Tuesday, July 19, 2022

MOM'S TOUCH BERKEMBANG KE DALAM PASARAN MAKANAN SEGERA GLOBAL DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI KEJAYAAN YANG MENJADIKAN IA MENINGKAT KE PUNCAK DARI SEGI BILANGAN KEDAI DI KOREA, MENGETEPIKAN JENAMA-JENAMA GLOBAL UTAMA

Sebuah jenama burger dan ayam Korea telah menduduki tempat paling atas dalam pasaran domestik di mana gergasi global berada dalam persaingan sengit.

Burger Paha dengan patti paha ayam dan sayur-sayuran yang kaya menawarkan satu rasa yang unik melalui kaedah ‘masak selepas menerima pesanan’.

Ia kini diwujudkan di pasaran Amerika Syarikat dengan menggunakan pengetahuan mereka untuk menguasai pasaran Korea, memindahkan DNA kejayaan mereka ke pasaran global.

SEOUL, Korea Selatan, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hamburger, yang dinikmati oleh masyarakat dunia, berasal dari Amerika Syarikat. Walaupun ia pada mulanya dibangunkan di Jerman, ia telah lama bertapak sebagai makanan etnik yang secara tradisionalnya dimakan oleh masyarakat kulit hitam di Amerika. Sememangnya, kebanyakan daripada jenama hamburger dunia pada masa ini mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat. Dalam keadaan ini, semakin banyak jenama hamburger yang bukan Amerika Syarikat dieksport kembali ke Amerika Syarikat, sekali gus menarik perhatian. Sesuatu yang tipikal di antara jenama ini ialah ‘Mom's Touch’ yang berpangkalan di Korea.

Mom’s Touch, sebuah jenama hamburger dan ayam asli Korea, mengembangkan sepenuhnya perniagaan francais mereka ke pasaran luar negara dengan mengeksport produk mereka kembali ke pasaran Amerika Syarikat.

Di Korea, Mom's Touch telah mencapai pertumbuhan yang pesat berikutan ‘Burger Paha’ mereka, dengan kualiti yang sangat baik dan keberkesanan kos, mendapat populariti di kalangan generasi MZ. Di tengah-tengah persaingan sengit dengan jenama-jenama global, Mom's Touch baru-baru ini telah mencatatkan bilangan kedai terbesar di Korea dengan meningkatkan kuasa jenama mereka melalui pengurusan berkualiti, sekali gus menempatkan diri mereka sebagai sebuah model yang berjaya di dalam perniagaan francais. 

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...