Mary Kay telah dinamakan sebagai sebuah Pemenang Silver Globee® dalam 3 kategori pada Anugerah Perniagaan dan Inovasi Golden Bridge Tahunan ke-13 2021. (Foto: Mary Kay Inc.) |
DALLAS, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat pembangunan keusahawanan global dan penyokong bagi tanggungjawab sosial korporat dan kelestarian, hari ini mengeluarkan sorotan akhir tahun mereka. Pada tahun 2021, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka sejak beberapa dekad untuk memperkayakan kehidupan kaum wanita di seluruh dunia dan membina komuniti yang lebih sihat dan lebih lestari.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220107005500/en/
Ketahui lebih lanjut tentang pencapaian 2021 oleh Mary Kay dalam laporan ini.
SOROTAN AKHIR TAHUN 2021
Kecemerlangan Perniagaan
· Mary Kay menerima 58 anugerah dan pengiktirafan pada tahun 2021, termasuk: Respons COVID (22 anugerah), pengiktirafan daripada rakan kongsi dalam impak sosial/laporan tahunan (4), pengurusan Mary Kay diiktiraf untuk kepimpinan (7), kecemerlangan perniagaan (10) dan satu dokumentari yang memenangi anugerah (4 anugerah; 5 pilihan penayangan). Selain itu, Mary Kay dan/atau pengasas ikonik mereka, Mary Kay Ash, telah dipaparkan dalam dua Kajian Kes Perniagaan Harvard, tiga buku teks dan satu kertas penyelidikan.
· Mengumumkan pelantikan Wendy Wang sebagai Presiden bagi Rantau Asia Pasifik. 54% daripada pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita.
· Pasaran Mary Kay meraikan ulang tahun: Mary Kay Lithuania (10 tahun) dan Mary Kay Jerman (35 tahun).
· Dinobatkan sebagai satu daripada Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik Amerika 2021 oleh Forbes.
Studio Reka Bentuk Mary Kay Global & Inovasi Digital untuk Meningkatkan Pengalaman Pelanggan
· Studio Reka Bentuk Mary Kay Global dan Glamhive mengumumkan rancangan realiti TikTok global yang pertama berdasarkan kepada gaya, Step & Repeat. Pertandingan itu mempamerkan bakat dalam busana, solekan & rambut daripada pengguna TikTok di seluruh dunia. Peserta mempamerkan bakat mereka dari lebih 30 buah negara, dan kempen yang berinovatif itu telah dipaparkan dalam Daily Mail UK, The Daily Front Row dan Vogue Business yang menonjolkan pendekatan berinovatif mereka untuk menggunakan platform media sosial yang agak baharu.
· Melancarkan Suite 13, satu pengalaman kecantikan yang menggunakan realiti maya untuk mendigitalkan bilik pameran pop timbul maya pertama syarikat itu; Mary Kay MirrorMe™ untuk pengubahsuaian realiti tambahan dan Aplikasi Penganalisis Kulit Mary Kay® untuk mengimbas wajah anda bagi satu rutin penjagaan kulit yang disesuaikan.
· Meraikan 25 tahun bekerjasama dengan Duta Kecantikan Global, Luis Casco.
Sains Di Sebalik Keindahan
· Penjagaan kulit Clinical Solutions™ dilancarkan, yang terdiri daripada Mary Kay Clinical Solutions™ Retinol 0.5 dan Mary Kay Clinical Solutions™ Calm + Restore Facial Milk dan menerima Mohor Majlis Pakar Dermatologi.
· Dr. Michelle Hines, Ph.D., Pengarah bagi Perumusan Produk Mary Kay, telah diumumkan sebagai bakal presiden untuk Persatuan Ahli Kimia Kosmetik (SCC).
· Dengan kerjasama Society for Investigative Dermatology (SID), mengumumkan Geran Kesihatan Kulit/Penyakit Kulit. Geran akan diberikan kepada penyelidik yang menjalankan kajian terobosan, berinovatif dalam kesihatan kulit dan penyakit kulit untuk mendedahkan perspektif baharu dan strategi intervensi.
· Mengumumkan penerima bagi pelbagai geran pendidikan sains termasuk: Persatuan Ahli Kimia Kosmetik dan Mary Kay Inc. - Biasiswa Puan C.J. Walker, sebagai sokongan kepada pelajar minoriti yang kurang diwakili yang mengikuti ijazah sarjana muda atau sarjana dalam bidang kimia, fizikal, perubatan, farmaseutikal, biologi, atau sains dan teknologi yang berkaitan; dan menyediakan lima geran Girls in STEAM kepada wanita muda yang sedang terlibat di dalam penyelidikan berinovatif. Penerima 2021 termasuk: Mylana Brodovska, Ukraine; Selin Alara Ornek, Turki; Jordan Reeves, Amerika Syarikat; Ivanna Hernandez, Colombia; dan Allie Weber, Amerika Syarikat.
· Mendedahkan penyelidikan di pelbagai persidangan sains maya. Penyelidikan itu termasuk: berkongsi penyelidikan mengenai satu proses retinisasi secara beransur-ansur yang meningkatkan toleransi dengan ketara kepada retinol tulen pekat yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama masih memberikan manfaat kulit utama retinol; membentangkan penemuan untuk penggunaan topikal bagi retinol tulen yang meningkatkan hiperpigmentasi dalam sebuah populasi Asia; dan Mekanisme modulasi yang dikaitkan dengan fungsi penghalang kulit yang secara berkesan mengurangkan 2 kebimbangan biasa yang berkaitan dengan kulit sensitif.
No comments:
Post a Comment