Thursday, January 20, 2022

PARSE BIOSCIENCES MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN KUMPULAN RESEARCH INSTRUMENTS UNTUK MENAWARKAN KIT PENJUJUKAN RNA DI SINGAPURA DAN RANTAU ASIA TENGGARA

Sebelum ini tersedia di Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand, perkongsian untuk mempercepatkan lagi penyelidikan genom sel tunggal di rantau APAC

SEATTLE, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Parse Biosciences, sebuah syarikat yang menyediakan penyelidik dengan penyelesaian penjujukan sel tunggal, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Research Instruments Pte Ltd untuk menyediakan Kit Transkriptom Seluruh Evercode (WTK), Kit Penetapan Sel dan Kit Penetapan Nuklei Parse kepada pasaran di Singapura dan Asia Tenggara.

Di bawah satu perjanjian di antara kedua-dua pihak itu, Research Instruments telah dilantik sebagai sebuah pengedar bagi portfolio produk Parse untuk Singapura, Thailand, Malaysia dan Vietnam.

Research Instruments akan menyediakan perkhidmatan pelanggan, sokongan teknikal, jualan dan pemasaran, pengedaran, dan usaha logistik yang berkaitan untuk portfolio Parse Bioscience bagi penyelidikan genom sel tunggal.

Research Instruments adalah pengedar utama bagi produk penyelidikan genom dan sains hayat di Asia Tenggara, dengan pelbagai pasukan teknikal dan perhubungan sokongan pelanggan yang mantap di seluruh rantau itu. Misi teras mereka adalah untuk memperkenal dan mempercepatkan penggunaan peranti penyelidikan sains hayat yang inovatif ke pasaran mereka.

Pada awal 2021, Parse Biosciences memperkenalkan Kit Transkriptom Seluruh mereka kepada pasaran yang menampilkan Evercode: teknik kombinasi pengekodan palang mereka yang dipatenkan. Pada Oktober 2021, mereka mengembangkan penawaran itu untuk memasukkan Transkriptom Mega Seluruh Evercode, yang membolehkan penyelidik untuk membuat profil sehingga 1,000,000 sel secara selari, dan Transkriptom Mini Seluruh Evercode, sebuah kit yang digunakan untuk memprofilkan sehingga 10,000 sel secara selari untuk kajian skala yang lebih kecil pada titik harga peringkat permulaan.

“Satu keutamaan penting untuk pasukan Parse ialah kebolehcapaian–bukan sahaja dalam sejauh mana pelanggan boleh mula menggunakan teknologi itu, tetapi juga dengan sebuah pasukan yang menyokong penuh usaha mereka,” kata Alex Rosenberg, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi Parse Biosciences. “Kami sangat teruja kerana Research Instruments berkongsi visi kami untuk menawarkan teknologi penjujukan RNA sel tunggal yang boleh skala dan mudah disesuaikan kepada sebuah pasaran yang luas.”

“Di RI, kami komited untuk menyediakan akses kepada teknologi berinovatif,” kata Greg Kent, Ketua Pegawai Eksekutif di Research Instruments. “Penyelesaian penjujukan itu bagi Parse Biosciences memudahkan aliran kerja tanpa mengorbankan resolusi, dan dengan pasukan jualan teknikal dan pasukan sokongan aplikasi kami yang terlatih dan berpengalaman di dalam aplikasi genom sel tunggal, platform Parse Bioscience itu kini menjadi mudah diakses oleh mana-mana saintis di rantau itu.”

Parse Biosciences and Research Instruments akan menganjurkan satu webinar pengenalan teknikal untuk Asia Tenggara pada 20 Januari, 2022 jam 10:00 PAGI SGT. Ketahui lebih lanjut tentang Parse Biosciences dan keupayaan platform mereka di https://www.parsebiosciences.com/,  atau hubungi Research Instruments di https://www.ri.com.sg/.

Maklumat mengenai Parse Biosciences

Parse Biosciences adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Seattle dengan misi untuk mempercepatkan kemajuan di dalam kesihatan manusia dan penyelidikan saintifik.

Teras syarikat kami adalah pendekatan perintis kami untuk penjujukan sel tunggal. Penjujukan sel tunggal telah membolehkan penemuan inovatif yang telah membawa kepada pemahaman baharu tentang rawatan kanser, pembaikan tisu, terapi sel stem, penyakit buah pinggang dan hati, perkembangan otak dan sistem imun. Di Parse Biosciences, kami menyediakan penyelidik dengan keupayaan untuk melakukan penjujukan sel tunggal dengan skala dan kemudahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: https://www.parsebiosciences.com/.

Maklumat mengenai Research Instruments

Research Instruments Pte Ltd adalah sebuah pengedar utama bagi instrumen saintifik dan bio-reagen untuk penyelidikan sains hayat, dengan satu tumpuan menyediakan peralatan dan teknologi generasi akan datang dengan sokongan yang terbaik dalam kelasnya untuk aplikasi, perkhidmatan penyelenggaraan dan latihan. Ditubuhkan pada tahun 1989 dan mempunyai pejabat di seluruh Asia Tenggara, Research Instruments Pte Ltd adalah diperakui GDP-MDS untuk pengedaran peranti Dx dan Perubatan, bizSAFE untuk perkhidmatan kejuruteraan, dan menawarkan pergudangan yang mematuhi GMP dan Diperakui ISO 9001 dan logistik rantaian sejuk untuk pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ri.com.sg/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15483

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...