Thursday, February 17, 2022

MOBIL 1™ DAN PORSCHE RAIKAN ULANG TAHUN KE-25 PENCAPAIAN DENGAN TAWARAN LANJUTAN

 Menyampaikan kerjasama, prestasi luar biasa, perlindungan dalam keadaan ekstrem dan pengalaman pemanduan yang cemerlang selama 25 tahun, Mobil 1 dan Porsche akan kekal sebagai rakan kongsi jangka panjang.

• 
Minyak motor Mobil 1 akan terus kekal sebagai minyak yang diisi di kilang dan minyak yang disyorkan semasa servis untuk enjin Porsche
• 
Lebih daripada 1.5 juta enjin Porsche telah diisi di kilang dengan minyak motor Mobil 1
• 
Mobil 1 terus menyokong Formula E dan menyediakan produk Mobil EV™ kepada Porsche

SPRING, Texas, Feb 17 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mobil 1 dan Porsche hari ini mengumumkan lanjutan bagi perhubungan jangka panjang mereka yang memastikan minyak motor Mobil 1 kekal sebagai minyak motor yang diisi di kilang dan yang disyorkan semasa servis untuk kenderaan Porsche sehingga 2026.

Selama 25 tahun, jenama Mobil 1 dan Porsche telah bekerjasama untuk membawa suatu pengalaman pemanduan yang hebat bagi pengguna dan pemandu sukan permotoran. Kedua-dua jenama ikonik itu berkongsi komitmen yang sama terhadap penyelidikan dan teknologi termaju serta satu keghairahan untuk memaksimumkan kecekapan dan perlindungan enjin.

“Mobil 1 membantu pemandu Porsche mencetuskan keghairahan mereka dan prestasi kenderaan mereka, dengan menawarkan satu keseimbangan yang optimum bagi prestasi, perlindungan, ketahanan dan kecekapan yang diperlukan oleh kereta berprestasi tinggi seperti Porsche,” kata Mike Smith, Pengarah bagi pakatan global strategik di Bahan Bakar & Pelincir ExxonMobil. “Sejak 1996, kami telah membina satu perkongsian kukuh yang merangkumi perkara yang pengguna dan pemandu pasukan kami inginkan, perlukan dan harapkan daripada jenama kami yang bertaraf dunia dan peneraju industri yang dipacu oleh prestasi. Mereka yang datang sebelum kami, dan pemimpin kami pada hari ini, komited untuk memajukan kedua-dua prestasi dan kebolehpercayaan, bersama-sama kami berharap untuk melonjakkan sempadan teknologi yang berkembang bagi semua kenderaan Porsche dalam tempoh 25 tahun akan datang dan seterusnya.”

Pemikiran ke hadapan telah lama menjadi asas bagi industri automotif. Untuk kenderaan elektrik, Mobil 1 menyediakan cecair rangkaian kuasa elektrik untuk Porsche, yang dibangunkan secara khusus bagi memenuhi permintaan khusus.
 Mobil EV™ membawa kecekapan yang luar biasa tanpa mengalami kehilangan kuasa, dinamik atau keselamatan kenderaan. Pada masa yang sama, perkongsian Porsche Formula E dan Mobil EV yang lebih luas menyediakan medan ujian trek-ke-jalan automotif yang muktamad dengan penerusan pembangunan dalam bidang pelincir dan cecair berprestasi tinggi.

“Selama dua setengah dekad, pasukan kami telah bekerjasama rapat dalam membangunkan enjin yang memberi kuasa kepada beberapa kereta yang paling diidamkan dan termaju dari segi teknikal yang pernah dilihat,” kata Dr. Michael Steiner, Ahli Lembaga Eksekutif - Penyelidikan dan Pembangunan Porsche. “Memandangkan Porsche bersaing dan menunjukkan keupayaan bagi teknologi kenderaan elektrik mereka, ExxonMobil terus merekayasa satu rangkaian lengkap pelincir berjenama Mobil untuk membantu pasukan Formula E Porsche membina legasi perlumbaan mereka. Satu legasi yang kaya dalam satu tradisi produk ExxonMobil, dan dicontohi seterusnya dengan Mobil EV. Peristiwa penting dan lanjutan kontrak ini bukan sahaja meraikan perkongsian Porsche dan ExxonMobil pada hari ini, tetapi ia membawa peluang tambahan untuk mengembangkan portfolio jenama kami dengan teknologi produk baharu, dan akan terus melakukannya untuk tahun-tahun akan datang.”


Pencapaian Utama bagi jenama Mobil 1 dan perhubungan Porsche:

  • Sehingga kini, lebih 1.5 juta enjin Porsche telah diisi di kilang dengan minyak motor Mobil 1
  • Minyak motor Mobil 1 ialah minyak motor pengisian di kilang dan semasa servis yang disyorkan untuk lebih 50 model Porsche termasuk 911, 918, Cayman, Panamera, Macan dan Cayenne
  • Kereta lumba Porsche berikut kesemuanya menggunakan Mobil 1: 911 RSR, 911 GT3 R, 911 GT3 Cup dan keempat-empat kereta Cayman GT4 Clubsport
  • Jenama Mobil 1 dengan bangganya menyokong Porsche 919 Hibrid 900 kuasa kuda dalam Kejohanan Ketahanan Dunia dan masih menyokong Piala Porsche 911 GT3 510 kuasa kuda dalam Porsche Mobil 1™ Supercup
  • Sejak 2007, jenama Mobil 1 telah menjadi penaja utama bagi Porsche Mobil 1™ Supercup, kejohanan satu pembuatan antarabangsa yang terpantas dan paling berprestij
Maklumat mengenai Mobil 1

Mobil 1, jenama minyak motor sintetik terkemuka di dunia, adalah merupakan minyak yang diisi di kilang dalam kebanyakan kenderaan pengeluaran paling berkuasa di dunia. Malah, lebih daripada 1,500,000 enjin Porsche telah meninggalkan kilang dengan Mobil 1. Sintetik termaju Mobil 1 mempunyai teknologi anti-haus yang memberikan prestasi mengatasi minyak motor konvensional. Teknologi ini membolehkan sintetik termaju Mobil 1 memenuhi atau melebihi piawaian paling sukar bagi pengeluar kenderaan seperti Porsche dan Bentley, dan untuk memberikan perlindungan yang luar biasa terhadap kehausan enjin di bawah keadaan biasa atau malah dalam beberapa keadaan yang paling ekstrem.

Untuk maklumat lanjut, sila layari mobil.com dan ikuti @Mobil1 di FacebookInstagram dan Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220216005798/en/

Hubungi

Perhubungan Media ExxonMobil, 972-940-6007

Sumber : ExxonMobil

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...