Wednesday, February 16, 2022

PANDO SOFTWARE: NIKMATI PERTEMPURAN DALAM PERMAINAN P2E BAHARU 'LEGEND OF PANDONIA' DAN DAPATKAN SYILING!

Permainan P2E ‘Legend of Pandonia' yang dikeluarkan pada 2022, digemari oleh ramai pengguna di seluruh dunia kerana corak permainannya yang berkualiti tinggi. Kini, melalui penyepaduan dompet dan kemas kini pemancangan, lebih ramai pengguna boleh menyertai pengembaraan Satria yang menarik dan mengujakan. (Grafik: Business Wire)


SEOUL, Korea Selatan, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Permainan P2E ‘Legend of Pandonia (kemudian dari ini dirujuk sebagai L.o.P),’ yang dikeluarkan pada 2022, digemari oleh ramai pengguna di seluruh dunia kerana corak permainannya yang berkualiti tinggi. Kini, melalui penyepaduan dompet dan kemas kini pemancangan, lebih ramai pengguna boleh menyertai pengembaraan Satria yang menarik dan mengujakan.

Syiling dalam Dompet Saya... Kemas kini penyepaduan dompet!

Kini, pengguna boleh memindahkan mPANDO yang diperolehi dalam permainan ke dompet mereka. Jika seorang pengguna mewujudkan sebuah dompet PANDO SWAP, pengguna itu boleh memindahkan aset mPANDO ke sana untuk membuat deposit/pengeluaran. mPANDO yang disimpan dalam ‘Dompet Saya’ kini boleh ditukarkan dengan Bitcoin dan Ethereum. Syiling PANDO juga boleh ditukarkan dengan mPANDO.

No comments:

Post a Comment

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...