Wednesday, October 2, 2019

GENERASI BAHARU DI DALAM PERLOMBONGAN MATA WANG KRIPTO OLEH BITHARP

WELLINGTON, New Zealand, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lyre Miner dan Harp Miner, dua rig perlombongan mata wang kripto yang dikeluarkan baru-baru ini dari www.BitHarp.com  (BitHarp Group Limited), dengan pantas telah menjadi penggubah keadaan di dalam pasaran kripto global. Dalam jangka hayat mereka yang singkat, kedua-dua produk ini telah menunjukkan potensi untuk merevolusikan industri yang berkembang maju ini dengan menawarkan ROI dengan kadar sangat pantas bagi pelombong yang berpengalaman serta mereka yang baharu bermula yang ingin mencuba di dalam perlombongan kripto.

Keupayaan Lyre Miner dan Harp Miner untuk menjana pulangan yang pantas ke atas pelaburan boleh dikaitkan kepada kadar hash yang tinggi bagi produk itu. Istilah kadar hash itu boleh dirujuk sebagai kelajuan di mana sesuatu mesin perlombongan beroperasi. Kadar hash yang lebih tinggi meningkatkan peluang bagi seseorang pelombong untuk mencari blok yang seterusnya dan menerima ganjaran itu. Membuat sesuatu yang lebih baik bagi pelombong, Lyre Miner dan Harp Miner mempunyai penggunaan tenaga yang sangat rendah, masing-masing pada 600 W dan 2400 W.

Kuasa kadar hash yang ditawarkan oleh Lyre Miner dan Harp Miner adalah dinyatakan di bawah pada sepintas lalu.

Lyre Miner: 335 TH untuk Bitcoin, 55 GH untuk Litecoin, 14 GH untuk Ethereum, dan 9 TH untuk Dash

Harp Miner: 2000 TH untuk Bitcoin 300 GH untuk Litecoin, 75 GH untuk Ethereum, dan 50 TH untuk Dash

Walaupun industri perlombongan kripto telah mengalami kemajuan yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebahagian besar produk dan perkhidmatan adalah sesuai hanya untuk pakar-pakar perlombongan yang berpengetahuan dan berpengalaman tinggi. BitHarp adalah satu daripada nama terawal di dalam industri itu untuk mengambil jalan yang kurang diterokai, dan menghasilkan perkakasan perlombongan yang boleh digunakan oleh orang perseorangan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman sifar.

“Kami sangat percaya bahawa faedah daripada perlombongan kripto harus tersedia kepada semua,” kata Daniel Cox, Pengarah Kejuruteraan dari BitHarp. “Kepercayaan ini memberi inspirasi kepada kami untuk mencipta dua produk pra-konfigurasi yang sesiapa sahaja boleh mula menggunakan hanya dengan memasangkannya.”
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lyre Miner dan Harp Miner, sila layari https://www.bitharp.com/


Maklumat mengenai BitHarp: BitHarp adalah sebuah pengeluar mata wang kripto yang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang fleksibel dan paling berprestasi tinggi yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan bagi pelabur.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190923005198/en/ 



Hubungi

Alexa Zimine
alexa@bitharp.com
+64 9884 8279

Sumber : BitHarp

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...