Thursday, July 21, 2022

BOOMI MERAIH ANUGERAH UNTUK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERBAIK BAGI KEPELBAGAIAN DAN SYARIKAT TERBAIK UNTUK PENGEMBANGAN KERJAYA, MENDUDUKI TEMPAT 50 TERBAIK DI DALAM KATEGORI SYARIKAT TERBESAR

 

Boomi Memenangi Anugerah Comparably untuk Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian dan Syarikat Terbaik bagi Pengembangan Kerjaya di dalam Kategori Syarikat Terbesar (Grafik: Business Wire) 

·David Meredith memenangi anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian untuk tahun kedua berturut-turut; menyertai senarai Ketua Pegawai Eksekutif utama 2022 yang lain dari Microsoft dan Adobe
·Anugerah itu berikutan satu urus niaga $4 bilion untuk menjadi sebuah syarikat kendiri, dan pelantikan kepimpinan baru-baru ini sebagai sebahagian daripada satu tumpuan global untuk mengambil beberapa ratus ahli baharu pasukan Boomi untuk menyokong pertumbuhan pelanggan yang pesat bagi syarikat itu

CHESTERBROOK, Pa., 20 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini meraih dua anugerah daripada Comparably, sebuah platform bereputasi jenama korporat dan budaya tempat kerja terkemuka, di dalam kategori syarikat terbesar mereka bersama dengan penerima anugerah 2022 yang lain seperti Microsoft, Adobe, IBM, Uber dan SADA. Mendapat penghormatan dengan anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian dan Syarikat Terbaik untuk Pengembangan Kerjaya – berdasarkan kepada maklumat balas pekerja tanpa nama daripada lebih 1,700 orang pekerja global – Boomi berada pada kedudukan di antara 50 syarikat utama yang terbesar kerana komitmen mereka terhadap, dan pencapaian di dalam, kepelbagaian dan kemajuan kerjaya.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220719005282/en/ 


“Di Comparably kami memberi ganjaran kepada ketelusan di tempat kerja,” kata Jason Nazar, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di Comparably. “Anugerah ini memperkasakan pekerja untuk berkongsi pandangan peribadi tentang budaya syarikat mereka, memberi ganjaran dan menonjolkan syarikat seperti Boomi, yang melakukan kerja yang hebat dan membimbing pekerja mereka untuk berjaya.”

Comparably memilih pemenang dengan membuat penilaian terhadap lebih 15 juta penarafan pekerja tanpa nama merentasi 70,000 syarikat terbesar. Pekerja Boomi menempatkan peluang pembangunan profesional mereka, seperti kemajuan kerjaya yang bermakna, bimbingan dan maklumat balas yang berharga, di tahap tinggi, yang membawa kepada pengiktirafan Boomi sebagai di antara Syarikat Terbaik untuk Pengembangan Kerjaya. Dalam menganugerahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik untuk Kepelbagaian kepada Boomi, Comparably menilai penarafan Meredith daripada pekerja berwarna Boomi. Anugerah 2022 itu untuk Meredith menandakan tahun kedua berturut-turut mereka menerima gelaran penting ini.

“Sebagai sebuah peneraju kategori, syarikat perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS), Boomi berusaha untuk mencipta dan mengekalkan satu pengalaman pekerja yang bertaraf dunia,” kata Shawn Maurice, Ketua Pegawai Sumber Manusia di Boomi. “Kami berpegang kepada moto kami iaitu ‘mengambil manusia yang baik’ dan nilai teras kami yang unik iaitu Menjangkau, Bermain untuk Satu Sama Lain, Mencipta Benda yang Hebat, Memilikinya, dan Bina Kepercayaan. Kejayaan Boomi pada akhirnya terletak di tangan ahli pasukan kami, dan kami mengutamakan mewujudkan dan memupuk sebuah persekitaran yang menyokong pembangunan dan kesejahteraan mereka, serta menggalakkan mereka untuk bersikap berani dan mencari penyelesaian baharu yang berinovatif kepada cabaran. Anugerah ini mengesahkan budaya syarikat Boomi yang diraikan sambil kami terus membuat pelaburan di dalam kakitangan kami.”

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...