Pemilik majoriti PlayKids, Movile, akan menyertai Sandbox sebagai pemegang saham minoriti; Ketua Pegawai Eksekutif PlayKids akan mengetuai pengembangan Sandbox ke Amerika Latin
LONDON & CAMPINAS, Brazil, 3 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sandbox & Co, sebuah penyedia produk dan perkhidmatan pembelajaran digital yang berpangkalan di London, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh PlayKids, sebuah platform pendidikan digital terkemuka di Brazil.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220201005943/en/
PlayKids menyediakan kandungan video, buku dan pengalaman ePembelajaran melalui dua jenama teras: aplikasi PlayKids, sebuah platform video atas permintaan yang memenangi anugerah untuk kanak-kanak berumur 2-6 tahun dan Leiturinha, satu daripada perkhidmatan langganan buku kanak-kanak terbesar di rantau itu.

Pemilik majoriti PlayKids, Movile, sebuah pelabur jangka panjang dalam syarikat teknologi Amerika Latin, akan menjadi sebuah pelabur minoriti dalam Sandbox. Perniagaan yang disokong oleh Prosus itu mempunyai kehadiran yang ketara dalam ekosistem teknologi dan pelaburan Brazil dan telah menerajui pelbagai pusingan pelaburan untuk peneraju industri seperti iFood, Sinch dan Zoop.
“Kami merupakan peminat besar bagi PlayKids dan Leiturinha dan amat berbesar hati untuk mengalu-alukan mereka ke dalam keluarga Sandbox sebagai sebuah pelengkap yang sempurna kepada rangkaian produk sedia ada kami,” kata Bhav Singh, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sandbox. “Saya teruja untuk mempunyai Guilherme Martins, Ketua Pegawai Eksekutif bagi PlayKids, untuk mengetuai pelancaran portfolio kami yang lebih luas ke Amerika Latin dan Movile menyertai kami sebagai pemegang saham sambil kami terus berkembang dan memberi tumpuan kepada keluarga milenium dan Gen Z yang ‘berkhidmat hebat’”.
“Tahun lalu, berikutan impak pandemik itu, terdapat satu peningkatan yang jelas dalam pecutan digital dan satu keperluan untuk mencipta semula dengan cepat cara bagaimana kanak-kanak dididik dan dihiburkan semasa sekatan pergerakan,” kata Guilherme Martins, Ketua Pegawai Eksekutif bagi PlayKids dan pengasas bagi Leiturinha. “Saya melihat arah aliran itu berterusan dan amat teruja untuk bekerjasama dengan Bhav dan Sandbox yang lain untuk melanjutkan penawaran digital kami dan memperkenalkan produk pembelajaran dalam talian Sandbox ke pasaran Amerika Latin.”

SANDBOX MEMPEROLEH PLAYKIDS, SATU DARIPADA PLATFORM DIDIK HIBUR KANAK-KANAK TERKEMUKA DI BRAZIL, UNTUK MENGUKUHKAN KEDUDUKAN MEREKA DALAM RUANG PEMBELAJARAN DALAM TALIAN GLOBAL
No comments:
Post a Comment