Thursday, July 14, 2022

TOMMY HILFIGER KEMBALI KE MINGGU FESYEN NEW YORK

Tommy Hilfiger (Foto: Business Wire)

Pelancaran Tommy Hilfiger Musim Luruh 2022 melibatkan penonton dalam penerokaan jenama yang menghubungkan IRL dan ketersambungan metaverse di dalam satu kesinambungan bagi platform “Lihat Sekarang, Beli Sekarang” yang terbesar di dalam industri itu

 Pengalaman jenama masa nyata berlaku merentasi sebuah landskap multimedia bertenaga tinggi yang menggerakkan peserta daripada acara persisiran Brooklyn ke dunia permainan Roblox dan ke dalam konsep komersial phygital baharu di seluruh dunia

AMSTERDAM, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan bahawa mereka kembali ke Minggu Fesyen New York buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun dengan satu acara landasan pengalaman yang akan memperkenalkan koleksi Musim Luruh 2022 terbaharu “Lihat Sekarang, Beli Sekarang” sambil membawa penonton secara fizikal dan digital ke dalam sebuah dunia jenama yang diperbaharui.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220714005034/en/

Berlangsung pada 11 September pada pukul 7 malam EDT, pengalaman interaktif itu mendapat inspirasi daripada pemandangan kreatif New York yang unik: sebuah pusat manusia dan subbudaya, satu pertembungan lo-fi dan teknologi tinggi, dan satu gabungan gaya dan kreativiti. Diselitkan dengan suasana dan semangat kesungguhan Bandar raya New York – tempat kelahiran bagi jenama TOMMY HILFIGER – acara itu akan menghubungkan orang ramai melalui detik-detik kreativiti yang spontan di sebuah set pameran IRL di Skyline Drive-In di Brooklyn dan di dalam satu pengaktifan metaverse yang selari.

“Hati saya dengan segera meluncur ke budaya kreatif New York yang ikonik ketika saya memikirkan di mana untuk melancarkan kehadiran kami kembali ke minggu fesyen,” kata Tommy Hilfiger. “Di sinilah di mana fesyen, seni, muzik dan hiburan semuanya bersatu ketika saya mula-mula berjinak di dalam industri itu. Dan hari ini, pendekatan inilah yang memberi inspirasi kepada saya untuk melibatkan diri dengan komuniti termaju dalam membina pengalaman kreatif baharu. Musim ini adalah mengenai pertembungan inspirasi arkib kegemaran saya dengan konsep acara langsung baharu dan dunia maya. Ia adalah ungkapan yang sempurna tentang apa yang kami perjuangkan semasa kami memberi penghormatan kepada akar umbi kami dengan kembalinya ke NYFW.”

TOMMY HILFIGER KEMBALI KE MINGGU FESYEN NEW YORK

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...