Wednesday, July 20, 2022

OAG MENYAMPAIKAN AKSES KEPADA KESELURUHAN KITARAN HAYAT PENERBANGAN MELALUI PLATFORM DATA SERBA BOLEH

Data Penerbangan dan Perjalanan Holistik Mewujudkan Pandangan bagi Keseluruhan Pengalaman Penumpang, Menyediakan Pandangan yang Tidak Dapat Ditandingi untuk Pelanggan dalam sebuah Zaman Ketaktentuan



LONDON, 20 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, penyedia terkemuka dunia bagi data perjalanan dan pandangan, mengumumkan pengeluaran Data Status Penerbangan ke dalam penyelesaian Flight Info Direct atau Maklumat Terus Penerbangan mereka, menyampaikan akses segera kepada kitaran hayat lengkap bagi sesebuah penerbangan. Dikuasakan oleh platform data yang didayakan oleh Snowflake mereka OAG Metis, Flight Info Direct pada masa ini menyediakan akses segera kepada pangkalan data bernilai tinggi OAG, termasuk Data Jadual Penerbangan Global, Data Pelepasan dan Data Sambungan. Bermula hari ini, pengeluaran Data Status Penerbangan akan memberikan pelanggan dengan satu gambaran yang lancar tentang sesuatu penerbangan – daripada jadual yang dirancang sehingga apabila ia mendarat di destinasinya.

Ketika permintaan bagi pandangan yang bernilai tinggi dan data operasi meningkat, kebolehan untuk melihat data penerbangan sebagai satu dengan mengakses, menyepadu dan menggabungkannya ke dalam sumber lain akan menyampaikan faedah dan kecekapan perniagaan yang berharga kepada pelanggan, seperti menghapuskan silo bagi sistem legasi, menyampaikan data perjalanan hujung ke hujung, dan membaiki isu penyelasaran dan kualiti.

“Penyelesaian kami yang dipercepatkan dan perkongsian dengan platform teknologi terkemuka Snowflake dan Microsoft Azure menjadikan kami sebagai rakan kongsi yang sempurna untuk membantu pelanggan kami mengatasi sebuah landskap teknologi legasi yang kompleks,” kata Phil Callow, Ketua Pegawai Eksekutif di OAG. “Skala bagi peluang-peluang yang didorong oleh data merentasi keseluruhan ekosistem perjalanan – pencarian dan tempahan, hospitaliti, pembayaran dan peruncitan, dan banyak lagi – adalah sangat besar. Platform data kami yang serba boleh dan berasaskan awan menghubungkan dengan lancar ekosistem secara bersama, dan semuanya dalam satu pandangan, untuk membantu pelanggan kami berkembang, menyelaraskan operasi mereka dan bekerja secara fleksibel pada skala.”

Pengeluaran data baru-baru ini ke platform itu merupakan evolusi terkini bagi perjalanan pertumbuhan yang diterajui produk OAG untuk menghubungkan ekosistem dan pasaran dengan data yang memperkasakan pembuatan keputusan dan inovasi yang lebih baik.

Callow menambah, “Kami sedang menggerakkan industri itu ke hadapan dengan menyediakan akses tanpa geseran kepada data perjalanan berkualiti tinggi. Keupayaan untuk melihat maklumat data penerbangan secara holistik dengan teknologi terbaik yang tersedia adalah satu perubahan yang besar daripada jadual lama dan status silo pada masa lalu.”

OAG mempunyai pelanggan merentasi keseluruhan ekosistem perjalanan dan ditanamkan di dalam enjin tempahan, aplikasi perjalanan dan hospitaliti, aplikasi syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian, metasearch, enjin pencarian dan aplikasi penjejakan penerbangan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Data Status Penerbangan, sila layari https://www.oag.com/status-direct

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah platform data terkemuka bagi industri pelancongan global, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929. Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, China dan Lithuania. Layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220719005065/en/

Hubungi

Media:
Glenn Simpson - Harvard bagi pihak OAG
pressoffice@oag.com

Sumber : OAG

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...