Monday, February 28, 2022

PANFRIENDS KELUARKAN PERMAINAN P2E RANGKAIAN SOSIAL 'I LOVE PANDONIA' KE SELURUH DUNIA

PanFriends melancarkan permainan P2E rangkaian sosial I LOVE Pandonia di Google Store dan iOS di seluruh dunia. Permainan itu ditetapkan di bandar raya Itali Venezia di mana pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti percintaan, perdagangan, pembuatan produk dan pertempuran unik khusus kepada sebuah bandar raya maritim. Semasa bermain permainan itu, pengguna boleh memperoleh mPANDO, syiling MainNet, dengan menyelesaikan pencarian harian, mencapai tahap tertentu dan mendapatkan gelaran bangsawan. (Grafik: Business Wire)


SEOUL, Korea Selatan, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, PanFriends melancarkan permainan P2E rangkaian sosial ‘I LOVE Pandonia’ di Google Store dan iOS di seluruh dunia.

Perdagangan maritim, pertempuran dan rangkaian sosial di bandar raya romantik Venezia!

‘I LOVE Pandonia’ adalah satu Permainan Rangkaian Sosial (SNG) dengan bandar raya Itali Venezia ditetapkan sebagai latar belakangnya di mana pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti percintaan, perdagangan, pembuatan produk dan pertempuran yang unik khusus kepada sebuah bandar raya maritim. Ia juga mempunyai grafik yang comel dan menawan.

Cipta Venezia milik pengguna sendiri dan menjadi bandar raya terbaik di dunia melalui perdagangan dan pengeluaran!

Dalam ‘I LOVE Pandonia’, sesiapa sahaja boleh mencipta Venezia mereka sendiri dan memperdagangkan sumber yang diperoleh secara bebas melalui pengeluaran dan pertukaran produk dengan bandar raya lain. Bandar raya itu berkembang dengan pembangunan pengeluaran dan perdagangan, dan pertempuran yang berlaku semasa perdagangan juga memberikan beberapa jenis daya tarikan khusus kepada permainan itu.

Sebuah kapal yang cekap diperlukan untuk memudahkan perdagangan dan memenangi pertempuran di laut. Pengguna boleh membina sebuah kapal yang cekap atau menjadikan sebuah kapal yang sedia ada lebih kuat. Mempunyai sebuah kapal berprestasi tinggi dan pembuatan pantas bagi pelbagai produk di dalam sebuah bangunan pengeluaran yang besar dan baik memberi impak yang besar kepada pembangunan bandar raya itu.

Saturday, February 26, 2022

SYARIKAT PERMULAAN PEMANTAUAN WEB TERTUTUP DAN JENAYAH SIBER CYBLE MENGUMUMKAN AS $10 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI A

 

Pengasas bersama Cyble, Beenu Arora (kanan) and Manish Chachada (kiri) (Foto: Business Wire) 

ATLANTA & MELBOURNE, Australia, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat perisikan siber yang dikuasakan oleh AI Cyble hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan satu pusingan pembiayaan Siri A berjumlah AS $10 juta yang diketuai oleh Blackbird, dengan penyertaan berterusan daripada Spider Capital, January Capital, Cendana Capital dan VentureSouq. Dana itu akan diperuntukkan untuk mengembangkan pelan hala tuju produk Cyble, membolehkan penembusan yang lebih mendalam ke dalam pasaran sedia ada & baharu, dan memperkukuhkan keupayaan Makmal Penyelidikan Cyble (CRL). 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220215006151/en/ 
 
Diasaskan oleh Beenu Arora dan Manish Chachada pada 2019, Cyble terus menerus memantau data web tertutup dan web terbuka dalam masa nyata merentasi sumber terbuka dan tertutup untuk memeta, memantau dan mengurangkan jejak risiko digital syarikat-syarikat. Hari ini, Cyble hadir di enam buah negara dan telah meningkat tiga kali ganda dalam perniagaan tahun demi tahun.

Berita mengenai pembiayaan Siri A itu menandakan hampir satu tahun sejak pusingan pendanaan modal benih permulaan Cyble. Pada April 2021, Cyble mengumumkan ia telah mengumpul $4 juta yang diketuai oleh Blackbird dan Spider Capital, dengan penyertaan daripada Picus Capital dan Cathexis Ventures. Sejak itu, syarikat tersebut telah membina satu asas yang kukuh melalui pertumbuhan yang mapan, mengembangkan penawaran pelanggan mereka dengan pemantauan web tertutup, jenama dan serangan terbuka, mengembangkan pangkalan pelanggan mereka merentasi 6 buah negara dan meningkatkan bilangan pekerja mereka daripada 25 kepada 80 orang.

“Cyble bermula dengan satu matlamat yang bercita-cita tinggi untuk mendemokrasikan kebolehlihatan ke dalam web tertutup dan memperkasakan organisasi untuk mengukuhkan infrastruktur keselamatan mereka dan seterusnya memastikan daya ketahanan terhadap serangan siber yang berniat jahat,” kata Manish Chachada, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi bagi Cyble. “Kami sangat teruja untuk menerima sokongan daripada pelabur kami untuk terus melaksanakan visi Cyble, dan berbesar hati bahawa Cyble diiktiraf sebagai satu suara utama di dalam keselamatan siber dan sebuah rakan yang dipercayai yang membolehkan perniagaan untuk memajukan Strategi Perlindungan Risiko Digital mereka.”

Minsoo Chi dari Spider Capital menyatakan: “Kami kagum dengan Beenu dan Manish dan dengan seluruh pasukan Cyble di atas pelaksanaan mereka ke arah menyediakan organisasi dengan kebolehlihatan masa nyata ke dalam web tertutup. Kami sangat teruja untuk terus menyokong mereka di dalam visi mereka untuk mendemokrasikan perlindungan risiko digital.”

Tom Humphrey dari Blackbird menyatakan: “Dalam masa kurang daripada 12 bulan, pertumbuhan yang telah dicapai oleh Cyble adalah sesuatu yang menakjubkan. Beenu, Manish dan pasukan mereka telah mencapai kemajuan yang ketara dalam pelan hala tuju produk dan pengembangan global, dan jelas sekali mereka baharu sahaja bermula. Cyble sedang menyelesaikan satu masalah besar dan menyakitkan untuk perniagaan di seluruh dunia dan kami berbangga untuk terus menyokong cita-cita mereka.” 

Friday, February 25, 2022

LIGHTCON MENGUMUMKAN PELANCARAN RASMI 'RISE OF STARS' (ROS)




SEONGNAM, Korea Selatan, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Rise of Stars (ROS), sebuah permainan mudah alih baharu yang dibangunkan oleh LightCON, yang merupakan anak syarikat WEMADE MAX (Ketua Pegawai Eksekutif Bersama: Hyunguk Chang, Gilhyung Lee) (KOSDAQ: 101730), telah dilancarkan secara rasmi pada 25 haribulan.

Dilancarkan di lebih 170 buah negara di seluruh dunia kecuali Korea, China, dsb., permainan itu menyokong lapan bahasa termasuk bahasa Inggeris, Cina Tradisional dan Portugis. Ia boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple App Store.

Permainan blok rantai 4x tulen ini bukan sahaja menampilkan perang besar-besaran masa nyata tetapi juga kapal perang dan planet yang direka dengan teliti yang ditempatkan di alam semesta yang luas.

Permainan itu juga menampilkan ‘Silthereum,’ satu token permainan baharu yang boleh digunakan di dalam permainan itu. Silthereum dibayar sebagai ganjaran untuk pertempuran berskala besar, seperti pertempuran menakluki planet dan pertempuran kongres, dan pengguna boleh mendapatkan token ini melalui perlombongan atau rampasan dengan menggunakan Pengangkut Kapal Perang. Disebabkan ini, satu perjuangan sengit ke atas Silthereum dijangka berlaku di kalangan pengguna.

ROS juga menyediakan sistem Pengangkut Kapal Perang NFT termaju. Pengangkut Kapal Perang, yang merupakan teras bagi ekosistem token, membawa sejumlah besar kapal perang. Item permainan ini memberikan pelbagai manfaat buff atau menjadikan sesuatu elemen lebih berkuasa kepada kapal perang.

Khususnya, melalui dua prajualan Pengangkut Kapal Perang NFT yang diadakan dari 27 Januari, 1504 Pengangkut Kapal Perang telah habis dijual dalam hanya satu minit selepas dibuka.

NFT prajualan itu pada masa ini didagangkan di kalangan pengguna pada harga 15 kali lebih tinggi daripada harga jualan awal, menunjukkan tahap jangkaan pengguna yang tinggi bagi ekosistem token ROS. Dalam jangka panjang, pelbagai kandungan baharu, seperti perkhidmatan pemancangan, akan dibangunkan dan disediakan untuk pengembangan dan penubuhan ekosistem token itu.

Untuk menandakan pelancaran rasmi ROS, beberapa acara telah bermula hari ini termasuk satu acara untuk menjemput rakan-rakan dan satu acara untuk mencapai satu tahap permainan tertentu. Melalui acara itu, sejumlah enam juta token Silthereum akan disampaikan bersama Pengangkut Kapal Perang percuma untuk satu tempoh terhad.

Rujukan

Wemade menawarkan sebuah platform blok rantai global, WEMIX, di mana permainan bagi semua genre boleh diubah menjadi permainan blok rantai. Banyak permainan pada masa ini sedang diservis di WEMIX, dan ia berhasrat untuk servis 100 permainan di mana mata wang utama adalah Token WEMIX sebelum akhir tahun 2022.
 
Pautan video: https://youtu.be/83Y0HxXDl-U 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15604

Thursday, February 24, 2022

FRESHWORKS MENGUASAKAN PERUNCIT FESYEN TERKEMUKA ASIA TENGGARA, ZALORA, UNTUK MENCIPTA PENGALAMAN PELANGGAN YANG MENYERONOKKAN

 Zalora menggunakan penyelesaian Omnichannel Freshworks untuk memberi respons yang lebih cepat dan melebihi jangkaan pelanggan mereka



SAN MATEO, California dan SINGAPURA, 24 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Freshworks Inc. (NASDAQ: FRSH), syarikat perisian terkemuka yang memperkasakan perniagaan untuk menggembirakan para pelanggan dan pekerja mereka, telah membantu peruncit fesyen dan gaya hidup terkemuka Asia Tenggara, Zalora, untuk mempercepatkan masa respons agen mereka serta meningkatkan pemeribadian kepada 50 juta pembeli-belah atas talian bulanan mereka.

“Pelanggan pada hari ini sentiasa dalam talian, pada berbilang peranti. Mereka menjangkakan layanan serta-merta, yang bermaksud jenama kami mestilah tersedia 24/7 pada semua saluran,” ujar Kannan Rajaratnam, Pengarah Bayaran di Zalora.

Pemeribadian ialah kunci kepada pengalaman pelanggan yang hebat. Malah, Accenture mendapati bahawa 48 peratus pelanggan yang meninggalkan jenama melakukan begitu kerana pengalaman mereka tidak menepati cita rasa mereka.

Berikutan lonjakan pembeli-belah atas talian sejak bermulanya pandemik, Zalora meningkatkan lingkungan produknya daripada pakaian hingga barangan asas dan elektronik yang diperlukan untuk bekerja dari rumah, tetapi memerlukan pengalaman serta sokongan beli-belah digital untuk memenuhi permintaan.

Menggunakan Omnichannel® Freshdesk, Zalora berupaya untuk memperkemas aktiviti sokongan pelanggan daripada permesejan segera kepada media sosial ke dalam satu platform. Sebelum Freshworks, Zalora menggunakan berbilang sistem dan aplikasi yang menyebabkan silo data dan ejen sokongan yang perlahan. Dengan paparan interaksi pelanggan dan sejarah transaksi yang disepadukan merentas saluran digital, ejen boleh melibatkan diri dalam perbualan yang lebih peribadi dan meningkatkan pengekalan pelanggan.

“Menggunakan Freshdesk, kami telah melihat pengurangan ketara dalam troli beli-belah yang ditinggalkan, serta kami menemui 75 peratus daripada pelanggan kami menjadi pelanggan berulang,” ujar Rajaratnam. “Mengutamakan sokongan perbualan pada permesejan segera dan media sosial membantu meningkatkan kesetiaan dengan pelanggan ‘asal digital’ kami.”

Freshdesk juga meningkatkan keupayaan Zalora untuk mengurus tindak balas pelanggan ketika acara trafik tinggi seperti Black Friday, Cyber Monday dan 11-11. Berbanding mengupah beberapa ratus ejen separuh masa untuk sebulan, setiap ejen Zalora kini boleh mengurus sehingga enam pelanggan secara serentak, mencipta pengalaman yang menyeronokkan untuk semua. Skor kepuasan pelanggan meningkat 5 peratus setiap suku tahun sejak penggunaan Freshdesk.

Organisasi jualan Zalora juga mula menggunakan Freshdesk yang membantu pasukan meja tawaran untuk meningkatkan kepantasan dengan sistem tiket bersepadu.

“Perdagangan atas talian memerlukan sokongan atas talian,” ujar Pradeep Rathinam, Ketua Pegawai Pelanggan, Freshworks. “Apabila berkenaan memberikan pengalaman pelanggan yang hebat, Zalora melakukannya dengan betul. Kami teruja untuk melihat syarikat peruncitan pengguna seperti Zalora membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan.”

Perihal Freshworks

Freshworks menjadikan cepat dan mudah untuk perniagaan menggembirakan pelanggan dan pekerja mereka. Kami melakukan ini dengan mengambil pendekatan berbeza kepada membina dan memberikan perisian yang mampu milik, mudah digunakan dan direka bentuk untuk pengguna akhir. Berpangkalan di San Mateo, California, Freshworks mempunyai pasukan khusus yang beroperasi dari 13 pejabat global untuk berkhidmat kepada lebih 50,000 pelanggan termasuk Bridgestone, Chargebee, DeliveryHero, ITV, Klarna, Multichoice, OfficeMax, TaylorMade dan Vice Media. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.freshworks.com.

© 2022 Freshworks Inc. Hak cipta terpelihara. Freshworks, Freshdesk, Freshservice dan logo yang berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Freshworks Inc. Semua syarikat lain, jenama dan nama produk mungkin adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi syarikat masing-masing.

Perihal Kumpulan ZALORA

ZALORA merupakan destinasi fesyen dan gaya hidup atas talian Asia. Diasaskan pada tahun 2012, syarikat tersebut dikenali di Singapura, Indonesia, Malaysia & Brunei, Filipina, Hong Kong dan Taiwan. ZALORA adalah sebahagian daripada Global Fashion Group, destinasi fesyen dan gaya hidup atas talian terkemuka dalam pasaran meningkat. ZALORA menawarkan pelbagai koleksi jenama dan produk antarabangsa dan tempatan terkemuka merentasi kategori pakaian, kasut, aksesori dan kecantikan untuk lelaki dan wanita. Menawarkan pemulangan percuma selama 30 hari, penghantaran yang cepat; sehingga 3 jam dalam sesetengah pasaran, penghantaran percuma apabila melebihi jumlah tertentu dan berbilang kaedah bayaran termasuk tunai semasa penghantaran, ZALORA adalah destinasi beli-belah atas talian dengan kemungkinan fesyen tanpa had.

Perihal Global Fashion Group
Global Fashion Group merupakan destinasi fesyen dan gaya hidup terkemuka dalam pasaran meningkat merentasi LATAM, CIS, SEA dan ANZ. Daripada pekerja kami, kepada para pelanggan dan rakan kongsi, kami wujud untuk memperkasakan semua individu untuk menyerlahkan diri mereka menerusi fesyen. Empat platform e-dagang kami: dafiti, lamoda, ZALORA dan THE ICONIC menghubungkan pelbagai jenama antarabangsa, tempatan dan sendiri kepada lebih daripada satu bilion pengguna daripada pelbagai budaya dan gaya hidup. Platform GFG memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan mencetus ilham daripada penemuan kepada penghantaran, dikuasakan oleh seni & sains yang digabungkan dengan pengetahuan setempat yang tiada tandingan. Visi kami ialah untuk menjadi destinasi atas talian #1 untuk fesyen dan gaya hidup dalam pasaran meningkat dan kami komited untuk melakukan ini secara bertanggungjawab dengan mengutamakan manusia dan planet dalam setiap perkara yang kami lakukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: www.global-fashion-group.com

Hubungan Media: pr@freshworks.com 

SUMBER : Freshworks Inc

TOSHIBA MELANCARKAN DIOD TVS KAPASITANS ULTRA RENDAH YANG MELINDUNGI ANTENA FREKUENSI TINGGI BAGI PERANTI IOT DARIPADA ESD

 



Table

Toshiba: diod TVS kapasitans ultra rendah “DF2B6M4BSL” yang melindungi antena frekuensi tinggi bagi peranti IoT daripada ESD. (Grafik: Business Wire)
 

 
KAWASAKI, Jepun, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan “DF2B6M4BSL,” sebuah diod TVS kapasitans ultra rendah untuk antena frekuensi tinggi. Diod itu melindungi semikonduktor dan komponen elektronik yang lain daripada elektrik statik dan bunyi bising ketika menyaring kemerosotan isyarat. Penghantaran bagi produk baharu itu bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220223005100/en/

Komponen elektronik di dalam antena frekuensi tinggi yang digunakan di dalam komunikasi radio, seperti Wi-Fi®, perlu dilindungi dengan menyaring herotan harmonik yang tinggi. DF2B6M4BSL menyampaikan sejumlah kapasitans 0.15pF (maksimum), yang paling rendah yang ditawarkan oleh Toshiba, kira-kira 25% lebih rendah daripada produk mereka yang sedia ada, DF2B6M4ASL. Diod TVS baharu itu menggunakan kapasitans ultra rendah ini untuk menyaring herotan harmonik tinggi yang menjejaskan prestasi penerimaan antena, dan juga mengurangkan elektrik statik dan bunyi yang menjejaskan komponen itu.

Peredam ESD kadangkala digunakan di dalam antena frekuensi tinggi, dan ia boleh digantikan dengan DF2B6M4BSL; Diod TVS mempunyai prestasi perlindungan yang lebih tinggi daripada peredam ESD, dan boleh mengurangkan voltan elektrik statik.

Selain meningkatkan kebolehpercayaan bagi antena frekuensi tinggi, DF2B6M4BSL juga sesuai untuk perlindungan ESD dalam talian isyarat.

Penggunaan
・Perlindungan ESD di dalam antena frekuensi tinggi dan talian isyarat berkelajuan tinggi dalam peralatan elektronik, seperti IoT dan peranti mudah alih

Ciri-ciri
・Jumlah kapasitans rendah: Ct=0.12pF (jenis) / 0.15pF (maksimum) @VR=0V, f=1MHz
・Ciri-ciri herotan harmonik yang rendah
f=2.4GHz, keadaan input 20dBm
Harmonik kedua: -65.5dBm (Rujukan)
Harmonik ketiga: -54.4dBm (Rujukan)
f=5.0GHz, keadaan input 20dBm
Harmonik kedua: -64.7dBm (Rujukan)
Harmonik ketiga: -55.5dBm (Rujukan)
・Voltan Vpeak Rendah: VCL-max-peak=215V (Rujukan) @IEC61000-4-2 (Sentuhan), +8kV input
 

Table 

 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu itu.
DF2B6M4BSL
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan Diod TVS (Diod Perlindungan ESD) Toshiba.
Diod TVS (Diod Perlindungan ESD)
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
DF2B6M4BSL
 
* Wi-Fi adalah satu tanda perniagaan berdaftar bagi Wi-Fi Alliance.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Pertanyaan Pelanggan
Bahagian Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-44-548-2215
Hubungi Kami
 
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220223005100/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Tuesday, February 22, 2022

UNIPLAT OLEH UNIFY PLATFORM AG DAN GROUP OF NATIONS MENGUMUMKAN PAKATAN PERNIAGAAN MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PENDEDAHAN UNTUK PENYELIDIK DAN USAHAWAN DI SELURUH DUNIA

YOKOHAMA, Jepun, 22 Feb., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ --

- Memperkenalkan Halaman Eksklusif UNIPLAT pada Platform Penerbitan Group of Nations -

UNIPLAT, platform dalam talian (*) yang pertama di dunia untuk penyelidik dan usahawan yang telah dibuka sejak September 2021, dan Group of Nations, penerbit berdaftar paling lama bagi sidang kemuncak global (sidang kemuncak G7, G20, B20, W20, G20 YEA, dan APEC), mengumumkan satu pakatan perniagaan pada 22 Februari dengan melancarkan halaman eksklusif UNIPLAT di dalam platform penerbitan Group of Nations. Halaman eksklusif UNIPLAT itu dipaparkan untuk memperkenalkan penyelidik dan usahawan dari seluruh dunia bukan sahaja kepada universiti atau syarikat tetapi juga kepada kerajaan dan institusi kerajaan bagi negara-negara anggota sidang kemuncak global itu.
(*) Berdasarkan pada hasil carian Google.

UNIPLAT OLEH UNIFY PLATFORM AG DAN GROUP OF NATIONS MENGUMUMKAN PAKATAN PERNIAGAAN MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PENDEDAHAN UNTUK PENYELIDIK DAN USAHAWAN DI SELURUH DUNIA

TACONIC BIOSCIENCES® MELANCARKAN CAGE+™, MENDEFINISIKAN SEMULA PENYELESAIAN PENGURUSAN KOLONI UNTUK MAKMAL MODEN

 Pendekatan Pengawasan Menjaga Semua Elemen Perkhidmatan Pembiakan Kontrak



RENSSELAER, N.Y., 22 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, melancarkan Cage+, pendekatan holistik dan inovatif terhadap perkhidmatan pembiakan kontrak murin Cage+ menyediakan pengawasan projek yang lengkap dari awal hingga akhir, membolehkan penyelidik menumpukan pada penyelidikan dengan yakin bahawa bekalan model haiwan boleh dipercayai, dengan kualiti yang tertinggi dan mengikut peruntukan. 

Penyelidikan bioperubatan dan farmaseutikal telah banyak berubah sejak dua dekad yang lalu. Kajian yang lebih maju dan pantas, memampatkan masa untuk menghasilkan data percubaan yang diperlukan demi menyokong keputusan termaklum. Model haiwan baharu yang dihasilkan untuk menyokong kajian lanjutan ini telah menjadi lebih kompleks dan tepat. Namun, sementara industri perkhidmatan penyelidikan kontrak telah mengikut kemajuan penyelidikan bioperubatan, sebahagian besar industri pembiakan kontrak kekal tidak berubah sejak awal 1990-an. Kebanyakan pembekal terus meletakkan beban perancangan dan pengurusan projek kepada penyelidik, sama ada tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk membimbing pembekal perkhidmatan tentang cara terbaik untuk mereka bentuk dan mengurus pengeluaran berskala model haiwan yang kompleks.

Penyelesaian Pengurusan Koloni Taconic Cage+ menutup jurang antara permintaan program penyelidikan bioperubatan dan pendekatan lama yang ditawarkan oleh banyak perkhidmatan pembiakan kontrak. Cage+ menggunakan pendekatan holistik, menggabungkan elemen pembiakan haiwan dan penternakan standard dengan kepakaran reka bentuk pembiakan yang komprehensif, metodologi khusus projek untuk mengurangkan kebimbangan kebajikan haiwan, pemantauan peruntukan dan pengurusan dan komunikasi projek yang proaktif. Selain itu, program yang merangkumi semua ini dengan pantas mengembangkan pengeluaran pembiakan melalui kaedah embriologi yang diketuai oleh pakar, menyampaikan standard kesihatan haiwan yang diselaraskan di peringkat antarabangsa, dan termasuk alat pengurusan projek berasaskan web eTACONIC®, yang menyediakan akses pengguna kepada maklumat koloni 24/7.

Cage+ membolehkan penyelidik memanfaatkan sepenuhnya kepakaran terbukti dalam reka bentuk dan pembiakan model kompleks untuk memajukan program penyelidikan. Apabila digabungkan dengan Penyelesaian Generasi Model Tersuai Taconic, Penyelesaian Pengurusan Koloni Taconic Cage+ membawa perkhidmatan "reka bentuk kepada pengurusan" yang komprehensif dan lancar, membolehkan pelanggan memanfaatkan model kejuruteraan genetik yang paling kompleks daripada reka bentuk awal hingga pengeluaran berskala kohort kajian.

"Penyelidik harus menuntut lebih baik daripada penyedia perkhidmatan pembiakan kontrak, dan pandangan ini merupakan faktor pendorong di sebalik pendekatan pengurusan Cage+ kami yang berasaskan penyelesaian pengurusan koloni," kata Dr. John Couse, naib presiden, perkhidmatan saintifik. “Dengan Cage+, penyelidik akan melihat Taconic sebagai lanjutan pasukan mereka, memanfaatkan kerjasama saintis dan pakar. Pendekatan kami membolehkan penyiasat memfokuskan masa, tenaga dan sumber mereka pada penyelidikan sambil mempercayai pembangunan dan pengeluaran haiwan model tersuai mereka kepada Taconic.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Cage+ dapat meningkatkan pengalaman dan hasil pengurusan koloni anda, sila hubungi 1-888-TACONIC (1-888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah atau e-mel info@taconic.com

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan kejuruteraan genetik tikus. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan dapat memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Sebagai pakar dalam model kejuruteraan genetik tikus dan tikus besar, mikrobiom, model tikus imuno-onkologi dan reka bentuk model bersepadu serta perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan makmal dan kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan hampir di mana-mana di dunia. 

Maklumat Hubungan Media: 
Aidan Bouchelle
Pengarah Bersekutu, Operasi Pemasaran
1-518-949-7598
Aidan.Bouchelle@taconic.com

SUMBER : Taconic Biosciences

Monday, February 21, 2022

INNIO MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN KUMPULAN SYARIKAT CONCORD UNTUK MEMBANGUNKAN EMPAT LOJI KUASA BIOGAS, MENYOKONG USAHA PENYAHKARBONAN MALAYSIA

 





Ketua Pegawai Eksekutif Concord Renewable Energy Sdn Bhd, Datuk Khairuddin bin Tan Sri Mohd Hussin, dan Carsten Dommermuth, Naib Presiden dan Pengurus Besar APAC di INNIO Jenbacher (Foto: Business Wire)

 

• Perjanjian akan merangkumi pembangunan empat loji kuasa yang beroperasi dengan dua enjin biogas INNIO Jenbacher berkecekapan tinggi setiap satu
• Lapan enjin Jenbacher akan beroperasi menggunakan biogas, menyediakan sejumlah kapasiti penjanaan lebih daripada 8 megawatt (MW)
• Lapan enjin INNIO Jenbacher akan menggunakan 100% sisa minyak sawit sambil memerangkapkan metana


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- INNIO hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan Concord Renewable Energy SDN BHD (Kumpulan Concord) untuk bekerjasama di dalam membina empat loji kuasa di seluruh Malaysia yang dijanakan oleh sisa minyak sawit. Penandatanganan MOU itu berlangsung di Ekspo Dubai 2020, dalam satu majlis meriah yang dianjur dan diadakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA) bagi minggu Tenaga Lestari dan Sumber Asli di Pavilion Malaysia, yang berlangsung pada 30 Januari – 5 Februari, 2022. Projek itu menekankan usaha Malaysia untuk mencapai komitmen COP26 mereka dalam beralih daripada bahan api fosil dan meningkatkan projek tenaga boleh diperbaharui. Loji kuasa itu, yang dibina di pelbagai bahagian di Malaysia, akan menyampaikan kuasa mapan ke grid sambil memerangkapkan metana. Setiap loji dijangka mengendalikan dua enjin biogas INNIO Jenbacher berkecekapan tinggi, secara kolektif menyalurkan lebih daripada 8 MW kuasa ke grid.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220221005322/en/

Enjin Jenbacher Jenis 4 itu, yang mana INNIO akan juga membekalkan penyelenggaraan jangka panjang, terkenal kerana kebolehharapan, kecekapan dan fleksibiliti bahan api & penyelesaian mereka. Ini menjadikan mereka satu teknologi yang sangat baik untuk memajukan rancangan Malaysia bagi mengurangkan pergantungan mereka kepada bahan api fosil. Sebagai sebahagian daripada komitmen COP26 mereka, Malaysia baru-baru ini menaikkan sasaran Kapasiti Penjanaan Tenaga Boleh Diperbaharui Nasional daripada peningkatan 20% kepada satu peningkatan 31% bagi tenaga boleh diperbaharui di dalam campuran tenaga negara menjelang 2025.

“INNIO mempunyai lebih daripada 500 enjin Jenbacher yang kini beroperasi dengan biogas dan menggunakan kira-kira 1 GW di rantau ASEAN,” kata Carsten Dommermuth, Naib Presiden dan Pengurus Besar APAC di INNIO Jenbacher. “Armada enjin biogas Jenbacher Jenis 4 kami membekalkan haba dan kuasa yang boleh dipercayai serta jimat bahan api, di mana lebihan tenaga tambahan disalurkan ke dalam grid kuasa sebagai satu sumber kuasa yang boleh diperbaharui dan boleh dihantar. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kumpulan Concord untuk menyediakan teknologi yang membantu Malaysia mencapai matlamat iklim mereka.”

Sambil membekalkan tenaga bersih ke seluruh Malaysia, Kumpulan Concord dan INNIO akan terus memajukan objektif mitigasi perubahan iklim negara melalui penyumberan bahan api. Gas metana yang dikeluarkan oleh kilang kelapa sawit yang sedia ada akan digunakan semula untuk menghasilkan kuasa.

“Setelah berjaya bekerja dengan INNIO pada masa lalu, kami tidak boleh memikirkan teknologi yang lebih baik untuk menyokong matlamat tenaga bersih kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Concord Renewable Energy Sdn Bhd, Datuk Khairuddin bin Tan Sri Mohd Hussin. “Kami berharap untuk terus bekerja dengan teknologi termaju Jenbacher INNIO untuk membantu kami memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan pada masa yang sama mengurangkan pelepasan.”

Maklumat mengenai INNIO

INNIO adalah sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian dan perkhidmatan gas boleh diperbaharui dan yang kaya hidrogen untuk penjanaan kuasa dan pemampatan pada atau berhampiran dengan titik penggunaan. Dengan produk Jenbacher dan Waukesha kami, INNIO membantu untuk menyediakan kepada komuniti, industri dan orang awam dengan akses kepada kuasa yang mapan, boleh dipercayai dan menjimatkan di antara 200 kW hingga 10 MW. Kami juga menyediakan sokongan kitaran hayat dan penyelesaian digital kepada lebih 54,000 enjin yang dihantar di seluruh dunia, melalui rangkaian perkhidmatan kami di lebih 100 buah negara. Kami menyampaikan teknologi berinovatif yang dipacu oleh kemapanan, desentralisasi dan pendigitalan untuk membantu memimpin ke arah masa depan yang lebih hijau. Beribu pejabat di Jenbach, Austria, perniagaan itu juga mempunyai operasi utama di Welland, Ontario, Kanada dan Waukesha, Wisconsin, Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web syarikat itu di www.innio.com. Ikuti INNIO di Twitter dan LinkedIn.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220221005322/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Susanne Reichelt
INNIO
+43 664 80833 2382
susanne.reichelt@innio.com

Sumber : INNIO

LAPORAN BITMEX YANG BAHARU MERAMALKAN LIMA CARA DUNIA KRIPTO AKAN BERUBAH PADA 2022

 


MAHE, Seychelles, 18 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform pelaburan kripto terkemuka BitMEX telah menerbitkan satu laporan baharu yang meramalkan anjakan yang ketara di dalam landskap kripto pada 2022, termasuk satu pengecilan jurang jantina di kalangan pengguna kripto dan satu lonjakan di dalam jumlah pemerolehan bagi firma kewangan tradisional oleh pemain kripto.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220216006330/en/

Laporan itu, yang bertajuk Lima Cara Dunia Kripto Akan Berubah pada 2022, telah dibangunkan dengan input daripada beberapa eksekutif dan pekerja BitMEX.

Ia bertujuan untuk meninjau perkara yang mungkin ada untuk industri itu pada tahun 2022 dan seterusnya, sambil mengakui bahawa akan ada perkembangan yang tidak dijangkakan yang pasti mengejutkan walaupun pemerhati paling bijak dalam ruang yang bergerak pantas ini.

INTEGROMAT BERKEMBANG KEPADA MAKE, MEMPERLUASKAN VISI MEREKA UNTUK MEMPERKASAKAN PENCIPTA BAGI BERINOVASI TANPA HAD




Make membolehkan sesiapa sahaja mereka bentuk, membina dan mengautomasikan apa sahaja secara visual—daripada tugasan dan aliran kerja kepada aplikasi dan sistem—pada kelajuan idea mereka.


PRAGUE, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, platform penyepaduan tanpa kod Integromat, telah melancarkan “Make”. Make mewakili nama bagi jenama, perniagaan dan produk baharu—satu platform intuitif secara visual yang membolehkan anda mereka bentuk, membina dan mengautomasikan apa sahaja daripada aliran kerja ringkas kepada proses yang rumit, tanpa pengekodan. Nama jenama dan identiti baharu itu telah berkembang bersama produk baharu untuk menghasilkan visi yang lebih luas bagi sebuah dunia di mana semua orang mempunyai kuasa untuk berinovasi tanpa had.

“Make merakamkan evolusi bagi platform kami, semangat pelanggan kami, dan mencerminkan satu daripada trend transformasi bagi era kami: daripada pekerjaan tegar, atas ke bawah, berulang kepada kerja yang fleksibel, memperkasakan dan bermakna. Pengguna kami bukan sahaja menyambungkan aplikasi atau mengautomasikan aliran kerja; mereka secara kreatif bertindak balas terhadap cabaran tempat kerja dengan membina penyelesaian,” kata OndÅ™ej Gazda, Ketua Pegawai Eksekutif Make. “Ringkasnya, kami sedar bahawa pengguna kami bukan hanya pengguna, mereka adalah Pembuat.”

Make sedang membuka sebuah masa depan baharu tanpa kod dan mentakrifkan semula apa yang dimaksudkan sebagai sebuah platform visual. Peranti tanpa kod selalunya diwakili oleh ciri-ciri seret dan lepas bagi visual biasa; untuk Make, visual bermaksud sesuatu yang berbeza. Make membolehkan pasukan memvisualisasikan, mengubah suai dan bekerjasama pada proses yang berskala secepat organisasi mereka. Make menawarkan satu pengalaman yang intuitif dan suka bermain, yang membezakannya daripada peranti automasi yang lain.

“Peranti tanpa kod adalah seperti namanya; ia membolehkan pengguna untuk membina dan mengautomasikan tanpa menulis sebarang kod. Make menawarkan lebih banyak lagi: satu bahasa visual yang mendemokrasikan pembangunan, menjadikan proses ketara dan memupuk kerjasama pasukan, tanpa mengira kemahiran teknikal,” kata Patrik Simek, Ketua Pegawai Teknologi bagi Make. “Ia juga menyeronokkan dan menarik untuk dibuat di Make. Sebaik sahaja anda menyedari ia boleh dilakukan—ia berasa seperti tidak ada lagi had. Memperkasakan manusia untuk berinovasi bukan sahaja mengubah masa depan mengenai cara kita bekerja—ia juga mengubah dunia."

Perniagaan kecil, syarikat permulaan, peningkatan skala, pasukan dan perusahaan di seluruh dunia kini boleh mencipta penyelesaian berkuasa #withMake untuk meningkatkan perniagaan mereka agar lebih pantas berbanding sebelum ini.

Platform Make adalah berdasarkan satu asas seni bina baharu yang menyediakan kebolehskalaan dan prestasi yang meningkat secara mendadak. Ia juga termasuk keupayaan baharu, lol yang sangat diminta dengan pengalaman visual biasa yang disukai oleh pelanggan Integromat. Pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada keupayaan untuk menjalankan proses kritikal mereka yang dihoskan di rantau pilihan mereka, Eropah atau Amerika Utara (dengan lebih banyak wilayah akan datang).

Integromat telah diperoleh oleh Celonis pada tahun 2020. Kini, satu setengah tahun kemudian, Make dilancarkan sebagai unit perniagaannya sendiri di dalam Celonis. Integromat akan kekal sebagai satu penawaran produk legasi pada 2022. Semua pelanggan sedia ada akan berpeluang untuk meningkatkan dengan lancar kepada Make sehingga tahun depan. Pelanggan baharu boleh mendaftar untuk Make dan mula memanfaatkan platform baharu dengan segera.

Maklumat mengenai Make

Make adalah platform visual terkemuka bagi sesiapa sahaja untuk mereka bentuk, membina dan mengautomasikan apa sahaja—daripada tugasan dan aliran kerja kepada aplikasi dan sistem—tanpa memerlukan kemahiran pengekodan. Make membolehkan individu, pasukan dan perusahaan merentas semua menegak untuk mencipta penyelesaian tersuai yang berkuasa yang meningkatkan perniagaan mereka lebih cepat berbanding sebelum ini. Make memberi kuasa kepada lebih 500,000 organisasi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Make di www.make.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220222005231/en/

Hubungi

Shiran Brodie
Ketua Pemasaran
press@make.com

Sumber : Make

Saturday, February 19, 2022

PARSE BIOSCIENCES BERJAYA KUMPUL $41.5 JUTA BAGI SIRI PUSINGAN B UNTUK MENSKALAKAN PRODUK PENJUJUKAN SEL TUNGGAL DAN MENGEMBANGKAN PORTFOLIO PRODUK

Syarikat akan mengkomersialkan dan mencipta produk pelbagai omik sel tunggal

SEATTLE, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Parse Biosciences, sebuah syarikat yang khusus dalam menyediakan penyelesaian penjujukan sel tunggal yang berskala, hari ini mengumumkan $41.5 juta dalam pembiayaan Siri B yang diketuai bersama oleh Marshall Wace dan Janus Henderson Investors. Soleus Capital, Logos Capital dan Bioeconomy Capital turut mengambil bahagian di dalam pusingan itu, menjadikan jumlah pembiayaan bagi Parse Biosciences setakat ini melebihi $50 juta.

Pembiayaan itu akan digunakan untuk mengembangkan pengkomersilan produk Transkriptom Keseluruhan Evercode Parse, yang memperkasakan penyelidik untuk memprofilkan sel pada pelbagai peringkat skala yang dapat mereka sesuaikan dengan keperluan percubaan unik mereka. Evercode memanfaatkan satu teknik yang dipatenkan bagi pengekodan palang kombinatorik yang meningkatkan resolusi sampel, meningkatkan kepekaan transkrip dan memudahkan aliran kerja.

Portfolio produk Parse termasuk Transkriptom Keseluruhan Evercode Mega, yang boleh memprofilkan sehingga 1,000,000 sel secara selari, dan Transkriptom Keseluruhan Evercode Mini, sebuah kit yang digunakan untuk memprofilkan sehingga 10,000 sel secara selari bagi kajian untuk skala yang lebih kecil. Berikutan pengumpulan dana mereka, Parse akan mengembangkan platform Evercode itu melangkaui transkriptomik, membolehkan penyelidik untuk meningkatkan pengukuran pelbagai omik sel tunggal kepada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Memahami dan memprofilkan sel secara menyeluruh pada skala adalah asas kepada masa depan bagi penemuan terobosan dalam bidang seperti onkologi, imunologi dan neurosains,” kata Alex Rosenberg, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama bagi Parse Biosciences. “Memahami transkriptom itu adalah penting, tetapi pengembangan kami ke dalam pelbagai omik adalah satu perkembangan semula jadi. Kami teruja untuk mula mengembangkan portfolio produk kami, bermula pada akhir tahun ini.” 

Thursday, February 17, 2022

MOBIL 1™ DAN PORSCHE RAIKAN ULANG TAHUN KE-25 PENCAPAIAN DENGAN TAWARAN LANJUTAN

 Menyampaikan kerjasama, prestasi luar biasa, perlindungan dalam keadaan ekstrem dan pengalaman pemanduan yang cemerlang selama 25 tahun, Mobil 1 dan Porsche akan kekal sebagai rakan kongsi jangka panjang.

• 
Minyak motor Mobil 1 akan terus kekal sebagai minyak yang diisi di kilang dan minyak yang disyorkan semasa servis untuk enjin Porsche
• 
Lebih daripada 1.5 juta enjin Porsche telah diisi di kilang dengan minyak motor Mobil 1
• 
Mobil 1 terus menyokong Formula E dan menyediakan produk Mobil EV™ kepada Porsche

SPRING, Texas, Feb 17 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mobil 1 dan Porsche hari ini mengumumkan lanjutan bagi perhubungan jangka panjang mereka yang memastikan minyak motor Mobil 1 kekal sebagai minyak motor yang diisi di kilang dan yang disyorkan semasa servis untuk kenderaan Porsche sehingga 2026.

Selama 25 tahun, jenama Mobil 1 dan Porsche telah bekerjasama untuk membawa suatu pengalaman pemanduan yang hebat bagi pengguna dan pemandu sukan permotoran. Kedua-dua jenama ikonik itu berkongsi komitmen yang sama terhadap penyelidikan dan teknologi termaju serta satu keghairahan untuk memaksimumkan kecekapan dan perlindungan enjin.

“Mobil 1 membantu pemandu Porsche mencetuskan keghairahan mereka dan prestasi kenderaan mereka, dengan menawarkan satu keseimbangan yang optimum bagi prestasi, perlindungan, ketahanan dan kecekapan yang diperlukan oleh kereta berprestasi tinggi seperti Porsche,” kata Mike Smith, Pengarah bagi pakatan global strategik di Bahan Bakar & Pelincir ExxonMobil. “Sejak 1996, kami telah membina satu perkongsian kukuh yang merangkumi perkara yang pengguna dan pemandu pasukan kami inginkan, perlukan dan harapkan daripada jenama kami yang bertaraf dunia dan peneraju industri yang dipacu oleh prestasi. Mereka yang datang sebelum kami, dan pemimpin kami pada hari ini, komited untuk memajukan kedua-dua prestasi dan kebolehpercayaan, bersama-sama kami berharap untuk melonjakkan sempadan teknologi yang berkembang bagi semua kenderaan Porsche dalam tempoh 25 tahun akan datang dan seterusnya.”

Pemikiran ke hadapan telah lama menjadi asas bagi industri automotif. Untuk kenderaan elektrik, Mobil 1 menyediakan cecair rangkaian kuasa elektrik untuk Porsche, yang dibangunkan secara khusus bagi memenuhi permintaan khusus.
 Mobil EV™ membawa kecekapan yang luar biasa tanpa mengalami kehilangan kuasa, dinamik atau keselamatan kenderaan. Pada masa yang sama, perkongsian Porsche Formula E dan Mobil EV yang lebih luas menyediakan medan ujian trek-ke-jalan automotif yang muktamad dengan penerusan pembangunan dalam bidang pelincir dan cecair berprestasi tinggi.

“Selama dua setengah dekad, pasukan kami telah bekerjasama rapat dalam membangunkan enjin yang memberi kuasa kepada beberapa kereta yang paling diidamkan dan termaju dari segi teknikal yang pernah dilihat,” kata Dr. Michael Steiner, Ahli Lembaga Eksekutif - Penyelidikan dan Pembangunan Porsche. “Memandangkan Porsche bersaing dan menunjukkan keupayaan bagi teknologi kenderaan elektrik mereka, ExxonMobil terus merekayasa satu rangkaian lengkap pelincir berjenama Mobil untuk membantu pasukan Formula E Porsche membina legasi perlumbaan mereka. Satu legasi yang kaya dalam satu tradisi produk ExxonMobil, dan dicontohi seterusnya dengan Mobil EV. Peristiwa penting dan lanjutan kontrak ini bukan sahaja meraikan perkongsian Porsche dan ExxonMobil pada hari ini, tetapi ia membawa peluang tambahan untuk mengembangkan portfolio jenama kami dengan teknologi produk baharu, dan akan terus melakukannya untuk tahun-tahun akan datang.”


Pencapaian Utama bagi jenama Mobil 1 dan perhubungan Porsche:

  • Sehingga kini, lebih 1.5 juta enjin Porsche telah diisi di kilang dengan minyak motor Mobil 1
  • Minyak motor Mobil 1 ialah minyak motor pengisian di kilang dan semasa servis yang disyorkan untuk lebih 50 model Porsche termasuk 911, 918, Cayman, Panamera, Macan dan Cayenne
  • Kereta lumba Porsche berikut kesemuanya menggunakan Mobil 1: 911 RSR, 911 GT3 R, 911 GT3 Cup dan keempat-empat kereta Cayman GT4 Clubsport
  • Jenama Mobil 1 dengan bangganya menyokong Porsche 919 Hibrid 900 kuasa kuda dalam Kejohanan Ketahanan Dunia dan masih menyokong Piala Porsche 911 GT3 510 kuasa kuda dalam Porsche Mobil 1™ Supercup
  • Sejak 2007, jenama Mobil 1 telah menjadi penaja utama bagi Porsche Mobil 1™ Supercup, kejohanan satu pembuatan antarabangsa yang terpantas dan paling berprestij
Maklumat mengenai Mobil 1

Mobil 1, jenama minyak motor sintetik terkemuka di dunia, adalah merupakan minyak yang diisi di kilang dalam kebanyakan kenderaan pengeluaran paling berkuasa di dunia. Malah, lebih daripada 1,500,000 enjin Porsche telah meninggalkan kilang dengan Mobil 1. Sintetik termaju Mobil 1 mempunyai teknologi anti-haus yang memberikan prestasi mengatasi minyak motor konvensional. Teknologi ini membolehkan sintetik termaju Mobil 1 memenuhi atau melebihi piawaian paling sukar bagi pengeluar kenderaan seperti Porsche dan Bentley, dan untuk memberikan perlindungan yang luar biasa terhadap kehausan enjin di bawah keadaan biasa atau malah dalam beberapa keadaan yang paling ekstrem.

Untuk maklumat lanjut, sila layari mobil.com dan ikuti @Mobil1 di FacebookInstagram dan Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220216005798/en/

Hubungi

Perhubungan Media ExxonMobil, 972-940-6007

Sumber : ExxonMobil

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...