Thursday, October 31, 2019

WEWORK UMUMKAN PENYIAPAN PEMBIAYAAN $1.5 BILION DARI SOFTBANK GROUP; PERUBAHAN LEMBAGA DAN TADBIR URUS TURUT DIKUATKUASAKAN

NEW YORK & TOKYO, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The We Company (“WeWork” atau “Syarikat” itu) dan SoftBank Group Corp. (“SoftBank”) hari ini mengumumkan bahawa WeWork telah menerima $1.5 bilion dalam pembiayaan, yang merupakan satu pencepatan bagi tanggungjawab pembayaran sedia ada, yang diluluskan oleh pemegang saham WeWork pada $11.60 bagi setiap saham. Sehubungan dengan penyiapan bagi pembiayaan $1.5 bilion itu dari SoftBank, beberapa perubahan tadbir urus dikuatkuasakan hari ini, termasuk penyusunan semula Lembaga Pengarah WeWork.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pembayaran $1.5 bilion dan perubahan tadbir urus adalah sebahagian daripada satu perjanjian dengan WeWork yang kini telah diluluskan oleh pemegang saham WeWork, di mana SoftBank akan memberikan pembiayaan yang signifikan kepada Syarikat itu. Pakej pembiayaan itu termasuk $5 bilion dalan pembiayaan hutang baharu.

“$1.5 bilion dalam pembiayaan yang diterima oleh WeWork hari ini daripada SoftBank menempatkan Syarikat itu untuk masa hadapan dan menegaskan keyakinan Softbank terhadap perniagaan itu,” kata Marcelo Claure, Pengerusi Eksekutif bagi Lembaga Pengarah WeWork. “WeWork sedang mengetuai inovasi bagi industri yang bernilai berbilang trilion dolar, dan pakej pembiayaan ini membolehkan syarikat itu untuk mempercepatkan laluan ke arah keuntungan dan membebaskan penjanaan aliran tunai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan, seluruh pasukan WeWork, ahli-ahli kami, tuan-tuan tanah dan komuniti di seluruh dunia di atas sokongan dan dedikasi mereka yang berterusan.”

Claure berkata, “Pelaburan berkeyakinan tinggi oleh Softbank datang dengan sokongan operasi serta tadbir urus yang lebih baik. Dengan jumlah kerusi kami yang diperluaskan di Lembaga Pengarah kami menjangka untuk melantik dua pengarah tambahan di masa terdekat.”

Selaras dengan perjanjian yang diumumkan sebelum ini dengan WeWork dan penyiapan bagi komitmen pembayaran $1.5 bilion yang dipercepatkan, beberapa perubahan tadbir urus berkuat kuasa serta merta. Lembaga WeWork telah disusun semula untuk memasukkan 10 ahli, yang pada awalnya terdiri daripada:
 
  • Lima pengarah yang ditetapkan oleh sama ada SoftBank atau SoftBank Vision Fund, termasuk Ron Fisher, Marcelo Claure, Steven Langman, dan dua orang lagi yang akan dinamakan pada hari kemudian;
  • Dua pengarah yang ditetapkan oleh pelabur yang sedia ada Benchmark Capital dan Hony Capital, yang masing-masing adalah Bruce Dunlevie dan John Zhao;
  • Dua pengarah yang tidak bergabung dengan WeWork, iaitu Jeff Sine dan Mark Schwartz; dan
  • Seorang pengarah dari Jawatankuasa Khas bagi Lembaga Pengarah, Lew Frankfort.

Perubahan tadbir urus yang lain, yang berkuat kuasa hari ini termasuk:
  • Marcelo Claure hari ini telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif bagi Lembaga Pengarah itu.
  • Adam Neumann telah menjadi seorang pemerhati Lembaga, dan Lembaga itu telah menerima kawalan pengundian ke atas saham beliau.
Maklumat mengenai The SoftBank Group

The SoftBank Group adalah sebuah syarikat teknologi global yang bercita-cita untuk memacukan Revolusi Maklumat. The SoftBank Group terdiri daripada syarikat induk SoftBank Group Corp. (TOKYO: 9984) dan portfolio global bagi syarikat-syarikat mereka, termasuk penyedia telekomunikasi termaju, perkhidmatan Internet, AI, robotik pintar, loT dan teknologi tenaga bersih. Pada September 2016, Arm Limited, syarikat IP semikonduktor terkemuka di dunia, menyertai SoftBank Group. SoftBank Group Corp. dilaburkan dalam SoftBank Vision Fund, yang merancang untuk melabur hingga $100 bilion di dalam perniagaan dan teknologi global yang SoftBank Vision Fund percaya akan membolehkan peringkat seterusnya bagi Revolusi Maklumat. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://group.softbank/en/.

Maklumat mengenai WeWork

WeWork menyediakan kepada ahli-ahli di seluruh dunia dengan ruang, komuniti, dan perkhidmatan melalui kedua-dua penawaran fizikal dan maya. Misi mereka adalah untuk mewujudkan sebuah dunia di mana orang ramai boleh bekerja untuk mencari nafkah, bukan hanya untuk hidup. Sehingga suku kedua tahun 2019, WeWork mempunyai 528 lokasi di lebih 111 buah bandar raya dan 29 buah negara. Seramai 527,000 keahlian kami mewakili perusahaan global merentasi pelbagai industri, termasuk 38% daripada Global Fortune 500. Kami komited untuk menyediakan kepada ahli-ahli kami di seluruh dunia dengan hari yang lebih baik di tempat kerja.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191030006117/en/

Hubungi

SoftBank
sbpr@softbank.co.jp
+81 3 6889 2300

atau

Ben Spicehandler / Emily Claffey / Hannah Dunning
Sard Verbinnen & Co
212.687.8080

WeWork
Gwen Rocco / Erin Clark
press@wework.com

atau

Joele Frank / Meaghan Repko
Joele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
212.355.4449

Sumber : WeWork

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

MARY KAY DIIKTIRAF KERANA INOVASI PRODUK, PENGAWASAN KORPORAT DAN KECEMERLANGAN TEMPAT KERJA DI PASARAN ASIA PASIFIK

Jenama Kecantikan Utama Diraikan dengan hampir 30 Anugerah Produk dan Industri

DALLAS, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Mary Kay Inc. mengumumkan bahawa ia telah menerima hampir 30 anugerah untuk inovasi produk, pengawasan korporat dan kecemerlangan tempat kerja di pasaran Asia Pasifik mereka dari tahun 2018 hingga 2019. Sebagai satu daripada penjual langsung yang terkemuka di dunia bagi penjagaan kulit dan kosmetik warna, anugerah itu mengiktiraf Mary Kay dalam pelbagai kategori merentasi rantau Asia Pasifik.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191030006127/en/

“Ia adalah satu penghormatan untuk menerima anugerah produk dan industri yang berprestij ini di seluruh pasaran Mary Kay di Asia Pasifik dalam rangka masa satu tahun,” kata KK Chua, Presiden bagi Mary Kay di Asia Pasifik. “Pada satu skala global, Mary Kay telah secara konsisten diiktiraf kerana usaha berterusan syarikat kami untuk menyediakan peluang perniagaan yang tidak ada tandingannya, produk yang canggih dan satu komitmen yang teguh untuk menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Kami berkongsi pengiktirafan yang sangat dihormati ini dengan kakitangan korporat kami, perunding kecantikan bebas dan peminat Mary Kay yang setia.”

Anugerah-anugerah Asia Pasifik 2018-19 itu termasuk:

Anugerah Produk

China
Malaysia
Kedudukan Kosmetik
  • Jenama Kosmetik Warna* 3 Teratas di Malaysia oleh Euromonitor International Limited
    *Kecantikan dan Penjagaan Peribadi 2019ed, jualan nilai runcit RSP, data 2018
Teknologi
  • Anugerah Pemerkasaan DSA 2019 bagi peranti Penganalisis Kulit yang memberi kuasa kepada tenaga jualan untuk berjaya di Australia
Alam Sekitar

China
  • Pingat Emas 2018 Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED) oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat
  • Anugerah Sumbangan Cemerlang Pembangunan Lestari pada tahun 2018 oleh Shanghai Daily
  • Anugerah Unit Perlindungan Alam Sekitar Lanjutan 2018 oleh kerajaan daerah
Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Syarikat Penyayang selama 7 tahun berturut-turut oleh Majlis Perkhidmatan Sosial Hong Kong
  • Kewarganegaraan Korporat China 50 Jenama Utama 2018 oleh Jawatankuasa Kewarganegaraan Korporat oleh Persatuan China bagi Pekerja Sosial
  • Jenama CSR Terbaik dan Anugerah Strategi CSR Terbaik oleh Anugerah Pendidikan China CSR pada tahun 2019
  • Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Cemerlang 2018 oleh King Bee di China
  • Anugerah Sumbangan Tanggungjawab Tahunan Southern Weekend TOGETHER 2018 oleh Southern Weekend di China
  • Rakan Kebajikan Awam Cemerlang Youth Daily oleh China Youth Daily pada tahun 2018
  • Activists Alliance 2018 Majlis Kebajikan Awam 10 Utama Anugerah Perusahaan Kebajikan Awam oleh news.ifeng.com di China
Kecemerlangan Tempat Kerja
  • Majikan mesra keluarga oleh Biro Hal Ehwal Dalam Negeri pada tahun 2018 di Hong Kong
  • Pengurusan Kesihatan Perusahaan China 10 Majikan Utama pada tahun 2018 oleh China International Intellectech Corporation
  • Anugerah Pengiklanan Antarabangsa IAI 2018 oleh Festival Pengiklanan Antarabangsa IAI ke-18 di China
  • Anugerah Gold Case Tahunan Anugerah Pengiklan 2018 oleh Festival Pengiklanan Antarabangsa China ke-25
  • Anugerah Perkongsian Cemerlang oleh Junior Achievement China
Pemerkasaan Wanita
  • Mary Kay China telah dicalonkan untuk Syarikat Eksekutif Wanita Terbaik oleh SHERO pada 2018
Mary Kay Inc. juga telah diiktiraf dalam kajian 100 Tempat Kerja Global 2019 oleh Reputation Institute (Ri) sebagai satu daripada majikan yang paling bereputasi di dunia. Ri menempatkan Mary Kay Inc. di tangga ke-42 di antara 100 syarikat global paling utama dalam senarai mereka. Penyelidik menempatkan kedudukan syarikat-syarikat berdasarkan kepada perkembangan profesional, jumlah ganjaran, persekitaran kerja, kepimpinan pasaran, produk dan tanggungjawab. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kajian Reputation tempat kerja global, sila klik di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengikuti mimpi mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191030006127/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Tuesday, October 29, 2019

MOODY'S AKAN MEMPEROLEH SAHAM MINORITI DI SYNTAO GREEN FINANCE

NEW YORK, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody's Corporation (NYSE: MCO) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperoleh kepentingan minoriti di dalam SynTao Green Finance (STGF), sebuah pembekal terkemuka bagi data dan analisis alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang berpusat dan berkhidmat di China.

STGF menyediakan data dan penarafan ESG, pengesahan bon hijau, dan penyelesaian kewangan hijau kepada institusi kewangan dan korporat di China. Syarikat itu juga menyediakan kepimpinan pemikiran mengenai ESG kepada pembuat dasar. Data STGF merangkumi syarikat-syarikat awam tersenarai China, penerbit bon dan trend pembangunan ESG makro. STGF adalah penandatangan China yang pertama yang menyertai Prinsip-prinsip PBB untuk Pelaburan Bertanggungjawab (UNPRI) sebagai sebuah penyedia perkhidmatan dan Pengesah pertama Inisiatif Bon Iklim yang Diluluskan di China, satu-satunya pengesah bon hijau di China di dalam majlis penasihat pertama bagi Prinsip Bon Hijau/ Bon Sosial Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (ICMA). Ia juga merupakan pengasas bagi Forum Pelaburan Sosial China.

Pelaburan di dalam STGF adalah sejajar dengan komitmen global Moody’s yang berterusan bagi menggalakkan piawaian yang telus untuk menilai risiko ESG. Secara tempatan, pelaburan itu mengukuhkan kehadiran dan penglibatan Moody’s di China dan pasaran kewangan mereka, dengan tumpuan untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang, lestari dan menyumbang kepada pembangunan pasaran ESG yang sihat.

“Sejak penubuhannya, STGF telah memantapkan kedudukan mereka di China sebagai sebuah penetap standard tempatan dan platform domestik yang terkemuka bagi data dan analisis ESG. Set data STGF yang khusus kepada China menyediakan peluang untuk meningkatkan penyelidikan dan data ESG global Moody’s,” kata Hao Shi, Pengarah Urusan, Pengurus Negara bagi operasi Moody's China. “Bersama-sama kita akan berusaha untuk memanfaatkan kekuatan dan keupayaan kita masing-masing untuk menyediakan pelbagai penyelesaian bagi keperluan pelabur dan penerbit ESG, termasuk penyelidikan bersama, pengembangan produk dan kerjasama teknikal.”

“Atas pertimbangan bagi kedua-dua standard ESG global dan ciri-ciri pasaran khusus China, STGF telah membangunkan metodologi ESG yang berkesan yang khusus untuk China dan telah mengumpulkan sejumlah besar data,” kata Peiyuan Guo, Pengerusi bagi STGF. “Pelaburan Moody’s akan membantu STGF mempercepat liputan data, penerimaan dan keupayaan mereka untuk terus berkhidmat kepada peserta pasaran China. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Moody’s dan berharap untuk kerjasama di masa hadapan.”

Perjanjian itu melengkapkan pengambilalihan Moody’s baru-baru ini ke atas Vigeo Eiris, sebuah penyedia global yang terkemuka bagi penyelidikan, data dan penilaian ESG, dan Four Twenty Seven, Inc., sebuah pemimpin di dalam analisis data iklim dan risiko.

Syarat-syarat bagi urus niaga itu tidak didedahkan, dan ia tidak akan memberi impak dari segi bahan kepada keputusan kewangan Moody's bagi tahun 2019. Urus niaga itu dijangka ditutup pada awal November 2019.

MAKLUMAT MENGENAI MOODY’S CORPORATION

Moody's merupakan satu komponen penting di dalam pasaran modal global, menyediakan penarafan kredit, penyelidikan, peranti dan analisis yang menyumbang kepada pasaran kewangan yang telus dan bersepadu. Moody's Corporation (NYSE: MCO) adalah syarikat induk bagi Moody's Investors Service, yang menyediakan penarafan kredit dan penyelidikan yang meliputi instrumen hutang dan sekuriti, dan Moody's Analytics, yang menawarkan perisian terkemuka, khidmat nasihat dan penyelidikan bagi kredit dan analisis ekonomi dan pengurusan risiko kewangan. Perbadanan itu, yang melaporkan pendapatan sebanyak $4.4 bilion pada tahun 2018, mempunyai kira-kira 13,200 orang pekerja di seluruh dunia dan mengekalkan kehadiran di 44 buah negara. Maklumat lanjut boleh didapati di www.moodys.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendekatan Moody’s kepada ESG, sila layari www.moodys.com/esg.

Mengaktifkan masa depan alam sekitar yang mapan adalah satu tumpuan utama bagi pendekatan Moody’s kepada Tanggungjawab Sosial Korporat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.moodys.com/csr.

Kenyataan “Safe Harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995

Kenyataan tertentu yang terkandung di dalam siaran media ini adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan adalah didasarkan kepada jangkaan, rancangan dan prospek masa hadapan bagi perniagaan dan operasi Syarikat itu yang melibatkan beberapa risiko dan ketidaktentuan. Kenyataan sedemikian mungkin termasuk, antara lain perkataan, “percaya”, “mengharapkan”, “menjangkakan”, “berhasrat”, “merancang”, “akan", “meramalkan”, “berpotensi”, “meneruskan”, “strategi”, “bercita-cita”, “sasaran”, “ramalan”, “projek”, “anggaran”, “sepatutnya”, “boleh”, “mungkin” dan ungkapan atau kata-kata dan variasi yang serupa yang menyampaikan sifat-sifat prospektif bagi peristiwa atau hasil yang lazimnya menunjukkan ia kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dan maklumat lain di dalam siaran media ini dibuat pada tarikh tersebut (kecuali di mana dinyatakan sebaliknya), dan Syarikat itu tidak berkewajipan (atau tidak berniat) untuk menambah, mengemaskini atau menyemak semula kenyataan-kenyataan sedemikian secara terbuka dan secara terus menerus, sama ada akibat daripada perkembangan seterusnya, mengubah jangkaan atau sebaliknya, kecuali seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau peraturan yang berkenaan. Berhubung dengan peruntukan “safe harbor” bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, Syarikat itu mengenal pasti contoh-contoh faktor, risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza, mungkin dari segi bahan, dari yang ditunjukkan oleh kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor, risiko dan ketidakpastian itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, gangguan kredit pasaran atau kelembapan ekonomi, yang boleh mempengaruhi volum hutang dan sekuriti lain yang dikeluarkan di pasaran modal domestik dan/ atau global; perkara-perkara lain yang boleh menjejaskan volum hutang dan sekuriti lain yang dikeluarkan di pasaran modal domestik dan/ atau global, termasuk peraturan, kebimbangan kualiti kredit, perubahan di dalam kadar faedah dan ketidaktentuan lain di dalam pasaran kewangan seperti yang disebabkan oleh ketidakpastian ketika syarikat beralih dari LIBOR dan penarikan diri United Kingdom dari Kesatuan Eropah; tahap aktiviti penggabungan dan pengambilalihan di Amerika Syarikat dan di luar negeri; keberkesanan yang tidak menentu dan kemungkinan akibat cagaran daripada tindakan Amerika Syarikat dan kerajaan asing yang mempengaruhi pasaran kredit, perdagangan antarabangsa dan dasar ekonomi, termasuk yang berkaitan dengan tarif dan halangan perdagangan; kebimbangan di tempat pasaran yang menjejaskan kredibiliti kami atau sebaliknya mempengaruhi persepsi pasaran mengenai integriti atau utiliti bagi penarafan agensi kredit bebas; pengenalan produk atau teknologi yang bersaing oleh syarikat lain; tekanan harga daripada pesaing dan/atau pelanggan; tahap kejayaan bagi pembangunan produk baharu dan pengembangan global; kesan daripada peraturan sebagai sebuah NRSRO, potensi bagi undang-undang dan peraturan baharu Amerika Syarikat, negeri dan perundangan tempatan, termasuk peruntukan di dalam Akta Pembaharuan Wall Street dan Perlindungan Pengguna Dodd-Frank (“Dodd-Frank”) dan peraturan-peraturan yang dihasilkan daripada Dodd-Frank; potensi untuk peningkatan persaingan dan peraturan di Kesatuan Eropah dan bidang kuasa asing yang lain; pendedahan kepada litigasi yang berkaitan dengan pendapat penarafan kami, serta tindakan litigasi yang lain, prosidng kerajaan dan badan kawal selia, penyiasatan dan pertanyaan yang mungkin dikenakan terhadap Syarikat dari semasa ke semasa; peruntukan di dalam perundangan Dodd-Frank yang mengubah piawaian rayuan, dan peraturan Kesatuan Eropah yang mengubah piawaian liabiliti, yang diguna pakai kepada agensi penarafan kredit dalam satu cara yang buruk kepada agensi penarafan kredit; peruntukan bagi peraturan Kesatuan Eropah yang mengenakan syarat prosedur dan substantif tambahan mengenai penetapan harga perkhidmatan dan pengembangan remit penyeliaan untuk memasukkan penarafan bukan Kesatuan Eropah yang digunakan untuk tujuan pengawalseliaan; kemungkinan kehilangan pekerja penting; kegagalan atau kerosakan bagi operasi dan infrastruktur kami; apa-apa kelemahan kepada ancaman siber atau kebimbangan keselamatan siber yang lain; keputusan daripada sebarang kajian semula dengan mengawal pihak berkuasa cukai bagi inisiatif perancangan cukai global Syarikat itu; pendedahan kepada kemungkinan sekatan jenayah atau pemulihan sivil sekiranya Syarikat itu tidak mematuhi undang-undang dan peraturan asing dan Amerika Syarikat yang terpakai di dalam bidang kuasa di mana Syarikat beroperasi, termasuk perlindungan data dan undang-undang privasi, undang-undang sekatan, undang-undang anti-rasuah dan undang-undang tempatan yang melarang pembayaran rasuah kepada pegawai kerajaan; kesan daripada penggabungan, pengambilalihan atau gabungan perniagaan lain dan keupayaan Syarikat untuk mengintegrasikan perniagaan yang diperolehi itu dengan jayanya; turun naik mata wang dan pertukaran mata wang asing; tahap aliran tunai masa depan; tahap pelaburan modal; dan satu kemerosotan dalam permintaan untuk peralatan pengurusan risiko kredit oleh institusi kewangan. Faktor-faktor, risiko dan ketidakpastian ini serta risiko dan ketidakpastian lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar Moody’s untuk berbeza secara material daripada yang dipertimbangkan, dinyatakan, disasarkan, dijangkakan atau yang tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah “Faktor Risiko” dalam Bahagian I, Perkara 1A bagi laporan tahunan Syarikat itu pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2018, dan dalam pemfailan lain yang dibuat oleh Syarikat itu dari semasa ke semasa dengan SEC atau bahan-bahan yang digabungkan di sini atau di dalamnya. Pemegang saham dan pelabur diperingatkan bahawa terjadinya mana-mana daripada faktor, risiko dan ketidakpastian ini boleh menyebabkan keputusan sebenarnya Syarikat untuk berbeza daripada yang dipertimbangkan, dinyatakan, disasarkan, dijangkakan atau yang tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang mungkin mempunyai bahan dan kesan buruk terhadap perniagaan Syarikat, keputusan operasi dan keadaan kewangan. Faktor-faktor baharu mungkin muncul dari semasa ke semasa, dan tidak mungkin bagi Syarikat untuk meramalkan faktor-faktor baharu, ataupun Syarikat boleh menilai kesan potensi bagi sebarang faktor baharu yang ada di dalamnya.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191028005559/en/

Hubungi

Bagi pihak Moody’s:
SHIVANI KAK
Perhubungan Pelabur Moody’s
+1 212-553-0298
Shivani.kak@moodys.com
ATAU
MICHAEL ADLER
Komunikasi Moody’s
+1 212-553-4667
Michael.adler@moodys.com
ATAU
GEORGE ZHU
Komunikasi Moody’s
+86 138 1057 0262
george.zhu@moodys.com

Sumber : Perhubungan Pelabur Moody's Corporation

VIRGIN GALACTIC MELENGKAPKAN PENGGABUNGAN DENGAN SOCIAL CAPITAL HEDOSOPHIA, MEWUJUDKAN SYARIKAT PERTAMA DI DUNIA DAN SATU-SATUNYA SYARIKAT PENERBANGAN ANGKASA LEPAS MANUSIA KOMERSIL YANG DIDAGANGKAN SECARA AWAM


Table

(Foto: Business Wire)


NEW YORK, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Virgin Galactic (“VG”), sebuah syarikat aeroangkasa bersepadu menegak, dan Social Capital Hedosophia (“SCH”), sebuah kenderaan pelaburan awam, hari ini mengumumkan penyiapan bagi gabungan perniagaan mereka yang telah diumumkan sebelum ini. Syarikat yang terhasil dinamakan Virgin Galactic Holdings, Inc. (“VGH”) dan saham biasa, unit dan waran mereka dijangka memulakan dagangan di Bursa Saham New York di bawah simbol ticker baharu “SPCE”, “SPCE.U” dan “SPCE WS”, masing-masing pada 28 Oktober, 2019. Syarikat itu mengeluarkan kenderaan angkasa lepas mereka di Mojave, California, melalui anak syarikat pembangunan aeroangkasa mereka The Spaceship Company, dengan operasi komersial berpusat di Spaceport America di New Mexico.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191025005532/en/

VG sudah mempunyai tempahan pelanggan dari lebih 600 orang di 60 buah negara yang mewakili kira-kira $80 juta dalam jumlah deposit terkumpul, dan lebih $120 juta bagi bakal hasil. Penyiapan bagi penggabungan ini dan dagangan sebagai sebuah syarikat awam adalah pencapaian besar yang seterusnya dalam arah menuju membangunkan sebuah perniagaan perkhidmatan komersial yang berkembang maju dan melabur dengan sewajarnya untuk masa hadapan.

George Whitesides, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Virgin Galactic Holdings berkata:

“Hari ini adalah permulaan bagi satu era baharu untuk industri penerbangan angkasa lepas manusia. VG telah mempelopori beberapa kejayaan angkasa yang penting, termasuk menghantar penumpang ujian pertama ke angkasa lepas di atas satu kenderaan komersial, dan pengumuman hari ini tidak berbeza. Memandangkan VG sekarang merupakan sebuah syarikat awam yang didagangkan, sesiapa sahaja boleh melabur di dalam sebuah syarikat penerbangan angkasa lepas manusia yang sedang berusaha untuk benar-benar mengubah pasaran itu dan menjadi sebahagian daripada keterangsangan bagi industri angkasa lepas komersial. Saya amat berbangga dengan aliran teguh bagi deposit pelanggan dan minat yang kami peroleh hingga kini, dan berharap untuk membuat impian penerbangan angkasa lepas menjadi kenyataan bagi pelanggan angkasawan kami yang luar biasa.”

Chamath Palihapitiya, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi SCH, berkata:

“Sejak penubuhan kami, SCH telah menetapkan usaha untuk menyatukan ahli-ahli teknologi, usahawan dan pelabur berorientasikan teknologi pada satu visi yang dikongsi bersama. Apa yang pernah menjadi satu matlamat kini telah menjadi satu misi yang berjaya. Kami amat gembira kerana telah mencapai kejayaan yang bersejarah pada hari ini dan berharap dapat terus bekerja dengan Syarikat itu untuk mengubah industri angkasa lepas komersial.”

Sir Richard Branson, Pengasas bagi Virgin Galactic, berkata:

“Kepada rakan-rakan pelabur, pekerja VG dan The Spaceship Company, rakan-rakan perniagaan dan pelanggan – terima kasih di atas komitmen anda kepada syarikat kita yang hebat ini, yang telah membuat pengumuman yang menarik pada hari ini. Dengan sistem penerbangan angkasa lepas proprietari kami, akses ruang udara khas di Spaceport America, jenama yang dikenali di seluruh dunia dan minat pelabur yang luas, saya percaya VG berada pada kedudukan yang ideal untuk mengambil kesempatan daripada pasaran angkasa lepas komersial yang berkembang pesat, dan bernilai berjuta-juta dolar dan akhirnya membuka angkasa lepas kepada beribu-ribu angkasawan baharu. Hari ini, kami telah mencapai satu misi, dan ketika kami membawa lebih ramai bakal angkasawan ke angkasa lepas, kami tidak sabar-sabar menghadapi masa hadapan yang menarik.”

Butiran Urus Niaga

Hasil daripada urus niaga ini, Virgin Galactic telah menerima lebih $450 juta hasil utama dan pada penutupan pasaran pada Jumaat 25 Oktober, perniagaan itu mempunyai permodalan pasaran sebanyak $2.3 bilion. Melangkah ke hadapan, pemegang saham Virgin Galactic yang sedia ada akan memiliki hampir 59%. Lembaga pengarah bagi Syarikat itu terdiri daripada Chamath Palihapitiya sebagai Pengerusi, Adam Bain dan James Ryans, yang merupakan pengarah SCH, serta Wanda Austin, Craig Kreeger, George Mattson, Evan Lovell dan George Whitesides.

Maklumat mengenai Virgin Galactic Holdings

Virgin Galactic Holdings, Inc. adalah sebuah syarikat aeroangkasa bersepadu menegak yang mempelopori penerbangan angkasa lepas manusia untuk orang perseorangan dan penyelidik persendirian. Ia percaya penerokaan komersial bagi ruang angkasa merupakan satu daripada inisiatif teknologi yang paling menarik dan penting pada zaman kita. Ia memulakan perjalanan penerokaan komersial ini dengan satu misi untuk menempatkan manusia ke angkasa lepas dan membawa mereka pulang dengan selamat ke bumi secara rutin, konsisten dan pada harga yang berpatutan. Dengan menggunakan teknologi proprietari dan boleh digunakan semula, dan disokong oleh satu pengalaman pelanggan berjenama Virgin yang tersendiri, ia sedang membangunkan satu sistem penerbangan angkasa lepas yang direka untuk menawarkan kepada pelanggan dengan satu pengalaman pelbagai hari yang unik, yang memuncak di dalam satu penerbangan angkasa yang termasuk kenirberatan selama beberapa minit dan pemandangan Bumi dari ruang angkasa. Ia berada di peringkat akhir pembangunan, setelah sudah menamatkan beberapa penerbangan yang membawa anak kapal bagi kenderaan mereka ke ruang angkasa, dan menjangka pelancaran permulaan komersial pada tahun 2020.

Untuk memuat turun aset sila layari FTP Media kami https://www.image.net/virgingalactic

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191025005532/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan media berhubung dengan Social Capital Hedosophia, sila hubungi:
Jonathan Gasthalter/Carissa Felger/Nathaniel Garnick
Gasthalter & Co.
+1 (212) 257-4170
SCH@gasthalter.com

Untuk pertanyaan media berhubung dengan Virgin Galactic, sila hubungi:
VirginGalacticPress@virgingalactic.com

United Kingdom, Timur Tengah, Asia, Afrika – Ollie Bailey-Pratt
vg@fticonsulting.com, +44 (203) 727-1000
Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan, Australia – Antonia Gray
vg@fticonsulting.com, +1 (347) 574-4352

Untuk Perhubungan Pelabur berhubung dengan Virgin Galactic, sila hubungi: VirginGalactic-SVC@SARDVERB.com

Sumber : Virgin Galactic Holdings, Inc.

Monday, October 28, 2019

TOMMY HILFIGER LANTIK MICHAEL SCHEINER SEBAGAI KETUA PEGAWAI PEMASARAN GLOBAL


AMSTERDAM, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Michael Scheiner sebagai Ketua Pegawai Pemasaran, Tommy Hilfiger Global, berkuat kuasa 28 Oktober, 2019.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20191021005511/en/

Michael mempunyai pengalaman terkumpul lebih daripada 15 tahun di dalam jenama-jenama global. Beliau menyertai Tommy Hilfiger dari Hollister Co., di mana beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Pemasaran Global. Tugas beliau membantu untuk menggerakkan Hollister ke dalam 5 jenama paling utama di kalangan remaja pada tinjauan Pengambilan Stok Musim Luruh Piper Jaffray 2019, dan menyokong pengiktirafan Hollister sebagai sebuah peruncit Saluran Semua Arah yang Utama. Michael akan memanfaatkan keghairahan dan pengalaman beliau untuk memimpin TOMMY HILFIGER ke dalam satu era baharu bagi strategi pemasaran yang berinovatif – terutamanya merentasi platform digital dan pengalaman – untuk mencapai dan melibatkan pengguna bagi generasi akan datang.

“Sebagai satu daripada jenama global yang paling dikenali di dunia, pasukan Pemasaran kami di seluruh dunia memainkan satu peranan penting di dalam memberikan inspirasi, rangsangan dan menarik pengguna kami,” kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif Tommy Hilfiger Global & PVH Eropah. “Kami sangat teruja kerana Michael menyertai Organisasi Pemasaran kami yang bertaraf dunia, dan percaya beliau akan membantu meningkatkan transformasi digital kami yang berterusan, sekali gus membolehkan kami untuk bertindak balas secara strategik terhadap gangguan baharu, dan menempatkan Tommy Hilfiger sebagai sebuah pemimpin di kalangan pesaingnya.”

“Adalah menjadi satu penghormatan untuk menyertai sebuah jenama global yang ikonik seperti ini,” kata Michael. “Inovasi dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tommy Hilfiger dari peringkat awal adalah inspirasi. Saya teruja untuk bekerjasama rapat dengan Tommy, Daniel dan pasukan pemasaran syarikat itu yang berbakat di seluruh dunia untuk menulis babak seterusnya ketika Tommy Hilfiger meraikan ulang tahunnya ke-35 pada tahun hadapan.”

Michael akan ditempatkan semula ke ibu pejabat global Tommy Hilfiger di Amsterdam, Belanda bersama keluarga beliau.

TOMMY HILFIGER adalah satu daripada jenama gaya hidup yang terkemuka di dunia, dengan mempunyai sebuah nama dan identiti yang diiktiraf secara global. Inisiatif pemasaran syarikat itu telah memainkan peranan penting di dalam meningkatkan kehadiran TOMMY HILFIGER menerusi pertumbuhan yang konsisten bagi kesedaran jenama global dan strategi yang berpusatkan pengguna yang membina dan mengekalkan satu pangkalan peminat yang setia. Hari ini, pendedahan jenama berada pada paras yang paling tinggi hasil daripada koleksi yang menonjol, kempen, perkongsian dan pengaktifan pengguna yang berkesan di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER and TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk pelengkap gaya hidup seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH menetapkan standard bagi gaya sebagai satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio ikonik kami termasuk jenama TOMMY HILFIGERCALVIN KLEIN,  Van HeusenIZODARROWSpeedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu yang dibuat menurut peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu secara semula jadi adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang mana kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagian daripadanya mungkin tidak dijangkakan, termasuk, tanpa had (i) strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu mungkin dianggap sebagai sangat berkeumpilan dan menggunakan sebahagian besar aliran tunainya untuk menunaikan keberhutangannya, oleh itu Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara yang dikehendaki atau telah dikendalikan pada masa lalu; dan (iii) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa di dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191021005511/en/

Hubungi

Hubungi Tommy Hilfiger
Baptiste Blanc
Pengarah Kanan, Komunikasi dan Media Percuma
E-mel: Baptiste.Blanc@tommy.com
Tel: +31 62904 2334

Sumber : Tommy Hilfiger

Sunday, October 27, 2019

TACONIC BIOSCIENCES MENGUMUMKAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT SAINTIFIK BAHARU


Dr. Frank Sistare menyertai Lembaga Penasihat Saintifik Taconic Biosciences

RENSSELAER, N.Y., 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengumumkan penyertaan Frank Sistare, PhD pada Lembaga Penasihat Saintifik (SAB).  Dr. Sistare menyertai ahli SAB sedia ada Andrew Goodman, PhD, David Hill, PhD, dan Robert Rosenthal, PhD.

SAB akan terus bekerjasama dengan pengurusan Taconic untuk memberikan pandangan dan panduan saintifik tentang evolusi portfolio produk dan perkhidmatan syarikat.  Kerjaya dan kepakaran Dr. Sistare yang menyeluruh dalam bidang toksikologi melengkapkan ahli lembaga sedia anda.  Ahli SAB memberikan kepakaran dalam mikrobiom, onkologi dan angkasa toksikologi, membantu untuk memacu inovasi Taconic dalam bahagian ini dan bahagian penyelidikan lain.

“Model haiwan terus berkembang sebagai alat kritikal keberkesanan penemuan ubat dan peralatan ujian keselamatan. Kami mengalu-alukan Dr. Sistare dan pengalaman mendalam beliau sementara Taconic terus membangunkan penyelesaian yang lebih tepat dan relevan kepada hasil klinikal manusia,” kongsi Nancy J. Sandy, ketua pegawai eksekutif Taconic Biosciences.

Dr. Frank Sistare telah berkhidmat sepanjang 16 tahun yang lepas sebagai pengarah eksekutif, naib presiden bersama, kemudian naib presiden bersama saintifik dalam penilaian keselamatan dan sumber haiwan makmal di Merck Research Laboratories. Sebelum ini, beliau berkhidmat selama 15 tahun dalam beberapa jawatan kepimpinan dan pengurusan dengan komponen penyelidikan makmal Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan.  Dr. Sistare merupakan kapten yang telah bersara dari Public Health Service (PHS) Commissioned Corps.  Beliau merupakan penerima anugerah Merck Presidential Fellowship dan telah menerima beberapa PHS Unit Commendations serta PHS Meritorious Service, Pujian, dan Anugerah Kecemerlangan, dan anugerah CDER dan FDA untuk kecemerlangan dalam penyelidikan makmal.

Beliau memperoleh BS dalam Farmasi dari University of Rhode Island, PhD dalam Farmakologi di University of Virginia, dan dianugerahkan PRAT Fellowship pasckedoktoran di National Institutes of Health.  Beliau berkhidmat sebagai Presiden Regulatory and Safety Evaluation Specialty Section of the Society of Toxicology, sebagai Pengarah Bersama Critical Path Institute's Predictive Safety Testing Consortium (PSTC), sebagai Pengerusi Bersama PSTC Nephrotoxicity Biomarker Working Group, dan buat masa ini berkhidmat sebagai Pelapor International Conference on Harmonization S1 Carcinogenicity Expert Working Group, Pengerusi PhRMA Clinical and Preclinical Development Committee's Carcinogenicity Key Issue Working Group, dan Pengerusi FNIH Biomarker Consortium's Clinical Kidney Safety Biomarker Qualification Project Team.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Tentang Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang tereka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, prasediakan, menguji dan mengagihkan model kajian yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang tereka bentuk secara genetik, mikrobiom, model tikus yang imun terhadap onkologi, dan reka bentuk model bersepadu dan perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk menyediakan model haiwan hampir di mana-mana di dunia.

Orang Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER: Taconic Biosciences

--BERNAMA

Thursday, October 24, 2019

70 TAHUN DALAM KEGEMILANGAN -- SHAANXI DALAM PANDANGAN MEDIA LUAR NEGERI 2019 DIADAKAN PADA 14-17 OKTOBER



XI'AN, China, 23 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pada 14 Oktober, 2019, Shaanxi dalam Pandangan Media Luar Negeri 2019, yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi, telah dilancarkan di Xi'an. Sepanjang empat hari, satu kumpulan temu duga, yang terdiri daripada wartawan dari agensi-agensi media luar negeri seperti Agensi Pressphoto Eropah, Televisyen Basque dari Sepanyol, dan Asia Economy dari Korea Selatan, dapat melihat contoh-contoh mengenai pembangunan pesat dan perubahan dalam pembuatan perindustrian dan pertanian di Shaanxi, serta di dalam perlindungan alam sekitar, budaya dan sukan, dan sebagainya.

Kumpulan temu duga itu telah melawat Xi'an, Baoji, Weinan, dan Zon Demonstrasi Industri Teknologi Tinggi Pertanian Yangling, serta beberapa tempat lain. Mereka juga telah melawat ke beberapa perusahaan dan taman-taman, termasuk Kumpulan Kenderaan Komersil Automobil Shaanxi, Pangkalan Perindustrian Tenaga Baharu BYD Xi'an dan Taman Keusahawanan dan Inovasi Peladang Profesional Yangling. Pembangunan bagi industri automobil, penyebaran bagi pertanian moden dan amalan pertanian profesional di wilayah itu telah menarik perhatian khusus dari wakil-wakil media luar negeri.

Di Pangkalan Perindustrian Tenaga Baharu BYD Xi'an, wartawan telah melawat bengkel pengeluaran kereta tenaga baharu. Anggota kumpulan itu telah menikmati satu pandu uji  di dalam kereta tenaga baharu generasi baru BYD -- Tang EV. “Perusahaan-perusahaan ini telah berkembang dengan baik, yang mengagumkan saya,” kata PARK SUN MI, seorang wartawan dari Asia Economy dari Korea Selatan, “Saya telah melakukan satu pandu uji di dalam kereta tenaga baharu BYD. Ia sungguh dinamik dan sangat berkuasa, serta mesra alam sekitar.”

Encik Sin, ketua pemberita dengan KCNA di China, berkata, “Input yang sangat besar ke dalam tenaga baharu di China tidak dapat dipisahkan daripada langkah-langkah perlindungan alam sekitar yang dimulakan oleh kerajaan. Satu pengertian mengenai perkembangan dalam industri kereta Shaanxi telah menunjukkan kepada saya mengenai pertumbuhan ekonomi orang China.”

Di Taman Keusahawanan dan Inovasi Peladang Profesional Yangling, wartawan telah memerhatikan contoh-contoh mengenai perkembangan pertanian moden di China apabila mereka berpeluang untuk merasakan sebahagian daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di rumah hijau. Maryna Belkova dari majalah Rusia dan China berkata: “Di Yangling, saya telah melihat banyak teknologi mengerjakan dan penanaman termaju, dan saya akan melaporkan pemerhatian ini. Saya berharap China dan Rusia akan terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama di dalam bidang pertanian.”

SUMBER: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12714

Wednesday, October 23, 2019

TEKNOLOGI MARIN LITHIUM WERKS MENGUTAMAKAN KESELAMATAN

Lithium Werks memberikan respons kepada berita tentang kebakaran bateri di atas feri yang berlaku di Norway

ENSCHEDE, Belanda, 18 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks (lithiumwerks.com) telah berkhidmat dalam sektor Marin untuk lebih 12 tahun. Pada masa itu, kami telah melihat peralihan pasaran daripada bateri litium kecil dalam kapal layar lumba kepada sistem bateri besar dalam feri dan kapal kerja.

Lithium Werks tidak menggunakan nikel-mangan-kobalt (NMC) sebagai teknologi bateri, tidak seperti kebanyakan pesaing kami yang membekalkan pasaran maritim Norway. Walaupun NMC digunakan dalam banyak perkakasan, NMC lebih tidak menentu berbanding teknologi ferum fosfat litium (LFP) yang lebih selamat yang dijual oleh Lithium Werks. Hasilnya, NMC lebih mudah terdedah kepada kejadian ekstrem seperti larian terma berbanding kimia LFP Lithium Werks.

Selain itu, modul Lithium Werks menggunakan sel silinder yang lebih kecil berbanding sel prismatik berkapasiti besar yang digunakan oleh kebanyakan pesaing kami. Ini bermakna tenaga yang dilepaskan sekiranya berlaku sebarang kegagalan sel adalah minimum dibandingkan dengan sel NMC format besar. Ini meningkatkan lagi keselamatan sistem bateri Lithium Werks.

Sistem bateri Lithium Werks mengandungi 3 tahap keselamatan bebas yang dibina ke dalam setiap sistem:
  1. Larian terma adalah amat sukar untuk dimulakan dengan kimia LFP Lithium Werks. Ini kerana struktur molekul bahan katod yang membenarkan keselamatan inheren. Bateri NMC akan memasuki larian terma pada suhu yang lebih rendah.
     
  2. Setiap sel digunakan dalam modul U27-24XP Lithium Werks mengandungi mekanisme keselamatan terbina dalam yang dikenali sebagai peranti sampukan arus (CID), yang membuka dan menghentikan aliran arus jika berlakunya keadaan penyalahgunaan. 
     
  3. Sistem pengurusan bateri (BMS) memantau parameter penting dalam semua blok sel dalam setiap sistem untuk sebarang lencongan daripada toleransi dan mengawal penyentuh keselamatan agar sistem bateri dilindungi setiap masa. Jika keadaan luar biasa dikesan, sistem bateri akan menilai keterukan dan sama ada menghantar penggera atau membuka penyentuh untuk penutupan sistem permulaan.

Di Lithium Werks, kami menghabiskan masa lebih 20 tahun menyempurnakan kimia LFP kami untuk kini menyediakan gabungan sempurna keselamatan inheren, ketumpatan kuasa dan tenaga berserta hayat masa yang meneraju dalam kelasnya dalam pakej modular dan boleh diskalakan yang tidak memerlukan sistem penyejukan kompleks. Selain itu, kelulusan jenis DNV-GL yang dibawa modul U27-24XP kami, jauh kurang mengekang.  Pesaing kami yang menggunakan NMC memerlukan peralatan keselamatan tambahan untuk layak, seperti saluran ekzos larian terma bersepadu atau ruang tekanan lebih.

Untuk maklumat tentang keselamatan produk kami, sila lihat https://lithiumwerks.com.

Hubungan Media
MediaRelate@LithiumWerks.com

SUMBER: Lithium Werks

--BERNAMA

AGROSAVFE AKAN MEMBUAT PEMBENTANGAN DI ANNUAL BIOCONTROL INDUSTRY MEETING 2019

GHENT, Belgium, 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- AgroSavfe NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, hari ini mengumumkan CEO syarikat, Patrice Sellès, akan membuat pembentangan di Annual Biocontrol Industry Meeting (ABIM) 2019, Basel, Switzerland.

ABIM merupakan projek usaha sama International Biocontrol Manufacturers Association, IBMA dan Research Institute of Organic Agriculture, FiBL, dan akan diadakan 21 hingga 23 Oktober 2019 di Congress Center, Basel, Switzerland.

Butiran sesi:

Nama: Sesi Pleno 4 – Natural Substances Professional Group Talks
Tarikh: Selasa, 22 Oktober
Masa: 2:10 petang – 3:10 petang CEST
Bilik: Montreal Hall

Tentang AgroSavfe

AgroSavfe merupakan syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Syarikat telah membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat dengan mod tindakan unik, menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan.

Biokawalan berdasarkan protein unik AgroSavfe menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan pra- dan pasca-penuaian. Syarikat berada pada landasan untuk melancarkan biofungisid pertamanya di AS pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran global.

AgroSavfe ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flemish untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €51 juta setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.agrosavfe.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Marieke Vermeersch, Perunding Komunikasi Korporat
T: +32 (0)9 261 06 84
E: marieke.vermeersch@agrosavfe.com

Sumber : AgroSavfe

--BERNAMA

VISTA GLOBAL MEMPERKENALKAN PESAWAT BOMBARDIER GLOBAL 7500, JET PERNIAGAAN TERBESAR DAN BAGI JARAK TERJAUH DI DUNIA

VISTA GLOBAL MEMPERKENALKAN PESAWAT BOMBARDIER GLOBAL 7500, JET PERNIAGAAN TERBESAR DAN BAGI JARAK TERJAUH DI DUNIA

CSC DINAMAKAN 10 SYARIKAT PERUNDINGAN/PERKHIDMATAN TEKNOLOGI UNDANG-UNDANG UTAMA

APAC CIO Outlook memilih 10 syarikat terbaik yang dapat membantu komuniti undang-undang 

SINGAPURA, 15 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CSC telah dipilih sebagai satu daripada 10 Syarikat Perundingan/Perkhidmatan Teknologi Undang-undang yang Utama pada tahun 2019 oleh APAC CIO Outlook.

“Dengan begitu banyak syarikat perundingan/perkhidmatan undang-undang yang menawarkan perkhidmatan yang serupa ... lembaga editorial APAC CIO Outlook telah menilai dan menyenarai pendek beberapa daripada organisasi yang paling menonjol di dalam industri itu, seperti CSC,” demikian menurut majalah itu.

Kehormatan ini diberikan untuk memilih beberapa syarikat yang telah memperoleh kepercayaan daripada komuniti undang-undang di APAC.

“Kami amat teruja untuk menjadi di antara 10 Syarikat Perundingan/Perkhidmatan Teknologi Undang-undang yang Utama di Asia. CSC telah melakukan banyak perkara dalam mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya untuk mendapatkan aset digital, termasuk nama-nama domain,” kata Jayce Yeo, pengarah jualan serantau, APAC.

CSC telah dipilih melalui satu proses pelbagai lapisan, termasuk input daripada sebuah panel penilai dan maklum balas pelanggan, yang mana APAC CIO Outlook mempunyai lebih 60,000, yang terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat, Ketua Pegawai Teknologi, ketua bagi operasi undang-undang, ketua amalan, dan ketua privasi dan pegawai-pegawai keselamatan maklumat.

CSC juga dipaparkan dalam kisah di muka depan majalah itu, “Jenama Anda: Dijamin Selamat!,” yang membincangkan mengenai pentingnya keselamatan aset digital, yang kini boleh diperolehi di cscdigitalbrand.services/en/apac-cio.

“Terdapat langkah-langkah untuk memantau secara proaktif penyalahgunaan jenama dan menguatkuasakan hak, dan kami gembira bahawa perlindungan jenama dan mesej keselamatan siber kini semakin diambil berat oleh kepimpinan kanan di seluruh kumpulan fungsian utama seperti IT, undang-undang, dan keselamatan di banyak organisasi pada hari ini,” kata Yeo.

Tuesday, October 22, 2019

LUBRIZOL MENGUMUMKAN RANGKAIAN PENJENAMAAN BERSAMA ESTANE® TPU UNTUK INDUSTRI FILEM PERLINDUNGAN CAT

CLEVELAND, Ohio, 22 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lubrizol Engineered Polymers telah mencipta rangkaian penjenamaan bersama untuk mempromosikan jenama polimer ESTANE® TPU untuk penggunaan Filem Perlindungan Cat (PPF) melalui kerjasama dengan rakan kongsi global. Lubrizol, pencipta TPU untuk penggunaan komersial, merupakan peneraju pasaran yang berkhidmat dalam industri PPF dengan lebih daripada 30 tahun prestasi yang dipamerkan daripada jenama ESTANE® TPU, yang mentakrifkan standard industri.

Rakan kongsi dalam rangkaian penjenamaan bersama akan dibenarkan untuk mempromosikan tanda jenama “Made With ESTANE® TPU” dengan filem yang dikeluarkan daripada ESTANE® TPU. Dengan menampilkan tanda jenama ESTANE® pada bahan pembungkusan dan promosi, filem rakan kongsi pengeluaran akan dapat memberikan pengesahan bahawa produk mereka adalah berkualiti dan berprestasi premium yang telah dikaitkan dengan jenama ESTANE®. Matlamat rangkaian penjenamaan bersama adalah untuk membantu pengeluar PPF yang arif dan pemilik jenama mengenal pasti penyelesaian berkualiti tinggi dengan membezakan filem yang dikeluarkan dengan ESTANE® TPU daripada alternatif.

“Melalui rangkaian penjenamaan bersama baru, kami berada pada kedudukan untuk memenuhi permintaan industri PPF yang semakin berkembang,” kata Peter Kirk, Pengurus Pemasaran Perlindungan Global, Lubrizol Engineered Polymers. “Kami sedang membantu industri dan rakan kongsi kami berkembang dengan memanfaatkan reputasi kukuh ESTANE® TPU, yang disokong oleh sains bahan mendalam dan kepakaran pemprosesan filem Lubrizol”.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ESTANE® TPU untuk penggunaan Filem Perlindungan Cat lawati go.lubrizol.com/PPF 

Tentang Lubrizol Engineered Polymers

Lubrizol Engineered Polymers menawarkan salah satu portfolio paling luas bagi polimer dijuruterakan yang tersedia hari ini termasuklah resin yang berasaskan bio*, boleh dikitar semula**, stabil ringan, pelambat nyala, perekat, tahan secara kimia, jelas secara optik dan berkitaran cepat. Pada tahun 2019, jenama ESTANE® TPU kami menyambut Ulang Tahun 60 Tahun. Teknologi kami merentasi banyak industri dan penggunaan, termasuklah perlindungan permukaan, sistem kuasa dan cecair, sukan dan rekreasi, peranti boleh dipakai, elektronik dan automotif. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lubrizol.com/engineeredpolymers atau hubungi engineeredpolymers@lubrizol.com. 

Tentang The Lubrizol Corporation

The Lubrizol Corporation, syarikat Berkshire Hathaway, merupakan syarikat global yang dipacu pasaran yang menggabungkan bahan kimia kompleks dan khusus untuk mengoptimumkan kualiti, prestasi dan nilai produk pelanggan sementara mengurangkan impak persekitaran mereka. Syarikat ini ialah peneraju dalam menggabungkan wawasan pasaran dengan keupayaan kimia dan penggunaan untuk menyampaikan penyelesaian bernilai kepada pelanggan dalam pasaran pengangkutan, industri dan pengguna global. Lubrizol meningkatkan kehidupan dengan bertindak sebagai rakan kongsi penting dalam kejayaan pelanggan kita, menyampaikan kecekapan, kebolehpercayaan atau kesejahteraan pengguna akhir mereka. Teknologi merangkumi tambahan pelincir untuk minyak enjin, tali pacuan dan cecair berkaitan pengangkutan lain, pelincir industri, serta tambahan untuk gasolin dan bahan api diesel. Selain itu, Lubrizol membuat bahan dan tambahan untuk penjagaan rumah, penjagaan peribadi dan produk penjagaan kulit dan bahan khusus yang mengelilingi teknologi polimer dan salutan, berserta famarseutikal berdasarkan polimer dan penyelesaian peranti perubatan.

Beribu pejabat di Wickliffe, Ohio, Lubrizol memiliki dan mengendalikan kemudahan pengeluaran di 17 negara, serta pejabat jualan dan teknikal di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1928, Lubrizol mempunyai kira-kira 8,700 pekerja di seluruh dunia. Pendapatan untuk 2018 adalah $6.8 bilion. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati Lubrizol.com.

*Kandungan berasaskan bio disahkan menurut ASTM D-6866.             
**Tahap boleh kitar semula berdasarkan akses kepada program kitar semula standard sedia ada yang tersedia yang menyokong bahan sedemikian. Produk mungkin tidak tersedia di semua kawasan.

Semua tanda dimiliki The Lubrizol Corporation. Tanda “Made With ESTANE® TPU” dibenarkan untuk penggunaan boleh rakan kongsi penjenamaan bersama PPF Lubrizol melalui perjanjian lesen sahaja.

Laman web
go.lubrizol.com/PPF
www.lubrizol.com/engineered-polymers
www.lubrizol.com 

Orang Hubungan Media
Lubrizol Engineered Polymers
Nicholas Galioto
ngalioto@lubrizol.com
+1 216 447-7382

Sumber: Lubrizol

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...