Saturday, October 19, 2019

HARTANAH CONRAD HILTON BEL-AIR YANG BERSEJARAH DITAWARKAN DI PASARAN SEBANYAK $225 JUTA

BEVERLY HILLS, Calif., 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hartanah Conrad Hilton, Casa Encantada, telah ditawarkan di pasaran buat kali pertama dalam beberapa dekad sejak ia dibina pada tahun 1938. Ia kaya dalam sejarah setelah dibina di tengah-tengah zaman kegemilangan Hollywood lama. Louis B. Mayer dan Jack Warner ketika itu sedang membawa suara kepada gambar bergerak dan bintang-bintang Greta Garbo, Joan Crawford, Clark Gable, Katherine Hepburn, Spencer Tracy ke layar perak. Legasi seni binanya dan komitmen terhadap pemeliharaan yang sangat teliti bersinar menerusi semua aspek bagi hartanah yang jarang ditemui ini.

Seni bina agung zaman George yang moden itu yang berkeluasan 40,000 kaki persegi dan dipulihkan dengan sempurna terletak di sebuah kawasan tanjung tinggi seluas lebih lapan ekar di Bel-Air, hanya 10 minit ke Beverly Hills. Arkitek terkenal James E. Dolena telah mereka bentuknya dengan kesemua 60 buah bilik mempunyai pemandangan ke bandar raya, lautan dan taman. Hiasan dan reka bentuk dalaman telah dicipta oleh T. H. Robsjohn-Gibbings yang ikonik untuk menetapkan satu standard baharu bagi reka bentuk kediaman mewah. Hartanah itu dikenali sebagai kerja membina kediaman yang paling penting bagi pereka itu.

Hilton memiliki rumah itu selama lebih dua dekad. Rumah agam dan kawasan persekitaran itu telah menganjurkan beberapa acara sosial, amal dan politik yang paling penting di Amerika Syarikat, dengan mengalu-alukan kehadiran Presiden dan orang penting di Hollywood selama 80 tahun.

Walaupun ketika penduduk daerah Los Angeles berkembang dari hanya 2 juta pada tahun 1938 kepada 10 juta pada hari ini, kawasan itu kekal tanpa jiran dan ia adalah luas, bersendirian dan selamat.

Perintis optik gentian dan dermawan Gary Winnick dan isteri beliau selama lebih dari 45 tahun, Karen, telah menugaskan arkitek dan pereka Peter Marino, yang dengan sekumpulan 250 orang tukang yang mahir telah menghabiskan lebih dari dua tahun untuk membawa pembaikan yang berkualiti muzium kepada hartanah yang satu seumpamanya, dan unik ini. Pasangan itu juga memiliki rumah itu selama hampir dua dekad dan telah dianggap dengan penuh hormat untuk menjadi pengelolanya.

Dengan satu perasaan intim yang nampaknya mustahil, Casa Encantada mengalu-alukan tetamu dengan pintu besi yang melengkung yang berayun dengan anggun dari pangkal batu. Jalan masuk yang sangat besar itu melintasi kawasan persekitaran yang subur dan menghijau untuk membawa pelawat ke dalam dakapan mesra kediaman utama itu. Dewan masuk yang dramatik itu membawa kepada siling setinggi 18 kaki yang membuka ke dalam sebuah ruang resepsi yang hebat, bilik makan dan ruang tamu. Tingkat dua menempatkan tempat tinggal yang menggabungkan dengan sempurna ke dalam tingkat pertama kediaman itu yang sentrik hiburan.

Sebuah rumah seni bina yang mempunyai sebuah bilik penyaringan profesional, bar formal dan pemandangan ke taman mawar dan seterusnya. Kemudahan lain termasuk sebuah gelanggang tenis bercahaya utara-selatan, sebuah gelanggang bola keranjang yang dibina secara berasingan, sebuah rumah tetamu yang lengkap dan berbilang rumah hijau. Kolam koi dan landskap yang tidak dapat diganti membuat hartanah itu sebagai satu daripada yang terbaik di dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai hartanah itu, sila hubungi Jeff Hyland dari Hilton & Hyland di jeff@jeffhyland.com atau (310) 278-3311.

Maklumat mengenai Winnick & Company

Winnick & Company adalah sebuah firma pelaburan persendirian yang berpangkalan di Los Angeles. Diasaskan oleh pembiaya dan dermawan Gary Winnick, Winnick & Company secara aktif berpadu tenaga dengan syarikat-syarikat portfolio yang terlibat di dalam penyelesaian disruptif dan berinovatif.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12694

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...