Pakar-pakar daripada organisasi keselamatan dan teknologi terkemuka berkumpul untuk persidangan Seni Bina Amanah Sifar tahunan ketiga dan DevSecOps untuk Aplikasi Natif Awan
SAN FRANCISCO, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tetrate, syarikat terkemuka yang menyediakan sebuah platform ketersambungan aplikasi amanah sifar, mengumumkan persidangan tahunan ketiga mereka mengenai Seni Bina Amanah Sifar (ZTA) dan DevSecOps bagi Aplikasi Natif Awan dengan kerjasama Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) Amerika Syarikat, organisasi persekutuan yang bertanggungjawab untuk mewujudkan piawaian keselamatan. Persidangan berbilang awan NIST–Tetrate itu adalah satu acara utama untuk CISO, arkitek platform dan kepimpinan teknologi daripada organisasi persekutuan dan korporat.
Persidangan maya itu akan berlangsung pada 27 Januari dari 8:00 pagi – 5:00 petang EST dan akan didahului dengan satu latihan selama 2.5 jam pada 26 Januari, dengan mempamerkan pelaksanaan Seni Bina Amanah Sifar pada satu penggunaan Platform Satu sebenar. Persidangan tahun ini akan memberi tumpuan kepada DevSecOps dan ZTA sebagai pendekatan asas untuk membangunkan, menggunakan dan mengendalikan aplikasi natif awan dengan jaminan tinggi. Penceramah yang diketengahkan termasuk: AndrĂ© Mendes, Ketua Pegawai Maklumat Jabatan Perdagangan; Kelsey Hightower, Jurutera Utama Google Cloud; Ronald Ross, Felo NIST; dan Zack Butcher, Jurutera Pengasas Tetrate. Persidangan itu telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dari segi kehadiran sepanjang tiga tahun yang lalu. Penceramah lampau termasuk Nicolas Chalain, Ketua Pegawai Perisian yang pertama di Tentera Udara Amerika Syarikat, dan Zulfikar Ramzan, Ketua Pegawai Teknologi di RSA Security.
“Insiden keselamatan siber adalah satu daripada isu terbesar yang dihadapi oleh organisasi pada hari ini, terutamanya ketika dunia bergerak ke arah aplikasi natif awan,” kata David Ferraiolo dari NIST. “Membangunkan, menggunakan dan mengendalikan aplikasi yang membolehkan amanah sifar untuk mencapai keselamatan, kebolehpercayaan dan daya ketahanan adalah sangat penting bagi organisasi untuk berasa selamat.”
“Sejak tiga tahun yang lalu, persidangan NIST–Tetrate telah menampilkan dialog dan bengkel daripada pakar-pakar jaringan perkhidmatan dan keselamatan siber yang paling dihormati di dunia,” kata Varun Talwar, pengasas bersama Tetrate. “Pertumbuhan dalam populariti bagi persidangan itu adalah bukti kepada kepentingan ZTA dan DevSecOps dalam sebuah persekitaran berbilang awan. Tahun ini, sekali lagi, kami sangat teruja untuk berkumpul dan menawarkan pandangan dan perspektif yang berharga kepada komuniti global kami daripada peramal terkemuka.”
Aplikasi natif awan selalunya terdiri daripada perkhidmatan mikro yang digerakkan merentasi satu gabungan awan awam, awan persendirian dan di premis, yang juga dikenali sebagai infrastruktur heterogen. Ini telah mewujudkan cabaran yang berkaitan dengan ketersambungan, keselamatan dan kebolehpercayaan untuk menyampaikan aplikasi jaminan tinggi, yang membawa kepada populariti bagi DevSecOps dan ZTA. Jaringan perkhidmatan memainkan satu peranan penting dalam menggabungkan reka bentuk amanah sifar dan prinsip DevSecOps dengan menambahkan keselamatan dan kebolehpercayaan untuk menyambungkan perkhidmatan mikro merentasi infrastruktur tanpa sebarang kod tambahan.
Persidangan itu akan menampilkan pembentangan oleh pakar-pakar domain, pengamal dan pemimpin pemikiran dalam pengerahan DevSecOps dan Seni Bina Amanah Sifar (ZTA), serta demonstrasi bagi kes penggunaan bukti konsep dalam persekitaran berbilang awan. Pembentangan akan membincangkan perkara berikut:

- Prinsip dan pendekatan panduan ZTA untuk aliran kerja, reka bentuk sistem dan operasi melalui saluran DevSecOps, rangka kerja pengesahan dan kebenaran, dan pemantauan berterusan;
- Panduan terkini NIST mengenai DevSecOps dan amalan kejuruteraan keselamatan;
- Peranan automasi dalam keselamatan operasi;
- Faedah pendekatan yang ditetapkan, seperti pencegahan hanyutan konfigurasi dan autoriti berterusan untuk beroperasi.
Sebagai tambahan kepada satu barisan penceramah terkenal, latihan pada 26 Januari akan membantu menyampaikan satu pengalaman pendidikan di mana peserta akan mempelajari kemahiran baharu dan meliputi penggunaan sebuah platform amanah sifar dengan penggunaan Istio, Kubernetes dan peranti lain untuk melaksanakan komponen keselamatan berikut:
- kebenaran keselamatan dalam aplikasi dan peringkat pengguna,
- penyulitan dalam transit,
- kawalan identiti dan akses yang dipertingkatkan, dan
- kebolehcerapan waktu jalan.
Tetrate juga menyediakan pas percuma, atas permintaan, kepada permohonan profesional keselamatan yang memerlukan bayaran $35 itu dikecualikan.
Sertai acara maya itu: Halaman pendaftaran
- Sertai dan ikuti perbualan itu dengan tanda pagar #ZTACon2022 #DevSecOps
- Twitter: @tetrateio
- LinkedIn: Tetrate
- YouTube: Tetrate
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Persidangan ZTA dan DevSecOps 2022, satu pengalaman maya sepenuhnya yang berlangsung minggu ini, sila layari: https://www.tetrate.io/zta-devsecops-conference-2022.
Maklumat mengenai Kerjasama Tetrate–NIST
Tetrate dan NIST telah bekerjasama sepanjang tiga tahun yang lalu merentasi pelbagai penghantaran. Dengan menggunakan pengalaman NIST dengan keselamatan siber dan kepakaran Tetrate mengenai jaringan perkhidmatan selamat, mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan piawaian keselamatan Amerika Syarikat untuk sebuah seni bina yang diedarkan:

- (SP 800-204A) Membina Aplikasi berasaskan Perkhidmatan Mikro Selamat Dengan Menggunakan Seni Bina Jaringan-Perkhidmatan,
- (SP 800-204B) Kawalan Akses Berasaskan Atribut untuk Aplikasi Berasaskan Perkhidmatan Mikro dengan menggunakan sebuah Jaringan Perkhidmatan,
- (SP 800-204C) Pelaksanaan DevSecOps untuk sebuah Aplikasi berasaskan Perkhidmatan Mikro dengan Jaringan Perkhidmatan, dan
- Pelaksanaan bagi Kawalan Akses Generasi Seterusnya (NGAC), sebuah rangka kerja kebenaran unggul yang lebih terperinci berbanding dengan kawalan akses berasaskan peranan (RBAC) dan kawalan akses berasaskan atribut (ABAC), dalam produk Tetrate.
Maklumat mengenai Tetrate
Dimulakan oleh pengasas Istio untuk membayangkan semula rangkaian aplikasi, Tetrate adalah sebuah syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden. Pelanggan mendapat kebolehcerapan yang konsisten, terbina dalam, keselamatan waktu jalan dan pengurusan trafik di mana-mana persekitaran. Produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, menyediakan sebuah platform penyambungan aplikasi pinggir ke beban kerja untuk memberikan kesinambungan, ketangkasan, dan keselamatan perniagaan bagi perusahaan dalam perjalanan daripada monolit tradisional kepada awan. Tetrate kekal menjadi sebuah penyumbang utama kepada projek sumber terbuka Istio dan Envoy Proxy. Dapatkan maklumat lanjut di www.tetrate.io.
Maklumat mengenai NIST
Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) telah diasaskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1901 dan kini merupakan sebahagian daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. NIST ialah satu daripada makmal sains fizikal tertua di negara itu. Daripada grid kuasa elektrik pintar dan rekod kesihatan elektronik kepada jam atom, nanobahan termaju dan cip komputer, tidak terkira banyaknya produk dan perkhidmatan hari ini bergantung dalam sesuatu cara pada teknologi, pengukuran dan piawaian yang disediakan oleh NIST.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15440
No comments:
Post a Comment