GREENWOOD VILLAGE, Colo. & KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Startek (NYSE: SRT) (“Syarikat” itu), sebuah penyedia global bagi penyelesaian pengurusan pengalaman pelanggan, telah diiktiraf oleh Anugerah Inovasi Antarabangsa (IIA) Enterprise Asia di dalam kategori Perkhidmatan dan Penyelesaian. Syarikat itu telah diberikan penghormatan di atas pelaburan mereka dalam teknologi awan dan digital yang membantu mengekalkan kesinambungan perniagaan dan memajukan keselamatan data yang dibolehkan oleh kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Setiap tahun, IIA memilih inovasi dan idea yang kreatif yang mengubah dan membentuk secara signifikan segmen perniagaan dan pengguna merentasi tiga kategori: Produk, Perkhidmatan dan Penyelesaian serta Organisasi dan Budaya. Tahun ini, Startek menyertai satu kumpulan penyedia Perkhidmatan dan Penyelesaian terpilih yang memanfaatkan inovasi digital untuk meningkatkan proses perniagaan yang sedia ada dan kecekapan tenaga kerja, meningkatkan pengalaman pelanggan (CX) dan melancarkan produk atau model perniagaan baharu.
“Startek Cloud adalah platform awan saluran pelbagai arah hibrid kami bagi generasi seterusnya. Platform itu disepadukan dengan keupayaan AI yang menghubungkan pasukan di kampus dan di rumah serta membolehkan amalan bekerja dari rumah secara digital untuk meningkatkan ketangkasan dan kesinambungan perniagaan,” kata Gurpal Singh, Ketua Pegawai Operasi, Asia Selatan dan ASEAN. “Startek berbesar hati untuk menerima anugerah ini, yang mengiktiraf keupayaan kami untuk menilai dan menggunakan amalan terbaik CX dengan berkesan serta penyelesaian digital dan awan teras merentasi rantaian nilai pelanggan kami, termasuk automasi pintar, analitik yang dipacu oleh wawasan dan platform CX saluran pelbagai arah.”
INOVASI AWAN DAN DIGITAL STARTEK MENDAPAT PENGHORMATAN DI ANUGERAH INOVASI ANTARABANGSA 2021
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan
VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Di tengah) YB Cik Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp bersama Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girl...
No comments:
Post a Comment