin mengukuhkan keyakinan Xi'an Janssen untuk bertapak di Xi'an dan menyalurkan perkhidmatan kepada China.”

Pada separuh pertama untuk tahun ini, dengan memajukan pembangunan ekonomi dan sosial dan pada masa yang sama menjalankan pencegahan dan kawalan pandemik, Xi'an berada pada kedudukan pertama di kalangan bandar sub-wilayah di China di dalam tiga petunjuk ekonomi utama termasuk kadar pertumbuhan KDNK, kadar pertumbuhan bagi nilai tambah perindustrian bagi perusahaan berskala besar, dan kadar pertumbuhan bagi pelaburan aset tetap. Pencapaian ini adalah hasil daripada puluhan ribu syarikat dan usahawan di bandar ini serta falsafah pembangunan mereka yang terbuka dan inklusif.

Wang Hao, seorang anggota bagi Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Perbandaran Shaanxi CPC dan Setiausaha bagi Jawatankuasa Perbandaran Xi'an CPC, berkata bahawa Xi'an akan berusaha untuk mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan kelas pertama, menyediakan perkhidmatan yang paling bertimbang rasa, mendatangkan kepuasan, dan ikhlas, dan mewujudkan satu prinsip panduan yang jelas untuk menghormati, menjaga dan menyokong usahawan bagi membolehkan mereka untuk mempunyai rasa hormat, berada dalam kedudukan sosial yang tinggi, dan mendapat faedah material.

Untuk satu jangka masa yang sangat lama di dalam sejarah, Xi'an, sebuah kota purba di barat China, telah selalu menjadi pusat perdagangan dan komersial China. Ia juga merupakan pusat bagi ekonomi dunia sebelum Revolusi Perindustrian. Masa telah berubah sejak ribuan tahun yang lalu, tetapi kota purba ini sentiasa penuh bertenaga dan mengekalkan satu momentum pembangunan yang mantap.

“Anugerah Khas Datuk Bandar” itu adalah satu anugerah khas yang diwujudkan pada April ini oleh Xi'an untuk terus  menggalakkan usahawan, pasukan dan orang perseorangan untuk memberi tumpuan kepada industri pembuatan dan pelancongan kebudayaan termaju untuk membangunkan sebuah bandar yang kukuh dari segi ekonomi. Anugerah itu dapat dipohon oleh pelbagai perusahaan seperti pembangun sistem perindustrian, syarikat yang didorong oleh inovasi, dan mereka yang menarik pelaburan besar dan menjalankan projek yang mantap. Ia bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada pembinaan sistem perindustrian moden Xi'an dan bandar pusat kebangsaan di China. Individu dan pasukan yang memenangi “Anugerah Khas Datuk Bandar” itu akan menerima hadiah wang tunai sebanyak CNY 500,000.

Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi'an
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=368927

Kapsyen: Pada 5 Ogos, upacara penganugerahan bagi “Anugerah Khas Datuk Bandar” yang direka untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa kepada pembangunan Xi'an telah diadakan di bandar itu.

--BERNAMA

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...