Tuesday, January 4, 2022

VEGANZONE AKAN MENGEMBANGKAN KOMUNITI VEGAN DI 196 BUAH NEGARA!




Table

(Grafik: Business Wire)


NEW YORK, 4 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VEGANZONE, sebuah “aplikasi super” yang sangat diperlukan bagi mereka yang mengamalkan sebuah gaya hidup vegan – vegetarian, melengkapkan Proses Beta dan memulakan pelancarannya di 196 buah Negara untuk mengembangkan Komuniti Vegan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220103005333/en/

Dilancarkan di Dunia untuk menghubungkan hampir 100 juta orang vegan di seluruh dunia, VEGANZONE adalah sebuah platform aplikasi super di mana pengguna yang berasaskan tumbuh-tumbuhan boleh menikmati perkongsian nilai bersama, menemui restoran, produk, acara, berita, resipi dan orang yang berdekatan!

Pengimbas Produk Vegan & Bebas Daripada Kekejaman, Kalkulator Vegan, Pemakanan, Restoran Berdekatan, Resipi, Berita mengenai Vegan adalah di antara ciri-ciri yang paling disukai.

Tiada Vegan di dunia akan berasa keseorangan lagi!

“Veganzone berada di sini untuk memastikan semua orang yang berminat di dalam sebuah gaya hidup berasaskan tumbuh-tumbuhan berasa selesa seperti di rumah, boleh bertanya soalan, boleh belajar dengan mudah dan berkongsi pengalaman mereka kerana kami mahu Veganisme boleh diakses oleh semua orang,” kata Pengasas & Usahawan Veganzone Murat Aksu .

“Aplikasi itu juga digalakkan kepada vegetarian, kerana ramai di antara mereka sedang mempertimbangkan untuk secara habis-habisan bebas daripada kekejaman dan bertukar menjadi vegan, dan itulah sebabnya bilangan vegan di seluruh dunia menunjukkan satu peningkatan yang mendadak. Veganzone tersedia secara percuma di Google Play Store dan App Store. Datang dan sertai kami!” kata beliau.

#3 Produk Terbaik Bulan Ini dari 2.880 produk di Producthunt.com

Veganzone telah dinamakan sebagai produk terbaik hari ini, produk terbaik minggu ini dan produk ketiga terbaik bulan itu, masing-masing daripada 2,880 produk di Producthunt.com pada Mac.

Veganzone telah diasaskan di New York pada Mac 2021, oleh Selin Tuyen, Murat Aksu, dan Ogous Chan Ali. Veganzone, yang menerima pelaburan pertama mereka daripada Focus Global Project dengan satu Penilaian sebanyak $3 juta pada Mac, sedang menganjurkan satu pusingan pelaburan baharu untuk pelabur baharu pada Februari 2022.

JUMLAH VEGAN

Sekiranya pergerakan itu mengekalkan kadar pertumbuhan semasa mereka, dalam tempoh 10 tahun, sekurang-kurangnya satu daripada lima orang akan menjadi vegan.

Satu tinjauan yang dijalankan untuk Veganuary mendapati bahawa 32% rakyat Amerika merancang untuk makan lebih banyak makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan pada tahun 2022.

Anggaran terkini mendakwa terdapat 100 juta vegan di dunia, dan 800 juta vegetarian.

Jumlah bilangan vegan, vegetarian, dan semua kategori yang berkaitan, adalah hampir 14 peratus daripada populasi dunia - dan ia berkembang setiap hari.

HIPERPAUTAN

www.veganzone.com

https://www.vegansociety.com/news/media/statistics

https://www.vegansociety.com/news/media/statistics/worldwide

https://thevou.com/lifestyle/2019-the-world-of-vegan-but-how-many-vegans-are-in-the-world/


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220103005333/en/

Hubungi

Hubungi untuk media:
Anna Cohen
Bwo
anna@bwo.net
+1-917-423-5804


Sumber : Veganzone

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...