Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains Mary Kay (Foto: Mary Kay Inc.)
Mary Kay Membentangkan Penyelidikan Di Dua Persidangan Berprestij: Di Kongres Dunia Perubatan Estetik & Anti-Penuaan (AMWC) ke-19 Dan Di Persatuan Eropah bagi Penyelidikan Dermatologi (ESDR)
DALLAS, 14 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., satu daripada syarikat penjagaan kulit yang berinovatif di dunia, telah mengambil bahagian dalam dua persidangan Eropah yang ternama pada penghujung 2021. Pada Kongres Dunia Perubatan Estetik & Anti-Penuaan ke-19, Mary Kay Inc. mengemukakan sebuah poster saintifik berhubung penggunaan dan toleransi bagi sebuah formula retinol yang sangat pekat dalam kulit Asia. Mary Kay Inc. juga bekerjasama dengan Persatuan Eropah bagi Penyelidikan Dermatologi (ESDR) dalam menaja Pemimpin Masa Depan dalam Simposium Dermatologi pada persidangan Tahunan ke-50 mereka. Pada persidangan ini, Mary Kay Inc. berkongsi hasil daripada satu kajian klinikal terkini yang menunjukkan keupayaan satu perumusan kosmetik untuk mengurangkan gejala yang berkaitan dengan kulit sensitif.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220113005071/en/
Kongres Dunia Perubatan Estetik & Anti-Penuaan ke-19 itu berlangsung dari 16-18 September 2021, di Monte Carlo dan telah diadakan di bawah Naungan Tinggi H.S.H. Putera Albert II dari Monaco. Hadirin pada persidangan ini diperluaskan kepada beberapa profesion termasuk pakar dermatologi, pakar bedah plastik dan kosmetik, doktor anti-penuaan, dan pengamal estetik dan am. Lebih 8,300 orang peserta dari 130 buah negara menyertai persidangan itu, secara bersemuka dan secara maya. Platform digital itu menawarkan satu pengalaman maya yang mengasyikkan yang melengkapkan persembahan fizikal yang membolehkan hadirin untuk menyertai pameran digital dan menonton bengkel tanpa mengira jarak atau sekatan perjalanan.
Saintis Mary Kay berbangga untuk berkongsi penyelidikan terbaharu mereka tentang penggunaan retinol dan toleransi pada persidangan ini. Dengan menggunakan satu produk protokol retinisasi secara beransur-ansur pada individu Asia, terdapat satu peningkatan dalam penampilan keseluruhan kulit mereka serta pengurangan hiperpigmentasi pasca keradangan – satu kebimbangan biasa apabila menggunakan retinol, terutamanya pada warna kulit.
“Retinol ialah satu ramuan penjagaan kulit standard emas dengan banyak manfaat yang terbukti, tetapi pengalaman dan toleransi bagi satu produk retinol tidak sama untuk setiap orang. Bagi individu yang bimbang tentang potensi kerengsaan atau hiperpigmentasi, hasil kajian ini menawarkan penyelesaian yang berpotensi. Saya sangat teruja untuk berkongsi penyelidikan ini dengan komuniti saintifik di seluruh dunia pada Kongres Dunia AMWC ke-19 untuk berkongsi penyelidikan berinovatif kami dengan profesional dalam sains kulit dan penuaan,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc.
“AMWC 2021 menampilkan satu program perubatan estetik dan anti-penuaan pelbagai aspek yang bertujuan untuk mempromosikan pendidikan berterusan peringkat tinggi dan kami gembira kerana Mary Kay telah turut serta pada tahun ini. Kami berharap kami telah berjaya membantu memberikan inspirasi kepada pertukaran idea baharu dan perkongsian ‘pengetahuan’ dalam bidang ini di peringkat global”, kata Catherine Decuyper, Pengasas dan Presiden EuroMediCom. “Saya berterima kasih kepada pasukan kami, rakan kongsi global kami, para hadirin, dan komuniti saintifik secara amnya di atas sumbangan mereka dan peluang bagi berkhidmat kepada mereka dan keperluan perubatan estetik dan anti-penuaan mereka.”
Berikutan kejayaan AMWC 2021, EuroMediCom akan menganjurkan AMWC 2022 dari 31 Mac hingga 2 April, 2022, dalam satu format hibrid sekali lagi bagi membolehkan perwakilan dari seluruh dunia menyertai mereka untuk edisi ke-20 bagi kongres estetik dan anti penuaan mereka yang terkemuka di dunia. Pendaftar boleh memilih untuk hadir secara bersemuka atau menonton sesi penstriman langsung dari mana-mana sahaja di dunia.
Persidangan tahunan Persatuan Eropah bagi Penyelidikan Dermatologi (ESDR) itu diadakan di Eropah setiap tahun pada setiap September. Pada tahun 2021, disebabkan oleh sekatan perjalanan dan langkah berjaga-jaga COVID-19, mesyuarat tahunan berlangsung secara maya sepenuhnya dari 22-25 September, 2021. ESDR menyokong dermatologi penyiasatan dengan matlamat untuk meningkatkan kesihatan pesakit yang menghidap pelbagai penyakit kulit dan penyakit berjangkit dan gangguan imun. Selain membentangkan penyelidikan, Mary Kay juga dapat menaja satu simposium Pemimpin Masa Depan dalam Dermatologi yang memulakan persidangan itu.
Saintis Utama Bersekutu Geetha Kalahasti di Mary Kay Inc. berkongsi hasil bagi satu kajian klinikal baru-baru ini yang menilai kesan bagi satu perumusan baharu yang mengandungi gabungan lipid yang sama dengan nisbah semula jadi kulit, satu antagonis nosiseptor (TRPV-1), dan ekstrak botani yang mengurangkan ekspresi sitokin proinflamatori.
“Di Mary Kay, kami komited untuk memahami biologi kulit dan mereka bentuk produk baharu yang memenuhi keperluan kulit. Satu bidang tumpuan yang berterusan ialah hubungan di antara kulit sensitif dan fungsi penghalang kulit,” kata Kalahasti. “Setiap bahan ini menyasarkan satu laluan biologi tertentu yang menyumbang kepada kemerahan kulit. Penemuan itu mendedahkan bahawa pendekatan pelbagai aspek ini membantu menguatkan penghalang kulit yang terjejas dan mengurangkan ketidakselesaan yang berkaitan dengan kulit sensitif.”
“Bagi pihak lembaga ESDR, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mary Kay di atas sokongan ESDR dan sumbangan murah hati kepada aktiviti ESDR. Satu daripada aktiviti yang paling penting bagi Persatuan kami adalah untuk mempromosikan pembentangan bagi data dan idea penyelidikan baharu, dan kami gembira kerana Mary Kay menjadi sebahagian daripada acara ini,” kata Leopold Eckhart, Pengerusi, Jawatankuasa Program Saintifik ESDR.
Simposium khusus ini membantu menghubungkan penyelidik muda dengan saintis terkenal dalam dermatologi dan menggalakkan kerjasama sedemikian – satu tumpuan yang sangat penting kepada Mary Kay Inc.
MAKLUMAT MENGENAI MARY KAY
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka menuju kebebasan ekonomi melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di Facebook, Instagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.
MAKLUMAT MENGENAI EUROMEDICOM
EuroMediCom, yang diwujudkan pada 1999 dan merupakan sebahagian daripada Pameran Informa sejak 2010, berdedikasi untuk mempromosikan Sains Hayat dan pengetahuan melalui Latihan, Persidangan & Pameran pendidikan. Acara utama, AMWC telah diwujudkan pada 2003 dan sejak itu telah menjadi kongres estetik perubatan terbesar dan terkemuka di dunia. AMWC dibangunkan dengan keyakinan kukuh bahawa rawatan estetik luaran dan pencegahan penuaan dalaman boleh ditangani secara menyeluruh dengan menyepadukan dua aspek: strategi estetik melalui dermatologi dan prosedur pembedahan untuk penampilan luaran dan ubat anti-penuaan untuk pencegahan penuaan dan peningkatan rawatan estetik. Untuk maklumat lanjut tentang AMWC, klik di sini: https://www.euromedicom.com/en/home.html
MAKLUMAT MENGENAI PERSATUAN EROPAH BAGI PENYELIDIKAN DERMATOLOGI (ESDR)
Persatuan Eropah bagi Penyelidikan Dermatologi (ESDR), yang diasaskan pada 1970, ialah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan yang mempromosikan sains asas dan klinikal yang berkaitan dengan dermatologi. ESDR ialah persatuan dermatologi penyiasatan terbesar di Eropah dengan keahlian sekarang kira-kira 1100 orang. Dengan menyokong dermatologi penyiasatan dan penyelidikan kulit, ESDR menyumbang kepada pemahaman yang mendalam tentang homeostasis kulit dan ke arah meningkatkan kesihatan pesakit yang mengalami penyakit kulit dan kelamin, penyakit berjangkit, dan gangguan pengantara imun dan keradangan. ESDR memudahkan pertukaran maklumat yang berkaitan dengan dermatologi penyiasatan di antara doktor dan saintis di seluruh dunia. ESDR juga menganjurkan acara pendidikan sepanjang tahun untuk pengetahuan lanjut di dalam penyelidikan dermatologi. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://esdr.org/
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220113005071/en/
Hubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
Sumber : Mary Kay Inc.
No comments:
Post a Comment