Friday, January 28, 2022

PUSAT PEMBELAJARAN ATAS PERMINTAAN BAHARU FASTLY MEMBUKA KUNCI KEPADA LATIHAN TEKNIKAL MAMPU DIRI PADA SKALA

Kerja kursus layan diri yang kaya dengan media daripada Akademi Fastly kini tersedia, memperkukuhkan sumber daya syarikat itu untuk kejayaan dan sokongan pengguna.

SAN FRANCISCO, 28 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), sebuah penyedia rangkaian awan pinggir global paling pantas di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran Akademi Fastly mereka, sebuah pusat pembelajaran atas permintaan yang direka untuk membantu pelanggan mempertajamkan kemahiran mereka dan pemaju yang ingin tahu mencari maklumat lanjut mengenai produk dan platform mereka. Memandangkan tekanan terus meningkat untuk pasukan pemaju dan kejuruteraan yang dikekang oleh sumber yang ditugaskan untuk mencipta pengalaman baharu yang berinovatif dalam sebuah dunia yang mengutamakan digital, persekitaran pembelajaran layan diri Akademi Fastly yang cekap melengkapkan pasukan dengan suai tugas yang lebih pantas dan mengurangkan masa ke nilai ketika mereka membina, menjamin selamat dan menyampaikan laman web dan aplikasi yang lebih berkuasa.

“Di Guardian, pasukan kejuruteraan kami terus membina dan mengoptimumkan teknologi yang menyampaikan berita-berita penting dengan pantas dan pada skala untuk pembaca kami di seluruh dunia, dan Fastly adalah merupakan satu bahagian penting dalam penyelesaian kami,” kata David Furey, Pengurus Kanan Kejuruteraan di The Guardian. “Itulah sebabnya Akademi Fastly ialah sebuah sumber baharu yang menarik untuk pasukan kami. Dalam menghadapi permintaan yang lebih besar, jangkaan pengguna akhir yang lebih tinggi dan cabaran keselamatan yang semakin meningkat, kami kini boleh mengakses latihan mampu diri dan pelbagai peringkat pada produk dan perkhidmatan Fastly, memastikan pasukan kami boleh terus bergerak dengan pantas dan membayangkan semula pengalaman digital pada skala.”

PUSAT PEMBELAJARAN ATAS PERMINTAAN BAHARU FASTLY MEMBUKA KUNCI KEPADA LATIHAN TEKNIKAL MAMPU DIRI PADA SKALA

Thursday, January 27, 2022

MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA TERATAS DALAM ASIA TENGGARA YANG BARU MUNCUL UNTUK PELABURAN ASING, KATA MILKEN INSTITUTE

Indeks Peluang Global Milken Institute menilai 126 buah negara merentasi tujuh wilayah geografi – menonjolkan Asia Tenggara yang baru muncul – untuk mengukur potensi daya tarikan mereka kepada pelabur asing; Sweden menduduki tempat No.1 secara keseluruhan dalam negara-negara terbaik untuk melabur; Amerika Syarikat terkeluar daripada 5 teratas.

LOS ANGELES, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Malaysia berada pada kedudukan No. 1 dalam Asia Tenggara yang baru muncul sebagai negara paling berpotensi untuk menarik pelabur asing, menurut Indeks Peluang Global Milken Institute 2022. Penilaian tahunan ini, yang dibuat untuk membantu memaklumkan keputusan pelaburan global pelabur dan pembuat dasar, menilai sebuah landskap pelaburan ekonomi dengan menggunakan pembolehubah seperti prospek ekonomi makro, akses kepada perkhidmatan kewangan, potensi untuk inovasi dan pembangunan masa depan, dan banyak lagi.

Indeks Peluang Global 2022 itu termasuk satu laporan yang memberi tumpuan kepada Asia Tenggara yang baru muncul, sebuah rantau yang kemasukan modal boleh membawa kepada peningkatan inovasi, penciptaan peluang pekerjaan dan berdaya saing.

Asia Tenggara yang baru muncul mendapat markah yang baik berbanding dengan ekonomi baru muncul dan ekonomi membangun yang lain dalam tiga bidang utama: 1) mempunyai prestasi ekonomi yang kukuh, 2) menawarkan tenaga kerja yang berkelayakan tinggi, dan 3) bersepadu teguh dengan ekonomi global.

Malaysia, tempat kepada pasaran bon ketiga terbesar di Asia (selepas Jepun dan Republik Korea), telah mengambil langkah-langkah dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk melonggarkan sekatan dan menggubal dasar untuk memanfaatkan perkembangan perdagangan, membantu negara itu menuntut kedudukan tempat pertamanya dalam Indeks tahun ini.

“Dalam laporan tahun ini, kami mengenal pasti beberapa dasar yang akan membantu Asia Tenggara yang baru muncul kekal berdaya saing apabila melibatkan peluang pelaburan,” kata Claude Lopez, PhD, ketua bagi Jabatan Penyelidikan di Milken Institute. “Kerajaan di rantau itu mesti mengukuhkan rangka kerja institusi mereka, memperdalamkan integrasi serantau untuk memanfaatkan sumber dan peluang unik bagi setiap negara, dan memaksimumkan impak sosial dengan memanfaatkan aliran modal global untuk memajukan pembangunan.”

Penemuan utama daripada Indeks Peluang Global 2022 termasuk:
  • Sweden mengekalkan kedudukan No. 1 dari 2021 sebagai negara paling berpotensi untuk menarik pelaburan asing, diikuti oleh United Kingdom di tempat kedua dan Denmark di tempat ketiga. Amerika Syarikat jatuh dari tempat ketiga pada 2021 ke tempat kesembilan tahun ini, kebanyakannya didorong oleh asas ekonomi dan keadaan kewangan yang lemah.
  • Malaysia, Thailand dan Indonesia menduduki tempat teratas di Asia Tenggara yang baru muncul. Malaysia mendapat kedudukan paling tinggi di rantau itu disebabkan oleh prestasinya yang kukuh merentasi semua kategori yang diukur. Vietnam dan Filipina melengkapkan lima negara teratas di Asia Tenggara yang baru muncul, mengikut susunan itu.
  • Baharu pada tahun ini, Indeks Peluang Global menambahkan tujuh pembolehubah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), termasuk pelepasan CO2 dan perkadaran wanita dalam jawatan kerajaan. Pembolehubah ini telah dimasukkan untuk mencerminkan selera pelabur yang semakin meningkat untuk memasukkan data ESG ke dalam keputusan perniagaan.
Bagaimana Indeks Peluang Global Menilai Negara-negara:

Untuk mencipta indeks, Milken Institute menilai peluang-peluang pelaburan melalui 100 pembolehubah yang disusun kepada lima kategori dan 14 subkategori. Lima kategori utama termasuk: Persepsi Perniagaan, Perkhidmatan Kewangan, Piawaian & Dasar Antarabangsa, Asas Ekonomi dan Rangka Kerja Institusi. Pembolehubah di dalam kategori ini mengukur semua sudut bagi potensi pelaburan sesebuah negara, termasuk keterbukaan dan prestasi ekonomi, kekangan perniagaan, dan bakat dan kepelbagaian tenaga kerja. Sumber data termasuk Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan Pertukaran Data Kesihatan Global.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun laporan penuh di sini.

Keputusan Indeks Peluang Global Milken Institute 2022
KESELURUHAN
1. Sweden
2. United Kingdom
3. Denmark
4. Finland
5. Belanda

ASIA TENGGARA YANG BARU MUNCUL
1. Malaysia
2. Thailand
3. Indonesia
4. Vietnam
5. Filipina

Maklumat mengenai Milken Institute

Milken Institute adalah sebuah badan pemikir tidak berpihak yang tidak mencari keuntungan yang membantu orang ramai membina kehidupan yang bermakna di mana mereka boleh mengalami kesihatan dan kesejahteraan, meneruskan pendidikan yang berkesan dan pekerjaan yang menguntungkan, dan mengakses sumber yang diperlukan untuk mencipta peluang-peluang yang sentiasa berkembang untuk diri mereka dan komuniti mereka yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://milkeninstitute.org/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15507

MATTEL DAN DISNEY MENGUMUMKAN PERJANJIAN PELESENAN GLOBAL BERBILANG TAHUN UNTUK FRANCAIS DISNEY PRINCESS DAN DISNEY FROZEN



Koleksi Berbilang Kategori Dijangka Tiba di Peruncit di Seluruh Dunia Mulai 2023


EL SEGUNDO, Calif., 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mattel, Inc. (NASDAQ: MAT) hari ini mengumumkan satu perjanjian pelesenan global berbilang tahun untuk francais Disney Princess dan Frozen. Mattel akan mempunyai hak pelesenan global untuk membangunkan barisan barang mainan untuk Produk Pengguna, Permainan dan Penerbitan Disney, termasuk anak patung fesyen, anak patung kecil dan figura. Koleksi itu dijangka dilancarkan di peruncit di seluruh dunia pada awal tahun 2023.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220126005398/en/

“Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kembali barisan Disney Princess dan Frozen ke Mattel,” kata Richard Dickson, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, Mattel. “Sebagai peneraju dunia di dalam anak patung, kami berharap dapat membawa pendekatan Mattel Playbook kami yang unik kepada pengurusan jenama, produk dan kepakaran pemasaran, serta perhatian yang tidak henti-henti terhadap perincian dan kualiti untuk mencipta barisan yang berinovatif dan memberi inspirasi untuk cerita dan watak ikonik ini.”

Penyusunan pelesenan baharu itu dibina di atas perhubungan pelesenan yang sedia ada di antara Mattel dan Disney untuk francais Toy Story dan Cars keluaran Pixar Animation Studio, dan perjanjian pelesenan global yang diumumkan baru-baru ini untuk Lightyear.

“Keberanian dan belas kasihan yang terdapat di dalam cerita dan watak Disney Princess dan Frozen kami itu terus memberikan inspirasi kepada peminat di seluruh dunia,” kata Stephanie Young, Presiden bagi Produk Pengguna, Permainan dan Penerbitan Disney. “Dengan meneruskan perhubungan lama kami dengan Mattel, kami berharap dapat mengembangkan dunia Disney Princess dan Frozen, memperkenalkan satu era baharu yang berinovatif bagi francais yang digemari ini melalui produk yang menawan hati dan peluang-peluang untuk bermain.”

Melalui perjanjian itu, Mattel akan membangunkan anak patung berdasarkan kepada Disney Princess termasuk AladdinBeauty and the Beast, Brave, Cinderella, The Little Mermaid, Mulan, Pocahontas, The Princess and the Frog, Sleeping Beauty, Snow White and the Seven Dwarfs, Tangled, Disney Frozen, The Little Mermaid Live Action, Moana D+ Series, Tiana D+ Series, Aladdin Live Action, Beauty & the Beast Live Action, Cinderella Live Action, dan Mulan Live Action.

Maklumat mengenai Mattel

Mattel adalah sebuah syarikat barang mainan global terkemuka dan pemilik bagi satu daripada katalog paling teguh di kalangan francais hiburan kanak-kanak dan keluarga di dunia. Kami mencipta produk dan pengalaman berinovatif yang memberi inspirasi, menghibur dan membangunkan kanak-kanak melalui bermain. Kami melibatkan pengguna melalui portfolio jenama ikonik kami, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, Fisher-Price®, American Girl®, Thomas & Friends®, UNO®, Masters of the Universe®, Monster High® dan MEGA®, serta beberapa harta intelek popular yang lain yang kami miliki atau dilesenkan dengan perkongsian dengan syarikat-syarikat hiburan global. Penawaran kami termasuk kandungan film dan televisyen, permainan, muzik dan acara langsung. Kami beroperasi di 35 lokasi dan produk kami tersedia di lebih 150 buah negara dengan kerjasama syarikat-syarikat runcit dan e-dagang terkemuka di dunia. Sejak penubuhan mereka pada tahun 1945, Mattel berbangga menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam memperkasakan kanak-kanak untuk meneroka keajaiban zaman kanak-kanak dan mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Layari kami dalam talian di mattel.com.

Maklumat mengenai Produk Pengguna, Permainan dan Penerbitan Disney

Produk Pengguna, Permainan dan Penerbitan (CPGP) ialah merupakan satu bahagian dalam Disney Parks, Experiences and Products (DPEP) yang membawa jenama dan francais yang dicintai ke dalam kehidupan harian keluarga dan peminat melalui produk – daripada barang mainan kepada baju-t, aplikasi, buku, permainan konsol dan banyak lagi – dan pengalaman yang boleh ditemui di seluruh dunia, termasuk di platform e-dagang shopDisney dan di Disney Parks, peruncit tempatan dan antarabangsa, serta lokasi kedai Disney di seluruh dunia. Perniagaan ini adalah tempat kepada pasukan produk, pelesenan dan pakar runcit bertaraf dunia, artis dan tukang cerita serta ahli teknologi yang memberi inspirasi kepada imaginasi di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Disney Princess

Disney Princess meraikan pengembaraan yang paling ajaib dan wira yang boleh dikaitkan, diperkasakan yang memberi inspirasi kepada peminat—muda dan tua, di seluruh dunia—untuk menemui dunia baharu dan merealisasikan potensi mereka yang sepenuhnya. Setiap watak Disney Princess, daripada Snow White yang optimistik dan baik hati kepada pengembara perjalanan Moana, memperkasakan peminat untuk mengimpikan membawa keajaiban bagi kisah-kisah Disney yang paling digemari dalam kehidupan mereka sendiri, dengan mencari keberanian untuk memberi kesan kepada dunia mereka dan mengambil alih takdir mereka sendiri.

Maklumat mengenai Frozen

Ciri animasi Walt Disney Animation Studios “Frozen” melancarkan satu fenomena di seluruh dunia pada tahun 2013, memperoleh lebih daripada $1.27 bilion dalam jualan tiket di seluruh dunia dan menerima Anugerah Academy®, Golden Globe® dan BAFTA® untuk ciri animasi terbaik. Filem susulannya yang dicalonkan untuk Oscar®, “Frozen 2,” telah dihasilkan pada 2019 dan memperolehi lebih daripada $1.45 bilion di seluruh dunia, dan kedua-dua filem itu merupakan filem animasi paling laris di sepanjang zaman di seluruh dunia, dengan mempamerkan kuasa dan tarikan yang meluas bagi jenama yang dicintai ini. Filem itu telah diarah oleh Chris Buck dan Jennifer Lee, ditulis oleh Lee dan diterbitkan oleh Peter Del Vecho, dan terkenal dengan muzik mereka yang memenangi anugerah oleh penulis lagu Kristin Anderson-Lopez dan Robert Lopez serta komposer Christophe Beck. Muzik filem “Frozen”,  yang menampilkan lagu “Let It Go” yang memenangi Oscar, mencapai status Platinum empat kali ganda dengan lebih 10 juta unit dijual di seluruh dunia dan berada selama 33 minggu dalam 5 teratas di carta Billboard 200, termasuk 13 minggu di tempat pertama, manakala muzik filem “Frozen 2” yang menduduki tangga teratas menampilkan lagu yang dicalonkan Oscar “Into the Unknown.” “Frozen The Musical” dimainkan di Broadway dari 2018 hingga 2020, memulakan jelajah Amerika Utara pada 2019 dengan produksi antarabangsa yang sedang ditayangkan di London, Tokyo dan Hamburg serta dalam jelajah di Australia. Watak “Frozen” boleh dilihat di seluruh Disney Parks & Resorts di seluruh dunia dalam kedua-dua tarikan dan pertunjukan pentas secara langsung. Di Disney+, peminat boleh menikmati “Frozen” dan “Frozen 2” serta menyelam lebih dalam ke dalam dunia dan watak-watak dengan “Olaf's Frozen Adventure,” “Once Upon a Snowman,” “Frozen Fever,” “Olaf Presents,” dan siri dokumentari “Into the Unknown: Making Frozen 2.”



http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15506

METRICSTREAM MEMPERKENALKAN CONNECTEDGRC, MEMBOLEHKAN ORGANISASI UNTUK MEMBINA KETAHANAN SIBER, MENINGKATKAN SKOR ESG DAN MEMPERKASAKAN PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

 SAN JOSE, Calif., 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream, peneraju pasaran global di dalam pengurusan risiko bersepadu (IRM) dan tadbir urus, risiko dan pematuhan (GRC), hari ini mengumumkan penyelesaian ConnectedGRC yang menangani cabaran perniagaan paling mendesak pada hari ini yang berkaitan dengan risiko, pematuhan, audit, risiko siber dan alam sekitar, sosial, tadbir urus (ESG). Sepanjang 24 bulan yang lalu, organisasi telah dicabar oleh satu peningkatan pesat bagi risiko keselamatan siber, gangguan perniagaan, tekanan kawal selia dan keperluan yang sentiasa berubah untuk menunjukkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220125005899/en/

Perniagaan yang dari segi sejarah telah menggunakan pelbagai penyelesaian risiko dan titik pematuhan mengalami proses yang berpecah-pecah, data terpencil dan wawasan yang tidak mencukupi. Penyelesaian perisian GRC MetricStream yang bersambung direka untuk profesional yang mencari sebuah platform tunggal yang intuitif yang membolehkan kerjasama yang dipertingkatkan, perkongsian maklumat dan satu pendekatan kuantitatif kepada pengurusan risiko.

“Cara lama dalam menguruskan risiko – terpencil, berpetak dan manual – tidak lagi berkesan atau cekap. Risiko merebak, merentangi ke seluruh perusahaan itu,” kata Bruce Dahlgren, Ketua Pegawai Eksekutif, MetricStream. “Sudah tiba masanya bagi pemimpin untuk mengurus, menerima dan berkembang maju ke atas risiko dengan memecahkan sistem yang terpencil dan melaksanakan satu strategi GRC Bersambung yang menjadi satu sumber tunggal bagi kebenaran untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih strategik.”

ConnectedGRC dikuasakan oleh MetricStream Intelligence yang termasuk amalan terbaik yang tertanam, keupayaan domain yang mendalam, wawasan masa nyata yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan keupayaan pengiraan risiko. Direka bentuk untuk menangani cabaran utama bagi profesional GRC pada hari ini, ConnectedGRC menawarkan tiga barisan produk yang berbeza dengan masa yang pantas untuk menilai: BusinessGRC, CyberGRC dan ESGRC.

  • BusinessGRC: Dapatkan satu pandangan yang berkaitan risiko dan bekerjasama dengan lancar merentasi pasukan Risiko, Pematuhan dan Audit; memanfaatkan wawasan yang digabungkan ke dalam satu kelebihan strategik untuk pertumbuhan perniagaan, kelebihan daya saing dan pembezaan jenama.
     
  • CyberGRC: Dapatkan keterlihatan masa nyata dan wawasan risiko terkuantiti merentasi risiko IT, Siber ​​dan Vendor, membantu profesional risiko mengutamakan pelaburan siber mereka, dasar-dasar dan melindungi organisasi dengan pengurusan risiko siber yang aktif.
     
  • ESGRC: Membolehkan satu pendekatan yang dipermudahkan ke arah mengumpul dan melaporkan semua industri dan organisasi Keperluan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus, membantu profesional risiko memenuhi semua data, pendedahan dan keperluan rangka kerja ESG serta meningkatkan persepsi pelanggan, pelabur dan jenama awam.
Penyelesaian ini tersedia untuk dibeli oleh organisasi dalam tiga pakej prakonfigurasi – Utama, Premium dan Perusahaan – yang menawarkan penetapan harga yang mudah, kelenturan dan skalabiliti yang diperlukan oleh organisasi apabila program GRC mereka mempelbagaikan dan berkembang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15502

KEVIN SHELLY MENAMAKAN PENGURUS AKAUN STRATEGIK - AMERIKA UNTUK NIKKISO ACD

TEMECULA, Calif., 26 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan (Kumpulan) Gas Industri & Tenaga Bersih Nikkiso Cryogenic Industries, anak syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kevin Shelly telah menerima jawatan baharu sebagai Pengurus Akaun Strategik untuk Unit Pam Cryogenic Nikkiso – Amerika.

Kedudukan baharu dan penting kepada pasukan pengurusan ini menyokong objektif Kumpulan untuk mengembangkan lagi kehadiran dan impak mereka dalam pasaran Gas Industri di seluruh Amerika Utara dan Selatan.

Kevin mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan dalam pembangunan jualan, perhubungan pelanggan dan akaun utama serta pengurusan wilayah dalam tempoh 20 tahun lebih pengalaman industrinya. Tumpuannya adalah untuk menjual peralatan utama serta perkhidmatan dan selepas pasaran untuk kumpulan pam. Kevin juga akan memainkan peranan penting dalam strategi Kumpulan dengan memudahkan peluang untuk syarikat kumpulan Nikkiso dan membuka jalan untuk menjadi rakan strategik yang lebih kukuh untuk pelanggan kami.

“Unit Pam teruja untuk mempunyai Kevin dalam peranan pengurusan strategik baharu ini,” menurut Daryl Lamy, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pam Kumpulan. “Pengalaman beliau selama bertahun-tahun akan menambahkan lagi keupayaan kami untuk menawarkan produk pam kriogenik bertaraf dunia, perkhidmatan pelanggan dan penyelesaian tambah nilai untuk pelanggan kami.”

Unit Pam Cryogenic Nikkiso merangkumi Nikkiso ACD dan Nikkiso Cryo ialah pengeluar terkemuka rangkaian pelbagai pam kriogenik - besar hingga kecil.

MENGENAI CRYOGENIC INDUSTRIES
Syarikat ahli Cryogenic Industries, Inc. (kini ahli kepada Nikkiso Co., Ltd.) mengeluarkan peralatan pemprosesan gas kriogenik tereka bentuk dan loji proses berskala kecil untuk gas asli cecair (LNG), perkhidmatan telaga dan industri gas perindustrian. Diasaskan lebih 50 tahun yang lalu, Cryogenic Industries ialah syarikat induk ACD, Cosmodyne dan Cryoquip serta kumpulan yang dikawal secara umum bagi kira-kira 20 entiti pengendalian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nikkisoCEIG.com dan www.nikkiso.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15501

UVD ROBOTS MENYERTAI PENAWARAN PENCEGAHAN JANGKITAN GLOBAL ECOLAB UNTUK MELAWAN JANGKITAN YANG DIPEROLEHI DI HOSPITAL






ODENSE, Denmark, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Ketika varian koronavirus baharu merebak, pertumbuhan di dalam permintaan untuk penyelesaian pencegahan jangkitan menggunakan cahaya UV-C diunjurkan akan mencecah $18.94 bilion menjelang 2030, menyaksikan satu kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 59.7% dari 2021 hingga 2030. Yang menyemarakkan lagi permintaan adalah peningkatan di dalam jangkitan yang diperolehi di hospital (HAI) di seluruh dunia yang menyebabkan lebih banyak kematian akibat daripada peningkatan di dalam rintangan antibiotik sekalipun daripada jangkitan yang biasa.

Robot pembasmian kuman UV-C berautonomi telah muncul sebagai satu penyelesaian untuk melengkapkan amalan pembersihan dan pembasmian kuman standard untuk menangani HAI dan keperluan kebersihan yang lebih tinggi akibat daripada pandemik COVID-19. UVD Robots adalah sebuah robot mudah alih, berautonomi sepenuhnya menggunakan cahaya UV-C untuk membunuh virus dan bakteria, menyediakan satu penyelesaian tambahan bagi kawalan dan pencegahan jangkitan.

Sebagai sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian dan perkhidmatan pencegahan jangkitan, Ecolab didorong untuk membantu sistem kesihatan dan hospital meningkatkan kesan terhadap pesakit dan merealisasikan nilai klinikal, operasi dan kewangan melalui satu pendekatan programatik untuk memastikan kebersihan kakitangan dan kemudahan. Ecolab telah mengembangkan portfolio global mereka bagi penyelesaian pencegahan jangkitan untuk memasukkan UVD Robots, di dalam penawaran mereka bagi pelanggan penjagaan kesihatan, termasuk hospital penjagaan, klinik pesakit dalam dan pesakit luar, kemudahan pembedahan ambulatori, dan klinik pemulihan serta kemudahan penjagaan yang lain.

Per Juul Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif bagi UVD Robots, melihat kerjasama Ecolab sebagai satu pengesahan yang luar biasa terhadap kecekapan bagi penyelesaian berautonomi UVD Robots. “Kami sangat teruja kerana kerjasama ini kini berkembang untuk memanfaatkan kemudahan penjagaan kesihatan pada satu skala global,” kata beliau, sambil menambah bahawa teknologi pembasmian kuman UV-C UVD Robots merawat sebuah dewan bedah dalam masa kira-kira lapan hingga lima belas minit.

“UVD Robot menyelesaikan cabaran untuk menempatkan semula dan meminimumkan pembayangan yang sebelum ini menghalang penggunaan komprehensif bagi pembasmian kuman UV-C, sambil menyediakan akses 24/7 kepada pematuhan masa nyata dan laporan keberkesanan bagi prosedur pembasmian kuman,” kata Claus Risager, Pengerusi bagi Lembaga UVD Robots dan Ketua Pegawai Eksekutif di Blue Ocean Robotics.

UVD Robots adalah sebuah anak syarikat bagi satu daripada kumpulan terkemuka dunia di dalam pembangunan robot perkhidmatan untuk profesional, Blue Ocean Robotics. Ecolab adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian dan perkhidmatan air, kebersihan dan pencegahan jangkitan yang melindungi manusia dan sumber penting.

Kit Media: Muat turun imej di sini.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52567592/en

Hubungi

Cornelia Hjortshøj, Penyelaras Perhubungan Awam & Pemasaran
Blue Ocean Robotics
+45 93 10 20 56
ch@blue-ocean-robotics.com

Sumber : Blue Ocean Robotics

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15497

LIGHTCON MELANCARKAN PRAJUALAN NFT UNTUK PERMAINAN BAHARU MEREKA, RISE OF STARS (ROS)




 Table

Rise of Stars (ROS) melancarkan prajualan NFT bagi Pengangkut Kapal Perang pada 27 Januari. Pengangkut Kapal Perang adalah satu item yang menyediakan pelbagai manfaat buf atau menjadikan unsur dalam permainan video lebih berkuasa, kepada kapal perang dan berfungsi sebagai paksi utama di dalam ekosistem token ROS. Prajualan diadakan dua kali di antara 27 Januari dan 17 Februari di Lelongan WEMIX. Sebanyak 1,504 kotak bertuah Pengangkut Kapal Perang NFT akan dijual pada harga diskaun atas dasar siapa cepat dia dapat. (Grafik: Business Wire)


• Prajualan NFT untuk item Pengangkut Kapal Perang ROS bermula pada 27 Januari
• 1,504 kotak bertuah Pengangkut Kapal Perang NFT dijual melalui Lelongan WEMIX
• 1.2 juta Silthereum akan disediakan melalui acara guguran udara, dsb.


SEONGNAM, Korea Selatan, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rise of Stars (ROS), satu permainan mudah alih baharu yang dibangunkan oleh LightCON, sebuah anak syarikat milik WEMADE MAX (Ketua Pegawai Eksekutif Bersama: Hyunguk Chang, Gilhyung Lee) (KOSDAQ: 101730), melancarkan prajualan NFT bagi Pengangkut Kapal Perang pada 27 Januari.

ROS adalah permainan blok rantai 4x pertama yang dikeluarkan pada platform WEMIX. Selain peperangan besar-besaran masa nyata, permainan ini, yang berlatarkan alam semesta yang luas, menampilkan kapal perang dan planet yang direka khas dengan teliti.

Khususnya, ROS menyediakan Silthereum, satu token permainan baharu, dan item ‘Pengangkut Kapal Perang’ yang digunakan NFT. Sebelum perkhidmatan rasmi itu, NFT adalah diprajual.

Pengangkut Kapal Perang, yang membawa sejumlah besar kapal perang, adalah satu item yang menyediakan pelbagai manfaat buf kepada kapal perang itu dan berfungsi sebagai paksi utama di dalam ekosistem token ROS. Ia menawarkan satu fungsi untuk melombong Zarah Silther, yang ditukar dengan Silthereum, token bagi permainan itu. Semakin tinggi tahap Pengangkut Kapal Perang itu, semakin besar jumlah perlombongan Zarah Silther.

Prajualan itu diadakan dua kali di antara 27 Januari dan 17 Februari di Lelongan WEMIX. Sebanyak 1,504 kotak bertuah Pengangkut Kapal Perang NFT akan dijual pada harga diskaun atas dasar siapa cepat dia dapat.

Melalui prajualan pertama itu, 500 kotak bertuah Pengangkut Kapal Perang Tahap 1 dan 252 kotak bertuah Pengangkut Kapal Perang Tahap 2 akan dijual pada harga diskaun 20% dari 27 Januari hingga 3 Februari. Semasa prajualan kedua dari 10 hingga 17 Februari, jumlah yang sama akan dijual pada harga diskaun 10%.

Untuk menandakan prajualan NFT pertama bagi ROS, 1.2 juta token Silthereum akan dipersembahkan melalui satu acara guguran udara. Semua pembeli NFT akan diberikan sejumlah 201,200 token Silthereum. Selain itu, 20,000 pengguna yang turut serta dalam acara komuniti itu akan diberikan 50 token Silthereum setiap satu secara undian.

Pada 12hb, ROS membuka prapendaftaran di Google Play dan Apple App Store di rantau global tidak termasuk Korea dan China, dsb. Untuk meraikan pembukaan bagi prapendaftaran global, satu acara guguran udara yang menawarkan sejumlah satu juta token Silthereum diadakan.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52567077/en

Hubungi

Bagi pihak LightCON
Wemade Co., Ltd.
Young Ahn
+82-2-3709-2065
ay2000@wemade.com

Sumber : LightCON Corp.

Wednesday, January 26, 2022

MODUL MOSFET SILIKON KARBIDA 1200V DAN 1700V TOSHIBA YANG BAHARU DILANCARKAN AKAN MENYUMBANG KEPADA PERALATAN PERINDUSTRIAN YANG LEBIH KECIL DAN LEBIH CEKAP




KAWASAKI, Jepun, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan dua Modul Dwi MOSFET silikon karbida (SiC): “MG600Q2YMS3,” dengan satu penarafan voltan 1200V dan penarafan arus aliran 600A; dan “MG400V2YMS3,” dengan satu penarafan voltan 1700V dan penarafan arus aliran 400A. Produk Toshiba pertama dengan penarafan voltan ini, mereka menyertai MG800FXF2YMS3 yang dikeluarkan sebelum ini dalam satu barisan bagi peranti  1200V, 1700V dan 3300V.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220125005489/en/

Modul baharu itu mempunyai keserasian pemasangan dengan modul IGBT silikon (Si) yang digunakan secara meluas. Ciri-ciri kehilangan tenaga yang rendah memenuhi keperluan bagi kecekapan yang lebih tinggi dan pengurangan saiz dalam peralatan perindustrian, seperti penukar dan penyongsang untuk kenderaan kereta api, dan sistem penjanaan kuasa tenaga boleh diperbaharui.

Penggunaan
  • Penyongsang dan penukar untuk kereta api
  • Sistem penjanaan kuasa tenaga boleh diperbaharui
  • Peralatan kawalan motor
  • Penukar DC-DC berfrekuensi tinggi
Ciri-ciri
  • Pemasangan yang serasi dengan modul Si IGBT
  • Kerugian yang lebih rendah daripada modul Si IGBT
MG600Q2YMS3
VDS(on)sense =0.9V (jenis) @ID=600A, Tch=25°C
Eon=25mJ (jenis), Eoff=28mJ (jenis) @VDS=600V, ID=600A, Tch=150°C

MG400V2YMS3
VDS(on)sense=0.8V (jenis) @ID=400A, Tch=25°C
Eon=28mJ (jenis), Eoff=27mJ (jenis) @VDS=900V, ID=400A, Tch=150°C
  • Termistor NTC terbina dalam 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15504

VENDING MACHINES INTERNATIONAL MEMPEROLEH KOMITMEN MODAL SGD 135 JUTA DARIPADA GLOBAL EMERGING MARKETS (GEM) KETIKA SYARIKAT BERHASRAT UNTUK MENJUAL SAHAM KEPADA UMUM



Table

(Foto: Business Wire)


Syarikat itu Berhasrat untuk Menjual Saham kepada Umum pada tahun akan datang melalui Penggabungan Songsang, atau IPO Tradisional di Bursa Saham Singapura atau Bursa Saham Australia


SINGAPURA, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Vending Machines International (VMI), hari ini mengumumkan satu komitmen modal sebanyak SGD 135 Juta daripada GEM Global Yield LLC SCS (“GGY”), sebuah instrumen pelaburan alternatif persendirian yang berpangkalan di Luxembourg.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220125006251/en/

Di bawah perjanjian itu, GGY akan menyediakan kepada VMI dengan satu Kemudahan Langganan Saham sehingga SGD 135 juta untuk tempoh 36 bulan berikutan satu penyenaraian awam bagi saham biasa VMI. VMI akan mengawal penentuan masa dan jumlah maksimum bagi penggunaan pinjaman di bawah kemudahan ini dan tidak mempunyai obligasi penggunaan pinjaman minimum.

“VMI amat berbesar hati kerana dipilih oleh Kumpulan GEM untuk menerima pelaburan ini. Ia adalah satu penghargaan kepada pengurusan GEM bahawa mereka dengan pantas memahami bahawa dunia sedang bergerak untuk mengeluarkan plastik sekali guna daripada rantaian bekalan. VMI berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memanfaatkan peralihan ini. Dengan dana GEM untuk mengukuhkan kunci kira-kira VMI, VMI akan dapat membantu industri minuman dengan menawarkan satu alternatif yang berdaya maju kepada botol plastik guna sekali pada satu skala global. Pembiayaan ini akan meluaskan jangkauan global kami dan meningkatkan lagi kemudahan penyelidikan dan pembangunan kami ketika kami terus berinteraksi dengan syarikat-syarikat minuman terbesar di dunia.”
Leicester Chatfield – Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif

Maklumat mengenai VMI

Vending Machines International Pte Ltd (VMI) adalah sebuah entiti berdaftar di Singapura yang menyediakan penyelesaian unik di dalam pengagihan air tanpa sisa plastik. Ditubuhkan pada 2015, VMI telah berjaya membangunkan rangkaian kios pendispensan air mereka sendiri di Australia yang direka bentuk untuk memahami sepenuhnya cara untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka dan untuk menguji teknologi VMI itu. Pada peringkat pembangunan mereka yang seterusnya, VMI sedang berpangsi kepada satu strategi label putih dan pelesenan yang sangat berskala yang diperkuatkan oleh minat yang kukuh daripada pemilik jenama FMCG antarabangsa.

Syarikat-syarikat FMCG global telah bertukar kepada bentuk pembungkusan lain seperti bekas tin, botol kaca, kotak kertas, dsb; bagaimanapun, bahan-bahan ini datang dengan tukar ganti. Perlombongan aluminium, sebagai contoh menghasilkan sisa toksik. Botol kaca juga mempunyai jejak karbon daripada proses pengeluaran mereka yang berintensifkan tenaga, dan beratnya yang lebih berat bermakna ia juga menghasilkan lebih banyak pelepasan semasa pengangkutan berbanding dengan plastik. Oleh itu, mengisi semula botol-botol boleh guna semula adalah satu-satunya pilihan berimpak rendah. Sudah tiba masanya untuk dunia beralih daripada penyelesaian “pakai buang” dan “boleh dikitar semula” kepada “boleh guna semula” dan VMI berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi peneraju dunia di dalam usaha ini.

Ibu pejabat VMI adalah di Singapura. Thailand adalah pangkalan syarikat itu untuk pembuatan, pembangunan perisian dalaman kami dan sebuah pasukan penyelidikan dan pembangunan yang besar dan berpengalaman.

VMI juga mempunyai sebuah operasi di Australia yang memberi tumpuan kepada pasaran Australasia. VMI juga mempunyai sebuah pasukan penyelidikan dan pembangunan yang telah membangunkan mesin air layan diri yang pertama di dunia yang tidak memerlukan pengisian semula kerana ia ekstrak airnya dari atmosfera.

Maklumat mengenai GEM

Global Emerging Markets (“GEM”) adalah sebuah kumpulan pelaburan alternatif persendirian bernilai $3.4 bilion yang berpangkalan di Luxembourg dengan mempunyai pejabat di Paris, New York dan Bahamas. GEM menguruskan satu set instrumen pelaburan yang pelbagai yang tertumpu kepada pasaran baru muncul dan telah menyelesaikan lebih 480 urus niaga di lebih 70 buah negara. Setiap instrumen pelaburan mempunyai tahap kawalan operasi, pulangan terlaras risiko dan profil kecairan yang berbeza. Keluarga bagi dana dan instrumen pelaburan menyediakan GEM dan rakan kongsi mereka dengan pendedahan kepada: Pembelian Pengurusan Modal Kecil-Pertengahan, Pelaburan Persendirian dalam Ekuiti Awam dan pelaburan usaha niaga terpilih. Untuk maklumat lanjut: http://www.gemny.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220125006251/en/

Hubungi

VMI
Encik Leicester Chatfield
lc@vmi.asia

Global Emerging Markets
Encik Jean-Luc Bonnefoy
jbonnefoy@gemny.com

Sumber : Vending Machines International Pte Ltd

BITMEX MENGALU-ALUKAN KETUA PERDAGANGAN YANG BAHARU BILL BELLER

BitMEX Mengalu-alukan Ketua Perdagangan yang Baharu Bill Beller (Foto: Business Wire)


MAHE, Seychelles, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform pelaburan kripto BitMEX sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Bill Beller sebagai Ketua Perdagangan, berkuat kuasa 1 Januari. Bill bertanggungjawab untuk menerajui strategi perdagangan syarikat itu dan mengembangkan pasukan perdagangan BitMEX dan keupayaan mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220125005650/en/

Sebelum menyertai BitMEX, Bill adalah Pengarah Urusan di Greenville Advisory selama hampir lima tahun, di mana beliau telah membantu syarikat permulaan FinTech melancarkan platform pertukaran kripto dan memenuhi keperluan kawal selia yang berkembang. Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Urusan - Ketua bagi Ekuiti untuk Sberbank CIB dan Pengarah Urusan, Ketua bagi Perdagangan Aliran Derivatif Ekuiti EEMEA di UniCredit. Beliau membawa pengalaman lebih satu dekad di dalam pengurusan risiko, membina infrastruktur perdagangan, dan menguruskan pelaburan ekuiti dan derivatif merentasi pasaran modal global.


​PEMENANG HADIAH JEPUN 2022 DIUMUMKAN

TOKYO, 25 Jan., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Yayasan Hadiah Jepun mengumumkan pemenang bagi hadiah Jepun 2022 pada 25 Januari. Prof. Katalin Kariko (Hungary/Amerika Syarikat) dan Prof. Drew Weissman (Amerika Syarikat) adalah pemenang bersama bagi Hadiah Jepun dalam bidang “Bahan dan Pengeluaran,” dan Prof. Christopher Field (Amerika Syarikat) telah dianugerahkan dengan Hadiah Jepun dalam bidang “Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar.”

- Dalam bidang Bahan dan Pengeluaran

Prof. Katalin Kariko
https://kyodonewsprwire.jp/img/202201075829-O3-9jI7uI4q
 
Prof. Drew Weissman
https://kyodonewsprwire.jp/img/202201075829-O2-U7e24Ing
 
- Dalam bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar

Prof. Christopher Field
https://kyodonewsprwire.jp/img/202201075829-O1-23624s9r
 
Dengan hadiah tahun ini, Kariko dan Weissman telah diiktiraf di atas sumbangan penyelidikan perintis mereka kepada pembangunan vaksin mRNA, dan Field diiktiraf di atas sumbangan beliau yang cemerlang terhadap anggaran bagi produktiviti biosfera global dan sains perubahan iklim menggunakan formula termaju berdasarkan kepada pemerhatian.

Pada tahun ini, Yayasan itu meminta kira-kira 15,500 saintis dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia untuk mencalonkan penyelidik yang bekerja dalam bidang-bidang untuk tahun ini, dan ia menerima 208 pencalonan dalam bidang Bahan dan Pengeluaran, dan 138 pencalonan untuk bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar. Pemenang tahun ini telah dipilih daripada sejumlah 346 calon.

Maklumat mengenai Hadiah Jepun
 
Penubuhan Hadiah Jepun itu telah didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan  sebuah anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan banyak sumbangan, Yayasan Hadiah Jepun menerima pengesahan daripada Pejabat Kabinet pada tahun 1983.

Hadiah Jepun dianugerahkan kepada saintis dan jurutera dari seluruh dunia yang telah membuat pencapaian kreatif dan dramatik yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara signifikan untuk merealisasikan keamanan dan kemakmuran bagi manusia sejagat. Penyelidik di dalam semua bidang sains dan teknologi layak bagi anugerah itu, dengan dua bidang dipilih setiap tahun dengan mengambil kira trend semasa di dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah itu, dan menerima sijil, pingat, dan hadiah wang. Setiap Majlis Penganugerahan dihadiri oleh Maharaja dan Maharani semasa, ketua bagi tiga cabang kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, dan wakil daripada pelbagai elemen masyarakat yang lain.
 
SUMBER: Yayasan Hadiah Jepun 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15495

WHR GROUP, INC. MENAWARKAN SEMAKAN DASAR PENEMPATAN SEMULA PEKERJA SECARA PERCUMA

MILWAUKEE, 26 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- WHR Group, Inc. (WHR), peneraju dalam industri penempatan semula pekerja global, menawarkan syarikat semakan dasar penempatan semula secara percuma. WHR juga akan membantu syarikat mewujudkan dasar baharu dari awal. Walaupun terkesan dengan pandemik Covid, syarikat masih memindahkan pekerja untuk mengisi peranan penting. Menyemak semula dasar penempatan semula dan membuat pelarasan kritikal membantu organisasi menang dalam persaingan untuk bakat, memenuhi keperluan pekerja, penanda aras terhadap persaingan dan mengawal kos perniagaan.

Dasar penempatan semula harus dimasukkan ke dalam jumlah ganjaran organisasi dan strategi pengurusan bakat. Dasar penempatan semula yang betul boleh membantu syarikat, manakala dasar yang lemah – atau tiada sama sekali – boleh memberi kesan negatif kepada kadar kejayaan pengambilan calon. “Dengan saingan bakat semasa, ia penting untuk mempunyai program penempatan semula yang berstruktur dan kompetitif. Ini membantu syarikat menarik dan mengekalkan bakat terbaik,” kata Pengurus Serantau Pembangunan Perniagaan WHR, Ben Koceja. Memastikan dasar penempatan semula memenuhi keperluan pemindahan dalam membantu mengurangkan tekanan pemindahan supaya pekerja dapat menumpukan perhatian pada peranan kerja di lokasi baharu mereka.

WHR GROUP, INC. MENAWARKAN SEMAKAN DASAR PENEMPATAN SEMULA PEKERJA SECARA PERCUMA

Tuesday, January 25, 2022

RESTORAN TONY ROMA'S YANG TERKENAL DAN LEGENDA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50

Selepas mengumumkan pasukan kepimpinan baharunya, Tony Roma merancang untuk pertumbuhan masa depan apabila syarikat itu mencapai ulang tahun detik pentingnya dan mempunyai misi untuk terus menyediakan pelanggan dengan pengalaman menjamu selera bertaraf dunia 

ORLANDO, Fla., 25 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Romacorp, Inc., syarikat induk bagi Tony Roma’s®, konsep jamu selera kasual terbesar di dunia dan jenama restoran yang diiktiraf secara meluas yang mengkhusus dalam rusuk, meraikan ulang tahunnya yang ke-50. Pada 20 Januari 1972, pengasas syarikat Tony Roma membuka restoran utamanya, Tony Roma's, di Miami Utara, Florida. Restoran itu dengan pantas menjadi salah sebuah restoran paling popular di Miami dan mewujudkan peluangnya di pasaran.

Kini, selepas 50 tahun pertumbuhan yang berjaya dan pengembangan di seluruh dunia, syarikat itu meraikan menjadi salah satu nama yang paling dikenali dalam industri restoran.

“Apa cara yang lebih baik untuk memulakan 2022 selain meraikan detik monumental ini untuk jenama kami yang berusia 50 tahun,” ujar Ramon Bourgeois, Ketua Pegawai Eksekutif (Pemangku) & COO Romacorp, Inc. Melihat ke hadapan untuk 50 tahun tambah akan datang, kami menumpukan kepada pertumbuhan, konsep baharu yang segar, pengalaman menjamu selera yang mesra keluarga dan terus menghidangkan rusuk kami yang bersos dan berperisa. Kami tidak sabar untuk membawa keluarga bersama di sekeliling meja untuk tahun-tahun yang akan datang.”

Tony Roma's gembira dan berbesar hati kerana orang kenamaan termasuk Wakil A.S., Val Demings mengucapkan tahniah kepada jenama itu, yang telah berkhidmat untuk keluarga dan komuniti tempatan di Florida dan di seluruh dunia selama lima dekad. 

Tony Roma's ialah destinasi menjamu selera mesra keluarga dengan perkhidmatan penuh yang berada di 5 benua yang menyajikan menu klasik kegemaran seperti Kicking shrimp, Onion Loaf, Miami Burger, Sizzling Ribeye & Romaritas. Baru-baru ini, jenama itu mengumumkan pasukan kepimpinan berwawasan baharunya, yang membuka jalan bagi bab pertumbuhan jenama seterusnya untuk mengembangkan jenama dan portfolio pengalaman menjamu selera Tony Roma's. 

Monday, January 24, 2022

JIADING DI SHANGHAI MEMBERI TUMPUAN KEPADA SEL BAHAN API HIDROGEN DAN ICV, MENINGKATKAN INDUSTRI AUTOMOBIL



SHANGHAI, 24 Jan., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--


Daerah Jiading di Shanghai di timur China mengeluarkan dasar-dasar untuk menggalakkan pembangunan industri automobil yang menampilkan elektrifikasi, automasi, sambungan rangkaian dan perkongsian pada satu persidangan pada Rabu, dan satu pelan tindakan juga dikeluarkan untuk mempercepatkan pembangunan bagi kenderaan sel bahan api hidrogen, menurut Suruhanjaya Ekonomi Daerah Jiading.
 
Melalui usaha dalam menaik taraf industri automobil mereka, Daerah Jiading telah membentuk satu asas industri yang kukuh dan rantaian industri yang dinamik.

Syarikat-syarikat terkemuka di dalam industri itu telah berkumpul di daerah itu untuk menggalakkan pembangunan industri automobil di dalam empat aspek utama iaitu elektrifikasi, automasi, sambungan rangkaian dan perkongsian. Ini termasuk SAIC Volkswagen, Volvo, NIO, Li Auto, Horizon Robotics, Shanghai Hydrogen Propulsion Technology, dsb.

Daerah Jiading juga telah memperoleh kelebihan utama di seluruh negara dari segi menyediakan kemudahan sokongan untuk industri automobil, dengan projek utama seperti satu-satunya zon perintis antarabangsa China untuk kenderaan elektrik, zon perintis pertama di China untuk kenderaan bersambung pintar (ICV) yang diluluskan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, stesen mengisi minyak hidrogen tetap yang pertama di China dengan rekod tempoh operasi selamat yang paling panjang, dsb.

Pada masa hadapan, daerah itu akan mengembangkan lagi kekuatan mereka di dalam industri automobil dengan membawa inovasi, perkhidmatan dan sumber mereka ke satu tahap yang lebih tinggi, berusaha untuk meningkatkan kecekapan global dan menjanakan lebih banyak teknologi dan piawaian baharu untuk industri itu.
 
Sumber: Suruhanjaya Ekonomi Daerah Jiading
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=413060
 
   Kapsyen: Shanghai Hydrogen Propulsion Technology Co., Ltd.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15491

EXPEREO MELANCARKAN SD-WAN GATEWAYS

 Mengembangkan portfolio perkhidmatan terurusnya


AMSTERDAM, Belanda, 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Expereo, penyedia global terkemuka bagi penyelesaian Internet terurus, SD-WAN, SASE dan Cloud Access, mengumumkan pelancaran SD-WAN Gateways. Perkhidmatan baharu ini meningkatkan prestasi SD-WAN untuk perusahaan yang mempunyai jejak global untuk menyokong strategi berbilang awan mereka dan meningkatkan prestasi aplikasi.

SD-WAN Gateways membolehkan rangkaian global perusahaan mempertingkatkan pengalaman SD-WAN antara pusat data dan tapak hab di peringkat serantau dan global, tanpa menjejaskan prestasi dalam negara. Perusahaan boleh menggabungkan penyelesaian SD-WAN sedia ada mereka dengan Expereo SD-WAN Gateways, untuk mengoptimumkan pengalaman aplikasi pengguna akhir dan mengurangkan kos operasi.

Perkhidmatan baharu ini memanfaatkan tawaran perkhidmatan SD-WAN terurus Expereo yang dilengkapi dengan teknologi pengoptimuman penghalaan BGP pintar proprietari, mengoptimumkan capaian SaaS dan akses kepada awan awam dan peribadi, mengatasi had internet.

“Perniagaan sedang memasuki era berbilang awan yang tidak membolehkan internet untuk sentiasa memberikan kualiti yang konsisten untuk membolehkan aplikasi mereka berfungsi dengan lancar. Salah satu faedah utama SD-WAN Gateways ialah dapat menggabungkan infrastruktur rangkaian berskala dengan prestasi WAN yang dipertingkatkan yang meningkatkan prestasi aplikasi anda. Ini menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi,” komen Sander Barens, CPO Expereo.

Seperti yang dijelaskan oleh Thomas Jongerius, Ketua Teknikal SD-WAN/SASE di Expereo “Banyak perusahaan menghadapi pengalaman aplikasi yang lemah disebabkan oleh prestasi Internet yang tidak dapat diramalkan yang mengakibatkan kos IT dan sokongan yang tinggi untuk perniagaan yang beroperasi secara global. Perkhidmatan SD-WAN Gateways baharu kami adalah mengenai mendapatkan prestasi aplikasi terbaik di seluruh rangkaian anda.”

Dengan SD-WAN Gateways, Expereo mengembangkan penawaran perkhidmatan terurusnya, mengambil langkah baharu ke arah memudahkan ketersambungan awan global.

Perihal Expereo

Expereo ialah pembekal terkemuka bagi penyelesaian rangkaian terurus, termasuk perkhidmatan ketersambungan internet Global, SD-WAN, SASE dan Cloud Access Optimization. Expereo ialah rakan kongsi yang dipercayai bagi 30% syarikat Fortune 500 dan mengkuasakan perusahaan serta tapak kerajaan di seluruh dunia, membantu meningkatkan produktiviti setiap perniagaan dengan prestasi Internet yang fleksibel dan optimum. Pada bulan Februari 2021, Vitruvian Partners, sebuah firma modal pertumbuhan dan beli habis antarabangsa, memperoleh pegangan kepentingan majoriti dalam Expereo, bersama firma ekuiti swasta Eropah terkemuka, Apax Partners SAS dan pengurusan syarikat.

LinkedIn | Twitter |

Hubungi:
Emese Csikai
+44 7518 293463
emese@grammatikagency.com

SUMBER: Expereo

TACONIC BIOSCIENCES MENAMBAH MODEL SISTEM IMUN TERINSAN (HIS) BAHARU PADA PORTFOLIONYA UNTUK PENYELIDIKAN IMUNO-ONKOLOGI

Model EA huNOG-EXL Baharu Memanjangkan Jendela Kajian Dengan Ketara

RENSSELAER, N.Y., 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan dadah, mengumumkan pelancaran mencit sistem imun terinsan (HIS) huNOG-EXL EA (Akses Awal). Produk ini mengembangkan portfolio HIS yang digunakan secara meluas oleh Taconic. huNOG-EXL EA memanjangkan jendela kajian dengan ketara yang membolehkan model mencit HIS keturunan mieloid digunakan dengan jayanya.

Model huNOG-EXL Taconic menyokong sel mieloid dan limfoid manusia, menjadikan mencit ini amat berguna untuk penyelidikan imuno-onkologi dan aplikasi berkaitan imun yang lain. Dengan jangka hayat terpanjang bagi mana-mana model HIS yang menyokong mieloid, model huNOG-EXL asal (kini dipanggil huNOG-EXL SA, atau Standard Access) telah berjaya digunakan dalam penyelidikan penemuan ubat praklinikal sejak tahun 2016. Model huNOG-EXL SA disediakan selepas langkah kawalan kualiti pada 10 minggu selepas pasca engrafmen. Maklum balas daripada pengguna mencadangkan aplikasi penyelidikan yang memerlukan garis masa kajian yang panjang terutamanya atau pengimportan ke kawasan yang mempunyai tempoh kuarantin yang panjang menimbulkan halangan eksperimen dan logistik yang boleh mengehadkan penggunaan model Akses Standard (SA).

Model huNOG-EXL EA baharu menyingkirkan cabaran tersebut dengan menyediakan akses kepada mencit huNOG-EXL sejurus selepas engrafmen, memanjangkan jendela kajian yang berguna. Ini menjadikan huNOG-EXL EA ideal untuk engrafmen tumor yang tumbuh perlahan, paradigma rawatan yang lebih panjang atau pelbagai penyesuaian kajian. Akses awal kepada model keturunan mieloid lanjutan juga berfaedah kepada penyelidik yang menghadapi kuarantin pengimportan model, yang sebaliknya akan menggunakan sebahagian besar jendela kajian berguna untuk mencit ini. Oleh kerana model huNOG-EXL EA dihantar sebelum langkah QC engrafmen boleh dilakukan, ia dibuat menggunakan sel daripada penderma yang telah disahkan sebelum ini untuk engraf dengan baik untuk mengurangkan risiko kegagalan engrafmen.

"Model huNOG-EXL EA memenuhi keperluan saintifik kritikal untuk penyelidik yang menjalankan penyelidikan imuno-onkologi atau mengkaji penyakit berkaitan imun yang lain," ujar Dr Michael Seiler, naib presiden produk komersial di Taconic. "Selepas menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang meluas, bersama-sama dengan ujian beta yang ketat dengan beberapa rakan kongsi industri, Taconic teruja untuk kini menawarkan model baharu dan mengembangkan kegunaan mencit terinsan yang unik ini."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang model huNOG-EXL EA Taconic, sila hubungi kami di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

TACONIC BIOSCIENCES MENAMBAH MODEL SISTEM IMUN TERINSAN (HIS) BAHARU PADA PORTFOLIONYA UNTUK PENYELIDIKAN IMUNO-ONKOLOGI

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...