SANTA CLARA, Calif., 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, mengumumkan pengeluaran global bagi Alat Kawalan Penyampaian Aplikasi Hillstone (ADC), satu penyelesaian berprestasi tinggi yang direka untuk memberikan pengalaman aplikasi yang paling optimum kepada pengguna.
ADC Hillstone menyampaikan aplikasi ketersediaan tinggi dan meningkatkan akses pengguna, produktiviti dan pengalaman secara keseluruhan. Ia menyampaikan migrasi IPv6 dan transformasi HTTPS yang bukan disruptif, dengan prestasi pemprosesan SSL yang ekstrem melalui sebuah teknologi pecutan perkakasan yang khusus. Ia menampilkan penghantaran aplikasi yang selamat akhir ke akhir melalui teknologi keselamatan on-board dan bersama dengan produk keselamatan Hillstone yang lain.
Ciri-ciri dan Faedah Penting
• Opsyen Pengimbang Muatan Fleksibel: Lapisan 4 hingga 7 server pengimbang muatan (SLB), rangkaian pengimbang muatan (LLB) dan server global pengimbang muatan (GSLB) untuk memastikan ketersediaan dan kesinambungan perniagaan.
• Pencepatan Laman Web dan Aplikasi: Mengurangkan pemindahan data, masa muatan, server sambungan dan server membaca/menulis untuk meningkatkan kelajuan tindak balas keseluruhan dan dengan itu, pengalaman pengguna.
• Pemprosesan SSL berasaskan perkakasan: Lepas beban SSL berasaskan perkakasan mengurangkan beban kerja server pengkomputeran untuk prestasi yang lebih baik, membolehkan pemeriksaan penuh bagi trafik untuk meningkatkan keselamatan dan menyediakan transformasi HTTPS dengan hanya sedikit perubahan yang diperlukan.
• Migrasi IPv6 Berimpak Rendah, Lengkap: Menyokong IPv6 dengan hampir tidak memerlukan perubahan rangkaian atau server, meminimumkan kerumitan bagi peralihan kepada IPv6.
• Penyampaian Aplikasi yang Sangat Selamat: Bekerja dengan NGFW Hillstone dan teknologi keselamatan yang lain bagi sebuah keselamatan akhir ke akhir daripada akses kepada pusat-pusat data.
“Hillstone memperkenalkan satu peralihan paradigma di dalam pasaran penyampaian aplikasi dengan pelancaran produk ADX siri AX,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama Hillstone Networks. “Beban kerja dan pengguna pada hari ini memerlukan satu penyelesaian yang melengkapkan persekitaran sedia ada dan menangani ketersediaan, kebolehcapaian dan keperluan keselamatan yang tinggi bagi penyampaian aplikasi moden.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13677
No comments:
Post a Comment