Wednesday, February 16, 2022

AGROBANK SALUR BANTUAN BERNILAI RM34 RIBU BAGI PROGRAM SANTUNI WIRA AGRO DAN MISI BANTUAN BENCANA BANJIR AGROBANK DI CHENOR, PAHANG

 

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai dan sumbangan berbentuk barangan elektrik dan keperluan asas kepada pelanggan Agrobank yang terkesan akibat banjir, Muhamad Hanis Abdul Rahim, Pengurus Sinar Lanting Enterprise, disaksikan oleh Datuk Haslina Abdul Hamid (kiri), KSU MAFI di Chenor, Pahang

CHENOR, Pahang, 16 Feb (Bernama) -- Agrobank menyalurkan bantuan dengan nilai keseluruhan RM34,000 menerusi program Santuni Wira Agro dan misi bantuan banjirnya ke Chenor Pahang di bawah MAFI Prihatin. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha murni Agrobank dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan iaitu juga merupakan pelanggan Agrobank.
 
Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha (KSU) MAFI dan Tengku Ahmad Badli Shah bin Raja Hussin, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank serta turut disertai oleh para sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja Agrobank.
 
Melalui program ini, Agrobank telah menyampaikan sumbangan zakat wang tunai sebanyak RM10,000.00 kepada Madrasah Raudhah Al Muhibbin yang juga dikenali sebagai Pondok Pak Kob. Agrobank turut menyalurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk wang tunai, barangan elektrik, barangan keperluan asas dan kebersihan diri kepada pelanggan depositnya di sekitar Kawasan Chenor dan Temerloh, Pahang yang turut terkesan dengan bencana itu dengan nilai keseluruhan sumbangan berjumlah RM34,000.
 
YM Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, selaras dengan slogan ‘Sentiasa di Sisi Anda’, Agrobank amat cakna dan prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh komuniti setempat di Pahang, terutamanya pelanggan Agrobank, ekoran bencana alam yang berlaku beberapa bulan yang lalu dan membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi program MAFI Prihatin dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dan memerlukan.

http://bernamamrem.com/mrembm/viewsm.php?idm=15570

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...