Suite baharu yang disatukan menghubungkan orang ramai, aliran kerja dan sistem merentasi ekosistem tenaga
HOUSTON, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quorum Software (Quorum), sebuah peneraju perisian global yang berdedikasi kepada industri tenaga, memperkenalkan visi global mereka yang diperluaskan dengan Suite Tenaga Quorum (QES), portfolio penyelesaian syarikat itu yang komprehensif yang akan bertindak sebagai asas bagi inovasi dan pertumbuhan.
Berikutan penggabungan tahun lalu di antara Quorum dan Aucerna, dan pemerolehan bagi perniagaan perisian Minyak dan Gas TietoEVRY, Quorum telah menyatukan 38 aplikasi mereka ke dalam satu portfolio tunggal.
Aplikasi QES itu diedarkan merentasi sembilan bidang fungsian bagi industri itu daripada perancangan huluan, ekonomi dan rizab sehingga kepada pelaksanaan dan operasi telaga, perakaunan, pengurusan tanah, dan pengoptimuman pengeluaran, kepada bahagian tengah dan pengukuran, serta pengangkutan dan logistik kargo. Nama-nama produk dikekalkan dan ditakrifkan dengan bahasa biasa, bagi membolehkan pasaran untuk memahami cara bagaimana QES melayani perniagaan mereka.
“Suite Tenaga Quorum itu mewakili rangkaian aplikasi dan perkhidmatan yang paling luas dan mendalam di dalam pasaran dan membawa keupayaan yang besar kepada pelanggan kami dengan memperluaskan nilai yang mereka ada pada hari ini,” kata Tyson Greer, Ketua Pegawai Produk bagi Quorum Software.
QES akan mengutamakan inovasi dengan mengembangkan kepimpinan boleh diperbaharui syarikat itu, membolehkan operasi import dan eksport LNG, dan menyampaikan aliran kerja bersepadu ke seluruh ekosistem tenaga, memanfaatkan awan dan keupayaan digital yang lain.
“Quorum terus-menerus menyampaikan nilai kepada pelanggan dengan menyediakan data tersedia untuk membuat keputusan, automasi dan penyepaduan yang memberi mereka hasil pada hari ini dan satu laluan kepada sebuah masa depan yang berhubung,” kata Gene Austin, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Quorum Software. “Sementara pelanggan kami bersaing untuk mendapatkan modal, tenaga dan bakat, Quorum berada di sana sebagai sebuah rakan kongsi yang dipercayai dengan menyediakan kepakaran yang mendalam, diperibadikan dan teknologi terkemuka untuk memacukan keuntungan dan pertumbuhan.”
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web baharu Quorum Software di quorumsoftware.com.
Maklumat mengenai Quorum Software
Quorum Software adalah sebuah penyedia terkemuka bagi perisian tenaga di seluruh dunia, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 1,800 pelanggan merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga di 55 buah negara. Penyelesaian Quorum menjanakan pertumbuhan dan keuntungan bagi perniagaan tenaga dengan menghubungkan orang ramai, aliran kerja dan sistem dengan data tersedia untuk membuat keputusan. Dua puluh tahun yang lalu, kami menyampaikan perisian pertama industri itu bagi akauntan loji gas, dan pada hari ini penyelesaian kami menyelaraskan operasi perniagaan dengan standard dan penyepaduan data hadapan industri. Industri tenaga global menaruh kepercayaan terhadap pakar dan aplikasi Quorum untuk mengemudikan dengan jayanya peralihan tenaga dan pada masa yang sama menyampaikan nilai hari ini dan pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari quorumsoftware.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220711005692/en/
Hubungi
Lauren Force
Quorum@pancomm.com
Sumber : Quorum Software
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16086
No comments:
Post a Comment