Sunday, July 31, 2022

MARCUMBP BERKEMBANG KE ASIA TENGGARA DENGAN PEJABAT BAHARU DI PUSAT KEWANGAN MARINA BAY SINGAPURA

Kehadiran di Singapura untuk memberi khidmat kepada pelanggan yang mencari akses kepada pasaran modal global, membina komitmen yang telah lama wujud dan berterusan kepada pasaran China

NEW YORK & SINGAPURA, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MarcumBP (MBP) mengumumkan pembukaan pejabat baharu mereka di Singapura. Pejabat itu akan menyokong amalan pelanggan mereka yang semakin meningkat dari Asia Tenggara yang ingin mengakses pasaran modal global melalui sebuah Tawaran Awam Permulaan (IPO) atau penggabungan Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas (SPAC). Pada masa yang sama, MBP mengekalkan kedudukan kepimpinan mereka selama 20 tahun di dalam pasaran China.

Pejabat itu terletak di Pusat Kewangan Marina Bay – tempat bagi beberapa syarikat perkhidmatan kewangan yang paling terkenal di dunia - di 8 Marina View, Asia Square Menara 1, #07-05 Singapura 018960, di Teras Pusat Bandar Singapura.

Pengembangan firma itu ke Singapura didorong oleh permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan audit dan khidmat nasihat khusus bagi perniagaan yang berpangkalan di Asia. MBP adalah satu-satunya firma audit yang mempunyai sebuah pasukan SPAC yang khusus untuk Asia.

“MBP berada pada kedudukan yang unik untuk menyokong syarikat-syarikat dari Asia Tenggara yang mencari laluan ke pasaran modal Amerika Syarikat,” kata Drew Bernstein, pengerusi bersama bagi MarcumBP. “Rantau Asia Tenggara semakin menjadi sebuah hab kewangan untuk Asia dengan saluran yang kukuh bagi modal teroka dan syarikat-syarikat berinovatif yang disokong oleh ekuiti persendirian.”

“Ketika ‘unikorn’ yang baru muncul ini mempertimbangkan cara bagaimana untuk mengekalkan pertumbuhan mereka, ramai yang melihat kepada pasaran Amerika Syarikat untuk mengoptimumkan penilaian mereka dan memperoleh akses yang berterusan kepada kumpulan mudah tunai yang mendalam. MBP menawarkan satu ‘penyelesaian satu firma’ bersepadu untuk menyediakan audit yang mematuhi GAAP Amerika Syarikat dan PCAOB, yang disokong oleh sebuah pasukan yang mempunyai kecekapan teknikal peringkat tinggi dan pengalaman yang luas di rantau itu.”

Pengarah Urusan MBP Pearl Peng telah berpindah dari Hong Kong ke Singapura untuk menyokong pengembangan kehadiran MBP di Asia. Peng mengetuai perniagaan pasaran modal bagi firma itu di Asia. 

Friday, July 29, 2022

EXPENSICON, SATU-SATUNYA FESTIVAL PERAKAUNAN DAN FINTECH DI DUNIA YANG DIHOSKAN OLEH EXPENSIFY, KEMBALI KE ITALI UNTUK TAHUN 2023

Acara itu yang melalui jemputan sahaja, dan semua perbelanjaan ditanggung di Borgo Egnazia di Puglia akan menghimpunkan 100 firma perakaunan terkemuka dan pemain fintech dari seluruh dunia untuk memulakan penciptaan sebuah komuniti yang mengubah industri

PORTLAND, Ore., 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Expensify, Inc. (Nasdaq: EXFY), sebuah super aplikasi pembayaran yang membantu individu dan perniagaan di seluruh dunia memudahkan cara mereka menguruskan wang merentasi perbelanjaan, kad korporat dan bil, hari ini mengumumkan kembalinya ExpensiCon pada 18-22 Mei, 2023, di Puglia, Itali. Satu kumpulan eksklusif akauntan bertaraf dunia dan syarikat-syarikat fintech yang perkasa dijemput ke kawasan luar bandar Itali selama lima hari untuk membina komuniti, kepimpinan pemikiran, jaringan, sesi meja bulat dan acara kejutan di antara kebun pokok zaitun. ExpensiCons sebelum ini di Bora Bora dan Maui termasuk peserta daripada PwC, Deloitte, BDO, CLA, Baker Tilly, dan EisnerAmper, serta sembang tepi dengan Travis Kalanick dari Uber, Zach Nelson dari NetSuite dan Rod Drury dari Xero.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220725005172/en/


“ExpensiCon ialah cara bagaimana kami berkongsi moto kami ‘Hidup Sepenuhnya, Berseronok, dan Selamatkan Dunia’ dengan rakan-rakan utama kami dan peneraju pemikiran industri untuk membina sebuah komuniti baharu yang memberi 100 peratus tumpuan kepada masa depan,” kata David Barrett, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Expensify. “Dan apakah tempat yang lebih baik untuk memulakan sesuatu daripada sebuah percutian mewah lima bintang, jauh daripada gangguan kehidupan seharian? Ia adalah persekitaran yang sempurna untuk mengembangkan perhubungan yang produktif dengan minda yang paling cemerlang, dan menumpukan kepada menyelesaikan masalah industri yang paling mendesak.”

Acara itu akan termasuk satu gabungan ucapan dasar, perbincangan meja bulat, sembang  tepi, peluang menjalin jaringan 1 dengan 1 dan sesi strategi, serta acara VIP. Selain itu, hadirin dan tetamu mereka akan juga merasai keindahan Puglia dalam lawatan membina perhubungan di seluruh wilayah itu yang menampilkan pembuatan pasta, lawatan kapal pesiar dan banyak lagi. 

EGON ZEHNDER MENAMAKAN RACHAEL DE RENZY CHANNER SEBAGAI KETUA GLOBAL BAGI KELESTARIAN

Peranan baharu yang diwujudkan itu menandakan satu daripada pelantikan pemimpin kelestarian secara formal yang pertama di dalam lima firma pencarian eksekutif dan penasihat kepimpinan global utama

ZURICH, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rachael De Renzy Channer telah dilantik sebagai Ketua Global bagi Kelestarian untuk Egon Zehnder, firma penasihat kepimpinan terkemuka di dunia.

Berpangkalan di London, De Renzy Channer telah mengetuai Kumpulan Amalan Kelestarian global di Egon Zehnder sejak tiga tahun yang lalu, dengan membantu organisasi di seluruh dunia membangunkan budaya, pasukan dan pemimpin mereka untuk menjadi kuasa bagi kebaikan. Beliau telah menjadi pengarang bersama bagi laporan kelestarian Firma itu baru-baru ini, yang meninjau beratus-ratus pemimpin di seluruh dunia mengenai keadaan kelestarian di dalam organisasi mereka. Sebelum menyertai Egon Zehnder, De Renzy Channer telah mengetuai strategi di dalam beberapa syarikat, termasuk Schneider Electric. Terdahulu di dalam kerjayanya, beliau berkhidmat di dalam Tentera British selama 12 tahun, di mana sebahagian besar daripada kerjaya ketenteraan beliau digunakan untuk memberi tumpuan kepada kepimpinan dan pembangunan.

“Firma kami telah komited kepada mewujudkan sebuah dunia yang lebih mapan selama bertahun-tahun, dan Rachael akan membawa kebolehlihatan, penjajaran dan komitmen yang lebih besar kepada matlamat Firma kami, iaitu Kepimpinan bagi sebuah Dunia yang Lebih Baik,” kata Edilson Camara, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Egon Zehnder.

Dalam peranan beliau sebagai Ketua Global bagi Kelestarian, De Renzy Channer akan mengetuai usaha impak Egon Zehnder, yang mencakupi daripada inisiatif kelestarian serantau sehingga ke peringkat global, untuk memacukan transformasi DEI, kepada berhubungan dengan organisasi lain bagi menambah baik dunia kita yang dikongsi bersama. “Egon Zehnder, seperti banyak organisasi lain, sedang berada dalam satu perjalanan kelestarian. Kami belajar bahawa kemajuan kami sendiri adalah berkait rapat dengan perubahan di dalam penetapan minda dan motivasi yang harus diutamakan,” kata De Renzy Channer. “Kelestarian bukan sekali-kali mengenai menandakan kotak-kotak, tetapi ia adalah mengenai memacu ke hadapan sebuah dunia yang lebih inklusif dan mapan. Perubahan ini bermula dari dalam, dan saya gembira untuk meneruskan perjalanan ini dengan Firma kita di dalam peranan baharu ini.”

Maklumat mengenai Egon Zehnder

Egon Zehnder adalah firma penasihat kepimpinan terkemuka di dunia, yang memberi inspirasi kepada pemimpin untuk mengemudi persoalan yang rumit dengan jawapan bersifat kemanusiaan. Kami membantu organisasi untuk mencapai cabaran kepimpinan mereka dan menawarkan maklumat balas dan pandangan yang jujur ​​untuk membantu pemimpin merealisasikan keberadaan dan tujuan sebenar mereka. Perunding kami seramai 560 orang di 62 pejabat dan 35 buah negara adalah bekas pemimpin industri dan fungsian yang bekerjasama secara lancar merentasi geografi, industri dan fungsi untuk menyampaikan kuasa penuh bagi Firma itu kepada setiap pelanggan, pada setiap masa.

Kami percaya bahawa bersama-sama kami dapat mengubah manusia, organisasi dan dunia melalui kepimpinan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari egonzehnder.com dan ikuti kami di LinkedIn dan Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16143

Thursday, July 28, 2022

SINGAPURA, MALAYSIA BERALIH KEPADA SDN UNTUK MEMENUHI MATLAMAT PERNIAGAAN

Syarikat-syarikat mencari kelenturan rangkaian, keselamatan dan automasi di dalam teknologi dan perkhidmatan yang ditakrifkan oleh perisian, kata laporan ISG Provider Lens™

SINGAPURA, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Singapura dan Malaysia menerima rangkaian yang ditakrifkan oleh perisian (SDN) untuk meningkatkan penyepaduan rangkaian, automasi, merancang secara terperinci dan pengurusan, di dalam satu arah aliran yang dijangka berterusan untuk beberapa tahun, menurut satu laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.

Laporan ISG Provider Lens™ Network 2022 — Penyelesaian dan Perkhidmatan yang Ditakrifkan oleh Perisian untuk Singapura dan Malaysia mendapati syarikat-syarikat di rantau itu mengguna pakai SDN supaya mereka boleh menambahkan aplikasi dan sumber rangkaian dengan lancar untuk memenuhi matlamat perniagaan dan pengguna dengan lebih cekap dan selamat. Kesan daripada pandemik COVID-19 pada rantaian bekalan, kerja jarak jauh dan keperluan pengalaman pelanggan telah meningkatkan permintaan untuk ketangkasan rangkaian.

“Untuk kekal berdaya saing, perusahaan perlu dipacu oleh data, dengan ketersambungan yang optimum, keupayaan berbilang awan dan keselamatan hujung ke hujung,” kata Deepraj Emmanuel, pengarah, ISG Asia, yang berpangkalan di Singapura. “Keperluan ini mewujudkan peluang besar untuk pembawa dan penyedia perkhidmatan terurus yang beroperasi di Singapura dan Malaysia.”

Di keseluruhan rantau itu, sambungan LAN, WAN, WLAN dan awan sudah mula bergabung, menurut laporan itu. Dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, SDN akan membenarkan organisasi untuk memantau aliran kerja dan rangkaian segmen dari hujung ke hujung, di antara keupayaan lain. Ciri-ciri utama yang dimungkinkan oleh SDN termasuk rangkaian berasaskan hasrat, peruntukan kawasan panas yang pantas, pengkomputeran pinggir dan penyelesaian yang dikuasakan oleh AI dan pembelajaran mesin.

AGROBANK SERAH KUTIPAN DANA WAKAF TUNAI RM206,313.45 KEPADA PICOMS BAGI INISIATIF WAKAF TUNAI MESIN DIALISIS AGROBANK & PICOMS-MAIWP

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (kanan sekali) menyerahkan kutipan dana wakaf tunai berjumlah RM206,313.45 kepada kepada Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (dua dari kiri) dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini. Program Wakaf Tunai Mesin Dialisis Agrobank & PICOMS-MAIWP dilancarkan pada tahun 2020 dengan objektif untuk membantu menangani masalah kekurangan mesin dialisis bagi pesakit-pesakit dari kalangan orang awam

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Selaras dengan matlamat untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat untuk beramal jariah dengan berwakaf, Agrobank, sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 2015, telah menggerakkan 140 cawangannya di seluruh Malaysia dengan menggunakan fasiliti perbankan internetnya, Agronet sebagai medium bagi mencapai sasaran kutipan dana wakaf tunai sebanyak RM200,000 bagi Program Wakaf Tunai Mesin Dialisis Agrobank & PICOMS-MAIWP.

Setelah lebih dua tahun sejak ia dilancarkan pada tahun 2020, Agrobank bukan sahaja telah berjaya mencapai sasaran kutipan, malah telah berjaya mengumpul kutipan dana wakaf tunai keseluruhan berjumlah RM206,313.45.

Penyerahan kutipan dana wakaf tunai terkumpul ini telah disempurnakan oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin kepada Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman dalam satu majlis yang telah berlangsung pada Rabu.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, “Kita sedia maklum akan kepentingan wakaf dalam pembangunan sosial dan kebajikan umat Islam dan bagaimana golongan yang berkemampuan turut dapat membantu mereka yang serba kekurangan. Agrobank amat berbesar hati dengan kolaborasi ini dalam menjadi agen kepada masyarakat untuk menyalurkan dana wakaf bagi memenuhi keperluan kesihatan dengan pembelian mesin hemodialisis ini. Fokus kesihatan merupakan salah satu fokus AgroWakaf di Agrobank, selain usaha memperkasakan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan komuniti.”

“Semoga usaha ini akan terus meningkatkan lagi kesedaran umat Islam mengenai kepentingan wakaf dalam pembangunan ummah,” tambah Tengku Ahmad Badli Shah.

Program Wakaf Tunai Mesin Dialisis Agrobank & PICOMS-MAIWP ini merupakan kerjasama di antara Agrobank dan PICOMS,anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah dilancarkan pada tahun 2020 bagi membantu menangani masalah kekurangan mesin dialisis bagi pesakit-pesakit dari kalangan orang awam.

Program ini menyasarkan jumlah kutipan wakaf tunai sebanyak RM600,000.00 termasuklah dana berjumlah RM400,000.00 yang telah disalurkan daripada dana khairat produk Agrobank kepada PICOMS pada Disember 2020 sebagai suntikan dan pemangkin kepada program wakaf tunai ini.

Mesin-mesin dialysis tersebut akan digunakan untuk rawatan hemodialisis atau pembersihan darah oleh pesakit-pesakit buah pinggang terutamanya daripada golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan yang dikenalpasti dan mendapat pembiayaan dari pihak MAIWP.


KIOXIA MEMPERKENALKAN TAHAP BAHARU BAGI PRESTASI DENGAN KELUARGA SSD NVME™ PERUSAHAAN YANG DIREKA BENTUK DENGAN TEKNOLOGI PCIE® 5.0

 

SSD NVMe™ Perusahaan Siri KIOXIA CM7 yang Direka bentuk dengan Teknologi PCIe® 5.0 (Foto: Business Wire)

SSD Siri KIOXIA CM7 Tersedia di dalam EDSFF E3.S Baharu dan Faktor Bentuk 2.5-Inci Standard Industri

TOKYO, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu lagi langkah yang menyampaikan tahap prestasi generasi akan datang kepada pusat data perusahaan, Kioxia Corporation hari ini mengumumkan bahawa SSD NVMe™ perusahaan siri KIOXIA CM7 mereka kini dihantar kepada pelanggan terpilih. Dioptimumkan untuk keperluan pelayan dan penyimpanan berprestasi tinggi dan sangat cekap, keluarga siri KIOXIA CM7 itu direka bentuk dengan teknologi PCIe® 5.0 di dalam Perusahaan dan Faktor Bentuk Standard Pusat Data (EDSFF) E3.S dan faktor bentuk 2.5 inci[¹].
 

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220725005951/en/


Setelah memperkenalkan pemacu EDSFF yang pertama di dalam industri itu yang direka bentuk dengan teknologi PCIe 5.0[²] pada tahun lepas, penambahan keluarga siri KIOXIA CM7 itu memperluaskan kedudukan kepimpinan KIOXIA dan membolehkan pelanggan OEM untuk menyampaikan bacaan berurutan prestasi 14 GB/s terbaik dalam kelasnya[³]  kepada pengguna akhir.

Keluarga EDSFF E3 itu membolehkan SSD generasi akan datang dengan teknologi PCIe 5.0 dan seterusnya untuk menangani seni bina pusat data masa hadapan, sambil menyokong pelbagai peranti dan aplikasi baharu. Ia menyediakan aliran udara dan haba yang lebih baik, faedah integriti isyarat, menghapuskan keperluan untuk LED pada pembawa pemacu, dan memberikan pilihan untuk titik kapasiti SSD yang lebih besar.

Sorotan Siri KIOXIA CM7 termasuk:

· EDSFF E3.S dan faktor bentuk ketinggian Z 2.5 inci 15mm
· Direka bentuk untuk spesifikasi NVMe 2.0 dan PCIe 5.0
· SFF-TA-1001 berupaya untuk menyokong sistem yang didayakan Universal Backplane Management (juga dikenali sebagai U.3[¹])
· Kapasiti berintensifkan bacaan (1 DWPD) sehingga 30.72 TB[⁴]
· Kapasiti penggunaan campuran (3 DWPD) sehingga 12.80 TB
· Reka bentuk dwi-port untuk aplikasi ketersediaan tinggi
· Perlindungan Kegagalan Acuan Kilat mengekalkan kebolehpercayaan penuh sekiranya berlaku kegagalan acuan
· Sokongan ciri canggih – SR-IOV, CMB, Berbilang aliran menulis
 
Nota
[1] Faktor bentuk 2.5 inci di dalam satu sambungan U.3 akan dihadkan kepada prestasi PCIe Gen4.
[2] Setakat 9 November, 2021 berdasarkan kepada tinjauan Kioxia Corporation mengenai maklumat yang tersedia secara umum.
[3] Setakat 26 Julai, 2022 berdasarkan kepada tinjauan Kioxia Corporation mengenai maklumat yang tersedia secara umum.
[4] Kapasiti maksimum di dalam E3.S ialah 15.36 TB.

*Sampel itu adalah untuk tujuan penilaian. Spesifikasi bagi sampel itu mungkin berbeza daripada model pengeluaran.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16132

Wednesday, July 27, 2022

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP MENGUMUMKAN TAMBAHAN BAGI KEMUDAHAN PEMBUATAN PENGEWAP DI HOUSTON, TX

TEMECULA, Calif., 27 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group (“Kumpulan”), sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), dengan bangganya mengumumkan satu lagi pengembangan keupayaan pembuatan mereka. Pengembangan ini mewakili komitmen dan sokongan mereka kepada pelanggan gas industri domestik dan tenaga bersih mereka.

Kemudahan Houston, Texas baharu mereka kini dilengkapi untuk mengeluarkan dan menghantar pengewap ambien, membawa produk dan sokongan mereka lebih dekat dengan pasaran Pantai Timur dan Mexico, membolehkan masa pusing balik yang lebih singkat dan mengurangkan kos penghantaran untuk pasaran yang semakin berkembang ini.

Nikkiso Cryoquip Houston telah pun beroperasi dan meningkatkan pengeluaran penuh barisan produk pengewap udara ambien dengan penghantaran pelanggan sudah dijalankan.

"Kami teruja dapat meningkatkan sokongan kami terhadap wilayah penting ini dan memberikan faedah yang ketara kepada pelanggan kami," menurut Chris Colizzi, Presiden Nikkiso Cryoquip. "Peluasan ini menyediakan struktur sokongan yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan."

Penambahan kemudahan Houston juga membolehkan kapasiti diperluaskan di kemudahan Kumpulan di Murrieta, California, untuk terus menyokong pangkalan pelanggan mereka yang semakin meningkat merentas segmen pasaran Gas Industri dan Tenaga. 

CIIE KELIMA MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA-NEGARA DI SEPANJANG INISIATIF JALUR DAN LALUAN (BELT AND ROAD)

Ekspo Import Antarabangsa China ke-5 akan diadakan dari 5 Nov. hingga 10 Nov. 2022. (Gambar/IC)

SHANGHAI, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform terbesar untuk pemerolehan antarabangsa, promosi pelaburan, pertukaran budaya dan kerjasama terbuka, Ekspo Import Antarabangsa China (China International Import Expo, CIIE) telah diadakan dengan jayanya selama empat tahun berturut-turut, dan dianggap secara meluas sebagai sistem perdagangan barangan awam antarabangsa dan multinasional, yang juga merupakan pembawa utama dalam membina ekonomi dunia terbuka dan komuniti dengan perkongsian masa depan kepada seluruh manusia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220726005590/en/

Sejak penubuhannya pada tahun 2018, CIIE telah berkembang dari segi skala dan pengaruh. Bidang pameran perniagaannya telah meningkat daripada 270,000 meter persegi pada tahun 2018 kepada 366,000 meter persegi pada tahun 2021. Pempamer dalam empat CIIE yang lalu telah melancarkan lebih daripada 1,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu, serta mencapai penyelesaian urus niaga tentatif bernilai lebih $270 bilion.

Memandangkan CIIE memasuki tahun kelimanya, semakin banyak negara di sepanjang Jalur dan Laluan telah mula menumpukan perhatian mereka ke arah pasaran China dan mengeksport produk mereka ke China.

Pada CIIE pertama, Ma Yuxia, seorang ahli perniagaan wanita Cina yang berpangkalan di Amerika Selatan, telah memperkenalkan patung mainan plush alpaka ke pasaran China.

SMART MODULAR TECHNOLOGIES MENGUMUMKAN GENERASI SETERUSNYA BAGI SSD PCIE NVME




Portfolio baharu DuraFlash™ MP3000 bagi produk PCIe NVMe mengembangkan pilihan Kilat untuk pusat data, rangkaian dan aplikasi telekom


NEWARK, Calif., 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), satu bahagian daripada SGH (Nasdaq: SGH) dan sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, pemacu keadaan pepejal dan produk storan hibrid mengumumkan portfolio DuraFlash™ MP3000 bagi produk PCIe NVMe, yang merangkumi faktor bentuk M.2 2280, M.2 22110 dan E1.S. SSD ini tersedia dalam kedua-dua gred suhu industri dan komersial, dengan versi yang melaksanakan teknologi kehilangan kuasa, perlindungan data SafeDATA™ SMART untuk memastikan pengendalian turun naik kuasa dan kejadian kehilangan kuasa secara tiba-tiba.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220623005322/en/

“Kami teruja untuk mengumumkan siri baharu ini bagi produk SSD DuraFlash PCIe NVMe, yang akan membolehkan pelanggan kami untuk memanfaatkan keserasian PCIe Gen 4 x4 generasi seterusnya,” kata Victor Tsai, Pengarah bagi produk Kilat SMART. “Tersedia dalam tiga faktor bentuk, barisan MP3000 SMART menyediakan pilihan untuk platform pelayan dan pelanggan dalam kedua-dua persekitaran industri dan perusahaan dengan kapasiti di antara 240GigaBait sehingga 1920GigaBait.”

MP3000 itu menawarkan kelajuan sehingga 3500MB/s Bacaan Berurutan dan 2000MB/s Tulisan Berjujukan. Ia mematuhi spesifikasi NVMe v1.4 dengan ciri-ciri SSD perusahaan yang disokong seperti Pengurusan Ruang Nama (sehingga 16 ruang nama), Antara Muka Pengurusan NVMe luar jalur (NVMe-MI) dan format LBA 512 bait dan 4096 bait.

Untuk persekitaran Perusahaan, siri MP3000 itu memenuhi keperluan ketahanan sehingga 1 Pemacu Tulisan setiap Hari (DWPD) bagi beban kerja Perusahaan seperti yang ditakrifkan oleh JEDEC. Siri MP3000 itu juga ditawarkan dalam versi kitaran hayat lanjutan bagi aplikasi industri yang memerlukan ketersediaan yang lebih lama. Memandangkan kehilangan kuasa merupakan satu kebimbangan utama di dalam kebanyakan aplikasi, MP3000 itu juga disertakan dengan sistem SafeDATA™, sistem perlindungan data kehilangan kuasa SMART Modular yang termasuk litar perkakasan khusus dan algoritma untuk melindungi data dalam penerbangan dengan selamat semasa senario kehilangan kuasa atau turun naik kuasa. Produk siri MP3000 itu ialah Pemacu Penyulitan Sendiri (SED) yang menyokong ciri-ciri keselamatan lanjutan yang termasuk Secure Boot dengan pengesahan ketulenan perisian tegar berasaskan PKI dan standard Kumpulan Pengkomputeran Dipercayai (TCG) Opal 2.01 dengan penyulitan data AES-XTS 256. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16131

NIELSENIQ DAN GORILLAS MENANDATANGANI SATU PERHUBUNGAN KERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN PEMBACAAN DAN PEMAHAMAN MENDALAM "PERDAGANGAN PANTAS"

CHICAGO, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Gorillas dan NielsenIQ telah mengumumkan satu perjanjian kerjasama untuk menghubungkan ketangkasan bagi penghantaran pantas dan kuasa bagi data besar. Perhubungan kerjasama kami akan membawa pengeluar dengan pemahaman mendalam yang lebih terperinci bagi membolehkan perniagaan mereka berkembang maju dan dipercepatkan dengan halaju dan kebutiran yang diperlukan.

Dengan pakatan ini, NielsenIQ akan menjadi penyedia data dan analitik pilihan bagi Gorillas di Jerman, Perancis, United Kingdom, Belanda dan Amerika Syarikat. NielsenIQ akan menyediakan Gorillas dengan satu gabungan analitik terkemuka industri, termasuk data panel bersumberkan pengguna dan analitik peruncitan tersuai. Gabungan panel pengguna dan analitik NielsenIQ, satu-satunya set data bersepadu bagi kapasiti ini yang tersedia untuk industri itu, memberikan satu pandangan yang lebih mendalam tentang data panel pembeli. Dengan akses kepada bacaan terperinci bagi jualan daripada Gorillas, penanda aras NielsenIQ akan dipertingkatkan dengan bacaan prestasi terperinci yang datang terus kepada pelanggan daripada peneraju industri perdagangan pantas yang sedang popular pada masa kini di Eropah.

“Kami sangat teruja kerana Gorillas telah memilih NielsenIQ untuk membekalkan mereka dengan data pengguna paling komprehensif yang tersedia,” kata David Johnson, Presiden, Peruncitan Global di NielsenIQ. “Ini sangat mengujakan untuk bekerjasama dengan Gorillas, sebuah syarikat yang telah kami ikuti rapat sebagai sebuah peneraju pasaran di dalam industri pesanan dan penghantaran barangan runcit. Inovasi di dalam e-dagang peruncitan dan langkah terakhir di dalam penghantaran  bergerak sepantas kilat dan kerjasama data kami akan membolehkan bagi keputusan yang lebih baik di Gorillas dan dengan pengilang, sesuatu yang digemari oleh industri itu.”

Evolusi bagi landskap e-dagang dan tingkah laku pengguna adalah sebahagian daripada realiti pantas bagi industri FMCG. Pembelian lancar dalam talian dan penghantaran cepat luar talian menjadikan membeli-belah harian satu pengalaman yang benar-benar serba boleh. Walaupun persaingan e-dagang adalah satu laluan kepada kepelbagaian yang lebih besar, pemain dalam talian memerlukan satu pembacaan dan penanda aras FMCG digital yang tepat – itulah sebabnya NielsenIQ terus menambahkan kebutiran lanjut dan cerapan yang dipertingkatkan tentang perdagangan pantas.

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, menyampaikan standard emas di dalam pengukuran pengguna dan peruncitan, melalui pemahaman yang paling berkaitan, lengkap dan boleh diambil tindakan mengenai pengguna global, saluran pelbagai arah yang berkembang. NielsenIQ ialah sumber keyakinan bagi industri yang kami layani dan sebagai perintis yang menentukan abad seterusnya bagi pengukuran pengguna dan peruncitan. Data kami, pandangan yang berkaitan dan analitik ramalan mengoptimumkan prestasi CPG dan syarikat-syarikat peruncitan, dengan membawa mereka lebih dekat lagi kepada komuniti yang mereka layani dan membantu untuk memperkasakan pertumbuhan mereka.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di lebih 90 buah ​​pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220725005298/en/

Hubungi

Media
Eropah: Julia Mayer Julia.Mayer@nielseniq.com
Amerika Utara: Gillian Mosher Gillian.Mosher@nielseniq.com

Sumber : NielsenIQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16130

Monday, July 25, 2022

PUSAT PENDIDIKAN EKSEKUTIF SAINS KOMPUTER CARNEGIE MELLON DAN TALENTSPRINT BAKAL MENCIPTA PAKAR-PAKAR DEVOPS GLOBAL

Mengumumkan Program latihan dalam talian untuk profesional Teknologi di India, Asia Tenggara dan Timur Tengah

BENGALURU, India, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TalentSprint, sebuah syarikat teknologi pendidikan global dan sebuah peneraju pasaran di dalam program teknologi mendalam transformasi, hari ini mengumumkan satu perkongsian pelbagai tahun dan pelbagai program dengan Pusat Sains Komputer (SCS) Universiti Carnegie Mellon (CMU), Pendidikan Eksekutif & Profesional – Pusat Sains Komputer Nombor Satu di Dunia. Program Sijil Lanjutan di dalam DevOps itu, yang pertama kali dilancarkan di bawah perkongsian ini, bertujuan untuk memenuhi satu keperluan yang semakin meningkat bagi profesional DevOps zaman baharu di rantau APAC.

Paling terjejas oleh transformasi digital, industri seperti BFSI, IT, Penjagaan Kesihatan, Peruncitan, Media dan Hiburan mencipta peluang besar untuk pakar-pakar DevOps di seluruh dunia. Dinamik pasaran ini meletakkan Program Sijil Lanjutan CMU yang diselidik dengan baik di dalam DevOps sebagai satu tambahan penting di dalam perjalanan peningkatan kemahiran calon.

Mengenai persatuan berprestij ini, Santanu Paul, Ketua Pegawai Eksekutif bagi TalentSprint, berkata “Perkongsian ini telah mengukuhkan lagi kehadiran kami di Amerika Syarikat. Pusat Sains Komputer CMU adalah ikonik dan persatuan ini adalah satu pengesahan bagi kejayaan kami di dalam program pemecah laluan dengan institut terkemuka dan organisasi teknologi global di India dan Amerika Syarikat. Program pertama kami dengan CMU bertujuan untuk mewujudkan pakar-pakar DevOps yang bertaraf dunia.”

Mengulas mengenai pelancaran itu, Ram Konduru, Pengarah bagi Pendidikan Eksekutif di CMU-SCS berkata, “Kami sedang meneroka pasaran antarabangsa seperti pasaran India, Timur Tengah dan Asia Tenggara yang mempunyai permintaan yang semakin meningkat untuk profesional teknologi. Kami ingin bekerjasama dengan sebuah syarikat teknologi pendidikan yang serius yang boleh sejajar dengan kecekapan teras kami dan membantu kami menjangkau kepada geografi baharu. Kami gembira untuk mengumumkan perhubungan kami dengan TalentSprint dan melancarkan program pertama kami di dalam DevOps.”

Program Sijil Lanjutan di dalam DevOps akan membantu peserta dengan pengetahuan yang mendalam tentang pelbagai peranti DevOps zaman baharu. Program berimpak tinggi selama 6 bulan itu, yang direka dan diajar oleh pakar fakulti CMU-SCS, yang merupakan pemimpin pemikiran terkenal di peringkat global di dalam DevOps seperti Profesor Len Bass, dan saintis penyelidikan Hasan Yassar dan Joseph Yankel. Apabila selesai dengan jayanya, peserta akan menerima sijil CMU yang diiktiraf di seluruh dunia. Program ini akan disampaikan pada platform digital TalentSprint ipearl.ai. Permohonan bagi program ini kini dibuka. Untuk mengetahui lebih lanjut, pemohon boleh melayari halaman Program itu di cmu.talentsprint.com/devops 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16125

DARWIN ABORIGINAL ART FAIR DITETAPKAN UNTUK MEMPAMERKAN KARYA DARIPADA LEBIH 1,500 ARTIS FIRST NATIONS, YANG DIWAKILI OLEH REKOD 76 PUSAT SENI KOMUNITI DARI SELURUH AUSTRALIA

DARWIN, Australia, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kreatif Orang Asli dan Orang Kepulauan Selat Torres akan diraikan di Darwin, Australia, dari 2-7 Ogos dalam pameran seni, reka bentuk dan budaya yang tidak boleh dilepaskan di siri acara ikonik Yayasan Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF).

Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF) merupakan acara seni visual First Nations yang terbesar dan paling terkenal di Australia, yang akan kembali bagi tahun ke-16 untuk dijalankan dalam talian dan secara peribadi pada 5-7 Ogos ini.

Pameran seni yang diraikan di peringkat antarabangsa berlangsung bersama dua acara Indigenous Fashion ProjectsCountry to Couture pada 2 Ogos dan National Indigenous Fashion Awards pada 3 Ogos, membawa artis dan pereka First Nations yang paling terkenal dan bersemangat ke peringkat nasional dan global.

Sebagai satu-satunya acara rakyat Australia yang seumpamanya, DAAF telah memperoleh reputasi sebagai salah satu acara seni yang paling penting dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, mewujudkan peluang unik untuk berhubung dan secara beretika membeli karya terus dari Pusat Seni, serta bertemu dengan artis dan belajar secara langsung tentang warisan budaya, cerita, sejarah dan amalan seni tradisional mereka melalui pelbagai kelas induk, ceramah dan demonstrasi.

DAAF 2022 berada di landasan untuk menjadi yang paling berjaya dan mencapai sasaran yang paling luas, dengan rekod 76 Pusat Seni yang mengambil bahagian dalam penyampaian hibrid sulung Yayasan bagi acara itu. Pada 2021, Pameran itu mencapai rekod jualan $3.12 juta AUD dengan 100 peratus keuntungan akan kembali kepada Pusat Seni dan komunitinya. Pameran itu sendiri tidak mengambil komisen daripada karya seni yang dijual.

Yayasan DAAF berbangga menjadi sebahagian daripada kolektif organisasi yang memperjuangkan muzik, seni dan idea daripada budaya hidup tertua di dunia. Berlangsung di Top End Australia setiap Julai-Ogos bersama acara Pameran dan fesyen Yayasan DAAF yang terkenal ialah:
  • Pesta Garma | Yothu Yindi Foundation | 29 Julai - 1 Ogos
  • Salon des RefusĂ©s | Salon Art Projects | 3-13 Ogos
  • Telstra National Aboriginal and Torres Strait Islander Art Awards | Museum and Art Gallery of the Northern Territory | 5 Ogos 2022 – Januari 2023
  • National Indigenous Music Awards | Music NT | 6 Ogos
Minggu pertama bulan Ogos diramalkan akan menjadi salah satu pameran terbesar bagi bakat First Nations di dunia. Muzik, seni dan budaya akan bertembung apabila The Collective bersatu untuk memberikan orang ramai pengalaman unik merentasi industri kreatif di Northern Territory.

Untuk maklumat lanjut tentang Darwin Aboriginal Art Fair ke-16 dan untuk akses keutamaan kepada Pameran Seni digital, lawati daaf.com.au/register

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16123

Saturday, July 23, 2022

SPICE VC MENGUMUMKAN PENAMBAHAN RICO PANG KEPADA LEMBAGA PENGARAH MEREKA DALAM SEBUAH PERANAN PENASIHAT

Usahawan Kripto dan Blok Rantai serta Pembina Usaha Niaga Akan Menggunakan Kepakaran Domain Beliau yang Mendalam dan Membantu SPiCE II Membina Penyambungan Global ketika VC Mengenalpasti dan Melabur di dalam Unikorn dan Decacorn Generasi akan datang

MIAMI & SINGAPURA & DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SPiCE VC, firma modal teroka (VC) terkemuka di dalam ekosistem Blok Rantai & Tokenisasi,  hari ini mengumumkan bahawa Rico Pang, usahawan bersiri dan pengasas bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sanctum Global Ventures, telah menyertai pasukan SPiCE VC sebagai seorang penasihat kepada Lembaga Pengarah mereka. Pengetahuan mendalam Encik Pang tentang ekosistem Blok Rantai & Tokenisasi sebagai sebahagian daripada ekonomi digital global yang lebih besar, dan ditambah dengan semangat beliau untuk kedermawanan dan tanggungjawab sosial korporat, menjadikan beliau satu penambahan yang berharga kepada sebuah pasukan yang sudahpun cemerlang yang mempunyai kepelbagaian di dalam geografi dan pemikiran.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Rico sebagai seorang penasihat yang dihargai kepada lembaga kami yang sedang berkembang. Dari detik saat saya diperkenalkan kepada Rico, ia menjadi jelas dengan serta-merta bahawa kami adalah selari dengan penghargaan kami terhadap peranan kritikal yang akan terus dimainkan oleh ekosistem Blok Rantai & Tokenisasi di dalam semua aspek kehidupan kita. Daripada kewangan sehingga kepada pendidikan, Blok Rantai membuat inovasi ke atas segala-galanya dan berada pada satu kadar yang pantas untuk menjadi sebuah pasaran bernilai berbilang trilion dolar,” kata Tal Elyashiv, pengasas bersama & rakan pengurusan bagi SPiCE VC. “Peranan SPiCE VC di dalam mengenal pasti dan melabur dalam syarikat-syarikat berinovatif yang membina ekosistem bagi masa depan digital di dalam sebuah dunia Web 3 tidak boleh dipertikaikan. Rico berada pada kedudukan yang baik untuk membantu kami mencapai matlamat segera dan jangka panjang kami.”

Encik Pang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam pasaran baru muncul merentasi pengurusan rantaian bekalan kepada fintech dan e-dagang. Beliau adalah pengasas dan Pengerusi Sekretariat bagi Forum Deep Tech dan Pusat Blok Rantai Sedunia, sambil meneruskan peranan kritikal beliau sebagai pengasas bersama bagi Sanctum Global Ventures (SGV) bersama dengan Dunstan Teo – seorang perintis Bitcoin yang terkenal. SGV juga merupakan sebuah inkubator dan pemecut yang mengambil bahagian secara aktif di dalam pembangunan ekonomi digital global, Web3 dan metaverse.

Friday, July 22, 2022

TRANSPOD MEMPERKENALKAN BUAT PERTAMA KALINYA FLUXJET, SEBUAH KENDERAAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI DUNIA UNTUK PENGANGKUTAN BERKELAJUAN ULTRA TINGGI PADA LEBIH 1000 KM/SEJAM




Inovasi Kanada yang menjadi perintis itu akan meningkatkan secara drastik kemampuan dan masa perjalanan bagi penumpang, mengurangkan jejak karbon dan memacukan pertumbuhan ekonomi serantau dengan ketara


TORONTO, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TransPod, syarikat permulaan yang sedang membina sistem pengangkutan darat berkelajuan ultra tinggi terkemuka di dunia (Laluan TransPod) untuk membuat perubahan radikal dan mendefinisikan semula pengangkutan penumpang dan kargo, telah melancarkan FluxJet, sebuah inovasi yang mendefinisikan industri yang mengubah cara kita hidup, bekerja, dan berjalan.

Berdasarkan kepada inovasi perintis di dalam perejangan dan sistem tenaga bersih yang bebas daripada bahan api fosil, FluxJet itu ialah sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya yang secara berkesan merupakan sebuah hibrid di antara sebuah pesawat dan sebuah kereta api. Dengan menampilkan lonjakan teknologi di dalam penghantaran kuasa tanpa sentuh dan sebuah bidang fizik baharu yang dipanggil veillance fluxFluxJet itu bergerak di dalam satu laluan pandu terlindung pada kelajuan lebih 1000 km/sejam – lebih pantas daripada sebuah pesawat jet dan tiga kali lebih pantas daripada sebuah kereta api berkelajuan tinggi.

FluxJet itu akan beroperasi secara eksklusif di Laluan TransPod, satu sistem rangkaian dengan stesen di lokasi-lokasi utama dan bandar raya utama, dengan menampilkan frekuensi pelepasan yang tinggi yang direka bagi membolehkan perjalanan yang cepat, berpatutan dan selamat. Terbaharu, TransPod mengesahkan pembiayaan sebanyak AS$550 Juta dan mengumumkan fasa seterusnya bagi sebuah projek infrastruktur bernilai AS$18 Bilion untuk membina Laluan TransPod untuk menghubungkan bandar raya Calgary dan Edmonton di Alberta, Kanada. Kerja awal pembinaan, termasuk penilaian kesan alam sekitar, telah dimulakan. Projek kritikal ini akan mewujudkan sehingga 140,000 peluang pekerjaan dan menambahkan $19.2 Bilion kepada KDNK rantau itu sepanjang pembinaan. Sebaik sahaja Laluan TransPod itu beroperasi, penumpang akan hanya membayar kira-kira 44 peratus lebih murah berbanding dengan tiket kapal terbang untuk mengembara koridor itu dan mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 636,000 tan setahun.

“Segala kerja berat yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu telah membawa kepada detik penting ini di mana perbincangan sudah menjadi satu kenyataan. Teknologi itu terbukti, dan kami mempunyai keyakinan pelabur, kerajaan dan rakan kongsi untuk terus maju ke hadapan bagi mentakrifkan semula pengangkutan dengan berkesan,” kata Sebastien Gendron, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, TransPod.

Pada acara pembukaan TransPod di Toronto, sebuah FluxJet yang skalanya diperkecilkan telah dipaparkan dalam satu demonstrasi secara langsung yang menunjukkan keupayaan penerbangannya. Kenderaan FluxJet seberat hampir 1 tan itu menunjukkan satu prosedur berlepas, perjalanan dan mendarat di dalam laluan pandunya. Rakaman acara dan demo boleh didapati di sini.

“Pencapaian penting ini adalah satu lonjakan besar ke hadapan,” kata Ryan Janzen, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, TransPod. “FluxJet itu berada pada perhubungan penyelidikan saintifik, pembangunan perindustrian, dan infrastruktur besar-besaran untuk menangani keperluan penumpang dan mengurangkan pergantungan kita pada pesawat jet yang banyak menggunakan bahan api fosil dan lebuh raya.”

“TransPod mengubah sepenuhnya secara drastik dengan perjalanan penumpang berkelajuan tinggi, sifar pelepasan dan pengangkutan barang di antara bandar raya gerbang utama,” kata Yung Wu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Daerah MaRS Discovery. “Sudah tiba masanya untuk tindakan berani daripada penggubal dasar, pelabur dan pengendali kami untuk menyokong pengkomersilan bagi inovasi buatan Kanada seperti TransPod, untuk meraih kemenangan di dalam ekonomi inovasi global bernilai bertrilion dolar itu.”

FluxJet itu adalah yang pertama bagi inovasi Kanada dan merupakan projek infrastruktur hebat seterusnya yang dibawa ke pentas dunia,” kata Janzen. “Laluan TransPod itu sedang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi kami di Eropah, Amerika Syarikat, dan seterusnya, termasuk universiti, pusat penyelidikan, industri aeroangkasa, seni bina, kereta api dan rakan kongsi pembinaan.”

Pelancaran FluxJet TransPod berjalan lancar dengan sokongan dan kerjasama daripada Building Trades of AlbertaBuilding Trades Unions KanadaDassault SystèmesDHL ExpressMaRSIkos ConsultingREC Architecturedan SADE Engineering.

Maklumat mengenai TransPod Inc.

Matlamat TransPod adalah untuk membuat perubahan radikal dan mendefinisikan semula pengangkutan komersial di antara bandar raya utama di pasaran maju dan sedang pesat membangun. Syarikat permulaan itu telah diasaskan pada tahun 2015 untuk membina sistem pengangkutan tiub terkemuka di dunia (Laluan TransPod) untuk menghubungkan orang ramai, bandar raya dan perniagaan dengan pengangkutan berkelajuan tinggi yang mampu dan mapan alam sekitar. TransPod Inc. beribu pejabat di Toronto, Kanada dan mempunyai syarikat gabungan di Alberta, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu. Layari www.transpod.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16121

BOOMI MEMPERCEPATKAN PENGEMBANGAN GLOBAL DENGAN PELABURAN LANJUTAN DI JEPUN



TOKYO, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan pengembangan jejak pusat data awan mereka di Jepun untuk mempercepatkan penggunaan platform penyepaduan peneraju kategori mereka sebagai satu penyelesaian perkhidmatan (iPaaS) ketika permintaan di seluruh Asia Pasifik terus berkembang. Menurut satu tinjauan Net oleh Japan Keyman mengenai penggunaan iPaaS1, disebabkan oleh pertumbuhan pesat telekerja, responden mengulas tentang keperluan untuk menggunakan data terkumpul di dalam sistem teras melalui penyepaduan sistem, melahirkan satu keinginan yang semakin meningkat untuk penyepaduan data dan automasi perniagaan bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220720005335/en/

Pengembangan Boomi yang ketara di Jepun menangani satu peningkatan permintaan di dalam penyepaduan dan keperluan automasi perniagaan merentasi rantau itu, dan meningkatkan penyetempatan dan sokongan bagi produk dan perkhidmatan mereka yang telah memenangi anugerah untuk lebih 20,000 pelanggan dan 800 rakan mereka di seluruh dunia. Syarikat itu juga akan mengukuhkan lagi komuniti pengguna Boomiverse yang mempunyai 100,000 orang dengan maklumat dan sumber serantau yang disesuaikan ketika ia berhasrat untuk menjadikan dunia ini sebagai sebuah tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua orang kepada segala-galanya, di mana sahaja.

Pusat data awan Jepun Boomi menyediakan sebuah lokasi khusus untuk memajukan penggunaan Platform Boomi AtomSphereTM dan perkhidmatan Hab Data Induk, satu penyelesaian pengurusan data induk (MDM) natif awan yang turut menyediakan pematuhan yang dipertingkatkan dan kedaulatan data bagi pelanggan sedia ada.

“Peluasan bagi jejak pusat data awan Boomi di Jepun menekankan komitmen kami untuk menyampaikan perkhidmatan penyepaduan berasaskan awan yang tepat pada masanya kepada sebuah pasaran yang semakin berkembang,” kata Kazunori Hori, Ketua bagi Pembangunan Perniagaan, Jepun di Boomi. “Dengan pelaburan ini, Boomi akan terus memacukan hasil perniagaan yang lebih baik bagi pelanggan di seluruh rantau itu.”

Peluasan Portfolio Pelanggan Global dan Ekosistem Rakan Boomi

Jenama-jenama global yang terkenal dan syarikat-syarikat Jepun yang diiktiraf termasuk Dell Technologies, DNP Information Systems, JERA Corporation, dan banyak lagi organisasi lain yang merentasi industri, bergantung kepada platform natif awan Boomi untuk memenuhi keperluan penyepaduan sistem, ketersambungan dan automasi mereka.

Boomi mempunyai satu daripada tatasusunan penyepadu sistem global (GSI) terbesar di dalam ruang iPaaS, termasuk Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; dan bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan awan hiperskala terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, antara lain. Syarikat itu akan mengembangkan hubungan mereka dengan rakan-rakan mereka di Jepun, membangunkan inisiatif bersama untuk terus memenuhi permintaan pelanggan.

Baru-baru ini, Boomi mengumumkan satu perjanjian perkongsian baharu dengan Institut Penyelidikan Nomura (NRI), Ltd., sebuah penyedia perkhidmatan perundingan dan penyelesaian sistem terkemuka global di Jepun. Boomi dan NRI telah melancarkan perkhidmatan untuk pemodenan IT dan kes penggunaan penyepaduan data dalam semua industri, berdasarkan kepada satu pemahaman bersama tentang nilai iPaaS untuk operasi perniagaan di dalam ekonomi digital pada hari ini.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, domain IT korporat semakin pantas meningkatkan penggunaan perkhidmatan awan,” kata Hideki Saito, Pengarah Urusan Kanan, Bahagian Platform DX di NRI. “Platform Boomi akan membantu pelanggan kami memenuhi keperluan pemodenan IT dan penyepaduan data mereka, dan bersama-sama, kami akan menyumbang untuk menyelesaikan sebahagian besar cabaran perniagaan mereka yang paling mendesak.”

Komuniti Pengguna Tempatan yang Khusus

Boomi mempunyai sebuah komuniti pengguna Boomiverse yang terlibat dan berkembang dengan lebih daripada 100,000 ahli di mana pelanggan berhubung dan berkongsi amalan terbaik dengan pengguna Boomi yang lain, bekerjasama dengan pakar-pakar Boomi, mengakses latihan atas permintaan dan mendapatkan kemas kini masa nyata tentang semua perkara berkaitan Boomi. Komuniti dalam talian tersuai untuk pelanggan Boomi di Jepun akan menumpukan pada penyediaan maklumat setempat dan yang boleh diambil tindakan, seterusnya menunjukkan dedikasi Boomi kepada sambungan di rantau itu. Platform kod rendah Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menghubungkan aplikasi data, memperkemas aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Syarikat itu baru-baru ini menerima Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dan telah memperoleh penarafan 5 bintang yang berprestij di dalam Panduan Program Rakan CRN, satu senarai definitif bagi program rakan yang paling ketara daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan yang fleksibel melalui saluran IT.

Boomi juga meraikan pelbagai anugerah sebagai sebuah majikan pilihan, termasuk penyenaraian baru-baru ini sebagai satu daripada Tempat Kerja Terbaik Majalah Inc., dan menerima dua anugerah Comparably untuk Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian dan Syarikat Terbaik untuk Pengembangan Kerjaya. Ketika syarikat itu terus berkembang pesat untuk memenuhi permintaan global, permintaan perusahaan untuk sambungan digital, penyepaduan dan automasi, Boomi merancang untuk mengambil beberapa ratus ahli pasukan baharu Boomi di seluruh dunia, mengembangkan semua fungsi dan rantau bagi perniagaan itu.

Sumber Tambahan
Penafian Gartner:
 
Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021
 
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

Maklumat mengenai Boomi

Boomi serta-merta menghubungkan semua orang dengan segala-galanya, di mana sahaja dengan platform natif awan mereka yang disatukan, terbuka dan pintar. Platform penyepaduan Boomi sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) dipercayai oleh lebih 20,000 pelanggan di seluruh dunia untuk kelajuan, kemudahan penggunaan dan jumlah kos pemilikan mereka yang lebih rendah. Sebagai perintis di dalam memacukan penggunaan data secara bijak, visi Boomi adalah untuk memudahkan pelanggan dan rakan untuk menemui, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan orang ramai untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.boomi.com.
 
© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo 'B', Boomiverse dan AtomSphere adalah tanda dagangan bagi Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutu mereka. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing.

Nota Khas:

Kenyataan di dalam bahan ini yang berkaitan dengan keputusan masa depan, pengambilan pekerja pada masa hadapan dan acara atau pelaburan masa hadapan adalah kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan didasarkan kepada jangkaan semasa Boomi. Dalam sesetengah kes, anda boleh mengenal pasti kenyataan ini dengan perkataan yang berpandangan ke hadapan seperti “menjangka,” “percaya,” “boleh,” “anggaran,” “jangka,” “berhasrat,” “keyakinan,” “boleh,” “rancang,” “berpotensi,” “sepatutnya,” dan “akan,” atau ungkapan yang serupa. Keputusan sebenar, pengambilan pekerja, aliran pelanggan dan peristiwa dalam tempoh akan datang mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini disebabkan oleh beberapa risiko, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk cabaran untuk mencari dan memasukkan kakitangan baharu, trend tempat pasaran, perhatian pengurusan yang berterusan terhadap pasaran, ketidakpastian yang berkaitan dengan perubahan teknologi dan pembangunan serta pengeluaran teknologi baharu. Boomi tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana daripada kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut.

1Keyman’s Net, iPaaS (Platform Penyepaduan sebagai satu Perkhidmatan) Status Penggunaan, 2021 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16115

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...