KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) telah diiktiraf sekali lagi sebagai salah satu majikan yang paling berinspirasi melalui pelbagai anugerah berprestij yang telah dimenangi.
- HR Asia – Majikan Terbaik di Asia 2021: Anugerah Emas (tahun ke-5 berturut-turut)
- Graduan Brand Awards – 3 Majikan Paling Digemari Di Malaysia (kategori insurans)
- HR Excellence Awards 2021
o Kecemerlangan dalam Penglibatan Pekerja – Anugerah Emas
o Kecemerlangan dalam Transformasi Digital – Finalis
o Kecemerlangan dalam Kesejahteraan Tempat Kerja – Finalis
Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf syarikat yang mempamerkan amalan HR yang patut dicontohi, tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan kecemerlangan tempat kerja. Penerima anugerah dipilih berdasarkan penilaian holistik yang ketat oleh panel pengamal industri, termasuk proses pengundian yang adil daripada para pekerja dan orang awam.
Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkata kemenangan berturut-turut yang menjadi rebutan ini mencerminkan usaha gigih AXA untuk membina tempat kerja global di mana semua orang boleh berkembang dan melangkah maju bersama dalam komuniti yang berpelbagai.
“Sebagai sebuah organisasi yang inovatif dan tangkas, kami bukan sahaja komited untuk melindungi kepentingan pelanggan kami, malah kami juga mengutamakan keperluan kakitangan kami yang merupakan penggerak utama di sebalik semua usaha kami. Kami percaya ‘minda perkembangan’ adalah amat penting, ia merupakan langkah pertama ke arah memacu daya tahan, kebolehsesuaian dan ketangkasan kakitangan kami dalam norma baharu,” tambah Emmanuel.

No comments:
Post a Comment