Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.) |
Dibangunkan oleh ITC SheTrades dan dikuasakan oleh Mary Kay untuk menyokong WEA, Program Pensijilan berpandu itu termasuk 27 modul interaktif yang diperkayakan dengan lebih 200 video yang meliputi tujuh peringkat utama bagi pembangunan perniagaan
NEW YORK & GENEVA, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA), hari ini mengumumkan pelancaran di peringkat global bagi kurikulum keusahawanan dalam talian mereka yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh dunia. Program Pensijilan Keusahawanan Dalam Talian itu pertama kali diumumkan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA 76) pada ulang tahun kedua WEA.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220111005443/en/
WEA adalah satu perkongsian strategik pelbagai pihak yang merangkumi enam agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu: Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), PBB Global Compact (UNGC), Wanita PBB, dan Mary Kay Inc. ITC menerajui komponen pembinaan kapasiti bagi pelbagai perkongsian itu.
Dibangunkan oleh ITC SheTrades dan dikuasakan oleh Mary Kay untuk menyokong WEA, Program Pensijilan Keusahawanan berpandu itu termasuk 27 modul interaktif yang diperkayakan dengan lebih 200 video. Matlamatnya adalah untuk mengajar usahawan wanita—yang bercita-cita tinggi atau veteran—dengan kemahiran untuk mereka bentuk dan menubuhkan perniagaan yang berpotensi untuk berdaya maju dari segi ekonomi. Peserta akan belajar cara bagaimana mengamalkan satu budaya keusahawanan, membangunkan idea melalui pemikiran reka bentuk dan metodologi permulaan yang padu, menyediakan satu kanvas model perniagaan, mereka bentuk satu pembentangan perniagaan, mengenal pasti sumber pembiayaan, mencari rakan kongsi yang sesuai, mengatur untuk bimbingan, membina sebuah pasukan, dan mewujudkan perniagaan mereka.
No comments:
Post a Comment