SUNNYVALE, California, 8 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- FutureDial Incorporated terus menerajui dalam menyediakan penyelesaian pemprosesan peranti mudah alih untuk Pengendali Wayarles, Syarikat Beli Balik & Tukar Beli Peranti Mudah Alih, Pengitar Semula Telefon Mudah Alih dan Pembekal Logistik Pihak Ketiga (3PL) pada tahun itu. Syarikat itu turut mengumumkan bahawa penyelesaian perisian robotik dan automasinya telah digunakan oleh pelanggan dalam rantaian bekalan mudah alih untuk mengosongkan data, menguji kefungsian dan menggred sejumlah lebih 231.4 juta telefon pintar Android dan iPhone terpakai di seluruh dunia, untuk dijual semula di pasaran sekunder. Di samping itu, jumlah bilangan ujian kefungsian menggunakan perisian dan robotik FutureDial untuk jaminan mutu yang dilakukan pada telefon pintar iPhone dan Android terpakai telah melebihi 400 juta ujian. Pada suku keempat 2021 sahaja, FutureDial melaporkan bahawa volum pemprosesan dengan pelanggan meningkat lebih 50%.
Dalam pasaran logistik songsang yang semakin berkembang dalam rantaian bekalan mudah alih, FutureDial merupakan penyedia pilihan utama untuk penyelesaian pemprosesan automatik bagi telefon mudah alih terpakai, serta untuk sistem pengurusan data bagi operasi pemprosesan telefon tersebut. Pasaran yang lumayan ini terus berkembang apabila harga jualan purata telefon pintar generasi kedua dalam pasaran hari ini menghampiri purata AS$180, mewakili anggaran jumlah nilai pasaran tersedia melebihi AS$52.7 bilion. Bahagian pasaran telefon pintar terpakai di Amerika Utara telah mencecah 24.4% dan dijangka berkembang hingga 27% menjelang 2024.
Meningkatkan Aliran Kerja dan Keuntungan dengan Pengautomasian
Sedang pasaran berkembang, pengendali logistik songsang dan pengendali wayarles bagi peranti mudah alih dicabar dari segi kemampuan untuk memproses jutaan model telefon yang ditukar beli atau dikembalikan setiap tahun. Langkah ini menjadi semakin sukar apabila proses manual semasa tidak boleh diskala dengan mudah dan wujudnya kesukaran dalam pasaran buruh pada masa ini. FutureDial bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat ini berasaskan matlamat mereka untuk pengautomasian dan kadar evolusi yang mereka ingini melalui kitaran hayat automasi. Penyelesaian yang disediakan oleh FutureDial terdiri daripada pelaksanaan stesen tunggal hinggalah penyelesaian bersepadu menyeluruh yang mengautomasikan dan menyelaraskan titik sentuh dan aliran kerja dan merangkumi barisan pemprosesan peranti mudah alih di tapak pelanggan. Mengautomasikan proses-proses ini di pusat pemprosesan menghasilkan penjimatan kos yang ketara bagi syarikat-syarikat itu, yang membolehkan mereka menjana lebih banyak pendapatan bagi setiap telefon yang dijual semula.
Automasi Proses Mencapai Harga Boleh Diperakui bagi Telefon Terpakai
"Pencapaian melangkaui 231 juta telefon mudah alih yang diproses oleh penyelesaian robotik dan perisian kami ini menunjukkan pertumbuhan pesat yang kami saksikan dengan pelanggan apabila mereka menerima, melaksana dan menskalakan pengautomasian proses," kata Frank Harbist, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FutureDial. "Penyelesaian robotik dan perisian kami yang modular dan bersepadu sepenuhnya menangani keperluan unik pelanggan untuk penerimaan, pengosongan data, ujian kefungsian dan penggredan telefon pintar dan tablet secara kosmetik untuk dijual semula. Pendekatan automasi proses dan orientasi kitaran hayat kami memperkasakan pelanggan untuk mencapai ujian yang konsisten, tepat dan dapat diperakui serta penggredan harga jualan semula jutaan telefon terpakai, dan oleh itu dapat mencapai matlamat perniagaan mereka."
Tentang FutureDial
Ditubuhkan pada tahun 1999, FutureDial merupakan pembekal terkemuka bagi penyelesaian pemprosesan untuk rangkaian bekalan logistik songsang peranti mudah alih. SMART Processing Platform™ yang mudah digunakan, diperakui oleh ADISA dan automatik daripada FutureDial mengurangkan bilangan sentuhan pengendali, menjimatkan masa dan wang bagi syarikat Beli Balik Tukar Beli Peranti Mudah Alih, Pembekal Logistik Pihak Ketiga (3PL), Pengendali Wayarles dan Pengeluar Peranti Mudah Alih (OEM). Dengan mempermudah dan mengautomasikan proses, menyatukan aliran kerja dan memberikan gambaran tentang operasi perniagaan, FutureDial menjadikan syarikat-syarikat perniagaan ini lebih cekap, dapat menjana keuntungan dan responsif terhadap keperluan pelanggan mereka. Lawati http://www.futuredial.com atau e-mel sales@futuredial.com .
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15535
No comments:
Post a Comment