DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu, 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Salman Arif, Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Health Bank (THB) Global, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu akan bekerjasama dengan Nanotronics Health, LLC, untuk mengedarkan nHale™, sebuah ventilator bukan invasif. Ia akan diedarkan di wilayah Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan (MENASA). Untuk menyokong terapi pernafasan bukan invasif di rantau itu, The Health Bank akan juga melatih profesional perubatan untuk mengendalikan peralatan itu.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200817005113/en/
“Dalam usaha mencari satu penyelesaian untuk menguruskan simptom COVID-19 melalui kaedah bukan invasif, kami telah menjalin kerjasama dengan Nanotronics Health, LLC, bagi penjualan dan pengedaran nHale™. Perkongsian ini membolehkan nHale™ diakses di wilayah Timur Tengah, Afrika Utara, dan Asia Selatan (MENASA), yang memberi manfaat kepada pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan dengan satu penyelesaian berkualiti tinggi yang berpatutan,” kata Zarmina Jafar, Ketua Strategi di THB Global.
Nanotronics Health, LLC, memperoleh Keizinan Penggunaan Kecemasan (EUA) daripada Pentadbiran Makanan & Ubat (FDA) Amerika Syarikat bagi nHale™ untuk digunakan di dalam kemudahan penjagaan kesihatan tradisional, ruang yang diubah untuk penjagaan sebilangan besar pesakit COVID-19, dan pada tetapan di rumah dengan preskripsi seorang doktor. Keizinan ini termasuk penggunaan pilihan bagi oksigen tambahan bersama dengan nHale™ apabila seorang profesional perubatan yang berkelayakan menetapkannya.
Pengudaraan bukan invasif adalah penting untuk penjagaan pesakit COVID-19 di hospital dan seterusnya. Untuk memenuhi keperluan ini, Nanotronics Health, LLC, memanfaatkan kepakaran dalaman Nanotronics yang mendalam, dengan menggabungkan AI termaju, Kawalan Kilang Pintar (IFC) dan kejuruteraan canggih untuk membayangkan, mereka bentuk dan menghasilkan nHale™ dalam tempoh masa kurang dari 90 hari.
“Kami membangunkan nHale™ untuk memenuhi keperluan segera bagi pilihan pernafasan bukan invasif untuk pesakit yang menghidapi COVID-19,” kata Julie Orlando, Presiden bagi Nanotronics Health, LLC. “Kami mereka bentuk untuk kualiti, keselesaan dan kemudahan penggunaan, untuk menjadikan nHale™ tersedia pada kos yang jauh lebih murah berbanding dengan ventilator bukan invasif yang lain.”
Nanotronics Health, LLC, membangun dan mereka bentuk nHale™ untuk membantu pernafasan secara spontan orang dewasa yang menghidapi penyakit COVID-19. Ini ditujukan untuk digunakan di dalam situasi yang tidak mengancam nyawa, seperti bagi seorang pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan tetapi tidak memerlukan sokongan ventilasi invasif berdasarkan kepada protokol perubatan standard.
No comments:
Post a Comment