Secara usaha sama dengan SIMTech, syarikat itu akan menerokai keupayaan reka bentuk produk baharu dan peluang-peluang pasaran yang diperluaskan di dalam Percetakan 3D
SINGAPURA, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Entegris, Inc. (NASDAQ: ENTG), sebuah pembekal bertaraf dunia bagi penyelesaian bahan dan proses termaju untuk semikonduktor dan industri teknologi tinggi yang lain, hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sebuah makmal penyelidikan bersama dengan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) bagi Institut Teknologi Pengilangan Singapura (SIMTech). Makmal itu akan berfungsi sebagai sebuah pusat teknologi di mana Entegris akan menerokai keupayaan untuk mengembangkan produk baharu dengan menggunakan teknologi percetakan 3D dengan pemodelan dan simulasi serba canggih.
Menurut Ketua Pegawai Teknologi Entegris, Jim O'Neill, usaha bersama itu akan memungkinkan bagi Entegris untuk menerokai tatasusunan inovasi yang lebih luas di dalam reka bentuk produk dan mensimulasikan prestasi mereka sebelum membuat prototaip. “Percetakan 3D mempunyai potensi untuk menjadikan keupayaan reka bentuk produk kami lebih mantap dengan membolehkan reka bentuk yang lebih kompleks berbanding kemudahan proses pembuatan tradisional. Sebagai contoh, penghantaran bersih gas di dalam proses pembuatan adalah sangat penting bagi pelanggan kami di dalam industri semikonduktor. Dengan menggunakan percetakan 3D, kami dapat menerokai reka bentuk geometrik yang lebih kompleks untuk membran di dalam penyelesaian penapisan kami,” kata beliau.
“Menggabungkan satu pemahaman yang mendalam mengenai sifat-sifat bahan asas dengan model konfigurasi reka bentuk baharu, kami akan membolehkan produk baharu dengan ciri-ciri prestasi yang unik. Dalam kes penapis gas, sebagai contoh, menggunakan komponen cetakan 3D untuk memperbaiki atau mengawal ciri-ciri tertentu membuka pintu untuk meningkatkan aliran gas tanpa menjejaskan kecekapan penyingkiran zarah.
“Sejak menyingkirkan zarah yang boleh menyebabkan kecacatan di dalam pembuatan litar bersepadu memaksimumkan hasil bagi pelanggan kami, penyelesaian penapisan yang lebih maju melambangkan satu kelebihan daya saing bagi kami,” kata O'Neill.
Percetakan 3D juga mengurangkan sisa daripada bahan seperti keluli dan plastik yang digunakan semasa memasang model di dalam persekitaran pembuatan tradisional. Di samping itu, ia meningkatkan kelajuan dengan mana reka bentuk boleh diubah suai berdasarkan kepada ujian prestasi yang disimulasikan.
Kerjasama penyelidikan itu juga termasuk usaha kerjasama dengan beberapa syarikat teknologi global terkemuka dan konsortium penyelidikan. Kerjasama ini akan membolehkan Entegris untuk menerokai penggunaan bahan-bahan baharu dengan Hitachi Metals, Ltd; teknik pencirian canggih dengan Perkhidmatan Ujian Profesional (PTS); kaedah pengukuran yang boleh dikesan dan standard rujukan dengan Pusat Metrologi Nasional (NMC) A*STAR; dan keupayaan pemodelan dan simulasi generasi akan datang dengan Ansys, ESSS North America Inc., dan CAD-IT Consultants (Asia) Pte Ltd.
Pengarah eksekutif SIMTech Dr. David Low berkata, “Peranan teknologi dan inovasi di dalam mengubah perniagaan dan industri adalah lebih penting sekarang daripada sebelumnya. Melalui perkongsian awam-swasta seperti makmal bersama baharu kami kami yang merangsangkan dengan Entegris, A*STAR bekerjasama dengan pemain-pemain industri untuk bersama-sama berinovasi dan membangunkan penyelesaian baharu bagi membantu mereka menjadi lebih berdaya saing. Makmal Bersama Entegris-SIMTech akan mewujudkan kemungkinan baharu menerusi inovasi di dalam pembuatan bahan tambahan serta penciptaan bersama peluang-peluang dengan pemain lain di dalam ekosistem pembuatan bahan tambahan.”
Dengan bekerjasama bersama SIMTech, Entegris akan mempunyai peluang untuk menyelidiki dengan peserta di makmal penyelidikan peluang-peluang pasaran baru muncul untuk menyokong teknologi percetakan 3D. Syarikat itu akan menggunakan kepakaran sains bahan termaju mereka untuk menyelidiki pencirian serbuk logam dan reka bentuk semula produk berasaskan logam baharu melalui percetakan 3D. Penyelidikan sedemikian dapat mengenal pasti cara-cara untuk mengatasi kekangan reka bentuk semasa di dalam pembuatan tradisional dan membawa kepada penemuan di dalam percetakan 3D yang menguntungkan pelbagai industri selain industri semikonduktor, termasuk industri aeroangkasa, perubatan dan tenaga.
Makmal penyelidikan bersama itu dengan SIMTech dibangunkan di atas komitmen Entegris untuk mewujudkan sebuah rangkaian pusat teknologi global yang berdekatan geografinya dengan pelanggan mereka di seluruh dunia. “Di pusat-pusat teknologi kami, kami bekerjasama secara tempatan dengan pelanggan kami untuk menerokai reka bentuk produk baharu dan bertindak balas dalam tepat masa untuk mencari penyelesaian yang dapat memenuhi hasil kritikal, kebolehpercayaan, dan cabaran prestasi mereka dalam sebuah tempat pasaran yang pantas dan cepat berkembang,” kata O'Neill. Sebagai tambahan kepada Singapore Technology Consortia yang baharu diwujudkan itu, Entegris mempunyai pusat teknologi di Taiwan, Korea, China, dan Amerika Utara.
Maklumat mengenai Entegris
Entegris adalah sebuah pembekal bertaraf dunia bagi penyelesaian bahan dan proses termaju untuk industri semikonduktor dan teknologi tinggi yang lain. Entegris mempunyai kira-kira 5,300 orang pekerja di seluruh operasi global mereka dan memiliki ISO 9001 yang diperakui. Ia mempunyai kemudahan pembuatan, perkhidmatan pelanggan, dan/atau kemudahan penyelidikan di Amerika Syarikat, Kanada, China, Perancis, Jerman, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, dan Taiwan. Maklumat tambahan boleh didapati di www.entegris.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200803005145/en/
Hubungi
Media:
Connie Chandler
+1 978-436-6546
connie.chandler@entegris.com
Sumber : Entegris, Inc.
No comments:
Post a Comment