Saturday, January 15, 2022

TOSHIBA MEMBUKA JALAN KEPADA PERANTI BOLEH PAKAI DAN LOT DENGAN HAYAT YANG LEBIH LAMA DENGAN CIP IC BAHARU

 

Toshiba: IC suis beban “Siri TCK12xBG” yang menyampaikan satu penurunan yang luar biasa di dalam arus kuiesen dalam sebuah pakej WCSP4G yang kecil untuk peranti boleh pakai dan IoT. (Grafik: Business Wire) 

IC suis beban arus kuiesen[1] ultra rendah, kecil yang menghasilkan peningkatan prestasi yang besar 

KAWASAKI, Jepun, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah membawa ke pasaran “Siri TCK12xBG” bagi IC suis beban yang menyampaikan satu penurunan yang luar biasa di dalam arus kuiesen[1] dan satu penarafan arus output iaitu 1A. Ditempatkan dalam satu pakej kecil WCSP4G, IC baharu itu akan menyokong pembangun produk dalam menginovasikan satu generasi baharu peranti boleh pakai dan IoT yang menggunakan lebih sedikit kuasa dan menawarkan hayat pengecasan yang lebih lama. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220112005404/en/  

Siri TCK12xBG menggunakan sebuah litar pemacu baharu, yang merealisasikan suatu arus kuiesen keadaan BUKA yang tipikal iaitu 0.08nA[1]. Ini melambangkan pengurangan 99.9% daripada produk semasa Toshiba, “TCK107AG,” satu kemajuan besar dari segi kecekapan yang akan membolehkan peranti boleh pakai dan IoT yang dikuasakan oleh bateri kecil beroperasi dengan jauh lebih lama.

WCSP4G, satu pakej baharu yang dibangunkan untuk produk itu, adalah kira-kira 34% lebih kecil daripada TCK107AG, yang berukuran hanya 0.645×0.645mm, yang membolehkan pemasangan pada papan kecil. Salutan bahagian belakangnya boleh mengurangkan kerosakan yang boleh berlaku pada sebuah cip kecil ketika dalam proses pemasangan.

Toshiba telah menyediakan satu barisan tiga IC: TCK127BG dengan nyahcas automatik yang dihidupkan pada aktif yang tinggi; TCK126BG tanpa nyahcas automatik yang dihidupkan pada aktif yang tinggi; dan TCK128BG dengan nyahcas automatik yang dihidupkan pada tahap aktif yang rendah. Ini menawarkan kepada pembangun produk dan pereka bentuk dengan kebebasan untuk memilih IC suis beban yang paling sesuai dengan keperluan reka bentuk mereka.

Toshiba akan terus meningkatkan produk teknologi arus kuiesen rendah, untuk menyumbang kepada pengecilan peralatan dan penggunaan kuasa yang lebih rendah, dan kepada sebuah masa depan yang lestari. 


No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...