Wednesday, February 9, 2022

​INFINITY VENTURES CRYPTO MENGUMUMKAN PENUTUPAN DANA PERTAMA MEREKA PADA $70 JUTA

 TAIPEI, Taiwan, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Infinity Ventures Crypto (IVC) telah mengumumkan penutupan bagi dana sulung mereka yang ditetapkan pada $70 juta. Tumpuan bagi dana itu adalah untuk memulakan dan mempercepatkan pertumbuhan bagi inovasi GameFi, DeFi dan Web 3 global.


Sebagai dana paling aktif di Asia yang menyasarkan industri kripto yang berkembang pesat di rantau itu, IVC disertai oleh syarikat-syarikat berwajaran tinggi seperti Circle, Digital Currency Group dan Animoca Brands. Sejak penubuhannya pada Ogos 2021, IVC telah menyuntik modal dan kepakaran ke dalam 78 syarikat portfolio.

Dengan pengalaman selama 13 tahun di dalam modal teroka tradisional di bawah dana seinduk Headline Asia, IVC memanfaatkan rangkaian global mereka untuk memperkasakan syarikat permulaan blok rantai di seluruh dunia, termasuk yang berada di Asia Tenggara, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain. Sebagai rakan kongsi yang membina usaha niaga, IVC komited untuk menyokong pengasasnya sepenuhnya, daripada reka bentuk tokenomik kepada penyenaraian pertukaran mata wang kripto.

“Sebagai jambatan di antara Timur dan Barat, kami mengambil satu pendekatan yang lebih aktif dengan mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar tempatan untuk menyemarakkan pertumbuhan syarikat portfolio kami,” kata Rakan Kongsi IVC Brian Lu. “Kami berbangga untuk memulakan sesuatu dengan pantas dan teruja untuk berkongsi kepakaran kami dengan lebih banyak inovator.”

Pelaburan pertama IVC ialah Yield Guild Games (YGG), sebuah persatuan permainan main-untuk-dapat yang beribu pejabat di Filipina dan DAO yang melabur dalam NFT. IVC dan YGG bergabung bersama untuk membina dan menginkubasi subDAO pertama mereka, YGG SEA, yang akan membantu menyediakan sokongan setempat di seluruh rantau Asia Tenggara.

“Selaras dengan visi IVC untuk membantu mereka yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan bank dan mereka yang tidak mempunyai akses yang baik kepada bank, permainan ini menyediakan satu aliran pendapatan tambahan kepada pemain semasa pandemik itu,” kata Lu.

Rakan kongsi IVC juga termasuk Akio Tanaka, pengasas bagi Headline Asia; Herbie Fu, bekas rakan kongsi di 8 Decimal Capital; JT Law, pengasas bersama di VerifyInvestor; Alex Yeh, pengasas bersama di AuraBlock Ventures; dan Richie Chaval Jiaravanon, bekas Ketua Pegawai Eksekutif di Snapask Thailand.

Maklumat mengenai Infinity Ventures Crypto

Infinity Ventures Crypto telah diasaskan untuk memperkasa dan melabur dalam perintisan syarikat permulaan GameFi, DeFi dan Web 3. Rakan kongsi dana itu telah melabur dalam aset kripto sejak tahun 2015 dan telah membimbing syarikat-syarikat melalui satu landskap yang berkembang pesat. Sejak Ogos 2021, IVC telah membuat banyak pelaburan strategik ke dalam pelbagai jenis syarikat permulaan termasuk Yield Guild Games dan stablecoin yang bersandarkan kepada yen Jepun, JPYC. IVC bertujuan untuk berinovasi, membina dan melonjakkan ke hadapan generasi pengasas seterusnya.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220208005128/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan dan permintaan:
Kimberly Wang
Pengarah bagi Komunikasi
+886-909016209
kimberlywang@infinityventures.com


Sumber : Infinity Ventures Crypto

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...