Friday, July 8, 2022

INGRAM MICRO CLOUD KINI MENAWARKAN PLATFORM GOOGLE CLOUD, GOOGLE WORKSPACE DAN PORTFOLIO CHROME ENTERPRISE DI ASIA TENGGARA

Rangkaian rakan Ingram Micro Cloud yang luas memperoleh peluang-peluang baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mengembangkan perniagaan IaaS mereka di Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand



IRVINE, Calif., 8 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ingram Micro Cloud hari ini mengumumkan bahawa ia kini menawarkan Platform Google Cloud (GCP), Google Workspace dan Chrome Enterprise kepada rangkaian penjual semula mereka merentasi Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Ingram Micro Cloud sedang membuat penawaran Google Cloud mereka yang tersendiri - yang sebelum ini dilancarkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Perancis – tersedia secara eksklusif kepada rangkaian mereka di pasaran-pasaran ini buat pertama kalinya.

Langkah itu menyokong penawaran global bagi Tempat Pasaran Awan Ingram Micro, dengan rakan-rakan kini mempunyai keupayaan untuk memanfaatkan Ingram Micro Cloud untuk mengembangkan perniagaan Platform Google Cloud, Google Workspace dan Chrome Enterprise mereka.

Google Cloud dan Ingram Micro Cloud sedang bekerjasama untuk memajukan kemahiran dan penawaran semasa rakan-rakan saluran, dan membangunkan sumber baharu untuk menyokong rakan-rakan dalam menguruskan pelanggan akhir. Ingram Micro Cloud juga meliputi pelbagai inisiatif pendayaan rakan dan sokongan untuk membantu rakan-rakan membina amalan GCP, Google Workspace dan Chrome Enterprise melalui program rakan mereka, yang menyediakan model penglibatan hujung ke hujung untuk Ingram Micro Cloud bagi membolehkan penyepadu sistem (SI) dan vendor perisian bebas (ISV).

Victor Paradell, pengarah eksekutif, jualan saluran awan, pasaran baru muncul di Ingram Micro Cloud, berkata, “Rakan-rakan saluran di rantau itu akan mendapat manfaat daripada kekuatan bagi kerjasama ini untuk menguasai peluang-peluang pertumbuhan yang signifikan merentasi penawaran perkhidmatan awan hujung ke hujung Google.” Paradell seterusnya berkata, “Ingram Micro Cloud sangat teruja untuk bekerjasama dengan Google Cloud, dan seterusnya menyediakan kepada rakan-rakan penjual semula kami di seluruh Asia Tenggara dengan akses eksklusif kepada Platform Google Cloud, Google Workspace dan portfolio Chrome Enterprise kami. Dengan pengumuman ini, kami menunjukkan komitmen kami untuk memastikan bahawa rakan-rakan kami mempunyai akses kepada produktiviti awan, kerjasama dan penyelesaian infrastruktur, perkhidmatan dan faedah pembolehan terbaik yang membolehkan mereka untuk membuka peluang digital di rantau ini, yang merupakan satu daripada yang paling pesat berkembang di dunia.”

Hasil daripada perhubungan yang diperluaskan ini dengan Google Cloud, Ingram Micro Cloud menjangkakan rangkaian rakan mereka yang luas akan mempunyai peluang-peluang baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan pada masa yang sama mengembangkan perniagaan IaaS mereka. Berita itu datang di tengah-tengah ledakan dalam pasaran IaaS global, dengan Gartner melaporkan pertumbuhan 40.7% dalam perkhidmatan awan awam IaaS di seluruh dunia pada tahun 2020 dan penyelidik pasaran meramalkan bahawa industri itu akan mencapai $74.63 bilion menjelang tahun 2025.

“Kami telah mengalami permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada perniagaan ketika mereka menerima awan untuk memacukan kebingkasan, inovasi dan pertumbuhan. Lonjakan ini di dalam penggunaan awan bermakna bahawa keperluan untuk rakan-rakan yang berkemahiran tinggi untuk memajukan matlamat transformasi digital pelanggan kami adalah semakin hebat,” kata Ruma Balasubramanian, pengarah urusan, Asia Tenggara di Google Cloud. “Dengan pengalaman Ingram Micro Cloud yang terbukti di dalam mewujud dan menskalakan amalan Google Cloud yang berjaya, SI dan ISV boleh memperoleh peluang besar untuk menyampaikan pelaksanaan bernilai tinggi dan perkhidmatan profesional, penyelesaian menegak dan kepakaran transformasi digital. Kami sangat bangga bahawa rakan-rakan kami telah menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam hampir setiap aspek perniagaan mereka, dan kerjasama kami dengan Ingram Micro Cloud adalah sebahagian daripada komitmen kami ke arah menyediakan ekosistem rakan rantau ini dengan produk, perkhidmatan, latihan dan sokongan pergi ke pasaran yang diperlukan untuk mempercepatkan momentum bersama kami.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penawaran Google Cloud dari Ingram Micro Cloud, sila layari halaman web IaaS kami.

Maklumat mengenai Ingram Micro Cloud

Ingram Micro Cloud menghimpunkan inovator dan penyelesai masalah untuk membantu dunia melaksanakan lebih banyak lagi. Ia memudahkan dan mengurus rantaian nilai digital awan yang kompleks — kesemuanya dikuasakan oleh teknologi CloudBlue. Dengan capaian global yang tiada tandingan, akses mudah kepada peranti pergi ke pasaran dan penyepaduan automatik, kepakaran teknikal yang mendalam, dan satu pemilihan bagi penyelesaian SaaS dan IaaS yang boleh diskala, Ingram Micro Cloud membantu vendor, penjual semula dan penyedia perkhidmatan terurus dengan menawarkan Lebih banyak sebagai satu Perkhidmatan. Maklumat terperinci boleh diperolehi di www.ingrammicrocloud.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52772469/en

Hubungi

Megan Binkley
Perhubungan Awam Global, Ingram Micro Cloud
Megan.Binkley@ingrammicro.com

Sumber : Ingram Micro Cloud

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...