Pengasas bersama Cyble, Beenu Arora (kanan) and Manish Chachada (kiri) (Foto: Business Wire) |
ATLANTA & MELBOURNE, Australia, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat perisikan siber yang dikuasakan oleh AI Cyble hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan satu pusingan pembiayaan Siri A berjumlah AS $10 juta yang diketuai oleh Blackbird, dengan penyertaan berterusan daripada Spider Capital, January Capital, Cendana Capital dan VentureSouq. Dana itu akan diperuntukkan untuk mengembangkan pelan hala tuju produk Cyble, membolehkan penembusan yang lebih mendalam ke dalam pasaran sedia ada & baharu, dan memperkukuhkan keupayaan Makmal Penyelidikan Cyble (CRL).
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220215006151/en/ Diasaskan oleh Beenu Arora dan Manish Chachada pada 2019, Cyble terus menerus memantau data web tertutup dan web terbuka dalam masa nyata merentasi sumber terbuka dan tertutup untuk memeta, memantau dan mengurangkan jejak risiko digital syarikat-syarikat. Hari ini, Cyble hadir di enam buah negara dan telah meningkat tiga kali ganda dalam perniagaan tahun demi tahun. Berita mengenai pembiayaan Siri A itu menandakan hampir satu tahun sejak pusingan pendanaan modal benih permulaan Cyble. Pada April 2021, Cyble mengumumkan ia telah mengumpul $4 juta yang diketuai oleh Blackbird dan Spider Capital, dengan penyertaan daripada Picus Capital dan Cathexis Ventures. Sejak itu, syarikat tersebut telah membina satu asas yang kukuh melalui pertumbuhan yang mapan, mengembangkan penawaran pelanggan mereka dengan pemantauan web tertutup, jenama dan serangan terbuka, mengembangkan pangkalan pelanggan mereka merentasi 6 buah negara dan meningkatkan bilangan pekerja mereka daripada 25 kepada 80 orang. “Cyble bermula dengan satu matlamat yang bercita-cita tinggi untuk mendemokrasikan kebolehlihatan ke dalam web tertutup dan memperkasakan organisasi untuk mengukuhkan infrastruktur keselamatan mereka dan seterusnya memastikan daya ketahanan terhadap serangan siber yang berniat jahat,” kata Manish Chachada, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi bagi Cyble. “Kami sangat teruja untuk menerima sokongan daripada pelabur kami untuk terus melaksanakan visi Cyble, dan berbesar hati bahawa Cyble diiktiraf sebagai satu suara utama di dalam keselamatan siber dan sebuah rakan yang dipercayai yang membolehkan perniagaan untuk memajukan Strategi Perlindungan Risiko Digital mereka.” Minsoo Chi dari Spider Capital menyatakan: “Kami kagum dengan Beenu dan Manish dan dengan seluruh pasukan Cyble di atas pelaksanaan mereka ke arah menyediakan organisasi dengan kebolehlihatan masa nyata ke dalam web tertutup. Kami sangat teruja untuk terus menyokong mereka di dalam visi mereka untuk mendemokrasikan perlindungan risiko digital.” Tom Humphrey dari Blackbird menyatakan: “Dalam masa kurang daripada 12 bulan, pertumbuhan yang telah dicapai oleh Cyble adalah sesuatu yang menakjubkan. Beenu, Manish dan pasukan mereka telah mencapai kemajuan yang ketara dalam pelan hala tuju produk dan pengembangan global, dan jelas sekali mereka baharu sahaja bermula. Cyble sedang menyelesaikan satu masalah besar dan menyakitkan untuk perniagaan di seluruh dunia dan kami berbangga untuk terus menyokong cita-cita mereka.” |
No comments:
Post a Comment